Browsing Category

POV Podcast

IMG_0432
POV Podcast,

(LIVE) Zakat Jangan Pandang Ringan

Zakat : Jangan Pandang Ringan

Zakat adalah antara asas terpenting dalam pembangunan sosio ekonomi dan kelangsungan syiar dakwah Islamiah.

Umat Islam diperingatkan agar menguruskan harta dengan betul. Menyedari hakikat bahawa setiap rezeki yang datang adalah hak mutlak ALLAH SWT, maka ia wajib untuk diagihkan jumlah tertentu kepada golongan yang memerlukan.

Justeru, usah sesekali memandang ringan akan hal berkaitan zakat.

Anda nak tahu lebih lanjut tentang manfaat, kelebihan serta kehebatan yang bakal diperoleh Muslim yang berzakat?

Jom saksikan podcast POV Sinar Islam Plus, malam ini di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian, juga ikuti secara audio di Spotify.

 

 

#sinarislamplus
#sinarharian
#sinarbestari
#sinarplus
#sinardaily
#warisanummahikhlas
#rasuahbusters
#karangkrafmall

POV PODCAST
POV Podcast,

(LIVE) Pemuda Kiriman Tuhan

PRESIDEN Soekarno pernah berkata ”.. beri aku 10 pemuda nescaya akan kugoncangkan dunia.”

Ungkapan ini menunjukkan betapa hebat peranan orang muda dalam melakukan pelbagai perkara sehinggakan dunia ini mampu digoncang oleh mereka.

Namun, peranan bagaimana yang dituntut oleh Islam?

Adakah sekadar kuat fizikal, petah berbicara dan penuh dada dengan ilmu keduniaan semata mata?

Sempena menghayati bulan kemerdekaan Ogos ini, Podcast POV SI+ mengangkat nilai, kaedah dan pedoman sebagai suri teladan buat anak muda yang ingin tampil sebagai pejuang yang pintar dan matang berjuang demi agama dan negara.

Ikuti kupasan ‘Pemuda Kiriman Tuhan’ bersama Aniq Muhai, Pendakwah & Pempengaruh Media Sosial dan hos Azman Mohd Nawi di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian.

 

#sinarislamplus
#sinarharian
#sinar bestari
#sinarplus
#sinardaily
#warisanummahikhlas
#rasuahbusters
#karangkrafmall

TONTON JUGA

POV PODCAST
POV Podcast,

(LIVE) Orang Bujang Pun Wajib Celik Faraid

MATI itu pasti.

Adat kehidupan selalu melihat orang tua ‘pergi’ dahulu. Hakikatnya orang muda, yang sudah kahwin atau si bujang pun bakal dijemout Izrail bila-bila masa sahaja.

Bersediakah kita ‘pergi’ menghadap ILAHI dengan bekal amalan yang tak seberapa ini? Sudahlah amalan kurang, harta yang cuma sekelumit ditinggalkan untuk waris pun direbut-rebutkan sesama mereka.

Sebelum dijemput ke alam barzakh, sangat molek kalau dibuat sedikit persediaan. Bukan sahaja untuk mengumpul pahala sebanyak-banyaknya, bahkan kematian anda akan lebih ‘sempurna’ kalau waris yang ditinggalkan itu mendapat bahagian masing-masing. Tidaklah nanti sekadar menggigit jari bila melihat bahagian mereka dinafikan.

Pembahagian harta selepas meninggalnya seorang Muslim disebut Faraid. Kesedaran berfaraid menjadi satu tuntutan prima buat semua.

Apatah lagi buat golongan bujang, sama ada anda bujang yang belum berumahtangga atau bujang yang pernah berkahwin, usah sesekali memandang enteng perihal pembahagian harta pusaka ini.

Jom sama-sama ikuti kupasan Faraid: Orang Bujang juga Wajib Tahu dalam Podcast POV SI+ minggu ini.

Bersama panel jemputan Ustaz Zahari Mahad Musa, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-undang, USIM dan hos Azman Mohd Nawi di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian.

#sinarislamplus
#sinarharian
#sinar bestari
#sinarplus
#sinardaily
#warisanummahikhlas
#rasuahbusters
#karangkrafmall

POV PODCAST
Iqtisad, POV Podcast,

Seruan berwakaf bersama MAINS dalam Podcast POV SI+

PENZAHIRAN persaudaraan itu bukan semata-mata dalam bentuk pertolongan dari segi tenaga atau bantuan, malah Islam mengajar umatnya saling membantu dalam bentuk harta benda.

Bantuan dan pemberian ini bukan kerana mahukan sesuatu daripada manusia tetapi demi mengharapkan keredaan ALLAH SWT.

Justeru selain zakat yang diwajibkan ke atas setiap Muslim; hibah, infaq, sedekah dan wakaf amat digalakkan agar ummah mempunyai saluran berkongsi harta kekayaan dengan orang lain.

Berwakaf adalah amalan sunat dan amat disukai ALLAH, bahkan lebih besar lagi ia menjadi mekanisme perkongsian kekayaan seseorang dengan mereka yang kurang mampu.

Dalam ekonomi, wujudnya golongan yang mengagih semula harta kekayaan kepada orang lain.

DUTA Wakaf MAINS, Don Daniyal Don Biyajid.

