Browsing Tag

solat

Larangan ALLAH
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Mengapa masih seronok buat larangan ALLAH sedangkan solat cukup dan sudah baca al-Quran?

“SOLAT cukup, baca al-Quran pun sudah, siap dengan terjemahan lagi, tapi kenapa kita tetap buat perkara larangan ALLAH?”

Persoalan itu kadangkala menerpa ruang fikiran. Masakan tidak, semua sedia maklum bahawa solat itu pencegah kepada kemungkaran.

Namun, entah mengapa sukar benar mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak disukai ALLAH SWT. Jika bukan kerana bisikan syaitan, barangkali nafsu menjadi antara puncanya.

Baca juga Jangan Tunduk Pada Hawa Nafsu

Ya, itulah gejolak rasa dialami setiap manusia. Bukan mudah sebenarnya untuk bermujahadah melawan makhluk ALLAH yang terkutuk itu dan keinginan hati yang begitu membuak-buak.

Apatah lagi kita hanya manusia biasa yang punya kekurangan diri. Sudah tentulah ada ketika, terbabas juga melakukan kesalahan.

Sebenarnya, semua yang kita alami itu merupakan hakikat kehidupan. Hidup merupakan ujian.

Demikian peringatan yang diberikan oleh pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

USTAZ MUHAMMAD FAHMI

Perkara itu jelas dinyatakan dalam al-Quran menerusi Surah Muhammad, ayat 31 yang bermaksud: “Sesungguhnya, KAMI benar-benar akan menguji kamu sehingga KAMI mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan KAMI akan uji kamu.”

Mengulas lanjut, Ustaz Muhammad Fahmi menjelaskan, ujian datang dalam dua bentuk utama iaitu meninggalkan suruhan ALLAH SWT dan melakukan larangan-NYA.

Mengambil contoh dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam AS dan iblis, katanya, kedua-dua mereka diuji dengan salah satu bentuk ujian tersebut.

“Cuma bezanya, apabila Nabi Adam melakukan dosa, baginda menyesal dan mengaku salah, lalu berdoa memohon ampun kepada ALLAH SWT.

Baca juga Mengapa iblis tidak mendapat pengampunan daripada ALLAH YANG MAHA ESA? Ini punca-puncanya…

“Iblis pula bersifat sebaliknya. Dia berdosa, tetapi makhluk itu menjustifikasikan dosanya. Malah, berasa sombong dan langsung tidak berasa bersalah. Rasa apa yang dilakukan semua betul,” katanya.

Contoh yang diberikan itu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan ujian yang dilalui oleh setiap manusia, ungkapnya.

Larangan ALLAH

PINTU taubat masih terbentang luas buat setiap insan tanpa mengira siapa pun kita, selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sama-samalah berdoa semoga kita tetap istiqamah dan meninggal dunia dalam nikmat Islam dan iman. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: 123RF

“Inilah yang saya maksudkan dengan ujian. Ujian nafsu, syahwat dan sebagainya. Isunya, bagaimana kita mendepani dan menanganinya?,” soalnya.

Tip hadapi ujian hidup

Ustaz Muhammad Fahmi yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan itu turut berkongsikan tip bagi menghadapi situasi berkenaan seperti berikut:

i. Jangan sesekali menjustifikasikan maksiat tersebut. Salah tetap salah.
ii. Sentiasa bertaubat dan memperbanyakkan amalan ketaatan. Ingatlah, kebaikan memadamkan kejatahan sebagaimana disebut dalam Surah Hud, ayat 114.
iii. Penghuni syurga bukan tidak pernah berdosa semasa di dunia. Bahkan, mereka menghuni jannah itu kerana pahalanya lebih banyak berbanding dosa.
iv. Pentingnya amal soleh. Barangkali kerjanya hanya satu, tetapi ganjarannya dua iaitu dikurniakan pahala dan diampunkan dosa.
v. Paling penting, kadangkala kita masih menurut nafsu syahwat walaupun banyak solat kerana alat-alat pendorong syahwat itu banyak dan dekat. Jadi peralatan tersebut perlu dicantas.
– Ketahuilah, solat dan ibadah merupakan salah satu wasilah. Ia bukannya satu-satunya wasilah dalam meninggalkan maksiat.
– Jika telefon bimbit yang membawa kita menurut nafsu, maka cantaslah ia.
– Andai kawan-kawan yang membawa kita mengikut syahwat, ‘cantas’ rakan-rakan sebegini.
– Begitu juga tempat atau persekitaran yang menjebakkan diri kita ke arah maksiat, maka buanglah dan cari persekitaran yang baharu.

Baca juga [VIDEO] Bersabarlah bila ditimpa ujian. Begitu besar rupanya hadiah orang yang bersabar…

Apa jua dugaan atau kesukaran yang dihadapi, bersabarlah dan berusaha untuk mencari solusinya. Mengertilah, selagi kita bergelar hamba ALLAH, selama itulah kita tidak akan pernah berhenti menerima ujian-NYA.

Larangan ALLAH

APABILA diuji dalam kehidupan, bersabarlah dan kembali kepada fitrah. FOTO: 123RF

Semua itu bagi menguji sejauh mana keimanan kita kepada Yang MAHA ESA.

***Foto: Freepik

Amalan lain
Ibadah,

Amalan lain tak diterima jika tinggalkan solat?

SEGELINTIR orang begitu mementingkan amalan lain berbanding solat. Malah, ada yang tanpa rasa bersalah meninggalkan ibadah fardu berkenaan.

Bagi individu tersebut, tidak mengapalah jika ada kelompongan sembahyang, asalkan jangan lupa untuk berbuat baik kepada makhluk lain.

Ya, kita memang dituntut berlaku ihsan, tetapi pada masa sama usahlah mengabaikan kewajiban masing-masing. Apatah lagi solat merupakan tiang agama yang menjadi Rukun Islam kedua.

Baca juga Tinggalkan atau tak solat langsung, ramai yang tak pandang ini sebagai jenayah, padahal….

Malah, ibadah itu juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh ALLAH SWT pada hari akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya, maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya, maka buruk segala amalannya.” (Hadis Riwayat at-Tabarani)

Amalan lain

SOLAT menjadi amalan pertama yang akan dihisab pada hari akhirat kelak. -FOTO: PEXELS

Andai kita meninggalkan solat, berdosa besar hukumnya dalam Islam dan mengundang kemurkaan serta azab daripada ALLAH SWT.

Baca juga Dosa tidak akan terhapus walaupun telah qada solat yang ditinggalkan

Menurut pandangan Mazhab Syafie, individu yang meninggalkan solat kerana malas dan pada masa sama tidak mengingkari kewajipannya, maka ia dikategorikan sebagai fasik.

“Hendaklah segera bertaubat dan menggantikannya (solat yang ditinggalkan),” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-711: Adakah Orang yang Meninggalkan Solat Amalan Baiknya yang Lain Tidak Diterima yang disiarkan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Bagaimana pula dengan ganjaran amalan baik lain yang dilakukan individu tersebut?

Menjawab persoalan itu, pejabat mufti berkenaan menjelaskan, ALLAH SWT tetap mengambil kira amalan yang dilakukan walau sebesar mana pun sama ada baik atau buruk.

