Browsing Category

Uncategorized

Al-Quran ritual
Berita Semasa, Uncategorized,

Amal al-Quran bukan sekadar ritual, bahkan segenap aspek kehidupan

AL-QURAN bukan sekadar untuk diamalkan secara ritual, tetapi ia merupakan panduan hidup kepada semua masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff menjelaskan, andai perkara itu dihayati dan difahami oleh semua orang, masyarakat akan dapat menghayati hidup beragama dengan lebih baik lagi.

HAKIMAH

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Malaysia #QuranHour kali ke-9 bertemakan Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar, yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada Rabu.

Mengulas lanjut tentang program itu, Hakimah menyifatkan, acara tersebut semakin meriah dan tidak hanya memfokuskan kepada pengajian al-Quran sahaja, tetapi turut menampilkan mengetengahkan kempen-kempen nilai murni yang membina sebagaimana ditonjolkan menerusi temanya pada edisi kali ini.

“Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu sokongan kepada hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membina Malaysia Madani supaya masyarakat kita bukan sahaja membaca al-Quran.

“Namun, pada masa sama, mentadabbur, mengambil iktibar, mendalami, menghayati dan mempraktikkan isi kalamullah itu sendiri dalam kehidupan,” katanya.

Harapan sama turut diluahkan oleh Adun Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet) yang juga bekas penyanyi rap terkemuka.

SYED AHMAD

“Diharapkan program ini boleh mencetuskan lebih ramai orang beristiqamah membaca al-Quran,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengajak rakyat menzahirkan rasa syukur terhadap nikmat kemerdekaan dikecapi negara dengan terus berdoa agar Malaysia dilimpahi keamanan dan keharmonian.

“Siapa yang rasa dia membesar atau hidup dalam Malaysia yang ‘best’, seeloknya dia bersyukur dan berdoa supaya anak serta cucunya dapat hidup dalam negara yang lagi ‘best’ daripada yang pernah dilaluinya,” ungkapnya.

Program berinteraksi dengan al-Quran pada kali ini turut menjemput orang bukan Islam menyertainya untuk mendapatkan input daripada al-Quran.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang antara individu yang hadir memeriahkan majlis.

UNCLE KENTANG

Ketika ditemu bual, Uncle Kentang berkata, kehadirannya adalah untuk menimba ilmu hidup dan mati.

Meskipun berbeza agama, namun menurut perspektifnya, manusia yang disayangi Tuhan ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.

Itu jualah yang diajar oleh agama Islam kepada penganutnya.

Beliau juga sempat menitipkan pesanan buat semua termasuk non-Muslim.

Beliau menyarankan agar masyarakat meneliti dan mempelajari al-Quran.

“Jangan takut pada ‘nota-nota’ yang dikeluarkan sesetengah pihak bahawa orang Islam kejam dan tidak adil.

“Pelajari dulu sebelum kita memberikan apa-apa komen dalam Facebook dan sosial media. Ingatlah, kita harus berlaku adil bukan sahaja pada diri kita, tetapi juga diri orang lain,” katanya.

Malaysia #QuranHour kali ke-9 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas mengajak semua rakyat berbilang kaum dan pemimpin untuk membina negara yang maju, sejahtera dan progresif. berpandukan solusi al-Quran.

Acara kali ini mengangkat tiga surah dalam al-Quran iaitu al-Fatihah, al-Insan dan al-Asr.

***Artikel ditulis oleh Nurulfatiha Muah dan Sarrah Mohsein

POV Podcast
Berita Semasa, Gaya Hidup, Uncategorized,

(LIVE) WAKAF : Hebatnya Erti Memberi

SELAIN Zakat dan Sedekah, WAKAF merupakan amalan yang amat digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berharta agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan.

Hal ini kerana Institusi wakaf perlu dilihat sebagai antara instrumen penting dalam membantu memperhebatkan pembangunan ekonomi negara selain membantu pelbagai bidang sosial lain.

Nak tahu lebih lanjut mengenai pengurusan harta wakaf, jangan lupa saksikan podcast POV Sinar Islam Plus, pada 14 Julai jam 8:30 malam di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian.

 

photo_2023-06-01_17-53-56
Uncategorized,

Masjid Biru Katara jadi tarikan di Qatar

Pertama kali disiarkan pada 2 Disember 2022.

MASJID Biru Katara kini menjadi antara tarikan utama di Kampung Budaya Katara yang terletak di Doha, Qatar. Apatah lagi dengan Piala Dunia FIFA 2022 yang sedang berlangsung, masjid berkenaan menerima lebih ramai pengunjung daripada biasa.

Rata-rata pelawat yang hadir terdiri daripada warga asing selepas tertarik mendengar azan dikumandangkan.

Selain itu, pihak Kampung Budaya Katara turut menyediakan ruang istirahat berhampiran masjid yang mempunyai sebuah papan tanda bertulis: ‘Tanyalah saya tentang wanita di Qatar’ seperti yang dilaporkan The Peninsular Qatar.

MASJID Katara, Qatar. Foto: 123RF

Di ruang istirahat itu, pelawat wanita dari luar negara berpeluang menikmati teh dan kopi, di samping mempelajari tentang kehidupan sosial di Qatar menerusi khidmat beberapa orang sukarelawan yang bersedia menjawab sebarang persoalan.

Salah seorang sukarelawan, Umm Ahmed berkata: “Tujuan tempat (ruang istirahat) ini diadakan berhampiran masjid adalah untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Qatar kepada warga asing.”

Tambahnya, kebanyakan soalan yang diterima oleh sukarelawan adalah berkisarkan hubungan sosial dan tradisi perkahwinan masyarakat Qatar.

