Browsing Tag

penjual roti

Imam Ahmad penjual roti
Hukum, Uncategorized,

Beristighfar memang banyak fadilatnya, namun kisah penjual roti bertemu Imam Ahmad kerana istiqamah istighfar adalah palsu

Beristighfar memang banyak fadilatnya, namun kisah penjual roti bertemu Imam Ahmad kerana istiqamah istighfar adalah palsu

NAMA Imam Ahmad bin Hanbal bukanlah suatu nama yang asing lagi dalam masyarakat kita. Beliau seorang tokoh yang cukup dikenali di seluruh dunia sebagai Imam Ahli Sunnah serta dari segi keilmuannya, kefaqihannya, kezuhudannya dan kewarakannya.

Dalam banyak-banyak ceritera berkaitan pelopor mazhab Hanbali itu, ada satu cerita begitu masyhur sering dikongsikan dalam penulisan agama serta para penceramah, iaitu kisah Imam Ahmad bin Hanbal bertemu seorang penjual roti yang sering beramal dengan istighfar.

Baca juga Semak semula kisah Hindun makan hati Hamzah RA, popular tetapi tidak sahih

 

Baca juga Kisah masyhur Nabi SAW memberi makan kepada Yahudi buta adalah palsu, jangan sebar sembarangan

Kisah tersebut yang dikatakan dinukil daripada kitab Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibnu al-Jauzi berbunyi begini:

Diceritakan bahawa Imam Ahmad ketika dalam permusafiran telah singgah di sebuah kota. Beliau ingin berehat dan tidur di sebuah masjid tetapi telah dihalang oleh penjaga masjid yang meminta untuk beliau keluar. Penjaga masjid berkenaan tidak mengenali Imam Ahmad. Lalu, Imam Ahmad pun keluar dan mahu berbaring di luar masjid, namun tetap dilarang oleh penjaga masjid tadi.

Dari kejauhan, terdapat seorang penjual roti yang sedang memerhatikan kejadian tersebut, lalu memanggil Imam Ahmad ketika beliau melalui tempatnya berniaga. Disapanya Imam Ahmad dan menjemputnya untuk beristirahat di tempatnya. Imam Ahmad masih memperkenalkan dirinya sebagai musafir.

Turut disyorkan Lima hadis popular ini rupanya hadis palsu

Imam Ahmad penjual roti

KISAH tersebut sering dikongsikan untuk menunjukkan kelebihan beristighfar. Foto: 123RF

Baca juga Sayyidul istighfar penghapus dosa, janji syurga, rugi jika tidak amalkan

Sepanjang berada di tempat rehat yang disediakan iaitu berdekatan dengan si penjual roti, beliau mendengar penjual roti tersebut sering beristighfar. Pada setiap tindakannya ketika membuat roti, dia tidak putus-putus beristighfar. Imam Ahmad bertanya kepada penjual roti berkenaan: “Apakah kesan daripada perbuatanmu ini?” Penjual roti itu menjawab: “Semua permintaanku dikabulkan ALLAH SWT kecuali satu iaitu aku memohon kepada ALLAH untuk mempertemukan aku dengan Imam Ahmad.”

Mendengar jawapannya itu, Imam Ahmad bertakbir lalu berkata: “Aku didatangkan ke sini kerana istighfarmu.” Lelaki tadi pun bertahmid memuji ALLAH SWT kerana permintaannya telah pun dikabulkan.

Baca juga Subhanallah, rupanya lebih 700,000 hadis dihafaz oleh Imam Ahmad ketika hayatnya

Imam Ahmad penjual roti

IMAM Ahmad bin Hanbal bukan sahaja seorang ahli fiqh dan hadis terkemuka, bahkan beliau adalah tokoh penting mencorak perkembangan Islam. Foto: Google

Baca juga Banyak rupanya kelebihan istighfar yang ramai tak sedar…

Kisah Imam Ahmad dan penjual adalah palsu
Namun, sebuah artikel di laman web Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, kisah Imam Ahmad bersama penjual roti itu sebenarnya tidak ada diceritakan dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad oleh Imam Ibn Al-Jauzi. Bahkan, ia juga tidak ada dalam kitab-kitab muktabar yang lain.

Dalam masa sama, pakar ilmu hadis dari Arab Saudi, Prof Dr Umar bin Abdullah Al-Muqbil turut mengatakan bahawa kisah tersebut tidak diketahui asalnya daripada mana-mana kitab al-Tarajum dan al-Manaqib.

Yang ada hanyalah kisah yang hampir sama, tetapi kisah itu bukan dengan penjual roti tetapi dengan seorang lelaki bernama Ishak bin Rahawayh, dan tidak disebutkan pula dalam kisah tersebut tentang amalan istighfar.

Baca juga 12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

BANYAKKAN beristighfar kerana ada banyak kelebihan di sebalik amalan itu. Foto: 123RF

Baca juga Sahabat Nabi SAW Tempuhi Perjalanan Sejauh 1,472 KM Demi Sepotong Hadis

Walaupun kisah antara Imam Ahmad dan penjual roti adalah kisah yang palsu, namun ia tidak menafikan kelebihan istighfar yang sememangnya banyak. Contohnya dalam Surah Nuh, ayat 10 hingga 12 ALLAH berfirman:

Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada TUHAN-mu, sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

WALAUPUN tidak sahih, namun kisah itu bertujuan memberikan teladan tentang kebaikan beristighfar dan mengingati ALLAH SWT. Foto: 123RF

Baca juga Zikir ketika terjaga waktu malam yang dapat menghapuskan dosa

Manakala dalam hadis lain, dari ‘Abdullah bin ‘Abbas Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa,

Barangsiapa yang melazimi membaca istighfar, ALLAH akan menjadikan dari setiap kesedihan, kelonggaran dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kesimpulannya, kisah Imam Ahmad bertemu penjual roti yang banyak tersebar dalam masyarakat kita sebenarnya tidak ada sumber yang sahih.

Pun begitu, kita tetap boleh mengambil pengajaran menerusi moral di sebalik kisah tersebut yang mengingatkan umat Islam untuk sentiasa beristighfar kerana ada begitu banyak kelebihan pada ibadah itu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: 123RF & Google