Browsing Tag

Amerika Syarikat

TRT World
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Lebih 17,000 Barang Antik yang Dijarah AS Akan Dikembalikan ke Iraq

no comment

AMERIKA Syarikat (AS) akan mengembalikan semula lebih 17,000 khazanah arkeologi berusia 4,000 tahun yang dirampas sejak beberapa dekad ketika perang dan pemberontakan di Iraq.

“Ini adalah pengembalian barang antik terbesar ke Iraq,” kata Menteri Kebudayaan Iraq, Hassan Nazim, yang memujinya sebagai hasil usaha rundingan oleh pihak berkuasa Iraq bersama dengan kedutaan mereka di Washington.

Perdana Menteri Iraq, Mustafa al Kadhimi akan mengambil kembali artifak dari Mesopotamia kuno dengan pesawatnya, selepas pulang dari Washington untuk bertemu Presiden AS, Joe Biden.

“Sebilangan besar artifak adalah dokumen kuno sejak zaman Sumeria yang akan dipulihkan untuk dikomersialkan”, kata kementeriannya dalam satu kenyataan.

Artifak kuno berusia 4,000 tahun. Gambar: Reuters

Pemulihan dari Eropah

Barang-barang antik Iraq telah banyak dijarah selama beberapa dekad ketika perang dan pemberontakan. Ia dilakukan kumpulan jenayah terancang termasuk ketika pencerobohan Amerika Syarikat pada tahun 2003 yang menggulingkan kepimpinan Saddam Hussein.

“Tidak mungkin untuk kita mengukur jumlah artifak yang telah dicuri dari tapak arkeologi,” kata Qahtan al Obaid, Pengarah Barang Antik dan Warisan di Muzium Basra, kepada agensi berita AFP.

Tapak arkeologi di seluruh negara telah rosak dan diabaikan, manakala di muzium telah dijarah dengan lebih 15,000 artifak dicuri dari satu-satunya Muzium Nasional Iraq di Baghdad.

“Saya berharap dalam masa terdekat kita dapat memulihkan semula artifak ini terutama yang telah dirampas,” kata Nazim dalam kenyataannya.

Serpihan artifak Gilgamesh yang berusia 3,500 tahun. Gambar: Artnet News

Tablet Impian Gilgamesh

Antara barangan yang akan dikembalikan ke Iraq adalah tablet tanah liat berusia 3,500 tahun dengan ukiran epik Gilgamesh yang pernah berada di Muzium Alkitab Washington, kata Jabatan Kehakiman AS di Washington.

Serpihan tablet kuno itu menceritakan ukiran mimpi skrip epik dalam cuneiform Akkadian. Ia adalah salah satu daripada banyak artifak kuno dari Timur Tengah yang dikumpulkan oleh David Green, jutawan yang juga pemilik kedai seni dan kraf Hobby Lobby.

Ia dirampas oleh Jabatan Kehakiman AS pada tahun 2019, dua tahun setelah Green membuka muzium yang dikhaskan untuk sejarah Kristian kuno di pusat bandar Washington.

Tablet itu hanya satu daripada ribuan artifak asal Iraq, kebanyakan tablet itu berusia antara 3,000 hingga 4,000 tahun yang telah disita dari Hobby Lobby dan Muzium Alkitab untuk dihantar pulang ke Iraq.

Artifak yang mempunyai nilai tinggi sering diperdagangkan secara haram. Gambar: Middle East Online.

Artifak diperdagangkan secara haram oleh peniaga di Israel, UAE

Jabatan Kehakiman mengatakan artifak itu dijarah di Iraq, dan diperdagangkan secara haram oleh peniaga di Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Jabatan Kehakiman, Hobby Lobby membeli tablet berukuran enam kali lima inci (15.2 x 12.7 sentimeter) dari sebuah rumah lelong terkemuka pada tahun 2014 dengan harga US1.67 juta dolar.

