Browsing Category

Uncategorized

2472281-1769597055
Berita Semasa, Gaya Hidup, Gaya Hidup, Pilihan Editor, Uncategorized,

Memartabat Industri Halal Negara

no comment

Sebuah Pusat Inovasi Halal bakal ditubuhkan di negeri Terengganu melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebagai usaha membangunkan ekosistem industri halal di negeri pantai timur itu.

Dalam usaha itu, HDC dan UMT telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi kerjasama akademik, latihan dan penyelidikan.

Kerjasama itu menunjukkan pentingnya industri halal dalam era ekonomi baru yang memperakui industri halal global sangat mewujudkan peluang besar, apatah lagi permintaan yang mencecah USD3 trilion setahun.

Halal Development Corporation Berhad

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari, berkata pelbagai peluang perniagaan dan prospek dalam peluang penyelidikan serta tambah nilai ke atas inisiatif pembangunan bakat dan pekerjaan berkualiti antara matlamat yang ingin dicapai dalam kerjasama berkenaan.

“Ia sejajar dengan visi HDC untuk menjadikan produk halal sebagai pilihan pertama dalam meneroka perniagaan di negara ini. Misi HDC pula untuk menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir di dalam industri halal bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kerjasama dengan UMT adalah untuk meningkatkan dan meluaskan kerjasama akademik daripada sudut latihan dan penyelidikan serta mempromosikan jalinan kerjasama ke dua-dua belah pihak.

“UMT adalah institusi pendidikan tinggi yang pertama di Terengganu untuk bekerjasama dengan HDC dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk halal dan seterusnya mewujudkan Pusat Inovasi Halal di Terengganu,” katanya.

MoU ditandatangani Hairol mewakili HDC dan Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dengan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman pada Majlis Perasmian Program Jelajah Halal Malaysia anjuran HDC, baru-baru ini.

Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari; Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman; Pengerusi Halal Development Corporation Berhad (HDC), Dato’ Mahmud Dato’ Dr Abbas  dan Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.

Tambahnya, HDC telah menghasilkan lebih daripada 60,000 tenaga kerja mahir halal sejak tahun 2007. Tahun ini juga HDC memberi tumpuan kepada penempatan pekerjaan kepada golongan terlatih ke dalam lebih daripada 8,000 syarikat halal dari dalam dan dari luar negara, yang berpotensi sebagai bakal majikan.

“Selain daripada menyediakan latihan profesional halal, HDC juga menawarkan kepakarannya dalam memudah cara bagi pemain industri untuk mengorak langkah ke dalam pasaran halal melalui perkhidmatan konsultansi dan nasihat pakar industri, khidmat pemadanan perniagaan serta perkhidmatan ‘Halal Integrated Platform’.

“Dengan kemajuan teknologi yang pesat dan peningkatan jumlah platform digital dalam beberapa tahun kebelakangan ini kesan dari pandemik Covid-19, Perusahaan mikro, kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan untuk sepenuhnya mendigitalkan perniagaan mereka dan memaksimakan potensi yang disediakan oleh platform e-dagang selain meningkatkan inovasi digital kreatif mereka.

“HDC, melalui Platform Bersepadu Halal (HIP), akan menghubungkan ahli dengan pihak berkepentingan utama di bawah satu platform, yang berpotensi menghubungkan lebih daripada 200,000 pemain industri Halal tempatan untuk mengembangkan kemampuan dan keupayaan perniagaan mereka,” katanya.

Malah kolaborasi ini juga memenuhi inisiatif ‘Target Relief and Recovery Facility (TRRF)’ di bawah Bank Negara bagi menghulurkan bantuan kewangan kepada PKS perniagaan halal yang perniagaannya terjejas akibat pandemik Covid-19. Ia membantu meningkatkan jumlah PKS yang terlibat dalam Perniagaan Halal melalui produk pembiayaan bank Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata, bekerjasama dengan HDC dalam memberikan nilai tambah kepada pelanggan adalah menjadi matlamat utama pihak mereka.

“Produk dan perkhidmatan kami tidak terhad kepada pelanggan perseorangan atau perkhidmatan pengurusan tunai sederhana sahaja tetapi juga untuk memenuhi kepercayaan perniagaan yang lebih bersesuaian dengan PKS mengikut keadaan dan suasana perniagaan yang mencabar sekarang.

“Sebagai Bank yang memajukan kesejahteraan untuk semua, kami percaya bahawa kolaborasi ini akan memberikan sokongan yang diperlukan untuk mengekalkan perniagaan, terutamanya PKS, seterusnya mengembangkan industri Halal Negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Manakala Dr Nor Aieni, berkata kerjasama dengan HDC untuk memperkuatkan ekosistem industri halal, memperkukuh komitmen dalam menyediakan nilai tambah kepada pelajar untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan segala kemahiran dan pengetahuan.

“Selain itu, kerjasama ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk berjaya dalam industri halal tempatan dan global dan membuka banyak peluang kerjaya untuk mereka. Kredibiliti HDC dalam bidang pembangunan latihan industri halal sememangnya tidak dinafikan.

Selain diiktiraf sebagai Badan Peneraju Industri (Halal) Negara oleh Kementerian Sumber Manusia, HDC juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai agensi pembangun Standard Pengajian Halal bagi institut-institut pendidikan tinggi di Malaysia,” katanya.

Al-Kindi
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor, Uncategorized,

Pelopor Muzik Dunia

no comment

Bermula abad ke-9, nota skala nada seperti Dal, Ra, Mim, Fa, Lam dan Sin sudah mula wujud sebagai panduan dalam menghasilkan melodi. Kaedah itu akhirnya dikomersialkan sebagai teknik solfa atau solmisasi yang hingga kini masih digunakan sebagai Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do.