Hal itu sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran yang mana ALLAH SWT berfirman: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah al-Zalzalah, ayat 8-9)

Bagaimanapun, kita tetap perlu memberi perhatian kepada kewajiban solat masing-masing. Pahala amalan kebaikan boleh terhalang atau tersekat andai kefarduan itu ditinggalkan.

Ini kerana terdapat sebahagian ulama yang menyatakan, orang yang meninggalkan seluruh sembahyang fardu, maka amalan-amalan soleh lain tidak akan diterima oleh ALLAH SWT.

Sebab amalan tidak diterima

Sesungguhnya, solat itu sebenarnya melibatkan hak ALLAH SWT yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim. Ia tidak boleh dibuat main, apalagi dipandang remeh.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, perkara paling signifikan daripada ibadah kepada ALLAH SWT bukan kuantitinya, tetapi penerimaan-NYA terhadap amalan yang dilakukan.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI

“Kadang-kadang kita terpaksa melakukan amal yang banyak hanya kerana tidak tahu amal kecil manakah yang diterima oleh ALLAH.

Baca juga Korupsi antara penyebab amalan tidak diterima selama 40 hari

“Hakikatnya, ibadah bukan mengumpulkan amal dan menjumlahkannya seperti kita mengumpulkan harta. Sebaliknya, ibadah adalah mencari perhatian ALLAH agar DIA reda kepada kita.

“Bila keredaan ALLAH itu diraih, maka DIA akan menerima kita di dunia dan akhirat. Itulah matlamat yang sepatutnya kita kejar,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web isma.org.my.

Ustaz Muhammad Fauzi turut berkongsikan lapan sebab mengapa amalan tidak diterima oleh ALLAH. Berikut adalah perinciannya;

i. Melakukan perbuatan syirik kerana ia akan membatalkan seluruh amal yang dilakukan.
ii. Meninggalkan solat Asar.
iii. Bertanyakan nasib kepada tukang tilik.
iv. Berbuat zalim kepada orang lain.
v. Membela anjing di rumah tanpa sebab yang dibenarkan syarak.
vi. Minum arak.
vii. Melanggar larangan ALLAH SWT ketika bersendirian.
viii. Mengungkit amal sedekah yang dilakukan.

Justeru, berwaspadalah dengan semua perbuatan yang dinyatakan agar diri kita bukan dalam kelompok yang tidak diterima amalannya oleh ALLAH SWT.

solat 3 kali
Ibadah,

Benarkah bergerak lebih tiga kali membatalkan solat?

BENARKAH bergerak lebih tiga kali membatalkan solat?

Solat adalah medan pertemuan buat kita dan ALLAH SWT, maka tidak hairanlah ia wajib dilakukan dengan penuh khusyuk. Makna khusyuk yang dimaksudkan bukan sekadar memfokuskan fikiran dan hati, tetapi juga gerakan anggota tubuh.

Dalam mazhab Syafie, solat tidak dikira sempurna melainkan dengan menahan diri daripada bergerak-gerak. Bahkan, pendapat utama adalah ibadah akan terbatal jika berlakunya pergerakan besar melebihi tiga kali berturut-turut ketika solat.

Hukum asal bergerak di luar gerakan solat sememangnya ditegah oleh ulama Syafi’iyah. Pun begitu, tidak semua jenis pergerakan dikira membatalkan solat jika ia dilakukan atas keperluan tertentu.

Baca juga Wajib qada solat walaupun sudah puluhan tahun tinggalkan

solat 3 kali

SOLAT sering diibaratkan sebagai tiang agama kerana tanpanya, tidak berguna segala amalan lain yang dilakukan. Tabiat bersolat seharusnya dipupuk sejak kecil lagi. Foto: Google

Jenis gerakan dalam solat

1. Gerakan yang diwajibkan.
Misalnya, seseorang yang sedang solat menyedari di kopiahnya ada najis, kemudian dia bergerak untuk menanggalkan penutup kepala tersebut. Maka, ia termasuk gerakan yang diwajibkan.

Perkara ini diceritakan dalam hadis ketika Rasulullah SAW menjadi imam kepada para sahabat, baginda membuka selipar dan meletakkan di sisi kirinya; maka apabila jemaah melihat keadaan tersebut, mereka juga turut membuka selipar.

Selepas selasai menunaikan solat, baginda bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu semua membuka selipar?” Maka para jemaah menjawab: “Kami melihat kamu membuka selipar, maka kami membuka selipar kami.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, malaikat Jibril AS telah datang kepadaku dan memberitahu bahawa terdapat kekotoran di selipar tersebut. Jika sesiapa yang datang ke masjid, dia perlu melihat, jika ada kekotoran terdapat pada seliparnya, maka dia perlu membersihkannya sebelum mendirikan solat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Contoh lainnya adalah ketika seseorang tersalah menghadap kiblat, lalu ada yang mengingatkan, maka dia harus berpaling atau memutar badannya ke arah kiblat yang betul.

Turut disyorkan Rahsia kehebatan pergerakan solat di sebalik sains

solat 3 kali

BAGI kaum lelaki, tiada yang lebih baik melainkan solat di masjid pada saf pertama, seperti yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW. Foto: Unsplash

2. Gerakan yang disunnahkan.
Gerakan ini bermaksud melakukan perbuatan yang hukumnya sunnah dalam solat.

Contohnya, seseorang yang sedang solat bergerak untuk meluruskan saf atau ia melihat ada tempat yang kosong di depannya. Lalu ia bergerak maju ke depan untuk mengisi kekosongan itu.

Baca juga Jangan biarkan saf kosong, ini sebab-sebabnya

3. Gerakan yang diharuskan.
Dalam erti kata lain, gerakan yang sedikit kerana adanya hajat atau keperluan. Contoh gerakan ini adalah seperti perbuatan Rasulullah SAW yang pernah menggendong anak kecil ketika solat.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari RA, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung cucunya, Umamah Binti Abi al ‘Ash. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Turut disyorkan Gunakan cara ini untuk jadikan anak seronok mengaji di rumah

solat 3 kali

BAGI mazhab Syafie, penyempurnaan tamakninah dalam solat tidak dapat disempurnakan melainkan dengan mengurangkan pergerakan ketika beribadah. Foto: 123RF

4. Gerakan yang diharamkan.
Gerakan yang diharamkan adalah perbuatan yang memenuhi tiga syarat, iaitu gerakannya banyak, berturut-turut dan dilakukan bukan dalam keadaan darurat.

5. Gerakan yang dimakruhkan.
Gerakan selain yang disebutkan tadi di mana hukum asal gerakan (di luar gerakan solat) adalah dimakruhkan. Contohnya, orang yang banyak bergerak seperti melihat jam, mengaru-garu kepala atau memegang hidung.

Jika gerakan yang dilakukan terlampau banyak dan berturut-turut, ia akan membatalkan solat.

Turut disyorkan Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian, sah atau tidak?

Batal solat bergantung kepada anggota

solat 3 kali

USTAZ Azhar Idrus. Foto: Google

Dalam pada itu, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa solat hanya akan terbatal sekiranya pergerakan berlaku melebihi tiga kali melibatkan anggota berat.

