Browsing Tag

ramadan

Sia-siakan Ramadan
Ibadah,

‘Checklist’ Ramadan, jangan sia-siakan bulan mulia itu dengan perkara-perkara ini

‘Checklist’ Ramadan, jangan sia-siakan bulan mulia itu dengan perkara-perkara ini

“SIA-SIA puasa Ramadan bila mengumpat dan tak jaga pandangan.”

Demikian antara frasa yang kerap diucapkan. Ya, memang benar perbuatan yang disebutkan itu akan merencatkan pahala puasa kita.

Namun begitu, ada banyak lagi perilaku yang kita anggap remeh sebenarnya boleh mensia-siakan Ramadan jika dilakukan.

Lantaran itu, pendakwah Ustazah Asmak Husin berkongikan perkara yang menyebabkan Ramadan akan menjadi sia-sia menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

USTAZAH ASMAK

Berikut butirannya:

1. Tidak bersahur.

Kepada mereka yang liat untuk bangun sahur, segera nyahkan sikap itu jauh-jauh. Ini kerana waktu tersebut terkandung banyak keberkatan di dalamnya.

Baca juga Bangun Sahur Sunah Yang Besar Ketika Ramadan, Jangan Tinggalkan Amalan Ini

Ternyata ia bukan omongan kosong kerana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Tidak menunaikan solat tarawih.

Sudahlah solat sunat yang satu itu hanya muncul ketika Ramadan, tetapi kita pula langsung tiada inisiatif untuk melaksanakannya. Rugilah andai kita melepaskan peluang begitu sahaja.

Bagi mereka yang berkesempatan menunaikannya pula, janganlah pula terlalu riak. Adakalanya sengaja ‘membakar’ rakan-rakan lain dengan ibadah yang dilakukannya.

Sia-siakan Ramadan

JANGAN sia-siakan Ramadan dengan melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat tarawih. -FOTO: 123RF

Biarlah amalan yang dilakukan itu ikhlas dan tulus semata-mata kerana ALLAH SWT demi menggapai keredaan serta keampunan-NYA.

Baca juga Raih Keampunan Dengan Bertarawih, Rugi Jika Tinggalkan Begitu Sahaja

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

3. Berkata keji dan dusta.

Dalam bahasa mudahnya, seseorang itu menipu, mengumpat ataupun memfitnah. Bukan sahaja dalam bulan Ramadan, tetapi perilaku jelik itu perlu sentiasa diamalkan pada bila-bila masa dalam setiap tindak-tanduk kita.

Baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka ALLAH tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Nilai sedekah sama seperti bulan lain.

Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. Namun, andai dikurniakan rezeki lebih, apa salahnya jika kita membuat banyak ‘pelaburan akhirat’ pada bulan Ramadan yang agung itu.

Baca juga Orang Yang Rugi Ketika Ramadan

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada ALLAH, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid, ayat 18)

Sia-siakan Ramadan

BERSEDEKAHLAH sebanyak-banyaknya pada bulan Ramadan ini kerana begitu banyak manfaatnya kepada kita. -Foto: 123rf

5. Melepaskan peluang untuk bangun bertahajud.

Meskipun ia hanyalah amalan sunat semata-mata, tetapi jangan memandangnya remeh. Banyak kebaikan dan ganjaran yang bakal diraih andai kita menunaikannya.

Firman ALLAH SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’, ayat 79)

Baca juga Tahajud solat paling utama selepas sembahyang fardu

Sama-samalah kita cuba perbaiki diri pada Ramadan ini. Semoga madrasah Ramadaniah itu akan menjadikan kita insan yang lebih baik dan bertakwa kepada ALLAH SWT.

Rasulullah sambut Ramadan
Rindu Rasulullah,

Teladani tiga cara Rasulullah SAW sambut ketibaan Ramadan

Teladani tiga cara Rasulullah SAW sambut ketibaan Ramadan

BERBAKI seminggu lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadan. Bulan istimewa itu begitu dinanti-nantikan para Mukminin kerana ada seribu satu macam kebaikan tersirat di sebalik Ramadan.

Bagi para salafussoleh, mereka bukan hanya mengharap untuk bertemu dengan bulan Ramadan saban tahun, tetapi ada pelbagai persediaan dilakukan bagi menyambut ‘tetamu agung’ yang mulia tersebut.

Malah, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah tertinggal daripada persiapan dari sudut amali dan rohani menjelang Ramadan, seperti dipetik daripada portal aboutislam.com.

Baca juga Arab Saudi umum beberapa peraturan menjelang 1 Ramadan 1444H’

Rasulullah sambut Ramadan

Baca juga Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

Antara yang dilakukan oleh Baginda SAW termasuklah:

1. Berpuasa pada bulan Syaaban.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: “…Dan aku tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika bulan Syaaban.”(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Meskipun tidak diketahui dengan tepat jumlah hari Rasulullah SAW berpuasa di bulan Syaaban, namun apa yang pasti amalan berpuasa sudah pun menjadi rutin Baginda menjejaki Ramadan.

Hadis itu juga menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak berpuasa penuh sebulan sepanjang Syaaban.

NABI SAW akan berdoa apabila menyaksikan ‘hilal’ atau anak bulan Ramadan. Foto: pexels

Baca juga 3 waktu utama doa dimakbulkan dalam bulan Ramadan

2. Berdoa ketika melihat anak bulan.

Menurut sahabat, apabila terlihat anak bulan Ramadan yang disebut sebagai ‘hilal’, Baginda SAW akan mengucapkan doa berikut;

Daripada Talhah bin Ubaidillah, katanya: “Apabila baginda SAW melihat anak bulan, baginda SAW akan membaca doa yang bermaksud: “Ya ALLAH keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah ALLAH SWT.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah sambut Ramadan

PARA sahabat begitu tertunggu-tunggu ketibaan Ramadan setelah mendengar cerita Nabi SAW tentang keagungan bulan istimewa itu. Foto: Pexels

Turut disyorkan Ramadan dijangka datang 2 kali pada tahun 2030

3. Mengingatkan para sahabat tentang keistimewaan Ramadan.
Selain itu, Rasulullah SAW juga akan sentiasa melafazkan hadis-hadis yang menceritakan keistimewaan bulan mulia tersebut kepada para sahabat bermula masuknya bulan Rejab dan berterusan menceritakannya sehingga masuknya bulan Ramadan.

Antaranya, Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Telah datang kepada kamu Ramadan suatu bulan yang diberkati. ALLAH memfardukan ke atas kamu berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu padanya syaitan-syaitan. Demi ALLAH , padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, barang siapa yang disekat daripada mendapatkan kebaikannya, maka dia benar-benar rugi.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Perkara tersebut memberi keseronokan dan semangat kepada para sahabat dan menjadikan mereka tertunggu-tunggu akan ketibaan bulan Ramadan yang penuh berkat dan penuh keistimewaan itu.