Gaya notasi muzik lama

Mungkin ramai yang tidak mengenali Al-Kindi yang juga digelar sebagai ‘Bapa Falsafah Arab’. Beliau bukan saja pakar dalam satu bidang malah al-Kindi menguasai pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Antaranya muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik.

Kesamaan nada antara not skala hari ini dan abjad Arab yang digunakan pada abad ke-9 sangat mengejutkan. Al-Kindi menggunakan not muzik dalam sistem penulisannya. Mereka juga menamakan not muzik dengan suku kata yang disebut solmisasi. Sukatan ini menjadi skala dasar bagi muzik ketika ini dengan penggunaan skala do, re, mi, fa, so, la, ti, do.

Banyak dari peralatan muzik yang digunakan dalam muzik tradisional, rock dan orkestra hari ini berasal dari nama Arab. Peralatan muzik seperti lute atau kecapi berasal dari al’ud, rebab (rababah), gitar, qitara dan naker (naqqara) kulit drum yang dibuat dari kulit kambing.

Sejarah hidup Al-Kindi banyak diceritakan di dalam buku-buku lama. Al-Kindi dilahirkan di Kufa pada tahun 801 hingga 873. Bapanya seorang pemimpin di Kufa berketurunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yaman.

Pendidikan awal al-Kindi pula bermula di Kufa, kemudiannya ke Basrah dan Baghdad. Kepandaian dan kebolehan Al-Kindi mula diketahui ramai hinggalah sampai kepengetahuan Khalifah al Ma’mun lalu berminat untuk melantiknya bekerja di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad. Rumah itu adalah pusat yang baru sahaja ditubuhkan ketika itu bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan kajian saintifik orang Yunani. Al-Kindi juga berkebolehan di dalam penulisan seni khatnya yang sangat cantik dan pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil.

Sepanjang hayatnya, Al-Kindi dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling berpengaruh seluruh Tanah Arab sehingga di beri gelaran oleh masyarakat Arab sebagai Bapa Falsafah Arab.
Walaupun muzik di seluruh dunia ini dipelopori oleh tokoh ilmuan Islam, namun kepenggunaan muzik tetap berlandaskan batasan-batasan agama Islam yang boleh dijatuhkan sebagai haram sekirannya berlebihan dan melalaikan.

Banyak dalil berkaitan pengharamannya dan para ulama juga berhujah berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Menerusi surah Luqman ayat 6, antaranya Allah S.W.T berfirman, “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan“.

Menurut Ibn ‘Abbas sewaktu mentafsirkan ayat itu, ia merujuk kepada muzik, manakala Mujahid berpandangan ia merujuk kepada al-Lahwu dan al-Tobl. Al-Hasan al-Basri pula menyatakan ayat ini diturunkan berkenaan muzik dan al-Mazamir. (Rujuk Tafsir al-Tobari, 21/40 dan Tafsir Ibn Kathir, 3/451).

Selain itu, sabda Nabi S.A.W, “Janganlah kalian menjual penyanyi-penyanyi wanita atau membeli mereka atau mengajar mereka menyanyi. Tidak ada kebaikan pada urus niaga melibatkan mereka dan nilaian harga mereka adalah haram. Dan kerana kes seumpama inilah diturunkan ayat (yang bermaksud): “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah”- Sunan Tirmizi (3195).

Nabi S.A.W juga bersabda, “Akan ada di antara umatku, satu kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat muzik,” Sahih al-Bukhari (5590).

Nabi S.A.W juga pernah bersabda, “Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah akan menjadikan bumi untuk menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi,” Sunan Ibn Majah (4020).

Ustaz Zul Ramli

Sementara itu, Pendakwah Bebas, Ustaz Zul Ramli, berkata, muzik di kategorikan sebagai hiburan yang menjadi fitrah manusia untuk berhibur dan muzik adalah dianggap instrumen untuk menyalurkan, meluah dan mengekpresikan untuk gembira.

“Kebiasanya ulama bukan melihat kepada hukum muzik itu tetapi apakah matlamatnya atau apakah muzik itu menjadikan seseorang itu berhibur dan merosakkannya. Batasannya adalah kepada kesan dan natijahnya. Muzik adalah instrumen, manakala muzik tanpa instrumen dihasilkan secara semulajadi seperti getaran.

“Fungsi muzik adalah untuk menenangkan dan menghiburkan. Muzik sudah wujud sejak zaman nabi lagi, sebagai contoh ketika nabi berhijrah ke Madinah orang-orang Ansar terlampau gembira sehingga mereka menari dan menyanyi menyambut kedatangan nabi bagi mengekspresikan perasaan mereka sehingga mengeluarkan lantunan-lantunan nasyid dalam batasan di mana Rasulullah tidak kata pun di kemudian harinya sesuatu yang tidak betul.

“Ulama sudah menggariskan muzik bagaimana yang dibenarkan di dalam Islam dengan meletakkan tujuan-tujuannya. Jika muzik bermatlamat untuk mengagungkan wanita serta menyentuh menimbulkan kekaguman ia adalah perkara yang dilarang. Apa pun ia tidak bermakna berhibur tidak dibenarkan tetapi ia harus dilakukan mengikut batasan syarak.

Menurutnya lagi, kita harus percaya Islam itu bersifat syumul yang merangkumi kesemua keperluan manusia bersifat fizikal dan dalaman.