“Mereka juga bertanya tentang kehidupan sebagai seorang Muslim berlandaskan nilai-nilai Islam. Malah kebanyakan pengunjung mengakui bahawa persepsi awal mereka terhadap Islam dan Muslim telah dicemari prasangka salah. Namun pandangan itu berubah 180 darjah setelah mereka berada di Qatar,” kata Umm.

LAWATAN ke dalam Masjid Katara turut dianjurkan untuk memperkenalkan Islam kepada pengunjung bukan Islam. Kredit: Bahrain Moments

Di pintu Masjid Biru Katara pula terdapat beberapa pekerja dan pendakwah dari Pusat Tamu Qatar berusaha memperkenalkan Islam kepada orang ramai.

Selain menjawab segala pertanyaan yang diajukan golongan bukan Muslim, pihak Pusat Tamu Qatar juga menganjurkan lawatan bagi memberi peluang kepada orang awam merasai suasana berada di dalam Masjid Biru Katara.

Masjid Katara yang juga dikenali sebagai Masjid Biru Katara direka oleh arkitek Turkiye, Zeynep Fadilloglu. Berbeza dengan rumah ibadah lain di sekitar negara teluk itu, Masjid Katara menampilkan jubin Parsi dan Turkiye menerusi gandingan warna biru serta emas.

Dari segi hiasa, ia diilhamkan oleh Istana Dolmabahce di Istanbul, manakala kubah dan menara masjid mengambil inspirasi daripada beberapa masjid terkenal di seluruh dunia.

Sumber: The Peninsular Qatar

Imam Ahmad penjual roti
Hukum, Uncategorized,

Beristighfar memang banyak fadilatnya, namun kisah penjual roti bertemu Imam Ahmad kerana istiqamah istighfar adalah palsu

Beristighfar memang banyak fadilatnya, namun kisah penjual roti bertemu Imam Ahmad kerana istiqamah istighfar adalah palsu

NAMA Imam Ahmad bin Hanbal bukanlah suatu nama yang asing lagi dalam masyarakat kita. Beliau seorang tokoh yang cukup dikenali di seluruh dunia sebagai Imam Ahli Sunnah serta dari segi keilmuannya, kefaqihannya, kezuhudannya dan kewarakannya.

Dalam banyak-banyak ceritera berkaitan pelopor mazhab Hanbali itu, ada satu cerita begitu masyhur sering dikongsikan dalam penulisan agama serta para penceramah, iaitu kisah Imam Ahmad bin Hanbal bertemu seorang penjual roti yang sering beramal dengan istighfar.

Baca juga Semak semula kisah Hindun makan hati Hamzah RA, popular tetapi tidak sahih

 

Baca juga Kisah masyhur Nabi SAW memberi makan kepada Yahudi buta adalah palsu, jangan sebar sembarangan

Kisah tersebut yang dikatakan dinukil daripada kitab Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibnu al-Jauzi berbunyi begini:

Diceritakan bahawa Imam Ahmad ketika dalam permusafiran telah singgah di sebuah kota. Beliau ingin berehat dan tidur di sebuah masjid tetapi telah dihalang oleh penjaga masjid yang meminta untuk beliau keluar. Penjaga masjid berkenaan tidak mengenali Imam Ahmad. Lalu, Imam Ahmad pun keluar dan mahu berbaring di luar masjid, namun tetap dilarang oleh penjaga masjid tadi.

Dari kejauhan, terdapat seorang penjual roti yang sedang memerhatikan kejadian tersebut, lalu memanggil Imam Ahmad ketika beliau melalui tempatnya berniaga. Disapanya Imam Ahmad dan menjemputnya untuk beristirahat di tempatnya. Imam Ahmad masih memperkenalkan dirinya sebagai musafir.

Turut disyorkan Lima hadis popular ini rupanya hadis palsu

Imam Ahmad penjual roti

KISAH tersebut sering dikongsikan untuk menunjukkan kelebihan beristighfar. Foto: 123RF

Baca juga Sayyidul istighfar penghapus dosa, janji syurga, rugi jika tidak amalkan

Sepanjang berada di tempat rehat yang disediakan iaitu berdekatan dengan si penjual roti, beliau mendengar penjual roti tersebut sering beristighfar. Pada setiap tindakannya ketika membuat roti, dia tidak putus-putus beristighfar. Imam Ahmad bertanya kepada penjual roti berkenaan: “Apakah kesan daripada perbuatanmu ini?” Penjual roti itu menjawab: “Semua permintaanku dikabulkan ALLAH SWT kecuali satu iaitu aku memohon kepada ALLAH untuk mempertemukan aku dengan Imam Ahmad.”

Mendengar jawapannya itu, Imam Ahmad bertakbir lalu berkata: “Aku didatangkan ke sini kerana istighfarmu.” Lelaki tadi pun bertahmid memuji ALLAH SWT kerana permintaannya telah pun dikabulkan.

Baca juga Subhanallah, rupanya lebih 700,000 hadis dihafaz oleh Imam Ahmad ketika hayatnya

Imam Ahmad penjual roti

IMAM Ahmad bin Hanbal bukan sahaja seorang ahli fiqh dan hadis terkemuka, bahkan beliau adalah tokoh penting mencorak perkembangan Islam. Foto: Google

Baca juga Banyak rupanya kelebihan istighfar yang ramai tak sedar…

Kisah Imam Ahmad dan penjual adalah palsu
Namun, sebuah artikel di laman web Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, kisah Imam Ahmad bersama penjual roti itu sebenarnya tidak ada diceritakan dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad oleh Imam Ibn Al-Jauzi. Bahkan, ia juga tidak ada dalam kitab-kitab muktabar yang lain.

