Browsing Category

Uncategorized

6385611_l
Gaya Hidup, Uncategorized,

Sedekah Subuh Merupakan Antara Waktu Sedekah Terbaik

no comment

SEDEKAH merupakan amalan mulia dan sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana sedekah amat berkait rapat dengan keimanan seseorang.

Sedekah yang terbaik adalah memberikan sesuatu yang bernilai atau baharu kepada mereka yang memerlukan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata,
bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah, ayat 261: “Dan (ingatlah), ALLAH melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH MAHA LUAS (rahmat) kurnia-NYA, lagi meliputi ilmu pengetahuan-NYA.”

“Sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti sedekah al-Quran, sedekah wang tunai, sedekah kain, sedekah pakaian, memberi senyuman kepada orang lain dan pelbagai lagi bentuk sedekah.

“Ia tidak terhad kepada wang ringgit atau kebendaan semata-mata tetapi sedekah juga boleh dalam bentuk tindakan dan perbuatan,” katanya kepada SI+.

Pada masa sama, pendakwah itu berkata, sedekah Subuh ialah bersedekah pada waktu Subuh sama ada selepas solat Subuh atau sebelum solat Subuh.

“Dalam erti kata lain kehidupan pagi seseorang muslim dimulai dengan perbuatan mulia iaitu sedekah.

“Sedekah Subuh merupakan antara waktu terbaik. Pun begitu sedekah pada waktu lain juga amalan mulia.

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Contohnya Si A sebelum mendirikan solat Subuh, beliau akan masukkan wang sebanyak RM20 ke dalam tabung khas sedekah yang diletakkan dalam rumahnya. Sambil memasukkan sedekah tersebut, Si A sertakan niat dan hajat kepada ALLAH SWT,” jelasnya.

pexels-fw-lm-7181224
Gaya Hidup, Uncategorized,

Penjelasan Status Hadis Solat al-Awwabin Diberi Ganjaran Istana Emas

no comment

SEPERTI semua sedia maklum, fadilat dan kemuliaan menunaikan solat duha atau alAwwabin sangat bererti dalam kehidupan umat
Islam.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang solat duha sebanyak 12 rakaat, maka ALLAH akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.“ (Hadis Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menjawab pertanyaan tentang riwayat hadis berkenaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) menerusi Irsyad Al-Hadith Siri ke-223: Solat Duha Mendapat Istana Emas memberi penjelasan dengan merujuk beberapa pendapat ulama.
Imam al-Tirmizi menilai hadis itu sebagai gharib (ganjil) kerana tidak diketahui. (Rujuk Sunan al-Tirmizi, 337/2)
Imam Ibn Mulaqqin mengatakan hadis daripada Anas bin Malik telah dimuatkan oleh Ibn al-Sakan di dalam kitab sunannya
yang sahih. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj, 416/1)                                                                                                                                                                          •  Imam al-Nawawi menghukum hadis berkenaan sebagai daif. (Rujuk Khulasah al-Ahkam, 571/1)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan dalam sanad itu tidak terdapat perawi yang dikatakan lemah. (Rujuk Fath al-Bari)
Syeikh al-Albani menilai hadith tersebut sebagai daif. (Rujuk Dhaif Jami‘ al-Tirmizi dan Dhaif Ibn Majah, 380/3)

Justeru, berdasarkan semua pandangan tersebut, Pejabat Mufti WP lebih cenderung mengatakan bahawa hadis berkenaan bersifat
daif.

“Pun demikian ia boleh diangkat ke tahap hasan apabila ia disokong oleh beberapa riwayat lain,“ kata mereka.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang dihubungi turut senada dengan Pejabat Mufti WP.

 

WAN SALIM

“Ya, walaupun status hadis ini dikatakan lemah, tetapi maknanya dikuatkan dengan hadis-hadis lain seperti Hadis Riwayat Buraidah. Ini kerana fadilat bersedekah adalah besar dan apabila solat duha disamakan dengan sedekah, maka inilah yang menunjukkan kelebihan solat duha,“ jelas pendakwah itu.

