Browsing Tag

palestin

6b29ac2e-5d75-444e-89d2-5284fa714a94
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Undang-Undang Kejam Israel Curi Tanah Palestin

no comment

PADA awal bulan Mei lalu, lebih 50 keluarga Yahudi mengemas beg mereka dan berpindah ke puncak bukit bandar Beita berhampiran Nablus di Tebing Barat, wilayah Palestin.Mereka dengan cepat mendirikan penempatan, rumah ibadat, taman asuhan kanak-kanak dan membina taman permainan bagi menuntut sebidang tanah yang tidak mereka beli atau warisi.

Peneroka Israel ini menggelar mereka sebagai markas Evyatar sempena nama lelaki Yahudi, Evyatar Borosky yang dibunuh pada tahun 2013 dan mendakwa dilakukan oleh orang Palestin.

Israel mengakui Perjanjian Oslo 1993 bagi membekukan penempatan haram adalah tidak sah. Gambar: Middle East Monitor.

Semua penempatan, pos haram atau melalui ‘pintu belakang’ dilakukan Israel bertujuan menuntut tanah Palestin. Israel mengakui Perjanjian Oslo 1993 di bawah Undang-Undang Antarabangsa bagi membekukan penempatan haram adalah tidak sah.

Israel lebih berani apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilantik menggantikan Donald Trump dan Israel menyaksikan perubahan pemerintahan AS menjadi gabungan parti-parti kiri dan kanan memudahkan niat jahat mereka.

Tanah yang dijajah lebih 50 keluarga Yahudi ini juga terletak di kawasan yang strategik. Ia terletak di Selatan Nablus di daerah bernama Jabal Sabih di perkampungan Beita dan Yatma. Mereka mengharapkan penempatan itu akan menjadi milik mereka di masa akan datang.

Penduduk Palestin dinasihat agar tidak terlalu ghairah meraikan kemenangan kerana Israel masih punya agenda jahat. Gambar: TRT World

Minggu lalu, peneroka Yahudi itu akhirnya diusir oleh rakyat Palestin dan mereka meraikan kemenangan penentangan itu. Penganalisis bagaimanapun memberi amaran bahawa kegembiraan itu masih terlalu awal untuk diraikan.

Menurut Al Jazeera, beberapa pakar penganalisis yang mereka temui mengatakan pengusiran itu tidak menggambarkan perubahan dasar Israel, malah ia menunjukkan bagaimana Israel akan menggunakan segala perancangan mereka untuk memudahkan pencurian tanah Palestin secara sistematik.

Media Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menyokong kuat penempatan haram yang dilakukan peneroka Israel dan menawarkan perjanjian kepada mereka untuk memastikan tanah itu dapat diklasifikasikan sebagai ‘tanah negara’ walaupun terletak di perkampungan Palestin.

Pengarah Eksekutif, Israel Peace Now (Badan Bukan Kerajaan), Hagit Ofran di dalam Program Watch Settlement Watch, berkata kepada Al Jazeera, peneroka pergi mendirikan rumah kekal mereka setelah tenteranya meletakkan jawatan. Kerajaan kini telah memulakan proses pengisytiharan tanah negara untuk mereka,”kata Ofran.

Israel menghalalkan penempatan haram seperti itu dengan menafikan terhadap Undang-Undang Uthmaniyyah yang mengatakan bahawa jika tanah itu tidak diusahakan selama beberapa tahun berturut-turut, ia akan menjadi milik negara.

Israel Peace Now, bagaimanapun menegaskan pos Evyatar sebenarnya dibangunkan di atas tanah peribadi Palestin dan sebuah foto daripada udara telah diambil pada tahun 1980 menunjukkan sebahagian daripada tanah itu telah diusahakan dan tidak boleh dianggap sebagai tanah negara Palestin.

 

Undang-undang harta benda yang tidak dimiliki

Israel menggunakan Undang-Undang Hak Milik Absentee untuk menuntut tanah yang dipaksa orang Palestin untuk ditinggalkan dalam perang 1948 dan 1967. Ini juga menunjukkan pelbagai taktik untuk mendapatkan semua tanah yang tidak berdaftar atau ditinggalkan oleh kerajaan Uthmaniyyah dan Inggeris dan dipercayai dua pertiga daripada tanah di Tebing Barat adalah tanah negara.

Ladang pertanian yang diusahakan rakyat Palestin. Gambar: Slow Food International.

Tanah-tanah Palestin juga diwartakan kerajaan untuk sektor arkeologi dan pelancongan. Namun jika tanah itu dibeli daripada rakyat Palestin ia juga boleh dikatakan sebagai tindakan paksaan, kata Peace Now.

Menurut B’Tselem, Pusat Maklumat Israel (Badan Hak Asasi Manusia) di Wilayah Pendudukan, Israel memberikan faedah cukai kepada peneroka untuk membina rumah dan membantu industri Israel dengan mendirikan kedai di wilayah itu. Israel juga menyokong orang Yahudi untuk mengusahakan ladang pertanian daripada padang rumput Palestin.

Ladang yang dimiliki oleh Israel di tanah haram milik Palestin. Gambar: Institut for Global Change.

“Empat puluh ladang seperti itu telah didirikan dalam satu dekad, secara efektif ia mengambil alih puluhan ribu dunam (luas tanah yang digunakan ketika zaman Kesultanan Utsmaniyah),” katanya.

Penolong Profesor di Stonehill College, Anwar Mhajne yang juga saintis politik dan pakar dalam hubungan antarabangsa, mengatakan pada tahun 1968 Israel menangguhkan proses pendaftaran tanah yang memungkinkannya untuk melabel tanah yang tidak berdaftar sebagai tanah negara.

Dia menambahkan undang-undang Israel membenarkan Israel merampas tanah persendirian orang Palestin yang kemudian akan diserahkan untuk infrastruktur kepada peneroka Israel.

“Israel menggunakan undang-undang ini untuk merebut tanah peribadi dan membina jalan bagi menghubungkan penempatan. Dengan mengandaikan undang-undang di Jerusalem Timur, Israel mampu mendirikan 12 penempatan haram di Jerusalem Timur,” kata Mhajne.

Katanya lagi, jika sebidang tanah di Selatan Nablus diberikan status tanah negara yang dikhuatiri oleh pakar Palestin, ia akan mendorong lebih ramai peneroka Israel membangun lebih banyak penempatan haram untuk menekan pemerintah dan meminta pengiktirafan.

Anggota Kumpulan Pemikir Palestin Al-Shabaka, yang juga Pengarah Advokasi Institut Diplomasi Awam Palestin (PIPD), Ines Abdel Razak, berkata banyak pos haram sedang dalam proses untuk diluluskan.

“Agenda jahat penjajah Israel telah bermula satu abad lalu dan mempunyai tujuan yang jelas iaitu untuk mendapatkan tanah yang maksimum. Ini sangat jelas apa yang berlaku di Jerusalem dan di Tebing Barat termasuk di Sheikh Jarrah, Silwan dan Beita.

“Menggunakan Undang-Undang Hak Milik Absentee menuntut kawasan perusahaan di Tebing Barat, bertujuan untuk membangun permukiman Yahudi dan membuang rakyat Palestin dari tanah air mereka,” kata Ines Abdel Razak.

Menurut laporan Human Rights Watch yang dikeluarkan pada Mei tahun lalu, dikatakan Israel telah menguasai 93 peratus dari semua tanah termasuk di Jerusalem Timur dan telah menyerahkan tugas mengurus tanah-tanah ini kepada Lembaga Tanah Israel. Tetapi badan ini dikuasai oleh Dana Nasional Yahudi yang diberikan mandat untuk membangunkan tanah orang Yahudi dan bukan kepada penduduk lain.