Dalam masa sama, pakar ilmu hadis dari Arab Saudi, Prof Dr Umar bin Abdullah Al-Muqbil turut mengatakan bahawa kisah tersebut tidak diketahui asalnya daripada mana-mana kitab al-Tarajum dan al-Manaqib.

Yang ada hanyalah kisah yang hampir sama, tetapi kisah itu bukan dengan penjual roti tetapi dengan seorang lelaki bernama Ishak bin Rahawayh, dan tidak disebutkan pula dalam kisah tersebut tentang amalan istighfar.

Baca juga 12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

BANYAKKAN beristighfar kerana ada banyak kelebihan di sebalik amalan itu. Foto: 123RF

Baca juga Sahabat Nabi SAW Tempuhi Perjalanan Sejauh 1,472 KM Demi Sepotong Hadis

Walaupun kisah antara Imam Ahmad dan penjual roti adalah kisah yang palsu, namun ia tidak menafikan kelebihan istighfar yang sememangnya banyak. Contohnya dalam Surah Nuh, ayat 10 hingga 12 ALLAH berfirman:

Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada TUHAN-mu, sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

WALAUPUN tidak sahih, namun kisah itu bertujuan memberikan teladan tentang kebaikan beristighfar dan mengingati ALLAH SWT. Foto: 123RF

Baca juga Zikir ketika terjaga waktu malam yang dapat menghapuskan dosa

Manakala dalam hadis lain, dari ‘Abdullah bin ‘Abbas Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa,

Barangsiapa yang melazimi membaca istighfar, ALLAH akan menjadikan dari setiap kesedihan, kelonggaran dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kesimpulannya, kisah Imam Ahmad bertemu penjual roti yang banyak tersebar dalam masyarakat kita sebenarnya tidak ada sumber yang sahih.

Pun begitu, kita tetap boleh mengambil pengajaran menerusi moral di sebalik kisah tersebut yang mengingatkan umat Islam untuk sentiasa beristighfar kerana ada begitu banyak kelebihan pada ibadah itu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: 123RF & Google

GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-23T161615.414
Ibadah, Uncategorized,

Kenalpasti dan waspada dengan lapan kategori pencuri di bulan Ramadan!

Kenalpasti dan waspada dengan lapan kategori pencuri di bulan Ramadan!

PASTI akan ada tertanya-tanya apa kaitannya Ramadan dengan pencuri. Adakah mereka yang merompak rumah atau sebaliknya?

Berbicara mengenai perkara ini, sebenarnya ia bukanlah pencuri tegar yang melarikan wang dan harta benda, tetapi ia merujuk kepada pencuri amalan tanpa kita sedari ia sedikit sebanyak menjadikan manusia itu lalai daripada melakukan ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Satu rangkap syair Arab indah telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Azrol Abu Bakar, bersama terjemahannya mengenai pencuri-pencuri di bulan Ramadan.

Baca Juga Penjelasan mengenai niat puasa terutama kepada golongan yang puasanya terputus di pertengahan

‎#اللص الأول: التلفزيون، لص خطير يفسد صيام الناس وينقص الأجر بسبب المسلسلات والبرامج التافهة والسهرات الماجنة.
Pencuri 1: Televisyen, pencuri berbahaya dan membinasakan puasa, mengurangkan pahala dengan sebab siri-siri, episod-episod dan program yang sia-sia.

‎#اللص الثاني: الأسواق، لص متخصص في هدر المال والوقت بلا حساب للتغلب عليه حدد هدفك قبل الذهاب.
Pencuri 2: Pasar-pasar, pencuri khusus yang menghabiskan harta dan waktu tanpa terkira supaya kita disibukkan dengannya. Tetapkan apa yang mahu dibeli sebelum pergi ke pasar.

‎#اللص الثالث: السهر، سارق أغلى الأوقات يحرمك من التهجد والاستغفار في الثلث الاخير.
Pencuri 3: Berjaga malam tanpa tujuan. Pencuri masa yang begitu berharga, yang mengharamkan dirimu daripada tahajud dan istighfar pada malam-malam terakhir.

APABILA manusia semakin leka dengan dunia maka dia akan banyak tertawa berbanding menangisi dosa. -Foto: Canva

‎#اللص الرابع :المطبخ، وخاصة النساء تقضي وقتا طويلا لتحضير أطباق كثيرة لا تكاد تختلف عن بعضها إلا لحظة مرورها بالفم وقد يلقى الكثير منها في القمامة.
Pencuri 4: Dapur, khususnya bagi para wanita yang menghabiskan masa begitu lama untuk memasak pelbagai jenis makanan. Hingga boleh membawa kepada pembaziran dengan dibuang ke dalam tong sampah.

‎#اللص الخامس: الهاتف، طول المكالمات وما يترتب عليها من ذنوب، غيبة، نميمة، قيل وقال وإفشاء الأسرار.
Pencuri 5: Telefon, perbualan yang panjang di telefon dan apa-apa yang melibatkan dosa seperti mengumpat, mengadu-domba, perbualan-perbualan liar dan menyebarkan rahsia-rahsia.

Baca Juga [Video] Tip hadapi Ramadan

‎#اللص السادس : البخل، يحرمك أجر وثواب الصدقة التي تقي من النار وخاصة صدقة شهر رمضان.
Pencuri 6: Bakhil yang mengharamkan dirimu daripada mendapat ganjaran dan pahala sedekah yang memelihara daripada api neraka khususnya sedekah pada bulan Ramadan.