Tatkala diajukan pertanyaan tentang sesetengah pendapat bahawa ibadah itu berupaya menyembuhkan penyakit, Dr Wan Salim berkata, berdasarkan pengetahuannya, kesahihannya belum dapat dipastikan lagi.

Dalam pada itu, ujar beliau, para fuqaha berbeza pandangan sama ada solat duha boleh dilakukan setiap hari secara berterusan atau dilakukan berselang hari atau secara berkala.

“Bagaimanapun, majoriti jumhur fuqaha berpandangan, solat berkenaan digalakkan (mustahab) supaya dilakukan secara berterusan pada setiap hari,“ katanya.

Sandaran itu, beritahu agamawan tersebut adalah merujuk kepada Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud: “Amalan yang paling disukai ALLAH ialah yang kekal walaupun sedikit.“

Tunaikan janji
Gaya Hidup, Uncategorized,

Negara boleh jadi porak-peranda jika rakyat tak taat kepada khalifah

no comment

SEORANG khalifah akan menghadapi saat getir seandainya pengikut tidak mentaatinya sebagaimana kisah Nabi Musa AS bersama kaumnya, Bani Israel.

Justeru, benarlah kata-kata yang menyebut bahawa pemimpin terbaik datangnya daripada pengikut yang baik.

Mengulas lanjut mengenainya, pendakwah Ahmad Fauwaz Fadzil Noor berkata, sungguh besar impaknya kepada perkembangan sesebuah negara jika rakyat tidak mentaati pemimpin yang dilantik.

“Sekiranya hal itu berlaku, banyak agenda kerajaan tidak dapat dilaksana dan direalisasikan. Negara boleh jadi porak-peranda kerana itu kewajipan utama rakyat (mentaati pemimpin) dalam polisi yang adil,“ katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

 

AHMAD FAUWAZ

Bagaimana pula sekiranya rakyat berdepan dengan pemimpin yang zalim dan tidak jujur dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan?

Jawabnya: “Kezaliman hanya akan membawa kepada kehancuran. Apabila hal seumpama itu terjadi, maka penduduk akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan dan sentiasa diselubungi rasa bersalah.

“Bersikap zalim dan diktator ini dilarang dalam syarak kerana ia akan memusnahkan kehendak dan kreativiti rakyat. Azabnya sangat pedih menanti golongan sebegini pada hari akhirat kelak. Mereka juga diharamkan syurga.”

Seperti yang diungkap oleh pendakwah Bakhtiar Fitri Abdul Hamid, Ahmad Fauwaz berkata, pemimpin pada era milenial perlu menjadikan model pemerintahan nabi dan rasul sebagai pedoman buat mereka.

“Cara (pemerintahan) Nabi Muhammad SAW, Nabi Musa AS, Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS sudah dijelaskan dalam kitabullah. Sesungguhnya, pendekatan mereka dalam segenap perkara adalah berlandaskan usaha, iman dan mematuhi perintah daripada ALLAH YANG MAHA ESA,“ katanya.

Dalam Hadis Riwayat Muslim, seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW perihal pemimpin yang tidak menjaga tuntutan rakyat: “Ya Nabi ALLAH, bagaimana menurutmu jika para pemerintah yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka, tetapi tidak bersedia memenuhi hak kami? “

Baginda menjawab: “Tunduk dan patuhlah kamu kepada mereka, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinannya, manakala kamu juga akan bertanggungjawab terhadap ketaatan kamu kepadanya.“

Sebelum mengakhiri bicara, pendakwah itu membuat sedikit teguran kepada pemimpin hari ini.

“Jalankanlah tugas dan peka dengan kebajikan supaya rakyat tidak rasa terbeban walaupun negara sedang berdepan ancaman Covid-19,“ nasihatnya.