Laporan itu juga memetik dari tahun 2017 bahawa penduduk Palestin hanya 21 peratus daripada penduduk Israel iaitu kurang tiga peratus tanah berada di bawah bidang kuasa negara Palestin.

 

Sumber Teks dan Gambar: Al Jazeera

 

Solidariti benamkan kengkuhan Israel
Gaya Hidup,

Ayuh Umat Islam Bersolidariti Benamkan Keangkuhan Israel

no comment

Oleh DR MOHD ASHROF ZAKI YAAKOB

SEPERTI yang kita sedia maklum, keangkuhan rejim Zionis yang dilaknat oleh ALLAH SWT berulang kembali pada malam 26 Ramadan lalu di bumi Palestin. Puak-puak itu dengan penuh lagak mendabik dada menafikan hak umat Islam Palestin untuk beribadah di Masjid al-Aqsa iaitu masjid suci milik umat Islam.

Mereka telah menduduki Palestin dengan cara tidak sah melalui penipuan, penyelewengan dan penindasan.

Sebagai bangsa terburuk dan tidak pernah berpegang pada janji seperti yang dinyatakan dalam kitabullah, segala perjanjian yang telah dimeterai mereka dimungkiri dan dipijak-pijak tanpa perasaan bersalah.

Firman ALLAH SWT: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” (Surah al-Maidah, ayat 78)

Sejak perang Asia Barat meletus pada tahun 1967, Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan mendedahkan, kira-kira sejuta rakyat Palestin telah ditangkap tentera Israel.

Namun, tindakan puak Zionis Yahudi yang menahan rakyat Palestin dan melakukan penindasan bukanlah suatu perkara baharu. Ia telah dilakukan secara terang-terangan.

Baca juga Bersama Pertahankan Kesucian Bumi Palestin, Berdosa Jika Umat Islam Tidak Ambil Tahu

Pun demikian, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya sekadar mengambil tindakan memejam mata sahaja.

Sifat hipokrasi dan berat sebelah itu sudah lama diketahui dan tiada apa yang boleh diharapkan. Isu yang berlarutan sejak puluhan tahun ini juga dilihat seolah-olah tiada penghujungnya.

Solidariti benamkan kengkuhan Israel


AYUH bersama-sama kita mempertahankan kesucian bumi Palestin dengan apa sahaja cara mengikut kemampuan masing-masing.

Namun, sebenarnya umat Islam masih lagi belum sedar dengan kekuatan yang kita miliki. Berdasarkan perangkaan, umat Islam di seluruh dunia mencecah 1.9 bilion dan merupakan agama kedua paling ramai penganut di muka bumi ini.

Jika kesemuanya bersatu hati, ia pasti akan memberi impak maksimum kepada Israel dan sekutu-kutunya!

Pada pandangan saya, strategi utama yang boleh dilaksanakan segera oleh umat Islam adalah menerusi tiga aspek utama iaitu ekonomi, media sosial dan kebajikan.

Jika dilihat, kekuatan ekonomi umat Islam sememangnya mampu memberi pengaruh kepada ekonomi dunia khususnya pihak Israel.

Kempen-kempen pemboikotan produk-produk keluaran Israel dan negara-negara kroni perlu digerakkan semula secara besar-besaran.

Kempen

Ya, memang diakui, kempen sebegitu dilihat lebih bersifat bermusim, namun sekiranya ia distrukturkan secara berstrategi dan menyeluruh, tidak mustahil ia akan memberi kesan yang lebih kuat sekali gus melumpuhkan ekonomi konglomerat Israel.

Seterusnya adalah kempen media sosial. Pendekatan itu amat penting kerana ia merupakan medium utama menyampaikan sebarang informasi ke seluruh benua.

Walaupun platform seperti Twitter, Instagram dan Facebook dikuasai Israel, namun dengan kekuatan solidariti berbilion umat Islam, ia mampu menggegarkan dunia dan mendedahkan secara langsung kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin.

Meskipun ada perkara yang cuba diselindungkan oleh musuh Islam itu, simpati dan kesedaran masyarakat antarabangsa akan memberikan tekanan yang hebat kepada pemimpin negara haram tersebut untuk menghentikan kezaliman dan penindasan ke atas saudara kita di Palestin.

Selanjutnya adalah mengenai soal kebajikan. Sesungguhnya, penduduk Palestin sangat mendambakan bantuan umat Islam di seluruh dunia.

Mereka tidak memilih untuk berada di sana, namun terpaksa memikul tanggungjawab besar mewakili umat Islam bagi mempertahankan bumi al-Aqsa daripada dijajah oleh rejim Zionis Israel.

Di Malaysia, terdapat puluhan pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai hubungan langsung dengan umat Islam di Palestin. Pilihlah salah satu daripadanya dan sumbangkanlah untuk rakyat Palestin.

Solidariti benamkan kengkuhan Israel


MARILAH sama-sama kita bermunajat kepada ALLAH SWT agar untuk mendoakan kesejahteraan umat Islam Palestin serta menghancurkan Israel dan sekutunya.

Walaupun nilainya mungkin RM1, tetapi disebabkan sikap kebersamaan umat Islam, jumlah berkenaan mampu mencecah atau melebihi RM1 juta.

Secara logiknya, sekiranya seluruh umat Islam di dunia menyalurkan bantuan kewangan, pastinya negara haram Israel akan musnah akibat daripada kekuatan dan sokongan kewangan umat Islam.

Ketahuilah, keangkuhan demi keangkuhan yang ditunjukkan oleh rejim Israel pastinya tidak akan kekal lama dan akan musnah akhirnya.

Justeru, kita semua perlu segera bersatu dan bersolidariti bagi membantu umat Islam di Palestin.

Satu lagi, kita jangan lupa menggunakan ‘senjata’ doa yang sememangnya ampuh bagi menghancurkan Israel laknatullah.

Marilah kita bersama-sama bermunajat kepada ALLAH SWT untuk mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana.

Pada masa sama, mohonlah agar diberikan kekuatan kepada umat Islam dan bersungguh-sungguh berdoa kepada ALLAH SWT YANG MAHA PERKASA agar menghancurkan rejim Zionis. Kita juga digalakkan untuk membaca qunut nazilah dalam solat.

Setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu agama Islam khususnya melibatkan isu umat Islam Palestin dan Masjid al-Aqsa.

Hulurkanlah apa sahaja bantuan yang termampu. Sekiranya kita ditanyakan oleh ALLAH SWT di akhirat nanti tentang sumbangan yang diberikan, maka kita mempunyai jawapan yang tuntas mengenainya.

*** Dr Mohd Ashrof Zaki Yaakob ialah Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi Mara (UiTM) & Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM

Foto: AFP & Bernama

prof
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Palestin Dalam Tulisan Hieroglif Mesir

no comment

Oleh : Profesor Dr. Solehah Binti Yaacob

PROPAGANDA lapuk yang dilaungkan Yahudi bahawa Palestin adalah tanah air nenek moyang mereka. 

Propaganda ini telah dicanang sebelum 1948 atau sebelum peristiwa Nakba lagi di mana sebahagian besar tanah rakyat Palestin telah dirampas oleh penjajah yang bersikap regim ini. 

Setiap hari kita mendengar kisah penderitaan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah air mereka. Walaupun genjata senjata dipersetujui baru-baru ini dengan Mesir sebagai orang tengah telah berjaya menamatkan perang yang berlansung selama 11 hari itu namun pengakhirannya masih kabur dan rapuh. Rakyat Palestin masih lagi dihina, ditekan dan dicabul hak mereka. 

Hakikatnya regim Zionis ingin menghapuskan nama Palestin dari peta dunia, maka usaha ini tercapai pada 2011 apabila pihak Google telah memadamkan nama Palestin dari peta dunia. 