‎#اللص السابع، المجالس الخالية من ذكر الله : والتي تكون حسرة على أصحابها يوم القيامة.
Pencuri 7: Majlis-majlis yang sunyi, tidak disebut zikrullah di dalamnya yang menyebabkan kerugian orang yang berada di dalamnya pada hari Kiamat.

‎#وأخيرا كبير اللصوص، وسائل التواصل الإجتماعي : إن لم تستغل فيما يرضي الله.
Pencuri 8: Pencuri paling besar ialah medium-medium media sosial yang tidak digunakan untuk meraih keredaan ALLAH.

‎, #وفقنا الله لإستثمارها فيما يحبه ربنا ويرضاه.
Semoga ALLAH mentaufikkan kita untuk memetik buah-buah Ramadan dengan melakukan apa yang dicintai dan diredhai-NYA.

GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-14T123609.763
Gaya Hidup, Uncategorized,

Doa agar ALLAH bantu menghadapi sakaratul maut

Doa agar ALLAH bantu menghadapi sakaratul maut…

DALAM al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)

Kalamullah itu sudah cukup menginsafkan kita bahawa kehidupan di dunia hanya bersifat fana. Kita diberi peluang untuk bermukim di muka bumi ini cuma sebentar. Semuanya tidak akan kekal lama.

Saat kematian menjengah, setiap daripada kita pasti akan menghadapi satu detik yang dipanggil sakaratul maut.

Ketika inilah segala amal yang dikerjakan sepanjang riwayat hidup kita akan diperlihatkan sama ada bakal ditempatkan bersama orang-orang soleh atau sebaliknya.

Untuk menghadapi saat sakaratul maut itu, pendakwah Ustazah Asma’ Harun di laman Facebooknya berkongsi akan satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda sudah menghampiri ajal.

Diceritakan oleh Saidatina Aisyah, Baginda SAW meminta kepadanya air lalu dibacakan satu doa:

Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda:

أَنَّهَا قَالَتْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ يَقُولُ

Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW sedang nazak. Baginda mempunyai cawan berisi air di dalamnya, baginda meletakkan tangannya ke dalam cawan kemudian menyapu mukanya dengan air itu, lalu baginda berkata:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ ‏‏

“Ya ALLAH! Tolonglah aku dengan derita kematian dan penderitaan kematian.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)

Bukan sahaja dibaca oleh orang yang menghampiri kematiannya, kata Ustazah Asma’, doa tersebut juga boleh diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak.

Jelas beliau, sunnah dibacakan doa itu, lalu disapukan air pada wajah dan anggota badannya.

“Moga dengan air yang sifatnya menyejukkan dapat meringankan rasa panasnya ketika menghadapi sakaratul maut.

“Ketika itu hanya ALLAH SWT yang dapat membantu keadaan kesakitan hamba-NYA,” ungkapnya.

Baca Juga Jangan mengelak bila ada kematian, lelaki Muslim digalakkan iring jenazah ke pusara kerana pahalanya sebesar Gunung Uhud

Cinta dunia penyebab sakit sakaratul maut

Bercerita tentang sakaratul maut, ramai yang menyimpan persepsi bahawa ia begitu menyakitkan saat nyawa dicabut daripada jasad.

Sheikhul Islam Imam Al-Ghazali berkata: “Saat kematian nanti, yang menyakiti kamu bukanlah sebab roh kamu yang diambil oleh malaikat maut, tetapi adalah sebab terlalu cintanya kamu pada dunia sehingga sukar roh kamu untuk pergi.”

BANYAKKAN mengingati mati untuk menghidupkan hati.

Pendakwah terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menjelaskan, sakit ketika menghadapi sakaratul maut berpunca daripada cintakan dunia.

Katanya, roh tidak akan sakit saat dicabut bila kita sudah mengerti segala kehendak ALLAH sepertimana kita fahami saat ALLAH memberikan ujian kepada kita dengan kehilangan, kesihatan, harta benda pekerjaan dan sebagainya.

“Apabila kita sudah terbiasa dengan pengertian kehilangan, maka kematian bukanlah satu seksaan, bahkan ia adalah hari kebahagiaan yang dinantikan oleh orang-orang soleh kerana mereka selalu menerima khabar bahawa pada hari akhirat itu nikmatnya luar biasa dan indah sekali.

Baca Juga Sebuah kematian yang menghidupkan jiwa Muslim

“Mereka tidak pernah mencintai dunia. Pada mereka, dunia hanyalah pada tangan untuk dipegang dan bukan dalam hati untuk dicintai,” ungkapnya menerusi satu perkongsian di laman media sosial.

Ustaz Pahrol turut menitipkan satu pesanan sebagai renungan bersama: “Jika kita andaikan dunia ini seperti batu dan akhirat itu adalah berlian. Apakah sukar bagi kamu untuk meninggalkan batu dan memilih berlian?”

Capture
Berita Semasa, Uncategorized,

[Video] Himpunan bantah bakar al-Quran jadi perhatian di Kedutaan Sweden

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menghantar notis bantahan kepada Duta Sweden di Malaysia hari ini berhubung perbuatan membakar al-Quran oleh ahli politik ekstrem Denmark-Sweden, Rasmus Paludan di Stockholm, Sabtu lalu.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata perkara yang dimahukan adalah kedamaian, berdialog dan satu perbincangan.

Nota bantahan itu diserahkan kepada wakil Duta Sweden di Malaysia Dr Joachim Bergstrom.