“Bererti Islam bukan agama yang menghalang dari fitrah ia mesti jalan dengan serentak cuma Islam datang dengan peraturan. Apa yang berlaku hari ini adalah muzik yang menjurus hingga sampai lupa diri yang akhirnya merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Dalam hal seperti ini Islam mengawal dan menjaga agar tidak keluar dari batas dan jika di dalam batasan, Islam benarkan sesuai dan seirngan dengan keperluan semulajadi manusia,” katanya.

Al-kindi juga telah mengembangkan alat muzik yang disebut ‘ud (mencapai). Ia juga adalah orang yang pertama menyatakan manfaat terapi dari muzik untuk menyihatkan fizikal, emosi dan mental.

Oleh yang demikian, al-Kindi adalah seorang ilmuan ensiklopedia yang memiliki banyak kecerdasan seperti linguistik muzikal hingga muzik semulajadi. Perpaduan kecerdasan ini berkembang sesuai dengan kuatnya minat al-Kindi terhadap cabang ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu.

Al–Kindi telah menghasilkan pelbagai nota yang menghasilkan keharmonian nada suara yang unik dan dajah keharmonian bergantung kepada frekuensi nota tersebut. Lebih dari itu, beliau telah mencipta satu kaedah dalam mengenal pasti nada suara. Al- Kindi menetapkan bahawa apabila bunyi dihasilkan maka gelombang di udara akan terhasil yang telah memukul gegendang telinga.

Muzik mengikut batasan syarak dibenarkan.

Hal ini juga ditunjang oleh kedudukannya sebagai seorang penterjemah profesional yang mengharuskan dirinya untuk menguasai bahasa dan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam semua karya yang diterjemahkannya. Tanpa penguasaan yang memadai terhadap cabang ilmu tersebut, mustahil ia menghasilkan karya terjemahan yang bermutu.

poster
Uncategorized,

KID 2021: Medan Baharu Sambut Ramadan

no comment

Putrajaya: Menyemarakkan bulan Ramadan yang bakal disambut 10 hari lagi, Pertubuhan Sayang Al-Quran mengambil inisiatif menganjurkan program Konvensyen Islamik Digital (KID) 2021.

KID bermula semalam dan berakhir Ahad ini berlangsung di Shaftbury Putrajaya, adalah program ilmuan diilhamkan secara digital rentetan situasi pandemik Covid-19 melanda dunia, memaksa masyarakat membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu.

KID bermula semalam dan berakhir Ahad ini berlangsung di Shaftbury Putrajaya, adalah program ilmuan diilhamkan secara digital rentetan situasi pandemik Covid-19 melanda dunia, memaksa masyarakat membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu.

Program julung kali diadakan itu menyatukan mursyid, penceramah bebas dan motivasi serta “influencer” tanah air bergabung dalam menjayakan pelbagai pengisian ilmiah bertemakan Di Ambang Cinta Ramadan.

Pengerusi Pertubuhan Sayang Al Quran Tuan Mejar Qayyum A. Badaruddin, berkata KID yang menerapkan konsep kecintaan dan sayang kita kepada al-Quran menjadi inspirasi kebaikan kehidupan setiap khalifah.

“Program sepanjang tiga hari dan dua malam itu diisi dengan pengisian seperti Cakna Minda, Akustika Nurani, Tadabbur Hati, Khalifah Muda, Pesta Ibadah, Tazkirah Diri, Jualan Amal dan Infaq Ramadan dijayakan bersama barisan penceramah dan selebriti popular tanah air.

“Program sepanjang tiga hari dan dua malam itu diisi dengan pengisian seperti Cakna Minda, Akustika Nurani, Tadabbur Hati, Khalifah Muda, Pesta Ibadah, Tazkirah Diri, Jualan Amal dan Infaq Ramadan dijayakan bersama barisan penceramah dan selebriti popular tanah air.

Dalam masa yang sama, KID juga memperkenalkan Konsep Tahfiz Kebajikan yang memberi ruang kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin, asnaf dan anak yatim mengikuti program MyQuran ini.

Program ini sebagai landasan menjadi pentas menjalankan aktiviti pengumpulan dana bagi membangunkan tahfiz dan mengembangkan aktiviti kemanusiaan di negara kita,” katanya pada Majlis Pelancaran KID 2021, di sini, semalam.

KID dijayakan oleh Ustazah Isfadiah; Hijjaz; In-Team;- Dr Anuar Hasin; Ustaz Zamri Mantop; Tuan HJ Badrul Sani; Mejar Qayyum; Abg Kid Search, Ustaz Pahrol Juoi dan Imam Muda Asyraff. 

  Selain itu, Ustaz Elyas Ismail; Ustaz Don Daniyal; Ustaz Zul Ramli; Dai’ Hilman; PU Azhar; Ustaz Fadzli Aziz; Munsyideen; Ustaz Syed NorHisyam; Tuan Hasnul Hanif; Mufti Sabah; Rabbani dan Ustazah Nik Salida. Untuk info lanjut layari www.kid21.my

Sekitar Majlis Pelancaran Konvensyen Islamik Digital (KID) 2021 yang berlangsung di Shaftsbury, Putrajaya semalam.

#Ramadan #SayangAlQuran #sinarharian #SinarIslamPlus #Nashid #Malaysia

Screenshot 2021-04-01 at 10.09.52 AM
Gaya Hidup, Uncategorized, Video,

[Video] Bangkit Dalam Norma Baharu

no comment

Kesan pandemik COVID-19 banyak mengubah segala-galanya. 

Jika dulu kita bebas bergerak bersama keluarga dan kenalan rapat mencari lokasi makanan dari awal pagi hinggalah lewat malam sekiranya tidak terikat dengan tuntutan kerja.

