Browsing Tag

Suami isteri

zihar
Hukum,

Suami isteri guna panggilan manja ‘mama’ dan ‘papa’, hati-hati jangan sampai jadi zihar.

Suami isteri guna panggilan manja ‘mama’ dan ‘papa’, hati-hati jangan sampai jadi zihar.

JIKA dilihat sirah dan kehidupan Rasulullah SAW dengan para isterinya, baginda suka memberi gelaran yang baik-baik terhadap suri hati serta anak-anaknya bagi menambahkan lagi kemesraan dalam keluarganya.

Sebagai contoh, Nabi SAW pernah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan ‘Ya Aisy’ yang bermaksud ‘kehidupan’ sambil memegang hidungnya apabila Saidatina Aisyah merajuk.

Baca juga Jangan terlalu berkira dengan isteri, suami kedekut jauh dari syurga

zihar

 

Dalam masyarakat kita, budaya yang hampir sama dapat dilihat menerusi panggilan seperti ‘mama’, ‘papa’, ‘abi’, ‘ummi’ dan sebagainya, yang kerap kali digunakan pasangan suami isteri.

Ada yang menggunakannya sebagai panggilan manja sesama pasangan, manakala tidak kurang juga yang melazimi gelaran tersebut atas tujuan mendidik anak-anak.

Pun begitu, ada sebahagian ulama yang menegah panggilan sedemikian antara suami isteri kerana berpendapat ia adalah sama seperti kita memanggil ibu bapa kita dan mampu menyebabkan zihar dalam perkahwinan.

Turut disyorkan Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram

ZIHAR adalah apabila suami menyamakan isterinya yang masih sah (belum diceraikan) secara bain (nyata), terutamanya dengan ibu lelaki tersebut. Foto: Canva

Baca juga Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

Apa itu Zihar

Dinukil daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, zihar sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab, iaitu ظَاهَرََ daripada ungkapan ‘zahara min imra’atihi’ ظَاهَرََ مِن َامْرَأتَِهَِ yang bermaksud ‘menziharkan isterinya’.

Dari segi istilah, ia adalah perkataan suami yang menyamakan isterinya yang masih sah (belum diceraikan) secara bain (nyata).

Ia telah dinamakan zihar kerana orang Arab Jahiliyah dahulu sering menyamakan isteri mereka dengan bahagian belakang ibunya. Dalam konteks ini, ia seolah-olah perkara yang haram kerana seorang anak lelaki diharamkan untuk bersetubuh dengan ibunya.

Firman ALLAH SWT, “Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya ALLAH Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mujaadalah, ayat 2)

Turut disyorkan [Video] Benarkah perempuan berusia tidak diwajibkan memakai tudung?

zihar

WAHAI para suami, jagalah kata-kata yang timbul dari mulut kepada isteri kerana ia boleh menjatuhkan talak sehingga terbatal ikatan perkahwinan. Foto: Pexels

Baca juga Haram Bin Atau Bintikan Anak Angkat Kepada Nama Bapa Angkat

Lafaz menyebabkan zihar

Lafaz zihar boleh terjadi dengan dua keadaan, iaitu lafaz sarih (jelas) dan kinayah (kiasan).

Lafaz yang jelas adalah dengan menyebut, “rambut kamu adalah sama dengan rambut ibuku” atau “kaki kamu sama sahaja dengan kaki ibuku.” Dalam konteks ini, seorang suami itu telah membuat lafaz zihar dan wajib ke atasnya untuk membayar kafarah.

Manakala, bagi lafaz kiasan pula, “panjangnya rambutmu mengingatkan aku kepada ibuku” atau “melihatmu membuat aku tenang seperti aku melihat ibuku.” Melalui lafaz ini, ia perlu dilihat berdasarkan niat seseorang. Sekiranya orang itu memaksudkannya dengan zihar, maka ia telah dikira zihar dan sekiranya tidak, maka Imam Syafi’e dan Abu Hanifah menganggap ia adalah bukan zihar.

Baca juga ‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’

BAGI mereka yang tidak sengaja melakukan zihar, maka diwajibkan bertaubat dan melaksanakan kifarah untuk menghapuskan dosa tersebut. Foto: 123RF

Baca juga Suami mengaku bujang atau duda. Awas, jangan sampai jatuh talak

Kafarah zihar

Pada zaman jahiliyyah, zihar dianggap sebagai talak, kemudian ALLAH memberikan keringanan (rukhsah) dengan tidak menganggapnya sebagai talak, namun hanya kafarah.

Oleh itu, bagi para suami yang melafazkan zihar, talak tidak akan jatuh disebabkan perbuatan itu. Namun, mereka perlu bertaubat dan melaksanakan kafarah.

Berdasarkan firman ALLAH dalam Surah al-Mujaadalah ayat 3 dan 4, terdapat tiga cara untuk melaksanakan kafarah, iaitu:

1. Membebaskan hamba
2. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut
3. Memberi makan 60 orang miskin

Turut disyorkan Rupanya wujud suami nusyuz, kenal pasti ciri-cirinya

zihar

ISLAM tidak menetapkan panggilan khusus sesama pasangan. Sebaliknya, suami isteri mempunyai kebebasan menggunakan gelaran sewajarnya bagi mengeratkan ikatan silaturahim yang telah dibina.

Hukum panggilan ‘mama’ dan ‘papa’ sesama suami isteri

Islam tidak menetapkan panggilan yang khusus sesama pasangan. Dalam masyarakat kita, sering kita dengar panggilan manja antara suami isteri, iaitu sayang, abang, mama dan papa, umi dan abi serta lain-lain.

Menurut jumhur ulama dan beberapa fatwa yang telah dikeluarkan, panggilan-panggilan seperti ini, jika dinyatakan dengan niat untuk menambahkan lagi kemesraan sesama suami isteri atau untuk memberi penghormatan dan kemuliaan, maka ia adalah tidak mengapa dan tidak jatuh hukum zihar ke atasnya.

Namun, jika seseorang memanggil isterinya dengan panggilan ‘mama’ atau ‘ummi’ dengan meniatkan ia adalah sama dengan panggilan terhadap ibu kandungnya, di sini sudah jatuh hukum zihar dan wajib ke atasnya membayar kafarah.

Perkahwinan mereka masih sah, namun mereka tidak boleh melakukan hubungan suami isteri selagi kafarahnya belum selesai.

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

TIDAK salah bermanja dan bermesra sesama pasangan kerana ia termasuk sunnah bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Adapun sebahagian ulama menjatuhkan hukum makruh terhadap panggilan seperti ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Tamimah al-Hujaimi.