Perbuatan ini dikutuk oleh berjuta netizen yang menyokong kewujudan negara Palestin. Justeru kajian pensejarahan dan asal usul bumi Palestin amat perlu. Di mana data sejarah seperti catatan batu bersurat amat penting dalam membuktikan sejarah kuno Palestin dengan kata lain Palestin adalah sebuah negara yang telah dimiliki oleh bangsanya semenjak dahulu lagi. 

Oleh itu kajian yang berasaskan sejarah dan ilmu pengetahuan ini akan meletakkan posisi Palestin sebagai negara berdaulat dan diiktiraf itu tepat.

Nama Palestin wujud dalam peta Ptolemy sekitar 100 M. (Rujukkan Google)

CATATAN BATU BERSURAT HIEROGLIF

Penterjemahan tulisan Hieroglif Mesir yang dilakukan oleh Jean Francois Champollion sekitar 1822 AD  telah mendapat pengiktirafan hasil ketepatan maklumat tersebut. Usaha ini dilakukan setelah penaklukkan Napoleon terhadap Egypt pada tahun 1798 membawa kepada penemuan Rosetta Stone dan seterusnya melahirkan fenomena Egyptology dalam membongkar tamadun Mesir.   

Hakikatnya beliau telah mendapat pendedahan lebih awal tentang bahasa Coptic yang merupakan bahasa utama agama Kristian di era Egypt kuno. Bahasa Coptic menggunakan penulisan alphabet Greek yang mempunyai pengaruh skrip penulisan kuno Egypt. 

Hasil daripada kebolehan ini, Champollion memperolehi kemampuan untuk menterjemah cara sebutan fonetik Hieroglif Mesir. Beliau percaya bahawa tulisan Hieroglif secara keseluruhan mempunyai sistem abjad yang sempurna beserta ketepatan bunyi. 

Selain daripada Champollion, terdapat beberaa decipherer (panggilan untuk penterjemah batu bersurat) seperti Michael Ventris yang menterjemah beberape tablet kepingan tanah liat daripada artifak Greek dan Minoan, manakala David Stuart pula mentafsir simbol tulisan (glyphs) Maya di Yukatan. 

Perlumbaan negara-negara barat dalam menterjemahkan tulisan kuno ini merupakan usaha membantu negara mereka untuk menguasai timur melalui penguasaan ilmu alam purba yang menjadi topik utama dalam Biblical Studies.

Bukti daripada kajian linguistik seperti penemuan tulisan hieroglafi dan syallabi orthografi telah membuktikan linguistik merupakan satu metode yang boleh menjadi dalil saintifik terhadap kewujudan negara Palestin serta penggunaan bahasa kuno yang dituturkan pada ketika itu. 

Lembing besi buatan orang Peleset/ Philistines bertarikh 1150 SM dijumpai di Abydos ketika kekuasaan Ramesses IV. Hakikatnya mereka menguasai pengeluaran besi di wilayah tersebut pada ketika itu. (Gambar : Some Sea-Peoples/G. A. Wainwright)

Batu bersurat purba Mesir yang dikenali sebagai Hieroglif telah mencatatkan beberapa maklumat tentang nama bangsa-bangsa yang wujud di sekitar perairan Mediterranean dan perairan teluk Aegean. 

Mereka ini dikenali sebagai orang-orang laut (sea people) yang banyak membuat penentangan terhadap kerajaan baru Mesir (Egypt New Kingdom) (Wachsmann 2009, Artzy 1987). Antara yang tercatat; Peleset (Pw-r-s-ty)/ Philistines, Tjekker, Denyen, Shekelesh, Teresh, Shardana/ Sherden, Lukka and Ekwesh (Wainwright, 1961: 71-85). 

Bukti Palestin wujud di mana peta menunjukkan perkataan Palestin ditulis Palestina. Terdapat pulau Creta di sebelah barat laut yang didakwa oleh Bible, manakala Homer berpendapat bahawa Peleset itu adalah `Pelasgias`. (Rujukkan peta dari koleksi David Rumsey Historical Map Collection on The World as Known to the Ancients, 1854)

Mereka ini merupakan orang-orang yang mahir dalam pembuatan kapal untuk pelayaran laut dalam dan kapal untuk perperangan. 

Antara catatan yang menarik perhatian untuk dibahas ialah orang laut Peleset (Pw-r-s-ty)/ Philistines. Nama Peleset ini telah diterjemah oleh Jean Francois Champollion dengan suku kata sebutan sebagai `Pw-r-s-ty`  di dalam catatan Medinet Habu, The Great Harris Papyrus yang mempunyai 41 meter panjang, Rhetorical Stele Chapel C di Deir el-Medina ketika pemerintahan Ramesses 111 sekitar 1191 SM. 

Selain itu dalam catatan Onosmasticon of Amenope sekitar 2200 SM – 2000 SM dan Batu Besurat Pedeset sekitar 900 SM juga menyebut nama Peleset dan kehebatan orang laut ini. Kemungkinan besar perkataan `Peleset` ini juga digunakan untuk membuktikan bahawa bangsa ini telah meluas sehingga ke Asia Minor (sesudah kejatuhan Ottoman dikenali sebagai Turkey). 

Tulisan ‘Sea People’ di dalam catatan Hieroglif Mesir(Sumber : Google)

Ini telah dibuktikan oleh penulisan Homer `Pelasgias` yang cuba mengaitkan dengan Troy dan kaum yang menetap di Thrace timur laut Greece. Homer dalam karangannya Oddssey menyebut bahawa `Pelasgias` bertempat di Creta. Manakala catatan Biblical Studies pula banyak menyebut bahawa asal usul Peleset(Pw-r-s-ty)/ Philistines adalah di kepulauan Capthor.  Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Capthor itu adalah Creta. 

Manakala Profesor Donald B. Redford (1993) mengaitkan perkataan Capthor atau Keftiu adalah dialek bahasa orang Canaan di mana beliau percaya bahawa askar-askar Mesir terpaksa belajar bahasa Keftiu atau Capthor ini untuk mendapat kemahiran membuat alat-alat senjata. Ini ada benarnya kerana Palestin merupakan wilayah pengeluar besi yang paling banyak pada ketika itu.

KESIMPULAN

Hakikatnya penemuan perkataan `Pw-r-s-ty` dalam tulisan Hieroglif Mesir telah membongkar sejarah kuno Palestin yang dikenali sebagai sea people atau orang laut. 

Penulisan yang menggunakan huruf konsonan tanpa diikuti oleh huruf vokal merupakan penulisan asal mana-mana batu bersurat kuno yang sememangnya tidak mempunyai huruf vokal (A.F.L Beeston, 1983). 

Penemuan ini merupakan bukti saintifik bahawa Palestin adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai pemerintahan sendiri. Selain itu negara ini mempunyai kekayaan hasil dari sumber alam seperti pengeluar besi utama di wilayah tersebut pada ketika itu di mana buktinya adalah pembuatan alat-alat senjata yang bermutu tinggi.  

Bukti batu bersurat Mesir kuno menunjukkan topi keledar seperti pelepah dibuat dari kulit atau tali jerami merupakan topi keselamatan yang dipakai oleh orang laut Peleset/ Philistines. (Rujukkan Google)

Orang laut yang ditawan ketika kalah berperang dengan Ramsess iii, Empat dari kiri adalah orang laut Peleset berdasarkan topi keledar yang dipakai. Manakala yang lain adalah orang laut Labu/Libya, Shekelesh, Hittite/Chaldean dan Amori. (Rujukkan Google)

Palestin juga merupakan pengeluar warna ungu yang pertama di dunia. 