 Namun disebalik kesukaran pergerakan kita dibatasi, golongan peniaga yang menjadikan aktiviti berniaga sebagai punca pendapatan hidup dalam berusaha mencari rezeki buat dari sendiri mahupun keluarga seiring amalan sunnah Rasulullah, turut menerima kesan besar.

Ikuti video yang disediakan.

#NormaBaharu #Bangkit #SinarIslamPlus #SinarHarian #Islam

Omar Ibn Said
Jendela Dunia, Personaliti, Uncategorized,

Omar Ibn Said: Kisah hamba-cendekiawan Islam yang “dimurtadkan”

GERAKAN Black Lives Matter atau BLM yang menarik semula perhatian antarabangsa selepas pembunuhan George Floyd tahun lalu , mengingatkan dunia bahawa perjuangan memartabatkan bangsa Afrika Amerika masih belum selesai.

Walaupun dibebaskan daripada kehambaan pada Disember 1865, kejadian keganasan terhadap bangsa itu terserlah kes demi kes saban tahun.

Siapa tidak tersentap melihat video yang tular di mana seorang anggota polis kulit putih menghimpit dengan lututnya leher Floyd sehingga beliau yang tertiarap mati sesak nafas.

Rayuan terdesak Floyd, 46, bahawa beliau sukar bernafas tidak dihirau anggota polis itu yang kini menghadapi tuduhan membunuh.

Kesalahan Floyd hanyalah beliau disyaki cuba gunakan duit palsu di sebuah kedai di Minneapolis, Amerika Syarikat.

Pembunuhan Floyd bukanlah satu kes berasingan.

Photo by Joe Yates on Unsplash

Pembunuhan George Floyd tahun lalu, mengingatkan dunia bahawa perjuangan memartabatkan bangsa Afrika Amerika masih belum selesai.

Menurut kajian 2019 Proceedings of the National Academy of Sciences – Prosiding Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (PNAS), dalam hayat mereka, seorang daripada 1,000 lelaki Afrika Amerika boleh dijangka dibunuh oleh polis.

Ahli sains sosial dan pakar kesihatan awam kini secara luasnya mengakui hubungan (negatif) polis dengan bangsa Afrika Amerika menjadi penyumbang ketidaksamarataan tahap kesihatan dan punca kematian awal bagi bangsa bukan kulit putih di negara itu.

Apakah sebenarnya penyebab keganasan terhadap bangsa Afrika Amerika ini oleh segelintir mereka yang berkulit putih ini?

Adakah semata-mata kerana berkulit hitam mereka dianggap tidak setaraf dengan yang kulit lebih cerah?

Atau apakah mentaliti tuan-hamba masih menular di kalangan segelintir rakyat Amerika Syarikat, lantas dianggap boleh diperlakukan ikut sesuka hati terhadap bangsa Afrika Amerika ini.

Mungkin mereka yang masih menganggap dirinya tuan ini, perlu diingatkan bangsa Afrika Amerika ini adalah keturunan mereka yang diculik dan dipaksa menjadi hamba beratus tahun lalu.

Kebanyakan yang diculik dari benua Afrika ini bukanlah calang-calang orang, tetapi dari keluarga yang martabatnya setaraf atau lebih baik daripada mereka yang menjadi tuan di Amerika seketika dulu.

Ilustrasi kapal yang digunakan untuk permedagangan manusia. (Gambar : Library of Congress )

Buktinya ada di perpustakaan Kongres Amerika Syarikat dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang cendekiawan dari Senegal yang diculik dan dipaksa menjadi hamba di Amerika Syarikat lebih 200 tahun lalu.

Nama Omar Ibn Said mungkin begitu asing di negara ini dan mungkin apa yang terlintas susuk badan yang berada di Asia Barat atau utara Afrika.

Namun, karya yang ditulisnya telah membuka kisah hidup hamba dari Afrika Barat yang kemudian menjadi perhatian pengkaji sejarah Amerika Syarikat mengenai sejarah gelap negara itu.

Meskipun bergenerasi berlalu, autobiografinya telah menceritakan pahit maung perjalanan hidupnya selepas diperdagang sebagai hamba dan menjadi karya yang disimpan di Perpustakaan Kongres.

Uniknya, ia bukan dalam bahasa Inggeris tetapi ditulis dalam bahasa Arab yang membuka lembaran baru bagi sejarah negara “Uncle Sam”.

Koleksi Penulisan Omar Ibn Said

Koleksi penulisan Omar Ibn Said yang ini dipulihara di Perpustakaan Kongres, Amerika Syarikat. (Gambar : Shawn Miller/ Library of Congress )

Pada tahun 1807, Ibn Said yang Ketika itu berumur 37 tahun telah diculik dan dijual sebagai hamba abdi. Apa yang mereka tidak tahu, dia adalah daripada keluarga kaya dan juga cendekiawan Islam terkenal di negara asalnya,Senegal.

Berasal dari wilayah Futa Tooro, Ibn Said telah dibawa ke pulau Saint-Louis, sebuah pelabuhan yang terletak di muara Sungai Senegal yang menjadi pusat transit utama bagi pemerdagangan hamba abdi di Afrika barat sebelum dihantar ke Amerika Syarikat dan kepulauan Caribbean.

Ilustrasi Pelabuhan Pulau Saint-Louis, Senegal oleh Louis Mer (Gambar : Bibliothèque Nationale de France.)

Ketiga-tiga lokasi berkenaan termasuk dalam kawasan yang dikenali Perdagangan Segitiga Trans- Atlantik, yang terkenal dengan pemerdagangan hamba Afrika ke benua Amerika.