“Kami minta supaya mereka akur bahawa apa yang dilakukan oleh pihak sana (kerajaan Sweden) adalah berbahaya walaupun atas nama kebebasan,”

“Perkara ini sangat penting. Bagaimana pula jika ada satu kumpulan melakukan penghinaan terhadap agama yang dominan di Sweden? Ini adalah sebagai satu peringatan bahawa perkara ini bukan satu benda yang kecil.

“Perkara ini akan ada kesan di peringkat antarabangsa. Saya turut mempelawa mereka untuk berdialog bersama kami, kami bersedia,” katanya kepada media selepas menyerahkan notis bantahan kepada Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, Hampshire Park.

 

 

Kontroversi yang mengguris hati dunia Islam ini bermula apabila Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, di bawah perlindungan ketat polis dengan kehadiran kira-kira 100 orang, termasuk sejumlah besar wartawan pada 21 januari lalu.

Selepas mengecam hampir sejam yang mana dia menyerang Islam dan Imigresen di Sweden, Paludan membakar al-Quran dengan pemetik api.

Lebih mengecewakan, akhbar The Washington Post melaporkan, ahli politik itu didakwa menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu.

Tangani kebangkitan Islamofobia 

Lantaran itu dunia Islam khususnya Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark itu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan keji itu serta memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di negara berkenaan.

Beliau berkata, tindakan provokasi itu bukan sahaja mencetuskan sensitiviti kepada Turkiye, tetapi turut memberi kesan kepada lebih dua bilion umat Islam di dunia ini.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang-ulang yang menyasarkan umat Islam di dunia serta segala bentuk hasutan untuk membenci dan menyemarakkan perkauman dalam perkataan atau perbuatan yang semakin meningkat kerana kepercayaan atau etnik.

“Malaysia mengulangi pentingnya menegakkan prinsip dialog, libat sama dan saling hormat-menghormati dalam menyeledaikan pertikaian.

“(Malaysia juga) menyeru masyarakat antarabangsa untuk menolak kebencian kaum atau agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu menentang segala bentuk hasutan kebencian serta keganasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Arab Saudi turut mengambil tindakan serupa. Negara itu mengecam tindakan pihak berkuasa Sweden kerana membenarkan ahli politik sayap kanan itu membakar al-Quran.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Luar Arab Saudi menekankan “pendirian tegas kerajaan yang menyeru terhadap kepentingan menyebarkan dialog, toleransi dan kewujudan bersama dan menolak kebencian serta ekstremisme.”

Kementerian Luar Mesir mengecam pembakaran al-Quran sebagai “perbuatan yang memalukan.”

Kementeriannya dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa “perbuatan memalukan itu membangkitkan kemarahan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia.

“Amalan ekstremis ini tidak konsisten dengan nilai menghormati orang lain, kebebasan kepercayaan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi manusia,” tambahnya.

Baca juga : Biadapnya pemimpin Sweden bakar al-Quran, umat Islam wajib tegakkan kesucian kalam ALLAH SWT

Qatar turut mengecam sekeras-kerasnya kebenaran Sweden membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm.

“Kejadian kejam ini adalah satu tindakan menghasut dan provokasi serius terhadap perasaan lebih dua bilion umat Islam di dunia,” kata Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mengutuk insiden itu dan mengulangi “penolakannya terhadap semua amalan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan yang bertentangan dengan nilai dan prinsip manusia dan moral.”

UAE memperbaharui gesaannya untuk meninggalkan ucapan kebencian dan keganasan dan menekankan keperluan untuk menghormati simbol agama dan mengelakkan hasutan kebencian dengan menghina agama.

Oman menyebut pembakaran al-Quran sebagai “tindakan provokasi terhadap perasaan umat Islam dan hasutan untuk keganasan dan kebencian, oleh pelampau di Sweden.”

Ia menggariskan keperluan untuk usaha antarabangsa bagi menyatukan nilai toleransi dan kewujudan bersama serta menjenayahkan semua tindakan yang menggalakkan ideologi kebencian.

Menteri Luar Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah, mengecam pembakaran al-Quran, berkata insiden itu “mencederakan sentimen umat Islam di seluruh dunia dan menandakan provokasi yang serius.”

Tindakan provokatif dan tidak masuk akal

Iran juga menamakan pembakaran al-Quran sebagai cubaan untuk mencetuskan kebencian dan keganasan terhadap umat Islam.

Tehran berkata beberapa negara Eropah dengan alasan palsu menyokong kebebasan bersuara “membenarkan unsur-unsur ekstremis dan radikal menyebarkan kebencian terhadap kesucian serta nilai Islam.”

Jordan menyertai paduan suara kecaman dan menekankan “penolakan kerajaan terhadap tindakan ini yang menyemarakkan kebencian.”

Amman menggariskan keperluan untuk menyebarkan budaya keamanan dan penerimaan lain, sambil menambah bahawa “mengutuk ekstremisme adalah tanggungjawab bersama.”

Maghribi berkata ia “terkejut” dengan kebenaran Sweden membakar kitab suci Islam.

“Perbuatan penuh kebencian ini menyinggung perasaan lebih satu bilion umat Islam, boleh menyemarakkan kemarahan dan kebencian antara agama dan rakyat,” menurut Kementerian Luar Maghribi dengan memberi amaran menerusi satu kenyataan.

Pakistan menggelar insiden itu sebagai “tindakan Islamofobia yang tidak masuk akal dan provokatif yang menyakiti sensitiviti agama lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.”

Tindakan sedemikian “tidak dilindungi di bawah sebarang ungkapan yang sah mengenai hak kebebasan bersuara atau pendapat, yang menjadi tanggungjawab di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, seperti kewajipan untuk tidak mengucapkan kata-kata kebencian dan menghasut orang ramai melakukan keganasan,” kata Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan.