“Pada asalnya barang itu dibawa secara haram ke Amerika Syarikat pada tahun 2003 oleh seorang peniaga yang membelinya di London dari seorang peniaga yang terkenal di Jordan.

“Ia kemudian diperdagangkan beberapa kali dengan surat asal palsu untuk meyakinkan pembeli bahawa ia diperoleh secara sah, bukan produk perdagangan barang antik sebenar.

“Pada tahun 2014, Hobby Lobby mengatur untuk membeli tablet di New York, tetapi melakukan transaksi di Oklahoma untuk mengelakkan cukai penjualan, menurut Jabatan Kehakiman.

Syarikat kemudian menyumbangkannya kepada koleksi Muzium of the Bible.

Sejak tablet itu disita pada tahun 2019, Jabatan Kehakiman telah menuntut hak milik rasmi melalui undang-undang pelucutan bagi memulangkan kembali kepada pemilik yang sah.

“Barang rampasan ini merupakan perkara penting dalam misi mengembalikan karya sastera dunia ke negara asalnya,” kata Pemangku Peguam AS, Jacquelyn Kasulis.

 

Sumber: AFP

Usaha kebajikan
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Masalah Mental Menjadi Topik Sebilangan Muslim AS

no comment

PENINGKATAN kes masalah mental di kalangan penduduk Islam di Amerika Syarikat semakin membimbangkan. Situasi itu berlaku disebabkan kurangnya pendedahan cara mengatasi mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Justeru, usaha untuk meningkatkan kesedaran dan bimbingan khususnya buat umat Islam di AS, sekumpulan profesional kesihatan mental Muslim bersama beberapa pemimpin agama dan aktivis di negara itu telah mengadakan perjumpaan baru-baru ini.

Ia sebagai langkah menangani isu berkenaan yang disebabkan salah satunya tekanan perasaan melampau sehingga boleh mencederakan diri sendiri atau lebih buruk menamatkan riwayatnya sendiri.

Usaha itu dibuat rentetan kes kematian yang berlaku baru-baru ini hingga menyebabkan enam anggota keluarga terbunuh di Allen, Texas. Kejadian itu menimbulkan kerisauan bagi komuniti Muslim di kawasan sekitarnya. Pakar penyiasat percaya dua saudara lelaki merancang untuk membunuh ibu bapa, kakak dan nenek mereka sebelum meragut nyawa mereka sendiri.

Kejadian itu mencetuskan banyak persoalan daripada komuniti Muslim, mereka berbincang mengenai kesihatan mental dan latihan serta langkah menanganinya.

Dr. Rania Awaad. Gambar: The Daily Northwestern

Pengarah Makmal Kesihatan Mental & Psikologi Islam di Universiti Stanford, Dr. Rania Awaad berkata, beliau menerima persoalan daripada masyarakat yang bertanya adakah kepercayaan agama boleh mendoakan untuk seseorang yang mati kerana bunuh diri?

“Ia adalah topik yang rumit dan halus tetapi ia tidak cukup dibincangkan malah kurang difahami sesetengah komuniti Muslim di AS.

“Masalah mental diakui sukar untuk ditangani kerana ia tidak boleh diukur daripada seseorang untuk menilai. Kami tidak mengetahui keadaan seseorang ketika mereka mencapai tahap yang tidak mampu mengawal keadaan dan kami tidak mengetahui keadaan mental mereka pada saat itu,” katanya.

Pemimpin Persatuan Islam Allen, Imam Abdul Rahman Bashir, berkata reaksi awal masyarakat sangat mengejutkan, mereka berubah dari rasa terkejut, sedih hingga bimbang terhadap keluarga lain di sekitar mereka selepas kejadian mengerikan itu.

“Ini jelas membuka persoalan untuk memahami apa itu kesihatan mental dan pentingnya kesejahteraan mental,” katanya.

Segera medapatkan nasihat pakar sekiranya menyedari tanda-tanda perubahan pada diri anda.