Berdoalah semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Ramadan dan memanfaatkannya dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Moga Ramadan yang kita lalui kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Sumber: aboutislam.com & Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Foto: Pexels & Freepik

Teladani tiga cara Rasulullah SAW sambut ketibaan Ramadan

rumah roboh al-Quran
Gaya Hidup,

Umpama rumah yang roboh, begitu bahayanya jika tiada satu pun hafalan al-Quran tersemat dalam hati

Umpama rumah yang roboh, begitu bahayanya jika tiada satu pun hafalan al-Quran tersemat dalam hati

MENJELANG Ramadan yang bakal tiba dalam masa seminggu lagi, kita disarankan untuk memperbanyak bacaan al-Quran.

Mana tidaknya, kitab suci berkenaan sememangnya diturunkan pada bulan teragung dalam Islam itu. Bahkan, ganjaran pahala besar menanti golongan yang melafazkan kalamullah lebih-lebih lagi pada waktu yang begitu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.

Baca juga 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

Sesungguhnya, al-Quran bukan sekadar mashaf semata-mata. Sebaliknya ia mengandungi bait-bait kalam suci ALLAH SWT juga harus diamalkan sebagai menghidupkan hati dan penyubur jiwa yang kosong.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya jiwa seorang lelaki yang tidak didiami sesuatu dari al-Quran adalah seumpama rumah yang roboh.” (Hadis Riwayat al-Darimi)

Lantaran itu, janganlah pula kita meninggalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian. Perbuatan itu umpama membiarkan jiwa rohani menjadi sunyi bagaikan sebuah rumah yang tidak kukuh dan boleh roboh pada bila-bila masa.

Baca juga Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

rumah roboh al-Quran

Baca juga Terpaut dengan alunan merdu al-Quran di Masjid Negara, dua pelancong Jepun peluk Islam

Dua golongan membaca al-Quran

Ketahuilah bahawa orang yang membaca al-Quran ini terdiri daripada dua kelompok iaitu mereka yang membaca, memahaminya, bertadabbur dan menghayati kandungannya.

Golongan kedua pula terdiri daripada mereka yang membaca kalamullah itu, namun dalam keadaan hati yang lalai.

Kita pula dalam kelompok yang mana? Jawapannya ada pada diri masing-masing.

Sebaiknya, selain mengamalkan bacaan al-Quran terus-menerus sepanjang masa, usah pinggirkan juga kesungguhan untuk memahami dan menghayati makna di sebalik ayat suci ALLAH agar dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian.

rumah roboh al-Quran

AMBIL peluang merapatkan diri dengan al-Quran pada bulan Ramadan yang akan menjengah tidak lama lagi. Foto: 123RF

Turut disyorkan Berdosakah jika kita terlupa ayat al-Quran yang pernah dihafal?

Pahala melazimi al-Quran

Betapa ruginya andai kitab suci itu hanya sekadar ‘dijamah’, tanpa dinikmati kelazatannya.

Jik diteliti, terlalu banyak imbalan yang bakal diraih andai kita melazimkan diri dan berdampingan dengan kitabullah yang menjadi mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu riwayat, baginda SAW bersabda: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Begitu hebatnya nilai setiap ayat yang terbit dari kalam ALLAH. Jika membaca satu huruf pun akan diganjarkan dengan sepuluh kebaikan, bayangkan betapa banyak amal baik yang kita peroleh sekiranya setiap inci halaman kitab suci itu dibaca.

Maka, ambil peluang merapatkan diri dengan al-Quran pada bulan Ramadan yang akan menjengah tidak lama lagi.

Sumber: Rumaysho

Foto: Unsplash & 123RF

bersedia Ramadan
Gaya Hidup, Ibadah,

Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang.

TIBANYA bulan Rejab bermula 23 haribulan lepas menandakan lagi dua bulan kita bakal bertemu dengan gerbang Ramadan al-Karim yang begitu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam .

Bulan Rejab juga digelar bulan ‘pemanas’ kerana diibaratkan ruang latihan mendidik diri meningkatkan amal ibadah sebelum membuat pecutan pada Ramadan penuh barakah kelak.

Justeru, Sinar Islam Plus ingin berkongsikan tujuh cara memanfaatkan bulan Rejab untuk mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.

Baca juga Maraton ibadah menuju Ramadan bermula pada bulan Rejab ini

BERDOA kepada ALLAH SWT memohon agar diberikan peluang bertemu Ramadan kali ini. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Jangan abaikan 10 adab ini supaya doa dimakbulkan ALLAH SWT

1. Berdoa agar dipertemukan Ramadan.
Mungkin Ramadan kelihatan sudah tidak jauh lagi, namun hidup dan mati adalah urusan ALLAH SWT.

Lantas, sentiasalah berdoa kepada ALLAH SWT agar kita diberi peluang bertemu dengan bulan suci Ramadan kali ini.

Memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, antara doa yang boleh diamalkan adalah:

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Ertinya: “Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

bersedia ramadan

LAZIMKAN puasa sunat mulai sekarang agar tubuh kita tidak ‘terkejut’ berpuasa di bulan Ramadan nanti. Foto: Pexels

Baca juga Jangan lepaskan peluang berpuasa pada hari putih pada setiap bulan. Banyak kelebihan yang boleh kita raih

2. Memperbanyak puasa sunat.
Ambil waktu ini dengan berlatih berpuasa perlahan-lahan untuk membiasakan tubuh kita supaya tidaklah perut dan badan terkejut apabila tiba-tiba berpuasa pada bulan Ramadan nanti.

Mulakan dahulu dengan menggantikan puasa Ramadan yang telah ditinggalkan pada tahun lepas, terutamanya bagi kaum wanita.

Setelah itu, perbanyakkan puasa sunat yang lain seperti puasa Isnin atau Khamis, serta puasa tiga hari pada hari putih (Ayyamul Bidh) di pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 bulan qamariah.

Baca juga Kesalahan dan kepalsuan berkaitan bulan Rejab yang sering dibangkitkan

3. Meningkatkan ilmu tentang Ramadan.
Memandangkan Ramadan hanya menjengah setahun sekali, barangkali ada segelintir sudah lupa tentang cara melaksanakan ibadah tertentu yang hanya dilakukan pada bulan suci tersebut seperti solat tarawih.

Justeru, kita perlu ‘mengulang kaji’ dengan mempelajari tentang Ramadan sebagai persediaan menyambut bulan teragung itu.

Bahkan laman web Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengatakan, Rasulullah SAW akan sentiasa melafazkan hadis-hadis menceritakan keistimewaan bulan Ramadan kepada para sahabat ketika masuknya bulan Rejab sehinggalah tiba Ramadan.

Hal itu bertujuan memberi keseronokan dan semangat kepada para sahabat yang tertunggu-tunggu ketibaan bulan Ramadan penuh berkat.