Sebaliknya, jika anggota ringan seperti jari yang digerakkan, hukumnya hanya makruh meskipun ia berlaku lebih daripada tiga kali.

1. Anggota berat penyebab batal solat.

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat (seperti lengan dan kaki) sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau sehingga menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walaupun tidak sengaja.

Misalnya, seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Contoh bagi sekali gerakan yang melampau pula adalah seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya. Walaupun tidak sengaja, ia tetap membatalkan solat kerana perlakuan itu tidak ada rupa orang yang sedang melakukan solat.

solat 3 kali

ANGGOTA kecil seperti jari boleh membatalkan solat jika digerakkan melebihi tiga kali secara sengaja. Foto: 123RF

2. Bergerak anggota ringan tidak batalkan solat.
Gerakan yang sedikit seperti kepala bergerak ketika melafazkan bacaan tidak membatalkan solat.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat. Oleh itu, menggaru dengan jari berulang-ulang kali tidak ada masalah dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Namun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Pun begitu, mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Sumber: Rumaysho.com  & Aku Islam

Foto: Unsplash & 123RF

Fikiran
Ibadah,

Fikiran menerawang ketika solat, bagaimana status ibadahnya?

MANUSIA semamangnya tidak boleh lari daripada berfikir. Ada sahaja perkara yang terlintas dalam ruang fikiran walaupun sedang melakukan kerja-kerja lain.

Ia termasuklah ketika sedang menunaikan solat. Entah mengapa dirasakan kita tidak habis-habis berfikir meskipun sedang menghadap ALLAH SWT.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, berfikir-fikir ketika solat sebenarnya memang hampir berlaku kepada semua orang.

Malah, katanya, Imam al-Bukhari turut meletakkan perkara itu sebagai salah satu bab bertajuk ‘Bab mengenai seseorang yang memikirkan sesuatu dalam solatnya’ menerusi kitab dikarangnya.

DR ZULKIFLI

Perawi hadis tersohor itu kemudian menukilkan kata-kata daripada Umar bin al-Khattab RA: “Sesungguhnya aku mempersiapkan tenteraku (memikirkan mengenainya), ketika aku sedang menunaikan solat.” (Sahih al-Bukhari)

Mengulas lanjut, agamawan itu menjelaskan, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani juga pernah menukilkan daripada al-Muhallab yang menyebut bahawa berfikir adalah perkara kebiasaan yang tidak mungkin dihindari oleh seseorang sama ada di dalam solat mahupun di luar sembahyang setelah ALLAH SWT menjadikan syaitan-syaitan itu ‘jalan’ ke atas manusia untuk menggoda mereka.

Baca juga Jangan layan sangat perasaan waswas bila hendak beribadah. Cuba sedaya upaya lawan penyakit gangguan syaitan itu…

“Bahkan, Rasulullah SAW sendiri pernah teringat akan harta yakni emas yang berada di dalam rumahnya yang belum lagi dibahagikan ketika sedang mendirikan solat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi maktabahalbakri.com.

Ia sebagaimana diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin Harith RA, beliau berkata: “Aku menunaikan solat Asar bersama Rasulullah SAW. Apabila selesai memberi salam, baginda SAW segera berdiri dan masuk ke rumah salah seorang daripada isterinya. Kemudian, baginda keluar dan melihat orang ramai terkejut disebabkan ketergesaannya, lalu baginda SAW bersabda: “Aku teringat ketika aku sedang menunaikan solat tentang emas yang kami miliki. Aku tidak suka jika sampai waktu petang – atau bermalam – emas itu masih ada pada kami. Maka aku pun memerintahkan supaya ia dibahagikan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dr Zulkifli kemudian memetik pandangan al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani yang menyatakan, hadis itu secara zahirnya menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mengulangi solatnya semula disebabkan perkara tersebut.

“Bahkan, sarjana Islam terkemuka itu menjelaskan, berfikir-fikir di dalam solat tidak menyebabkan solat seseorang itu menjadi tidak sah, selagi mana dia tidak meninggalkan mana-mana rukun solat.

Fikiran

WALAUPUN berfikir-fikir ketika solat tidak membatalkan sembahyang seseorang, tetapi sebaiknya elakkanlah sama sekali perbuatan tersebut. -FOTO: 123RF

“Dalam kalangan ulama, ada yang berpendapat bahawa berfikir-fikir dalam solat diharuskan sekiranya ia sedikit. Adapun, memikir secara terus-menerus dalam tempoh yang panjang sehingga tidak tahu berapa rakaat yang dilakukan, maka ia termasuk orang yang lalai dalam solatnya dan wajib mengulanginya semula. Demikian pandangan Ibn al-Tin.

“Bagaimanapun, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani pula tidak bersetuju dengan pendapat tersebut,” katanya.

Tidak digalakkan berfikir, berkhayal

Sebaliknya, ulama Mazhab Syafie itu berhujah bahawa Saidina Umar RA pernah memikirkan suatu perkara yang memerlukan suatu tempoh panjang seperti menghitung jizyah (cukai) yang terkumpul di Bahrain, sedangkan ketika itu khalifah berkenaan sedang mendirikan solat, ungkapnya.

Baca juga Bolehkah pejam mata ketika solat untuk tambah khusyuk?

“Diceritakan bahawa Saidina Umar RA juga pernah terlupa membaca Surah al-Fatihah ketika menunaikan solat fardu Maghrib kerana sibuk memikirkan mengenai rombongan yang beliau telah siapkan ke negeri Syam.

“Apabila menyedarinya, beliau mengulangi semula solatnya dan bacaan Surah al-Fatihah tersebut. Kemudian, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani menyimpulkan, ia menujukkan beliau mengulangi solatnya kerana meninggalkan bacaan Surah al-Fatihah dan bulannya disebabkan oleh tenggelam dalam fikirannya,” katanya.

Berdasarkan perbahasan tersebut, Dr Zulkifli menyimpulkan, baik sedikit ataupun banyak seseorang itu berfikir-fikir ketika sedang solat, ia tidaklah membatalkan sembahyangnya selagi mana seseorang itu tidak meninggalkan rukun-rukun solat.

“Bagaimanapun, jika perkara yang difikirkan itu tidak berkaitan dengan solat dan banyak, hukumnya adalah makruh.

“Begitu jugalah halnya jika seseorang memikirkan hal ehwal perempuan semasa mendirikan solat, sembahyangnya tetap sah sekiranya tiada apa-apa perkara yang membatalkannya seperti keluar sesuatu daripada kemaluannya yakni air mazi dan seumpamanya disebabkan oleh fikiran atau khayalannya,” katanya.

Fikiran

PELIHARALAH waktu solat dengan sebaik mungkin kerana ia merupakan tiang agama. -FOTO: 123RF

Meskipun solat dikerjakan tetap dianggap sah dan tidak batal, mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu mengingatkan bahawa perbuatan berkhayal atau berfikir dalam tempoh lama atau banyak itu bukanlah suatu perkara yang digalakkan.

“Apatah lagi jika berfikir atau berkhayal mengenai perkara yang haram. Oleh itu, perbuatan tersebut hendaklah dihindari semampu mungkin.