Jelas menunjukkan bahawa perang yang sentiasa meletus dengan kerajaan Mesir di perairan teluk Aegean membuktikan bahawa orang-orang Palestin mempunyai kepakaran yang tinggi dalam pembuatan kapal di laut dalam. 

Justeru tidak hairan batu bersurat Praiba telah dijumpai di Brazil dalam tulisan Phonecion yang menyebut tentang bangsa semitik iaitu anak cucu Sam bin Nuh. Kemungkinan besar disebabkan Palestin mempunyai sejarah yang hebat dan berketurunan asal usul Nabi Nuh ini sehingga terdapat usaha pihak tertentu ingin menenggelamkan sejarah Palestin yang sebenar. 

Hakikatnya usaha menidakkan sejarah Palestin ini telah bermula semenjak penulisan Perjanjian Baru (Biblical Studies) lagi. Ini dapat dilihat pada catatan peta no. 12 bahawa nama Palestin sudah tidak wujud lagi.

 Ini bermakna usaha untuk memadamkan nama Palestin wujud setelah perjanjian baru ditulis sekitar 300 tahun sesudah ketiadaan Nabi Isa a.s. Maka hasil penulisan yang diubah ini, merupakan alasan yang kuat bagi mereka yang berhasrat untuk mencari tanah yang baru, maka Palestin merupakan objek mudah untuk diperkotak katik.

Pedang 90 cm yang dijumpai di Beth Dagan dekat Jaffa bertarikh sekitar 2000 SM. Diperbuat dari tembaga tulen dengan sedikit penambahan asid arsenik. (Rujukkan Google)

Lembing besi buatan orang Peleset/ Philistines bertarikh 1150 SM dijumpai di Abydos ketika kekuasaan Ramesses IV. Hakikatnya mereka menguasai pengeluaran besi di wilayah tersebut pada ketika itu. (Rujukkan Google)

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota Editor : Sudut pandangan yang dinyatakan oleh penulis tidak semestinya mencerminkan pendapat, sudut pandangan dan dasar editorial SIPlus

 

 

Rujukkan:

A.F.L. Beeston et al., (ed.), 1983. Arabic Literature to the end of The Umayyad Period.

Cambridge: Cambridge University Press.

Artzy, M.A. 1987. On Boats and Sea Peoples, Bulletin of the American Schools of Oriental Research, No. 266, pp. 75-84. http://www.jstor.org/stable/4126241

Redford, D.B. 1993.Egypt, Canaan and Israel in Ancient Times, New Jersey: Princeton University Press.

Images: http://www.salimbeti.com/micenei/sea.htm

https://www.google.com/search?q=ancient+map+of+palestine+in+

Wainwright, G.A. Some Sea-Peoples. The Journal of Egyptian Archaelogy, Vol. 47. Pp. 71-90. http://www.jstor.org/stable/3855867

https://www.davidrumsey.com/luna/servlet/detail/RUMSEY~8~1~37613~1210598:The-World-as-known-to-the-Ancients-?fbclid=IwAR1-lfArhA0dtzq0mtG5Ry7ikjzU2nOPQzL_zTkTSHF4gCU-rCkHXUmOvG8

NBC NEWS
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Keffiyeh Palestin Berjenama LV Dijual Pada Harga RM2,928 Sehelai Dapat Kecaman

no comment

PEMILIK produk berjenama mewah, Louis Vuitton (LV) dikecam selepas mengeluarkan selendang yang mengambil ilham keffiyeh Palestin dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga RM2,928 sehelai.

Di laman web butik fesyen itu di Perancis, dipaparkan rekabentuk Keffieh dan disenaraikan sebagai produk aksesori yang diilhamkan daripada Keffieh klasik dan disertakan dengan logo LV.

“Teknik menenun ‘jacquard’ digunakan untuk membuat corak pada keffiyeh yang agak sukar menggunakan kain kapas campuran, bulu dan sutera. Lembut, ringan dipakai dan aksesori ini memberikan suasana santai,” seperti yang tertera kenyataan pada laman web berkenaan.

Selendang LV mengambil inspirasi Keffiyeh Palestin yang tidak disenangi ramai. Gambar: The Independent.

Iklan itu menimbulkan kecaman orang ramai yang menuduh Louis Vuitton seolah mengambil kesempatan ke atas simbol budaya rakyat Palestin dengan menyebut ‘mengambil untung terhadap orang yang tertindas’ dan gagal mengakui pentingnya selendang sebagai simbol nasionalisme rakyat Palestin.

“Sangat tidak sopan untuk menjual simbol budaya Palestin, keffiyeh dengan jumlah USD705 dolar yang tidak masuk akal, tanpa mengakui bahawa ia adalah budaya Palestin. Sepatutnya hormatilah hak rakyat Palestin dan perjuangan mereka,” kata salah seorang pengguna twitter mengecam tindakan LV.

Selain ada yang menulis, “Louis Vuitton mengatakan bahawa mereka bersikap natural namun mereka mendapat keuntungan daripada penjualan selendang keffiyeh bernilai USD705 dolar yang biasanya dipakai oleh orang Arab dan simbol nasionalisme Palestin, dan warnanya, apakah itu bentuk komentar politik pasif?,” tulisnya.

Salah seorang pengguna sosial media meluahkan perasaan tidak berpuas hati apabila LV seolah mengambil kesempatan terhadap identiti nasionalisme rakyat Palestin. Gambar: Daily Mail

Potensi makna di sebalik warna biru dan putih selendang itu dibangkitkan oleh ramai pengkritik, dengan mereka yang bertanyakan apakah jenama itu sengaja memilih warna bendera Israel untuk aksesori itu.

Kritikan itu juga dikongsi oleh pengikut Instagram DietPrada yang memuat naik foto membandingkan selendang Louis Vuitton dengan keffiyeh Palestin dan menulis: “Jadi pendirian LVMH mengenai politik adalah ‘nautral,’ tetapi mereka masih membuat logo berharga USD705 dolar pada keffiyeh yang menjadi hiasan kepala tradisional orang Arab dan menjadi simbol nasionalisme Palestin,”.

Selebriti dunia yang juga duta produk berjenama Dior, Bella Hadid sebelum ini turut mengenakan keffiyeh Palestin sebagai soladariti terhadap Palestin. Gambar: Cutacut.com

Seperti yang dinyatakan oleh Insider, kenyataan tersebut merujuk pada muatnaik pada 21 Mei yang dikongsi oleh DietPrada, di mana akaun tersebut mengatakan bahawa sumber di LVMH yang memiliki Louis Vuitton dan Dior telah mengatakan bahawa ‘pendirian politik terhadap syarikat itu adalah natural’ dan bahawa ia tidak akan membatalkan kontrak Bella Hadid atas sokongannya secara terbuka terhadap Palestin ketika keganasan Israel-Palestin di Timur Tengah.

Kenyataan terbaharu DietPrada mengenai kontroversi itu menimbulkan reaksi lebih teruk di kalangan pengguna media sosial, dengan ramai menyerang jenama mewah berkenaan dan salah seorang menyebutnya, ‘tahap rasa tidak hormat yang berbeza’.

“Mereka mungkin merancang untuk membuat selendang biasa, saya tidak pasti mengapa mereka merasakan perlunya untuk mengambil secara khusus budaya orang lain. Itu bukan kebetulan dan perlu rasa tidak bersalah, mereka sebenarnya tahu dari mana asalnya,” katanya salah seorang pengguna media sosial.

Ini bukan kali pertama penggunaan cetakan selendang dalam fesyen mendapat kritikan, sebagaimana Omar Joseph Nasser-Khoury, seorang pereka fesyen Palestin, sebelumnya mengatakan kepada The Guardian bahawa penggunaan keffiyeh yang melambangkan pelucutan, perpindahan sistematik, pembunuhan di luar undang-undang dan penindasan, oleh seorang pereka adalah sikap tidak bertanggungjawab.