Turut disyorkan Rasulullah SAW memenuhi imej lelaki maskulin, sihat dan cergas

BERSENAM dapat meningkatkan stamina bagi memastikan diri cergas semasa berpuasa kelak. Foto: Unsplash

4. Bersenam untuk menjaga kesihatan.
Fizikal yang sihat penting dalam melaksanakan ibadah puasa. Jika anda sakit, anda mungkin tidak dapat melaksanakan ibadah puasa, lantas terlepas daripada segala hikmah yang ada di bulan Ramadan.

Selain itu, bersenam dapat meningkatkan stamina diri supaya kita lebih mudah melaksanakan solat tarawih serta tidak terlalu kepenatan sepanjang berpuasa sewaktu Ramadan nanti.

Baca juga Beri sedekah dalam tiga keadaan ini besar ganjarannya

5. Menabung untuk bersedekah.
Setiap amal ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan akan dilipatgandakan pahalanya termasuk perbuatan bersedekah.

Jadi, mulai daripada sekarang, anda boleh membuat tabung sedekah agar wang secukupnya dapat dikumpul untuk disedekahkan tatkala tibanya bulan suci itu nanti.

bersedia Ramadan

BIASAKAN diri bangun malam untuk beribadah kepada ALLAH SWT demi merebut ganjaran pahala-NYA. Foto: 123RF

Baca juga Nak qiamullail tak semestinya kena berjaga tengah malam…

6. Latih diri bangun solat malam.
Solat malam atau qiamullail adalah antara amalan yang sangat digalakkan pada malam Ramadan. Tambahan pula, ada suatu malam istimewa, Lailatul Qadr yang menjadi dambaan seluruh umat Islam dalam bulan tersebut,

Oleh itu, biasakan diri untuk bangun malam daripada sekarang supaya anda berpeluang merebut keberkatan menyamai seribu bulan dengan melakukan qiamullail.

Turut disyorkan Fahami satu ayat al-Quran lebih baik daripada dibaca sehingga khatam? Berikut penjelasannya

7. Memperbaiki bacaan al-Quran.
Ramadan juga dipanggil Bulan Quran kerana al-Quran diturunkan pada bulan tersebut.

Menurut portal Tzkrh, para sahabat pada zaman dahulu akan memeriahkan ibadah membaca al-Quran menjelang Ramadan. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah bertadarus bersama Jibril membaca Al-Quran di bulan suci itu.

Selain itu, bacaan al-Quran perlu diperbaiki terutamanya bagi mereka yang bakal mengimami solat tarawih supaya ibadah berkenaan boleh dilakukan dengan lancar.

Demikian tujuh perkara yang boleh anda lakukan bermula dari bulan Rejab ini. Sama seperti menghadapi peperiksaan untuk mendapatkan markah bagus, persediaan perlu dilakukan agar ganjaran pahala bulan Ramadan kelak dapat dituai sepenuhnya.

Sumber: Tzkrh & Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash

Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

lupa puasa diqadakan
Ibadah,

Terlupa bilangan puasa untuk diqada, ini kaedah disarankan

TERLUPA bilangan puasa untuk diqada, ini kaedah disarankan.

Berbaki kurang daripada tiga bulan lagi, umat Islam seluruh dunia bakal menemui Ramadan yang dinantikan saban tahun.

Insya-ALLAH, andai dikurniakan rezeki umur panjang, dapatlah kita bersua dengan bulan teristimewa dalam kalendar Islam itu. Lebih hebat lagi sekiranya dapat bertemu lailatul qadr dan menuai kebaikan yang pahalanya menyamai seribu bulan.

Baca juga Adakah anda tergolong dalam golongan wajib membayar fidyah puasa?

terlupa puasa diqadakan

PASTINYA umat Islam seluruh dunia sudah tidak sabar untuk menyambut kedatangan Ramadan yang bakal hadir berbaki kurang daripada tiga bulan lagi.

Baca juga Ramadan dijangka datang 2 kali pada tahun 2030

Sebelum itu pastikan anda sudah lengkap melunaskan puasa yang tidak dipenuhi pada Ramadan lepas, terutamanya bagi kaum Hawa.

Barangkali puasa berkenaan terpaksa ditinggalkan atas faktor biologi, namun sengaja atau tidak, hukumnya wajib untuk menggantikan puasa tersebut.

Walau bagaimanapun, jika insan tersebut tidak mampu menggantikan puasanya atas sebab seperti sakit berpanjangan atau hamil dan menyusu, maka mereka perlu membayar fidyah.

Dalam hal lain, mungkin ada segelintir yang bertanya, bagaimana untuk menggantikan puasa jika terlupa bilangan hari yang tertinggal? Sama ada tertinggal sebanyak tujuh atau lapan hari, berapa bilangan sebenar yang perlu digantikan?

Turut disyorkan Elak melakukan perkara ini ketika Ramadan, agar tidak merugikan diri sendiri

PUASA RAMADAN tahun 2023 ini dijangka bermula pada 23 Mac sehingga 21 April.

Baca juga Terlupa bayar zakat fitrah, ini yang perlu kita tahu

Dalam hal ini, jumhur ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk menggantikan puasa yang terlupa bilangannya.

Jelas portal Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan bilangan hari untuk menqadakan puasa tersebut, iaitu tahdidi dan taqribi.

Kaedah tahdidi ialah dengan menentukan harinya berdasarkan bilangan yang tepat. Taqribi pula ialah menggunakan anggaran berapa hari yang tertinggal.

Turut disyorkan Darah Haid Terputus-putus Dan Ini Yang Muslimah Perlu Tahu

MENGETAHUI jumlah puasa yang ditinggalkan pada setiap Ramadan melalui catatan adalah tanggungjawab setiap Muslimah. Foto: Unsplash

Baca juga Ingin berubah ke arah lebih baik di tahun baru ini, rajin-rajinlah ke masjid 10 ganjaran ALLAH menanti

Agamawan, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti berkata, kaedah taqribi ialah seperti berikut;

Was-was sama ada tertinggal puasa selama lapan hari atau sepuluh hari? Maka, dalam kaedah ini perlu mengambil bilangan tengah, iaitu sembilan hari.

Dalam erti kata lain, jika anda berasa was-was dengan jumlah puasa yang ditinggalkan, ambillah bilangan yang dirasakan paling dekat.

Baca juga Kenapa wanita tidak digalakkan solat di masjid sedangkan zaman sekarang wanita bebas ke mana-mana?

Namun, diingatkan menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk mencatat bilangan hari puasa yang tertinggal. Malah ada banyak aplikasi yang boleh digunakan di peranti telefon pintar untuk membantu anda dalam hal itu.

Setidaknya, anda juga boleh mencatat jumlah itu di kertas atau kalendar untuk memastikan anda dapat mengqada puasa selengkapnya menjelang Ramadan seterusnya.