Baca juga : Hina Nabi Muhammad cetus kemarahan umat Islam

Kementerian Luar Bangladesh mengecam “tindakan menghina nilai-nilai suci umat Islam di seluruh dunia dengan bertopengkan ‘kebebasan bersuara’.”

Kementerian Luar dalam kerajaan sementara Taliban di Afghanistan juga dengan keras mengutuk pembakaran dan mencemarkan Al-Quran serta menggesa kerajaan Sweden untuk menghukum pelakunya.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu turut menggesa Stockholm supaya tidak membenarkan mereka melakukan tindakan provokasi terhadap agama dan umat Islam pada masa akan datang.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga mengecam pembakaran al-Quran sebagai tindakan provokatif yang “mensasarkan umat Islam, menghina nilai-nilai suci mereka, dan menjadi contoh membimbangkan mengenai Islamofobia” dan meminta Sweden untuk menghukum mereka yang berada di belakang jenayah kebencian.

Sementara itu, Azerbaijan turut mengecam pembakaran naskhah al-Quran di Sweden.

Kementerian Luar Turki mengecam pembakaran kitab suci Islam di Stockholm sebagai “serangan keji.” “Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji terhadap kitab suci kami, Al-Quran, di Sweden, walaupun amaran diberikan berulang kali sebelum ini,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada kebenaran Sweden untuk insiden itu, Ankara membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden Pal Jonson yang akan berkunjung ke Türkiye.

Sekitar himpunan bantahan bakar al-Quran di hadapan Kedutaan Sweden, Jalan Mayang Sari Kuala Lumpur,

 

PENGERUSI Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) Ustaz Masridzi Sat memimpin bacaan doa pada himpunan bantahan bakar al-Quran di hadapan Kedutaan Sweden, Jalan Mayang Sari Kuala Lumpur

 

 

hafal quran
Uncategorized,

Ingin hafal Quran dan hati tenang, ikuti prosedur ini

Ingin hafal Quran dan hati tenang, ikuti prosedur ini…

MENGHAFAL al-Quran yang mengandungi kata-kata suci ALLAH SWT bukan sesuatu yang mudah. Bahkan kesungguhan dan motivasi tinggi diperlukan untuk melahirkan seorang penghafaz.

Walaupun begitu, ia bukan perkara yang mustahil bagi sesiapa yang berhasrat mengingati kitab suci tersebut sekiranya mereka mengamalkan tip-tip tertentu bagi memudahkan proses penghafalan.

Justeru, Sinar Islam Plus berkongsikan beberapa strategi menghafal al-Quran yang boleh diamalkan bagi para pembaca yang berharap dapat mendekatkan diri kepada kalamullah itu.

Baca juga 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

hafal quran

AL-Quran diturunkan kepada sebagai panduan menerangi jiwa dan kehidupan manusia. Foto: Unsplash

Baca juga Mukjizat Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW Paling Agung Berbanding Kitab-Kitab Samawi Lain

Strategi hafazan al-Quran

1. Pastikan tajwid betul sebelum menghafal
Sebelum memulakan hafalan, pastikan anda sudah boleh membaca surah yang ingin dihafal itu dengan tajwid yang betul.

Ambil tahu perkara ini kerana hafalan pertama akan menjadi ‘bacaan kekal’ kita yang sukar untuk dibetulkan pada masa hadapan. Jadi, jika ayat tersebut dibaca dengan salah, ia akan mendatangkan dosa apabila kesalahan itu diulang-ulang.

Oleh itu, anda disarankan mempunyai seorang guru untuk menyemak ketepatan sebutan dan tajwid bacaan anda. Namun, jika tidak mampu berguru, anda juga boleh memperdengar bacaan Qari atau Syeikh sambil merujuk kepada al-Quran.

SETIAP al-Quran mempunyai corak permukaan berbeza-beza pada kulit hadapan bergantung kepada penerbit. Foto: Unsplash

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

2. Gunakan mushaf yang sama
Bergantung kepada penerbitnya, setiap al-Quran mempunyai corak permukaan berbeza-beza.

Jika anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda akan terbiasa dengan cara penulisan, warna serta hiasan di dalamnya lantas memudahkan proses penghafalan.

Turut disyorkan 6 waktu dianjurkan baca Surah al-Ikhlas

3. Bahagikan setiap muka surat al-Quran kepada dua atau tiga bahagian
Jika anda buntu jumlah ayat untuk dihafal, tipnya adalah dengan membahagikan setiap muka surat al-Quran itu kepada dua atau tiga bahagian mengikut keselesaan anda.

Hafal setiap muka surat itu bahagian demi bahagian disertai dengan seorang guru untuk menyemak bacaan tersebut.

Baca juga Para Malaikat Akan Mengerumuni Mereka Yang Bertadarus Al-Quran, Berikut Hikmah-Hikmah Lain

WALAU apa pun surah yang dibaca, jangan biarkan hari anda berlalu tanpa menyelak kitab suci al-Quran. Foto: Pexels

4. Hafal satu bahagian sepenuhnya sebelum lanjut ke bahagian seterusnya
Hafal sepenuhnya ayat al-Quran di bahagian pertama sehingga mampu membacanya dengan lancar tanpa melihat kitab. Setelah itu, barulah anda teruskan pula ke bahagian kedua.

Apabila selesai menghafal bahagian kedua, ulangi bacaan dari bahagian pertama dengan bertasmik (bacaan didengari oleh guru) bersama guru atau seseorang yang mahir tajwid. Seterusnya, lakukan yang sama pada bahagian ketiga muka surat.

