Browsing Tag

hadis

Ibadah,

Mereka yang amalkan menyapu mata ketika azan, ambil tahu perkara ini dahulu

Mereka yang amalkan menyapu mata ketika azan, ambil tahu perkara ini dahulu…

SEHINGGA kini masih ada segelintir yang kurang jelas tentang perbezaan istilah ‘sunnah’ dan ‘sunat’.

Untuk pengetahuan, sunnah merujuk kepada setiap perkara yang diambil daripada Nabi SAW melalui perkataan, perbuatan dan persetujuan baginda Rasulullah. Manakala, sunat pula adalah salah satu hukum dalam Islam selain wajib, makruh dan haram.

Walaupun al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan terulung buat umat Islam seluruh dunia, namun ada juga amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian sebenarnya diambil daripada ijtihad ulama yang hanya bersifat sunat atau harus.

Baca juga Ikat kain pelikat sebab longgar boleh batalkan solat?

menyapu mata ketika azan

UNTUK meraih syafaat Nabi SAW di akhirat kelak, kita disarankan berselawat kepada baginda selesai berkumandangnya azan.

Antara amalan tersebut termasuk perbuatan menghembuskan kedua-dua ibu jari tangan atau telunjuk, kemudian menyapunya pada kelopak mata ketika mendengar azan pada bahagian Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah yang bermaksud ‘Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan ALLAH.

Perbuatan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh orang Muslim biasa, bahkan ia turut dilazimi golongan soleh yang mengatakan amalan itu dapat menyembuhkan penyakit mata selain mengelakkan mata daripada menjadi buta selama-lamanya.

@ddaniyaldbiyajid *Irshadul Muhibbin #4* *Amalan Mengucup Jari Ketika Azan* Sumber rujukan 1. I’anatut Thalibin – As-Sayyid Abu Bakar ‘Uthman Bin Muhammad Syato Ad-Dimyati Al-Bakri 2. Hashiyah Ala Mukhtasar Abi Jamrah – Sheikh Muhammad Ibn Ali Asy-Syanwani 3. Tanqihul Qaul al-Hasis Fi Syarh Lubabul Hadis – Imam Muhammad Umar al-Nawawi al-Bintani 4. Khozinatul Asror – Sayyid Muhammad Haqqi Al-Nazali 5. Mawahib Al-Jalil Fi Syarh Mukhtasar Ash-Sheikh Khalil – Sheikh Abu Abdillah Muhammad Bin Muhammad Bin Abdul Rahman Al-Maghribi 6. Hashiyah al-Adawi – Sheikh Ali Abi Al-Hassan Al-Maliki 7. Irsyadil Salik – Sheikh Abdul Rahman Shihabbudin Al-Baghdadi #fyp #fypage #irshadulmuhibbin #amalankucupmata ♬ original sound – ddaniyaldbiyajid – UDD

Hadis menyapu mata ketika azan tidak sahih

Amalan menyapu mata ketika azan ini dikatakan berasal daripada sebuah hadis yang menyebut bahawa Saidina Abu Bakar RA pernah melakukan perkara sedemikian.

Apabila melihat perbuatan sahabatnya itu, Rasulullah SAW dikatakan bersabda, “Sesiapa yang melakukan sepertimana dibuat oleh sahabatku ini, maka dia akan mendapat syafaatku.”

Pun begitu, portal semakhadis.com yang dikelola oleh pihak Jabatan Agama Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan bahawa hadis tersebut tidak sahih.

Penemuan itu adalah berdasarkan kitab himpunan hadis-hadis palsu berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ karya Muhammad bin Khalil al-Qawuqji.

Baca juga [VIDEO] Neraka menanti pencipta hadis palsu

BUYA YAHYA

Dalam pada itu, pendakwah Indonesia terkemuka, Buya Yahya juga berkata hadis tersebut tidak tersabit dalam sunnah Rasulullah SAW secara sahih mahupun dinukilkan menerusi kitab-kitab utama hadis.

Turut disyorkan Rasulullah SAW kunyah makanan 44 kali, betulkah begitu?

Hanya sunat, bukan sunnah

Tegas Buya, amalan menyapu mata ketika azan bukan suatu sunnah dan masyarakat dilarang menyandarkan perbuatan berkenaan kepada Nabi Muhammad SAW kerana ia dianggap berbohong atas nama baginda.

“Tidak boleh menisbahkan (perbuatan) itu kepada Nabi SAW kerana (ia) tidak pernah dilakukan oleh baginda,” katanya menerusi sebuah video yang disiarkan di laman sosialnya.

menyapu mata ketika azan

JANGAN sewenang-wenangnya menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa sebarang kepastian kerana ia dianggap sebagai memfitnah baginda dan boleh menyebabkan kita dihumban ke neraka. Foto: Unsplash

Baca juga Cinta Rasulullah tumpah di bukit Uhud, inilah sirah yang patut diketahui seluruh Muslim

Namun, bagi mereka yang menyapu mata ketika azan gara-gara terlalu rindu atau ingin sekali melihat Rasulullah SAW di akhirat nanti, maka perbuatan itu adalah dibolehkan.

“Tetapi jika orang itu melakukan sedemikian untuk mengingatkan dirinya (terhadap Nabi SAW) dan menambah kerinduan kepada Rasulullah kerana ingin melihat baginda dengan mata itu (maka dibolehkan).

“Yang penting ia (amalan itu) tidak diyakini sebagai ibadah,” jelas agamawan tersebut.

Justeru, tidak ada masalah untuk kita menyapu mata ketika azan sebagai salah satu tanda kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW asalkan ia tidak diangkat sebagai suatu sunnah mahupun kewajipan.

Sumber: semakhadis.com & Youtube Buya Yahya

Foto: Google & Unsplash

148321266_s
Gaya Hidup,

Antara pekerjaan terbaik menurut Rasulullah SAW

Antara pekerjaan terbaik menurut Rasulullah SAW

MANUSIA diciptakan secara berkelompok untuk berganding bahu bagi memudahkan kehidupan di atas muka bumi. Dunia digerakkan oleh pelbagai proses berbeza dan setiap daripada kita mempunyai peranan tertentu.

Sesetengah daripada kita memilih menjadi ahli perubatan demi memastikan keadaan ummah yang sihat. Ada juga yang bekerja dengan memberi makan kepada orang lain atau melalui cara menghiburkan hati masyarakat.

Baca juga Peroleh keberkatan dalam bekerja, amalkan 10 adab ini

Namun, dalam banyak-banyak kerja yang ada, adakah wujud pekerjaan paling diberkati ALLAH SWT?