Niat puasa
Hukum,

Jom tunaikan puasa sunat 6 Syawal, ganjarannya umpama berpuasa sepanjang tahun

BULAN Ramadan yang terkandung banyak kemuliaan telah pun meninggalkan kita empat hari lalu. Namun, ia bukanlah bermaksud semangat beribadah kita juga luntur sebagaimana perginya Ramadan.

Sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta, sudah tentu momentum amal soleh dan amal makruf nahi mungkar tetap perlu diteruskan.

Itulah tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ALLAH SWT ke atas semua makhluknya yang menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sesungguhnya, dunia itu hanyalah pentas ujian yang bersifat sementara. Alam akhiratlah yang akan menjadi destinasi kita kekal abadi.

Meskipun puasa Ramadan sudah pun berakhir, masih terdapat lagi puasa yang boleh kita kerjakan pada Hari Raya Aidilfitri ini. Ia dikenali sebagai puasa sunat enam Syawal.

Ya, barangkali bilangannya begitu kecil, namun ia sukar untuk dikerjakan lantaran ‘kesibukan’ kita berhari raya. Malah ia memerlukan mujahadah yang tinggi untuk kita melawan nafsu tatkala terlihat juadah enak terhidang di depan mata. Apatah lagi setelah dua tahun kita hanya ‘berkurung’ di rumah.

Ketahuilah, ibadah tersebut begitu bernilai tinggi. Ganjaran yang diberikan kepada mereka yang mengerjakannya adalah seumpama kita berpuasa selama setahun!

Apakah lagi keistimewaan dan fadilat yang bakal diraih apabila kita berpuasa sunat enam Syawal? Bolehkah kita membatalkan puasa berkenaan dengan sengaja?

Baca juga Boleh ke dahulukan puasa sunat enam Syawal daripada qada puasa Ramadan?

Ganjaran berganda

Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Ustaz Mohamad Haldi Talhah mengajak beliau berbicara lanjut tentang kelebihan apabila menunaikan puasa sunat enam hari dari bulan Syawal.

USTAZ MOHAMAD HADI

Beliau kemudian mengemukakan sebuah hadis masyhur yang memerihalkan tentang fadilatnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Ayyub Al-Ansari)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, ujar Ustaz Mohamad Hadi, jelaslah bahawa siapa yang mengerjakan puasa sunat enam dalam bulan Syawal selepas selesai puasa Ramadan, maka hidup mereka seolah-olah berpuasa pada setiap hari sepanjang tahun!

Masakan tidak, setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam sebenarnya akan dilipatgandakan sebanyak 10 kali, ungkapnya.

“Maka, berpuasa 30 hari sepanjang bulan Ramadan bersamaan dengan 300 hari berpuasa. Apabila kita menyambung lagi dengan menunaikan enam hari puasa sunat pada Hari Raya Aidilfitri, ia seolah-olah kita berpuasa selama 60 hari.

“Jika dihitung, kita berpuasa selama 360 hari yang bersamaan lengkap setahun takwim Islam. Sebab itulah Rasulullah SAW menyebut enam hari berpuasa pada bulan Syawal, bukan lima, tujuh dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Meskipun mereka yang melakukan amal tersebut meraih pahala umpama setahun berpuasa, agamawan itu mengingatkan, pahala yang diperoleh setiap dalam kalangan mereka adalah berbeza. Ini kerana ia bergantung kepada kualiti puasa yang dilakukan oleh seseorang itu.

“Ketahuilah, salah satu tanda penerimaan amalan puasa kita pada bulan Ramadan adalah apabila seseorang individu tersebut menyambung puasanya dengan puasa sunat dan ibadah lain.

Puasa sunat enam Syawal


MUJAHADAH yang tinggi diperlukan untuk berpuasa enam Syawal kerana kita ‘diuji’ dengan sajian enak juadah Hari Raya Aidilfitri.

“Maknanya, individu berkenaan istiqamah dan terdorong untuk melakukan amal soleh. Pendek kata, apa jua amalan kebaikan yang dilakukan tidak bermusim iaitu hanya dilakukan ketika Ramadan, tetapi ia berterusan dikerjakan tidak kiralah pada bulan apa pun,” ungkapnya.

Sesungguhnya, puasa sunat enam bukan calang-calang ibadah kerana terkandung hikmah penuh bernilai.

Buktinya, ujar Ustaz Mohamad Hadi, ibadah berkenaan boleh menampung kekurangan dan cacat cela puasa kita pada bulan Ramadan.

“Sama juga seperti solat sunat yang mana ia boleh menampung kekurangan solat fardu,” katanya.

Gabung niat puasa qada, puasa sunat enam

Menyambung hujahnya, Ustaz Mohamad Hadi kemudian membangkitkan perihal hukum menggabung puasa qada dan puasa sunat enam.

Dalam hal itu, jelas beliau, terdapat pelbagai pandangan ulama. Namun begitu, mendahulukan puasa ganti adalah lebih utama berbanding yang sunat.

“Selesaikan puasa qada terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa sunat enam. Tempoh untuk menunaikannya pun masih panjang lagi.

“Bagaimanapun, ada juga segelintir orang yang mahu melengah-lengahkan puasa qada dan mendahulukan puasa sunat enam. Begitu juga golongan yang menggabungkan niat bagi kedua-dua puasa berkenaan.

Puasa sunat enam Syawal


ANDAI tidak sempat berpuasa sunat enam Syawal pada awal Aidilfitri, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang Hari Raya.

“Cuma, bagi mereka yang ada kekuatan untuk berpuasa, lunaskanlah ‘hutang’ puasa ganti terlebih dahulu sebelum mengerjakan yang sunat,” ujarnya.

Begitupun, dari segi ganjaran berpuasa selama setahun jika kita menggabungkan dua jenis puasa berkenaan, jelas penceramah itu, kita perlu merujuk kembali kepada pandangan ulama yang berhujah sedemikian.

Dalam Hasyiah Syarqawi, Imam Syarqawi menyatakan: “Adalah sah menggabungkan puasa sunat enam Syawal dengan puasa qada Ramadan, tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat enam Syawal berasingan dengan puasa qada. Ini kerana penggabungan dua puasa tersebut tidak bertepatan dengan hadis yang menyebut; ‘Kemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan enam hari pada bulan Syawal’. Iaitu puasa sunat dan Nabi Muhammad SAW tidak menyebut puasa sunat dan qada, bahkan baginda hanya menyebut puasa sunat.”

Kepada satu soalan, pendakwah itu menjawab: “Andai kita sengaja membatalkan puasa sunat enam, hukumnya makruh. Begitupun, jika kita membatalkannya kerana meraikan tetamu yang datang ke rumah dan menjamu makanan kepada mereka, tidaklah jatuh hukum makruh.

Baca juga Bolehkah puasa ganti Ramadan dan puasa 6 Syawal digabung serentak? Ini jawapannya

“Cuma, bagi mereka yang berniat puasa qada, dia tidak perlu membatalkan puasa tersebut sekalipun tujuannya untuk meraikan tetamu yang datang bertandang.”