“Di samping itu, kita juga dituntut untuk menghadirkan sepenuh hati dan khusyuk ketika menunaikan solat serta menghayati segala bacaan di dalamnya.

Baca juga Terasa seperti terkentut tapi ragu, perhatikan dua perkara ini sebelum membatalkan solat

“Khusyuk dalam solat merupakan salah satu ciri orang beriman yang berjaya sebagaimana dinyatakan dalam ayat 1, Surah al-Mukminun,” titip beliau.

Raih khusyuk ketika solat

Walaupun solat yang dilakukan dalam keadaan tidak khusyuk itu tidak membatalkan solat seseorang, tetapi ia boleh mengurangkan pahala sembahyang dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna.

Demikian fakta yang dipetik menerusi artikel Irsyad al-Fatwa ke-145: Hukum Solat Tidak Khusyuk yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan,” jelas artikel berkenaan.

Bagi meraih khusyuk dalam solat, Sinar Islam Plus merujuk kepada artikel Al-Kafi #973: Solat Dalam Keadaan Berfikir Hal Keduniaan daripada laman web sama.

Berikut merupakan antara cara untuk khusyuk dalam solat sebagaimana disebutkan oleh Imam al-Ghazali:

i. Menghadirkan hati ketika solat. Justeru, hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tiada hubungan dengan ALLAH.

ii. Memahami semua makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan Surah al-Fatihah, lafaz ketika rukuk dan lain-lain.

Fikiran

RAIH kekhusyukan ketika solat sebagaimana yang disarankan oleh Imam al-Ghazali. -FOTO: 123RF

iii. Mengagungkan ALLAH dengan perasaan bahawa diri kita sangat kerdil dan hina di depan ALLAH SWT yang MAHA AGUNG.

iv. Menzahirkan rasa kehebatan ALLAH SWT dengan menghadirkan rasa takut dan gerun kita kepada-NYA.

v. Penuh pengharapan kepada ALLAH dengan sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh-NYA.

vi. Merasa malu kepada ALLAH atas kekurangan dan kelemahan diri kita.

Baca juga Sukar Khusyuk Ketika Solat, Boleh Cuba Kaedah Yang Disarankan Ini 

Ayuh kita sedaya upaya meraih khusyuk ketika ‘bertemu’ ALLAH SWT. Ketahuilah bahawa syurga Firdaus menanti bagi orang yang khusyuk dalam solatnya.

Renungkanlah bait mutiara yang pernah diungkapkan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitab Madaarij al-Saalikin yang berbunyi: “Solat orang-orang munafik adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hati.”

***Foto: Pexels

Istinjak
Ibadah,

Hilangkan kekotoran dulu sebelum istinjak, ini cara yang betul

TIDAK perlu diulas panjang lebar tentang istinjak dan bab kebersihan diri. Semua orang memang pandai dalam perkara itu kerana ia merupakan asas dalam kehidupan.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar mungkin selama ini cara istinjak mereka tidak begitu sempurna.

Sedangkan kesempurnaan itulah yang perlu dititikberatkan memandangkan ia mempunyai perkaitan dengan perihal ibadah seharian dilakukan.

Pendakwah Ustaz Adnin Roslan mengingatkan, istinjak yang tidak betul atau tidak membasuh najis dengan baik akan menyebabkan pakaian kita kotor, sekali gus menjadi punca ibadah dilakukan tidak sah.

USTAZ ADNIN

Bahkan, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan hal itu dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Kebanyakan azab kubur itu berpunca dari air kencing.” (Hadis Riwayat Musnad Ahmad)

Lantaran itu, pendakwah tersebut mengingatkan kita agar tidak memandang remeh tentang soal kebersihan diri daripada najis.

“Nampak saja macam kecil, tetapi hakikatnya kalau tak jaga, boleh kena azab kubur. Na’uzubillah.

“Itu baru cerita bab kencing, belum lagi tentang soal bersihkan diri daripada najis mughallazah (berat). Berapa ramai orang hari ini yang terpegang anjing atau babi, tetapi tidak tahu kena sertu atau cara menyertunya,” ujar beliau menerusi perkongsian video dalam Instagram miliknya.

Baca juga Air Kencing Yang Menyumbang Azab Kubur, Berikut Penjelasannya

Dalam hal itu, mantan Timbalan Mufti Negeri Selangor, Datuk Abd Majid Omar pernah menghuraikan panjang lebar tentangnya di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Jelas beliau, seseorang perlu melakukan istibra’ sebelum istinjak. Menurut Ibn Arafah, istibra’ didefinisikan sebagai menghilangkan kekotoran daripada kedua-dua tempat keluar najis iaitu qubul dan dubur.

“Ini bermaksud, membersihkan air kencing, tahi, air mazi, wadi dan mani.

“Antara perkataan yang ada hubung kaitnya dengan istibra’ adalah istinqa’, istinzah dan istintar. Kesemua perkataan itu membawa makna membersihkan kedua-dua tempat keluar najis daripada apa yang keluar darinya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi www.muftiselangor.gov.my.

Istinjak

SELEPAS membuang air besar atau kecil, bersihkan tempat keluarnya najis dengan sempurna. -FOTO: FREEPIK

Hukum istibra’

Dari segi hukum, Abd Majid menjelaskan, sebilangan ulama Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan sunat dengan berhujah bahawa selepas berhenti pengaliran air kencing itu, ia tidak akan keluar lagi.

Namun, ada sebahagian ulama Mazhab Syafie berpendapat, istibra’ itu wajib hukumnya dan demikian juga pandangan ulama Mazhab Hanafi dan Maliki.

“Mereka yang mengatakan hukum istibra’ itu wajib berdalilkan hadis ad-Daraquthni yang mengandungi suruhan membersihkan kemaluan daripada air kencing kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya.

“Begitu juga dengan hadis riwayat Imam al-Bukhari yang mana Nabi Muhammad SAW meletakkan pelepah kurma yang basah di atas kubur orang tidak beristibra’ dengan bersih daripada kencingnya dan pusara seorang yang berjalan dengan mengadu domba,” katanya.

Baca juga Larangan Istinjak Dengan Tangan Kanan

Meskipun demikian, agamawan itu menjelaskan, semua mazhab bersetuju bahawa jika seseorang yang berhadas kuat sangkaannya bahawa hadasnya ada yang masih belum habis dan berhenti keluar, maka tidak sah wuduknya tanpa beristibra’.

Ia bersandarkan kepada kata sepakat para ulama dalam menentukan bahawa suatu hukum itu boleh dibina berdasarkan sangkaan kuat, ungkapnya.

Istinjak

KEMUDAHAN yang ada sekarang seperti kertas tandas sebagai alat istinjak, ia boleh membantu mengesan sama ada masih ada sisa najis yang tinggal atau sudah bersih dengan yakin. -FOTO: FREEPIK

Istibra’ itu dilakukan sama ada untuk membersihkan kotoran daripada dubur atau untuk membersihkan air kencing. Jika dilakukan untuk membersihkan najis daripada dubur, maka memadai dilakukan sekira-kira dia merasakan bahawa tidak ada yang tinggal atau tersisa di tempat keluarnya.

