Antara korban dalam negara dan luar negara, mana lebih baik?
MUSIM haji bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya kini sudah ada banyak iklan daripada badan-badan dan organisasi yang mengajak umat Islam untuk melakukan ibadah korban di luar negara kerana dikatakan harganya yang lebih murah berbanding di dalam negara.
Justeru, mungkin ada yang tertanya, antara menunaikan ibadah korban di dalam negara atau luar negara, manakah yang lebih baik?
Baca juga Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?
Turut disyorkan Hati-hati tawaran pakej ibadah korban palsu, semak pengajur dulu sebelum bayar
Baca juga Ibadah korban masih boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha
Mengulas tentang perkara itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun berkata, tidak terdapat mana-mana nas al-Quran atau hadis yang menyatakan wajib melakukan ibadah korban di sesuatu tempat kerana ia adalah suatu ibadah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya.
Walau bagaimanapun, ujarnya, terdapat beberapa sunat bersandarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan kelebihan dan galakan menunaikan ibadah korban di tempat sendiri.
Antaranya:
1. Sunat menyembelih dengan tangan sendiri.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis: “Nabi SAW menyembelih dua ekor kibasy putih yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama ALLAH dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibasy tersebut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Sekiranya tidak mampu untuk menyembelih sendiri, boleh mewakilkan kepada orang lain yang dipercayai.
Bagi orang lelaki, sebenarnya mereka digalakkan menyembelih sendiri binatang korbannya, tetapi dengan syarat memiliki kemampuan.
Namun, jika tidak berkemampuan, maka dibolehkan baginya mewakilkan kepada pihak lain. Ia berdasarkan hadis riwayat Ahmad dan Muslim bahawa Rasulullah SAW telah menyembelih binatang korbannya sendiri sebanyak 63 ekor unta dan 37 ekor lagi diwakilkan kepada Saidina Ali untuk disembelihkan.
Baca juga Tulang dan sisa daging korban perlu ditanam? Ini penjelasannya
Turut disyorkan Bersederhana ketika melakukan kenduri haji kerana ia hanya sunat
3. Sunat menghadirkan diri melihat haiwan korban disembelih.
Boleh juga bagi seseorang itu untuk mewakilkan orang lain untuk menyembelih binatang korban buat dirinya namun dia disunatkan untuk melihat sembelihan itu meskipun bukannya dirinya yang melakukan sembelihan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW.
Sabda baginda, “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: “Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita ahli Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya?” Jawab Rasulullah SAW: “Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya”.” (Hadis Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak)
Baca juga Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?
Turut disyorkan ‘Rare’ atau ‘medium well’, bolehkah umat Islam makan daging yang masih ada darah?
4. Sunat makan daging korban walaupun sedikit.
Firman ALLAH SWT: “Maka yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Surah al-Hajj, ayat 28)
Di samping itu, diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Nabi SAW pernah melakukan korban dan memakan dagingnya:
“Maka Nabi Muhammad SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda memberikan kepada Ali bin Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu, mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Ramai salah faham waktu mustajab doa pada Hari Arafah
Walau bagaimanapun, sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban nazar atau korban wajib, maka tidak boleh memakan sebahagian daging korban sebaliknya wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin.
Maka berdasarkan hadis-hadis di atas, banyak kelebihan disandarkan sekiranya kita melakukan ibadah korban di dalam negara. Namun, galakan ini tidaklah menghalang umat Islam untuk melakukan korban di luar negara.
Hal ini kerana menunaikan ibadah korban merupakan salah satu daripada amalan menegakkan syiar Islam tidak kira di mana jua kita melakukannya.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Foto: 123RF