Afdal dilakukan secara berturutan

Bagi mengupas tentang pelaksanaan puasa sunat enam Syawal, Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud atau lebih dikenali sebagai Ustaz MK Azman.

USTAZ MK AZMAN

Jelas beliau, meskipun terdapat perselisihan antara mazhab fikah mengenainya, namun Mazhab Syafie menghukumkan sebagai sunat dilakukan sepanjang Syawal waima secara berturut-turut mahupun terpisah.

“Imam Nawawi menyimpulkan dalam syarahnya bahawa ulama Mazhab Syafie menyatakan, paling afdal puasa sunat enam Syawal dilaksanakan secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidilfitri.

“Bukan itu sahaja, ulama tersohor itu juga menyatakan, andai puasa tersebut tidak dilakukan secara berturutan atau melewatkannya hingga ke penghujung Syawal, maka ia turut mendapat fadilat al-Mutaba’ah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di bulan Syawal,” katanya ketika ditemubual secara maya baru-baru ini.

Walaupun hukumnya sunat muakkad, namun ujar penceramah itu, kita tidak boleh meminggirkannya begitu sahaja. Ini kerana terlalu banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya yang disifatkan sebagai hadiah daripada ALLAH SWT buat hamba-hamba-NYA.

Antara lain, ibadah berkenaan pada hakikatnya mendekatkan kita kepada ALLAH SWT, ungkapnya.

“Puasa sunat enam Syawal ini adalah galakan daripada Nabi Muhammad SAW. Semestinya apa yang disarankan oleh baginda mendekatkan diri kita kepada ALLAH YANG MAHA ESA.

Baca juga Bimbang ibadah tak diterima, bolehkah kita ganti puasa Ramadan?

“Bahkan, orang yang berpuasa juga akan diberi nikmat memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan. Bayangkan pintu syurga itu sudah terbuka luas untuk hamba-NYA yang berpuasa,” ujarnya.

Seperkara lagi, ujar Ustaz MK Azman, bagi mereka yang berpuasa satu hari pada jalan ALLAH SWT, maka DIA akan menjauhkan muka individu berkenaan daripada api neraka selama 70 tahun.

“Perkara itu jelas disebutkan dalam sebuah hadis yang masyhur,” katanya.

Sungguhpun demikian, beliau mengingatkan supaya biarlah ibadah yang dilakukan tersebut dilakukan ikhlas dan tulus semata-mata kerana ALLAH SWT.

“Andai sifat tidak ikhlas tersemat dalam sanubari kita dan dilakukan kerana hanya mahu menunjuk-nunjuk, segala ibadah yang dilakukan akan menjadi sia-sia.

“Bukan itu sahaja, kita juga tidak akan mendapat apa-apa nikmat yang dijanjikan oleh ALLAH SWT. Maka, jauhkanlah sifat riak dalam diri kita,” titipnya.

Puasa sunat enam Syawal


BAGI golongan yang mempunyai hutang puasa qada, mendahulukan puasa ganti adalah lebih utama berbanding yang sunat. Begitupun, boleh sahaja menggabungkan niat puasa tersebut untuk melakukan ibadah berkenaan.

ANEKDOT

HIKMAH berpuasa

1. Melatih diri berdisiplin dengan waktu.

Sahur sebelum berpuasa memberikan manfaat untuk melatih diri kita supaya bangun pada awal pagi dan membuka pintu rezeki.

2. Keseimbangan dalam hidup. 

Keseimbangan kehidupan dapat diraih dengan beribadah kepada ALLAH SWT. Puasa melatih kita mengingat dan melaksanakan semua kewajipan yang difardukan dengan jaminan pahala yang bukan calang-calang.

3. Ibadah yang memiliki tujuan.

Objektif kita berpuasa untuk melatih diri supaya menghindari dosa dan mengawal syahwat kerana ALLAH SWT. Andai tujuan itu dapat dicapai, maka berjayalah ibadah yang dilakukan. Ketahuilah, ibadah yang berorientasikan matlamat berkenaan akan memudahkan kita untuk melakukan segala jenis ibadah.

4. Melatih manusia supaya lebih tabah.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Ia termasuklah sikap berburuk sangka, marah dan lain-lain. Pendek kata, berpuasa melatih diri kita supaya bersabar atas segala perbuatan orang lain terhadap kita.

5. Menjadi insan yang selalu bersyukur. 

Tatkala berbuka, pelbagai hidangan tersedia di depan mata. Itulah saatnya kita dilatih berasa bersyukur dengan nikmat yang dimiliki saat tidak berpuasa.

Sumber: https://news.detik.com/

Foto: 123rf & Freepik

Hukum,

Rugi tinggalkan solat sunat Isyak kerana ia lebih afdal dari solat tarawih.

SOLAT tarawih antara amal ibadah yang dinanti-nantikan pada bulan Ramadan kerana hanya sekali setahun sahaja solat ini dapat dilaksanakan.

Alang-alang mendirikan solat tarawih, jangan abaikan pelaksanaan solat sunat rawatib, iaitu solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardu.

Ramai yang meninggalkan solat sunat ini kerana menganggapnya tidak penting. Hakikatnya, solat sunat adalah salah satu ibadah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW dan memiliki fadilat yang besar.

Malah, dalam hal solat sunat rawatib selepas Isyak, ada ulama berpendapat solat ini lebih utama berbanding solat tarawih.

Artikel Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-143: Solat sunat ba’diyah Isyak dahulu atau terus solat sunat tarawih? yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (W.P) ada menyentuh tentang perkara ini.

RASULULLAH SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib muakkad.

Pertama sekali, penting untuk kita ketahui bahawa solat sunat rawatib adalah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Oleh itu, solat ini juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadan.

Tujuan solat sunat ini dilakukan adalah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, selain dapat menampung sebarang kecacatan dalam solat fardu.

Terdapat dua jenis solat sunat rawatib:
1. Solat sunat qabliyah: Solat sunat yang didirikan sebelum solat fardu
2. Solat sunat ba’diyah: Solat sunat yang didirikan selepas solat fardu.

Solat sunat rawatib pula terbahagi kepada muakkad (dituntut) dan ghairu muakkad (tidak dituntut).

Solat sunat muakkad ialah:
1. Dua rakaat sebelum Subuh
2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
3. Dua rakaat selepas Zohor
4. Dua rakaat selepas Maghrib
5. Dua rakaat selepas Isyak

Solat sunat ghairu muakkad ialah:
1. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) sebelum Zohor
2. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) selepas Zohor
3. Empat rakaat sebelum Asar
4. Dua rakaat sebelum Maghrib
5. Dua rakaat sebelum Isyak.

Sunat muakkad adalah solat sunat rawatib yang sentiasa dilakukan oleh Nabi SAW. Baginda tidak pernah meninggalkannya sama ada ketika bermusafir mahupun ketika bermukim.