Memetik portal Rumaysho, Rifa’ah bin Raafi’ RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah ditanya pekerjaan yang paling baik. Jawab baginda: “Usaha tangan manusia sendiri dan setiap jual beli yang diberkati.” (Hadis Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim)

pekerjaan terbaik

APA-apa pekerjaan yang dilakukan atas usaha sendiri secara jujur seperti yang diperintahkan ALLAH SWT pasti akan diberkati oleh-NYA. Foto: 123RF

Baca juga 3 jenis kejayaan bersumberkan dosa

1. Usaha tangan sendiri.
Pekerjaan terbaik adalah yang terhasil melalui kerja tangan sendiri.

Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah seseorang memakan suatu makanan yang lebih baik dari makanan yang ia makan dari hasil kerja keras tangannya sendiri. Kerana Nabi Daud AS dahulu juga makan dari hasil kerja keras tangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Contoh pekerjaan dengan tangan adalah seperti bercucuk tanam, kerajinan, pertukangan kayu atau kemahiran besi serta menulis. (Rujuk Minhah al-‘Allam, 6:9)

Turut disyorkan Tiga jenis kepenatan yang disukai ALLAH

pekerjaan terbaik

FIRMAN ALLAH SWT dalam Surah al-Mutaffifiin ayat 1, “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),” menggambarkan betapa DIA membenci orang yang menipu dalam jualan mereka. Foto: Unsplash

Baca juga Ketahui 4 perkara yang patut dielakkan ketika berniaga menurut Islam

2. Jual beli yang mabrur.
Mata pencarian kedua terbaik disebutkan adalah jual beli yang mabrur.

Ulama Islam, Syeikh Abdullah al-Fauzan dalam Minhah al-‘Allam menjelaskan, jual beli yang mabrur adalah apabila ia memenuhi syarat dan rukun jual beli. Dalam erti kata lain, jualan yang dilakukan tidak melibatkan sumber haram mahupun penipuan.

Turut disyorkan Islam Anjurkan Kita Lakukan Pendekatan Ini Jika Tertekan Dengan Kerja Atau Keluarga

Pekerjaan apa yang paling diberkati?

Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Dua ilmuwan Islam terkemuka, Imam al-Mawardi dan Imam Nawawi berpandangan, pekerjaan yang paling diberkati adalah bercucuk tanam.

Alasannya adalah disebabkan bercucuk tanam termasuk salah satu pekerjaan menggunakan tangan. Selain tawakal seorang petani itu tinggi, bercucuk tanam juga sering dianggap suatu tugas yang diberkati kerana memberi banyak manfaat kepada manusia dan haiwan.

APABILA melakukan sesuatu pekerjaan, buatlah kerana ALLAH SWT nescaya segala urusan anda akan dipermudahkan. Foto: Pexels

Turut disyorkan 3 sifat ini penyebab dosa

Namun menurut penulis kitab Tawdhihul Ahkam, Syeikh Abdullah bin Abdurrahman Ali Bassam, pekerjaan terbaik bergantung kepada keadaan setiap orang.

Jelasnya, apa yang paling penting, tiap-tiap pekerjaan yang dibuat perlu ada kebaikan, memenuhi kewajipan tugas yang diamanahkan serta tidak ada unsur penipuan.

Sebenarnya semua pekerjaan adalah penting. Asalkan ia dilakukan dengan penuh ikhlas dan bermanfaat, maka kerja itu akan diberkati ALLAH SWT. Sabda Rasulullah SAW,

Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah kepada ALLAH, serta janganlah engkau malas.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sumber: Rumaysho

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash

bergaduh
Aqidah,

Orang yang bergaduh, amal tidak diangkat ALLAH sehingga berdamai

RUPANYA orang yang bergaduh, amalnya tidak diangkat kepada ALLAH sehingga mereka berdamai.

Islam sangat menitikberatkan pertalian persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia. Bahkan, ALLAH SWT sudah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran bahawa orang yang beriman itu adalah bersaudara:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu serta bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Walau serapat mana pun kita dengan seseorang waima pasangan, ahli keluarga atau sahabat handai, adakalanya akan berselisih juga sebagaimana disebut dalam pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit.

bergaduh

KITA dituntut oleh ALLAH SWT agar menjaga pertalian ukhuwah sesama saudara Islam. Foto: Unsplash

Baca juga Hanya Kerana Lidah, ALLAH Akan Mencampakkan Muka Seseorang Dahulu Ke Dalam Neraka

Pendek kata, tersilap bicara, perbezaan pendapat dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, semua itu boleh membawa kepada perbalahan. Namun, apabila bertengkar, janganlah sampai tidak bertegur sapa selama berhari-hari lamanya.

Mengertilah, tiada siapa pun yang kalis daripada melakukan kesilapan. Sebaliknya, belajarlah untuk memohon maaf serta memaafkan sesama saudara Islam.

Baca juga Haram berbohong, kecuali dalam 3 keadaan ini

Malah, Rasulullah SAW sendiri menegah perbuatan bertengkar antara satu sama lain, terutamanya mereka yang seagama.

Hal itu jelas sepertimana dinyatakan dalam hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak bertegur saudaranya selama setahun sama seperti dia telah menumpahkan darahnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Saudara yang dimaksudkan dalam hadis itu adalah daripada agama yang sama, manakala mengalirkan darah dalam hal tersebut berkait dengan bertambahnya dosa. (Rujuk, Aun al-Ma’bud, 13/176)

Turut disyorkan 8 perbuatan yang boleh membatalkan pahala amal soleh, sama-sama kita berwaspada

BAYANGKAN amal ibadah yang kita lakukan dengan penuh kesungguhan ditunda oleh ALLAH SWT semata-mata kerana pertengkaran yang tidak diselesaikan. Foto: Pexels

Baca juga Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Bukan setakat itu, bahkan dikatakan ALLAH SWT akan menangguhkan penerimaan amal dan keampunan daripada dua orang Muslim yang bermusuhan sehinggalah mereka berdamai.

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni ALLAH dosa setiap hamba-NYA yang tidak musyrik, kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya (sesama Muslim). Maka dikatakan, tunggulah dahulu kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai!” (Hadis Riwayat Muslim)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelaslah bahawa agama suci itu melarang keras kita bergaduh sama sekali dengan saudara seagama.

Turut disyorkan 4 tanda mati jiwa yang menjauhkan kita dengan ALLAH SWT

MENGALAH bukan ertinya kita kalah ataupun salah. Sebaliknya, ia adalah langkah matang bagi mengelakkan perselisihan berlanjutan. Foto: Unsplash

Malah, pernyataan ‘tunggu sehingga berdamai’ pula ditekankan sebanyak tiga kali, sekali gus memberi peringatan bahawa amalan orang yang bergaduh akan ditunda dan tidak diangkat kepada ALLAH SWT sehinggalah mereka berbaik semula.

Jika ALLAH begitu menyukai orang yang menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada orang lain, bayangkan betapa DIA menyukai sekiranya kita menjadi orang yang terlebih dahulu mengalah dan menamatkan permusuhan.

Ingatlah, mengalah bukan bererti kalah, tetapi kadangkala ia merupakan pendekatan terbaik untuk menjaga hati demi kebaikan bersama dan menghindari daripada perdebatan yang berlanjutan.