6151766_xl
Personaliti, Uncategorized,

PU Rahmat Pesan Ibu Tunggal Usah Putus Asa Besarkan Anak-anak

no comment

KITA sering diperdengarkan dan membaca perihal kesungguhan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Ada dalam kalangan mereka yang kematian suami mahupun dicerai hidup membesarkan ramai anak dengan kudrat wanitanya. Harapan mereka supaya anak-anak menjadi anak yang berjaya kelak.
Berkongsi di laman Instagramnya, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan membawakan kisah seorang ibu tunggal muda yang kematian suami bernama Shofiyyah Binti Maimunah. Suaminya meninggalkan seorang anak lelaki yang masih kecil.
Kongsi pendakwah itu, Shofiyyah mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin lagi dan berusaha sedaya mungkin memfokuskan pendidikan anaknya itu.
“Apa yang dilakukan Shofiyyah adalah setiap hari dia akan mengajarkan anaknya untuk belajar dan menghafal al-Quran. Berkat kesungguhannya, anak lelaki tunggalnya ini berjaya menghafal al-Quran dalam usia 10 tahun,, masha ALLAH.
“Setiap pagi menjelang waktu sebelum Subuh yang dingin, dia akan membangunkan anaknya, mempersiapkan anaknya dengan memakaikan baju yang terbaik dan menyediakan peralatan belajar untuk anaknya ini.
“Kemudian Shofiyyah akan menggandeng tangan anaknya menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjemaah seterusnya mengikuti majlis ilmu yang dikendalikan ulama pada zamannya,” katanya.
Ujarnya lagi, Shofiyyah tidak terus pulang, sebaliknya balu itu menunggu anaknya sehingga selesai majlis ilmu, begitulah rutinnya setiap hari.

 

Ibu bapalah yang akan mencorakkan keperibadian anak itu.

Agamawan itu berkata, usaha yang dilakukan Shofiyyah langsung tidak sia-sia kerana anaknya itu membesar menjadi seorang ulama besar yang namanya sentiasa disebut-sebut sehingga ke hari ini. Anaknya itu adalah Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah.
PU Rahmat berpesan kepada para ibu tunggal supaya jangan berputus asa dalam membesarkan anak-anak.
“Kerana tiada siapa tahu rezeki kalian akan mendewasakan orang-orang hebat. InsyaALLAH,” kata beliau.

R7eXptye
Uncategorized,

H- Perbuatan Menghina Orang Kurang Upaya Juga Akan Diazab

no comment

SERANGAN siber atau buli dengan menghina fizikal seseorang dengan kata-kata kesat khususnya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak akan terlepas dihitung ALLAH di hari akhirat kelak.

Twitter Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Ia teguran yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi akaun Twitternya yang menyebut, seorang Muslim tidak sepatutnya menyakiti Orang Kurang Upaya (OKU).

Kenyataan itu ditujukan kepada umum rentetan isu atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas kemenangannya dibatalkan pada balingan sejauh 17.94 meter sekali gus memecahkan rekod dunia pada temasya Paralimpik Tokyo yang berlangsung pada Selasa lalu.

Keputusan awal tidak rasmi.

Maksym Koval memenangi Emas pada acara Lontar Peluru Kategori F20 di Sukan Paralimpik Tokyo

Pembatalan itu sekali gus menjadikan peserta Ukraine, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini meraih emas dengan catatan rekod dunia 17.34 meter.

Hal itu telah membangkitkan rasa marah netizen negara ini sehingga menyerang akaun media sosial peribadi atlet tersebut dengan melemparkan kata-kata kesat termasuklah menghina keadaan fizikalnya.

Menurut hantaran Twitter Pejabat Mufti itu lagi, orang Islam sepatutnya menjadikan sabda Rasulullah SAW sebagai pedoman di mana kita hendaklah membantu golongan OKU daripada segi emosi dan fizikal agar mereka boleh menjalani kehidupan selesa seperti orang lain.

“Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti OKU.

Sabda Rasulullah SAW: ملعون من كمه أعمى عن الطريق
Bermaksud: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta daripada jalan laluannya”.

Al-San’ani menyatakan hadis itu sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu OKU daripada segi emosi dan fizikal agar mereka boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Menurutnya, netizen tidak sepatutnya menghamburkan kata-kata kesat walaupun berasa kecewa dan marah. Netizen turut diingatkan bahawa setiap perbuatan dan tulisan akan dihisab Allah SWT.