Katanya bahawa seorang lelaki telah berkata kepada isterinya dengan panggilan “saudara”. Maka, Rasulullah SAW bersabda, “dia kakakmu”. Baginda berfikir dan melarangnya.” (Hadis Riwayat Abdullah Ibn Abbas)

Oleh itu, tidak salah sebenarnya untuk bermanja dan bermesra sesama pasangan kerana ia merupakan sunnah yang boleh diamalkan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri.

Namun, perlu berhati-hati dalam bergurau senda agar tidak jatuh hukum zihar atau talak secara sengaja.

Sumber: Tzkrh & Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Canva & Pexels

telefon
Gaya Hidup,

Anda kuat cemburu, selalu periksa telefon pasangan kerana risau curang, hadam dulu pandangan Islam

Anda kuat cemburu, selalu periksa telefon pasangan kerana risau curang, hadam dulu pandangan Islam…

DALAM mana-mana resipi menghasilkan rumah tangga bahagia, kejujuran antara ramuan penting yang mengikat pasangan suami isteri bersama.

Apabila hilang elemen tersebut dan masing-masing tidak lagi saling mempercayai, waktu itu mulalah timbul segala perasaan curiga dan prasangka sehingga ada yang bertindak di luar batas dengan memeriksa telefon pintar pasangan.

Baca juga Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram

Mana tidaknya, telefon bukan sekadar medium komunikasi, tetapi ia juga menyimpan pelbagai kisah meliputi sejarah aktiviti dan perbualan bersama kenalan, sahabat handai dan ahli keluarga.

Lebih parah, jika kandungan dalam teknologi pintar itu sememangnya mampu membawa kepada pergaduhan yang akhirnya berakhir dengan perceraian.

Baca juga Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

Atas sebab itu, agama melarang kita ‘curi-curi’ membuka atau menyelidik telefon pasangan tanpa kebenaran, baik bagi suami mahupun isteri.

Demikian kenyataan Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis, Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak menerusi portal binSahak.com

Jelasnya, perbuatan itu termasuk salah satu bentuk tajassus yang boleh membawa kepada seseorang berburuk sangka terhadap pasangannya sebagaimana disebutkan dalam al-Quran menerusi Surah al-Hujurat ayat 12.

Firman ALLAH SWT, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…

Turut disyorkan ‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’

Namun, Abdul Kadir berkata, tajassus dibenarkan jika ia bertujuan menghalang berlakunya kemungkaran yang lebih besar di salah satu pihak sama ada suami atau isteri.

Walau bagaimanapun, tegas beliau, dalam situasi itu individu tersebut perlu ada bukti yang jelas terlebih dahulu.

Jika tiada bukti, tetapi saja hendak selidiki pasangan melalui barangan peribadi masing-masing, maka perbuatan itu tidak dibenarkan di dalam syarak dan ia termasuk di dalam dosa, melainkan telah mendapat keizinan suami atau isteri.

Sumber: binSahak.com

Anda kuat cemburu, selalu periksa telefon pasangan kerana risau curang, hadam dulu pandangan Islam

rakam video intim
Hukum,

Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram

Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram…

BAGI mereka bergelar pasangan suami isteri, sememangnya antara nikmat dikurniakan ALLAH SWT adalah peluang untuk menjalinkan hubungan intim sebagai penyeri suasana rumah tangga.

Ketika itu, tiada lagi larangan antara kedua-duanya, lantas sang suami boleh melihat aurat si isteri dan begitu juga sebaliknya.

Maka, tidak hairanlah segelintir pasangan begitu aktif ‘bereksperimen’ di ranjangan kerana beranggapan semuanya sudah dihalalkan.

Bahkan ada juga sempat merakamkan aktiviti bermesraan tersebut supaya ia dapat ditonton semula bersama pasangan untuk mengeratkan silaturahim atau melepaskan rindu ketika masing-masing berjauhan.

Baca juga Suami beronani kerana berjauhan dengan isteri. Ini penjelasan Islam.

SEBAIK sahaja ikatan suami isteri terjalin, masing-masing boleh melihat aurat pasangannya. Foto: Unsplash

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

Dilarang sebarkan aurat suami isteri

Namun, ketahuilah sekalipun Islam membenarkan suami isteri melihat seluruh bahagian tubuh pasangannya, ia tidak bererti segala perkara boleh dilakukan tanpa batasan.

Agama, terutamanya, menegah suami isteri menceritakan aurat pasangan masing-masing serta perihal hubungan badan mereka kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:

Seburuk-buruk tempat manusia di sisi ALLAH kelak hari kiamat, ialah tempat suami yang telah saling percaya-mempercayai dengan isterinya, tetapi kemudian si suami membuka rahsia peribadi isterinya sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim)

Larangan itu turut dilanjutkan kepada kaum lelaki yang mempunyai dua isteri atau lebih. Justeru, si suami tidak boleh menghebohkan hubungan asmaranya bersama satu isteri kepada para isteri lain.

Turut disyorkan Jangan pamerkan kemesraan suami isteri berlebih-lebihan di media sosial. Ini sebab-sebabnya…

rakam video intim

BAGI pasangan yang suka merakam aktiviti berasmara bersama, ambil tahu beberapa perkara ini dahulu. Foto: Pexels

Baca juga Tak boleh cium mulut sesama jantina walaupun mahram, ia hanya khusus untuk suami isteri. Ini sebabnya…

Hukum merakam video intim suami isteri
Berdasarkan nas berkenaan, hukum merakam adegan ranjang pasangan suami isteri dengan tujuan untuk disebarkan sudah tentu adalah haram.

Bagaimanapun jika ia dilakukan untuk keperluan sendiri, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, perbuatan itu dibolehkan namun dianggap tidak bermanfaat.

“Kita ambil gambar sendiri dan kita yang tengok, hukumnya tidak haram. Cuma (dianggap) kurang cerdik,” kata beliau menerusi sebuah perkongsian di laman sosial miliknya.

Turut disyorkan Jadikan kisah keluarga Nabi Ibrahim sebagai pemangkin kekuatan diri untuk mencari keredaan ALLAH SWT

USTAZ AZHAR IDRUS

Agamawan terkenal itu merujuk kepada sebuah hadis Nabi SAW yang mengingatkan umat Islam meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat sekalipun ia dibenarkan agama.

Sabda Rasulullah: “Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya).” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Baca juga 5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

Tambahan pula, kita akan menanggung dosa sekiranya video intim tersebut jatuh ke tangan orang lain dan ditonton oleh mereka, kata Azhar Idrus.

Terangnya, “Ada sesetengah perkara, halal untuk kita tengok tetapi hukumnya haram bagi orang lain melihatnya. (Dalam isu merakam video intim suami isteri), haram apabila ia jatuh ke tangan orang lain dan sebagainya.”

Baca juga [VIDEO] Ini perkara makruf dalam perhubungan suami isteri yang perlu kita tahu

rakam video intim

SUNGGUHPUN Islam telah menghalalkan banyak perkara, namun masih ada batas-batas yang perlu dijaga pasangan suami isteri. Foto: 123RF

Baca juga Benarkah kita tak dibenarkan cemburu?

