Browsing Tag

palestin

Arab news1
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

‘Budak Lemon’ Tarik Perhatian Bintang ‘Maleficent’

no comment

DUA kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Timur London yang berniaga air lemon untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada pelarian Yaman, menarik perhatian pelakon Hollywood, Angelina Jolie.

Selain air lemon, Ayaan dan Mikaeel turut menjual kek. Gambar: Adeela Moosa.

Ayaan Moosa dan Mikaeel Ishaaq, juga dikenali ‘Lemonade Boys’ oleh penduduk setempat mengambil inisiatif itu atas usaha mereka sendiri selepas terkesan dengan berita memaparkan konflik dan kebuluran di Yaman menerusi rakaman video yang ditunjukkan ayah mereka sebelum ini.

Konflik yang sedang berlaku di Yaman menyaksikan 23,000 orang terbunuh pada tahun 2019. Ia termasuk ribuan yang mati akibat kebuluran, kekurangan zat makanan, penyakit dan kesihatan yang buruk.

Kira-kira 80 peratus penduduk atau 24 juta orang memerlukan bantuan dan perlindungan.

Bapa Ayaan, Shakil Moosa, berkata anaknya berhasrat untuk mengumpulkan wang setelah dia dan isterinya Adeela menunjukkan kepada mereka video amal mengenai keadaan terkini di Yaman.

“Ketika saya dan isteri duduk di rumah dan kami telah melihat beberapa iklan misi kemanusiaan dan mengetahui mengenai krisis yang sedang dihadapi masyarakat di Yaman.

“Saya berniat untuk membantu dan dengan cara apa pun. Akhirnya saya merasakan selain saya dan isteri, anak-anak kita perlu dilatih pada usia mereka masa muda mengenai apa itu nilai kebajikan yang perlu ada dalam diri mereka.

“Kami menunjukkan mereka rakaman video misi kebajikan dan suasana keadaan di Yaman, memaparkan bagaimana kehidupan kanak-kanak yang sedang kelaparan.

“Mereka terkejut dan menyedari bahawa tidak semua orang mempunyai makanan dan minuman di rumah tidak seperti di tempat tinggal mereka yang selesa di Timur London.

“Begitu ramai orang ingin melindungi anak-anak mereka tetapi keadaan tidak menyebelahi mereka di sana. Generasi hari inilah yang sepatutnya didedahkan dengan nilai kemanusiaan untuk menyuntik perasaan tanggungjawab seterusnya melakukan perubahan,” katanya yang mengakui perniagaan air lemon dua anaknya itu membuka mata masyarakat sekeliling di Redbridge di mana ramai orang United Kingdom datang untuk menderma.

“Saya masih ingat seorang lelaki membeli segelas air lemon dan sebiji kek, dan menghulurkan £300 (RM1,742.69),” katanya.

Ketika media tempatan membuat liputan ke gerai kanak-kanak itu beberapa bulan lalu, pelakon, Angelina Jolie menghubungi perwakilannya di UK yang berhasrat untuk turut sama memberikan sumbangan dan memanfaatkan saluran yang ada membantu kanak-kanak di Yaman.

Ayaan dan Mikaeel menunjukkan kad yang dikirimkan Angelina Jolie kepada mereka. Gambar Adeela Moosa.

Begitupun Shakil tidak dapat mendedahkan jumlah yang diberikan bintang filem Tomb Raider dan Maleficent itu yang disifatkan ‘sangat murah hati’.

“Surat yang dikirim pelakon itu yang diwakili UNHCR, mengatakan, ‘Terima kasih atas apa yang anda (kanak-kanak) lakukan untuk membantu anak-anak di Yaman.

Angelina Jolie prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia. Gambar: Vanity Fair.

“Sebagai selebriti yang sangat terkenal di seluruh dunia, Angelina turut memberikan hadiah kepada anak-anak saya dan saya percaya sumbangan itu sebenarnya bertujuan untuk menambahkan lagi publisiti kepada usaha anak-anak saya agar masyarakat di luar sana tahu tujuan kutipan dana adalah untuk misi kemanusiaan di Yaman dan semua orang perlu menyokongnya.

Kad ucapan terima kasih dari Angelina Jolie kepada Ayaan dan Mikaeel. Gambar: Daily Mail.

“Angelina turut menulis, ‘Maaf, saya tidak dapat membeli air lemon daripada anda, tetapi saya tetap ingin memberikan sumbangan untuk usaha murni anda,” tulis Angelina,” kata Shakil yang menunjukkan sekeping kad yang ditujukan kepada kanak-kanak itu.

‘Kami berharap dapat ‘Facetime’ dengannya (Angelina). Tidak kiralah bila agar anak-anak saya dapat mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya tahu jika dia berada di London sudah tentu dia akan datang untuk minum air lemon di sini,” katanya

Selain Angelina, mereka juga telah mendapat sokongan daripada beberapa pemain bola sepak kegemaran mereka, termasuk Bruno Fernandes dari Manchester United dan David Luiz dari Arsenal.

Sepanjang Ramadan lalu, mereka juga berjaya mengumpulkan £25,000 (RM145,224.29) untuk disumbangkan ke Tabung Rohingya dengan hanya menjual air lemon dan sumbangan antarabangsa melalui halaman JustGiving mereka.

“Kami memerah lemon dan kemudian membuat airnya daripada bahan istimewa. Kami akan berdiri di luar, memanggil orang dan memperoleh wang. Hasil jualan kami akan terus masukkan ke dalam bank amal kami,” kata Ayaan.

Pasangan kanak-kanak itu juga menjelasjan kenapa memilih lemon.
“Kerana kami rasa semua orang suka air lemon dan begitu juga dengan kami,” tambannya.

Selepas berjaya mengumpulkan dana untuk Yaman dan Rohingya, Ayaan dan Mikaeel juga ingin mengalihkan perhatian untuk mencari dana bagi disumbangkan kepada rakyat Palestin yang terkesan dengan perang 11 hari yang menggegarkan Semenanjung Gaza bulan lalu.

“Orang di Palestin terluka dan mereka tidak lagi mempunyai air dan makanan dan rumah, kerana rumah mereka dibom dan kami ingin menolong,” kata Ayaan.

Ayaan dan Mikaeel turut mengikuti tunjuk perasaan aman bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin. Gambar: Arab News.

Mikaeel mengatakan masalah Palestin penting baginya.
“Ramai orang cedera dan mati, rumah mereka dibom dan ada yang memecah masuk rumah mereka untuk mencuri seperti yang berlaku di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis di mana puluhan orang Palestin menghadapi pengusiran dari rumah mereka oleh tentera Israel yang zalim,” katanya yang pernah turut serta dalam tunjuk perasaan proPalestin di London yang dianjurkan oleh NGO Friends of Al-Aqsa (FOA) yang berpusat di UK bulan lalu.

 

Sumber: Daily Mail/Mail Online

Flames are seen after an Israeli air strike hit Hamas targets in Gaza City, Gaza on June 15, 2021. Ali Jadallah:Anadolu Agency
Berita Semasa,

Israel Lancar Serangan Udara Ke Atas Gaza Mencabul Gencatan Senjata

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

ISRAEL melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pagi tadi setelah penduduk Palestin dilaporkan melepaskan “belon pembakar” ke selatan Israel.

Serangan itu dikatakan berpotensi mengancam gencatan senjata yang dicapai bulan lalu yang mengakhiri pertempuran selama 11 hari.

Tentera Israel berkata serangan, yang menyasarkan kawasan Hamas di Khan Younis dan Kota Gaza, merupakan tindak balas terhadap pelancaran belon, yang dilaporkan menyebabkan 20 kebakaran di ladang terbuka peneroka Yahudi dekat sempadan Gaza.

Tentera Israel menegaskan bahawa mereka “siap untuk berdepan dengan semua senario, termasuk pertempuran baru dalam menghadapi tindakan yang berterusan dari Gaza.”

Jurucakap Hamas, yang mengesahkan serangan Israel itu, berkata pihaknya akan bersedia “mempertahankan hak dan tempat suci kami” di Baitulmaqdis.

Letupan di Gaza ( Hamza Deirawi/Hani Hani Shaer)

Beberapa jam sebelum serangan ke atas Gaza, ribuan pendatang haram Israel mengambil bahagian dalam apa yang disebut sebagai perarakan ‘Flag March’ yang menandakan ulang tahun penjajahan Israel di Baitulmaqdis Timur pada tahun 1967.

Israel, yang menjajah bahagian timur kota dengan gerakan yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa, menganggap seluruh kota sebagai ibu kotanya. Rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis Timur menjadi ibu kota negara Palestin yang merangkumi Tepi Barat dan Gaza.