Baca juga Hidup di dunia jangan kedekut sangat, malaikat doakan kecelakaan pada golongan ini…ingat tu

Sumber: Tzkrh & Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Pexels & Unsplash

fizikal Rasulullah SAW
Rindu Rasulullah,

Wajah secerah rembulan. Seindah inilah rupa fizikal Rasulullah SAW

SEBAGAIMANA pepatah Melayu mengungkapkan tidak kenal, maka tidak cinta, begitu juga kita umat Rasulullah SAW perlu mengenali setiap inci kehidupan baginda daripada sejarah hidup, perjuangan dan susur galur keluarga hingga ciri fizikal.

Mengambil sebahagian hidup Nabi Muhammad SAW untuk diteladani ialah amalan yang sangat baik, namun ia belum mencukupi untuk menzahirkan kecintaan hakiki terhadap baginda.

Segala-gala terkait dengan baginda tidak sepatutnya ditinggalkan, bahkan wajar diterokai untuk meningkatkan keimanan.

Baca juga Rasulullah Didik Keluarga Sebagaimana Dikehendaki ALLAH. Ini Beberapa Kaedah Yang Digunakan

Pastinya antara kerugian besar yang dialami kita umat sekarang adalah tiadanya peluang untuk bertemu dengan Rasulullah SAW di muka bumi ini.

Pun begitu, kita masih boleh membayangkan rupa fizikal baginda menerusi sebuah hadis ini yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA.

fizikal Rasulullah SAW

BETAPA sayangnya para sahabat terhadap Rasulullah SAW sehinggakan setiap ciri fizikal baginda terpahat dalam minda mereka. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Ini pesanan Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir baginda

Seperti yang dikongsikan oleh agamawan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam hadis tersebut, Ali bin Abu Talib RA pernah menyifatkan Rasulullah SAW dengan katanya:

Tidak terlalu tinggi melayup dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam.

“Mukanya bulat dan putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu, badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal,

“Kalau dia berjalan, maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi, bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun, kalau dia berpaling, maka dipalingkan berserta badannya, antara dua belikatnya, ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda SAW penyudah segala nabi,

Baca juga Surah-surah yang dibaca Nabi SAW pada hari Jumaat, jom amalkan

Turut disyorkan Bukan sahaja dibaca untuk orang meninggal… Ini kebaikan Surah Yasin kepada kita yang masih hidup

“Memiliki tapak tangan yang paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang dada–berdasarkan huraian ulama hadis penterjemah), paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali, lalu terasa kehebatannya,

“Dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya, akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan berkata: “Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang yang sepertinya, Muhammad SAW.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

fizikal Rasulullah SAW

RASULULLAH SAW dilahirkan pada waktu Subuh, hari Isnin tanggal 12 Rabiuawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Foto: Unsplash

Berdasarkan nas di atas, sifat fizikal Rasulullah SAW seperti berikut:

1. Warna kulit: Rasulullah SAW dikatakan berkulit putih dan juga putih kemerahan. Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW berkulit putih seolah-olah terbentuk daripada perak.

2. Rupa paras: Dikatakan bahawa Rasulullah SAW seorang yang tampan, sederhana fizikalnya dan menarik perhatian.

3. Mata: Dikatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai mata yang jelas putihnya dan hitamnya. Di samping itu matanya lebar di mana belahan matanya panjang. Dikatakan alisnya nipis dan lentik serta keningnya bersambung. Baginda SAW banyak memandang ke bawah, menunduk kepala dan menatap bumi lebih lama dari memandang langit.

4. Rambut: Rasulullah SAW mempunyai rambut yang lebat dan dibelah dua serta menyelusur ke belakang sampai ke bahunya di mana sifat rambutnya ikal mayang. Menurut Anas bin Malik RA, rambut Baginda SAW tidak kerinting dan tidak lurus.

BAGINDA SAW seorang usahawan berjaya yang telah berniaga sejak umurnya kecil lagi. Foto: Unsplash.

5. Dahi: Dikatakan Rasulullah SAW mempunyai dahi yang luas menunjukkan watak kecerdikan dan pemikir yang unggul.

6. Wajah: Dikatakan muka Rasulullah SAW yang bersifat bulat dan penuh. Tidak cengkung atau tembam dan raut wajahnya seolah-olah memikirkan sesuatu dan banyak berdiam. Apa yang dikiaskan oleh Hindun bahawa wajah baginda SAW cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.

7. Mulut: Mengikut riwayat Jabir bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW mempunyai mulut yang lebar. Bila ditanya kepada Sammak maksud mulut lebar, jawabnya: Bentuk mulutnya besar, seimbang dengan bentuk wajahnya.

Baca juga Belum hujung bulan poket ‘dah kering, istiqamahkan lima perkara ini dan lihat keajaibannya

8. Gigi: Putih berseri dan bersifat jarang di hadapan serta sentiasa bersugi.

9. Suara: Dikatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai suara yang serak basah dan percakapannya mudah difahami.

10. Leher: Dikatakan Rasulullah SAW mempunyai leher yang jenjang. Daripada pangkal leher sampai ke pusat bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.

11. Tubuh badan: Dikatakan dadanya bidang dan sama tinggi dengan perutnya yang melambangkan tidak buncit. Badannya tidak terlalu berbulu kecuali segaris bulu halus dari dada ke pusat.

fizikal Rasulullah SAW

NABI Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di puncak Jabal Nur (Bukit Cahaya). Foto: Flickr

12. Tanda khatamul nubuwah: Di antara dua tulang belikatnya ada tanda kenabian sebesar telur merpati.

13. Anggota tangan dan kaki: Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Dikatakan sebagai bekas tapak kaki baginda SAW.

13. Peluh: Peluh baginda SAW dikatakan lebih wangi daripada kasturi.

14. Cara berjalan: Apabila Rasulullah SAW berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang serta tawaduk. Jika baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Nabi SAW sedang turun ke tempat yang rendah. (Rujuk Makrifah Rasulullah SAW, hlm. 26-29)

Baca juga Benarkah Rasulullah tidak menyebut “umatku, umatku” tatkala kewafatan Baginda?

Turut disyorkan Lalai dengan hidup di dunia. Pastikan anda tiada tanda-tanda ini.

Di akhirat nanti, setiap orang beriman akan berpeluang untuk melihat Rasulullah SAW, ia tidak terhad kepada yang menerima syafaat sahaja.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH SWT serta menyantuni segala ajaran baginda SAW agar dapat tergolong dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Maktabah al-Bakri

Foto: Unsplash & Flickr

kewafatan rasulullah
Aqidah,

Benarkah Rasulullah tidak menyebut “umatku, umatku” tatkala kewafatan Baginda?

BENARKAH Rasulullah tidak menyebut “umatku, umatku” tatkala kewafatan Baginda?

Rasulullah SAW adalah insan terbaik di dunia yang diutuskan oleh ALLAH SWT untuk memimpin seluruh manusia.

Keperibadiannya yang mulia sentiasa menjadi ikutan sepanjang zaman walaupun baginda tiada lagi di dunia. Segala sunnah dan ajaran yang dititipkan menjadi pegangan oleh sekalian umat Islam.