Elakkan rakam video intim suami isteri

Tulis portal Konsultasi Syariah, para ulama sememangnya menegah perbuatan merakam video hubungan intim sesama suami isteri atas sebab-sebab berikut:

1. Makruh lihat aurat sendiri.
Dalam video yang dirakam, suami isteri bukan sahaja melihat aurat pasangan mereka, namun aurat sendiri juga akan terlihat. Ketahuilah hukumnya adalah makruh jika kita melihat aurat sendiri tanpa sebarang keperluan .

2. Menyerupai orang kafir.
Perbuatan merakam video berasmara sesama pasangan dimulakan serta sering dilakukan oleh orang kafir Barat. Oleh itu, kita ditegah melakukannya supaya tidak mengikuti perlakuan golongan bukan Islam.

3. Sebagai bentuk sadd adz-dzari’ah.
Elakkan perbuatan merakam video intim sebagai bentuk sadd adz-dzari’ah (menutup segala jalan) menuju perbuatan haram, kemungkaran dan penyakit sosial lainnya, seperti tersebarnya video lucah, anak-anak melihat hubungan intim orang dewasa, fitnah antara suami isteri serta kerosakan rumah tangga.

Turut disyorkan Cerita masalah peribadi secara terbuka di media sosial, ini hukum yang perlu diketahui

Justeru, sekalipun Islam telah menghalalkan pelbagai perkara, namun hakikatnya masih ada batas-batas yang perlu diambil tahu oleh pasangan suami isteri.

Selain itu, sebagai umat Islam juga kita seharusnya menghindari sebarang perkara yang tidak membawa manfaat, walaupun ia dibolehkan agama.

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus, Konsultasi Syariah

Foto: Pexels & 123RF

 

Nusyuz
Berita Semasa,

Rupanya wujud suami nusyuz, kenal pasti ciri-cirinya

UNGKAPAN nusyuz begitu menggerunkan bagi mereka yang bergelar suami isteri. Tiada siapa yang mahu dirinya digelar nusyuz atau bahasa mudahnya menderhaka atau mengabaikan pasangan.

Masakan tidak, perkataan itu bagaikan ‘sumpahan’ sehinggakan terdapat beberapa hak yang boleh gugur andai gelaran itu ‘melekat’ pada diri.

Sebagai contoh, wanita yang disabitkan nusyuz oleh mahkamah tidak layak menerima nafkah daripada suami masing-masing.

Baca juga Suami Tak Boleh Sewenang-Wenangnya Gelar Isteri Nusyuz, Hanya Mahkamah Syariah Sahaja Boleh Mensabitkannya

Meskipun istilah nusyuz acap kali dikaitkan dengan kaum Hawa, ketahuilah bahawa ia juga boleh berlaku kepada lelaki.

Lihat sahaja pada maksud nusyuz itu sendiri iaitu penderhakaan atau pengabaian tanggungjawab sama ada pada pihak suami atau isteri tanpa alasan munasabah yang bersesuaian dengan kehendak syarak.

“Isteri yang nusyuz ialah mereka yang menderhakai suaminya, manakala suami yang nusyuz pula ialah mereka yang menzalimi atau menganiaya isteri,” demikian petikan artikel bertajuk ‘Nusyuz Menurut Syarak’ yang disiarkan menerusi studentsrepo.um.edu.my.

Nusyuz

JAUHI perbuatan nusyuz yang dilarang oleh agama kerana perbuatan itu berdosa besar dan mendatangkan natijah buruk kepada perkahwinan seseorang. -FOTO: 123RF

Berdasarkan nukilan di laman web berkenaan, nusyuz dibahagikan kepada tiga kategori. Ia bersandarkan kepada hujah dan penulisan al-Farra serta beberapa ulama fiqh tersohor dalam Mazhab Syafie.

“Ia termasuklah nusyuz di pihak isteri, pihak suami mahupun kedua-dua belah pihak.

“Bagi nusyuz seorang isteri dan suami, perkara itu ada dijelaskan dalam al-Quran menerusi ayat 34 dan 127, Surah an-Nisa’. Bagaimanapun, untuk situasi nusyuz kedua-dua pihak, ia merupakan konflik rumah tangga yang membawa kepada syiqaq (pergaduhan),” katanya.

Apa jua kategorinya, para fuqaha berpendapat, perbuatan nusyuz seorang isteri kepada suaminya adalah diharamkan dan begitu juga sebaliknya.

Tanda-tanda suami nusyuz

Berikut tanda-tandanya sebagaimana dipetik menerusi laman web studentsrepo.um.edu.my:

1. Melalui percakapan.

– Tidak mengendahkan isterinya tanpa alasan munasabah seperti enggan bercakap dengan pasangan atau bercakap kasar.

– Mengesyaki isterinya tanpa sebarang sebab munasabah.

– Mengarahkan isteri melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendak syarak.

Nusyuz

SUAMI dan isteri perlu memahami serta melaksanakan tanggungjawab dan hak masing-masing dalam membina rumah tangga yang harmoni. -FOTO: 123RF

2. Melalui perbuatan.

– Tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

– Bertindak kejam dan keras terhadap isteri seperti memukul.

– Tidak menyediakan nafkah sewajarnya kepada isteri.

Baca juga Nafkah ikut kemampuan suami, ini kadar yang patut diberikan kepada isteri. Boleh jadikan sebagai panduan 

– Tidak memelihara kehormatan pasangan.

– Mengabaikan untuk menyediakan tempat tinggal dan perlindungan.

– Berpoligami, tetapi tidak berlaku adil terhadap semua teman hidupnya.

Baca juga Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

Atasi segera sebelum terlambat

Bagaimana pula untuk menangani masalah jika suami yang nusyuz?

Memetik artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-371: Nusyuz Bagi Seorang Suami yang disiarkan dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita tersebut hendaklah bersabar dan menasihati serta mengingatkan tindakan yang dilakukan oleh suaminya dengan menceritakan firman ALLAH SWT terhadap kewajiban mereka dalam menggauli pasangannya dalam ayat 19, Surah an-Nisa’.

Nusyuz

DAPATKAN nasihat pihak berautoriti jika mengalami masalah berkaitan rumah tangga. -FOTO: 123RF

Jika keadaan belum berubah dan gagal menasihatinya, maka isteri boleh mengadu kepada hakim atau pemerintah atas apa yang dilakukan oleh suami terhadap dirinya.

Baca juga Ingatan Untuk Para Suami Dan Bapa, Ramai Yang Lakukan Dosa Ini Tanpa Sedar

“Sekiranya masih lagi tidak dapat diselesaikan, wakil bagi kedua-dua pihak hendaklah dihantar supaya diadakan perbincangan berkenaan hala tuju rumah tangga pasangan tersebut.