“Dengan kemudahan yang ada sekarang seperti kertas tandas sebagai alat istinjak, ia boleh membantu mengesan sama ada masih ada sisa najis yang tinggal atau sudah bersih dengan yakin. Cara ini adalah lebih baik. Ia disebut dalam ayat 108, Surah at-Taubah,” katanya.

Istibra’ bagi lelaki dan perempuan

Andai melibatkan istibra’ untuk membersihkan air kencing bagi wanita, Abd Majid menjelaskan, mereka tidak dituntut melakukan demikian.

Baca juga Guna tisu basah ketika istinjak? Hati-hatilah kerana ia masih dikira menanggung najis

“Ulama Mazhab Hanafi mengatakan, memadai dengan menunggu seketika sebelum beristinjak, manakala para ulama Mazhab Syafie dan Hambali menyatakan, dituntut istibra’ dengan cara menekan ari-arinya,” jelas beliau.

Sementara itu, bagi kaum Adam, agamawan itu menjelaskan, istibra’ dilakukan dengan apa cara yang terbiasa dilakukannya dengan syarat perbuatan tersebut tidak mengheretnya ke arah waswas syaitan atau membawa kepada menyusahkannya.

Ini kerana di antara adab istibra’ adalah untuk membuang perasaan waswas daripada dirinya.

Istinjak

-FOTO: FREEPIK

“Untuk seseorang lelaki menghentikan aliran air kencing daripada zakarnya adalah dengan cara mengurutnya dengan jari-jari tangan dari pangkal batang hingga kepalanya sebanyak tiga kali, sehinggakan tidak tersisa rasa basah di lubang zakar.

“Cara ini boleh dibuat dengan meletakkan jari tengah tangan kiri di bawah batang zakar dan meletakkan ibu jari di atas zakar. Kemudian, dia mengurutnya turun ke kepala zakar dan disunatkan memicit dengan lembut untuk mengeluarkan saki-baki air kencingnya,” katanya.

Tidak kiralah bagaimana cara beristibra’, tetapi Abd Majid mengingatkan bahawa tujuannya hanyalah satu iaitu untuk menghentikan aliran air kencing.

Baca juga 2 masalah berkaitan air yang sering berlaku yang wajib kita ambil tahu…

“Barangkali ada yang terpaksa berulang kali melakukannya untuk memastikan ia benar-benar telah terhenti dan ada pula yang hanya berdehem-dehem.

“Apa jua caranya, jangan sesekali membalut zakar dengan kain atau seumpamanya untuk menghentikan air kencing keluar. Makruh hukumnya berbuat demikian.

“Seperkara lagi, makruh memakan masa lama berada di dalam tandas hanya semata-mata untuk tujuan istibra’,” pesan beliau.

***Foto: Freepik

Qada solat
Ibadah,

Wajib qada solat walaupun sudah puluhan tahun tinggalkan

TOPIK berkisar tentang sembahyang dan qada solat acap kali dibicarakan. Masakan tidak, ia merupakan perkara yang sangat signifikan bagi umat Islam.

Bukan sahaja dianggap sebagai tiang agama dan menjadi amalan pertama yang akan ditanya pada hari akhirat kelak, tetapi ia sebenarnya melibatkan ‘hutang’ dengan ALLAH SWT jika tidak ditunaikan dengan sempurna.

Andai melibatkan hutang dengan manusia pun kita wajib tunaikan, inikan pula jika membabitkan hutang ALLAH. Sudah tentulah hal itu memang tidak boleh dibuat main.

Sekiranya seseorang pernah meninggalkan solat bertahun-tahun atau puluhan tahun, adakah memadai jika dirinya hanya rajin solat sahaja tanpa mengqada solat yang ditinggalkan?

Bagaimana pula hukumnya jika individu berkenaan seqadar mengqadakan solatnya yang wajib sekadar mengikut kemampuannya sahaja?

Baca juga Dosa tidak akan terhapus walaupun telah qada solat yang ditinggalkan

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ustaz Azhar Idrus di laman Instagramnya menjelaskan, qada solat wajib dilakukan terhadap semua sembahyang yang ditinggalkan waima secara sengaja atau tidak.

USTAZ AZHAR IDRUS

Ia termasuklah jika solat berkenaan ditinggalkan disebabkan uzur, ungkapnya.

“Para ulama mazhab sepakat dalam hal itu dan menjelaskan, tidak memadai individu berkenaan menunaikan solat yang tunai tanpa qada.

“Ini kerana hutang dengan ALLAH wajib dibayar sebagaimana kewajiban qada berhutang puasa Ramadan, zakat dan seumpamanya,” katanya.

Ustaz Azhar kemudian mengemukakan pandangan Mufti Mesir, Syeikh Ali Jum’ah yang menyatakan: ‘Maka wajib atas orang Islam bahawa memelihara solat sekadar kemampuannya. Dan wajib bahawa dia tunaikannya di dalam waktunya.’

“Jika dia lupa akan satu solat atau tertidur, maka wajib untuk orang itu kerjakannya sebaik sahaja dia teringat.

Baca juga Bolehkah tunaikan solat sunat jika masih ada sembahyang fardu yang belum sempat qada?

“Bagi orang yang meninggalkan solat dalam tempoh masa yang lama, maka wajib dia menggantikan semua solat yang telah luput. Pendek kata, selain solat tunai, dia juga wajib kerjakan solat yang qada,” ungkapnya.

Qada sekali gus?

Adakalanya keinsafan hadir menyapa diri daripada terus hanyut dibuai keasyikan dunia. Ketika itu, satu persatu kekhilafan menerpa.

Teringat pula diri pernah meninggalkan solat dulu ketika masih jahil. Malah, semua itu belum pernah diganti lagi.

Qada solat

JIKA pernah meninggalkan solat sebelum ini, qadalah dengan segera. -FOTO: PEXELS

Apabila ini terjadi, bagaimana pula hendak mengqadakan solat puluhan tahun yang pernah ditinggalkan? Perlu qada semuanya sekali gus ke?

Baca juga Solat berjemaah dengan mulut bau durian, apa hukumnya?

Barangkali ramai yang tertanya-tanya dan sudah pun membayangkan keadaannya jika solat itu digantikan bukan hanya puluhan, tetapi membabitkan ratusan atau mungkin ribuan waktu!

Sebenarnya ada cara untuk untuk mengqadakan solat yang ditinggalkan.

Sinar Islam Plus memetik artikel yang dikongsikan oleh pendakwah daripada Majlis Ulama Isma, Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian.

Ia sebagaimana berikut:

1. Senaraikan bilangan solat yang perlu digantikan.

Jika sedikit bilangannya, bolehlah ia diselesaikan terus. Namun begitu, jika berpuluh tahun jumlahnya, maka buatlah perancangan dengan rapi dan elok.

Andai kurang pasti berapa bilangan solat yang ditinggalkan, maka lakukan takhmin iaitu anggaran bilangan yang berbaki dengan sebaiknya. Pilihlah angka kemungkinan yang paling tinggi.

2. Kaitkan dengan solat sunat sepertimana imam-imam mazhab mengaitkannya dengan solat sunat.

Menurut Imam Malik dan Hanbali, haram melakukan solat sunat tertentu jika masih ada solat fardu yang masih belum diqadakan lagi.

