Browsing Category

Video

Screenshot 2021-04-05 at 3.07.03 PM
Berita Semasa, Jendela Dunia, Video,

[Video] 22 Mumia Firaun Di Kaherah Diarak Secara Besar-besaran

no comment

Mumia dari Muzium Mesir di Tahrir dipindahkan ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat, Kaherah Pada 4 April 2021.

Perarakan menelan belanja jutaan Dolar Amerika itu dikawal ketat pihak keselamatan, dengan menggunakan kenderaan khas yang membawa mumia itu melalui perjalanan sekitar bandar raya ini sejauh tujuh kilometer dari Muzium Mesir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu.

Konvoi yang mendapat perhatian dunia itu membawa puluhan mumia diraja, melalui jalan raya yang dipasang dengan lampu dan sepanduk acara yang digelar ‘Perbarisan Emas Firaun’.

Mumia yang dipindahkan terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun.

Setiap satu mumia diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen untuk perlindungan dan kenderaan yang direka khas untuk memastikan keselamatan dan kestabilan setiap mumia.

Perarakan yang disiarkan secara langsung di televisyen ke seluruh Mesir dan ditayangkan di YouTube adalah salah satu usaha untuk menarik pelancong ke Mesir.

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia jumlah pelawat ke negara itu merosot daripada 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta pada tahun lalu.

 Abdel Fattah al-Sisi dalam ciapannya di Twitter telah menulis :

“Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri firaun untuk ditempatkan di rumah baharu.

“Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita,” 

– AFP

Screenshot 2021-04-01 at 10.09.52 AM
Gaya Hidup, Uncategorized, Video,

[Video] Bangkit Dalam Norma Baharu

no comment

Kesan pandemik COVID-19 banyak mengubah segala-galanya. 

Jika dulu kita bebas bergerak bersama keluarga dan kenalan rapat mencari lokasi makanan dari awal pagi hinggalah lewat malam sekiranya tidak terikat dengan tuntutan kerja.

 Namun disebalik kesukaran pergerakan kita dibatasi, golongan peniaga yang menjadikan aktiviti berniaga sebagai punca pendapatan hidup dalam berusaha mencari rezeki buat dari sendiri mahupun keluarga seiring amalan sunnah Rasulullah, turut menerima kesan besar.

Ikuti video yang disediakan.

#NormaBaharu #Bangkit #SinarIslamPlus #SinarHarian #Islam

kopi thumbsnail WEBSITE
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Video,

[Video] Minuman Muslim Yang Dibaptiskan

no comment

Ramai menyangka kopi adalah resipi minuman yang dibawa daripada budaya barat. Namun, tahukah anda ? Sejarah kopi sebenarnya berakar umbi daripada umat Islam.

Orang Arab menggelar kopi sebagai ‘Qahwah’ merujuk sebagai kawasan asal penanaman biji kopi di Keffa, Habsyah. 

Perkataan ‘Qahwah’ seterusnya dipinjam oleh orang Turki menjadi ‘Kahve’ sebelum orang Belanda menukarkannya menjadi ‘Koffie’ seterusnya disebut ‘Coffee’ oleh orang Inggeris dan kita menyebutnya sebagai kopi.

Dahulunya ulama sufi meminum kopi untuk mengelakkan mereka daripada mengantuk agar boleh berjaga malam bagi terus beribadat. Namun dari manakah asal usul kopi?

Klik video yang disediakan untuk info lebih lengkap.

#Kopi​ #coffee​ #SinarIslamPlus​ #SinarHarian​ #MuslimDrink​ #Vatican​ #Baptis

Turki Othmaniyah telah memperkenalkan budaya minum kopi di ‘cafe’ kepada dunia.

ardern thumbsnail WEBSITE
Berita Semasa, Jendela Dunia, Personaliti, Video,

[Video] Ardern Gesa Rakyat New Zealand Sokong Komuniti Islam

no comment

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menggesa rakyat negara itu terus menyokong  komuniti Islam.
Kenyataan itu dinyatakan beliau menjelang ulang tahun kedua peristiwa serangan berdarah di Masjid An-Noor, Cristchurch.

“Kata-Kata tidak akan menghilangkan kembimbangan dan rasa takut yang menimpa komuniti Islam. Oleh itu saya menggesa rakyat negara ini untuk berganding bahu dan berbangga dalam meraikan kepelbagaian kaum dan agama di New Zealand” kata Ardern.

Pada 15 Mac 2019, seorang pengganas berkulit putih telah menembak mati 51 jemaah di dua masjid di Christchurch. 

Pengganas terbabit (namanya enggan disebut oleh Ardern yang berkata adalah lebih baik untuk menyebut nama yang menjadi mangsa bukan menyebut nama si pengganas) ditahan beberapa minit selepas serangan di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Lindwood.