Antara kelebihan solat sunat rawatib adalah ALLAH SWT mengurniakan sebuah rumah di syurga buat orang yang mendirikannya.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA. Nabi SAW bersabda:

Sesiapa yang sentiasa melakukan 12 rakaat solat sunat maka Allah akan bina untuknya rumah di syurga.(Solat sunat tersebut ialah). Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas maghrib,dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum subuh.” (Riwayat al-Tirmizi)

KEBANYAKAN memandang enteng terhadap solat ini kerana difikirkan hanya solat sunat biasa. Apa yang tidak diketahui ramai adalah kewujudan fadilat yang besar di sebaliknya.

Fadilatnya begitu besar sehingga sesiapa yang melaziminya juga akan menjadi teman Nabi SAW di syurga.

Ini berdasarkan kepada pertanyaan Rabi’ah Bin Ka’ab Al-Aslami kepada Rasulullah SAW. Beliau ingin menjadi peneman Baginda di syurga kelak. Lalu beliau tanya bagaimana caranya. Rasulullah SAW bersabda :

Bantulah dirimu (untuk mencapai apa yang kamu hajatkan) dengan perbanyakkan sujud.” (Riwayat Muslim)

Baca juga Bolehkah tunaikan solat sunat jika masih ada sembahyang fardu yang belum sempat qada?

Pelaksanaan solat sunat ba’diyah Isyak sebelum solat tarawih
Pendapat yang diberikan oleh Pejabat Mufti W.P adalah dengan melakukan solat sunat selepas isyak terlebih dahulu sebelum menunaikan solat sunat tarawih. Ini kerana solat sunat selepas solat fardu adalah solat sunat yang sentiasa dilazimi oleh Nabi SAW.

Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa sepakat para ashab menyatakan bahawa solat sunat rawatib lebih afdal. Ini kerana solat sunat rawatib sentiasa dilakukan tidak seperti solat tarawih.Inilah pandangan yang sahih.

Bahkan para fuqaha dari mazhab lain seperti mazhab Hanbali menyebut bahawa solat sunat tarawih itu waktunya adalah usai menunaikan solat sunat selepas isyak.

Al-Buhuti menyebut : “Waktu solat tarawih itu adalah selepas solat fardu isyak dan juga selepas menunaikan solat sunat ba’diyah selepas isyak.”

Namun, bagi para jemaah yang tidak sempat untuk melakukan solat sunat ba’diyah sejurus selepas solat fardu isyak, jangan khuatir dan gusar.

Waktu bagi solat sunat ba’diyah tamat dengan tamatnya waktu solat fardu. Ini bermakna solat sunat ba’diyah isyak masih boleh dilakukan selepas daripada solat sunat tarawih.

SOLAT sunat rawatib juga menjadi pelengkap kepada sebarang cacat cela yang ada pada solat fardu kita.

Oleh yang demikian, jangan sesekali mensia-siakan pahala yang diberikan ALLAH dengan meninggalkan solat qabliyah Isyak sebelum solat tarawih.

Jadikan solat sunat rawatib sebagai amalan harian kita walaupun bukan di bulan Ramadan. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi.

Foto: Pexels & Unsplash

Sebelum berbuka waktu mustajab doa
Hukum, Soal Jawab Agama,

Sebelum berbuka antara waktu mustajab berdoa, usah abaikan detik ini

DETIK berbuka begitu dinantikan oleh mereka yang berpuasa. Maklum sahajalah hampir 13 jam menahan lapar dan dahaga, sudah tentulah ia antara saat yang membahagiakan apabila dapat menghirup seteguk air dan menjamah hidangan.

Sememangnya makan dan minum itu merupakan fitrah setiap insan. Tidak hairanlah jika ramai yang sibuk menyiapkan juadah menjelang waktu iftar.

Begitupun, pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli mengingatkan supaya kita mengambil peluang untuk berdoa sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

USTAZ MUHAMMAD FAHMI

Ini kerana, katanya, semasa berpuasa, apabila kita lagi hampir dengan waktu berbuka, maka lagi mustajab doa seseorang itu kepada ALLAH SWT.

“Ia sama konsepnya dengan permusafiran. Lagi panjang seseorang itu bermusafir, lagi mustajab doanya.

“Ketahuilah, pada panjangnya keletihan dan kepenatan, terdapatnya kemustajaban Tuhan,” ungkapnya sebagaimana dipetik menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

Banyak hadis yang memerihalkan tentang perkara itu. Antaranya daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka, doa yang tidak akan ditolak.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Baca juga Tersalah buka puasa awal kerana azan radio. Ini hukumnya

Dalam sebuah hadis lain juga daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka, doa yang mustajab.” (Musnad Abi Daud al-Thoyalisi)

Bagaimana pula dengan kemustajaban doa bagi mereka yang uzur syarie? Adakah ia sama dengan orang yang berpuasa?

Sebelum berbuka waktu mustajab doa

SEGERA berbuka apabila masuk waktu Maghrib.

Menjawab persoalan tersebut Ustaz Muhammad Fahmi yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menjelaskan, secara zahirnya, ia tidak sama.

Baca juga Ini sebabnya kenapa Rasulullah SAW berbuka puasa dengan kurma

Berdasarkan kepada hadis yang berkaitan dengannya, ujar beliau, riwayat itu hanya merujuk kepada orang yang berpuasa sahaja.

Rasulullah SAW bersabda: “…(Antara doa yang tidak ditolak ialah) doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah)

Pun demikian, jelasnya, bagi wanita yang sedang berhadas besar, usah bimbang kerana mereka masih boleh berdoa kepada ALLAH SWT.

“Wanita ini boleh berdoa pada masa-masa yang penuh kebaikan seperti waktu sahur, hari Jumaat dan bulan Ramadan. Maka doanya mustajab,” terang beliau lagi.

Foto: 123rf & Freepik

Makan awal malam
Hukum, Soal Jawab Agama,

Makan pada awal malam tidak dikira bersahur, berikut penjelasannya

HARI ini merupakan minggu kedua kita bertarawih. Pastinya ramai yang mengambil peluang menunaikan ibadah sunat itu di masjid dan surau.

Maklum sahajalah, kebanyakan rumah-rumah ALLAH itu sudah boleh diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan, di samping merapatkan saf.

Usai menunaikan solat berkenaan, lazimnya hidangan moreh akan disajikan. Ada yang mengambil peluang untuk menjamahnya, selain boleh merapatkan silaturahim dengan jemaah yang lain.

Begitupun, terdapat juga sebilangan individu yang menjadikan moreh tersebut sebagai waktu bersahur. Ini kerana mereka bimbang tidak dapat bangun awal pada keesokannya.

Ketahuilah bahawa jika kita makan terlalu awal, ia tidak dianggap sebagai sahur.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, waktu sahur hanya bermula pada pertengahan malam yang kedua.