“Andai peranan hakim masih lagi tidak dapat mendamaikan kedua-duanya, maka hendaklah memanggil wakil yang dipercayai daripada kedua-dua pihak bagi menyelesaikan masalah ini sama ada mendamaikan atau memisahkan mereka. Bagaimanapun, bagi menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu, ia wajib dilakukan oleh qadi atau hakim,” katanya sebagaimana dipetik dalam laman web pejabat mufti berkenaan.

Kepada mereka yang pernah berhadapan dengan masalah sebegitu, usah malu untuk merujuk kepada pihak berautoriti. Jangan memendam rasa, kelak ia akan memakan diri sendiri.

Kehilangan
Isu,

‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’

RAMAI orang melihat perpisahan apabila mereka kehilangan insan kesayangan di dunia ini iaitu pasangan masing-masing.

Pada hakikatnya, kehilangan yang sebenar adalah apabila seorang suami masuk ke dalam syurga, manakala pasangannya pula ke neraka.

Itulah perpisahan yang sebenar, ungkap pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang memperbetulkan tanggapan orang ramai mengenai hal tersebut.

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

“Sebenarnya, ALLAH SWT menjadikan hidup berumah tangga sebagai ujian. Maknanya, ALLAH berikan isteri sebagai hiburan buat kita. Sama juga halnya dengan anak, harta, pangkat dan sebagainya. Semuanya adalah hiburan sementara menunggu ajal kita dijemput. Namun begitu, janganlah ‘hiburan-hiburan’ tadi menyebabkan kita terlalai sehingga terlupa dengan tanggungjawab masing-masing.

“ALLAH SWT memberikan isteri, anak, harta dan pangkat sebagai hiburan, tetapi sampai suatu saat, DIA akan ambil semuanya. Jangan pula kita jadi macam budak-budak. Maksudnya, apabila permainan-permainan hiburan itu diambil oleh ibu bapa, anak itu akan menangis, memberontak dan pelbagai sifat lagi ditonjolkan. Itu perumpamaan dan situasi sesuai untuk menggambarkan kehidupan kita.

USTAZ WAN AKASHAH

“Ingatlah, dalam berumah tangga, kita perlu saling menyokong dan memerlukan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemu bual Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Mengulas lanjut, jelas penceramah berkenaan, apabila sudah berumah tangga, seseorang itu berkongsi segala-galanya dengan pasangan masing-masing. Ia termasuklah dari sudut fizikal seperti tempat tinggal, pakaian dan minuman serta aspek rohani.

Disebabkan itulah, katanya, sikap suami adalah cerminan kepada isteri secara umumnya. Begitu jugalah sebaliknya.

“Kalau suami berpakaian kemas, isterinya juga berpenampilan sebegitu. Samalah juga halnya dari sudut makan dan minum. Sebelum berkahwin, si isteri mungkin tidak suka tomyam, tetapi disebabkan suami begitu menggemarinya, automatik pasangannya turut terpengaruh dan makan hidangan tersebut.

“Dari segi rohani pula melibatkan perasaan dan emosi. Maksudnya, andai seseorang suami itu ceria, isteri juga begitu kerana pepatah ada menyatakan, kalau inginkan kebahagiaan, kita mesti membahagiakan pasangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Kehilangan

KEPADA mereka yang sudah berumah tangga, jalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya, di samping menunaikan hak ALLAH SWT.

Baca juga Jangan pamerkan kemesraan suami isteri berlebih-lebihan di media sosial. Ini sebab-sebabnya…

Kepada satu soalan, penceramah itu menjawab: “Jika kita inginkan isteri bidadari syurga, suami juga kena jadi imam yang ‘menyuluh cahaya’. Pendek kata, andai kita mengimpikan pasangan yang baik, diri sendiri juga kena ada sifat-sifat sebegitu.

“Namun begitu, tidak dinafikan, terdapat juga pasangan yang bersifat sebaliknya atau berlawanan antara satu sama lain dalam kes-kes terpencil. Misalnya, Firaun yang terkenal dengan sikap zalim beristerikan Asiah yang berperilaku baik.

Baca juga Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

“Ada juga suami yang baik dan isteri bersifat sebaliknya seperti Nabi Nuh AS dan isterinya. Ketahuilah, ia adalah ujian daripada ALLAH SWT.”

Foto: 123rf

Syurga
Isu,

Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

“SEMOGA berbahagia sehingga ke syurga. Jaga isteri elok-elok dan bimbinglah keluarga masuk ke jannah bersama-sama.”

Ya, demikianlah antara bait ucapan dan ungkapan doa daripada insan di sekeliling saat kita diijabkabulkan bersama pasangan masing-masing.

Sesungguhnya, detik itu begitu manis untuk dikenang seumur hidup kerana ia melibatkan hari bahagia kita.

Pun begitu, untaian kata sahaja tidak memadai. Sebaliknya, ia perlu dizahirkan dengan perilaku dan amalan yang membawa kita ke tempat paling diidam-idamkan oleh umat Islam saat dibangkitkan semula di akhirat kelak.

Baca juga Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

Namun, bagaimanakah caranya hendak masuk syurga bersama pasangan masing-masing? Apakah rahsia suami isteri sama-sama ke jannah?

Pasangan di jannah

Pendakwah Ustaz Ahmad Hazran Ahmad Kamal membuka kalamnya dengan perincian manusia dijadikan berpasang-pasangan di dalam syurga kelak.

IMAM MUDA ARAN

Firman ALLAH SWT: “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, kelak akan KAMI masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Di sana mereka mempunyai pasangan-pasangan yang suci, dan KAMI masukkan mereka ke tempat yang teduh dan nyaman.” (Surah an-Nisa’, ayat 57)

Berdasarkan kalamullah tersebut, ujar Ahmad Hazran yang juga dikenali sebagai Imam Muda Aran, tidak ada orang bujang ketika di dalam jannah kelak walaupun mereka tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya di dunia.

Bagi wanita yang pernah kematian suami dan berkahwin lain atau bercerai hidup kemudian bernikah lagi, jelas beliau, terdapat perbahasan ulama mengenainya.

Baca juga Ini Mitos-Mitos Dalam Perkahwinan Yang Perlu Diketahui

“Ada hadis yang menyebutkan bahawa perempuan itu akan bersama dengan lelaki yang paling baik akhlaknya di dunia dalam kalangan mereka yang pernah menjadi suaminya. Terdapat juga pendapat menyatakan, dia bersama dengan suaminya yang terakhir. Satu lagi pandangan, wanita tersebut diberi pilihan untuk memilih.

“Daripada pelbagai perspektif itu, Imam al-Suyuthi berpandangan, perempuan tadi akan bersama dengan suami terakhirnya sekiranya lelaki-lelaki itu sama baik dari sudut akhlak dan kebaikannya.