Sumber teks/gambar: The Independent

ISRAHELL
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Penggodam Malaysia dituduh Curi Maklumat Ratusan Ribu Pelajar Israel

no comment

PENGGODAM Pro-Palestin Malaysia didakwa mencuri maklumat peribadi ratusan ribu pelajar Israel dan mula membocorkannya di dalam talian. Ia termasuk nama, nombor telefon, alamat e-mel, dan alamat rumah.

Serangan siber itu diumumkan oleh kumpulan yang menggelarkan dirinya DragonForce Malaysia dalam catatan ke laman webnya. Status di dalam laman web itu menyahut semua penggodam, organisasi hak asasi manusia dan aktivis untuk berkempen melawan Israel yang disebut berulang kali sebagai ‘Israhell’.

Maklumat pelajar mula-mula dikongsi oleh kumpulan penggodam Malaysia menggunakan aplikasi Telegram.

Laporan berita dari The Times Of Israel. (27 Jun 2021)

Klik link laporan berita yang disiar The Times Of Israel.  https://www.timesofisrael.com/pro-palestinian-hackers-steal-info-on-hundreds-of-thousands-of-israeli-students/

Penggodam melakukan serangan siber itu yang dikaitkan dengan peristiwa pertempuran 11 hari antara Israel dengan kumpulan di Semenanjung Gaza.

Penggodam Malaysia berjaya mengumpulkan maklumat dan data dari laman web AcadeMe, salah satu rangkaian pengambilan pekerja terbesar di negara ini untuk pelajar dan graduan yang mencari pekerjaan.

AcadeMe bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi terkemuka termasuk Ben Gurion University of the Negev, Tel Aviv University, Open University, Bar-Ilan University, Technion, dan University of Haifa serta banyak kolej.

Pakar keselamatan siber May Brooks-Kempler yang mentadbir kumpulan Think Cyber Safe di Facebook, sedang menyiasat sejauh mana pintasan tersebut berlaku. Maklumat mengenai kira-kira 280,000 pelajar dari tahun 2014 hingga sekarang telah dibocorkan bersama-sama dengan 100,000 alamat e-mel seperti yang ditulis Brooks-Kempler.

Dia memperingatkan bahawa perincian itu dapat digunakan dalam serangan siber yang difokuskan pada mereka yang mendaftar ke AcadeMe dan menasihatkan pengguna untuk menukar kata laluan dan waspada terhadap e-mel, pesanan teks atau panggilan telefon yang mencurigakan yang mungkin mereka terima.

Pada bulan Disember tahun lalu, kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Black Shadow telah berjaya mengodam masuk ke firma insurans Shirbit dan mencuri maklumat pelanggan. Mereka menuntut wang tebusan atau akan menerbitkan data ke internet. Namun syarikat itu enggan membayar dan penggodam kemudian mengatakan bahawa mereka telah menjual maklumat tersebut di laman web gelap.

 

Sumber: The Times Of Israel

gaza1bln
Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Gaza Selepas Sebulan

no comment

*Catatan dari seorang Penterjemah dan Guru di Gaza, Mohammed M. El Haj-Ahmed.

Sebulan telah berlalu sejak serangan 11 hari Israel ke atas Gaza berakhir. Walaupun kami gembira serangan itu berakhir, menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian ketika ini tidaklah mudah.

Belon api yang dilancarkan rejim Zionis di Gaza baru-baru ini.

Gencatan senjata sebenarnya tidak membantu apabila Israel sekali lagi telah melakukan serangan udara terhadap Gaza baru-baru ini. Serangan udara itu berlaku dalam 48 jam sejak Naftali Bennett diangkat menjadi Perdana Menteri baharu Israel minggu lalu.

Melupakan trauma adalah satu perjuangan. Sebilangan besar ahli keluarga saya masih menghadapi masalah tidur pada waktu malam sejak serangan pada bulan Mei itu. Menikmati sedikit ruang untuk berehat seketika dianggap satu rahmat.

Setiap daripada kami berusaha mengatasi trauma dengan cara tersendiri. Berjenaka dan menikmati hiburan adalah cara saya mengatasi trauma. Saya cuba mencari sesuatu yang lucu dalam setiap pengalaman.

Namun tidak ada tawa ketika Israel mengebom Gaza pada Mei lalu, kami sentiasa berada dalam ketakutan. Dua bunyi yang tidak henti-henti menakutkan kami ialah deruman dron dan dentuman kuat pesawat perang F-16 yang melintas di atas kepala kami.

Namun, saya mencuba melakukan yang terbaik untuk berehat. Saya meraikan hari raya Aidilfitri dengan tidak langsung mengikuti berita.

Pesawat F-16 Israel menyerang penduduk Gaza tanpa perikemanusiaan.

Saya tidak tahu ketika itu bahawa kawasan kejiranan kami, al-Jenina di kota Rafah akan dibom. Dalam sekelip mata, Israel mengebom sebuah bangunan kediaman di sebelah tempat kami tinggal pada 13 Mei, tiada amaran diberikan.

Empat jiran saya dari keluarga Al-Rantisis terbunuh. Terkorban termasuklah seorang nenek dan cucunya. Keluarga Al-Rantisis dikenali di kawasan kejiranan kami. Saya sempat melihat salah seorang dari mereka, beberapa hari sebelum dia terbunuh.

Raed menunggang motosikalnya, ketika dia melihat saya, Raed memperlahankan dan menyapa saya dengan senyuman lebar.

Saya mendapat firasat lima minit sebelum pengeboman. Rasanya seperti sesuatu yang buruk akan berlaku. Dengan hati yang berat, saya berdoa kepada Allah agar tidak ada orang dalam keluarga kami yang menjadi mangsa.

Saat yang mengerikan apabila ledakan bom mengenai rumah kediaman orang awam.

Kemudian saya mendengar letupan. Apa yang dilihat hanyalah pintu-pintu berterbangan dan tingkap pecah dengan kaca-kaca dan batu-bata berselerak di atas lantai.

Bilik tidur saya di tingkat atas. Keluarga saya yang lain berada di bawah ketika kejiranan kami dibom. Oleh kerana letupan itu terdengar di bahagian bawah rumah kami, saya mula panik. Saya segera berlari ke bawah, tanpa alas kaki.

Saya berlari memijak kaca-kaca yang pecah, sehingga tidak menyedari kaki saya berdarah. Satu-satunya orang yang dapat saya lihat ialah ayah saya. Punggungnya berlumuran darah. Saya tidak dapat melihat orang lain. Rumah itu penuh dengan asap hitam-putih yang tebal.

Saya keluar dan mula mencari ibu dan kakak. Mereka dijumpai selamat, hanya bergelut dengan debu akibat letupan. Keesokan harinya, saya kembali untuk meninjau keadaan rumah kami. Semuanya berantakan besar, tidak ada pintu atau tingkap, malah satu bilik terbakar teruk.

Saya menjumpai serpihan di atas katil saya, lantai di bilik saya dilitupi serpihan. Ia adalah pemandangan yang mengerikan namun saya berasa lega. Sekiranya saya berada di tempat tidur ketika letupan, saya mungkin tidak akan hidup hari ini.

Saya kini berusia 24 tahun dan pada bulan Julai ini saya akan memasuki usia 25 tahun. Sebilangan besar hidup saya telah dihabiskan di Gaza. Semasa saya kecil, keluarga saya menghabiskan beberapa tahun tinggal di bandar Manchester di England. Ayah saya diterima mengikuti program kedoktoran di University of Salford.