DR ZULKIFLI

“Justeru, sesiapa yang makan sebelum masuknya separuh malam yang kedua, ia tidak dikira sebagai bersahur.

“Hanya mereka yang makan pada atau selepas pertengahan malam dikira sebagai bersahur. Bukan itu sahaja, golongan ini juga bakal mendapat kelebihan bersahur tidak kiralah sama ada mereka makan banyak atau sedikit disertakan dengan air,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web maktabahalbakri.com.

Baca juga Bangun Sahur Sunah Yang Besar Ketika Ramadan, Jangan Tinggalkan Amalan Ini 

Bagaimanapun, ujar agamawan itu, umat Islam disunatkan untuk melewat-lewatkan sahur sebelum terbitnya fajar. Malah, perbuatan tersebut sebenarnya termasuk dalam perkara yang afdal dilakukan.

“Kadar melewatkannya adalah kira-kira 50 bacaan ayat al-Quran,” katanya.

Ia berdasarkan kepada riwayat daripada Zaid bin Thabit RA. Beliau berkata: “Kami bersahur bersama Nabi Muhammad SAW. Kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku (Anas) bertanya: ‘Berapakah lama (tempoh masa) antara azan dan sahur?’ Beliau (Zaid) menjawab: ‘Kadarnya (kira-kira membaca) 50 ayat’.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bercakap tentang kadar 50 ayat al-Quran, ramai yang berbeza tafsiran tentangnya. Apatah lagi ia melibatkan juadah yang kita makan. Memberi panduan mudah, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mencadangkan supaya kita makan kira-kira 30 minit sebelum masuknya waktu Subuh jika makan makanan yang berat seperti nasi.

Makan awal malam

JANGAN sesekali mengabaikan waktu bersahur kerana ia merupakan sunah yang paling besar dan tidak pernah ditinggalkan oleh baginda serta para sahabat.

“Andai juadah ringan seperti kurma, air dan sebagainya, boleh mula makan kira-kira 15 minit sebelum azan Subuh,” terangnya.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menitipkan pesanan agar kita berusaha bersahur pada waktunya meskipun dalam kadar yang sedikit seperti memakan sebiji kurma atau seteguk air.

“Ia supaya kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan dan fadilat bersahur,” katanya.

Baca juga Jangan liat bangun sahur, banyak maanfaat dan keberkatan yang kita dapat

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Justeru, janganlah kamu meninggalkannya sekalipun dengan satu tegukan air, kerana sesungguhnya ALLAH ‘AZZA WA JALLA dan para malaikat-NYA mendoakan ke atas orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Foto: Freepik

Ibadah dilakukan diterima
Isu,

Tingkatkan momentum ibadah pada minggu kedua Ramadan, paling penting istiqamah buat kebaikan

Oleh MUHD AZMAN MOHD NAWI

ISTIQAMAH bermakna teguh dan konsisten di atas satu-satu perkara atau bermaksud sentiasa berada di dalam ketaatan kepada ALLAH SWT. Ia adalah kalimah yang mudah disebut namun sukar dilaksanakan.

Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah putih beruban rambutku disebabkan surah Hud”, Imam Qurtubi mentafsirkan kata-kata Rasulullah ini menggambarkan perasaan berat baginda dengan satu ayat yang diturunkan dalam surah Hud, ayat 112:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa Istiqamah di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…”

Jadi tidak hairanlah jika ada antara kita yang gagal berpuasa sunat walaupun cuma enam hari di bulan Syawal ataupun gagal untuk khatam al-Quran walaupun sekali sepanjang Ramadan.

Sedangkan ibadah puasa dan tilawah mungkin sangat mudah sepanjang Ramadan. Hal ini memang perlu kita khuatiri kerana sebahagian ulama menyatakan antara syarat dan isyarat bahawa amalan sepanjang Ramadan kita diterima ialah kemampuan kita untuk terus istiqamah sepanjang dan selepas Ramadan.

Mehnah dan tribulasi

Berusaha untuk istiqamah dalam berbuat kebaikan bukanlah mudah seperti yang disangka, kerana di sana pastinya terdapat mehnah dan tribulasi.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, USIM, Ustaz Zahari Mahad Musa menganjurkan untuk sentiasa memujuk hati agar kekal istiqamah dengan zikir (mengingati ALLAH) dan fikir (meneroka ilmu dan kebaikan).

USTAZ ZAHARI

“Lazimkan diri kita agar sentiasa dikelilingi dengan persekitaran yang berkualiti. Sokongan sahabat yang baik, ahli keluarga yang positif dan bergaul dengan orang-orang yang soleh merupakan sebahagian persekitaran untuk kekal istiqamah.

“Jangan putus berdoa kerana hidayah hakiki untuk kekal istiqamah datangnya daripada YANG MAHA KUASA. Amalkan doa: “Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia, tetapkan hatiku di atas agamaMu…” dan “Ya ALLAH, bantulah aku untuk mengingat-MU, bersyukur kepada-MU, dan beribadah dengan baik kepada-MU” sehingga menjadi wirid harian,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebagai manusia yang penuh kelemahan, iman kita juga kerap berbolak-balik. Ustaz Zahari selanjutnya berkongsi tip penting agar hati dan iman sentiasa terjaga.

“Prinsip yang perlu semua yakini ialah iman itu kadangkala meningkat dan adakalanya berkurangan. Meningkat dengan taat dan berkurangan dengan maksiat. Beruntunghlah mereka yang menjaga hati dan imannya seiring dengan firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (Surah al-Shams, ayat 9-10)

Tingkat momentum ibadah

SENTIASA mendekatkan diri dengan al-Quran tanda Ramadan diterima.

Oleh itu, ujarnya, tip mudah ialah setiap daripada kita perlu memastikan nikmat 24 jam sehari semalam dipenuhi dengan program ketaatan di samping meletakkan niat (keazaman) yang jitu untuk mencapai reda ALLAH dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat kelak.

“Jangan mudah mengalah, kerana untuk berubah dimulakan dengan langkah yang berhemah,” seru beliau lagi.

Rancang perjalanan Ramadan

Sehubungan itu, memandangkan minggu ini Ramadan sudah melangkah ke minggu kedua, Ustaz Zahari turut berkongsi kaedah yang paling wajar kepada Sinar Islam Plus, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam dalam usaha melajukan agenda ibadah.

Baca juga Elak melakukan perkara ini ketika Ramadan, agar tidak merugikan diri sendiri

Beliau memberi analogi mudah, perjalanan minggu awal Ramadan seperti membawa kenderaan di jalan yang berliku.

“Akan tetapi, apabila mula masuk ke minggu berikutnya seperti sudah berada di lebuhraya yang menjadi biasa dengan perkara dahulunya dilihat sukar. Justeru, rancanglah perjalanan Ramadan dengan pengisian yang berganda. Tidak guna semua daripada kita memiliki telefon pintar, namun tidak pintar untuk mengingatkan (reminder) dan seterusnya merancang pengisian terbaik untuk Ramadan tahun ini,” tegas beliau.