“Misalnya, jika seorang wanita berkahwin dua kali di dunia, maka dia akan bersama dengan suami terakhir sekiranya akhlak kedua-dua lelaki yang pernah menjadi suaminya sama dari segi kebaikannya,” katanya ketika ditemu bual Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Syurga

AGAR dapat ke jannah bersama-sama, pastikan tunjang utama dalam Islam dipenuhi, selain amalan yang menambahkan saham kita di akhirat kelak.

Seandainya salah seorang daripada suami isteri itu tidak dapat masuk ke dalam syurga, penceramah itu menjelaskan, tiada dalil-dalil khusus yang menceritakan tentang nasib pasangan masing-masing.

“Secara umumnya, mereka tetap akan ada pasangan sendiri. Katakanlah jika suami dapat masuk ke jannah dan isteri pula tidak, ALLAH SWT akan mengurniakan bidadari di dalam syurga buat lelaki tadi. Ia sesuai dengan tarikan utama kaum Adam iaitu wanita.

“Jika isteri masuk ke dalam syurga dan suami ke neraka pula bagaimana? Tiada perincian khusus tentang perkara ini. Cuma, selagi lelaki tadi masih Islam, dia akan masuk ke dalam jannah juga nanti,” katanya.

Rahsia masuk syurga bersama

Imam Muda Aran melanjutkan bicaranya. Kali ini, beliau berkongsi rahsia bagi pasangan suami isteri masuk syurga bersama.

Antara tipnya, manusia perlu kembali kepada asas agama iaitu dengan mengukuhkan diri menerusi Rukun Islam yang menjadi tunjang utama, ungkapnya. Sudah tentu, pertama sekali setiap umat Islam perlu menyembah ALLAH SWT dan tidak menyekutukan-NYA.

Baca juga Ustaz Ebit senaraikan 6 perkara perlu pelihara jaminan Muslim ke syurga

“Ya, memang kita kata sudah mengucap syahadah, tetapi jika kehidupan kita bertuhankan dunia dengan terlampau ‘gila’ mencari harta sampaikan lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam, itu antara perbuatan syirik yang tidak disedari.

“Kedua ialah solat yang mana ia merupakan amalan yang boleh melayakkan kita masuk ke syurga-NYA. Sebagai suami isteri, kerjakanlah bersama-sama dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Begitu juga berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan zakat.

Syurga

JIKA berpeluang, suami dan isteri lakukanlah sekerap mungkin solat secara berjemaah bersama-sama.

“Akhir sekali, mesti ada persiapan untuk menunaikan haji. Setidak-tidaknya daftarkan haji dan kumpul wang bersama. Jika berpeluang kerjakannya pada waktu muda dan dapat pergi bersama-sama, alangkah indahnya,” ungkapnya.

Selain lima perkara itu, pendakwah tersebut kemudian menyarankan pasangan untuk menambah nilai dengan amalan sunat yang lain seperti mempelajari al-Quran, berpuasa sunat Isnin dan Khamis serta bersedekah.

“Ketahuilah, sedekah bukan sahaja memadamkan dosa-dosa silam, tetapi juga menjadi ‘ubat’ kepada kesusahan, kesedihan dan ketakutan.

“Seperkara lagi, jangan lupa untuk menunaikan solat pada waktu tengah malam sebagaimana kelaziman yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Itulah amalan-amalan yang membolehkan suami dan isteri masuk syurga bersama-sama, insya-ALLAH,” jelasnya.

Baca juga Syurga di bawah tapak kaki suami, tapi ia bukan ‘tiket’ perlakukan isteri sesuka hati

Sementara itu, Perunding motivasi wanita dan kekeluargaan, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood menjelaskan, rahsia suami isteri untuk sama-sama masuk syurga adalah umpama menjaga peranan seorang imam dan makmum dalam solat.

USTAZAH SITI FATAHIYAH

Dalam mendirikan tiang agama, katanya, seorang imam akan memimpin ibadah solat dari mula sehingga ke akhirnya dengan penuh kesempurnaan sebagai tanda pengabdian kepada ALLAH SWT. Pada masa sama, seorang makmum akan setia mengikuti segala pergerakan imam bagi tujuan yang sama.

“Ini bermaksud, dalam kehidupan seharian, suami seharusnya mendidik isteri ke jalan yang diredai oleh ALLAH SWT. Caranya adalah dengan melakukan segala yang disuruh oleh agama dan menjauhkan segala yang dilarang. Sementara itu, isteri pula mentaati suami dengan penuh penghormatan dan kepercayaan.

“Suami isteri sama-sama menjaga ibadah, aurat, batasan pergaulan dengan yang lain serta mentaati ibu bapa dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya. Janganlah pula suami membiarkan isteri tidak menutup aurat dengan sempurna kerana terlalu kasihkan isteri dan khuatir isteri terluka jika ditegur kesalahan melanggar tuntutan agama.

“Kepada Isteri pula, usahlah keterlaluan mengikut emosi dan perasaan sehingga tidak sedar melukakan hati suami dengan menaikkan suara yang lebih tinggi ketika berkomunikasi dengan suami,” nasihatnya.

Seperkara lagi, beliau mengingatkan agar pasangan tersebut dapat menyusun jadual agar dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama sebanyak yang mungkin, selain saling membantu dalam urusan rumah tangga.

‘Rumahku, Syurgaku’

Bagaimanakah untuk menjadi suami atau isteri yang terbaik kepada pasangan masing-masing?

Menjawab persoalan itu, Siti Fatahiyah yang juga Teknologis Profesional dan Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor menjelaskan, pasangan suami isteri berkenaan perlu memperbetulkan niat mereka melangkah ke alam perkahwinan iaitu semata-mata untuk beribadah kepada ALLAH SWT dan menyuburkan kasih sayang dengan penuh keikhlasan.

Langkah itu begitu penting bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa dibajai cinta tanpa dendam terutamanya jika terdapat kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini, terangnya.

Syurga

SUAMI dan isteri perlu sama-sama mendidik anak-anak dengan sebaiknya bukan sahaja untuk kehidupan di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat kelak.

“Andai ada kasih sayang yang turut disertai dengan dendam dalam diam, lama-kelamaan ia akan memudarkan aura mawaddah wa rahmah (kasih sayang dan rahmat) dalam rumah tangga.

“Jika betul ada kesalahan lampau yang dilakukan oleh pasangan suami isteri, carilah kekuatan untuk memaafkan kesalahan tersebut dan melupakannya,” titipnya.

Baca juga Perkahwinan bukan perjudian

Menyambung hujahnya, ahli akademik itu menjelaskan, antara matlamat utama perkahwinan adalah demi memenuhi fitrah manusia, di samping melaksanakan ibadah ketika menyempurnakan semua hak dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah.

