Browsing Tag

mati

kematian
Berita Semasa,

Proses ‘awet mayat’ sebenarnya menyeksa jasad si mati

Proses ‘awet mayat’ sebenarnya menyeksa jasad si mati…

PENGURUSAN jenazah merupakan tuntutan fardu kifayah. Maksudnya ia menjadi kewajipan ke atas umat Islam yang memadai dilakukan oleh seorang atau sekumpulan orang sahaja.

Jika berlaku kematian di sebuah kampung, pastinya anda akan melihat ada kariah atau kumpulan tertentu yang menguruskan perkara ini.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana jika ada sanak saudara yang menetap di luar negara dan kemudian meninggal dunia di sana.

Bagi yang berkemampuan, pastinya jenazah akan dibawa pulang ke tanahair bagi memberi peluang buat sanak saudara menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Namun, tahukah anda, sebenarnya proses membawa pulang jenazah dari luar negara untuk dikebumikan di kampung halaman sendiri adalah satu proses yang menyakitkan si mati.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Ustaz Rafie Zainal.

Ujarnya, proses pengawetan merupakan antara prosedur sukar yang perlu dilalui oleh jenazah khususnya bagi yang beragama Islam.

“Ini kerana, dalam kaedah mengawet tersebut, jasad sesorang perlu melalui beberapa proses yang disifatkan sebagai ‘menyakitkan’.

MENERUSI program yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Datin Seri Adlzliana, bertajuk Hitam Putih Kehidupan yang disiarkan di saluran YouTube Suhan Channel.

“Antaranya meliputi proses membuang darah bagi menggantikannya dengan cecair larutan formalin sehingga tubuh mayat mengeras dan pembersihan organ dalaman dengan kaedah yang agak menakutkan.

“Untuk proses pembersihan organ, satu lubang akan ditebuk di perut mayat, setelah itu akan dirodok (menggunakan alat khas), segala organ dalaman akan dihancurkan sebelum disedut keluar.

“Jantung, usus, perut, pundi kencing, buah pinggang semuanya akan disedut keluar sebab organ dalaman inilah yang membuat mayat akan cepat mereput dan membusuk,” katanya.

Artikel Berkaitan 

Beliau menjelaskandemikian ketika membuat perkongsian menerusi program audiosiar bertajuk Hitam Putih Kehidupan yang disiarkan di saluran YouTube Suhan Channel.

Menerusi program yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Datin Seri Adlzliana itu, Ustaz Rafie memberitahu, proses pembersihan organ itu menggunakan sejenis alat dinamakan ‘trocar’ yang akan dihunus menusuk ke perut bagi menghancurkan organ dalaman badan jenazah.

“Proses pengawetan itu merupakan prosedur wajib bagi jasad yang mahu diterbangkan dengan menggunakan kapal terbang dari luar negara.

“Bila tahu proses dia macam ni, orang akan cakap takutnya. Tapi ramai orang tak pernah tahu.

“Kadang-kadang bila keluarga dia meninggal dunia ketika cuti atau belajar di luar, dia akan cakap nak bawa balik, tak kira berapa kos pun boleh bayar. Tapi masalahnya dia tidak tahu apa yang terjadi pada mayat.

NABI Muhammad SAW pernah bersabda, di mana meninggal dekat situlah kebumi. Pertamanya sebab sakitnya (proses) nak bawa balik mayat itu.

“Sampai-sampai mayat itu memang macam cantik, macam hidup macam tidur sahaja. Tapi sebenarnya dalamannya hancur dan menyakitkan mayat,” kongsinya.

Tambah Ustaz Rafie, mengikut Islam, terdapat dua hukum yang diguna pakai berkaitan proses pengawetan berkenaan dan ia adalah berdasarkan kepada situasi.

“Harus sekiranya keadaan negara yang tempatnya meninggal itu tidak benarkan mayat warga asing dikebumikan. Contoh macam negara China, dia tidak benarkan rakyat asing atau orang luar dikebumikan di situ melainkan dibakar.

Turut Disyorkan 10 tanda kematian yang baik

Baca Juga Nikmati fasa kritikal dan kemuncak ujian kehidupan pada usia 30 hingga 39 tahun

“Dalam kes tersebut, takkan kita nak biarkan keluarga kita dibakar. Jadi harus dibawa balik.

“Tapi (haram) bagi tempat yang contohnya negara ada tanah kubur dan boleh kebumi di situ. Tapi kalau keluarga nak juga, maka merekalah yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Disebabkan itu, Ustaz Rafie berkata, adalah sebaiknya jika individu itu dikebumikan di tempatnya meninggal dunia.

“Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, di mana meninggal dekat situlah kebumi. Pertamanya sebab sakitnya (proses) nak bawa balik mayat itu.

“Kedua, dari segi ganjaran, Nabi Muhammad SAW bersabda barangsiapa meninggal di luar tempat kelahirannya, maka akan dibina mahligai di syurga nanti sejauh tempat dia lahir sampai tempat dia meninggal,” ujarnya.

golongan al-Quran
Aqidah,

Tidak bernafas tetapi hidup, golongan ini disebutkan dalam al-Quran

Tidak bernafas tetapi hidup, golongan ini disebutkan dalam al-Quran…

TIADA sesiapa pun yang idamkan hidup penuh kepahitan, kekecewaan dan kesedihan. Nikmat sebenar hidup tidak sekadar terletak pada mampu bernyawa, namun kehidupan itu juga perlu disertai kebahagiaan serta kepuasan.

Dalam pada itu, ada satu golongan pernah disebutkan ALLAH dalam al-Quran yang sentiasa hidup walaupun tidak lagi bernyawa.

Firman ALLAH SWT, “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan ALLAH itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi TUHAN mereka dengan mendapat rezeki.” (Surah Ali Imran, ayat 169)

Baca juga Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

NIKMAT sebenar hidup tidak sekadar terletak pada mampu bernyawa, namun kehidupan itu juga perlu disertai kebahagiaan serta kepuasan. Foto: Pexels

Turut disyorkan Melahirkan di dunia, berpantang di syurga. Kisah ibu lahirkan anak dalam runtuhan bangunan meruntun jiwa

Tiga jenis syahid

Memetik laman web Mufti Wilayah Persekutuan, ada tiga jenis mati syahid menurut pandangan jumhur ulama, iaitu

1. Syahid dunia dan akhirat.
Merujuk kepada orang-orang beriman yang mati berjuang di medan peperangan untuk meninggikan syiar agama dan mendapatkan keredaan ALLAH.

Kematian ini dianggap sebagai syahid akhirat kerana mendapat pahala syahid di sisi ALLAH serta syahid dunia kerana jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama darah dan pakaian yang ada.

Baca juga Jauhi dosa jariah ini, agar tidak mengalir bila kita sudah meninggal dunia

golongan al-Quran

SETIAP umat Islam pasti ingin dikurniakan husnul khatimah atau pengakhiran yang baik. Foto: Unsplash

Baca juga 10 tanda kematian yang baik

2. Syahid dunia.
Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan ALLAH, tetapi dalam masa sama berjuang untuk tujuan keduniaan seperti berperang kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) atau mendapatkan kedudukan di sisi manusia.

Dalam hal ini, dia cuma dianggap syahid dunia, namun tidak dikira syahid akhirat kerana tidak mendapat pahala syahid sempurna. Sebaliknya, urusannya di akhirat nanti adalah antara dia dan ALLAH.

3. Syahid akhirat.
Sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan tetapi sebagaimana yang disebutkan dalam hadis. Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain.

Mereka dikurniakan pahala sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat).

Selain itu, golongan ini wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

Baca juga Dah ubah ‘macam-macam’, ini tatacara uruskan jenazah transgender

SEBAIK-baik kematian adalah ketika memperjuangkan agama ALLAH SWT. Foto: Google

Baca juga Mengapa jenazah meninggal di Makkah, wajah tidak bertutup dan diselimut kain berbeza warna?

Ganjaran mati syahid
Firman ALLAH SWT, “Dan barangsiapa berperang di jalan ALLAH, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.” (Surah An-Nisa’, ayat 74)

Manakala, daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya“. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Demikian sebaik-baik kematian adalah kematian yang memperjuangkan agama ALLAH. Walaupun mereka tidak lagi bernyawa, namun para syahid kekal hidup meraih keredaan-NYA.

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Pexels, Google & Unsplash

pahala
Aqidah,

Lakukan tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia

LAKUKAN tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia.

Kematian itu pasti bagi setiap makhluk ALLAH di atas muka bumi ini. Sebagai manusia, selagi nadi berdenyut, selama itu kita masih berpeluang mempersiapkan diri untuk dijemput oleh malaikat maut kelak.

Sabda Rasulullah SAW, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sesiapa pun pasti pernah mendengar hadis di atas kerana ia antara hadis berkaitan amal jariah yang terkenal dalam masyarakat untuk dijadikan ‘pelaburan’ pahala masing-masing sebagai saham akhirat nanti.