Yayasan Wanita Islam Texas, berkata pentingnya seseorang yang menghadapi masalah mental untuk berjumpa dengan pakar untuk mengatasi masalah kesihatan mental mereka tanpa perlu bimbang dengan apa yang diperkatakan masyarakat sekeliling.

Mesej yang diterbitkan yayasan itu menerusi video ditujukan kepada komuniti Asia Selatan Amerika, dengan menampilkan pelakon, aktivis muda dan individu untuk berkongsi pengalaman mereka bagi untuk membantu mengubah stigma negatif masyarakat.

Beberapa pemimpin masyarakat di Texas turut mengambil tanggungjawab menangani masalah kesihatan mental setelah seorang wanita Muslim AS mati pada tahun 2018.

Pengarah Program Kepemimpinan Pemuda, Saadia Ahmed, berkata, berikutan tragedi yang berlaku di Allen, dia menerima banyak panggilan yang mahu berkongsi masalah dan pelbagai persoalan bertanya bagaimana untuk memberi bantuan sekiranya masalah itu berlaku dalam keluarga sendiri dan orang yang disayangi.

“Salah satu panggilan adalah daripada seorang pemuda yang bersikap terbuka berkongsi pengalamannya dan bagaimana dia mendapatkan pertolongan untuk menangani masalah matel itu dengan lebih baik.

“Ada juga seorang pelajar sekolah menengah yang memerlukan terapi tetapi ibu bapanya tidak mendapatkannya mungkin kerana masalah kewangan, namun dengan bantuan kaunselor sekolah dia akhirnya mendapat bantuan.

“Ia antara kerisauan dari ibu bapa yang bimbang dengan masalah mental” katanya yang melihat situasi itu semakin diberi perhatian banyak pihak termasuk ahli keluarga sendiri.

Sumber: CBS17.Com

thumbsnail
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Israel Minta AS $ 1bn Untuk ‘Menampung’ Iron Dome

no comment

Israel akan meminta Amerika Syarikat $1bn tambahan untuk ‘bantuan ketenteraan darurat’ bagi menampung semula sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome.

Israel adalah penerima bantuan AS terbesar dan menerima bantuan ketenteraan bernilai AS$3.8 bilion setiap tahun daripada AS.

Ramai dalam kalangan pemimpin parti Demokrat sudah mula mempersoalkan pemberian senjata tambahan kepada Israel setelah pengeboman yang dilakukan di Gaza pada Mei 2021.

Tinjauan pandangan baru-baru ini menunjukkan bantuan kententeraan kepada Israel ditentang oleh kebanyakkan rakyat Amerika.

Serangan Israel terhadap Gaza dan Tebing Barat mengorbankan sekurang-kurangnya 289 orang termasuk puluhan kanak-kanak.

Iron Dome Israel berhampiran bandar Sderot.(Wiki Common)

Walaupun serangan Israel mendapat kritikan antarabangsa dan beberapa ahli politik dari parti Demokrat, ia mendapat sokongan kuat daripada pentadbiran Washington.

Ketua pertahanan Israel, Benny Gantz akan berlepas ke Washington DC, hari ini untuk meminta dana bagi penampungan semula sistem pertahanan udara Iron Dome daripada sekutunya Amerika Syarikat, kata Senator AS Lindsey Graham dan pegawai Israel.

Graham mengatakan bahawa dia menjangkakan AS akan meluluskan secepat mungkin permintaan tersebut berikutan pertempuran 11 hari antara Israel dan Hamas, di mana beberapa pegawai Israel mengatakan Iron Dome berjaya memintas ratusan roket yang dilancarkan dari Gaza.

“Kami jangka Pentagon akan menerima permintaan $1 bilion qakan datang minggu ini dari menteri pertahanan (Israel) untuk menampung keperluan Iron Dome dan beberapa perkara lain, untuk meningkatkan sistem,” kata Graham kepada wartawan dalam kunjungannya ke Baitulmaqdis pada hari Selasa.

