Browsing Category

Video

Solat witir
Video,

(Video) Cara istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amal soleh

SEMOGA anda istiqamah’

Itulah ungkapan yang sering meniti di bibir sesiapa sahaja apabila melihat seseorang berhijrah ke arah kebaikan.

Ada yang mendoakan semoga istiqamah sampai ke akhir.

Namun, perkataan itu kadang-kala hanya menjadi penguat semangat yang sementara apabila ramai kecundang di tengah jalan hanya kerana hasutan hawa nafsu yang sukar dibendung oleh hati manusia.

Istiqamah melakukan kebaikan dan amal soleh memang mudah akan tetapi untuk sampai ke akhir titik perjalanan itu memerlukan ribuan pengorbanan.

Persoalannya, bagaimana cara hendak sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amal soleh sampai ke hujungnya?

Ikuti kupasannya bersama pendakwah, Imam Muda Fakhrul. 

Kisah silam
Video,

[Video] Cara terbaik lupakan kisah silam yang mengaibkan

TIDAK mudah untuk melupakan kisah silam apatah lagi yang mengaibkan. Diri sentiasa diburu sesalan dan perasaan ralat tidak berkesudahan.

Baca juga Jangan sesekali ungkit kisah silam orang, buka aib mereka… Begitu buruk implikasinya pada diri

Ikuti pendekatan terbaik untuk menanganinya bersama penceramah bebas, Dr Robiah K Hamzah dalam segmen Soal Jawab Agama Sinar IslamPlus.

***Foto: Pexels

Perempuan berusia
Video,

[Video] Benarkah perempuan berusia tidak diwajibkan memakai tudung?

DALAM Surah an-Nur ayat 60, ALLAH SWT menyebut perempuan berusia atau tua boleh melepaskan pakaian luar mereka.

Ayat itu sering dijadikan sandaran kepada tanggapan segelintir masyarakat bahawa perempuan tua tidak diwajibkan memakai tudung.

Baca juga Benarkah amalan wanita tak berhijab tetap diterima ALLAH?

Namun, benarkah begitu? Ikuti kupasannya bersama Ustaz Mohamad Zulkarnain dalam Soal Jawab Agama.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Canva

Forum Perdana Ehwal Islam, RTM(Screen Shot)
Berita Semasa, Isu, Video,

Adakah Takut Kepada Covid-19 Bertentangan Dengan Akidah Kita Sebagai Seorang Muslim?

no comment

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab pandangan dan sikap segelintir umat Islam yang mendakwa bagi sesiapa yang takut kepada wabak Covid-19 boleh membawa kepada jatuh hukum syirik.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan bahawa perkara tersebut langsung tidak menjejaskan akidah seseorang Muslim apatah lagi jatuh murtad.

Ikuti jawapan beliau ketika menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk ‘Takut Allah atau Takut Covid-19’ yang disiarkan TV1 semalam.

Video Ihsan : RTM

Mecca Classic
Jendela Dunia, Video,

[Video] Fathu Makkah : Trivia 20 Ramadan

no comment

Fathu Makkah (فتح مكة)  memberi maksud Pembebasan Kota Makkah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman jahiliyah.

Berlaku pada 20 Ramadan 8 Hijrah, di mana Nabi Muhammad SAW  berserta 10,000 anggota pasukan tentera Islam bergerak dari Madinah menuju Makkah, dan kemudian menguasai Makkah secara keseluruhan tanpa pertumpahan darah.

Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani pada bulan Zulkaedah Tahun ke-6 Hijrah di antara Quraisy dan Muslim untuk melakukan gencatan senjata selama 10 tahun.

Meskipun hubungan yang lebih baik terjadi antara Makkah dan Madinah setelah menandatangani Perjanjian Hudaybiyah itu, namun ia tidak berkekalan.

Perjanjian itu telah dirosakkan oleh Quraisy dengan sekutunya Bani Bakr, menyerang Bani Khuza’ah yang merupakan sekutu Muslim.