“Buatlah senarai semak (checklist) amalan Ramadan daripada yang biasa kepada luar biasa. Tunaikan amalan wajib dan gandakan amalan yang sunat. Paling tidak, tiga amalan penting iaitu bacaan al-Quran, solat dan zikir menjadi sebahagian agenda seharian Ramadan dan tidak dipinggirkan.

“Tiga amalan inilah yang dirangkumkan oleh ALLAH SWT supaya hamba-NYA tidak leka untuk melakukannya iaitu firman-NYA yang bermaksud: ‘Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) ALLAH mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah al-‘Ankabut, ayat 45)

Jadi hamba ALLAH yang terbaik

Seruan yang serupa turut dititipkan oleh pendakwah dan Imam Rawatib Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Ustaz Ahmad Shazili Abdullah.

USTAZ AHMAD SHAZILI

Ujarnya, dalam usaha menggandakan takat istiqamah tatkala beribadah sepanjang Ramadan ialah sentiasa sematkan di dalam minda untuk kekal fokus kepada peluang menyantuni bulan mulia ini.

Baca juga Jauhi Perkara Yang Kurangkan Pahala Ketika Ramadan, Peliharalah Kesucian Bulan Mulia Itu

“Pernah dalam pengalaman hidup, kita terlepas peluang tertentu akibat leka, lalai ataupun lupa, maka usah biarkan peluang ini berlalu pergi. Setkan minda untuk fokus kepada peluang menyantuni Ramadan yang penuh jutaan rahmat dari ILAHI. Rugilah andai terlepas peluang ini yang boleh membantu memberatkan buku catatan amal kita sebelum dibentang di Mahsyar nanti,” ujarnya.

Ustaz Ahmad Shazili yang merupakan bekas Imam Masjid KLCC menerangkan, umat Islam perlu sentiasa memikirkan segala kekurangan diri di sisi ILAHI serta meletakkan niat untuk memperbaiki kekurangan tersebut dengan berusaha memberikan yang terbaik sebagai hamba ALLAH.

“Contohi amalan ulama, ahlillah dan salafus soleh yang khusyuk serta tawaduk beribadah kepada Allah. Kita hamba ALLAH. Tekad di dalam diri menjadi hamba ALLAH yang terbaik.

Pastikan piawai Ramadan tercapai

“Sifat kehambaan itu akan menyingkirkan sifat ego. Ego itu sifat syaitan dan iblis. Bila hilang ego, kita sedar siapa diri ini. Diri ini hanyalah insan yang ‘kerdil’. Kerendahan hati menyuntik motivasi untuk menjadi hamba ALLAH yang terbaik,” tambahnya lagi.

Tingkat momentum ibadah

SALING menyantuni dan melazimkan diri bermasyarakat akan menumbuhkan semangat tawaduk dalam hati.

Bagi memastikan piawai Ramadan tercapai petunjuk prestasi utama (KPI), Ustaz Shazili menyarankan umat Islam agar sentiasa kekal di dalam zon muhasabah diri.

“Lazimkan diri beristighfar sambil muhasabah diri apakah kita benar-benar mencapai standard KPI Ramadan hingga saat ini. Andai masih tidak mencapai standard, usahakan perbaiki kekurangan,

“Akurlah bahawa Ramadan bukti kasih sayang ALLAH. ALLAH ‘cipta’ kita dan letak disiplin Ramadan untuk tarbiah kita jadi muttaqin (insan bertakwa). Ambillah peluang ini sebaiknya untuk latih diri jadi muttaqin.

“Kita tidak tahu bila kematian menjemput kita. Maka hargailah detik hidup yang kita miliki untuk lakukan yang terbaik sementara peluang masih ada,” ujarnya.

Usah tunggu, tingkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah

Setelah masuk minggu kedua Ramadan, tiada apa lagi yang perlu ditunggu melainkan untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah.

Menurut pendakwah Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau Imam Muda Fakhrul, kalau sebelum ini hanya mampu membaca kitab suci al-Quran sekadar satu atau dua halaman, apa salahnya ditambah ke setengah juzuk sehari contohnya.

IMAM MUDA FAKHRUL

“Cara paling baik untuk kita buat perkara tersebut ialah dengan meletakkan diri di dalam suasana ilmu. Cari dan libatkan diri dalam lingkungan teman yang punya minat serupa..

“Hadiri majlis-majlis ilmu. Sebab saat ini suasana mood Ramadan sudah mula berubah. Mood mula bertukar kepada sambutan hari raya sedikit demi sedikit.

“Orang mula kurang menghadiri masjid untuk solat tarawih. Halaqah-halaqah tadarus mula berkurangan. Pastikan kita tidak tergelincir di dalam arus majoriti orang ramai ini.

“Jika lingkungan sahabat kita betul insya-ALLAH tindakan kita pun akan turut dalam arus semangat yang sama,” pesannya lagi.

Baca juga Ramadan ‘Pesta’ Lakukan Ibadah, Menyulam Kesabaran, Berjihad Melawan Nafsu

Imam Muda Fakhrul memetik kata para ulama; “manusia adalah anak kepada bi’ah (suasana), Cuba jadi seperti ikan, walau di dalam lautan dagingnya tidak masin,” katanya memberikan perumpamaan.

Serius dalam beribadah

Ustaz Fakhrul menambah, mood serius dalam beribadah lebih-lebih lagi di pertengahan Ramadan akan datang bersama ‘kesedaran’, hakikatnya untuk mendapat kesedaran, perlu didahului dengan ilmu.

“Kesedaran akan datang dengan ilmu. Firman ALLAH SWT: Ketahuilah, bahawa tidak ada tuhan melainkan ALLAH.(Surah Muhammad, ayat 19).

“Untuk dapat kesedaran dan keimanan ‘tiada Tuhan melainkan ALLAH’ ini mesti melalui proses ‘ketahuilah’ dahulu. Dalam erti kata yang lain dengan ilmu. Tanpa ilmu kita tidak akan sedar. Tanpa kesedaran kita tidak akan serius dalam sesuatu perkara,” katanya lagi.

Tingkat momentum ibadah

AL-QURAN bukan sekadar dibaca bahkan diambil pengajaran daripadanya.

Sesungguhnya hati manusia sentiasa dalam genggaman ALLAH. DIA juga lah akhirnya yang menentukan siapa yang beriman dan siapa yang kufur, demikianlah juga siapa yang istiqamah dan siapa yang gagal.

“Kemampuan istiqamah ini adalah merupakan anugerah ALLAH kepada hamba yang di kehendaki-NYA.

“Justeru, amat wajar bagi kita untuk sentiasa berdoa supaya dianugerahkan ALLAH dengan istiqamah sehingga ke nafas terakhir,” pesannya.

Foto: 123rf & Freepik