Saya berada di Manchester semasa Operasi Cast Lead, satu lagi serangan besar Israel di Gaza.
Pada 28 Disember 2008, hari kedua serangan itu, saya sudah merancang untuk berhibur di pawagam bersama beberapa rakan Palestin yang tinggal di Manchester. Sebelum sempat saya keluar rumah, ayah saya yang baharu menonton berita mengerikan dari Gaza memutuskan bahawa saya tidak boleh ke pawagam.

Sebagai gantinya, kami bersiap untuk melakukan perjalanan ke London, agar kami dapat menyertai tunjuk perasaan membantah kezaliman Israel.

Ramai dari Gaza yang tinggal di luar negara telah memutuskan untuk tetap tinggal di luar negara. Gaza secara tepat digambarkan sebagai penjara terbuka. Sekiranya anda berada di penjara, tidak mungkin anda dapat melarikan diri.

Ayah saya boleh menjana lebih banyak wang sekiranya meneruskan kerjaya sebagai kakitangan akademik di UK. Tetapi dia ingin terus berbakti kepada masyarakatnya dan pulang untuk mengajar di Gaza. Pada tahun 2010, kami kembali ke Gaza. Ayah saya menyambung kerjanya di Universiti Islam Gaza, di mana dia mengajar bagaimana menterjemahkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Sejak kepulangan, kami melalui tiga pengeboman besar iaitu satu pada bulan November 2012, pada musim panas 2014 dan yang terakhir pada bulan lalu. Kami masih terkejut dengan keganasan yang kami lalui pada bulan Mei lalu dan kami tidak meletakkan harapan untuk hidup.

Rakyat Palestin tidak dibenarkan mempertahankan hak asasi mereka kerana Israel menjalankan sistem apartheid dengan bantuan kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Ia sebenarnya boleh diubah dan kami percaya ia akan berubah sekiranya ramai orang di seluruh dunia mengambil tindakan untuk mengakhiri kezaliman Israel ini.

Sumber: The Electronic Intifada

Middle East Monitor
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Israel lebar Siaran Berita Swasta ke UAE, pengaruhi Minda Arab

no comment

SALURAN televisyen Israel i24news, bakal beroperasi dari Dubai, perkembangan yang dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi minda penonton di dunia Arab.

Penganalisis politik Palestin, Yousef Alhelou. Gambar: Green Left

Penganalisis politik Palestin, Yousef Alhelou berkata, langkah itu secara kasar dilihat sebagai tindakan untuk mengeratkan hubungan diplomatik di antara Israel dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Namun, ia lebih daripada itu.

“Dubai adalah bandar antarabangsa dan menjadi pusat media. Mempunyai pejabat di sana akan memastikan Israel mempunyai suara dalam dunia Arab, ”kata Yousef.

Dubai Media Incorporated (DMI), organisasi media dimiliki penuh oleh kerjaan UAE, sudah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan i24News.

Di bawah MoU itu, i24news and kumpulan Dubai itu akan berkerjasama dalam beberapa bidang termasuk teknologi media sehingga kepada pembangunan kandungan.

Kedua-dua entiti itu akan dihubungi melalui talian optik yang digelar “Fibre of Peace” yang akan membolehkan perkongsian maklumat di antara negara teluk itu dengan Israel.

Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Timur di Republik Turki Cyprus Utara, Zeliha Khasman, berkata Israel dan UAE telah mula bekerjasama dalam semua bidang.

“Media adalah sektor yang penting untuk tujuan ekonomi dan politik, malah akan membantu Israel mengembangkan ‘imej positif’ mereka ke seluruh negara Arab,” katanya.

I24news Israel akan menyiarkan kandungan siarannya di dalam bahasa Arab, Inggeris dan Perancis melalui dua pengendali rangkaian telekomunikasi UAE iaitu Etisalat dan DU.

“Penubuhan pejabat kami di Dubai Media City memberi platform strategik untuk memperluas liputan Timur Tengah kami dari pusat hub industri media di rantau ini,” kata Frank Melloul, ketua eksekutif i24News.

Israel mahu suara mereka mempengaruhi minda masyarakat Arab.

Menurut Yousef, pembukaan pejabat di Dubai untuk i24news akan memberi Israel peluang menyebarkan naratif rejim zionis ke negara Arab.

“Ia akan memiliki kesempatan untuk mempertahankan diri berhubung isu Palestin. Dengan pejabat media baru ini, Israel juga akan memiliki kesempatan untuk membangun hubungan UAE-Israel dan mempengaruhi negara-negara Arab lain untuk berdamai dengan Tel Aviv,” katanya.

Khasman pula berkata: “Israel mahu menguasai seluruh muka bumi Arab, seperti yang dilakukan dengan UAE.

“Walaupun normalisasi hubungan Arab-Israel sangat mudah dilakukan di UAE, namun ia sangat sukar bagi Israel untuk melalui proses ini di wilayah Arab lain, terutama dengan negara jirannya.

“Tetapi dengan menggunakan pendekatan melalui kumpulan media seperti i24news dan UAE, Israel akan mempunyai peluang untuk menembusi dunia Arab.

“i24news dan Abu Dhabi Media Group juga telah menandatangani perjanjian kerjasama pada bulan Disember, berjanji untuk berkolaborasi dalam bidang seperti produksi kandungan, industri filem dan pendidikan.

“Kerjasama seperti itu dapat membentuk dunia Arab yang lebih moderat terhadap Israel dalam jangka panjang,” kata Khasman.

Saluran i24 News akan melakukan perkongsian maklumat di antara negara teluk itu dengan Israel. Gambar: Arab News.

Saluran i24News dimiliki jutawan Yahudi kelahiran Maghribi, Patrick Drahi. Beliau juga adalah pemilik syarikat telekomunikasi multinasional Altice dan memiliki empat kewarganegaraan iaitu Perancis, Israel, Maghribi dan Portugis.

Bagaimana normalisasi hubungan berjalan

Serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini menojolkan kerapuhan agenda untuk mencapai normalisasi hubungan di antara Israel dan dunia Arab.

Putera Makhota UAE, Mohammed Bin Zayed (MBZ) -walaupun sudah menjalin hubungan dengan Tel Aviv- jelas tidak mempunyai pengaruh ke atas rejim zionis itu untuk menghentikan keganasan terhadap Palestin.

“Mungkin ada rundingan menerusi panggilan dibuat antara pegawai Israel dan UAE untuk mengurangkan ketegangan (tetapi ia jelas tidak berhasil).

“Bagaimanapun, apa sahaja yang berlaku di wilayah Palestin yang dijajah tidak akan membatalkan perjanjian jalin hubungan di antara Israel dan UAE,” kata Yousef.

Walaupun hakikatnya rakyat Palestin masih tetap mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat Barat dan dunia, namun di UAE penderitaan rakyat Palestin tidak lagi mendapat simpati.

“Oleh kerana tidak ada perang atau konflik lain dengan Israel, normalisasi berjalan tanpa masalah. UAE mengikut dasar yang sangat pragmatik,” kata Khasman yang merujuk kepada pembinaan kuil
Yahudi dan pembukaan restoran kosher di seluruh UAE.

Yousef berkata sebelum perjanjian terjalin di antara UAE dan Israel, delegasi masing-masing saling berbalas kunjungan untuk mempromosi perjanjian normalisasi hubungan ini. Namun ketika delegasi UAE datang ke wilayah-wilayah yang diduduki di Palestin, mereka hanya mengunjungi bandar-bandar dijajah Yahudi dan bukan bandar Palestin.

“Mereka tidak mendengar suara rakyat Palestin. Sudah tentu orang Palestin marah dengan tindakan ini kerana mereka mengharapkan negara Arab seperti UAE harus mendengarkan dan menyokong mereka serta memberi tekanan kepada Israel.