Senario ini sangat penting kerana ia boleh membantu mencapai pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Bagi menyebarkan lagi agenda berkaitan wakaf, buat julung kalinya, Majlis Agama Sinar Islam Plus (SI+) telah menerbitkan program podcast POV SI+ bermula 15 Julai lalu.

Menerusi episod pertama, sebuah pengisian yang sangat menarik telah diangkat iaitu Wakaf: Hebatnya Erti Memberi.

Episod ini menampilkan dua panel yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah, iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid selaku Duta Wakaf MAINS dan Ustaz Bukhari Safian, Penolong Pengarah Jabatan Wakaf, MAINS. Editor SI+, Muhd Azman Mohd Nawi telah bertindak sebagai pengacara program.

Selagi harta beri manfaat

Mengapa berwakaf begitu penting sehingga ia perlu diwar-warkan kepada setiap genap lapisan masyarakat?

Setiausaha MAINS, Ustaz Zainal Said menjelaskan, amalan berwakaf menjanjikan pahala berterusan, selagi harta diwakafkan itu kekal dan memberi manfaat.

SETIAUSAHA Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Zainal Said.

Dalam sebuah hadis masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Para ulama antaranya Imam an-Nawawi telah menafsirkan kalimah sedekah jariah dinyatakan dalam hadis ini sebagai amalan wakaf.

“Jelas, hanya amalan wakaf memiliki ciri sedekah yang sentiasa mengalir tanpa terhenti di tangan penerima sedekah sahaja,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Begitu hebat berwakaf sehingga syariat Islam mengiktirafnya sebagai amalan yang amat digalakkan.

Apabila melibatkan perihal wakaf, kadang-kala menjengah di minda masyarakat adakah ia mempunyai had sempadan seperti zakat atau boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Menjawab persoalan itu, Ustaz Zainal menyatakan bahawa berwakaf tidak sama dengan zakat kerana zakat mempunyai had sempadan negeri manakala wakaf pula tiada had sempadannya.

PENOLONG Pengarah Jabatan Wakaf MAINS, Ustaz Bukhari Safian.

“Tidak kira kita berada di mana, boleh sahaja berwakaf, hukumnya masih sah dan tiada had sempadan,” jelasnya.

Ujar beliau, banyak saluran yang boleh diguna untuk terus bersedekah dan berwakaf. Pelbagai kaedah boleh diguna pakai oleh mereka yang ingin terus menerus berinfak.

“Bagi pihak MAINS sendiri, terdapat empat cara yang disediakan untuk berwakaf, iaitu pertama adalah boleh hadir sendiri ke mana-mana pejabat MAINS atau membuat temu janji. Kedua adalah dengan menghubungi talian hotline MAINS 013-7743662.

“Kaedah ketiga, melalui pemotongan gaji bulanan hanya serendah RM5 secara automotik. Manakala cara terakhir adalah wakaf melalui online banking dengan melayari www.MAINS.gov.my,” ungkapnya.

**Foto: Halim Wahid


 

 

ANEKDOT 

Perkhidmatan Wakaf dan Mal di MAINS

  1. Wakaf Tunai (Am/Khas)

Sumbangan dana wakaf akan disalurkan kepada beberapa sektor utama iaitu pendidikan, kesihatan, sosioekonomi dan perkembangan harta bagi tujuan perkembangan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

  1. Potongan Wakaf Berjadual

Sumbangan dan wakaf yang dikumpulkan melalui kaedah potongan gaji daripada kakitangan kerajaan dan swasta secara bulanan.

  1. Wakaf Harta

Terdapat dua jenis harta yang boleh diwakafkan

  1. Harta alih: Peralatan kesihatan, peralatan masjid dan al-Quran
  1. Harta tak alih: Tanah, rumah, bangunan

**Foto: Pusat Dialisis Waqaf An-Nur & Kompleks As-Sa adah (MAINS)

 

POV Podcast
POV Podcast,

WAKAF: Hebatnya Erti Memberi

SELAIN Zakat dan Sedekah, WAKAF merupakan amalan yang amat digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berharta agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan.

Hal ini kerana Institusi wakaf perlu dilihat sebagai antara instrumen penting dalam membantu memperhebatkan pembangunan ekonomi negara selain membantu pelbagai bidang sosial lain.

Nak tahu lebih lanjut mengenai pengurusan harta wakaf, jangan lupa saksikan podcast POV Sinar Islam Plus, pada 14 Julai jam 8:30 malam di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian.

FB SI+ : https://www.facebook.com/344035726971489/posts/pfbid02qKd7tqeEqvLTEKwxf7tsfNbXHNYAeihUbMtecfpPJo7y5YJASwnnaQqVVreuWeVml/?mibextid=afzh1R
IG SI+ : https://www.instagram.com/p/CulLkY-pkKc/igshid=OGIzYTJhMTRmYQ==
TIKTOK SI+ : https://vt.tiktok.com/ZSLfD2SWe/

FB SH : https://www.facebook.com/photo?fbid=695320525969389&set=a.634216988746410
FB SP : https://www.facebook.com/photo/?fbid=662369679260312&set=a.609644804532800
IG SH : https://www.instagram.com/p/CujeMTQrTcC/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
IG SP : https://www.instagram.com/p/CujeVQTL2wJ/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==