Serangan siber daripada netizen Malaysia yang menggunakan perkataan kurang sopan termasuk menghina kekurangan atlet paralimpik tersebut secara tidak langsung telah memalukan nama agama Islam, bangsa dan negara yang sebelum ini dipandang mulia.

Pejabat Mufti turut menasihati netizen yang menyakiti orang kurang upaya supaya menjaga akhlak dan tingkah laku daripada perkara keji.

BBC
Uncategorized,

Menghina Islam di Media Sosial, 11 Remaja Lain Pula Dijatuhkan Hukuman

no comment

Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman bersalah terhadap 11 remaja kerana melakukan buli siber terhadap penghina Islam di media sosial.

Dalam keputusan yang dibuat, semua remaja dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana atas kesalahan mengancam seorang gadis di media sosial.

Mila memuatnaik video yang menghina Islam di laman instagram dan tik tok miliknya tetapi mendapat pelindungan sebagai mangsa buli siber. Gambar: BBC

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Mila berusia 16 tahun ketika dia mula menyiarkan video di Instagram dan tik tok menghina Islam dan al-Quran mendapat perlindungan sebagai mangsa buli siber.

Akibatnya dia mendapat kecaman daripada pengguna media sosial. Kecaman itu membuatkan dia terpaksa berhenti sekolah kerana tekanan yang dihadapi sehingga terpaksa mendapat perlindungan polis.

Pada Rabu lalu, 11 remaja buli siber dijatuhkan hukuman penjara empat hingga enam bulan dan di denda sebanyak RM12,401 (€ 2,500).

Bercakap pada perbicaraan itu, Mila yang kini berusia 18 tahun mengakui bahawa dia tidak menyukai semua jenis agama dan bukan Islam sahaja.

Peguamnya, Richard Malka, mengatakan Mila telah menerima kira-kira 100,000 mesej mengancam, termasuk bunuh, rogol, dan ancaman mengenai orientasi seksualnya.

Perbicaraan Mila juga menimbulkan persoalan yang tidak adil mengenai kebebasan bersuara dan jelas tidak menghormati jutaan warganegara Muslim di Perancis, tetapi Mahkamah Perancis memfokuskan kepada aspek penyalahgunaan dalam talian.

“Apabila anda melewati seseorang di jalan, jangan anda menghina mereka, mengancam mereka, mengolok-olok mereka. Apa yang tidak anda lakukan di jalanan, jangan lakukan di media sosial,” kata Ketua Hakim, Michel Humbert.

Marlene Schiappa mengutuk jenayah kebencian dan buli siber. Gambar: Le Parisien

Menurut Menteri Kewarganegaraan Perancis, Marlene Schiappa, jenayah kebencian dalam talian meningkat sebanyak 34 peratus pada tahun 2020.

“Seluruh negara mesti mengutuk penyerang dan berhenti menyalahkan mangsa,” kata Schiappa dalam satu kenyataan.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Perancis telah memuatnaik di Twitter berkaitan perincian selama dua bulan prosedur untuk menghentikan pengguna media sosial daripada menghasut keganasan, kebencian kaum atau melakukan kesalahan lain.

Keputusan itu hasil daripada tuntutan sivil dibawa oleh kumpulan yang memerangi perkauman dan diskriminasi anti-LGBT. Mereka berpendapat bahawa hebahan di Twitter tidak cukup untuk menyedarkan atau menghapus kandungan yang melanggar ucapan kebencian atau undang-undang lain.

Sumber: AP

Bruno Macaes ketika Forum Diplomasi Antalya AA
Berita Semasa, Jendela Dunia, Uncategorized,

Islam sebahagian dari Eropah, Bukan Sesuatu Dari Luar: Bekas Menteri Portugal

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

ISLAM adalah sebahagian daripada sejarah dan budaya Eropah, dan bukan sesuatu dari luar, kata seorang bekas menteri Portugal.