Baca juga 12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

Selain daripada ketiga-tiga perbuatan tersebut, sebenarnya ada beberapa lagi amal jariah yang boleh kita lakukan untuk memastikan pahala kekal mengalir walaupun setelah meninggal dunia.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Baca juga Ada nikmat kubur buat orang beriman

pahala

SEMENTARA kita masih hidup, berusahalah memperbanyak amal jariah yang dilakukan bagi memudahkan urusan kita di akhirat kelak.

Berdasarkan hadis itu, ada tujuh amalan jariah yang pahalanya berterusan walaupun pelakunya sudah meninggal dunia:

1. Ilmu yang disebarkan
Besar rahmatnya bagi orang yang mengajar dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal di sekolah mahupun pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah serta tazkirah di masjid, kursus motivasi dan sebagainya.

Baca juga Adab merupakan syarat penting dalam menuntut ilmu, ini penjelasannya

2. Anak soleh yang ditinggalkan
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak mereka kecil lagi. Bacaan zikir, al-Quran serta amalan yang baik harus dilazimkan oleh ibu bapa untuk mendapatkan anak yang soleh. Ini kerana doa anak soleh terhadap ibu bapanya adalah mustajab di sisi ALLAH SWT.

Baca juga Ibu ayah amalkan doa ini agar anak terhindar daripada perkara sia-sia

3. Kitab-kitab agama yang diwariskan
Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran dan buku-buku agama agar dapat dimanfaatkan oleh pihak lain seperti ahli keluarga di rumah, maahad tahfiz serta perpustakaan awam.

Selagi kitab-kitab tersebut dibaca dan digunakan, maka pahala berterusan akan diperoleh oleh si pemberi.

Baca juga Ganjaran besar dan berpanjangan di dunia juga di akhirat dengan berwakaf al-Quran. Berikut fadilat-fadilat lain

pahala

MANUSIA sememangnya dicipta dan diturunkan ke bumi semata-mata bagi mendapat keredaan ALLAH SWT.

4. Masjid yang dibina
Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga.

Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baca juga Wakaf Sumber Ekonomi Terpendam Umat Islam, Ramai Yang Masih Belum Sedar Tentangnya

5. Rumah yang dibina untuk musafir
Antara amalan yang dituntut adalah membina rumah atau apa-apa jenis bangunan untuk kegunaan para musafir. Si pembina akan meraih pahala bagi setiap orang yang memanfaatkan tempat itu seperti untuk berehat sebentar ataupun bermalam, asalkan bukan atas tujuan maksiat.

Di Malaysia, antara contoh bangunan adalah hentian rehat dan rawat (RnR).

Baca juga Rasulullah SAW lakukan perkara ini ketika bermusafir.

6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan ramai
Mereka yang membantu mengalirkan air bersih kepada manusia serta makhluk ALLAH yang lain seperti menggali perigi dan sebagainya akan diberikan pahala selagi mana air itu diminum dan digunakan.

Bahkan, lebih ramai orang memanfaatkan air itu, semakin banyak juga pahala yang diterima di akhirat. Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka ALLAH akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

pahala

HARTA sedekah yang dimanfaat oleh orang ramai akan membuahkan pahala yang mengalir seperti sungai walaupun si pemberi sudah pun meninggal dunia.

7. Harta yang disedekahkan
Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta, mewakafkan tanah untuk tujuan kebaikan seperti pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, tanah perkuburan dan rumah orang-orang tua juga dikira sedekah.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Baca juga Utamakan sedekah pada keluarga dahulu, berikut 10 fadilat melaksanakannya

Turut disyorkan Dilema Sedekah Barangan Dan Pakaian Lama, Bimbang Amalan Itu Tidak Diterima. Ini Penjelasannya

Mungkin ada antara amalan tersebut agar sukar dilakukan tetapi, cubalah sedaya yang mampu untuk melakukannya kerana perkara itu akan menjadi bekalan buat kita di akhirat nanti.

Jika tidak mampu dari segi kewangan, barangkali, kita boleh didik anak-anak agar menjadi anak soleh supaya mereka dapat mendoakan kita tatkala kita sudah tiada lagi di dunia.

Sumber: Tujuh Amal Jariah Yang Pahalanya Berterusan Walaupun Pelakunya Sudah Meninggal Dunia

Foto: Pexels dan Unsplash