“Suka saya ingatkan, perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pasangan yang bernikah mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan untuk membina keluarga bahagia yang disirami oleh kasih sayang dan rahmat daripada ALLAH SWT,” katanya.

Kepada satu soalan, Siti Fatahiyah menjawab: “Bagi mewujudkan sebuah rumah tangga yang diredai dan diberkati oleh ALLAH SWT, seharusnya kita menjaga seluruh kehidupan seharian masing-masing agar memenuhi tuntutan agama dan menjauhkan semua larangan-NYA.

“Biarlah segala amalan yang dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan oleh agama suci. Oleh itu, implementasikan perkara yang dianjurkan dalam Islam dan batasannya dalam setiap aspek kehidupan agar kita tidak tergolong dalam kelompok yang menyesal dan rugi ketika dibangkitkan di akhirat kelak.”

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, pensyarah itu mengingatkan bahawa ‘Rumahku, Syurgaku’ bukanlah perkara yang perlu kita banggakan atau pertontonkan.

Syurga

SETIAP pasangan yang bernikah mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan untuk membina keluarga bahagian yang disirami oleh kasih sayang dan rahmat daripada ALLAH SWT

“Sebaliknya, sebagai pasangan suami isteri, cuba sehabis baik untuk sama-sama berbahagia di dunia sehingga ke syurga.

“Justeru, marilah kita bersama-sama membina ‘syurga’ dalam rumah tangga di dunia dan berusaha sehabis daya untuk membina ‘mahligai’ di syurga kita di akhirat yang kekal abadi,” ungkapnya sambil mengingatkan bahawa perihal syurga dan neraka itu merupakan urusan ALLAH SWT.

ANEKDOT

CARA raih keredaan ALLAH menerusi perkahwinan

– Rasulullah SAW bersabda: “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

– Kunci kebahagiaan sebenarnya adalah reda ALLAH SWT dari segi agama, diikuti dengan perkara yang dinyatakan dalam hadis berkenaan.

– Agama itu penting kerana ia mempengaruhi sikap, perilaku, penampilan dan akhlak seseorang. Apabila seseorang beragama, auratnya dijaga dengan penuh sempurna.

– Tiada gunanya memiliki rupa paras yang cantik, tetapi auratnya tidak dipelihara dengan baik, manakala akhlaknya pula teruk.

Syurga

ISLAM menganjurkan agar kita memilih pasangan yang beragama.

– Bukan sahaja isteri perlu berakhlak, suami juga pun sama. Jangan sampai tangan ‘naik’ ke muka. Apatah lagi muka merupakan kawasan yang dihormati dan dilarang pukul pada bahagian tersebut.

– Hakikatnya, dalam hadis riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa mukmin yang sempurna imannya ialah orang paling baik akhlaknya. Ketahuilah bahawa orang yang paling baik dalam kalangan mereka ialah orang yang baik terhadap isterinya.

– Ingatlah, jangan kerana mencari keredaan manusia, kita tidak peduli dengan tindakan yang boleh menyebabkan kemukaan ALLAH SWT. Sedangkan, keredaan-NYA yang kita cari selama ini.

Sumber Pendakwah Ustaz Ahmad Hazran Ahmad Kamal (Imam Muda Aran)

Foto: 123rf, Freepik & Pexels

Tiga kepenatan disukai ALLAH
Isu,

Tiga jenis kepenatan yang disukai ALLAH

HIDUP sememangnya ada fasa pasang surut yang kadangkala memenatkan. Namun, tanpa disedari rupanya ada beberapa jenis kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT.

Kebiasaannya apabila sudah penat, bermacam rungutan terpacul dari bibir. Penat bekerja, penat memasak, penat belajar dan sebagainya.

Sepayah mana pun cabaran yang dihadapi, ingatlah ALLAH tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuannya. Ujian yang diberikan oleh YANG MAHA ESA tidak lain hanyalah untuk menguatkan jiwa.

tiga jenis kepenatan

DR AHMAD SANUSI AZMI

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi di dalam hantaran Facebooknya menyatakan bahawa, ALLAH tidak pernah alpa dengan kesungguhan umat-NYA.

Jelas beliau, ada beberapa jenis kepenatan yang disukai ALLAH, iaitu:

1. Ibu bapa yang bekerja menyara keluarga

Kesungguhan ibu bapa yang bekerja pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga adalah satu kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT. Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberi pahala.

Baca juga Model keluarga terbaik disebutkan dalam al-Quran

Sabda Nabi:
Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala).” (Hadis Riwayat Muslim)

Tiga kepenatan

BETAPA mulianya kesungguhan ibu bapa yang mencari rezeki buat keluarganya di mata ALLAH SWT.

Tambahan pula, sebaik-baik nafkah di jalan ALLAH adalah duit yang disumbangkan oleh ibu bapa kepada keluarganya.

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

2. Ibu yang memberi makan kepada anak-anaknya

Seorang isteri dan ibu yang bersungguh-sungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya akan turut diberikan ganjaran pahala besar.

Baca juga 4 amalan ini akan memberatkan amalan di akhirat

Al-Imam Muslim meriwayatkan satu kisah di mana Saidatina Aisyah berkata seorang ibu telah datang ke rumahnya bersama dua orang anak perempuannya untuk meminta makanan.

Namun, tiada makanan lain dalam simpanan melainkan sebiji kurma lalu Aisyah berikan kurma tersebut kepada si ibu. Tanpa berfikir panjang, ibu itu membelah tamar tersebut kepada dua bahagian dan memberikan kepada kedua-dua anaknya tanpa meninggalkan sedikitpun untuk dirinya.

Keadaan itu membuatkan Saidatina Aisyah menangis. Apabila menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda berkata,

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) Allah akan membebaskannya dari neraka.” (Hadis riwayat Muslim).

tiga kepenatan

SEMEMANGNYA bukan mudah menjadi ibu yang perlu menyediakan makanan buat keluarganya setiap hari. Namun, ketahuilah bahawa besarnya ganjaran pahala yang diperoleh daripada perbuatan tersebut.

3. Membelikan hadiah kepada isteri

Membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji.

Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut.

Lalu Amru menjawab: “Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah binti Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (Hadis Riwayat Abu Ya’la).

Baca juga Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

Oleh itu, usah terus mengeluh apabila penat bekerja atau menjaga anak-anak kerana sebenarnya ada ganjaran pahala besar yang menanti. Yang penting buat segalanya demi ALLAH, nescaya urusan yang dilakukan akan terasa lebih mudah.

Foto: Pexels & Freepik

Suami beronani
Hukum,

Suami beronani kerana berjauhan dengan isteri. Ini penjelasan Islam.

MUNGKIN ada yang tertanya, adakah suami dibolehkan beronani kerana berjauhan dengan isteri?