“Sejarah kegemilangan di Eropah … Saya harap ia dapat difahami, dan kita dapat bergerak ke arah bukan hanya mempunyai hubungan baik dengan Islam, tetapi benar-benar memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada sejarah dan budaya Eropah.

“Di negara Balkan, Sepanyol dan bahagian lain, dan sekarang di banyak bandar Eropah, penduduk Muslim mewakili kumpulan penduduk yang agak besar ,” kata Bruno Macaes, yang pernah bertugas sebagai menteri Eropah dalam kerajaan Portugal di antara 2013 dan 2015.

“Oleh itu, ini bukan agama yang asing, ini adalah sebahagian dari diri kita, dan dapat membantu mengembalikan kepelbagaian, keharmonian dan menyuntik semangat baharu ke Eropah. Kami memerlukannya. ” kata beliau kepada agensi berita Anadolu semasa menghadiri Forum Diplomasi Antalya di Turki, baru-baru ini.

Islam, yang kini dianggap sebagai agama paling pesat berkembang di Eropah, telah wujud di benua ini sejak abad ke-8. Umat Islam telah membangunkan peradaban yang terkenal di Sepanyol, dan kemudian berkembang ke arah tenggara Eropah .

Islam pernah menjadikan satu sejarah penting bagi sesetengah negara Eropah (Unsplash)

Namun sejarah Eropah menyaksikan pembunuhan besar-besaran, pengusiran dan paksaan murtad terhadap penganut agama Islam di banyak wilayah di benua itu.

Walaupun demikian, unsur peradaban dan budaya Islam seperti seni bina, makanan, muzik dan bahasa, kekal terpelihara sehingga kini.

Ditanya mengenai pernyataan kontroversi Presiden Perancis Emmanuel Macron mengenai Islam, Macaes yang kini merupakan penasihat kanan di Flint Global, berkata:

“Ia tidak bergantung kepada ahli politik untuk memutuskan sama ada sesuatu agama itu berada dalam krisis atau sebaliknya. Ia ditentukan oleh penganut agama itu sendiri,” katanya.

Tahun lalu, Macron menuduh Muslim Perancis sebagai “pemisah,” dan menggambarkan Islam sebagai “agama dalam krisis.” Beliau juga mempertahankan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Pemimpin dunia menghadiri Forum Diplomasi Antalya di Antalya, selatan Turki, 18 Jun 2021. (Foto AA)

Hubungan transatlantik

Ketika Presiden AS Joe Biden baru-baru ini melakukan lawatan ke Eropah, Macaes berkata hubungan AS-EU sekarang “jauh lebih baik” daripada semasa pemerintahan mantan Presiden Donald Trump.

“Itu bukan satu kejutan,” katanya, sambil menambah bahawa mereka “saling memahami antara satu sama lain.”

Tambahnya lagi selepas tampuk pemerintahan George Bush Sr., Biden nampaknya lebih menghargai Eropah dan Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Macaes, beberapa mantan presiden AS, termasuk Barack Obama, “mempunyai keraguan tertentu terhadap Eropah.”

“Memang ada masalah perdagangan dan teknologi yang perlu diselesaikan (di antara AS dan Eropah). Berbeza dengan China, AS dan Eropah mempunyai semangat hubungan yang baik (untuk menyelesaikan masalah ini), katanya.

Bruno Macaes (AA)

Hubungan Turki-AS

Mengenai masa depan hubungan Turki-AS setelah pertemuan langsung antara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Biden pada sidang kemuncak NATO pada 14 Jun di Brussels, Macaes berkata: “Hasil pertemuan itu adalah lebih baik daripada jangkaan.”

“Tanda pertama (hubungan Turki-AS pulih) adalah proses perdamaian Afghanistan dan bagaimana Turki terlibat … AS nampaknya sangat gembira dengan perkembangan itu. Sekarang pertemuan ini juga berjalan lancar, ”katanya.