Sepanjang abad 16 hingga 19, lebih 10 hingga 19 juta orang telah diniaga sebagai komuditi dagangan.

Sepanjang sejarah penghambaan, amat sedikit sekali kisah hamba dari Afrika yang telah dipulihara sebagai bahan dokumentasi, tetapi kisah Ibn Said menjadi salah satu catatan penting.

Sebelum diculik, dia terkenal sebagai seorang tokoh ilmuan Islam, yang menghabiskan lebih dua dekad masanya untuk mempelajari dan menghafal Al Quran dan pelbagai jenis cabang ilmu.

Surah al-Mulk tulisan tangan Omar Ibn Said. (Gambar : Library of Congress )

Memoir sebanyak 15 halaman tulisan tangan itu telah mencabar naratif penghambaan Afrika melalui tradisi dan budaya.

Biografinya dimulakan dengan penulisan ayat Al Quran seperti surah al-Mulk, yang mengandungi ayat-ayat yang menceritakan tentang penguasaan, kedaulatan, pemilikan dan mesej yang disampaikan beliau adalah menyeluruh, bahawa hanya Allah yang memiliki hambaNya.

Para pengkaji sejarah percaya gaya penulisan Ibn Omar adalah mesej yang cuba disampaikan kepada tuannya.

Ia menceritakan tempat asalnya diceroboh dan bagaimana dia ditangkap dan dibawa selama sebulan setengah sebelum tiba di Charleston, Amerika Syarikat.

Tulisan itu turut mengkisahkan bagaimana dia telah dijual kepada tuannya yang pertama dikenali sebagai Johnson yang digambarkan sebagai seorang yang tidak takutkan Tuhan, selain perangainya yang bengis dan jahat.

Perdagangan Segitiga Trans- Atlantik, yang terkenal dengan pemerdagangan hamba Afrika ke benua Amerika. (Gambar ilustrasi : Chicago History Museum)

Ibn Said, akhirnya berjaya melarikan diri ke Fayetteville, Carolina Utara tetapi malangnya ditangkap dan dijual semula.

Tulisan selanjutnya menceritakan, pemilik kedua,  James Owen amat berbeza melayannya.

Ahli sejarah yang mengkaji memoir ibn Said berpendapat bahawa beliau menghabiskan baki umurnya bersama keluarga itu.

Nama James Owen dikenali kerana telah bersama-sama The American Colonization Society (ACS), sebuah pertubuhan yang cuba memerdekakan hamba dan menghantar pulang mereka ke negara asal mereka.

Walaupun ada yang berpendapat Ibn Said telah memeluk agama Kristian pada 1820, ramai sarjana moden percaya bahawa beliau berterusan mengamalkan ajaran Islam.

Library of Congress Collection

Memoir Ibn Said merupakan antara dokumentasi terpenting dalam sejarah hamba abdi di Amerika syarikat. (Gambar : Beinecke Rare Book & Manuscript Library, Yale University)

Berdasarkan kajian yang dibuat, dia masih memulakan penulisannya dengan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam Injilnya dan sekeping kad bertarikh 1857 yang mengandungi tulisan Surah Al Nasr, sehingga ada yang beranggapan ia adalah doa dengan menyifatkannya sebagai seorang penganut Kristian yang baik.

Menurut Dr. Sylviane Diouf pakar Sejarah Diaspora Afrika dari Universiti Brown, Amerika Syarikat, ketika memperbincangkan mengenai Koleksi Omar Ibn Said anjuran Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (US library of Congress) berkata “kebanyakkan hamba pada ketika itu ramai berpindah agama secara pseudo-conversion (pertukaran agama secara samar) di mana di sesetengah negara, kebanyakan mereka dipaksa untuk berpindah agama dan secara luaran, mereka dilihat seperti sudah menganut agama lain tetapi pada hakikatnya mereka masih kekal sebagai seorang Muslim dan masih mengamalkan ajaran Islam”.

“Kebanyakkan hamba pada ketika itu ramai berpindah agama secara pseudo-conversion (pertukaran agama secara samar) di mana di sesetengah negara, kebanyakan mereka dipaksa untuk berpindah agama dan secara luaran, mereka dilihat seperti sudah menganut agama lain tetapi pada hakikatnya mereka masih kekal sebagai seorang Muslim dan masih mengamalkan ajaran Islam”.-Menurut Dr. Sylviane Diouf, pakar Sejarah Diaspora Afrika, Universiti Brown.

Dalam perbincangan yang sama juga, penulis buku ‘Muslim American Slave : The Life of Omar ibn Said’, Dr Ala Alryyes juga menyatakan pemindahan agama Ibn Omar amat samar dan perkara ini dapat dilihat berdasarkan penulisannya.Setiap kali menulis dia akan memulakannya dengan petikan dari ayat-ayat suci Al Quran. Tulisan seperti “Tuannya tidak ada hak keatasnya dan pemilikan dan kekuasaan hanya di tangan Tuhan,” adalah mesej tersirat yang cuba disampaikan.

Petikan surah an-Nasr yang ditulis oleh Ibn Said pada 1857.

Di samping itu,  dalam autobiografi berkenaan, Ibn Said dalam beberapa catatan lain  masih kerap menulis selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, menyebut Nabi Isa sebagai Al Masih dan penghulu kami ‘Sayyidina’ (سيدنا) kata hormat Islam terhadap para rasul dan tidak dikelirukan dengan Tuhan ‘Rab’ (ربّ) dalam penulisannya.