Bagi dua individu yang ditautkan dengan ikatan sah suami isteri, sememangnya antara nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT adalah peluang untuk menjalinkan jasad bersama bagi mempereratkan silaturahim.

Tiada lagi larangan antara kedua-duanya, hubungan intim sesama suami isteri menjadi perkara lazim yang mengutuhkan suasana rumah tangga menjadi lebih harmoni.

Namun ada kalanya tuntutan hidup menyebabkan sesetengah pasangan tidak dapat bersama.

Suami beronani

KADANGKALA tuntutan hidup memaksa pasangan suami isteri untuk tinggal berjauhan.

Di saat gejolak untuk berhubungan intim muncul namun tiada pasangan yang hadir bagi melampiaskan nafsu itu, sang suami, terutamanya terpanggil ke arah perbuatan beronani atau melancap.

Persoalannya, adakah mereka yang sudah berada dalam ikatan yang sah dibenarkan memenuhi keperluan seksual sendiri tanpa adanya pasangan yang satu lagi.

Baca juga 5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

Seperti yang diterangkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, onani berasal dari kata terbitan استمنى yang bererti usaha mengeluarkan air mani. Dari segi istilah, ia bermaksud perbuatan mengeluarkan air mani tanpa melalui proses persetubuhan.

Kebanyakan ulama bersetuju perbuatan beronani atau melancap menggunakan tangan sendiri bagi melampiaskan syahwat atau mencari kepuasan sememangnya haram.

Suami beronani

BUYA YAHYA

Kata pendakwah Indonesia, Buya Yahya, sebaliknya Islam menganjurkan umatnya bernikah. Pergaulan sah suami isteri adalah saluran sebetulnya bagi meredakan golakan nafsu berkenaan.

Sekiranya, individu tersebut tidak berkemampuan untuk berkahwin, maka dia dikehendaki berpuasa. Ini sejajar dengan pesan Nabi SAW:

Hai para pemuda! Barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Namun, bagaimana pula jika pasangan suami isteri tidak mampu bersama atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan?

Sebab-sebab tersebut boleh jadi kedua-duanya sedang berjauhan atas tuntutan kerja mahupun si isteri berada dalam keadaan haid atau sakit?

suami beronani

AZHAR IDRUS

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa hukumnya tetap haram untuk beronani menggunakan tangan sendiri baik bagi sang suami mahupun si isteri.

“Orang yang isterinya sakit sama sahaja seperti orang yang tidak mempunyai isteri. Maka dia perlu berpuasa,” ujarnya.

Namun, tidak ada masalah untuk melepaskan syahwat menggunakan tangan suami atau isteri.

“Mengeluarkan mani suami dengan tangan isteri, hukumnya harus. Begitu juga mengeluarkan mani isteri dengan tangan suami,” tambah Ustaz Azhar Idrus.

Suami beronani

APABILA suami isteri berbual menerusi telefon sehingga menimbulkan ghairah, itu dinamakan perbuatan ‘seks telefon’.

Ada juga halnya di mana suami isteri yang sedang berjauhan dan memanfaatkan teknologi seperti menelefon atau membuat ‘video call’ untuk melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu mata.

Tidak kurang juga sesetengah yang mengambil kesempatan bermain asmara, mengungkapkan ayat-ayat manis sehingga masing-masing dikaburi berahi meskipun jasad tidak berada di ruangan sama.

Perbuatan ini juga dikenali sebagai seks telefon.

Suami beronani

KHALID BASALAMAH

Mengulas tentang seks telefon, pendakwah bebas dari Indonesia, Dr Khalid Basalamah menerangkan bahawa tiada masalah jika sang suami mencapai klimaks disebabkan terlalu ghairah dengan perbualan yang dikongsikan asalkan ia tidak melibatkan beronani dengan anggota sendiri.

Aktiviti seks telefon tersebut juga hanya dibolehkan buat mereka yang sudah mempunyai ikatan sah dan membayangkan pasangan masing-masing ketika ianya dilakukan.

“Tetapi jangan lakukan perbuatan aneh seperti mencium telefon dan sebagainya. Sebaik-baiknya tinggalkan segala perkara yang boleh mengundang syahwat,” pesan Ustaz Khalid.

Adakah suami dibolehkan beronani kerana berjauhan dengan isteri?

Foto: Unsplash & Ammar TV

jangan kata isteri
Isu,

Jangan kata isteri, suami juga perlu berhias

Jangan kata isteri, suami juga perlu berhias

ISLAM adalah sebuah agama yang mementingkan kebersihan baik pada diri sendiri mahupun alam persekitaran.

Namun, dalam soal penjagaan diri, entah mengapa kaum hawa lebih dibebani berbanding warga adam.

Dimadukan kerana badan makin berisi selepas melahirkan anak lah. Diceraikan kerana tidak bersolek di rumah lah. Macam-macam yang dimomokkan kepada para isteri. Apabila berlaku masalah rumah tangga, pasti ada mulut-mulut jahat yang menyalahkan penampilan si isteri.

Wanita juga manusia biasa yang sukakan kecantikan. Jika si suami inginkan orang rumahnya tampil sempurna, dia juga pasti mahu melihat sang suami segak bergaya.

Oleh itu, bukan hanya isteri sahaja yang perlu menjaga penampilan diri ketika di hadapan suami, para suami juga seharusnya menjaga kekemasan diri ketika bersama dengan isteri mereka.

Janganlah mereka meminta isterinya berhias dan berwangi-wangi untuk si suami, sedangkan empunya diri tidak menjaga bau badan dan berpakaian selekeh.

jangan kata isteri

JADILAH seperti Rasulullah SAW yang sentiasa menjaga penampilan diri. Lelaki juga mempunyai tanggungjawab memastikan diri tampil segak demi keharmonian rumah tangga.

Atas dasar itu, Saidina Ibn Abbas pernah menjelaskan:

“Aku suka untuk berhias (menjaga penampilanku) ketika bersama isteriku seperti mana aku suka dia berhias untukku kerana ALLAH berfirman: Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak) [Surah al-Baqarah: 228]. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no: 14728)

Jika ingin berhias untuk isteri, amalkan perkara-perkara berikut sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW:

1. Berpakaian putih
Rasulullah SAW sangat gemar memakai pakaian berwarna putih. Warna putih adalah salah satu warna kesukaan baginda kerana menampakkan kebersihan dan kesucian.

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang-orang yang masih hidup antara kalian hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafankan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

jangan kata isteri

MENJAGA penampilan diri termasuk dalam ajaran Islam yang mementingkan kebersihan.

2. Memakai wangian
Sesiapa pun pasti menyukai benda yang berbau harum. Begitu juga dengan Nabi SAW. Baginda sering mengenakan wangian dan tidak pernah menolak jika diberikan hadiah minyak wangi.