“UAE harus menggunakan pengaruhnya untuk menekan Israel agar menghormati hak asasi manusia dan membolehkan rakyat Palestin memiliki negara bebas mereka sendiri”.

“Tetapi dengan memulihkan hubungan dengan Israel, UAE hanya membantu Tel Aviv untuk terus menindas rakyat Palestin.
Bagi rakyat Palestin, UAE tidak ubah seperti ‘menikam dari belakang’,” katanya Yousef dengan nada kecewa.

Sumber: TRT World

Palestinian Authority Health Minister Mai al-Kaila (WAFA)
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Israel Dikecam Cuba Hantar Vaksin Luput Tempoh Kepada Palestin

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

PERCUBAAN Israel untuk menggantikan bekalan dos Pfizer yang diperuntukkan untuk rakyat Palestin dengan bekalan
vaksin Covid-19 yang hampir luput menimbulkan kemarahan di media sosial.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) Jumaat lalu membatalkan rancangan untuk menerima satu juta vaksin dari Israel hanya beberapa jam setelah memeterai perjanjian bekalan itu dengan Tel Aviv.

Jurucakap PA Ibrahim Melhem mengumumkan pembatalan itu pada sidang media bersama dengan Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila, dengan menyatakan bahawa dos awal yang dikirimkan terlalu hampir dengan tarikh luput dan tidak memenuhi spesifikasi yang dipersetujui.

Israel cuba menjelaskan dengan bekalan dos vaksin yang hampir “tamat tempoh” itu memang dinyatakan di bawah perjanjian berkenaan.

Tujuan perjanjian itu adalah agar Palestin mendapat bekalan vaksin secepat mungkin dengan bantuan Israel.

Sebagai balasan Palestin akan kemudian memberi dos vaksin baharu yang bakal diterimanya akhir tahun kepada Israel, kata pegawai Israel.

‘Palestin dijadikan tempat pembuangan oleh Israel’

Perjanjian itu dianggap pengguna media sosial sebagai “tidak berperikemanusiaan” dan “rasis.”

“Israel cuba memberi orang yang mereka tindas vaksin yang hampir luput, sementara sebagai balasan mendapat bekalan vaksin baharu,” kata Salem Barahmeh, pengarah eksekutif Institut Diplomasi Awam Palestin.

“Rakyat Palestin telah menunggu vaksin selama berbulan-bulan, tetapi Israel menyamakan kami sebagai buangan. Mereka melihat kita lebih rendah daripada manusia. ”

Hanan Ashrawi, bekas anggota jawatankuasa eksekutif PLO, menuduh Israel “rasis dan korup” kerana menggunakan “Palestin sebagai tempat pembuangan vaksin yang hampir tamat tempoh luput“.

Beberapa pemerhati mengkritik pemerintah Israel kerana tampil memutarbelitkan langkahnya itu sebagai sikap altruistik.

“Israel adalah sebuah negara yang mendakwa mereka melakukan perkara yang baik, sebenarnya mereka melakukan perkara yang buruk, “tulis Asad Abu Khalil, profesor di California State University.

Manakala pengguna media sosial mengecam penyokong pro-Israel yang memuji tindakan Israel yang penuh helah itu, kerana gagal menjelaskan konteks sebenarnya perjanjian itu yang tidak berperikemanusiaan.

 

Senator Amerika Syarikat bersayap kanan dan mantan calon presiden Marco Rubio dilabel “sangat sinis” setelah dia menggambarkan pengiriman itu sebagai bukti nyata komitmen Israel untuk memperbaiki kehidupan rakyat Palestin.

Sementara itu, badan bukan kerajaan Democratic Majority for Israel yang mempunyai kaitan dengan badan lobi yahudi AIPAC menggunakan meme Star Wars yang terkenal dalam usaha mengejek PA kerana tidak menerima vaksin.

 

Beberapa pengguna lain menjawab dengan meme versi yang telah diubah, yang pada awalnya cuba disekat di Twitter.

Dalam reaksi meme yang lain, satu pengguna membuat kartun dengan kapsyen: “Sekiranya kami tidak menjual vaksin yang sudah habis tempoh laku, orang lain akan menjualnya”

“Mereka tidak ingin menolong kami”

Wartawan sosial media di Baitulmaqdis, Mohammed el-Kurd menulis ciapan Twitter Sabtu lalu tawaran Israel itu adalah satu helah untuk menggambarkan negara haram itu sebagai berperi kemanusian.

“Ini bukan kerja amal. Pihak berkuasa Israel akan mengambil penghantaran vaksin yang baharu untuk PA. Mereka sebenarnya tidak menolong kami, ”katanya.

Negara haram Israel telah membuka kembali ekonomi sepenuhnya setelah memvaksinasi sekitar 85 peratus populasi orang dewasa. Namun, pihak Israel berhadapan kritikan kerana tidak membagikan vaksin kepada 4.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Di bawah undang-undang antarabangsa, ‘kuasa penjajah’ bertanggungjawab terhadqp penjagaan kesihatan penduduk yang dijajah.

“Sekiranya kita tidak hidup di bawah penjajahan yang kejam, kita tidak memerlukan penjagaan kesihatan oleh penjajah kejam ini. Penghantaran vaksin ini sudah terlambat berbulan-bulan, ”kata Kurd.

Sumber : Middle Aast Eye/ Al Jazeera

Nick Georges, seorang datuk berusia 69 tahun, menyelesaikan pendakian 650 kaki yang khianat di atas kren sekitar jam 4 pagi pada hari Selasa pagi Gambar- Daily Mirror: Ian Vogler
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Nick Georges : Aktivis Britain Menaiki Kren 200 Meter Sebagai Tanda Solidariti Terhadap Rakyat Palestin

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

SEORANG aktivis berusia 69 tahun telah memanjat dan bermalam di atas kren setinggi 200 meter berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di London, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Nick Georges, yang merupakan seorang datuk, menaiki kren di kawasan Battersea di London selatan pada pukul 4 pagi Selasa, beliau mengibarkan bendera Palestin dari puncak kren tersebut.

Dalam video yang dirakam, dia menyatakan  dia telah menaiki bingkai menara “untuk memberitahu dunia tentang Palestin”.

“Selama tiga bulan, saya dihantar ke Palestin sebagai saksi kemanusiaan,” kata Georges. “Saya menyaksikan kekejaman dan perkara ngeri pendudukan haram Israel di tanah Palestin.”

“Saya telah melihat sebuah rumah di mana satu keluarga berempat dibakar hidup-hidup oleh peneroka Yahudi dengan bom pembakar. Saya telah melihat tanah yang dinodai, perkebunan zaitun dibakar.”

Nick Georges, yang merupakan seorang datuk, menaiki kren di kawasan Battersea di London selatan pada pukul 4 pagi Selasa, beliau mengibarkan bendera Palestin dari puncak kren tersebut.-Gambar : mylondon.news

“Rakyat Palestin tidak mempunyai hak. Malah hak penggunaan elektrik dan air dirampas daripada mereka,” kata aktivis itu, dengan pemandangan berlatarbelakang Sungai Thames,London.

“Sebagai seorang Kristian yang ambil peduli, saya tidak boleh bertahan dan membiarkan perkara ini terus berlanjutan. Kita semua harus melakukan lebih banyak untuk mempromosikan keamanan dan kebebasan bagi rakyat Palestin.”

“Sebagai seorang Kristian yang ambil peduli, saya tidak boleh bertahan dan membiarkan perkara ini terus berlanjutan. Kita semua harus melakukan lebih banyak untuk mempromosikan keamanan dan kebebasan bagi rakyat Palestin.”