Semasa dalam perajalanan memasuki kota Makkah, Rasulullah membahagikan dua pasukannya untuk memasuki Kota Makkah. 

Khalid bin Walid ditempatkan di sayap kanan, sementara Zubair bin Awwam memimpin pasukan sayap kiri dan membawa bendera Nabi SAW melalui dataran tinggi. 

Setelah memasuki kota Mekkah Nabi Muhammad mengelilingi Kaabah dan bertakbir di setiap sudutnya. Pada hari pembukaan kota Makkah juga umat Islam telah menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah.

Badr al-Kubra
Jendela Dunia, Video,

[Video] Trivia Ramadan : Badar al-Kubra

no comment

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah merupakan perang pertama dalam Islam.

Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Makkah. Tentera Islam memilih lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang ada di situ.

Perang ini hanya melibatkan 313 orang tentera Islam manakala kaum musyrikin Makkah adalah seramai 1,000 orang tentera  yang lengkap bersenjata.

Dalam perang ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan dan selebihnya melarikan diri.

Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar.

Umat Islam mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.

Sebaliknya, pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot setelah kalah dalam Perang Badar.

Orang yang ditawan oleh tentera Islam setelah dilepaskan pulang ke Makkah telah menceritakan tentang kebaikan orang Islam.  Secara tidak langsung memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.

Old Madina

Gambar lama kota Madinah al-Munawwarah.

Screenshot 2021-04-19 at 12.26.12 PM
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Personaliti, Video,

[Video] Rabbani : Hikmah Di Sebalik Musibah

no comment

Bersangka baik dengan ujian Allah adalah salah satu sifat seorang mukmin.

Jika kita ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah SWT, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Begitulah juga dengan kumpulan nashid popular Rabbani, setelah lebih setahun tidak bersama-sama membuat persembahan, mereka tampil Ramadan kali ini untuk bersama peminat.

Ikuti video yang disediakan mengenai perjuangan mereka .

#RamadanDalamKeberkatan #Ramadan #SinarIslamPlus #SinarHarian

al-Aqsa Cleaning
Berita Semasa, Jendela Dunia, Video,

[Video] Gotong-royong Ramadan al-Aqsa

no comment

Ratusan rakyat Palestin di Tebing Barat bergotong-royong membersihkan persekitaran Masjid al-Aqsa bagi menyambut Ramadan baru-baru ini.

Ramadan pada tahun ini disambut meriah berbanding tahun lalu, apabila Majlis Waqaf Masjid al-Aqsa telah memutuskan untuk tidak membenarkan umat Islam untuk mengimarahkan Masjid Al-Aqsa pada Ramadan 2020. 

Perintah itu dilaksanakan sesuai dengan fatwa dan saranan kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Sebelum wabak Covid-19, Adalah menjadi kebiasaan rakyat Palestin untuk  mengimarahkan Masjid al-Aqsa terutamanya pada bulan Ramadan.

#RamadanDalamKeberkatan #Ramadan #SinarIslamPlus

IMG_4749
Berita Semasa, Gaya Hidup, Gaya Hidup, Uncategorized, Video,

[Video] ‘Bacalah’… Sinar Buat Kemboja

no comment

MELIHAT perangkaan hampir 90 peratus masyarakat minoriti Islam di Kemboja tidak mampu mengaji al-Quran dengan sempurna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Naurah Care Malaysia terpanggil untuk bertindak membantu.

Kemiskinan dilihat antara punca masyarakat Islam Kemboja ketinggalan jauh dari sudut pendidikan khususnya dalam pengajian agama menjadi pembakar semangat Naurah Care Malaysia mengambilnya sebagai tanggungjawab sosial menyelesaikan mereka.

 

Menyedari hakikat itu, bukan duit atau barangan peribadi yang diutamakan, NaurahCare Malaysia memutuskan untuk menjalankan misi wakaf buku ‘Bacalah’ 2021 yang menjadi panduan paling ringkas dan cepat untuk mempelajari al-Quran.

 

Klik video untuk info lanjut.