“Mungkin, Biden memahami bahawa Turki penting. AS berdepan dengan konfrontasi yang mendalam dengan kedua-dua China dan Rusia. AS kini mungkin faham bahawa adalah penting untuk memastikan Turki memihak kepadanya atau setidaknya saya rasa Washington mempunyai idea bahawa Amerika tidak boleh terlalu mendesak Turki sehingga Ankara menjadi lebih dekat dengan Rusia dan China. ”

Mengulas mengenai Forum Diplomasi Antalya yang menngumpulkan pemimpin politik, diplomat, pembuat pendapat dan akademik, Marcaes berkata “pengembangan geografi” forum itu dari Afrika, Amerika Latin ke Timur Tengah dan Asia Tengah, mengagumkannya.

“Turki kini sangat bersifat lebih terbuka kepada dunia, dan bukan hanya untuk Eropah. Ini menandakan Turki baharu,” katanya.

Sumber : Anadolu Agency

 

 

qq
Jendela Dunia, Personaliti, Uncategorized,

Musafir Ramadan Peru

no comment

Pengalaman adalah memori yang sangat bernilai bagi setiap individu. Kita masing-masing berpeluang merasa pelbagai pengalaman berbeza sama ada suka mahupun duka, ia tetap menjadi hak peribadi sendiri.

‘Ramadan kali ini, memori itu datang kembali’, kata bekas wartawan, Halina Mohd Nor selepas berpeluang mengunjungi ‘negara orang’ ketika Ramadan di sebabkan tuntutan tugasan.

Pengembara, Halina Mohd Nor

Menurut Halina, setiap kali tiba Ramadan bulan yang penuh keberkatan, perkara yang sentiasa bermain dalam memorinya adalah berpeluang berkunjung ke Machu Picchu, Peru iaitu salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.

“Usai habis tugasan di Lima, Peru, saya dan juru gambar, Rohanis Syukri mengambil keputusan untuk pergi dan melihat sendiri di hadapan mata salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia iaitu Machu Picchu yang terletak satu jam setengah perjalanan menaiki pesawat Peruvian Airlines ke bandar Cusco. Sebaik tiba, kami menginap di Hotel Samay Inn di bandar itu untuk ke Machu Picchu esok paginya.

Hotel Samay Inn

“Ketibaan kami disambut dengan secawan air teh kokain panas beserta daun kokain yang masih hijau di dalam cawan. Oleh kerana masih berpuasa, tidaklah dapat kami merasa air itu. Rupa-rupanya ia sudah menjadi kebiasaan penduduk tempatan minum teh kokain atau di panggil ‘coca’ sebagai minuman yang memberi tenaga.

“Masuk saja bilik, kami terus tertidur akibat keletihan mungkin disebabkan suhu sejuk di bawah 10 darjah celsius dan tubuh mengalami dehidrasi. Tambahan pula, sepanjang berada di negara itu, sahur dan berbuka hanya makan mee segera dan bekalan makanan dalam tin yang sempat dibawa kerana sukar mendapatkan makanan halal,” katanya.

Menurut Halina, sebaik dia dan temannya terjaga jam sudah menunjukkan 8 malam di mana waktu berbuka sudah pun berlalu hampir sejam yang lalu. Dia yang mengakui badan terasa sangat tidak bermaya dan badan terasa terhuyung-hayang tetap berusaha bangkit bagi mencapai air mineral di atas meja untuk berbuka puasa.

“Baru seteguk air ditelan, kami terpaksa merebahkan diri semua diatas katil akibat terlalu penat. Jam 8.30 malam kami kembali tersedar dan dalam hati hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kekuatan tenaga. Kami turun ke dapur hotel dengan membawa mee segera walaupun kepala masih pening dan perut terlalu lapar. Nasib baik chef hotel masih ada dan sedang sibuk berkemas.

“Dia hulurkan air panas di dalam mangkuk untuk merendam mee segera dan segelas air panas untuk membancuh coklat panas. Selesai makan walaupun tak berselera, angin dalam perut mula terasa bergulung, semua makanan tadi berlumba-lumba menolak ke tekak. Nasib baik kami masih sempat berlari ke tandas. Segala isi perut keluar semula tanpa kawalan. Seluruh badan berpeluh.