Perarakan “flag march”

Itu berlaku ketika ketegangan masih tinggi berikutan tindakan Israel mengusir keluarga Palestin dari kejiranan Jerusalem Timur Sheikh Jarrah.

Menjelang perarakan, polis Israel secara paksa mengeluarkan puluhan orang Palestin dari luar Gerbang Damsyik Kota Lama. 

Sekurang-kurangnya 27 orang Palestin cedera ketika polis Israel melepaskan peluru bersalut getah dan bom tangan di kawasan sekitarnya.

Serangan udara ke atas Gaza pagi tadi menandakan ‘cetusan besar’ pertama sejak gencatan senjata pada 21 Mei mengakhiri serangan 11 hari Israel di wilayah itu, yang mengorbankan 248 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.

Seramai 12 orang di Israel juga terbunuh berikutan serangan  roket yang dilancar  dari Gaza bulan lalu.

Sumber :Middle East Eyes/businessinsider

Ultranasionalis Yahudi mengibarkan bendera Israel mengambil bahagian dalam Perarakan Bendera di sebelah pintu gerbang Damsyik, Selasa, 15 Jun 2021.(AP)

The Wall Street Journal
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Seruan #BoycottZara Dinaikkan Kerana Islamfobia

no comment

‘KERANA Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’ itulah peribahasa Melayu yang sesuai ditujukan kepada seseorang yang percakapannya yang sombong dan akhirnya memakan dirinya sendiri.

Qaher Harhash, model pakaian berjenama yang dilahirkan di Juruselam Timur Palestin. Gambar: DW

Perkara yang sama berlaku kepada Ketua Pereka Jabatan Wanita, Zara (produk pakaian jenama mewah), Vanessa Perliman yang melemparkan kenyataan penuh emosi dan berbaur rasis terhadap model Palestin, Qaher Harhash hanya kerana dia seorang muslim.

Tindakan Perliman itu menyebabkan dia dan syarikat pakaian itu mendapat kecaman teruk di media sosial sehingga masyarakat yang tidak mengira bangsa dan agama melaungkan seruan memboikot produk berjenama Zara. Mereka juga bertindak menaikkan kempen tanda pagar #BoycottZara sehingga menjadi viral di seluruh dunia.

Vanessa Perliman, komennya bersifat Islamfobia. Gambar: Twitter.

Perliman sebelum ini membalas komen menerusi twitter Harhash dengan kenyataan yang berbaur kebencian terhadap rakyat Palestin. Dia amat menyokong tindakan Israel yang menyerang penduduk Palestin dalam perang 11 hari pada bulan Ramadan baru-baru ini malah mengutuk rakyat Palestin dan kepercayaan umat Islam terhadap serangannya.

“Mungkin jika orang-orangmu terdidik maka mereka tidak akan mengebom hospital dan sekolah yang dibina dengan batuan wang
Israel di Gaza.

“Orang Israel tidak mengajar anak-anak mereka untuk membenci atau melemparkan batu ke arah tentera seperti yang dilakukan oleh rakyatmu,” tulis Perilman kepada Harhash.

Tulisan Vanessa Perliman yang mengundang kecaman masyarakat dimuatnaik pelayar internet tanda sokongan terhadap Harhash. Gambar Free Palestine.

Pereka itu mengakhiri komennya yang bersifat anti-Palestin dengan ucapan Islamofobia.
“Saya juga merasa sangat terhibur memandangkan anda adalah seorang model tetapi kenyataan sangat bertentangan dengan apa yang diyakini oleh kepercayaan umat Islam. Jika anda dedah diri sebagai seorang model di mana-mana negara Islam, anda akan direjam hingga mati,” kata Perilman.

Tanpa dipengaruhi emosi yang tidak terkawal, Harhash mengambil bertindak yang bijak apabila mengambil tangkapan skrin perbualannya dengan Perliman dan memuatnaik ke dalam Twitternya. Sekali gus mendedahkan keperibadian pereka fesyen itu dengan komen rasis agar pengguna mengecam keterlibatan Zara dalam perkara membabitkan Islamofobik ini.

Harhash juga meminta pengikutnya untuk memboikot jenama tersebut dengan menggunakan hashtag #BoycottZara, yang sudah menjadi trend kerana perbuatan Perliman itu jelas melanggar etika syarikat jenama pakaian terkemuka itu.

Tindakan bijak Harhash itu mendapat ribuan maklum balas pelayar internet dan rata-rata mereka, meminta produk jenama itu diboikot dan mengharapkan syarikat melakukan pemecatan terhadap Perilman.

Selepas teruk dikecam pengguna media sosial dengan pelbagai ugutan, Perliman akhirnya mengemukakan permintaan maaf kepada Harhash secara terbuka selepas memikirkan masa depan kerjayanya bakal berakhir apabila tindakan dia sebelum itu menjejaskan nama baik syarikat.

Sejak itu Perilman telah menutup laman media sosialnya berikutan mendapat reaksi komen mengecam daripada ribuan pengguna, kebanyakan daripada mereka juga mengemukakan aduan rasmi kepada Zara.

Harhash meluahkan kekecewaannya mengenai birokrasi terhadap Islamfobia di dalam Instagram miliknya. 

Lanjutan daripada itu juga, Harhash menuntut syarikat pakaian berjenama itu meminta maaf secara terbuka dan mengecam semua retorik Islamofobia dan anti-pribumi. Selain itu, model itu juga menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan sesetengah syarikat yang enggan menangani isu Islamofobia namun mengambil tindakan pantas terhadap pekerja anti-Semit.

“Mereka perlu mengatasi masalah Islamofobia yang diabaikan oleh kebanyakkan masyarakat di Eropah. Ketika pereka fesyen tertentu mengatakan perkara anti-Semit, mereka terus dipecat dari syarikat dan hilang mata pencarian. Tetapi ia tidak terjadi kepada mereka berhubung isu Islamfobia,” kata Harhash dalam Instagramnya.

Sementara itu, Zara menerusi kenyataannya menjelaskan daripada pemerhatian mereka, perbualan antara Harhash dan Perliman adalah isu salah faham. Vanessa juga telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan permintaan maaf itu sudah diterima oleh Harhash seperti yang tertulis di dalam twitter mereka.

Mirim Alster
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Palestin Lebih ‘Curiga’ Bennett daripada Netanyahu

no comment

RAKYAT Palestin menganggap pemilihan Naftali Bennett sebagai Perdana Menteri baharu Israel sebagai ‘urusan dalaman Israel’, dan mengatakan mereka tidak mengharapkan perubahan positif daripada itu seperti mana pemerintahan Netanyahu.

“Kami tidak mengharapkan perubahan dalam pemerintahan baharu Bennet, kerana mereka bersatu dengan kebijakan membunuh dan merampas hak Palestin,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menerusi ciapan dalam twitternya.

Abu Zuhri mengaitkan kegagalan membentuk pemerintahan oleh bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai kesan tindakannya mencetuskan pergolakan di Palestin pada peperangan 11 hari Mei lalu.

“Walaupun terlepas dari bentuk pemerintahan Netanyahu tidak akan mengubah cara kita melihat rejim Zionis. Ini adalah penjajahan dan jatidiri penjajah yang harus kita lawan secara paksa untuk mendapatkan hak kita kembali.

“Kali ini, pemerintah tanpa Netanyahu dibentuk di Israel. Namun, tidak tepat untuk menyebutnya sebagai ‘pemerintahan perubahan,’ Cuma kita boleh katakan bahawa Netanyahu tidak ada lagi di sana,” menurut jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum.

Tambahnya, tingkah laku pemerintah kali ini di lapangan akan menentukan cara dan sifat sebenar mereka.

Mahmoud Abbas bercakap dengan pemimpin Palestin di Muqata. Gambar- Wafa News Agency

Jurucakap kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh, berkata ini adalah urusan dalaman Israel. “Kedudukan kami sangat jelas, apa yang kami mahukan adalah sebuah negara Palestin di yang dulu iaitu ketika 1967 dengan Jerusalem sebagai ibu kotanya,” katanya.

Menurusi kenyataan itu juga, Kementerian Luar Negeri Palestin mengatakan bahawa tidak tepat untuk memanggil pemerintah Israel yang baharu sebagai pemerintah yang berubah, kerana kebijakannya tidak akan berubah dari pemerintahan sebelumnya, jika tidak melihat dasar yang lebih buruk daripada itu.

Mereka juga melihat tiada ada perubahan dalam dasar Israel terhadap Palestin di bawah kerajaan Perikatan dari lapan parti yang dipimpin Perdana Menteri Israel Naftali Bennett.