Di samping itu,  dalam autobiografi berkenaan, Ibn Said dalam beberapa catatan lain  masih kerap menulis selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, menyebut Nabi Isa sebagai Al Masih dan penghulu kami ‘Sayyidina’ (سيدنا) kata hormat Islam terhadap para rasul dan tidak dikelirukan dengan Tuhan ‘Rab’ (ربّ) dalam penulisannya, Menurut Dr Ala Alryyes, penulis buku ‘Muslim American Slave : The Life of Omar ibn Said’

Melihatkan keadaan kisah perhambaan Ibn Said dengan mengambil kira situasi pada ketika itu,  ramai berpendapat dan berkemungkinan perpidahan agama yang diperlihatkan adalah cara untuk memerdekakan diri yang hanya boleh diperolehi menerusi pertukaran akidah.

Ibnu Said telah meninggal dunia pada 1864 dan kisah hidupnya menjadi terkenal 150 tahun kemudian apabila memoirnya diletakkan di Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (US library of Congress) pada tahun 2017.

Pada tahun 1991, sebuah masjid di Fayetteville, Utara Carolina dinamakan semula sebagai Masjid Omar Ibn Said sebagai penghormatan kepadanya.

Memoir Ibnu Said merupakan antara dokumentasi terpenting dalam sejarah hamba abdi di Amerika syarikat.

Ia menjadi sebahagian catatan kisah rakyat kulit hitam yang berkurun-kurun dinafikan hak sebagai manusia di negara yang selama ini mendakwa didirikan atas kesaksamaan hak asasi manusia dan demokrasi.

Dr. Sylviane Diouf pakar Sejarah Diaspora Afrika dari Universiti Brown, Amerika Syarikat, turut memperbincangkan mengenai Koleksi Omar Ibn Said yang dipulihara di Perpustakaan Kongres. (Gambar:sylvianediouf.com)

 

IMG_3921
Berita Semasa, Gaya Hidup, Uncategorized,

Pelaburan Untuk Jariah : PMB-An-Nur Waqf Income Fund, Dana Pelaburan Syariah

no comment

PMB Investment Berhad (PMB Investment), ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad, hari ini melancarkan PMB–An-Nur Waqf Income Fund (PMB An-Nur Waqf Fund) dana campuran di bawah pengurusannya.

Majlis pelancaran dana baharu tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Bercakap di sidang media, Mahani Ibrahim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment berkata, PMB An-Nur Waqf Fund yang merupakan dana ke-17 PMB Investment memberi peluang kepada para pelabur memperoleh keuntungan dan membuat amal jariah. “PMB An-Nur Waqf Fund sesuai untuk mereka yang mencari peluang untuk membuat amal jariah walaupun modal tidak besar serta berpeluang mendapat pulangan daripada pelaburan. Dana pelaburan syariah mempunyai tahap risiko sederhana serta mencari pelaburan yang mampu memberi pulangan stabil dalam tempoh sederhana hingga panjang”, tambah beliau.

“PMB An-Nur Waqf Fund sesuai untuk mereka yang mencari peluang untuk membuat amal jariah walaupun modal tidak besar serta berpeluang mendapat pulangan daripada pelaburan. Dana pelaburan syariah mempunyai tahap risiko sederhana serta mencari pelaburan yang mampu memberi pulangan stabil dalam tempoh sederhana hingga panjang”, tambah beliau.

Pelaburan ke dalam sekuriti berlandaskan syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia dan memfokus kepada syarikat stabil dengan potensi pertumbuhan melebihi 2 peratus setahun, sukuk dan instrumen pasaran wang merupakan strategi pelaburan dana ini.

Ditawar pada harga RM0.50 seunit, PMB An-Nur Waqf Fund turut menawarkan perlindungan takaful percuma kepada pelabur yang layak. Menurut Mahani, dengan pelaburan RM1,000 ke dalam PMB An-Nur Waqf Fund melayakkan pelabur mendapat perlindungan, dengan perlindungan maksimum RM200,000. Pelaburan minimum untuk pelabur runcit ialah RM100 dan RM10,000 untuk pelabur korporat atau institusi.

PMB Investment lancar PMB-An-Nur Waqf Income Fund

PMB An-Nur Waqf Fund mengumumkan pengagihan pendapatan tahunan (jika ada) dengan pecahan 30 peratus untuk diwakafkan sementara 70 peratus daripada pengagihan pendapatan dalam bentuk unit akan dilabur semula.

PMB Investment berkolobrasi dengan Waqaf An-Nur sebagai insitusi wakaf yang mengurus pelbagai aktiviti hasil daripada manfaat wakaf yang diterima ke seluruh negara. Haji Bukhari Abdul Rahman, Ketua Eksekutif, Waqaf An-Nur berkata, “PMB An-Nur Waqf merupakan satu inisiatif inovasi pewakafan yang dijangka mampu menarik lebih ramai masyarakat untuk berwakaf. Melalui setiap pelaburan dana ini, orang ramai secara tidak langsung berwakaf dengan Waqaf An-Nur apabila pengagihan pendapatan yang diterima bukan sahaja memberi pulangan kepada pelanggan malah dividen tersebut turut diwakafkan kepada Waqaf An-Nur”.

Bukhari menambah, “Waqaf An-Nur akan menggunakan pengagihan pendapatan yang diwakafkan bagi tujuan pembelian saham-saham patuh syariah untuk menyuburkan lagi pewakafan. Hasil daripada pembelian saham-saham tersebut akan disalurkan bagi manfaat masyarakat secara berterusan”.