Pengganas warga Australia itu mengaku bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 cubaan membunuh dan satu tuduhan keganasan. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. 

Anggota keluarga serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand, membaca nama-nama yang terkorban di upacara memperingati peristiwa ini.Foto- Christchurch City Council

Sumber AFP

 

mariam
Personaliti, Pilihan Editor, Video,

[Video] Wanita Hebat Pelopor GPS : Mariam al-Astrulabi

no comment

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sains di sebalik teknologi GPS pada hari ini, diasaskan oleh Mariam Al-ijliyy Al-Asturlabi. Wanita hebat ini dilahirkan pada abad ke 10 Masihi di Aleppo, Syria, anak kepada ahli astrologi terkenal di Baghdad Al-Ijliyy Al-Asturlabi, Mariam merupakan pakar ilmu sains yang ternama dengan menemukan ilmu perkiraan menggunakan astrolab, sebuah alat pengiraan yang fungsinya sama seperti GPS pada masa kini.

Klik video yang disediakan untuk mengetahui kehebatan beliau #mariam #astronomi #astrolabe #sejarah #wanita #Islam #Muslim #syria #Malaysia #SinarIslamPlus #SinarHarian #kompas

Israk Mikraj
Gaya Hidup, Pilihan Editor, Video,

[Video] ISRAK & MIKRAJ : Hadiah Ubati Kesedihan Rasul SAW

no comment

Israk dan Mikraj dikatakan peristiwa yang memberi keceriaan dan kegembiraan pada baginda setelah melalui “tahun kesedihan” di mana baginda kehilangan isterinya Khadijah serta bapa saudaranya, Abu Talib. Keduanya adalah tunggak kepada dakwah baginda sebelum ini. Peristiwa ini juga berlaku setelah dakwah baginda ditolak oleh penduduk Taif.

Peristiwa ini telah merubah corak hidup umat Islam dan merupakan salah satu peristiwa terpenting untuk umat Islam.

Klik video yang disediakan uituk mengetahui sejarah dan perkara penting dalam peristiwa Israk Mikraj.

#israk #mikraj #islam #dakwah #muslim #solat #SinarHarian
#sinarislamplus #israkmikraj

bilkis bano
Video,

[Video] Nenek Aktivis Bantah Undang-Undang Diskriminasi Muslim

no comment

Usia bukanlah penghalang buat seseorang untuk tersenarai dalam kumpulan 100 individu Islam berpengaruh. Hakikatnya inilah yang berlaku kepada seorang nenek yang berusia 82 tahun, Bilkis Bano apabila majalah antarabangsa Times bagi edisi tahun 2020 menyenaraikan nama beliau baru-baru ini.

Nenek Bilkis adalah insan berpengaruh selepas usahanya memberikan harapan dan kekuatan buat para aktivis serta pemimpin mahasiswa selepas dipenjara akibat mempertahankan kebenaran yang diperjuangkan.

Tonton video yang disediakan dan kenali personaliti heat ini sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021

hologram
Gaya Hidup, Uncategorized, Video,

[Video] Imej Hologram Ganti Kemunculan Fizikal

no comment

Bayangkan alam sekolah di mana guru yang mengajar adalah dalam bentuk hologram : imej tiga dimensi dipancar cahaya laser.
Atau perbincangan berhubung penyelenggaraan di fasilti pelantar minyak laut dalam dilakukan secara remote atau jarak jauh di keselesaan pejabat di bandaraya, juga melalui teknologi hologram.

Semuanya ini bukan lagi bayangan tetapi realiti yang sudah dibawa oleh Serba Dinamik Group Berhad.
Ikuti kisah menarik syarikat milik anak tempatan dalam membangunkan teknologi moden masa kini.

#Muamalah​
#SinarIslamplus​​​
#SinarHarian​​​
#LifestyleSinarHarian​​​
#Teknologi​
#GayaHidup​​
#Teknologi​
#moden​
#hologram

Al-Fihri
Jendela Dunia, Pilihan Editor, Uncategorized, Video,

[Video] Universiti Pertama Dunia Dibina Oleh Wanita?

no comment

Tahukah anda? Universiti pertama di dunia yang diasaskan di Afrika Utara oleh seorang wanita yang berhasrat memberi pendidikan kepada semua yang mahu dari seluruh dunia.

Wanita berkenaan ialah Fatimah binti Muhammad Al-Fihtiyya Al-Qurashyi,
atau dikenali oleh dunia sebagai Fatima Al-Fihri
Kenali personaliti yang menjadi kebanggaan dunia ini.

#Personaliti​​ #SinarIslamplus​​​
#SinarHarian​​ ​#LifestyleSinarHarian​​​ #Africa​
#GayaHidup​​ #Wanita​
#WanitaIslam​ #Universiti