 

Sumber: Al Jazeera/TRT World

Omar Ibn Said
Jendela Dunia, Personaliti, Uncategorized,

Omar Ibn Said: Kisah hamba-cendekiawan Islam yang “dimurtadkan”

GERAKAN Black Lives Matter atau BLM yang menarik semula perhatian antarabangsa selepas pembunuhan George Floyd tahun lalu , mengingatkan dunia bahawa perjuangan memartabatkan bangsa Afrika Amerika masih belum selesai.

Walaupun dibebaskan daripada kehambaan pada Disember 1865, kejadian keganasan terhadap bangsa itu terserlah kes demi kes saban tahun.

Siapa tidak tersentap melihat video yang tular di mana seorang anggota polis kulit putih menghimpit dengan lututnya leher Floyd sehingga beliau yang tertiarap mati sesak nafas.

Rayuan terdesak Floyd, 46, bahawa beliau sukar bernafas tidak dihirau anggota polis itu yang kini menghadapi tuduhan membunuh.

Kesalahan Floyd hanyalah beliau disyaki cuba gunakan duit palsu di sebuah kedai di Minneapolis, Amerika Syarikat.

Pembunuhan Floyd bukanlah satu kes berasingan.

Photo by Joe Yates on Unsplash

Pembunuhan George Floyd tahun lalu, mengingatkan dunia bahawa perjuangan memartabatkan bangsa Afrika Amerika masih belum selesai.

Menurut kajian 2019 Proceedings of the National Academy of Sciences – Prosiding Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (PNAS), dalam hayat mereka, seorang daripada 1,000 lelaki Afrika Amerika boleh dijangka dibunuh oleh polis.

Ahli sains sosial dan pakar kesihatan awam kini secara luasnya mengakui hubungan (negatif) polis dengan bangsa Afrika Amerika menjadi penyumbang ketidaksamarataan tahap kesihatan dan punca kematian awal bagi bangsa bukan kulit putih di negara itu.

Apakah sebenarnya penyebab keganasan terhadap bangsa Afrika Amerika ini oleh segelintir mereka yang berkulit putih ini?

Adakah semata-mata kerana berkulit hitam mereka dianggap tidak setaraf dengan yang kulit lebih cerah?

Atau apakah mentaliti tuan-hamba masih menular di kalangan segelintir rakyat Amerika Syarikat, lantas dianggap boleh diperlakukan ikut sesuka hati terhadap bangsa Afrika Amerika ini.

Mungkin mereka yang masih menganggap dirinya tuan ini, perlu diingatkan bangsa Afrika Amerika ini adalah keturunan mereka yang diculik dan dipaksa menjadi hamba beratus tahun lalu.

Kebanyakan yang diculik dari benua Afrika ini bukanlah calang-calang orang, tetapi dari keluarga yang martabatnya setaraf atau lebih baik daripada mereka yang menjadi tuan di Amerika seketika dulu.

Ilustrasi kapal yang digunakan untuk permedagangan manusia. (Gambar : Library of Congress )

Buktinya ada di perpustakaan Kongres Amerika Syarikat dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang cendekiawan dari Senegal yang diculik dan dipaksa menjadi hamba di Amerika Syarikat lebih 200 tahun lalu.

Nama Omar Ibn Said mungkin begitu asing di negara ini dan mungkin apa yang terlintas susuk badan yang berada di Asia Barat atau utara Afrika.

Namun, karya yang ditulisnya telah membuka kisah hidup hamba dari Afrika Barat yang kemudian menjadi perhatian pengkaji sejarah Amerika Syarikat mengenai sejarah gelap negara itu.

Meskipun bergenerasi berlalu, autobiografinya telah menceritakan pahit maung perjalanan hidupnya selepas diperdagang sebagai hamba dan menjadi karya yang disimpan di Perpustakaan Kongres.