Bukhari menambah, “Waqaf An-Nur akan menggunakan pengagihan pendapatan yang diwakafkan bagi tujuan pembelian saham-saham patuh syariah untuk menyuburkan lagi pewakafan. Hasil daripada pembelian saham-saham tersebut akan disalurkan bagi manfaat masyarakat secara berterusan”.

Turut hadir ke majlis pelancaran, Datuk Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz, Pengerusi Pelaburan MARA Berhad dan Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation yang juga merupakan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation.

Menurut Mahani, PMB Investment yakin dengan pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pelaburan akan berupaya memberikan prestasi dan pulangan berpatutan pada masa akan datang.

“PMB Investment menyasarkan pelaburan berjumlah RM50 juta menjelang hujung tahun hadapan. Keyakinan ini adalah berdasarkan prestasi dana yang diuruskan oleh PMB Investment sendiri selain dari pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi yang telah dijalankan dan giat dirancang oleh PMB Investment,” tambah Mahani.

PMB Investment Berhad merupakan salah sebuah syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman melebihi lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio. Sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), ia mengurus 17 dana unit amanah, dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

PMB Investment berkolobrasi dengan Waqaf An-Nur sebagai insitusi wakaf yang mengurus pelbagai aktiviti hasil daripada manfaat wakaf yang diterima ke seluruh negara.

Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) yang telah beroperasi lebih daripada dua dekad ialah sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi menguruskan saham- saham serta aset yang diwakafkan oleh Johor Corporation (JCorp). Waqaf An-Nur

menguruskan pelbagai aktiviti hasil daripada manfaat wakaf yang diterima, antara aktiviti yang dijalankan adalah menerusi agihan sumbangan bagi pembangunan dan penyeleggaraan masjid, pusat pendidikan, rumah kebajikan dan program kemanusiaan diseluruh Malaysia menerusi dana kebajikan Am, perkhidmatan kesihatan dan dialisis melalui Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur di seluruh Malaysia, pengurusan 6 buah Rangkaian Masjid An-Nur, pembiayaan mikrokredit menerusi Dana Niaga serta penyediaan latihan kemahiran menerusi Pusat Waqaf Komuniti.

unnamed
Berita Semasa, Gaya Hidup, Uncategorized,

Itaqwa Care Malaysia – Matan Tandatangani Perjanjian

no comment

SHAH ALAM, 16 Mac 2021 – Syarikat perkhidmatan kesihatan swasta Malaysia pertama yang berasaskan prinsip syariat Islam khusus buat wanita untuk wanita, iTaqwa Care Sdn. Bhd. (iTC) menandatangani perjanjian dengan Maahad Tahfiz An-Nabawi (MATAN) sebagai konsultan perkhidmatan kesihatan secara rasmi di setiap 11 cawangan MATAN di seluruh negara.

Pengasas iTC, Puan Hajjah Fara Othman berkata, “Kami amat bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh Pengasas MATAN, Ustaz Ahmad Dusuki kerana melantik iTC sebagai perunding perkhidmatan kesihatan menyeluruh di setiap cawangan MATAN yang bakal berlangsung selama 2 tahun.”

“iTC akan bertanggungjawab di dalam operasi mini klinik yang akan dibina di setiap sekolah MATAN, ini termasuk penganjuran program kesihatan dan kesedaran buat pelajar-pelajar serta keseluruhan warga MATAN.

“Selain itu, iTC juga turut menyediakan perkhidmatan kaunseling secara profesional dengan menganjurkan program kesedaran kesihatan mental, dan membantu pihak MATAN dalam memeriksa dan memperbaiki mutu ‘medical report’ pelajar-pelajar MATAN pada masa akan datang.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, selaku Pengasas MATAN, “Saya memilih iTC sebagai perunding perkhidmataan kesihatan rasmi MATAN kerana saya percaya dengan visi pengasasnya, Puan Hajjah Fara yang mahu menerajui bidang perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang berteraskan hukum Syarak.”

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.Pengasas Maahad Tahfiz An-Nabawi (MATAN)

“Selain itu, saya juga akan berperanan sebagai penasihat Syariah bagi iTC Home Nursing, iTC Dialysis Center dan iTC Clinic, serta membantu didalam memberi tunjuk ajar serta Tarbiyah buat kesemua staff iTC dan akan menasihati skuad pemandi jenazah wanita iTC.

Sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan yang lebih Islamik di Malaysia dan Asia Tenggara, Puan Hajjah Fara turut menerangkan, “MATAN merupakan Madrasah pertama yang akan mengetengahkan peri pentingnya tentang penjagaan kesihatan di kalangan pelajarnya ketika dunia sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.”

“iTC bukan sahaja syarikat perkhidmatan kesihatan pertama di Malaysia yang berteraskan Syariah bahkan perunding kesihatan pertama di sekolah aliran agama atau Tahfiz negara.

Bidang perkhidmatan kesihatan secara global sedang berdepan dengan perubahan yang mendadak kerana pandemik COVID-19 dan ini merupakan cabaran yang  disahut oleh iTC, tambah pengasasnya lagi, “Perancangan masa hadapan iTC adalah untuk menubuhkan klinik kesihatan menyeluruh khusus buat kaum wanita yang lengkap dan kami juga bakal melancarkan produk kesihatan dalam bentuk ‘travel kit’ buat para jemaah Haji dan Umrah.

“Harapan saya selaku Pengasas iTC adalah agar perjanjian dengan MATAN ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya, selain memperkembangkan mutu perkhidmatan iTC  dan terus memantapkan usaha kami dalam menawarkan pekhidmatan kesihatan berunsurkan hukum Syariat pada peringkat antarabangsa In Shaa Allah.