Ramai yang percaya bahawa apabila Nabi SAW menghembuskan nafas terakhir di dunia, baginda menyebut “Ummati, ummati, ummati” yang bermaksud “Umatku, umatku, umatku”.

Namun, perkara ini tidak benar dan apa yang diucapkan oleh baginda adalah kalimah lain.

Sebelum kita mengetahui perkataan yang diucapkan oleh Rasulullah SAW, penting untuk kita telusuri saat-saat terakhir kekasih ALLAH itu sebelum menemui Penciptanya.

Baca juga Empat kisah Rasulullah SAW menitiskan air mata

kewafatan rasulullah

SEGALA sunnah dan ajaran baginda SAW menjadi pegangan umat Islam seluruh dunia sehingga kini.

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kisah tersebut ada dinukilkan oleh Syeikh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum:

Apabila waktu Dhuha semakin meninggi, Fatimah RA dipanggil oleh Rasulullah SAW dan dibisikkan sesuatu di telinganya. Mendengar bisikan tersebut, puteri baginda itu pun menangis.

Baca juga Ustazah Asma’ Harun Kongsi Kehebatan Zikir Fatimah

Fatimah sekali lagi dipanggil dan dibisikkan lagi sesuatu di telinganya.

Tetapi kali ini, Fatimah tertawa. Aisyah RA yang mendengar lantas bertanya tentang hal itu, lalu Fatimah menjawab:

Rasulullah SAW membisikkan kepadaku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang sedang dihadapinya, yang membuatkan aku menangis. Namun kemudian baginda sekali lagi membisikkan kepadaku bahawa aku adalah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepas daripada baginda,”

Nabi SAW juga menggembirakan hati puterinya itu bahawa dia adalah penghulu wanita di seluruh alam.

Baca juga Bagaimana Rasulullah SAW saat marah? Ini peristiwanya

Ketika Fatimah sedang menyaksikan penderitaan yang ditanggung ayahandanya, dia pun berkata, “Alangkah deritanya ayahanda.”

Baginda kemudiannya bersuara kepadanya, “Selepas hari ini, tidak ada lagi penderitaan ke atas ayahandamu.”

kewafatan rasulullah

MENURUT riwayat, Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah pada usia 63 tahun. Credit: Unsplash

Tidak lama selepas itu, Rasulullah SAW memanggil dua orang cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husain, lalu berpesan kepada mereka dengan kebaikan.

Kemudian para isteri baginda pula dipanggil dan nasihat serta peringatan diberikan.

Disebabkan kesakitan yang dirasai baginda semakin kuat akibat daripada kesan racun daging kambing yang dimakan baginda di Khaibar, baginda berkata: “Wahai Aisyah, aku masih terasa lagi makanan yang aku makan di Khaibar, jadi sekarang ini aku merasai urat leherku seperti hendak terputus disebabkan oleh racun ini.”

Di saat-saat paling akhir kehidupan Rasulullah SAW di dunia, baginda bersandar di riba Aisyah. Dalam hal ini, Aisyah berkata:

Rasulullah SAW wafat di dalam rumahku, semasa giliranku dan dipangkuanku antara leher dan dadaku adalah antara nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepadaku. Air liurku dan air liur baginda ketika saat kewafatan baginda juga ALLAH kumpulkan.”

Baca juga 6 sikap romantik Rasulullah yang patut dicontohi

Rasulullah bersugi sebelum wafat

Ketika Aisyah sedang meriba Rasulullah SAW, Abdulrahman bin Abu Bakar telah masuk dengan kayu sugi di tangannya.

Kayu sugi yang dipegang oleh Abdulrahman dipandang oleh baginda. Aisyah yang menyedari perkara itu, bertanya kepada Rasulullah SAW: “Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?”

Dengan isyarat kepala daripada Nabi SAW, Aisyah pun mengambil sebatang kayu sugi dan diberikan kepada baginda. Namun, kayu sugi tersebut agak keras lalu Aisyah bertanya, “Mahukan aku lembutkan kayu sugi ini untukmu?”

Sekali lagi baginda mengiyakan dengan gerak kepalanya, lalu kayu sugi tersebut dilembutkan oleh Aisyah. Rasulullah pula meminta agar baginda disugi.

kewafatan rasulullah

BERSUGI antara cara menjaga kebersihan diri yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Credit: Shutterstock

Satu riwayat lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersugi dengan cara yang lebih baik daripada itu.

Pada waktu itu, baginda mencelupkan tangannya ke dalam bekas air yang ada di hadapan Nabi SAW lalu disapu pada muka dengan berkata, “Tidak ada TUHAN selain ALLAH, sesungguhnya kematian itu kesakitan-kesakitan.”

Sebaik sahaja selesai bersugi, baginda SAW mengangkat tangannya atau jarinya, lantas mendongak ke atas diikuti dengan bibir yang bergerak-gerak.

Melihatkan perkara itu, Aisyah RA merapatkan telinganya kerana ingin mendengar apa yang diucapkan oleh Baginda SAW:

Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka daripada kalangan para nabi, orang-orang benar (orang yang beriman), orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Ya ALLAH, ampunilah aku dan rahmatilah aku serta pertemukan aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya ALLAH, Kekasih Yang Tertinggi.”

Kalimah tersebut diulangi oleh Rasulullah SAW sebanyak tiga kali, sebelum tangan baginda terkulai layu menandakan kekasih ALLAH itu telah meninggalkan dunia dan pergi menghadap-NYA. (Rujuk al-Rahiq al-Makhtum, 430-432)

Baca juga 12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

“Umatku, umatku” bukan ucapan terakhir Rasulullah SAW

Daripada Aisyah RA berkata: “Adapun ucapan terakhir yang diucapkan oleh Baginda SAW: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya ALLAH, Kekasih Yang Tertinggi).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut portal itu, hadis di atas telah disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sebagai ucapan terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat. Tambahan pula, perkara ini diucapkan oleh Aisyah RA di mana Rasulullah wafat di rumah dan dalam pangkuannya.

Oleh itu, dakwaan bahawa kata-kata terakhir Nabi SAW sebagai “umatku, umatku” adalah tidak benar kerana tiada sumber yang sahih mengenainya.

Baca juga [VIDEO] Neraka menanti pencipta hadis palsu

Turut disyorkan Lima hadis popular ini rupanya hadis palsu

kewafatan rasulullah

SEBELUM memetik hadis tertentu, pastikan maklumat yang diperoleh itu sahih terlebih dahulu. Ini kerana hukumnya haram menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah SAW sedangkan baginda tidak pernah melakukan perkara tersebut.

Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada TUHAN melainkan daripada ALLAH).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis berikut, kita diajarkan oleh Rasulullah SAW agar mengucapkan kalimah tauhid iaitu “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada TUHAN melainkan daripada ALLAH)” sebagai ucapan terakhir apabila meninggalkan dunia.