Dalam pada itu, anda sebenarnya tidak digalakkan menghafal ayat al-Quran tanpa bertasmik dengan orang yang lebih berilmu.

Namun, jika anda tidak berguru, pilihan yang ada adalah dengan merakam suara anda ketika menghafal dan kemudian menyemak hafalan itu dengan mushaf untuk memastikan tiada kesalahan bacaan atau tajwid.

Baca juga Pelajar kurang pendengaran di Indonesia hafal al-Quran guna bahasa isyarat

hafal quran

JANGAN berputus asa menghafal kalam suci ALLAH SWT itu kerana ada ganjaran besar menanti para pencinta al-Quran.

5. Ulang, ulang dan ulangi bacaan
Selain itu, ambil peluang menghafal tidak kira bila dan di mana sahaja, terutamanya ketika melakukan pekerjaan seharian seperti memasak, memandu, menunggu dan sebagainya.

6. Lakukan perkara sama pada muka surat seterusnya
Setelah selesai menghafal kesemua bahagian dengan lancar, teruskan hafazan di muka surat seterusnya dengan menggunakan teknik sama.

Dalam masa sama, setiap ayat yang pernah dihafal perlu diulangi setiap hari agar tidak lupa.

Anda juga boleh menggunakan teknik hafazan yang mana lima hari seminggu digunakan untuk menghafal ayat-ayat baru. Manakala, dua hari berikutnya dijadikan masa mengulangkaji memantapkan hafalan lama.

hafal quran

SETIAP umat Islam wajib mengimani, memahami serta mengamalkan ajaran al-Quran. Foto: Pexels

Baca juga Baca ayat al-Quran atas katil atau sambil berbaring, adakah dikira tidak beradab?

Adab berdamping dengan al-Quran

Taraf al-Quran tidak sama dengan buku-buku lain yang boleh kita perlakukan dengan sesuka hati. Ia merupakan kalam ALLAH dan ada adab tertentu yang sepatutnya kita beramalkan ketika mendampinginya.

Antaranya adalah:

1. Pastikan niat menghafal ayat-ayat suci al-Quran adalah ikhlas untuk meraih rahmat dan keredaan ALLAH SWT. Jangan lakukan untuk menunjuk-nunjuk atau mengharapkan penghormatan orang lain.

3. Tinggalkan maksiat seperti menonton filem melalaikan, bergelak ketawa secara melampau dan sebagainya agar mudah menghafal.

4. Lazimkan mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran serta meninggalkan muzik seperti lagu pop atau rock.

Turut disyorkan Hindari 3 niat ini ketika baca al-Quran

5. Mempelajari bahasa Arab untuk memahami setiap bait ayat walau hanya sepotong perkataan dapat membantu kita dalam proses penghafalan.

6. Jangan sekadar menghafal al-Quran sahaja, bahkan ajaran dan akhlak yang dititip menerusi kitab suci itu perlu juga diamalkan dalam kehidupan seharian.

7. Antara masa terbaik untuk menghafal adalah selepas waktu Subuh ketika minda sedang segar dan juga tempoh antara Maghrib dan Isyak.

Sumber: SAYS , SirapLimau & Tzkrh

Foto: Pexels & Unsplash

solat sunat fajar
Ibadah, Uncategorized,

Amalan sunat berbaring sebentar selepas menunaikan solat sunat fajar

SOLAT sunat fajar atau Subuh adalah solat sunat yang paling dituntut antara ibadah sunat rawatib.

Pahalanya cukup besar sehingga diungkapkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis. Sabda baginda, “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut sarjana Islam, Imam an-Nawawi, maksud ‘dunia dan seisinya’ yang disebutkan dalam hadis berkenaan merujuk kepada kesenangan dunia.

Baca juga Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

solat sunat fajar

PERBUATAN berbaring sebentar selepas solat sunat Fajar pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana diceritakan dalam sebuah hadis. Foto: Pexels

Turut disyorkan Amalan lain tak diterima jika tinggalkan solat?

Di samping solat sunat Subuh, sebenarnya ada satu lagi amalan sunat yang mengiringinya iaitu berbaring sebentar selepas menunaikan solat tersebut, seperti yang dipetik daripada portal Rumaysho.

Amalan berkenaan adalah berdasarkan dalil sahih dari Aisyah RA yang berkata: “Nabi SAW apabila selesai mengerjakan dua rakaat sunnah Fajar, baginda berbaring atas sisinya yang kanan”, (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jelas laman sesawang itu, hikmah kepada perbuatan tersebut adalah untuk memberi semangat dalam bentuk rehat sebentar kepada orang yang menunaikan solat sunat. Ini kerana kebiasaannya ada solat-solat sunat lain yang dilakukan pada sepertiga malam.

Baca juga Solat, tetapi tak rasa kelazatan beribadah. Ini penawarnya

AMALAN berbaring sekejap selepas solat sunat Fajar boleh dijadikan peluang untuk mendapatkan semula tenaga agar lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadah lain. Foto: 123RF

Baca juga 8 perbuatan yang boleh membatalkan pahala amal soleh, sama-sama kita berwaspada

Pemisah antara dua solat

Ada juga pendapat mengatakan ia sebagai pemisah antara solat sunat fajar (solat sunat sebelum Subuh) dan solat Subuh.

Oleh itu, menurut kitab al-Mu’tamad, kita disunatkan menunaikan solat sunat Subuh pada awal waktu dan berbaring pada sisi badan selepas ibadah tersebut.