Qada solat

SOLAT tetap perlu diqadakan walaupun puluhan tahun pernah ditinggalkan gara-gara kejahilan kita atau secara sengaja. -FOTO: PIXABAY

Justeru, saat orang lain solat sunat, qadalah solat fardu yang tertinggal. Insya-ALLAH lama-kelamaan akan selesailah sembahyang yang lampau. Ketahuilah, itulah sebenar-benar tanda yang terzahir bahawa seseorang sudah bertaubat kepada ALLAH SWT.

Baca juga Pelat Membaca Surah al-Fatihah, Apakah Solat Wajib Diqadakan? Ini Penjelasannya

3. Jangan tambah bilangan solat yang perlu diganti.

Satu-satunya cara adalah dengan mendisiplinkan diri dan tidak mengulangi dosa besar tersebut!

Demikianlah pesanan ALLAH SWT sebagaimana disebutkan dalam Surah Ali Imran, ayat 136 yang bermaksud: “Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat ALLAH, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan sesiapa (lagi) yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain daripada ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.”

Maksud ayat ‘tidak meneruskan perbuatan dosa’ antara lain adalah dengan cover balik kesilapan yang dilakukannya. Paling penting, putuskan segala maksiat yang berterusan di dalamnya.

Justeru, marilah kita sama-sama memelihara sembahyang masing-masing. Jangan ditambah lagi ‘hutang’ sedia ada.

Sia-siakan Ramadan
Ibadah,

Jangan biarkan saf kosong, ini sebab-sebabnya

APABILA melihat saf kosong ketika menunaikan solat berjemaah, segeralah memenuhi ruangan tersebut. Bukan apa, dibimbangi para jemaah lain akan terputus saf.

Meskipun perkara tersebut tidaklah sampai membatalkan solat seseorang, tetapi sedikit ‘merencatkan’ kesempurnaan ibadah berkenaan.

Andai melihat saf yang sudah penuh tiba-tiba sahaja ada kekosongan kerana terdapat jemaah yang berpisah daripada solat disebabkan keuzuran tertentu, maka jangan biarkan ia begitu sahaja.

Memetik artikel Al-Kafi #912: Siapa yang Sepatutnya Mengisi Kekosongan Saf yang disiarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kekosongan saf tersebut perlu segera diisi.

Ia sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis: “Dan tutuplah ruang-ruang kosong.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, ALLAH akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, ALLAH akan memutuskan dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Saf kosong

ORANG yang menyambungkan saf dan memenuhkan ruang kosong tersebut adalah mereka akan disambungkan dengan rahmat ALLAH SWT. -FOTO: 123RF

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara kelebihan menyambungkan saf dan memenuhkan ruang kosong tersebut adalah mereka akan disambungkan dengan rahmat ALLAH SWT.

“Sementelah, keburukan bagi mereka yang tidak merapatkan saf pula adalah terputusnya daripada rahmat dan ‘inayah ALLAH SWT,” katanya dipetik daripada artikel tersebut.

Sebenarnya, perihal tentang meluruskan saf ada disebut dengan jelas dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari yang menjadi antara tanda kesempurnaan solat.

“Bahkan, ia juga merupakan antara tanda lengkap dan tepatnya solat yang sedang didirikan.

“Dalam satu riwayat lain, ada dinyatakan perumpamaan bahawa Rasulullah SAW meluruskan saf para sahabat seperti diluruskan anak-anak panah,” jelas artikel berkenaan.

Baca juga Jangan biarkan telekung, serban dan kopiah menutup dahi ketika sujud. Dikhuatiri tidak sah solat itu

Cara isi kekosongan saf

Siapakah yang perlu mengisi kekosongan saf tersebut?

Dalam hal itu, jika makmum yang berada dalam saf yang sama melihat tiada orang dari belakang mengisi kelompongan tersebut, dia hendaklah memenuhkannya sama ada bergerak dari arah kiri ke kanan atau sebaliknya.

Ini kerana dalam keadaan tersebut, mengisi kekosongan tersebut adalah lebih utama.

Saf kosong

MEREKA yang selalu menyambung saf dan tidak membiarkannya kosong merupakan antara kelompok yang mendapat selawat ALLAH SWT dan para malaikat.

“Bagaimanapun, sekiranya makmum yang berada di belakang melihat kekosongan saf di hadapannya, maka hendaklah dia segera memenuhkannya bagi mendapatkan fadilat bersegera ke arah kebaikan dan menyambungkan saf,” kata pejabat mufti berkenaan.

Ketahuilah bahawa antara kelompok yang mendapat selawat ALLAH SWT dan para malaikat ialah mereka yang selalu menyambung saf dan tidak membiarkannya tempat itu kosong.

Baca juga Elakkan lipat pakaian ketika tunaikan solat, ini sebab-sebabnya

Demikian fakta yang diambil daripada portal kalam.sindonews.com. Laman web itu memetik tulisan Dr Fadhl Ilahi Syaikh Zhuhur Ilahi dalam bukunya bertajuk Man Tushalli ‘alaihimul Malaa-ikah wa Man Tal’anu-hum (Pustaka Ibn Katsir).

Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim meriwayatkan daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf.” (Hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272))

Sejak negara dalam fasa peralihan ke endemik 1 April lalu, aktiviti solat berjemaah kembali kepada asal iaitu tiada penjarakan fizikal.

Justeru, rapatkanlah saf kita dan jangan biarkan ada kelompongan di situ. Ingatlah, jangan terlalu menurutkan keselesaan sendiri berbanding suruhan Rasulullah SAW.

hapuskan dosa
Ibadah,

Rupanya 5 perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat

RUPANYA lima perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat…

Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun, sebaik-baik pendosa adalah mereka yang melakukan taubat demi membersihkan kesalahan lalu.

Untuk bertaubat, kita perlu terlebih dahulu menyesali perbuatan yang telah dilakukan serta menghindari dosa tersebut.

Setelah itu, kita dikehendaki memohon keampunan sejujurnya daripada ALLAH SWT dan berazam tidak mengulangi dosa berkenaan.

Menurut portal Tzkrh, di samping bertaubat, terdapat juga beberapa amalan lain yang boleh dilazimi untuk hapuskan dosa lampau, iaitu:

Baca juga Amal zikir ringkas ini, dosa akan berguguran seperti daun

BERWUDUK adalah antara amalan baik sebagai terapi rohani dan penyeri diri.

1. Menyempurnakan wuduk.
Dari Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.

Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk dia bersih daripada dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Ini Perkara Makruh Ketika Wuduk Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

Turut disyorkan Ketahui waktu sesuai ucap insya-ALLAH, jangan sesekali salah guna

2. Solat jemaah di masjid.
Disebutkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat kamu?

Mereka menjawab: Mahu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jemaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat.” (Hadis Riwayat Muslim)

BAGI lelaki, solat yang paling afdal bagi mereka adalah di masjid, manakala wanita pula lebih baik menunaikan solat di rumah.