Pemimpin-Pemimpin dari Perjuang Palestin dan Hamas mengeluarkan reaksi tidak menyenangkan terhadap berita mengenai gabungan pemerintah baharu selepas berjaya menggulingkan Benjamin Netanyahu selama 12 tahun tampok pemerintahannya di Israel.

Di Semenanjung Gaza, Hamas mengatakan akan terus berperang melawan pemerintah Israel dalam bentuk apa pun.

Ternyata Netanyahu tiada hubungan yang baik dengan Mahmoud Abbas apatah lagi rundingan damai yang tiada kesudahannya terhenti selama beberapa dekad. Begitupun Netanyahu mempunyai hubungan sangat rapat dengan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dilihat oleh orang Palestin sebagai bersikap berat sebelah terhadap Palestin.

Namun begitu, Bennett lebih dilihat oleh masyarakat Palestin sebagai wajah yang tidak ramah terhadap rakyat Palestin. Bennett juga telah lama berikrar untuk menghalang penubuhan negara Palestin.

Lebih buruk, Bennett pernah mengatakan bahawa dia telah membunuh ramai orang Arab dalam hidupnya dan tidak ada yang salah dengan perbuatan itu.

Menurut The Jerusalem Post, Pemerintahan Bennett akan meneruskan dasar Netanyahu sebagai menentang negara Palestin.

Rakyat Palestin percaya bahawa kerajaan Israel yang diketuai pemimpin daripada parti Yamina itu akan menjalankan dasar yang sama dengan Netanyahu, terutama di Baitulmadis dan Tebing Barat.

Gambar: Retures

Sementara itu, hari ini secara rasminya kerajaan Israel yang baharu telah dipilih. Parlimen Israel semalam juga telah meluluskan pemerintahan kerajaan perikatan sekali gus memberi penghormatan terhadap demokrasi Israel yang memperjuangkan visi ‘StandWithUs’.

“Percubaan untuk kesatuan di antara perbezaan politik, etnik, dan agama tidak pernah terjadi sebelumnya.

Kami berharap ia menjadi contoh positif bukan hanya untuk Israel tetapi juga untuk negara Timur Tengah.” kata Bennett dalam tulisannya menerusi Instagram selepas beberapa jam diumumkan secara rasmi sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu.

Sebelum ini Bennett pernah berkata bahawa dia merasa bangga dengan kemampuannya untuk duduk bersama dengan gabungan perikatan yang berpandangan sangat berbeza daripada pandangannya sendiri.

Bennett akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun dan akan digantikan dengan pemimpin parti Yesh Atid, Yair Lapid pada tahun 2023. Ini juga menandakan berakhirnya pemerintahan 12 tahun Netanyahu sekali gus telah menghantar bekas pemimpin itu ke posisi pembangkang.

“Penduduk Israel memerlukan kerajaan yang berfungsi dan bertanggungajwab serta membawa manfaat kepada mereka dan itulah apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan baharu ini.
“Kesemua ahli kerajaan perikatan ini komited terhadap penduduk Israel,” kataLapid.

Bennett (kanan) mendahului pencabarnya (kiri), Netanyahu selepas sesi khas untuk memilih pemerintah baharu. Gambar: AFP

Naftali Bennett yang juga bekas sekutu Netanyahu sebelum ini menjadi saingan terkuat Netanyahu dengan memperoleh undian tipis 60 berbanding 59.

Malah Bennett yang memimpin Parti Yamina sebuah parti sayap kanan di dalam Kerajaan Perikatan melakar satu-satunya dalam sejarah Israel hanya memenangi tujuh kerusi untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Berbanding Netanyahu mewakili Parti Likud memenangi 30 kerusi dalam pemilihan pada Mac lalu.

Benjamin Netanyahu. Gambar: CNN World

Begitupun Netanyahu yang kini berusia 71 tahun menjelaskan bahwa dia tidak terlintas untuk meninggalkan pentas politik.

“Sekiranya ditakdirkan untuk kita berada dalam pembangkang, kita akan berusaha merampasnya kembali sehingga kita dapat menjatuhkan kerajaan yang merbahaya ini dan kembali untuk memimpin Israel,” katanya.

Di atas kemenangan ini, Bennett juga berjanji untuk berusaha ‘menyembuhkan’ Israel yang dianggap sebagai berpecah-belah. Bennett akan mengetuai gabungan yang dilihat sangat rapuh kerana terdiri daripada lapan parti gabungan dengan perbezaan ideologi.

Pelantikkan Bennett itu juga mendapat reaksi positif dari Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang turut menghubunginya untuk memberi ucapan tahniah diatas pemerintah baharu.

“Saya berharap dapat cepat bekerjasama dengan Perdana Menteri Bennett untuk memperkuat semua aspek hubungan erat dan mengekalkan hubungan antara kedua negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Biden juga mengatakan pemerintahannya komited penuh untuk bekerja dengan pemerintah baharu Israel dalam memulihkan keamanan, kestabilan, dan perdamaian antara Israel, Palestin, dan negara-negara di seluruh dunia.

Bennett yang dilahirkan di Haifa pada bulan Mac 1972 adalah anak bongsu daripada tiga beradik oleh pasangan Jim dan Myra yang juga warga Amerika Syarikat. Ibu bapanya berpindah ke Israel pada 1967 dari San Francisco selepas Perang Enam Hari.

 

Sumber: The Times Of Israel/AP/CNN/NPR/ The Jerusalem Post/TRT World

Republika
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Sentimen Generasi Muda Arab masih Tebal memihak kepada Palestin

no comment

SOKONGAN dipamerkan jutaan generasi muda Arab yang rata-rata mengutuk serangan Israel terhadap Gaza bulan lalu, membuktikan sentimen pro Palestin masih tebal di Asia Barat.

Ia sekali gus menyangkal naratif bahawa golongan muda Arab tidak hirau lagi kepada nasib rakyat Palestin dan juga menyukarkan usaha Israel untuk meluaskan jalinan hubungan dengan lebih banyak lagi negara Arab.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan mengiringi Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika berkunjung ke UAE tahun lalu. Gambar: Middle East Eye

Tahun lalu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv dalam langkah yang dirancang oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perkembangan itu diikuti dengan Bahrain, Maghribi dan Sudan yang masing-masing turut bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Namun pertempuran terbaharu bulan lalu mungkin membantutkan agenda AS-Israel ini.

Penganalisis Politik Arab, Sami Hamdi. Gambar: aHaber

“Peperangan yang berlaku di antara Israel dan Hamas baru-baru ini menunjukkan bahawa UAE tidak sewenang-wenangnya dan tidak berkuasa untuk menghentikan pencerobohan Israel dan membela nasbi rakyat Palestin,” kata Penganalisis Politik Arab, Sami Hamdi kepada TRT World.

Berjuta aktivis muda Palestin termasuk pelajar dari seluruh dunia mengadakan demonstrasi jalanan dan mengutuk kekejaman Israel dan menerusi media sosial membantah pencerobohan rejim Zionis sejak bulan lalu.

Dalam tempoh 11 hari bulan lalu, tentera Israel melepaskan ribuan peluru berpandu ke arah wilayah Palestin khususnya di Gaza hingga membunuh 256 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak. Sekurang-kurangnya 72,000 orang Palestin cedera ketika serangan itu.

“UAE tampak kurang berpengaruh di mata penduduk Arab sejak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel,” kata Hamdi, yang juga ketua Kepentingan Antarabangsa, Kumpulan Analisis Risiko Politik.

“Aspirasi serantau UAE telah menghadapi beberapa kegagalan tahun lalu, terutama di Yaman hingga memaksa mereka membawa pulang tenteranya.

“Sebelum konflik berlaku antara kumpulan Israel dan Hamas, UAE masih mempunyai pengaruh di wilayah Yaman hingga ke Libya, tapi itu mungkin akan berubah selepas ini, kata Hamdi.

Emiriyah telah menyokong agenda Trump dengan harapan orang Palestin dapat dipujuk dengan insentif kewangan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gambar-gambar orang Israel menghiasi media sosial dari UAE dan menjadi viral. Sebilangan pelayar internet mengatakan generasi baharu Arab seolah tidak lagi berminat dengan perjuangan Palestin.

Prof Dr. Sami al Arian. Gambar: Tampa Bay Times/ZUMAPRESS.com)

Tidak ada yang lebih jauh dari kebenaran.

Seorang Profesor Palestin-Amerika yang terkenal, Sami al Arian berkata penentangan Palestin terhadap pencerobohan Israel telah membimbangkan UAE, kerana ia akan menghindar negara-negara Teluk lain memulihkan hubungan dengan Israel.