Polis Metropolitan London tiba di tempat kejadian beberapa jam selepas pendakiannya, pihak polis juga cuba berhubung dengan aktivis itu.

Satu kenyataan polis pada hari Selasa mengatakan: “Pegawai telah bergegas dan berada di tempat kejadian. Briged Bomba London dan Perkhidmatan Ambulans London telah diberitahu mengenai kejadian yang sedang berlaku.

“Keutamaan kami adalah keselamatan lelaki itu dan pegawai-pegawai kami berusaha untuk berbicara dengannya. Namun, dia belum memberi maklum balas dengan petugas di lapangan.”

Penunjuk perasaan berada di atas kren di atas perkembangan baru di Battersea – Gambar- Dylan Buckley

Kren itu terletak di sebuah tapak bangunan di One Nine Elms, sebuah projek bernilai £1 billion yang akan merangkumi pencakar langit mewah, dan bertentangan dengan kedutaan AS yang baru dibuka pada Januari 2018. Jalan raya ditutup di kawasan persekitaran pada hari Selasa sebagai langkah berjaga-jaga.

‘Kehidupan Palestin menewaskan kematian’

Penyokong Georges yang menunggu di bawah memberitahu media tempatan bahawa dia menaiki struktur tanpa topi keras atau jaring pengaman.

“Dia telah melakukan sesuatu yang cukup membahayakan, saya rasa beliau melakukan begitu demi kehidupan orang Palestin yang setiap hari di bawah kendali apartheid Israel, seumpana kematian,” kata rakan kepada aktivis tersebut Sarah Wilkinson kepada media tempatan di tempat kejadian.

Penunjuk perasaan tiba di bawah bahagian kren solidariti dengan Nicholas (Gambar- Ian Vogler)

Sarah turut mengatakan Georges tidak mempunyai makanan dan minimum yang mencukupi dan tidak ada beg tidur.

“Dia benar-benar telah menarik perhatian, itulah tujuan utamanya – kami telah melakukan banyak perbincangan dengan orang-orang yang tidak tahu banyak tentang Palestin, jadi perkara ini sangat bagus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.”

Wilkinson pada ciapannya pada laman twitter pada hari Rabu berkata bahawa Georges akan turun dari kren pada pukul 5 petang.

Georges menyiarkan video berasingan pada hari Selasa, di mana dia mengatakan bahawa dia berusaha untuk berinteraksi dengan anggota parlimen mengenai isu Palestin, tetapi itu hanyalah “pembaziran waktu”.

Nicholas Georges, 69, mengambil masa dua jam untuk menaiki kren tersebut.-Gambar- Sarah Wilkinson

Awal minggu ini, Ahli Parlimen Britain membahaskan sekatan ekonomi terhadap Israel dan pengiktirafan negara Palestin. Sesi diadakan setelah petisyen mengenai perkara itu mencapai lebih daripada 100,000 tandatangan, memicu perbahasan parlimen seperti yang dimandatkan oleh undang-undang Britain.

Sebilangan besar penggubal undang-undang menolak sekatan yang dicadangkan, di mana Catherine McKinnell dari Parti Buruh yang mendakwa bahawa perkara ini tidak akan “mendekatkan prospek kepada penyelesaian dua negara”.

Seperti Georges, aktivis pro-Palestin Britain telah mengambil beberapa bentuk tindakan langsung dalam beberapa minggu terakhir, setelah pengeboman Israel di Semenanjung Gaza pada bulan Mei yang mengorbankan 248 orang, termasuk 66 kanak-kanak.

Sumber : Middle East Eye/ my london news

Pihak polis cuma mengawal di kawasan di mana George melakukan tunjuk perasaan.-Gambar : Ian Vogler

pelajar
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

500 Pelajar Palestin Dapat Biasiswa ceburi bidang Sains dan Teknologi

no comment

UNIVERSITI Pakistan menerusi Program Cendekiawan Cemerlang (COMSTECH) akan memberikan 500 biasiswa yang dibiayai sepenuhnya kepada pelajar Palestin bagi mendalami bidang sains dan teknologi.

COMSTECH yang ditubuhkan ketika Sidang Kemuncak, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah pada 1981 bertujuan membina kemampuan pribumi dalam sains dan teknologi, promosi dan kerjasama dalam bidang berkaitan bagi pembentukan struktur institusi untuk perancangan dan pembangunan di peringkat Ummah.

Syarat mendapatkan biasiswa, pelajar haruslah salah seorang pelarian Palestin atau penduduk asal negara Palestin. Gambar: Daily Mail.

Salah satu tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kemampuan negara anggota dalam bidang sains dan teknologi.

Biasiswa yang julung kali diumumkan Selasa lalu oleh Penyelaras Umum COMSTECH di Islamabad, Dr. M. Iqbal Choudhary tidak termasuk dengan peruntukan tahunan kerajaan yang dibiayai Kerajaan Pakistan kepada pelajar.

COMSTECH melancarkan program yang merangkumi biasiswa penyelidikan, latihan juruteknik dan geran bengkel untuk semua bidang pengkhususan.

“Sebanyak 500 biasiswa yang dibiayai sepenuhnya ini akan diberikan kepada pelajar sarjana dan pasca-siswazah dengan kerjasama Persatuan Universiti Sektor Swasta Pakistan, dan COMSTECH,” kata Penasihat Media Jawatankuasa, Murtaza Noor.

Inisiatif itu disokong oleh 24 universiti swasta dan 14 universiti awam di Pakistan yang akan diberikan bermula akhir bulan Jun ini.

Menurut Murtaza, Ia akan diberikan kepada pelajar pada awal semester akan datang yang akan bermula pada September depan di kebanyakan universiti di Pakistan.

“Setiap biasiswa bernilai sekitar Rs1,000,000 (RM56,6747) setiap pelajar sepanjang dua tahun pembelajaran,” jelasnya, sambil menambah bahawa jumlahnya lebih tinggi bergantung kepada kursus yang ditawarkan oleh universiti swasta atau awam.

Pelajar Palestin di hari graduasi di hadapan Universiti Gaza yang pernah di bom rejim Israel.

Noor berkata, COMSTECH mengambil inisiatif untuk menyokong rakyat Palestin setelah rakyat negara itu bertahun-tahun berhadapan dengan konflik perang bersama rejim Israel yang telah menghancurkan infrastruktur pendidikan dan sosioekonomi di tanah air mereka.

“Ilmu pendidikan tinggi adalah matlamat kami dan kami ingin memberikan mereka pendidikan moden di universiti-universiti Pakistan yang terbaik. Kami akan menampung perjalanan pelajar, logistik, penginapan, akademik dan semua perbelanjaan lain.

“Untuk memenuhi syarat mendapatkan biasiswa, pelajar haruslah salah seorang pelarian Palestin atau penduduk asal negara Palestin,”katanya.

Dia menjelaskan bahawa COMSTECH menubuhkan unit pengurusan projek dengan kerjasama universiti untuk melaksanakan skim biasiswa.

“Kami juga akan melibatkan Kedutaan Palestin di Islamabad dalam proses pemilihan untuk mengesahkan kewarganegaraan para pelajar ini,” kata Noor.

Duta Besar Palestin ke Pakistan Ahmed Rabei mengucapkan terima kasih kepada Pakistan kerana membenarkan pelajar Palestin belajar di institusi-institusi pengajiannya.

“Kami berterima kasih kepada Pakistan kerana membuka institusi pendidikannya untuk pelajar Palestin dan terima kasih juga buat COMSTECH atas inisiatifnya bekerjasama dengan kerajaan Pakistan memperkenalkan skim biasiswa baru ini yang sangat bermanfaat kepada pelajar Palestin,” katanya.

Sumber: Arab News