Baca juga Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

Turut disyorkan Rupanya ada hukum-hakam selawat yang ramai tidak tahu

3. Mengamalkan zikir ini selepas solat.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali.

Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan: الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Kedudukan Zikir Sangat Tinggi Berbanding Amalan Lain, Tapi Ramai Yang Pandang Remeh

4. Mengaminkan bacaan al-Fatihah ketika solat berjemaah.
Abu Hurairah RA berkata bahawa sabda Rasulullah SAW: “Apabila imam mengucapkan Amin, maka kamu juga ucapkanlah Amin kerana sesungguhnya sesiapa yang Aminnya bertepatan dengan Amin para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca juga Makna Lafaz Amin Ketika Solat, Usai Berdoa

JANGAN lokek bersedekah kerana ternyata ada hak orang lain juga pada harta kita.

Turut disyorkan Waspada dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui

5. Sedekah.
Baginda SAW bersabda: “Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu memadamkan air.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

ALLAH SWT tahu hamba-hamba-NYA merupakan makhluk lemah dan leka yang sering melakukan kesilapan. Oleh itu, Dia menyediakan pelbagai cara agar kita dapat menghapus semula dosa.

Dalam masa sama, Rasulullah SAW juga mengajar kita untuk sentiasa beramal dan bertakwa kepada ALLAH SWT.

Sabda baginda: “Bertakwalah kepada ALLAH di manapun anda berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Baca juga Dilema Sedekah Barangan Dan Pakaian Lama, Bimbang Amalan Itu Tidak Diterima. Ini Penjelasannya

Turut disyorkan 6 sikap romantik Rasulullah yang patut dicontohi

 

Rupanya lima perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat…

Sumber: 5 Perkara Boleh Menghapuskan Dosa Selain Taubat

Foto: Pexels & Unsplash

doa iftitah
Ibadah,

Usah tinggalkan doa iftitah, pembuka bicara dengan ALLAH ketika solat

USAH tinggalkan doa iftitah, pembuka bicara dengan ALLAH ketika solat…

Solat fardu lima kali sehari yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam merupakan pasak agama yang mengetatkan iman kita terhadap agama.

Maka, tidak hairanlah mengapa ramai berusaha menyempurnakan solat menjadi tanda ketaatan kepada ALLAH YANG MAHA PENCIPTA.

Ketahuilah bahawa solat yang sempurna tidak terletak pada melunaskan rukun-rukunnya sahaja. Bahkan ia juga terdiri daripada beberapa perkara sunat bertujuan memperindah ibadah yang dilakukan itu.

Baca juga Ini Perkara Makruh Ketika Wuduk Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

doa iftitah

BERUSAHALAH menyempurnakan segala ibadah yang dilakukan demi meraih keredaan ALLAH YANG MAHA ESA.

Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada dua iaitu sunat ab’adh dan hai’ah. Kedua-duanya berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan ada pada solat dan ia dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri dalam ibadahnya.

Jika ditinggalkan perkara-perkara sunat itu, solat yang dilaksanakan tetap sah. Pun begitu, kita digalakkan oleh para ulama untuk melakukannya dengan tujuan mencantikkan ibadah.

Malah ulama Islam, Syeikh Daud al-Fatani dalam kitabnya, Munyatul Musolli menyifatkan perkara sunat ab’adh sebagai anggota badan manakala sunat hai’ah pula adalah seperti rambut. Walaupun manusia mampu hidup tanpa anggota tersebut asalkan masih memiliki nyawa, hakikatnya kedua-duanya penting menyerikan penampilan diri.

Baca juga Rahsia kehebatan pergerakan solat di sebalik sains

Menyentuh tentang sunat hai’ah, ada suatu perbuatan yang sering ditinggalkan oleh umat Islam ketika solat tanpa menyedari fadilat besar yang tersembunyi di sebaliknya.

Perkara sunat yang dimaksudkan itu adalah bacaan doa iftitah.

Doa iftitah pembuka bicara dengan ALLAH

doa iftitah

DR AHMAD SANUSI AZMI

Pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi menjelaskan, doa iftitah diibaratkan sebagai suatu pembuka bicara dalam pertemuan kita bersama ALLAH SWT ketika solat.

Selain itu, doa tersebut juga mengandungi pujian dan tasbih yang mengagungkan ALLAH sehinggakan Rasulullah SAW menyaksikan pintu langit terbuka menyambut munajat tersebut sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis.

Baca juga Jangan terus beredar selepas solat, ini sebab-sebabnya

Menerusi hadis tersebut, Saidina Abdullah bin Umar menceritakan kisah seorang sahabat yang membaca bacaan zikir yang agak kuat di dalam solatnya.

Selesai solat, Rasulullah bertanya: Siapakah lelaki yang membaca zikir yang didengarinya itu. Sahabat tersebut telah mengucapkan lafaz ini:
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Pada mulanya sahabat tersebut mendiamkan diri kerana bimbang andai beliau telah melakukan kesalahan dalam solat. Namun akhirnya beliau mengaku juga.

Lalu Rasulullah bersabda: “Aku takjub dengan kalimah-kalimah zikir ini kerana pintu langit telah terbuka disebabkan ucapan lafaz (memuji ALLAH ini). (Hadis Riwayat Muslim)

Mendengarkan perkataan Rasulullah ini, Saidina Abdullah bin Umar berazam untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan lafaz doa iftitah ini sepanjang usianya.

Baca juga Jangan abaikan 10 adab ini supaya doa dimakbulkan ALLAH SWT

doa iftitah

TERDAPAT lebih kurang 12 jenis doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis.  Lafaz iftitah yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia pula adalah berdasarkan anjuran para ulama mazhab Syafie.

Doa iftitah ada pelbagai jenis

Seperti yang diriwayatkan dalam hadis, ada beberapa bentuk bacaan doa iftitah.

Antara bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW pernah ditanyakan oleh Rabi’ah al-Jurasyi dalam sebuah hadis. Beliau berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah RA: ‘Apakah yang telah dibaca oleh Nabi SAW sekiranya Baginda bangun beribadah di malam hari? Dengan apakah Baginda beriftitah?’

“Aisyah menjawab: “Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Namun, bacaan doa iftitah yang afdal di sisi para ulama Syafie dan kini amalkan oleh kita adalah:

Allaahu Akbaru Kabiiraw

Walhamdu Lillaahi KatSiiRaw

Wa SubHaaNallaaHi Bukrataw-Wa AsiiLa.

WajjahTu WajHiya LillaDzii FaThaRas-                              SaMaaWaaTi Wal Ardh

Haniifam-Muslimaw Wamaa Anaa Minal                                        MusyRikiin.

Inna SolaaTii Wa Nusukii Wa MahYaaYa Wa MaMaaTii Lillaahi Robbil ‘AaLamiin.

Laa SyariiKaLahu Wa BiDzaaLika UmirTu                             Wa Anaa Minal Muslimiin

Maksudnya: “ALLAH MAHA BESAR, segala puji bagi ALLAH. MAHA SUCI ALLAH pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada TUHAN yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan TUHAN. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi ALLAH, TUHAN yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-NYA sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.”

Baca juga 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

Dalam melazimi doa iftitah, jangan lupa juga berusaha memahami makna di sebalik bacaan itu. Selain dapat meningkat khusyuk ketika solat, doa iftitah juga mengandungi pelbagai pujian kepada ALLAH SWT yang mendekatkan diri kita kepada-NYA.