“Sikap berlembut yang diambil terhadap Israel tidak disokong oleh rakyat mereka sendiri,” kata Arian kepada TRT World.

Walaupun ada kelebihan ketenteraan yang disokong oleh bantuan Amerika Syarikat dengan sumbangan bernilai berjuta dolar, Israel tidak dapat menindas kumpulan penentang Palestin.

“Itu telah menyebabkan lebih ramai masyarakat di dunia Arab mempersoalkan rasionalisasi mengadakan normalisasi hubungan dengan Israel, kata Arian.

Seorang lelaki Emirat, yang memakai topeng pelindung dengan bendera Amerika, Israel dan Emirati, melihat kedatangan delegasi AS dan Israel di Abu Dhabi, 31 Ogos 2020. (Christopher Pike / Arkib Reuters)

Mitos normalisasi

Hamdi pula berkata, sebelum ini ada yang melihat normalisasi hubungan UAE dengan Israel sebagai usaha yang boleh membawa kedamaian segera di rantau itu. Namun pandangan itu kini terbukti satu mitos.

Pakar penganalisis itu berkata konflik terbaharu membuktikan tidak wujud jurang pandangan antara penduduk Arab generasi baharu dan lama yang rata-rata pro Palestin.

“Naratif yang menyatakan generasi muda tidak lagi menghirau nasib rakyat Palestin adalah mitos sama sekali,” katanya.

Bahkan orang yang dekat dengan pemerintah UAE, seperti Abdul Khaleq Abdulla, seorang profesor sains politik yang berpusat di UAE, memberi amaran mengenai bahaya kehilangan sokongan popular dalam isu Palestin.

Dalam ciapan tweetnya, Abdulla mengatakan Abu Dhabi memerlukan usaha untuk memenangkan pendapat masyarakat Arab dengan agenda Emiriyah yang moden, meyakinkan dan berpengaruh.

Menurut Hamdi, walaupun ada desakan untuk mempromosikan agenda normalisasi, perjuangan Palestin masih memiliki sokongan berdasarkan naratifnya sendiri di media sosial.

“Penyokong kuat Palestin telah membuktikan bahawa naratif orang Arab tidak lagi berminat dengan Palestin hanya sekadar mitos,” kata Hamdi.

Sumber: TRT World

1
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Israel Membenarkan Perarakan Sayap Kanan Melalui Kota Tua Baitulmaqdis

no comment

Perarakan “March of the Flag” anjuran golongan militan sayap kanan yahudi mendapat kebenaran kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, mencetuskan amaran keras Hamas yang menganggapnya satu provokasi.

Perarakan yang dirancang akan melalui kejiranan Muslim di bandar tua Baitulmaqdis Timur itu dijangka diadakan minggu depan selepas mendapat persetujuan polis Israel.

Pergerakan pejuang Palestin Hamas sebelum ini memberi amaran perarakan seumpama itu boleh mencetus konflik baharu di Gaza jika ia diteruskan.

Warga Palestin melaungkan slogan bantahan di  Yerusalem pada 26 Mei 2021 lalu semasa tunjuk perasaan atas rancangan Israel untuk mengusir keluarga Palestin dari kediaman di daerah Silwan sektor timur. (Foto oleh AHMAD GHARABLI / AFP)

Kerajaan Israel yang berdepan dengan undi penyingkiran di Parlimen Ahad ini dalam kenyataannya kelmarin mengumumkan perarakan oleh kumpulan pro-peneroka itu akan diteruskan minggu depan, satu keputusan dianggap langkah terdesak kerajaan Netanyahu untuk berpegang kepada kuasa.

Keputusan itu dibuat sehari setelah perarakan itu yang sepatutnya berlangsung hari ini dibatalkan pihak polis atas alasan keselamatan.

Beberapa kumpulan sayap kanan Israel telah merencanakan kempen apa yang disebut “March of the Flag” melalui Gerbang Damsyik Kota Tua dan memasuki kawasan komuniti Muslim.

“Perarakan akan berlangsung Selasa depan (15 Jun) dalam format yang akan dipersetujui antara polis dan penganjur,” kata kenyataan dikeluarkan pejabat Netanyahu.

Seorang Pegawai Tinggi Hamas, Khalil al-Hayya, telah memperingatkan Israel pada hari Isnin lalu untuk tidak membiarkan perarakan mendekati Baitulmaqdis Timur dan menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

“Kami berharap pesanan kami kali ini lebih jelas” katanya merujuk kepada permulaan tercetusnya pertempuran 11 hari antara Israel dan Hamas bulan lalu.

Penduduk Palestin berhimpun mengadakan bantahan. Gambar: ToysMatrix

Sekurang-kurangnya 254 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, terbunuh dalam pengeboman Israel menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza. Sementara pegawai Israel mengatakan 12 orang di Israel termasuk dua kanak-kanak terbunuh di Israel oleh serangan roket yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang berpusat di Gaza.

Serangan Israel di Gaza terjadi setelah ketegangan mengenai pemindahan paksa beberapa keluarga Palestin dari Sheikh Jarrah, sebuah kawasan kejiranan Palestin di Yerusalem Timur yang diduduki peneroka Yahudi.

Keadaan bertambah buruk apabila polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Kota Tua Baitulmaqdis iaitu tempat ketiga paling suci oleh orang Islam dan mencederakan ratusan jamaah Palestin selama beberapa hari keganasan berlaku.

Wartawan, Harry Fawcett. Gambar: Al Jazeera Media Network

Wartawan Al Jazeera, Harry Fawcett, melaporkan dari Baitulmuqaddis Barat, keputusan untuk meneruskan perarakan itu berpotensi mencetuskan semula ketegangan dan menggugat keamanan di Kota Gaza itu.

“Ini dilihat oleh beberapa pihak sebagai percubaan terdesak oleh Netanyahu untuk melakukan ketegangan lagi dan berpotensi mengeruhkan keadaan selain berkepentingan meneruskan agenda politiknya yang dilihat bakal berakhir” kata Fawcett.

Netanyahu menghadapi pengusirannya setelah sekian lama berada di tampuk kepimpinan kerajaan.

Ahad ini, badan legislatif negara itu dijangka akan memberi undi sokongan kepada kerajaan baharu yang dianggotai ahli parlimen anti- Netanyahu dan parti pembangkang termasuk parti Arab Islam.

Sekiranya undian berjaya, Naftali Bennett dan pemimpin pembangkang rakannya, Yair Lapid akan mempunyai kuasa untuk membatalkan perarakan kontoversi itu atau sebaliknya.

Namun, kemungkinan akan tetap berlaku di Baitulmaqdis sama ada perarakan itu berlangsung atau tidak.

Sumber: Al Jazeera

Irish News
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Hidayah Buat ‘Pembenci’

no comment

HIDAYAH itu datang tanpa disangka, malah tidakkan pernah untuk sesiapa merancangnya selain semuanya datang daripada kehendak Allah.

Adalah Rasulullah SAW dalam khutbahnya, dia memuji Allah dan memuja-Nya mengikut yang selayaknya, kemudian bersabda: “Sesiapa yang Allah hidayatkan padanya, maka dia tidaklah sesat dan siapa yang disesatkannya, nescaya seseorang itu tidak akan mendapat petunjuk.” Riwayat Muslim (867) dan al-Nasaie (1578)

Melalui sebuah rakaman video yang tersebar baru-baru ini, nama seorang saudara baharu, Lauren Booth kembali diperkatakan apabila ucapannya dalam suatu program telah menyentuh perasaan ramai penonton yang menyaksikannya.

Ketika menjadi tetamu di salah satu stesen televisyen. Gambar: Flickr

Beliau cuba mengimbas kembali hidayah yang diterimanya walaupun beliau sebelum itu adalah seorang yang pembenci Islam.

Lauren yang juga adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair tiba-tiba terdiam seolah menahan kesedihan apabila pengacara memberi ruang kepadanya menceritakan awal mula dirinya mengenal Islam.

Menurut Lauren, ketika khidmatnya diperlukan untuk menjadi sukarelawan ke bumi Palestin pada 2008, perasaannya tidak begitu senang apatah lagi bakal tinggal untuk beberapa lama di negara yang majoritinya adalah penduduk Islam.

“Pada 2008 adalah kali pertama saya ke sana sebagai bukan muslim dan berada di sana sepanjang bulan Ramadan. Di mana saya membiarkan saja lengan dan rambut saya kelihatan kerana itu adalah kebiasaan bagi saya sejak dulu.