Uniknya, ia bukan dalam bahasa Inggeris tetapi ditulis dalam bahasa Arab yang membuka lembaran baru bagi sejarah negara “Uncle Sam”.

Koleksi Penulisan Omar Ibn Said

Koleksi penulisan Omar Ibn Said yang ini dipulihara di Perpustakaan Kongres, Amerika Syarikat. (Gambar : Shawn Miller/ Library of Congress )

Pada tahun 1807, Ibn Said yang Ketika itu berumur 37 tahun telah diculik dan dijual sebagai hamba abdi. Apa yang mereka tidak tahu, dia adalah daripada keluarga kaya dan juga cendekiawan Islam terkenal di negara asalnya,Senegal.

Berasal dari wilayah Futa Tooro, Ibn Said telah dibawa ke pulau Saint-Louis, sebuah pelabuhan yang terletak di muara Sungai Senegal yang menjadi pusat transit utama bagi pemerdagangan hamba abdi di Afrika barat sebelum dihantar ke Amerika Syarikat dan kepulauan Caribbean.

Ilustrasi Pelabuhan Pulau Saint-Louis, Senegal oleh Louis Mer (Gambar : Bibliothèque Nationale de France.)

Ketiga-tiga lokasi berkenaan termasuk dalam kawasan yang dikenali Perdagangan Segitiga Trans- Atlantik, yang terkenal dengan pemerdagangan hamba Afrika ke benua Amerika.

Sepanjang abad 16 hingga 19, lebih 10 hingga 19 juta orang telah diniaga sebagai komuditi dagangan.

Sepanjang sejarah penghambaan, amat sedikit sekali kisah hamba dari Afrika yang telah dipulihara sebagai bahan dokumentasi, tetapi kisah Ibn Said menjadi salah satu catatan penting.

Sebelum diculik, dia terkenal sebagai seorang tokoh ilmuan Islam, yang menghabiskan lebih dua dekad masanya untuk mempelajari dan menghafal Al Quran dan pelbagai jenis cabang ilmu.

Surah al-Mulk tulisan tangan Omar Ibn Said. (Gambar : Library of Congress )

Memoir sebanyak 15 halaman tulisan tangan itu telah mencabar naratif penghambaan Afrika melalui tradisi dan budaya.

Biografinya dimulakan dengan penulisan ayat Al Quran seperti surah al-Mulk, yang mengandungi ayat-ayat yang menceritakan tentang penguasaan, kedaulatan, pemilikan dan mesej yang disampaikan beliau adalah menyeluruh, bahawa hanya Allah yang memiliki hambaNya.

Para pengkaji sejarah percaya gaya penulisan Ibn Omar adalah mesej yang cuba disampaikan kepada tuannya.

Ia menceritakan tempat asalnya diceroboh dan bagaimana dia ditangkap dan dibawa selama sebulan setengah sebelum tiba di Charleston, Amerika Syarikat.

Tulisan itu turut mengkisahkan bagaimana dia telah dijual kepada tuannya yang pertama dikenali sebagai Johnson yang digambarkan sebagai seorang yang tidak takutkan Tuhan, selain perangainya yang bengis dan jahat.

Perdagangan Segitiga Trans- Atlantik, yang terkenal dengan pemerdagangan hamba Afrika ke benua Amerika. (Gambar ilustrasi : Chicago History Museum)

Ibn Said, akhirnya berjaya melarikan diri ke Fayetteville, Carolina Utara tetapi malangnya ditangkap dan dijual semula.

Tulisan selanjutnya menceritakan, pemilik kedua,  James Owen amat berbeza melayannya.

Ahli sejarah yang mengkaji memoir ibn Said berpendapat bahawa beliau menghabiskan baki umurnya bersama keluarga itu.

Nama James Owen dikenali kerana telah bersama-sama The American Colonization Society (ACS), sebuah pertubuhan yang cuba memerdekakan hamba dan menghantar pulang mereka ke negara asal mereka.