Sesiapa yang berjaya mengucapkannya, maka baginya atau dia berhak untuk dimasukkan ke dalam syurga.

Baca juga Gagal bersyahadah saat meninggal kerana bercakap ketika azan? Berikut penjelasannya

Turut disyorkan 10 tanda kematian yang baik

Sarjana Islam, Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, kalimah yang diucapkan oleh baginda ketika menghembuskan nafas terakhir iaitu “ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya ALLAH, Kekasih Yang Tertinggi)” mengandungi tauhid (iaitu mengesakan ALLAH) dan ia (tauhid) diucapkan di dalam hati.

Secara tidak langsung, perkara ini menunjukkan rukhsah (keringanan) kepada orang lain bahawa tidak disyaratkan untuk mengucapkan kalimah tauhid dengan lidah ketika ingin meninggal dunia.

Ini kerana ada sebahagian manusia yang tidak mampu atau terhalang daripada mengucapnya dengan lidah. Yang paling utama, hatinya sudah terkandung kalimah tauhid tersebut. (Rujuk Fath al-Bari)

Sumber: Irsyad al-hadith siri ke-311: Ucapan terakhir Nabi SAW & Kisah Ucapan Terakhir Rasulullah SAW Sebelum Wafat

Foto: Pexels, Shutterstock & Unsplash

body shaming
Gaya Hidup,

Sesuka hati ‘body shaming’ ibarat menghina ciptaan ALLAH

JANGAN sesuka hati ‘body shaming’ atau menghina orang lain kerana diibaratkan menghina ciptaan ALLAH.

Walaupun berbeza dari segi rupa paras dan fizikal, setiap manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT adalah sebaik-baik ciptaan.

Bagi kita yang dilahirkan dalam keadaan cukup sifat dan anggota badan, sepatutnya kita bersyukur kerana dijadikan dengan penuh sempurna oleh-NYA.

Namun, entah mengapa ada segelintir orang yang tergamak untuk mencela orang lain sedangkan kita semua berasal daripada tanah yang sama.

Baca juga Jangan mencari kesalahan orang lain. Sifat berburuk sangka hanya membawa jalan menuju dosa dan fitnah!

Sedarkah kita perbuatan memburukkan fizikal seseorang atau ‘body shaming’ seperti yang digelar masyarakat kini juga diibaratkan sebagai penghinaan kepada ALLAH yang menciptakannya?

Bahkan, ia suatu perbuatan terkutuk yang tidak diamalkan oleh para mukmin sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Seorang Mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

body shaming

JIKA dibiarkan berlarutan, penghinaan terhadap fizikal seseorang boleh membawa kepada penyakit seperti kemurungan, bulimia dan Body Dysmorphic Disorder (BDD).

Perlakuan ini bukan sahaja bernanah dalam masyarakat kita, malah ia sudah berleluasa sejak zaman baginda SAW lagi menerusi sebuah kisah yang tertulis dalam hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban.

Diceritakan bahawa sebahagian sahabat pernah mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud kerana beliau memiliki betis yang sangat kurus.

Lantas, Rasulullah SAW menegur perbuatan tersebut dengan berkata: “Demi ALLAH yang jiwaku berada di tangan-NYA, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam kisah lain, seorang sahabat pernah mencerca Saidina Bilal dengan menyebut kulit Bilal yang hitam. Tindakan sahabat ini ditegur oleh Rasulullah SAW: “Sesungguhnya engkau memiliki sifat Jahiliyah! (kerana mengejek sahabatmu).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Haram lakukan ‘prank’ yang melampau sehingga mengaibkan orang

Kedua-dua hadis berkenaan menjelaskan bahawa perbuatan menghina orang lain dengan menyebut kekurangan tubuh mereka ditegah oleh Nabi SAW.

Ketahuilah, Islam melarang keras kita mengejek mahupun mencela orang lain. Sekalipun individu berkenaan ialah musuh kita atau orang bukan Islam.

body shaming

KITA semua diciptakan ALLAH SWT dengan kelebihan masing-masing.

ALLAH SWT sendiri pernah melarang kita daripada mengeluarkan perkataan kaji serta mengejek orang lain. Firman ALLAH: “…Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surat al-Hujurat, ayat 11)

Oleh itu, berhati-hati dengan sebarang ungkapan yang timbul dari bibir kita, terutamanya jika ia melibatkan bercerita tentang orang lain kerana dibimbangi boleh mengundang dosa.

Sebaik-baiknya, panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT apabila menyaksikan kecacatan atau kelemahan pada fizikal manusia kerana tidak dijadikan sedemikian rupa.

Foto: Pexels & Unsplash

3 jenis kaki sembang dibenci Rasulullah SAW
Gaya Hidup,

Hati-hati bila berbicara, ini 3 jenis kaki sembang dibenci Rasulullah SAW

HATI-hati bila berbicara. Rupa-rupanya ada tiga golongan kaki sembang yang dibenci oleh Rasulullah SAW.

Berborak, bersembang, ‘membawang’, sebutlah apa sahaja istilah namun perlakuannya tetap sama. Tiada niat untuk menggalakkan perbuatan lagha itu tetapi hakikatnya lepak sambil berbual berjam-jam sememangnya suatu perkara yang tidak asing dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Pada waktu itu, semua topik hendak dibicarakan daripada soal artis hingga isu politik. Pun begitu, berjaga-jaga apabila menuturkan sesuatu, apatah lagi jika kita bukan arif dalam perkara yang dibahaskan.

Baca juga Jangan ‘pasang’ telinga curi-curi dengar perbualan orang lain, ini natijahnya…

Rupa-rupanya ada tiga jenis gaya bersembang yang dibenci oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, Dr Kamilin Jamilin menerusi laman Facebooknya.

3 jenis kaki sembang dibenci Rasulullah SAW

BERPEGANGLAH pada pepatah Melayu, ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah’ yang mengingatkan masyarakat untuk berhati-hati ketika bercakap.

1. Thartharun
Golongan jenis ini gemar ‘sembang kencang’ atau cakap berjela-jela tentang perkara yang tidak berfaedah. Mereka juga suka mencelah percakapan orang lain dan sering menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

2. Mutasyaddiqun
Golongan kaki sembang ini pula suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

3. Mutafayhiqun
Apabila bercakap, golongan ini pula suka bercerita tentang dirinya sahaja supaya mereka kelihatan lebih menonjol daripada orang lain.

Baca juga Mengumpat itu haram tetapi ketahui 6 jenis situasi yang dibenarkan

3 jenis kaki sembang dibenci Rasulullah SAW

BERKATA yang bukan-bukan tidak sekadar membuatkan orang kurang menyukai kita, malah kita juga boleh meraih dosa melalui perbuatan tersebut.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Ibarat pepatah Melayu terkenal, ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah’, kata-kata yang sudah diucapkan tidak akan boleh ditarik balik.

Jadi, jagalah lidah anda kerana andai tersalah kata, tiada orang lain melainkan diri sendiri yang terpaksa menanggung akibatnya.