“Bagi saya, kesopanan, gaya hidup, penampilan mungkin bukan suatu yang layak untuk orang lain pertikaikan,” katanya yang mendapat layanan sangat mesra daripada penduduk setempat meskipun mengenakan pakaian yang kurang sopan dan mendedahkan auratnya sebagai seorang wanita.

“Saya tidak pernah pun mendengar masyarakat Gaza menegur saya dengan perkataan haram dengan penampilan saya ketika itu. Malah sepanjang saya berada di sana pada bulan Ramadan, bebas berjalan-jalan, perkataan yang banyak mereka ucapkan kepada saya hanyalah ‘salam’,” katanya.

Lauren dilayan mesra oleh sebuah keluar Palestin di Gaza ketika menjadi sukarelawan. Gambar: UPI

Menceritakan lebih lanjut sebelum penghijrahannya menjadi seorang muslim pada 2010, Lauren pernah mengunjungi sebuah keluarga yang sangat miskin di Raffa.

Di mana tempat tersebut merupakan tempat asal jejaka Palestin, Faris Odeh yang ditembak mati oleh Pasukan Pertahanan Israel pada tahun 2000.

“Malam itu saya mengetuk pintu rumah keluarga yang sangat miskin di sebuah kem di Raffa. Dan keluar seorang wanita membuka pintu dan mengucapkan, ‘Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, silakan masuk. Selamat datang,” katanya.

“Dia menyambut saya masuk seolah dia sedang tinggal di dalam Taj Mahal dan bukannya sebuah kem yang miskin dengan wajahnya yang begitu cerah dan bercahaya.

“Saya cuma ingin tahu dan bertanya khabar adakah dia dalam keadaan baik sekarang. Wajahnya begitu bersinar dan saya tahu ia disebut ‘nur’. Wajahnya penuh dengan nur,” katanya.

Ketika Lauren masuk ke dalam rumah, hanya terdapat satu ruangan dengan lantai dan dinding simen serta tidak ada apa pun di dalamnya. Yang ada hanyalah tilam lusuh yang digunakan oleh pasangan suami isteri, orang tua dan anak-anaknya untuk tidur.

“Ketika itu perasaan saya menjadi marah, adakah seperti ini keadaan orang Islam. Saya sering berfikir, kenapa mereka orang berpuasa? Kenapa Tuhan sampai hati membuat orang Islam lapar? Langsung saya bertanyakan kepada wanita itu, kenapa mereka puasa di bulan Ramadan? Apa tujuannya?

“Mereka memberitahu Islam menyuruh berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadan, tetapi kenapa selepas habis bulan Ramadan mereka masih tidak mempunyai makanan untuk dimakan dan menyebabkan mereka meneruskan berpuasa.

“Apa yang saya lihat hanya ada air untuk diminum, itu pun dalam keadaan yang keruh dan tidak sesuai untuk diminum,” katanya.

Wanita Palestin itu hanya memandang Lauren dan memberikan jawapan yang membuat Lauren semakin ingin tahu.

“Kata wanita itu, dia berpuasa di bulan Ramadan untuk mengingat kesusahan orang miskin. Dia tidak punya apa-apa dan saya tidak mampu memahaminya. Kenapa dia boleh puasa untuk mengingat kesusahan orang lain, sedangkan keadaan dia sendiri pun sangat susah sehingga tiada apa benda yang hendak dimakan,” katanya.

Lauren Booth secara rasmi memeluk Islam pada tahun 2010 selepas dua tahun pulang dari Palestin. Gambar: WISE Muslim Women.

Ketika itu, terlintaslah di fikiran Lauren mengenai tuhan, Islam dan terbuka hatinya untuk menjadi seorang muslim.

“Jika ini adalah Islam, saya ingin jadi Muslim. Jika kasih sayang Tuhan berupa sebuah agama, maka saya ingin agama itu.

“Jika kasih sayang kamu kepada sesama Islam dalam keadaan berat yang kamu tanggung demi kerana agama, maka saya ingin masuk agama itu.

Jika kasih sayang kepada seorang musafir seperti saya kerana agama, maka izinkan saya untuk menjadi seorang muslim seperti kami, Subhanullah,” kata Lauren yang mengambil masa selama dua tahun untuk dia betul-betul bersedia memeluk Islam.

“Saya mengambil masa selama dua tahun sebelum saya begitu yakin untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Allah maha mengetahui berapa lama yang saya perlukan untuk cukup bersedia dalam keadaan merendah hati dan membersihkan hati ini daripada segala penyakit yang ada di dalamnya,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir ke pipinya.

Lauren secara rasmi memeluk Islam pada tahun 2010, perjuangannya dalam menemukan jalan Allah SWT dilihat unik, di mana awalnya dia adalah pembenci Islam.

dd407a3c-7513-460b-a433-f8d300ec7a8a
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Kisah Anak Syurga Gaza

no comment

Ketika diminta untuk menggambarkan bagaimana perasaan mereka, ramai antara ibu bapa akan menjawab dengan redha, ‘Itu kehendak Allah’.

Kata-kata itu sering menjadi mainan bibir ibu bapa di Palestin apabila kehilangan anak yang mereka sayangi syahid terlebih dahulu daripada mereka angkara penggeboman rejim Israel ke atas kediaman mereka. Lebih sayu, mereka mengatakan bahawa anak-anak mereka ingin menjadi doktor, artis dan pemimpin suatu hari nanti.

Hala Rifi bercita-cita ingin menjadi doktor.

“Saya seperti tidak percaya,” kata  Saad Asaliyah yang juga seorang pemandu teksi dari Jabaliya. Bapa ini kehilangan anak perempuannya yang berusia 10 tahun.
“Saya cuba melawan perasaan dengan mengatakan bahawa itu kehendak Allah untuk dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Selama 11 hari pertempuran antara Israel dan Hamas, sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak di bawah umur 18 terbunuh di Gaza dan dua di Israel, menurut laporan The New York Times.
Hampir semua kanak-kanak yang terbunuh adalah warga Palestin.

Yazan-al-Masri-2-Marwan-al-Masri-6-Rahaf-al-Masri-10-dan-Ibrahim-al-Masri terbunuh di kediamannya di Beit Hanoun, Gaza.

Kepadatan penduduk di Gaza lebih cenderung didiami golongan muda dengan anggarannya separuh daripadanya berusia di bawah 18 tahun. Oleh itu, ketika pesawat perang Israel menyerang rumah dan kawasan perumahan, jumlah kanak-kanak yang berisiko mati adalah sangat tinggi. Adakalanya hampir keseluruhan isi rumah mati dengan hanya satu letupan bom.

Israel menyalahkan Hamas atas jumlah kematian orang awam yang tinggi di Gaza kerana kumpulan itu melancar roket dan melakukan operasi ketenteraan dari kawasan awam. Pengkritik Israel menyebut angka kematian sebagai bukti bahawa serangan Israel itu dilakukan secara membabi buta.

Di Gaza, mereka hidup di tengah-tengah kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, malah tidak dapat melakukan pergerakkan bebas di dalam mahupun ke luar wilayah kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel dan Mesir.

Mereka juga hidup di bawah ancaman perang yang berterusan. Rata-rata yang berusia 15 tahun telah melalui empat serangan besar Israel dalam usia muda itu. Malah hampir semua orang di Gaza mengetahui seseorang boleh terbunuh dalam setiap pertempuran itu.

“Saya melihat kanak-kanak yang terbunuh, saya melihat mereka yang masih hidup ditarik keluar dari runtuhan bangunan dan kehilangan anggota badan, malah merasai bagaimana kanak-kanak ini pergi ke sekolah dan melihat rakan mereka sudah tiada, satu perasaan hiba yang cukup sukar untuk diluahkan,” kata seorang Psikologi kanak-kanak di Gaza, Ola Abu Hasaballah.

Nadine Awad, 16 berkebolehan berbahasa Inggeris dengan baik.

Di kampung Arab Dahmash, ketika siren berbunyi sekitar jam 3 pagi 12 Mei lalu, Nadine Awad, 16, dan ayahnya berlari keluar untuk bersembunyi.  Namun bom yang jatuh bersebelahan rumahnya telah membunuh dua beranak itu,” kata bapa saudara kepada Nadine, Ismail Arafat.

Tambah Ismail, Nadine sangat rapat dengan ayahnya dan suka menemani ke mana ayahnya pergi.

“Yang menyedihkan ketika siren berbunyi, dia masih mahu mengikuti ayahnya untuk mencari tempat berlindung dan kini dia bahagia menemani ayahnya di kubur,” katanya dengan penuh sebak.
Gurunya, Sirin Slameh berkata, Nadine adalah pelajar pintar dan berkebolehan bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan baik. Dia juga berkemahiran bermain piano dan aktif melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Seminggu sebelum kematiannya, dia baharu saja menerima keputusan ujian matematik di sekolahnya dengan memperoleh markah cemerlang iaitu sebanyak 97 per seratus,” kata Sirin yang mengimbas kenangan bersama anak syurga itu.