Walaupun ada yang berpendapat Ibn Said telah memeluk agama Kristian pada 1820, ramai sarjana moden percaya bahawa beliau berterusan mengamalkan ajaran Islam.

Library of Congress Collection

Memoir Ibn Said merupakan antara dokumentasi terpenting dalam sejarah hamba abdi di Amerika syarikat. (Gambar : Beinecke Rare Book & Manuscript Library, Yale University)

Berdasarkan kajian yang dibuat, dia masih memulakan penulisannya dengan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam Injilnya dan sekeping kad bertarikh 1857 yang mengandungi tulisan Surah Al Nasr, sehingga ada yang beranggapan ia adalah doa dengan menyifatkannya sebagai seorang penganut Kristian yang baik.

Menurut Dr. Sylviane Diouf pakar Sejarah Diaspora Afrika dari Universiti Brown, Amerika Syarikat, ketika memperbincangkan mengenai Koleksi Omar Ibn Said anjuran Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (US library of Congress) berkata “kebanyakkan hamba pada ketika itu ramai berpindah agama secara pseudo-conversion (pertukaran agama secara samar) di mana di sesetengah negara, kebanyakan mereka dipaksa untuk berpindah agama dan secara luaran, mereka dilihat seperti sudah menganut agama lain tetapi pada hakikatnya mereka masih kekal sebagai seorang Muslim dan masih mengamalkan ajaran Islam”.

“Kebanyakkan hamba pada ketika itu ramai berpindah agama secara pseudo-conversion (pertukaran agama secara samar) di mana di sesetengah negara, kebanyakan mereka dipaksa untuk berpindah agama dan secara luaran, mereka dilihat seperti sudah menganut agama lain tetapi pada hakikatnya mereka masih kekal sebagai seorang Muslim dan masih mengamalkan ajaran Islam”.-Menurut Dr. Sylviane Diouf, pakar Sejarah Diaspora Afrika, Universiti Brown.

Dalam perbincangan yang sama juga, penulis buku ‘Muslim American Slave : The Life of Omar ibn Said’, Dr Ala Alryyes juga menyatakan pemindahan agama Ibn Omar amat samar dan perkara ini dapat dilihat berdasarkan penulisannya.Setiap kali menulis dia akan memulakannya dengan petikan dari ayat-ayat suci Al Quran. Tulisan seperti “Tuannya tidak ada hak keatasnya dan pemilikan dan kekuasaan hanya di tangan Tuhan,” adalah mesej tersirat yang cuba disampaikan.

Petikan surah an-Nasr yang ditulis oleh Ibn Said pada 1857.

Di samping itu,  dalam autobiografi berkenaan, Ibn Said dalam beberapa catatan lain  masih kerap menulis selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, menyebut Nabi Isa sebagai Al Masih dan penghulu kami ‘Sayyidina’ (سيدنا) kata hormat Islam terhadap para rasul dan tidak dikelirukan dengan Tuhan ‘Rab’ (ربّ) dalam penulisannya.

Di samping itu,  dalam autobiografi berkenaan, Ibn Said dalam beberapa catatan lain  masih kerap menulis selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, menyebut Nabi Isa sebagai Al Masih dan penghulu kami ‘Sayyidina’ (سيدنا) kata hormat Islam terhadap para rasul dan tidak dikelirukan dengan Tuhan ‘Rab’ (ربّ) dalam penulisannya, Menurut Dr Ala Alryyes, penulis buku ‘Muslim American Slave : The Life of Omar ibn Said’

Melihatkan keadaan kisah perhambaan Ibn Said dengan mengambil kira situasi pada ketika itu,  ramai berpendapat dan berkemungkinan perpidahan agama yang diperlihatkan adalah cara untuk memerdekakan diri yang hanya boleh diperolehi menerusi pertukaran akidah.

Ibnu Said telah meninggal dunia pada 1864 dan kisah hidupnya menjadi terkenal 150 tahun kemudian apabila memoirnya diletakkan di Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (US library of Congress) pada tahun 2017.