Hati-hati bila berbicara, ini 3 jenis kaki sembang dibenci Rasulullah SAW

Sumber: Facebook Dr Kamilin Jamilin

Foto: Pexels

solat sunat wuduk
Hukum,

Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

LAZIMI ibadah solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga.

Ingatlah, dunia bukan satu kehidupan yang hakiki. Bahkan, ia hanyalah sebuah jambatan yang menghubungkan manusia dengan kehidupan di akhirat.

Di sana, segala amal baik dan buruk manusia akan diadili dengan sempurna. Tiada yang diharapkan oleh seluruh umat manusia pada ketika itu melainkan dikurniakan oleh ALLAH MAHA BERKUASA untuk mendiami syurga-NYA. Itulah kesudahan yang sebaik-baiknya.

Dengan usia yang masih berbaki di dunia ini, sentiasalah bersiap sedia untuk mendepani saat getir di akhirat nanti. Justeru, apakah antara amalan yang boleh dijadikan penolong kita kelak?

Baca juga Sayyidul istighfar penghapus dosa, janji syurga, rugi jika tidak amalkan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal bin Rabah:

Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling terbaik yang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku di dalam syurga.

Kemudian Bilal RA menjawab, “Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, aku ini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikan solat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Kisah Rasulullah SAW dengar tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga bukan cerita dongeng. Ini rupanya amalan yang dilakukan oleh muazin pertama…

solat sunat wuduk

SIAPA sahaja yang tidak mahu dihisabkan ke syurga sebagai pengakhiran terbaik di akhirat kelak.

Solat sunat wuduk sinari jalan ke syurga

Berdasarkan hadis tersebut, ulama Hanafi, Syeikh Badruddin al-‘Aini berpendapat bahawa Bilal dapat memasuki syurga disebabkan perbuatan beliau yang berwuduk setiap kali berhadas dan bersolat sebanyak dua rakaat setiap kali berwuduk.” (Rujuk Umdah Al-Qari, Al-‘Aini [7/080]).

Kenyataan beliau itu dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada seorang pun yang berwuduk kemudian dia memperelokkan wuduknya lalu mendirikan solat dua rakaat yang dia memfokuskan jantung hati serta wajahnya dalam mengerjakannya melainkan wajib buat dirinya itu syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Ustaz Ebit senaraikan 6 perkara perlu pelihara jaminan Muslim ke syurga

Untuk dikira sebagai solat sunat wuduk, seseorang itu hendaklah mengerjakan solat fardu atau solat sunat yang lain sebanyak dua atau lebih. Perkara ini dijelaskan oleh agamawan, Imam al-Ramli, “Dan kedua rakaat ini (solat wuduk) terhasil dengan solat fardu atau solat sunat yang lain sebanyak dua rakaat atau lebih sama seperti dua rakaat tahiyyatul masjid.’ (Rujuk Syarah Zubad, Al-Ramli, Halaman 48)

Jadi, bila solat sunat wuduk boleh dilakukan? Para fuqaha bersetuju bahawa yang afdalnya adalah solat itu dilakukan sebaik sahaja selesai berwuduk.

Baca juga Jangan lakukan kesilapan ini ketika solat

Dari segi waktu terluputnya perlaksanaan solat wuduk, ada beberapa pendapat yang dikemukakan oleh ulama. Namun, menurut pihak Mufti Wilayah Persekutuan, selagi seseorang itu tidak berhadas dan masih ada wuduk, dia boleh mendirikan solat tersebut.

Oleh itu, sekali lagi dijelaskan bahawa jika seseorang yang baru lepas mengambil wuduk masuk ke dalam masjid, lalu dia melakukan solat fardu, sunat tahiyyatul masjid atau solat sunat rawatib, maka kesemuanya sudah memenuhi syarat solat sunat wuduk dua rakaat.

Foto: Unsplash & Pexels

Rasulullah SAW saat marah
Isu,

Bagaimana Rasulullah SAW saat marah? Ini peristiwanya

DUA peristiwa berikut menggambarkan Rasulullah SAW saat baginda sedang marah.

Bagi kebanyakan orang, rasa marah adalah sesuatu yang mustahil untuk dihindari kerana ia sememangnya salah satu emosi yang wujud dalam diri manusia.

Namun, sebagai seorang mukmin, kita perlu berusaha menguruskan sifat tersebut dengan baik memandangkan kemarahan berasal daripada syaitan.

Baca juga 4 qul, perisai ampuh hindari hasutan syaitan, iblis

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Jangan pandang remeh perbuatan hina agama

Pun begitu, rupa-rupanya ada jenis marah tertentu yang dibenarkan dalam agama. Dalam situasi seperti agama Islam dipersenda oleh orang kafir dan golongan munafik, kita sebenarnya dibolehkan berasa marah.

Memetik suatu perkongsian oleh program Soul Fitness Centre, perkara ini dialami oleh Rasulullah SAW sendiri menerusi dua peristiwa berikut yang membangkitkan amarah baginda.

rasulullah SAW saat marah

SIFAT marah tidak digalakkan dalam agama namun apabila emosi itu hadir, pastikan ia bersebab seperti marah kerana agama sendiri dipersendakan oleh pihak lain.

1. Apabila melibatkan aqidah, pegangan dan ibadah penting

Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan wajah tidak suka apabila Saidatina Aisyah membeli bantal yang mempunyai gambar. Gambar pada zaman Nabi SAW adalah salah satu bentuk pemujaan.

Baca juga Haram lukis mural manusia? Ini penjelasannya

Aisyah RA menceritakan, “Suatu hari saya telah membeli bantal yang mempunyai gambar. Sewaktu Rasulullah SAW melihat bantal itu, baginda berhenti di hadapan pintu.

Saya tahu pada wajah baginda ada rasa tidak suka. Lalu saya berkata, “Wahai Rasulullah, saya bertaubat kepada ALLAH dan Rasul-NYA, apakah dosa saya?” Lalu Rasulullah berkata, “Apakah bantal itu?”

Saya menjawab, “Saya telah membelinya untuk kekanda duduk di atasnya dan bersandar padanya.’

Rasulullah berkata, “Orang yang membuat gambar itu akan diseksa pada hari kiamat. Maka diucapkan kepada mereka, “Hidupkan apa yang kamu buat itu.””(Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Islam melarang sebarang bentuk ukiran patung? Bagaimana pula jika makanan berbentuk manusia atau binatang?

2. Apabila melibatkan kemaslahatan orang ramai

Anas bin Malik melaporkan bahawa Nabi SAW pernah ternampak kesan ludah melekat di dinding masjid. Baginda berasa marah sehingga wajahnya bertukar merah.