Anas bin Malik RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah menolak (pemberian) minyak wangi.” (Riwayat at-Tirmizi)

Dari segi jenis wangian yang boleh digunakan oleh para lelaki ada disebutkan dalam sebuah hadis di mana Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Baca juga Ingatan Untuk Para Suami Dan Bapa, Ramai Yang Lakukan Dosa Ini Tanpa Sedar

3. Menjaga tubuh badan.
Rasulullah SAW sangat menjaga tubuh badan agar sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga. Baginda pernah bersabda,

Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Penjagaan diri juga penting demi menjaga keselesaan orang di sekeliling. Pastinya tiada siapa yang ingin mendekati anda jika badan dan nafas anda berbau.

jangan kata isteri

DISUNATKAN juga memakai wangian ketika pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

4. Memakai cincin

Cincin adalah perhiasan diri yang dibolehkan buat kaum adam. Namun, bukanlah semua jenis cincin itu boleh dikenakan.

Dibolehkan bagi lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada perak, bahkan di dalam mazhab asy-Syafi’e ia disunatkan. Selain itu, cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan akik juga dibenarkan.

Walau bagaimanapun, pemakaian cincin emas adalah haram.

Daripada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW pernah dilihat mengenakan cincin di kedua-dua belah tangan jadi tidak kisah sama ada anda ingin memakainya di tangan kiri atau kanan.

Namun, hukum pemakaian cincin di jari tengah dan telunjuk adalah makruh. Manakala, sunnah untuk memakainya di jari kelingking.

Kata Anas bin Malik RA: “Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelinking pada tangan kirinya).” (Riwayat Muslim)

Jangan kata isteri

PEMAKAIAN cincin bukan hanya untuk wanita sahaja. Terdapat ramai ulama agama yang mengenakan cincin atas dasar iitiba’ (mencontohi) Nabi SAW.

5. Memakai celak
Memakai celak adalah sunnah bagi lelaki dan wanita serta ia boleh dipakai pada bila-bila masa kerana Nabi SAW juga memakainya di mata baginda.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bercelaklah kamu dengan ithmid (sejenis celak) kerana sesungguhnya ia boleh menguatkan pandangan mata serta menumbuhkan bulu mata.” (Riwayat al-Tirmizi)

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan mengembalikan aura rumahtangga anda.

Foto: Pexels & Unsplash

25023492_xl
Gaya Hidup,

5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

no comment

AGAMA Islam menganjurkan umatnya supaya saling bergurau senda dan ketawa gembira kerana ia akan melahirkan suasana yang membahagiakan dalam sesebuah rumah tangga.

Sungguh pun begitu, Islam sesekali tidak mengajar umatnya untuk bersikap melampau dalam bergurau dan berbuat dosa.

Kaunselor berdaftar Fadzli Aziz menerusi Facebooknya berkongsi pengalaman beliau melihat satu rakaman video melibatkan suami sedang bergurau senda sehingga mengundang kemarahan si isteri.

 

Mula-mula nampak macam pasangannya menerima gurauan itu tapi lama -kelamaan dia akan jemu jika terlalu keterlaluan.

“Mula-mula nampak manja lepas tu nampak marah. Walaupun mungkin pasangan ini sudah biasa bergurau seperti itu, dan mungkin tidak kisah, tapi saya rasa benda ni adalah benda yang tak betul.

“Memang saya galakan anda bergurau dengan pasangan kerana bergurau adalah sunnah Nabi Muhammad SAW, tapi bukan begitu caranya dan kemudian gurauan itu di’post’kan di media sosial lantas mengundang kecaman dan kutukan. Apa tujuannya? Mencari viral?

“Pada saya bergurau tujuannya untuk makin cinta dan sayang pada pasangan. Tapi percayalah apabila kita selalu melampau dalam bergurau, satu masa nanti pasangan tak akan dapat bertahan lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzli turut menitipkan beberapa tip dalam bergurau senda bersama pasangan.

“Pertama, Jagalah maruah pasangan dalam bergurau seperti aurat dipelihara, aib perlu dijaga, kekurangannya jangan dipermainkan, apatah lagi apabila menjadikan gurauan itu sebagai bahan untuk dipaparkan.

“Bayangkan apabila netizen menonton aib pasangan kita di media sosial, share sehingga berpuluh ribu, viewnya berjuta. Bermakna begitu ramai orang tahu tentang aib pasangan kita. Tidakkah itu memalukannya Tanpa sedar itu adalah penderaan ’emosi’ yang sangat dahsyat.

“Tip kedua pelihara diri daripada berbuat dosa. Kita akan sensitif dengan dosa sebab ia adalah apa yang ALLAH SWT larang. Kalau buat pun sorok-sorok dan malu. Tapi Bayangkan kalau gurauan kita gurauan yang berdosa dan selepas itu ditayangkan pula di media sosial. Seolah-olah benda yang berdosa kita tak rasa berdosa, bahkan bangga dengan dosa dan paling menakutkan kita seperti nak ajar orang lain berbuat dosa,” kata beliau lagi.

Tambah bekas ahli kumpulan UNIC ini lagi, tip ketiga adalah sikap bersederhana akan menyebabkan kita terjaga. Apabila bergurau dengan sederhana, insyaALLAH gurauan kita itu tidak akan mencederakan, tidak menyakiti sehingga cedera emosi dan terkawal.

“Tip keempat adalah kenal pasti niat dan tujuan. Ini asasnya. Kalau bergurau kerana ALLAH SWT untuk menambah cinta dan kasih sayang pada pasangan. Pasti berbeza caranya. Gurauan penuh akhlak dan kemesraan yang tak dibuat-buat. Hasilnya insyaALLAH bertambah rasa cinta.

“Tapi kalau niat dan tujuannya untuk viral, untuk media sosial maka kita tak akan endahkan lagi akhlaknya. Yang penting cara apa paling trending, paling viral walaupun akan buka aib, walaupun buat dosa, walaupun memalukan pasangan.

“Tip kelima sentiasa memohon maaf setiap kali selepas bergurau. Takut-takut ada sakit hati yang disimpan. Ada dosa yang tak termaaf. Minta maaf bukan semestinya kerana kita salah. Tapi betapa berakhlaknya kita pada pasangan. Tanda sayang kita padanya dengan penuh penghormatan,” jelas beliau.

Katanya lagi, dalam Islam ada dosa dan pahala. Jadi bertanggungjawablah dengan apa yang kita lakukan.

“ALLAH sayang anda, ALLAH sayang kita semua. Saling menegur kerana saling menjaga masyarakat. Bimbangnya kita dengan generasi akan datang, memerlukan usaha mendidik dari sekarang.

“Semoga ALLAH pandang usaha kita yang sedikit ini,” tulisnya.