“Ketika itu hanya air mata mengalir, memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kekuatan. Sukar membayangkan jika terlantar sakit di negara orang. Ketika itu juga tiba-tiba terasa rindu untuk pulang ke tanahair. Indahnya berpuasa di negara tanah tumpah sendiri. Selesai jamak Maghrib dan Isyak, kami memang dah tak berdaya dan terus tergolek semula atas katil,” katanya yang menghabiskan hari pertama yang penuh dengan kepenatan.

Cuaca sejuk semakin mencengkam, jam 6 pagi dua sahabat ini sudah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Machu Picchu yang terletak 80 kilometer dari bandar itu. Kata Halina, oleh kerana badan masih lemah, berat hati mereka membuat keputusan untuk tidak berpuasa hari itu. Apatah lagi mereka boleh memilih untuk bermusafir untuk tidak berpuasa.

“Terletak di atas pergunungan Andes dengan ketinggian 2,430 meter, perjalanan bermula dengan menaiki bas selama sejam untuk ke stesen keretapi Poroy. Dalam bas, ramai wajah-wajah ‘Mat dan ‘Minah Salleh’ yang tidak tahu dari mana dan kelihatan seperti pengembara atau pendaki tegar bersama bag galas yang dibawa serta pakaian yang dipakai.

koc Peru Rail

Sampai di stesen keretapi, kami meneruskan perjalanan dengan koc Peru Rail yang akan membawa kami ke stesen Ollantaytambo di pekan Machu Picchu (Ex Agua Calientes) dengan merentas pergunungan Andes selama tiga jam.

“Suasana dalam keretapi sangat selesa, empat kerusi disusun berhadapan dengan meja di tengah tak ubah seperti di dalam restoran. Tingkap dengan cermin luas sehingga ke bumbung keretapi membolehkan penumpang menikmati pemandangan indah denai dan sungai di pergunungan itu. Hilang semua keletihan seketika tatkala menatap keindahan alam ciptaan Allah SWT itu. Tambah teruja apabila ‘pilot’ mengumumkan keretapi itu bakal memasuki garisan khatulistwa yang sememangnya sangat unik dan jarang ditemui.

Tiket Peru Rail

Sepanjang perjalanan, penumpang dihidangkan dengan kopi panas dan snek seperti kekacang. Apa yang kelakar, kami termalu sendiri untuk makan dan minum di situ walaupun tak berpuasa. Akhirnya kami bawa makanan dan minuman ke sudut tersorok yang agak tersembunyi daripada penglihatan penumpang lain.

“Bagaimanapun kami tidak dapat lama di situ apabila diminta kembali ke tempat duduk oleh pengawal dalam koc. Agak mengejutkan apabila tiba-tiba muncul badut yang memakai topeng mengerikan yang sengaja mengusik penumpang yang mengantuk. Mujurlah tiada yang marah sebaliknya kebanyakan penumpang ‘sporting’ dan terhibur dengan keletah badut itu. Penumpang juga dihiburkan dengan pertunjukan fesyen oleh model yang mengayakan pakaian buatan penduduk tempatan.

“Sesekali keretapi itu berhenti di stesen kecil bagi menurunkan penumpang. Kami tertanya-tanya apabila seorang lekaki muda turun di stesen yang terletak di atas gunung di tengah hutan belantara berkenaan. Kiri kanan stesen dikelilingi hutan tebal. Mungkin ada resort atau perkampungan kecil berhampiran kawasan itu.

Kami tiba di stesen Ollantaytambo tepat jam 10.51 pagi. Sementara bagasi kami dibawa ke hotel Hanaq Pacha oleh kakitangannya yang sudah menunggu di stesen, kami terus menaiki bas bagi memulakan perjalanan selama 30 minit ke tapak arkeologi Machu Picchu,” katanya.

Machu Picchu

Tambahnya, perjalanan kali ini cukup mencabar apabila bas yang di pandu laju mula mendaki dan melalui jalan bengkang-bengkok yang sempit dengan cerun curam di sepanjang jalan.