Kemudian datang seorang wanita penduduk asal Madinah. Lalu dia membuang kesan ludah itu dan meletakkan wangian pada tempat itu. Rasulullah SAW berkata, “Alangkah bagusnya perbuatan itu!” (Hadis Riwayat Nasa’i)

Secara tidak langsung, kedua-dua hadis tersebut juga mengajarkan kita cara untuk menguruskan perasaan marah dalam diri.

rasulullah SAW saat marah

USAH biarkan diri mudah dikuasai sifat amarah. Sebaliknya, sentiasa berzikir mengingati nama-nama ALLAH bagi memadamkan mara api yang dinyalakan oleh syaitan.

Baca juga Hidup Kena Banyak Sabar, ALLAH SWT Akan Balas Dengan ‘Ladang’ Pahala Tanpa Batas

Berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW, ada tiga perkara yang boleh kita teladani ketika diselubungi rasa marah:

1. Apabila kita sedang marah, sebaik-baiknya hanya berdiam dan tunjukkan emosi itu melalui riak wajah muka kita sahaja untuk elak mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.

2. Sebelum marah, tanya dahulu sebab apa. Pastikan anda jelas dengan situasi yang sedang dihadapi sebelum meluahkan emosi secara melulu.

3. Marah hanya pada perbuatan itu sahaja, bukan marah orang yang membuat silap kerana selagi pintu taubat ALLAH masih terbuka, semua orang mempunyai peluang untuk berubah.

Baca juga Bahaya tiga serangkai ini, boleh menghapuskan pahala

Selain itu, Nabi SAW juga mengingatkan kita agar sentiasa berwuduk bagi mengawal perasaan marah yang ada dalam diri.

Maka, jadilah orang yang bersabar kerana antara golongan yang sangat disukai oleh ALLAH SWT adalah mereka yang mempunyai sifat penyabar.

Bagaimana Rasulullah SAW saat marah? Ini peristiwanya

Foto: Pexels & Unsplash

hadis
Isu,

[VIDEO] Neraka menanti pencipta hadis palsu

NERAKA menanti pencipta hadis palsu. Banyak hadis berkaitan larangan berdusta di atas nama Nabi SAW, sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya, menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan perkara tersebut bukan daripada Baginda adalah dilarang. Ini kerana, hukuman bagi orang yang berdusta di atas nama Rasulullah tempatnya di neraka.

Di dalam sebuah hadis yang lain Baginda bersabda:“Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak pernah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”(Hadis Riwayat al-Bukhari). Berdasarkan dalil di atas, jelas wujud ancaman yang cukup keras kepada pendusta-pendusta terhadap hadis Nabi.

Pemalsuan yang memesongkan akidah

Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr Kamilin Jamilin berkata, pemalsuan hadis amat merbahaya kerana ia boleh memesongkan akidah Muslim.

hadis

DR KAMILIN

Menurut beliau, terdapat tiga elemen asas yang menjadikan hadis palsu tersebar dalam masyarakat Islam, iaitu kerana politik, taasub dan kepuakan.

 

Apa yang berlaku ujarnya, selepas era khilafah yang mencetuskan peperangan, mendorong orang untuk memalsukan hadis Rasulullah untuk menyokong fahaman kumpulan masing-masing.

Bagaimana hadis juga boleh digunakan di dalam politik untuk meyakinkan ideologi kumpulan masing-masing yang akhirnya menyebabkan ketidaksepakatan berlaku dan menyebabkan Islam berpecah belah,” katanya dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk ‘Polemik Hadis’ yang disiarkan di platform Sinar Harian awal Julai lalu.

Turut menjadi panel ialah Ustaz Mohammed Noor Mohammed Deros yang merupakan antara Pengasas Sidang Kalam, manakala Finaz Yunus selaku moderator.

Menurut Kamilin, sifat taksub kepada mahzab, kepuakan dan bahasa turut membutakan hati manusia sehingga tergamak memalsukan hadis.

Ibnu Jauzi ada menyebut tentang hadis-hadis palsu, contohnya ada yang benci bahasa Arab, lalu mencipta hadis, ‘kalau ALLAH murka DIA akan turunkan wahyu dalam bahasa Arab, tetapi kalau ALLAH suka, DIA akan turunkan wahyu dalam bahasa Parsi,’ Ini contoh taasub kepada bahasa,” katanya.

Sembunyikan kekufuran

Jelasnya lagi, permusuhan terhadap Islam seperti itulah mendorong golongan berkenaan menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman demi merosakkan Islam dari dalam.

Sebagaimana tercatat dalam sejarah, Abdul Karim bin Abu al-Auja yang mengaku pernah memalsukan sekitar 4,000 hadis sebelum dihukum bunuh,” kata beliau.

Tambahnya lagi, ada juga dalam kalangan penglipura, penceramah-penceramah yang suka bercerita.

“Mereka terdesak untuk membawa cerita yang boleh menghiburkan sehingga sanggup mencipta hadis. Ini bukan berlaku sekarang tetapi sudah lama wujud,” katanya.

Kamilin berkata, malah ada pelbagai lagi golongan orang soleh dan baik tetapi disebabkan kejahilan ilmu hadis dan agama tergamak mempermudahkan (dengan berhujjah) daripada sudut hadis.

“Biasanya kita akan tengok orang ini zuhud, soleh dan fokus kepada ibadah tetapi lemah daripada penguasaan ilmu hadis dan periwayatan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai siapa yang hendak dirujuk (apabila berhadapan kemelut ini), Kamilin berkata, orang awam tidak tahu untuk membezakan siapakah ahli hadis yang sebenar.

“Tuntutan dan tanggungjawab kita adalah untuk mencari. Kita nak menerima hadis riwayat seseorang itu, antara aspek utama yang perlu dilihat ialah daripada sudut agama, pertuturan dan ilmunya. Adakah dia seorang yang mempunyai kredibiliti dari sudut penyampaian.

Manakala, keduanya kita lihat dari sudut kemampuannya adakah dia seorang yang tekun, tajam dan kritis.
“Biasanya dalam isu hadis palsu ini orang yang biasa dengan hadis, akan mampu mengenal pasti sama ada itu hadis palsu atau tidak.
“Macam saya sendiri, saya sudah berbelas tahun di dalam bidang ini. Apabila ada sesuatu yang meragukan, saya akan semak balik, di situlah antara peranan orang awam,” katanya.

Pembawakan Islam yang direstui Barat

Dalam pada itu, gerakan subversif pembenci Islam juga tidak pernah duduk diam. Antaranya, Rand Corporation, sebuah Badan pemikir Amerika telah mengeluarkan kertas kerja •‘Civil Democratic Islam’ yang menggariskan beberapa langkah untuk mensabotaj kebangkitan Islam dan diganti dengan pembawakan Islam yang direstui Barat.

Strategi mereka ialah mewujudkan polemik hadis yang tidak berkesudahan antara golongan agamawan, dan mengheret golongan awam kepada pertikaian luar biasa terhadap kefahaman agama.