Sumber: Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Facebook Prof Madya Dr Ahmad Sanusi & akuislam.com

Foto: Unsplash, Google, Freepik, & Facebook

Lipat pakaian
Ibadah,

Elakkan lipat pakaian ketika tunaikan solat, ini sebab-sebabnya

SEGELINTIR orang akan lipat pakaian ketika solat terutama pada bahagian kaki seluar dan lengan. Barangkali ia dilakukan kerana seluarnya labuh melepasi buku lali ataupun lengan bajunya terlalu panjang.

Meskipun itu merupakan perkara biasa kita lihat, tetapi jangan ambil mudah apatah lagi jika ia melibatkan bab solat. Bukan apa, dikhuatiri perbuatan kita itu boleh menyebabkan solat kita ada kecacatan.

Ketahuilah bahawa terdapat hadis yang melarang umat Islam daripada melipat atau menggulung pakaian ketika solat.

Antaranya Ibn Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh tulang (anggota) iaitu dahi, serta baginda SAW mengisyaratkan dengan tangan pada hidungnya, kedua tapak tangan, kedua lutut dan hujung jari kedua kaki. Dan janganlah menahan (menggulung) pakaian dan rambut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Memetik artikel Irsyad al-Hadith Siri ke-335: Solat Dalam Keadaan Melipat Lengan Pakaian yang disiarkan laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarah Sahih Muslim menjelaskan, para ulama bersepakat dalam larangan berkaitan soal lengan pakaian bergulung atau berlipat dan seumpamanya ketika solat.

“Ia termasuk juga rambut kepalanya terikat atau diruapkan rambut tadi di bawah serbannya atau seumpamanya. Kesemua perkara ini dilarang dengan kesepakatan para ulama dan ia adalah termasuk dalam makruh tanzih (tidaklah begitu berat).

Lipat pakaian

-FOTO: PEXELS

“Sekiranya seseorang itu solat dalam keadaan sedemikian, maka dia telah mencacatkan solatnya (fadilat solat), tetapi solatnya sah,” katanya Imam al-Nawawi sebagaimana dipetik daripada artikel berkenaan.

Baca juga Jangan biarkan telekung, serban dan kopiah menutup dahi ketika sujud. Dikhuatiri tidak sah solat itu

Larangan tersebut turut dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari dan Imam Zakaria al-Ansari menerusi kitab Asna al-Mathalib.

Dalam kitab al-Mawsu’al al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, ada dinyatakan juga bahawa: “Melipat pakaian ketika solat adalah makruh menurut kesepakatan para ulama, berdasarkan kepada apa yang datang daripada Nabi Muhammad SAW berkenaan larangan menahan pakaian dan rambut.”

Baca juga Haram lelaki ikat rambut ketika solat?

Sesungguhnya, setiap perbuatan yang ditegah itu pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya.

Memetik laporan portal kalam.sindonews.com, al-Hafizh Ibn Hajar Rahimahullah berkata, antara hikmah daripada larangan tersebut adalah andai seseorang menghalangi lengan baju dan rambutnya untuk menyentuh lantai saat sujud kepada ALLAH SWT, maka ia seperti sifatnya orang yang angkuh.

Lipat pakaian

PERBUATAN menggulung pakaian dan rambut membuatkan solat seseorang tidak khuysuk. -Gambar hiasan/FOTO: 123RF

Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibn Rajab pula menyatakan, tegahan tersebut kerana perbuatan menggulung pakaian dan rambut membuatkan solat seseorang tidak khusyuk. Ini kerana kedua-duanya turut mengikut sujud bersama kita.

Hukum guna kain sarung yang dilipat

Bagaimana pula jika kita menggunakan kain pelekat yang dilipat atau digulung pada bahagian pinggang terutama bagi kaum Adam?

Menjawab persoalan itu, pendakwah terkemuka di Indonesia, Ustaz Ahmad Syahrin Thoriq menjelaskan, kain sarung atau pelekat tidak termasuk dalam larangan tersebut.

“Yang dilarang itu adalah melipat pada bahagian hujung pakaian yang berada di bahagian kaki, tangan dan bahagian menjulur yang lainnya.

“Adapun kain sarung tidak termasuk ke dalam larangan ini kerana yang dilipat adalah bahagian dalamnya dan itu memang cara mengenakannya,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh kalam.sindonews.com yang memetik jawapan daripada forum soal jawab agama Konsultasi Islam.

Baca juga Ikat kain pelikat sebab longgar boleh batalkan solat?

Sementara itu, Pengasas Elzar Group & Myclazz.com, Dr Zaharuddin Abd Rahman menjelaskan, walaupun pada hari ini kemungkinan seseorang melipat pakaian ketika solat bukan disebabkan oleh sifat membesarkan diri dan takabbur, tetapi mungkin disebabkan panas, berpeluh atau untuk mencapai keselesaan, namun lebih baik jika perbuatan itu dielakkan.

Ini kerana, katanya, terdapat nas yang jelas menegahnya jika tidak menghilangkan khusyuk.

Lipat pakaian

SOLAT adalah paksi keimanan buat seorang Muslim yang mengaku beriman dengan ALLAH SWT dan jangan mencemarinya dengan perbuatan yang boleh ‘mencacatkan’ ibadah berkenaan. -Gambar hiasan/FOTO: 123RF

“Tambahan pula, rasional dalam bab ibadah adalah sesuatu yang sukar dijustifikasi tanpa nas yang jelas.

“Apa yang lebih penting adalah ketaatan dan kesungguhan untuk mengamalkan ibadah yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW, yang diulas secara tepat oleh para ulama,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam pada itu, pendakwah itu turut menyenaraikan perbuatan yang termasuk dalam erti larangan hadis di atas (iaitu makruh menurut majoriti ulama). Fakta yang dikongsikan itu sebahagiannya merupakan petikan dari buku Formula Solat Sempurna (Edisi Kemas kini) hasil tulisan beliau.

Baca juga Jangan lakukan kesilapan ini ketika solat

Berikut perinciannya untuk memudahkan kita memahaminya:

i. Menyingsing lengan baju.

ii. Menyinsing hujung seluar (bagi mereka yang berpegang kepada haram isbal (pakaian melebihi paras buku lali), mereka sepatutnya pakai yang pendek dari awal dan bukan menyingsingnya).

Lipat pakaian

ELAKKAN diri daripada melipat atau menyingsing hujung seluar ketika menunaikan solat. -Gambar hiasan/FOTO: PEXELS

Adapun menurut kajian Dr Zaharuddin, isbal tidak jadi haram kerana panjangnya seluar dan jubah lelaki, tetapi pada kesombongan pemakai yang memakai pakaian sedemikian pada zaman tertentu adalah tanda kekayaan. Jadi jika sekarang, ia sudah menjadi adat dan tidak membawa kesombongan, maka isbal adalah harus.

iii. Lelaki mengikat rambut panjang seperti tocang dan seumpamanya sewaktu solat.

Justeru, apabila mendirikan solat, elakkan diri daripada menyinsing lengan baju atau melipat kaki seluar.

Meskipun perbuatan itu tidaklah membatalkan solat, namun lebih baik andai ia dielakkan. Biarlah kita solat dengan penuh kesempurnaan agar pahala yang diraih tiada kecacatan.

***Foto: Pexels