“Sesekali kami terjerit apabila bas bertembung dengan bas lain yang menuruni bukit kerana membayangkan bas mungkin akan terjatuh ke dalam gaung. Mujurlah pemandunya sangat cekap dan kami tiba dengan selamat. Teruja dan kagum sebaik melihat Machu Picchu terbentang luas di hadapan mata dengan lebih 150 bangunan yang kebanyakannya sudah roboh. Dikatakan terdapat lebih 100 tangga dibina bagi menghubungkan cerun dan teres yang ditumbuhi rumput menghijau seakan padang.

Pelawat yang berkunjung ke Machu Picchu boleh mendapatkan stem untuk dicop di pasport.

Ia adalah sebuah sisa perkampungan kaum Inca yang dibina pada tahun 1450 an dan hanya ditemui pada tahun 1911 oleh arkeologi, Hiram Bingham dan keunikan tamadunnya diiktiraf sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia pada tahun 2007.

“Kami mula berkumpul untuk turun ke pekan pada jam 4.30 petang kerana tapak lawatan itu ditutup pada jam 5 petang. Ketika check in, kami dimaklumkan makan malam bermula jam 6 petang dan sarapan jam 6 pagi. Bagaimanapun kami meminta hidangan lewat malam disediakan untuk bersahur. Apa yang buat kami agak terkejut, penyambut tetamu ini bertanya adakah sekarang bulan Ramadan? Bukan main lega hati kami kerana sekurang-kurangnya ada yang faham keperluan kami. Dia meminta kami turun makan jam 3 pagi.

“Masuk ke bilik di tingkat satu, kami sekali lagi terkesima dengan pemandangan indah bak lukisan di bahagian belakang hotel. Buka saja tingkap, mata dihidangkan dengan sungai dengan air jernih yang mengalir perlahan berlatar belakangkan gunung ganang menghijau. Berbanding di atas gunung, kawasan di bawah ini lebih dingin. Sungguh indah ciptaanMu Ya Rabb!

“Jam 3 pagi kami pun turun ke ruang makan hotel yang terletak tidak jauh daripada kaunter penyambut tetamu. Ruang itu gelap dan kami cuba memanggil kakitangan untuk membuka lampu. Tiba-tiba kami lihat ada seseorang keluar dari bawah meja. Rupa-rupanya Chef itu tidur di situ semata-mata kerana menunggu kami. Dia masih memakai seragam dan topi chef.

Penduduk tempatan menjual kain buatan tangan dengan corak etnik Peru.

“Sungguh kami terharu dengan layanan baiknya yang turut menyediakan kopi panas untuk kami biar pun makanan dihidangkan tidak banyak pilihan. Pengembaraan ke Machu Picchu di bulan Ramadan sukar untuk di lupakan kerana ia adalah memori indah yang tidak ternilai. Kami sendiri tidak pernah menyangka berpeluang menjejakkan kaki di bumi asing ini. Semoga ada rezeki kami untuk ke sana lagi,” katanya.

IMG_4749
Berita Semasa, Gaya Hidup, Gaya Hidup, Uncategorized, Video,

[Video] ‘Bacalah’… Sinar Buat Kemboja

no comment

MELIHAT perangkaan hampir 90 peratus masyarakat minoriti Islam di Kemboja tidak mampu mengaji al-Quran dengan sempurna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Naurah Care Malaysia terpanggil untuk bertindak membantu.

Kemiskinan dilihat antara punca masyarakat Islam Kemboja ketinggalan jauh dari sudut pendidikan khususnya dalam pengajian agama menjadi pembakar semangat Naurah Care Malaysia mengambilnya sebagai tanggungjawab sosial menyelesaikan mereka.

 

Menyedari hakikat itu, bukan duit atau barangan peribadi yang diutamakan, NaurahCare Malaysia memutuskan untuk menjalankan misi wakaf buku ‘Bacalah’ 2021 yang menjadi panduan paling ringkas dan cepat untuk mempelajari al-Quran.

 

Klik video untuk info lanjut.