Pada tahun 1991, sebuah masjid di Fayetteville, Utara Carolina dinamakan semula sebagai Masjid Omar Ibn Said sebagai penghormatan kepadanya.

Memoir Ibnu Said merupakan antara dokumentasi terpenting dalam sejarah hamba abdi di Amerika syarikat.

Ia menjadi sebahagian catatan kisah rakyat kulit hitam yang berkurun-kurun dinafikan hak sebagai manusia di negara yang selama ini mendakwa didirikan atas kesaksamaan hak asasi manusia dan demokrasi.

Dr. Sylviane Diouf pakar Sejarah Diaspora Afrika dari Universiti Brown, Amerika Syarikat, turut memperbincangkan mengenai Koleksi Omar Ibn Said yang dipulihara di Perpustakaan Kongres. (Gambar:sylvianediouf.com)

 

laura2
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti,

Islam; kuasa baharu buat Laura El Alam

no comment

Sudah menjadi lumrah buat saudara baharu apabila mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk melakukan perubahan hidup terutama dalam memilih agama sebagai pegangan hidup.
Menjadi seorang muslim dengan memilih jalan untuk lebih baik daripada sebelum ini adalah perkara yang berat apatah lagi untuk berhadapan dengan kelurga mahupun kenalan rapat.

Begitupun ia bukanlah sukar buat saudara baharu, Laura El Alam berasal dari Missouri, Amerika Syarikat yang memeluk Islam sejak 25 tahun lalu andainya kita tahu bagaimana untuk kita membawa dari berhadapan dengan orang sekeliling yang kita sayangi.

Laura El Alam

Menurut Laura, sejak beliau bergelar muslim, satu transformasi terbesar berlaku dalam hidupnya. Akuinya begitu banyak maklumat baharu yang pada awalnya kelihatan sangat luar biasa. Beliau hanya pandai belajar berdoa, termasuk berwuduk, membiasakan diri dengan gerakan solat seperti berdiri, berlutut dan sujud serta menghafal beberapa surah dalam bahasa Arab yang menjadi cabaran sangat besar buatnya.

Tambahnya, semua personaliti baharu seperti tingkah laku termasuk pakaian yang sesuai, interaksi dengan masyarakat, adab dan komunikasi turut berubah kepada yang lebih baik mengikut syariat Islam.

Beliau juga memanjatkan rasa syukur kepada Allah dan sahabat Islamnya kerana memberikan semangat serta keikhlasan mendidiknya merasa seperti mendapat kuasa baharu untuk memikul tugas yang sangat penting itu.

“Metamorfosis dari bukan Islam ke muslim sering memerlukan lebih daripada usaha. Sering kali orang yang baharu berhijrah merasa perlu menjelaskan perubahan hidup mereka secara tiba- tiba kepada keluarga dan kenalan atau orang asing,” katanya.

Penghijrahan untuk menjadi lebih baik.

Laura turut berkongsi beberapa tips dalam membantunya berhadapan dengan orang sekeliling secara tidak langsung membantu saudara baharu yang berhadapan dengan situasi sama ketika bersedia untuk melakukan penghijrahan dalam diri, antaranya ialah:

1. Bersedia untuk menerima bahawa banyak keluarga dan rakan anda tidak akan bertindak balas dengan baik terhadap penghijrahan anda. Orang yang anda sayangi mungkin merasa tidak tenteram jika mereka melihat anda mengalami transformasi drastik. Jauh di lubuk hati mereka mungkin takut anda meninggalkan mereka. Mereka mungkin bimbang bahawa hubungan anda dengan mereka tidak akan pernah sama lagi atau anda akan berubah dengan cara yang mendasar yang akan membuat mereka tidak benar-benar mengenali anda atau berhubungan dengan anda lagi. Sekiranya mereka mempunyai keyakinan yang kuat dalam kepercayaan yang berbeza, mereka mungkin takut anda mengambil jalan yang salah dan bimbang akan keselamatan anda. Walaupun anda mungkin tidak dapat meyakinkan mereka bahawa pilihan anda adalah yang tepat, anda dapat meyakinkan mereka bahawa anda telah membuat pilihan anda dengan bebas, setelah banyak melakukan penelitian dan dengan iman yang mendalam kepada Tuhan (Allah) dan rahmat-Nya.