Puan Hajjah Fara Othman,Pengasas iTaqwa Care Sdn. Bhd.

pawel-szymankiewicz-piqhM4BdZZI-unsplash
Berita Semasa, Gaya Hidup, Uncategorized,

Agrobank Bangunkan Usahawan Agro Menerusi Program Keusahawanan Asnaf

no comment

KUALA LUMPUR – Program Keusahawanan Asnaf – Jom Sate yang diilhamkan Agrobank dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ekza Food Resources mencari lapan usahawan golongan asnaf untuk dibantu.

Program dianjurkan untuk menggalakkan semangat dan membina kemahiran keusahawan di kalangan komuniti asnaf di Wilayah Persekutuan bertujuan membantu meningkatkan taraf sosial ekonomi mereka, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi berikutan penularan pandemik COVID-19 ini.

Pengerusi Agrobank, Dato’ Mustapha Buang, berkata proses membina perniagaan sate bagi lapan bakal usahawan terpilih yang mengikuti program ini telah dipermudahkan di mana mereka menerima bantuan dan sokongan daripada kolaborasi tiga pihak iaitu, Agrobank, MAIWP dan Ezka Food Resources.

“Seramai lapan orang usahawan yang terdiri daripada komuniti asnaf diberi bantuan zakat dan kemahiran latihan, termasuk proses pembelian peralatan membakar dan bahan mentah, memerap rempah ratus serta mencucuk sate, semuanya diuruskan bersama agar usahawan ini boleh terus memulakan perniagaan mereka dan terus berusaha untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi mereka di masa hadapan,” katanya ketika melancarkan Program Keusahawanan Asnaf – Jom Sate secara maya di FB Live Agrobank pada Jumaat.

“Adalah menjadi azam kami di Agrobank untuk memanifestasikan program pembangunan usahawan yang menyambut dan menyokong seruan kerajaan dalam pelestarian ekonomi mikro sepertimana strategi PENJANA. Kami prihatin dan ambil maklum akan kepentingan untuk memastikan kesinambungan perniagaan bagi pengusaha perniagaan mikro yang meliputi lebih 90 peratus daripada keseluruhan perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Malaysia. Ianya adalah tunjang kepada pembangunan ekonomi dan perniagaan IKS,” kata Mustapha.

Di masa hadapan, Agrobank berhasrat untuk mengembangkan inisiatif ini dengan pembabitan lebih banyak pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), komuniti masjid dan pelanggan Agrobank yang sedia ada sebagai rakan strategik selain meluaskan skop perniagaan.

“Semoga muafakat (kolaborasi tiga rakan strategik) kita untuk membantu peluang rezeki golongan asnaf diberkati. Sesungguhnya usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan bukan sekadar tanggungjawab kerajaan tetapi melibatkan semua pihak bagi memastikan kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama,” katanya.

Program Keusahawanan Asnaf Agrobank adalah bersifat menyeluruh dengan pengembelingan “Technical Know-How” dan “Business Best Practices” menerusi pengetahuan penggunaan teknik dan strategi perniagaan terkini (Business Best-Practices).

Program Keusahawan Asnaf Agrobank ini merupakan inisiatif kali kedua oleh Agrobank dalam usaha pengagihan zakat kepada golongan asnaf. Langkah inovatif ini turut melibatkan beberapa pihak lain di bawah program strategik dan berstruktur Agrobank iaitu, Program Keusahawanan Asnaf Agrobank.

Program ini dilancarkan buat pertama kali dengan kerjasama Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Alma Processing Trading Sdn Bhd untuk program Bomb Burger pada tahun lalu. Secara keseluruhan, seramai 47 asnaf telah diberikan pelbagai latihan kemahiran berkaitan perniagaan melalui modul pemasaran dalam talian atau ‘online marketing’ dengan kerjasama beberapa institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu dan IPB.

hologram
Gaya Hidup, Uncategorized, Video,

[Video] Imej Hologram Ganti Kemunculan Fizikal

no comment

Bayangkan alam sekolah di mana guru yang mengajar adalah dalam bentuk hologram : imej tiga dimensi dipancar cahaya laser.
Atau perbincangan berhubung penyelenggaraan di fasilti pelantar minyak laut dalam dilakukan secara remote atau jarak jauh di keselesaan pejabat di bandaraya, juga melalui teknologi hologram.

Semuanya ini bukan lagi bayangan tetapi realiti yang sudah dibawa oleh Serba Dinamik Group Berhad.
Ikuti kisah menarik syarikat milik anak tempatan dalam membangunkan teknologi moden masa kini.

#Muamalah​
#SinarIslamplus​​​
#SinarHarian​​​
#LifestyleSinarHarian​​​
#Teknologi​
#GayaHidup​​
#Teknologi​
#moden​
#hologram

Al-Fihri
Jendela Dunia, Pilihan Editor, Uncategorized, Video,

[Video] Universiti Pertama Dunia Dibina Oleh Wanita?

no comment

Tahukah anda? Universiti pertama di dunia yang diasaskan di Afrika Utara oleh seorang wanita yang berhasrat memberi pendidikan kepada semua yang mahu dari seluruh dunia.

Wanita berkenaan ialah Fatimah binti Muhammad Al-Fihtiyya Al-Qurashyi,
atau dikenali oleh dunia sebagai Fatima Al-Fihri
Kenali personaliti yang menjadi kebanggaan dunia ini.

#Personaliti​​ #SinarIslamplus​​​
#SinarHarian​​ ​#LifestyleSinarHarian​​​ #Africa​
#GayaHidup​​ #Wanita​
#WanitaIslam​ #Universiti