Hamada al-Emour,13 dan sepupunya, Ammar-al-Emour-10.

Pada hari yang sama, 12 Mei, Hamada al-Emour, 13, dan sepupunya, Ammar al-Emour, 10, keluar untuk menggunting rambut di kedai berhampiran rumahnya bagi persediaan sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Ketika perjalan pulang selepas menggunting rambut, serangan udara dari rejim Israel telah membunuh kedua kanak-kanak ini yang berlaku di hadapan mata ayahnya, Atiya al-Emor.
“Saya tidak mahu mengingatkan apa berlaku di hadapan mata saya kerana ia terlalu menyedihkan dan mengerikan,”  kata Atiya.

Mahmoud Tolbeh, anak yang rajin membantu keluarga.

Mahmoud Tolbeh, 12, adalah pelajar cemerlang, kata ayahnya, Hamed Tolbeh. Dia menyukai sains dan bercita-cita menjadi jurutera mekanikal. Dia banyak membantu kerja-kerja rumah, membuat telur dan sandwic untuk adik-beradiknya.

Menyediakan teh dan kopi ketika tetamu datang ke rumah, membersihkan rumah dan rajin membantu membeli barang makanan di kedai.
“Dia adalah tulang belakang keluarga dan kami sangat bergantung kepadanya jika ingin meminta bantuannya,” kata Hamed.

Pada malam terakhir Ramadan, dia pergi meneman sepupu ke kedai gunting rambut. Mahmoud berada beberapa langkah dari pintu masuk kedai ketika serpihan bom dari serangan udara Israel menghentam kepala dan lehernya.

Yahya Khalifa, 13 mengimpikan untuk membaca al-Quran di dalam Masjid Al-Aqsa.

Yahya Khalifa, 13,terbunuh oleh serangan tentera Israel ketika dia keluar ke kedai untuk membeli yogurt dan askrim untuk keluarganya.
“Dia suka menunggang basikal, dia juga telah menghafal beberapa bab al-Quran dan katanya suatu hari nanti berharap dapat membaca al-Quran di dalam Masjid Al- Aqsa,” kata  bapanya, Mazen Khalifa.

Identiti kanak-kanak yang terbunuh, gambar mereka dan keadaan kematian mereka datang dari ibu bapa dan saudara-mara mereka yang lain, guru dan sekolah di Gaza dan Israel, organisasi hak antarabangsa, pegawai Palestin, media sosial, dan organisasi berita di Gaza dan Israel.

Empat beradik mati bersama, Amir Tanani,(6), Ahmad Tanani (2), Ismail Tanani (7) dan Adham Tanani (4)- (tiada di dalam gambar).

Sebilangan besar perincian disokong oleh pelbagai sumber

Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Palestin di Gaza, Raji Sourani berkata, tentera Israel mengatakan bahawa ia mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kematian orang awam.
Dikatakan sasaran utama pengebomannya ditujukan kepada rangkaian terowong bawah tanah Hamas yang juga sebuah laluan strategik ketenteraan Hams yang berada di bawah kawasan kediaman awam.

“Akan tetapi, ramai orang di Gaza mengatakan bahawa jumlah orang awam yang terbunuh membuktikan bahawa apa sahaja langkah berjaga-jaga yang mungkin diambil Israel tidak mencukupi.
“Mereka yang mengeluarkan kenyataan harus ada alasan yang kukuh, apa yang kita saksikan mereka (rejim Israel) ingin menimbulkan kesakitan dan penderitaan kepada rakyat Gaza,” katanya.
Hamas menembakkan lebih dari 4,000 roket ke bandar yang didiami orang Israel, tetapi kebanyakannya dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome Israel.

Kebanyakkan penduduk Israel terselamat memandangkan mereka memiliki bilik selamat di dalam kediaman mereka. Di Gaza, kebanyakan orang tidak memiliki akses ke bilik atau tempat perlindungan yang selamat. Ramai  berlindung di sekolah-sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi mereka juga telah dibom, membuktikan rakyat Gaza boleh terbunuh di mana-mana sahaja mereka berada.

Muhammad Zain al-Attar (9 bulan) dan kakaknya, Amira-al-Attar (6) serta abangnya lelakinya, Islam-al-Attar (8), mati bersama.

Tengah malam di Beit Lahia, Gaza, tiga kanak-kanak yang ketakutan memeluk erat badan ibunya. Muhammad-Zain al-Attar, 9 bulan duduk di tengah, adiknya, Amira al-Attar, 6 dan anak lelakinya, Islam al-Attar, 8, berada di kiri dan kanan badan ibunya.

“Serangan pertama bom dari tentera Israel telah meruntuhkan pintu masuk tingkat bawah apartmen kami menyebabkan saya, isteri dan anak-anak terperangkat di bawah runtuhan hingga sukar untuk kami keluar.

Serangan kedua pula akhirnya telah meranapkan keseluruhan kediaman tiga tingkat itu menyebabkan kami terus tertimbus,” kata ayah kepada anak-anak itu, Muhammad al-Attar.
Katanya lagi, ketika dia menggali untuk menyelamatkan diri dari runtuhan itu, dia melihat isteri dan anak-anaknya terbunuh di bawah tiang konkrit bersama tiga anaknya di dalam keadaan berpeluk.

Pakar kesihatan mental dan organisasi bebas yang bekerja dengan anak-anak di Gaza mengatakan, mangsa perang di Gaza biasanya akan menderita dengan gangguan tekanan pasca-trauma, ketakutan dan kegelisahan kronik.Perasaan itu dapat menghasilkan mimpi buruk yang melemahkan semangtat seterusnya boleh merosakkan diri dan bersikap agresif.

“Gaza memberi pengalaman yang sangat ngeri bagi kanak-kanak kerana mereka berada di bawah pemerintahan tentera. Sebelas daripada kanak-kanak terbunuh bulan ini di kediaman masing-masing,” kata Jurucakap Majlis Pelarian Norway, Karl Schembri.

Beliau turut menjalankan program psikoterapi dan pendidikan untuk anak-anak di Gaza.

“Sebelum ini mereka mendapat bantuan dan pemulihan untuk mengatasi mimpi buruk dan trauma mereka akibat perang, namun kini kesemuanya terbunuh dan dikuburkan bersama impian dan tiada lagi mimpi buruk mereka selepas ini ,” kata Schembri.

Suheib al-Hadidi (12), Yahya al-Hadidi (10), Osama al-Hadidi (5) dan Abdurrahman al-Hadidi (7).

Suheib al-Hadidi, 12, tinggal bersama ibu bapa dan empat adik-beradiknya di kem pelarian Shati di Kota Gaza. Dia cemburu melihat sekawan burung yang mendapat kebebasan untuk pergi ke mana-mana dan membayangkan untuk hidup seperti burung. Dia memiliki ayam belati, melatihnya untuk duduk di bahu dan membayangkan masa depan sebagai penternak, kata sepupunya, Abdullah al-Hadidi.

Adiknya, Yahya al-Hadidi, 10, adalah seorang pemalu yang suka menunggang basikalnya dan bermain dengan kucing. Manakala adik bongsunya Osama al-Hadidi  dianggap salah seorang ahli keluarganya yang suka bergaya. Dia suka menukar pakaian dan bersusah payah untuk menyempurnakan penampilannya. Dia akan mandi dan menukar pakaiannya setiap dua jam.

Abdurrahman al-Hadidi, 7 pula minat belajar bahasa Inggeris, minat dengan kereta kawalan jauh dan mengimpikan untuk melancong ke Turki suatu masa nanti, kata ayahnya, Muhammad al-Hadidi. Keempat adik-beradik ini tidur di rumah bapa saudara mereka ketika bom Israel menghentam rumah itu menyebabkan mereka, ibu saudara dan empat sepupunya terbunuh.

Yara al-Qawlaq, (9), Hala al-Qawlaq, (12), Rula al-Qawlaq, (5), Zaid al-Qawlaq, (8), Qusai al-Qawlaq, (6) months, Adam al-Qawlaq, (3), Ahmad al-Qawlaq, (15), and Hana al-Qawlaq, (14) (tiada dalam gambar). pictured).

