RUPANYA lima perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat…
Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun, sebaik-baik pendosa adalah mereka yang melakukan taubat demi membersihkan kesalahan lalu.
Untuk bertaubat, kita perlu terlebih dahulu menyesali perbuatan yang telah dilakukan serta menghindari dosa tersebut.
Setelah itu, kita dikehendaki memohon keampunan sejujurnya daripada ALLAH SWT dan berazam tidak mengulangi dosa berkenaan.
Menurut portal Tzkrh, di samping bertaubat, terdapat juga beberapa amalan lain yang boleh dilazimi untuk hapuskan dosa lampau, iaitu:
Baca juga Amal zikir ringkas ini, dosa akan berguguran seperti daun
1. Menyempurnakan wuduk.
Dari Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.
“Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
“Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk dia bersih daripada dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Ini Perkara Makruh Ketika Wuduk Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar
Turut disyorkan Ketahui waktu sesuai ucap insya-ALLAH, jangan sesekali salah guna
2. Solat jemaah di masjid.
Disebutkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat kamu?
Mereka menjawab: Mahu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jemaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?
Turut disyorkan Rupanya ada hukum-hakam selawat yang ramai tidak tahu
3. Mengamalkan zikir ini selepas solat.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali.
“Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan: الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Kedudukan Zikir Sangat Tinggi Berbanding Amalan Lain, Tapi Ramai Yang Pandang Remeh
4. Mengaminkan bacaan al-Fatihah ketika solat berjemaah.
Abu Hurairah RA berkata bahawa sabda Rasulullah SAW: “Apabila imam mengucapkan Amin, maka kamu juga ucapkanlah Amin kerana sesungguhnya sesiapa yang Aminnya bertepatan dengan Amin para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baca juga Makna Lafaz Amin Ketika Solat, Usai Berdoa
Turut disyorkan Waspada dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui
5. Sedekah.
Baginda SAW bersabda: “Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu memadamkan air.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
ALLAH SWT tahu hamba-hamba-NYA merupakan makhluk lemah dan leka yang sering melakukan kesilapan. Oleh itu, Dia menyediakan pelbagai cara agar kita dapat menghapus semula dosa.
Dalam masa sama, Rasulullah SAW juga mengajar kita untuk sentiasa beramal dan bertakwa kepada ALLAH SWT.
Sabda baginda: “Bertakwalah kepada ALLAH di manapun anda berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Baca juga Dilema Sedekah Barangan Dan Pakaian Lama, Bimbang Amalan Itu Tidak Diterima. Ini Penjelasannya
Turut disyorkan 6 sikap romantik Rasulullah yang patut dicontohi
Rupanya lima perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat…
Sumber: 5 Perkara Boleh Menghapuskan Dosa Selain Taubat
Foto: Pexels & Unsplash