Mengulas perkara ini, Pengasas Sidang Kalam, Ustaz Mohammed Noor Mohammed Deros berkata, satu satunya perkara yang boleh dilakukan oleh umat Islam ialah kekal bersatu dan jangan sekali-kali leka.

hadis

MOHAMMED NOOR

 

“Kita adalah pengamal Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia, yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf serta khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah),

“Justeru, kembalilah kepada prinsip yang telah dipersetujui. Masalah umat Islam pada hari ini ialah mereka mengakui Asya’irah atau Maturidiyyah tetapi dalam isu hadis ini tidak mengikut ulama Asya’irah atau Maturidiyyah, sebaliknya mereka mengikut salah satu idealisme Rand Corporation juga.

“Rand Corporation giat mempromosi sufisme. Bukan sufisme versi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menganjurkan penyucian jiwa, tetapi sufisme versi Rand Corporation yang dimasukkan elemen batiniah atau falsafah. Di situ kita melihat tidak ada penghormatan kepada tradisi ilmu hadis seperti yang telah disepakati,

“Untuk bersatu kita harus jujur dengan prinsip bersama. Jangan izinkan hadis diserang,” tegas beliau lagi.

Pupuk minat agar ghairah belajar hadis Pandangan Ustaz Mohammed Noor di sokong oleh Dr Kamilin. Ujarnya, bagi mengelakkan umat Islam tersasar di dalam amal ibadat dan sentiasa berada di landasan yang lurus, mereka perlu meluangkan masa belajar hadis dan sirah nabi.

Untuk mempelajari ilmu ini tidaklah memerlukan kefahaman mendalam. Cuma minat perlu dipupuk sedikit demi sedikit, lama kelamaan diri akan menjadi ghairah untuk mendalami hadis, lalu kita akan patuh dan menjaga Sunnah Rasulullah SAW.

Beliau memetik firman ALLAH yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-KU yang lurus maka ikutlah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan-NYA. Demikian DIA memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa,”(Surah al-An’am, ayat 153)

 

SEJARAH PEMALSUAN HADIS NABI SAW

8 cara pilih nama anak

PASTIKAN merujuk hadis sahih sebelum dijadikan sumber hukum

IRSYAD al-Hadith Siri Ke-249: Hadith Mawdhu’ (Palsu),’ di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan mencatatkan: telah diriwayatkan lebih daripada 100 orang sahabat Nabi Muhammad SAW akan hadis yang menceritakan berkaitan ancaman terhadap orang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW.

Sejarawan merekodkan pemalsuan hadis Nabi bermulanya apabila berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman bin Affan RA.

Ini kerana, pada waktu itu golongan al-Ahwa’ (golongan yang mengikut hawa nafsu) telah mencipta hadis palsu dan mengakibatkan berlakunya perpecahan.

Jelaslah kepada kita bahawa hadis palsu ini direka lalu disandarkan di atas nama Nabi secara dusta sama ada berbentuk ucapan, perbuatan dan iqrar Nabi SAW sedangkan ia tidak pernah datang daripada Baginda.

Hukum meriwayatkan hadis palsu

Para ulama menyatakan, setelah status kepalsuan hadis itu diketahui, maka haram bagi kita untuk meriwayatkannya, melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya.

Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi (911 H) dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadis masa kini.

Hukum ini terbina berdasarkan hadis-hadis berkaitan larangan keras Rasulullah terhadap pendustaan di atas nama Baginda.

Sebagai mukmin yang cintakan Rasulullah, wajib kita menjaga nama dan peribadi Baginda daripada dicemari pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab.

Sebagaimana disebut di dalam sebuah hadis: yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Umat Islam juga wajib mengenalpasti sumber dan status (hukum) sesuatu hadis sebelum diajar, ditular atau disebarkan.

Dengan cara ini kesucian agama Islam akan terjaga dan pada masa yang sama dapat mengelakkan daripada terjebak dengan golongan yang menyeleweng dan ingin menghancurkan Islam.
Hadis palsu merupakan peringkat hadis dhaif yang paling buruk. Hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak.

 

KEDUDUKAN & DEFINISI HADIS PALSU

Kedudukan hadis palsu adalah seburuk-buruk hadis dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama seperti :

1. Imam Ibn Salah (643 H) berkata yang bermaksud: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadis palsu adalah termasuk di dalam hadis-hadis dhaif yang paling buruk (al Muqaddimah).”

2. Imam al-Nawawi (676 H) juga berkata yang bermaksud: “Hadis palsu adalah hadis yang direka atau dicipta dan ia adalah seburuk-buruk hadis dhaif.” (Tadrib al-Rawi)

3. Kata Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya yang masyhur, hadis palsu adalah: Pendustaan yang direka dan dicipta di atas nama Nabi SAW maka itulah yang dinamakan hadis mawdhu’.

4. Menurut Imam al-Baiquniy, hadis mawdhu’ atau palsu ini ialah hadis dusta yang direka dan ia disandarkan kepada Nabi SAW.

5. Menurut Syeikh Sayyid Abd al-Majid al-Ghouri di dalam kitabnya menyatakan bahawa hadis palsu adalah: “Hadis yang tidak datang daripada Nabi SAW sama ada ia berbentuk ucapan, perbuatan, taqrir dan ia disandarkan kepada Nabi SAW secara tersalah, sengaja, kejahilan dan juga muslihat.” (Mu’jam al-Musthalahat al-Hadithiyyah)

Sumber: (Irsyad Al-Hadith Siri Ke-249: Hadith Mawdhu’ (Palsu), daripada laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan)

 

8 KRITERIA HADIS PALSU

Perkara ini dapat dikesan sama ada pada sanad, juga matan hadis dan dinukilkan daripada kitab Ulum al-Hadith oleh Prof Dr Muhammad Abu Laith iaitu:

  1. Pada Sanad: Iqrar atau pengakuan daripada perawi tersebut bahawa dia telah mencipta hadis tersebut. Terbukti daripada pengakuannya bahawa dia telah berdusta. Contohnya, seperti katanya: bahawa dia telah mendengar hadis ini daripada syeikh sekian di tempat sekian, sedangkan syeikh tersebut diketahui tidak pernah masuk atau sampai ke tempat tersebut.
  2. Perawi tersebut terkenal sebagai pemalsu hadis Nabi SAW.
  3. Pada Matan:
  • Teks hadis bercanggah dengan al-Quran, usul-usul dan kaedah-kaedah agama.
  • Teks hadis bercanggah dengan teks hadis sahih yang lain.
  • Teks hadis bercanggah ijmak para sahabat.
  1. Bertentangan dengan naluri, penyaksian dan ilmu sains (penemuan ilmiah moden yang sahih dan tidak bertentangan dengan al-Quran, hadis dan sumber-sumber utama di dalam agama).
  2. Teks tersebut tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar.
  3. Kelemahan pada susunan lafaz dan juga makna.
  4. Di dalam teks hadis terkandung perkara-perkara yang dilihat melampau yang mustahil bagi seorang Nabi SAW mengucapkan kata-kata tersebut.
  5. Di dalam teks hadis terkandung perkara bidaah yang diada-adakan dan tidak mempunyai asal serta perawi tersebut termasuk di dalam orang yang menyeru kepadanya.