Keluarga al-Qawlaq memiliki dua bangunan pangsapuri bersebelahan di Jalan Al Wahda iaitu jalan raya utama di Kota Gaza.Sekitar jam 1 pagi 16 Mei, serangan Israel menyebabkan kedua-dua bangunan itu runtuh, membunuh lebih daripada 20 anggota keluarga besar itu termasuk lapan anak Yara al-Qawlaq, 9, Hala al-Qawlaq, 12, Rula al-Qawlaq, 5 , Zaid al-Qawlaq, 8, Qusai al-Qawlaq, 6 bulan, Adam al-Qawlaq, 3, Ahmad al-Qawlaq, 15, dan Hana al-Qawlaq, 14.

Mencari mangsa dari keluarga al-Qawlaq.

“Itu tidak dapat dibayangkan, ia diluar keperimanusiaan dan satu penyeksaan,” kata Waseem al-Qawlaq, yang selamat.

Dima al-Ifranji, (15),Yazan al-Ifranji, (13), Mira al-Ifranji, (11) dan Amir al-Ifranji, (9).

Dima al-Ifranji, 15, adalah anak harapan buat ayahnya. Dia adalah salah seorang pelajar cemerlang di kelasnya. Mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan mengimpikan untuk belajar perubatan, kata ayahnya, Rami al-Ifranji.

Adiknya, Yazan al-Ifranji, 13, adalah anak yang cerdas, sering kali menjadi yang pertama menjawab soalan di kelas. Dia suka bermain bola sepak dan mendengar muzik, dan berharap dapat menjadi jurutera komputer.

Mira al-Ifranji, 11, membayangkan masa depan untuk menjadi seorang doktor gigi. Dan Amir al-Ifranji, 9, adalah anak yang sopan dengan senyuman bersemangat dan suka bermain bola sepak dan permainan video di telefonnya. Serangan udara Israel pada 16 Mei lalu membunuh keempat-empat kanak-kanak dan ibu mereka.

Dana Ishkontana, (9), and Lana Ishkontana, (5), Yahya Ishkontana, (4), dan Zain Ishkontana, (2).

Walaupun sudah lewat malam selepas sambutan perayaan menyambut akhir Ramadan sudah berakhir, Dana Ishkontana, 9, dan Lana Ishkontana, 5, ingin terus mengenakan pakaian barunya itu kerana ayahnya, Raed Ishkontana mahu mengambil gambar mereka melalui telefonnya. Sementara dua adik-beradiknya lain Yahya Ishkontana, 4, dan Zain Ishkontana, 2, berada bersama ibunya.

Raed Ishkontana, yang terselamat dalam serangan udara, meratapi kematian isteri dan empat anaknya.

Apabila, ibunya mahu melangkah ke dapur untuk mengambil makanan ringan, gula-gula coklat dan kerepek kentang untuk anaknya, roket tentera Israel telah membedil kediaman mereka menyebabkan keempat anak dan ibu mereka terbunuh.

Tala Abu Elouf, (13) dan abangnya, Tawfiq Abu Elouf, (17).

Ayahnya menggelar ‘Galaxy’ kepada anaknya  Tala Abu Elouf, 13 kerana dia mempunyai mata berwarna coklat. Dia suka bergurau bersama ayahnya, Dr. Ayman Abu Elouf, kata sepupunya, Alaa Abu Elouf. Abangnya, Tawfiq Abu Elouf, 17, adalah seorang pelajar yang serius dan sedang gigih mempersiapkan diri untuk ujian peperiksaan bagi sekolah menengah. Kesemua keluarga saudaranya itu terbunuh dalam serangan udara Israel di Jalan Al Wahda di Kota Gaza pada 16 Mei, kata Abu Elouf.

Rafeef Abu Dayer.

Rafeef Abu Dayer, 10, suka melukis. Dia telah membuat lukisan salah satu bangunan tinggi yang dihancurkan oleh serangan udara Israel di Kota Gaza dua hari sebelumnya dan mula mewarnai gambarnya ketika ibunya memanggilnya untuk makan tengah hari.

“Anda boleh kembali melukis setelah anda makan,” kata ibunya.

Lukisan terakhir Rafeef Abu Dayer, 10, yang dihasilkan sebelum dia terbunuh.

Gadis itu duduk untuk makan tengah hari bersama 13 saudara di sebuah taman perumahan persendirian. Beberapa minit kemudian, Israel menyerang sebuah bangunan berdekatan, kata seorang bapa saudara. Serpihan dan runtuhan terkena Rafeef. Dia dan bapa saudara lain terbunuh.

Pada 19 Mei, sehari sebelum Israel dan Hamas menyetujui gencatan senjata, Dima Asaliyah, 10, berjalan pulang dari rumah kakaknya dengan membawa oven elektrik untuk membuat piza. Sebuah drone pengintai Israel melayang di atas kepalanya menyebabkan dia terbunuh.

Sumber: The New York Times

iswnews com
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Musta’ribeen : Perisik Israel mudah menyamar sebagai rakyat Palestin

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

Bagaimana jika anda ditugaskan untuk bertindak, berfikir dan hidup seperti musuh anda? Itulah yang dilakukan oleh beberapa perisik Israel sebagai pekerjaan harian, mereka ‘berlakon’ sebagai rakyat Palestin.

Penyamaran ini termasuk berpakaian sebagai lelaki tua atau wanita Palestin yang berpura-pura memeluk bayi . Semasa tunjuk perasaan, mereka bersama dengan orang ramai sambil melaungkan kata-kata semangat dan kemudian melemparkan batu ke arah tentera. Strategi ini adalah untuk menggalakkan penunjuk perasaan lain untuk mendekati tentera. Ketika tiba waktu yang tepat, mereka tiba-tiba mula menangkap orang Palestin, yang mana sebentar tadi mereka sama-sama memprotes dan bergandingan ‘menentang’ kezaliman Zionis, perkara ini bukan suatu yang baharu dalam sejarah penjajahan bumi Palestin.

Semasa tunjuk perasaan, mereka bersama dengan orang ramai sambil melaungkan kata-kata semangat dan kemudian melemparkan batu ke arah tentera. Strategi ini adalah untuk menggalakkan penunjuk perasaan lain untuk mendekati tentera. (jerusalem.fund.org)

Mereka adalah Musta’ribeen

Musta’rib adalah perkataan Arab yang merujuk kepada seseorang yang hebat dalam bahasa atau budaya Arab atau turut ditakrifkan “seseorang yang tinggal di kalangan orang Arab atau menjadi Arab”, walaupun mereka sebenarnya bukan dari bangsa Arab sendiri. Perkataan musta’ribeen adalah sifat jamak bagi musta’rib.

Dalam konteks Israel, Musta’ribeen atau dalam bahasa Ibrani disebut Mista’arvim, merujuk kepada unit penyamaran Pasukan Pertahanan Israel, yang terdiri dari tentera Israel yang menyamar sebagai Arab dan menyusup masuk ke dalam wilayah Palestin.

gambar dipotong dari pita kamera pengawasan yang menunjukkan penyamar Musta’ribeen memegang senjata di dalam Hospital Al-Ahly di Hebron pada tahun 2015 (sumber : AFP)

Unit Mista’arvim mula ditubuhkan pada tahun 1942, sebelum negara haram Israel terbentuk dan mereka dilatih untuk berfikir dan bertindak seperti orang Arab dan mereka juga turut belajar cara hidup orang Palestin sambil melakukan apa yang mereka sebut sebagai operasi ‘melawan pengganas/counter terrorist’.’ Melalui cara ini, mereka dapat memperoleh akses ke wilayah Palestin yang biasanya mustahil sebagai individu yang berketurnan Yahudi di Israel.

Musta’ribeen belajar bertutur dalam bahasa Arab termasuk dialek bahasa Palestin seolah-olah itu adalah bahasa pertama mereka, berpakaian seperti orang Palestin yang memakai keffiyeh, mereka juga dilatih untuk bertindak seperti gerak geri orang Palestin. Selain dari menjadi perisik mereka juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan operasi lain. Ini termasuklah menyelamatkan tebusan, mengumpulkan informasi dan seringkali menangkap atau mencari suspek “pengganas”.

Musta’ribeen belajar bertutur dalam bahasa Arab termasuk dialek bahasa Palestin seolah-olah itu adalah bahasa pertama mereka, berpakaian seperti orang Palestin yang memakai keffiyeh, mereka juga dilatih untuk bertindak seperti gerak geri orang Palestin. Selain dari menjadi perisik mereka juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan operasi lain. Ini termasuklah menyelamatkan tebusan, mengumpulkan informasi dan seringkali menangkap atau mencari suspek “pengganas”.