2. Perlu diingat bahawa kebanyakan orang bukan Islam tidak tahu banyak tentang Islam kecuali pengetahuan mereka yang cetak lihat di media saja. Mungkin ada yang mencabar, mempersoalkan dan berdebat dengan anda. Mereka mungkin tidak mempunyai maklumat paling asas tentang Islam dan mungkin juga mempunyai salah faham yang memerlukan masa dan pengalaman untuk menghilangkannya.

3. Walau bagaimanapun, masa dan stamina anda terhad. Jimat tenaga emosi anda untuk mereka yang benar-benar penting bagi anda dan paling dekat dengan anda. Ibu bapa, adik-beradik, dan rakan tersayang anda mungkin akan memerlukan banyak penjelasan dan memerlukan banyak jaminan daripada anda dan jika anda ingin menyimpannya dalam hidup anda, anda mungkin perlu meluangkan masa untuk mendidik mereka tentang Islam dan menerangkan keputusan anda untuk menukar. Namun, ingat bahawa perjalanan rohani anda adalah usaha yang sangat peribadi yang melibatkan jiwa dan nasib kekal anda, bukan perjalanan mereka. Tidak ada yang berhak untuk menghalangi anda untuk mengikuti keyakinan anda, atau untuk mencuba anda dari jalan yang anda yakin benar. Sekiranya mereka menekan anda untuk melepaskan Islam dan tidak menghormati batas-batas anda, anda mungkin perlu berehat sebentar dari mereka. Pada masa yang sama, cubalah mencari mentor Muslim atau sekelompok saudara yang beriman yang dapat menyokong anda dalam perjalanan anda.

4. Jangan biarkan drama membebankan anda. Mengubah gaya hidup anda, mengamalkan kepercayaan baru dan memahami pandangan dunia baru memerlukan banyak tenaga dan masa, jadi jangan buang banyak masa berharga anda pada orang yang tidak begitu penting. Sekiranya rakan sekerja anda, jiran yang tidak bernasib baik atau orang asing ingin berdebat dengan anda atau menyoal anda dengan cara yang memaksakan atau mengganggu, ingat bahawa anda tidak berhutang apa-apa, tiada penjelasan, permintaan maaf, atau pembenaran.

5. Jangan merasa anda harus menjadi pakar mengenai Islam atau sumber pengetahuan bukan Islam sahaja. Sekiranya keluarga dan rakan-rakan mula menyoal anda tentang Islam terutamanya mengenai topik-topik tertentu yang tidak dapat anda fahami, jangan merasa anda harus menjadi sarjana dan mempunyai semua jawapan di hujung jari anda. Pada masa ini terdapat banyak buku dan sumber dalam talian yang menjawab soalan yang paling kerap diajukan. Anda mungkin ingin meneliti banyak topik untuk pengetahuan dan pertumbuhan anda sendiri, tetapi anda juga boleh mengarahkan orang yang anda sayangi ke sumber dan laman web yang sama, sehingga mereka dapat membaca sendiri. Sekiranya mereka benar-benar menjaga anda dan ingin mencari jawapan, mereka boleh melaburkan sedikit usaha.

6. Berdoalah, tidak kira apa yang orang lakukan atau fikirkan, Allah adalah sekutu terbesar kita. Kita harus meminta pertolongan kepada-Nya, kerana ketika Dia ingin melindungi kita, tidak ada yang dapat membahayakan kita. Dan jika Dia senang dengan kita, tidak ada perkara lain yang penting.