Sekalipun tidak berbaring, kita disarankan bercakap, beralih tempat atau seumpamanya untuk memisahkan waktu antara solat sunat fajar dan solat Subuh. (Rujuk al-Mu’tamad, 377/1)

Turut disyorkan Kalau orang curi barang depan mata, kena berhenti solat ke?

Namun, diingatkan amalan berbaring selepas solat sunat fajar hanya sunat dan bukannya wajib.

Bahkan, portal itu menyarankan perbuatan tersebut dilakukan apabila bersolat di rumah, dan bukan di masjid agar ia tidak menimbulkan gangguan terhadap jemaah lain. Hal ini sama dengan Rasulullah SAW yang juga melakukannya di rumah.

Selain itu, perbuatan berbaring selepas solat sunat Subuh turut lebih digalakkan buat sesiapa yang menunaikan solat malam dan tidak bagi mereka yang tidak menunaikan solat malam.

Sumber: Tzkrh & Rumaysho

Foto: 123RF & Pexels

Capture 1
Rindu Rasulullah, Uncategorized,

Inspirasi penyatuan Rasulullah SAW

KETIKA penghijrahan Rasullulah SAW dari Mekah ke Kota Yathrib (nama Madinah sebelum Islam), perkara pertama yang Baginda laksanakan adalah dengan menyatukan kaum-kaum di kota itu dan kaum Muhajirin menjadi saudara.

Peristiwa ini merupakan pelaksanaan realiti perpaduan dalam kalangan umat masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia. Kejayaan yang telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama

Rasulullah memilih Yathrib, sebuah bandar dan kota berpenduduk dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama.

Masyarakatnya pula terdiri daripada kalangan Arab Musyrikin dan dua kabilah terbesar iaitu Aus dan Khazraj, termasuklah kaum Yahudi yang terdiri daripada suku kaum seperti Bani al-Nadir, Bani Quraizah, Bani Qainuqa’ dan lain-lain. Semua kaum itu dahulunya berpecah sehingga masing-masing berperang sesama mereka.

 

Penyatuan ini merupakan pelaksanaan realiti perpaduan dalam kalangan umat masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia. Kejayaan yang telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama

 

Profesor Kehormat di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV,USM), Prof Muhamad Syukri Salleh berkata, Rasulullah mempersaudarakan semua kaum di Madinah, sama ada beragama Islam atau bukan Islam.

 

PROF MUHAMMAD SYUKRI

“Penyatuan kaum ini dilakukan terutamanya melalui Piagam Madinah, juga dikenali juga sebagai Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.”

“Piagam ini dibuat oleh Rasulullah pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah dan ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.”

Piagam Madinah asas negara Islam

Piagam Madinah mengandungi 47 fasal. 23 daripada 47 fasal tersebut adalah berkaitan dengan hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal lagi adalah berkaitan dengan hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Secara umum, jelas Prof Muhamamd Syukri tujuan utama penyatuan kaum melalui Piagam Madinah ialah untuk dijadikan asas kepada pembentukan negara Islam Madinah.

“Secara lebih khusus, tujuannya ialah seperti berikut. Pertama, untuk membentuk peraturan bernegara yang dipatuhi bersama semua penduduk. Kedua, menentukan hak-hak dan kewajipan Rasulullah dan penduduk setempat. Ketiga, merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutamanya dengan kaum Yahudi. Keempat, memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

Justeru, menerusi penyatuan begini, masyarakat majmuk dapat disatupadukan, perdamaian dan keamanan dapat diwujudkan, permusuhan dapat dihapuskan, dan kesatuan dalam mempertahankan Madinah dapat ditanggung bersama.

Firman ALLAH SWT: “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan rezeki (limpah kurnia) yang mulia.” (Surah al-Anfal, ayat 74)

Terjemahan penyatuan dalam realiti Malaysia

Begitu juga, Rasulullah melaksanakan konsep hubungan kemanusiaan sepertimana yang dinyatakan oleh firman ALLAH: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya KAMI telah menciptakan kalian daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan KAMI telah menjadikan kalian berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kalian berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi ALLAH ialah orang yang lebih bertaqwa antara kalian, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, lagi MAHA MENDALAM PENGETAHUAN-NYA (akan keadaan dan amalan kalian).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Kedatangan Islam sesungguhnya membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan hanya kepada manusia dan terhad kepada umat Islam sahaja.

Bersama konsep Islam adil kepada semua, ia telah membawa mesej yang menyatukan rakyat dalam masyarakat majmuk di kala Islam dilaksanakan dengan sempurna. Inilah kejayaan yang dimulakan dengan hijrah Rasulullah SAW yang bersejarah itu. Inilah iktibar yang wajib dijadikan teladan oleh umat Islam, ketika kegagalan teori dan ideologi negara di seluruh dunia pada hari ini.

 

Sesungguhnya semangat perpaduan inilah yang harus diterjemahkan dalam realiti kehidupan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara kita.

Prof Muhammad Syukri bagaimanapun mengingatkan, beberapa perkara perlu diambil kira seandainya penyatuan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah ingin diterjemahkan dalam realiti negara majmuk seperti Malaysia secara sepenuhnya.

“Pertama, tujuan penyatuan di Madinah ini bukan sahaja untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan, tetapi juga untuk mewujudkan sebuah negara Islam,”

“Kedua, teras kepada penyatupaduan ini bukan politik, tetapi sebaliknya adalah Tauhid.

“Ketiga, perjanjian untuk penyatupaduan ini bukan hanya dengan sesama umat Islam, tetapi juga dengan kaum bukan-Islam,” jelas beliau.