Foto yang pernah tular pada 2017 oleh agensi berita AFP yang dirakam oleh Abbas momani apabila dari pasukan penyamaran Israel yang turut sama dalam tunjuk perasaan di Ramallah.(Sumber : AFP/ Twitter @Abbasmomani)

Seandainya operasi mereka diketahui, tentera Israel akan membubarkan unit tersebut dan membentuk pasukan baru dan walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai unit ini atau bagaimana ia beroperasi, dipercayai terdiri daripada lebih empat unit yang operasi di pelbagai wilayah Palestin.

Siri drama Netflix ‘Fauda’ menggambarkan unit mista’arvim dan bagaimana mereka menjalankan operasi ‘melawan pengganas’ ini.

Jadi bagaimana mista’arivim dilatih untuk menjadi Arab?

Rakyat Isreal yang mempunyai raut wajah dan ’ciri-ciri seperti orang Arab’ dipilih untuk unit tersebut. Tetapi untuk menyempurnakan penyamaran mereka sebagai rakyat Palestin, mereka harus dilatih dengan ketat selama 15 bulan termasuk latihan ketenteraan dan empat bulan dari tempoh itu dihabiskan untuk mempelajari pelbagai perkara mengenai Arab seperti bahasa, tradisi, budaya dan mereka turut dilatih “bagaimana untuk kelihatan seperti orang Arab”.

Siri drama Netflix ‘Fauda’ menggambarkan unit mista’arvim dan bagaimana mereka menjalankan operasi ‘melawan pengganas’. Siri drama ini mendapat tentangan dari rakyat Palestin kerana dikatakan Pro-Zionis.(Sumber : Yes DBS Satellite/Netflix)

Tetapi bagaimana seorang Israel berjaya mempelajari ‘seni menjadi Arab’ hanya dalam beberapa bulan?

Jika dilihat Yahudi dan Arab mempunyai banyak persamaan, dari sudut nilai sejarah, kedua-dua bangsa ini adalah dari bangsa Semitik dan mereka boleh katakan ‘bersepupu’. Walaupun bahasa Ibrani dan Arab tidak sama, bahasa Ibrani dan Arab mempunyai persamaan dan sangat berkait rapat, dan jika anda sudah menguasai satu daripada bahasa ini, ia akan membantu anda mempelajari yang lain dengan lebih mudah.

Oleh itu, mungkin ini penyebab bagi seseorang Israel untuk fasih berbahasa Arab dan berpewatakan seperti orang Arab walaupun agak sukar, namun sebaliknya jika dilatih, seorang Arab juga boleh belakon sebagai seorang Yahudi.

Mesir menyatakan bahawa mereka berjaya memperoleh maklumat dari agen risikan/mata-mata yang dilatih mereka pada masa lalu, yang kemudian dihantar ke Israel, menyamar sebagai orang Yahudi untuk mengumpulkan rahsia risikan tentera untuk kegunaan tentera Mesir semasa perang satu ketika dahulu.

Oleh itu, bagaimana pendapat anda mengenai taktik penyamaran dan kejutan Israel?

 

Sumber :TRT World/Al-Jazeera/alquds.co.uk/

 

Mereka dilatih untuk berfikir dan bertindak seperti orang Arab dan mereka juga turut belajar cara hidup orang Palestin. (Sumber : AFP/ Twitter @Abbasmomani)

7682a5f3-2aae-46a1-877f-4c4e39631a7c
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Gaza Berhak Untuk Senyum

no comment

SEPERTI tiada apa-apa yang telah berlaku selepas tiada lagi kedengaran bom pemusnah dari bedilan roket rejim Zionis. Tiada lagi kedengaran deruan bingit jet perang melintasi ruang udara bumi bertuah Gaza.

Apa yang kelihatan hanyalah kemusnahan yang amat dahsyat hampir mencecah nilaian billion ringgit yang memerlukan bertahun-tahun untuk dibangunkan kembali.

Namun rakyat Palestin khususnya wilayah Gaza yang menjadi sasaran utama bedilan roket Zionis Israel masih berhak untuk senyum, bergelak-tawa kerana bagi mereka kehidupan perlu diteruskan.

Apa pun keadaan yang telah berlaku tidak menghalang rakyat Gaza untuk keluar menikmati makanan bersama keluarga.

Apa yang tertangguh sebelum ini seperti meraikan Aidilfitri dengan menziarahi sanak saudara, jiran tertangga, sambutan hari jadi, minum bersembang bersama kawan dan pelbagai aktiviti rutin kembali diteruskan.

Pemuda Gaza mengambil peluang berjumpa kawan selepas gencatan senjata diumumkan.

Gencatan senjata bagi mereka adalah tempoh untuk ‘berehat’, menyelesaikan rutin harian dan kembali menjalani kehidupan biasa, apatah lagi melaluinya perkara yang sama sejak tujuh dekad yang lalu bagaikan sudah lali. Inilah kehebatan jiwa yang dikurniakan Allah kepada rakyat Gaza bagi mempertahankan terus bumi tanah air mereka sampai bila-bila.

Ketika pertempuran Pejuang Palestin dengan rejim Zionis berlaku, puluhan ribu penduduk Palestin terpaksa berlindung di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melepaskan diri daripada pengeboman Israel.

Kesedihan yang tidak dapat digambarkan bagi kanak-kanak yang kehilangan tempat mereka berteduh.

Kini banyak keluarga sudah mula pulang ke rumah masing-masing setelah gencatan senjata berkuat kuasa pada awal pagi Jumaat lalu. Melihat adakah sisa-sisa kediaman mereka masih boleh dijadikan tempat perlindungan ahli keluarga yang masih hidup.

Rakyat Gaza kembali pulang ke rumah selepas gencatan senjata diumumkan.

Wartawan Al Jazeera, Harry Fawcett yang melaporkan dari Gaza berkata, Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB menganggarkan hampir 17,000 unit kediaman dan komersial telah rosak dan musnah disebabkan oleh serangan bedilan roket rejim Zionis sepanjang 11 hari pertempuran.

“Ini termasuk 769 unit perumahan dan komersil yang tidak dapat dihuni, sekurang-kurangnya 1.042 unit di sekitar 258 bangunan yang musnah dan 14.538 unit lagi yang mengalami sedikit kerosakan.

“Terdapat nisbah kira-kira lebih dari enam orang bagi setiap rumah di bandar ini dan di Semenanjung, iaitu lebih daripada 80,000 orang yang kehilangan rumah atau mengalami kerosakan serius sebahagian rumah mereka. Ia adalah satu malapetaka paling besar berlaku sejak konflik antara Israel dan Palestin berlaku,” kata badan PBB itu dalam satu kenyataan.

Hilang tempat berteduh dan mata pencarian.

Penduduk Gaza, Nazmi Dahdouh, 70, yang juga seorang ayah kepada lima anak menyatakan rumahnya di Kota Gaza musnah dalam serangan Israel.

“Kami tidak mempunyai rumah lain. Saya akan tinggal di khemah di atas runtuhan rumah saya sehingga dibina semula, ”katanya kepada agensi media AFP.

Tetapi Malak Mattar, seorang seniman di Kota Gaza, memberitahu Al Jazeera gencatan senjata telah membawa kelegaan kepada keluarganya.

“Kami berasa lega yang akhirnya kami dapat tidur lena selama berjam-jam yang merupakan perkara yang kami tidak dapat lakukan selama 11 hari yang lalu, kini keadaannya sangat baik, merasa selamat dan mendapat bekalan makanan,”katanya.

Media pemerintah Mesir melaporkan bahawa dua perwakilan keselamatan Mesir telah tiba untuk memantau perjanjian gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak.

Antony Blinken. Gambar AP

Jabatan Luar Amerika Syarikat mengatakan diplomat tertinggi Antony Blinken akan bertemu dengan wakil Israel dan Palestin dalam beberapa hari untuk membincangkan usaha pemulihan dan bekerjasama dalam membangun masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.

Ketua PBB Antonio Guterres menyatakan Israel dan Palestin sekarang memiliki tanggung jawab untuk mengadakan dialog untuk mengatasi punca konflik.

Dia juga meminta sokongan kukuh masyarakat antarabangsa untuk pembinaan dan pemulihan yang cepat dan mampan.

Kolumnis Diplomat Washington, Eric Ham, mengatakan konfrontasi ketenteraan terbaru antara Israel dan Hamas telah menyebabkan pergeseran persepsi terhadap Israel di kalangan beberapa ahli kongres Amerika Syarikat.

“Apa yang anda lihat sekarang adalah sejumlah ahli kongres Demokrat yang bersedia keluar dan berbicara dengan tegas secara terang-terangan mengenai pencerobohan atau tindak balas tentera Israel terhadap apa yang kita lihat di Semenanjung Gaza,” kata Ham kepada Al Jazeera.

“Ini adalah sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Sumber: Al Jazeera