Suatu hari pada bulan September 1926, seorang wartawan muda berbangsa Yahudi menaiki keretapi di Berlin, beliau adalah Leopold Weiss. Di sekelilingnya dia melihat wajah-wajah yang tidak senang dengan kehadirangnya.
Budaya Eropah yang tinggi dan kemajuan sains moden pada ketika itu tidak cukup untuk membuat rakyatnya bahagia. Pada saat Weiss melangkah ke platform, dia yakin keselamatan sebagai berbangsa Yahudi ada di tempat lain.
Dilahirkan pada tahun 1900 ibu bapanya berketurunan Yahudi dan nenek moyangnya terdiri daripada pendeta agama Yahudi , dia secara rasmi memeluk Islam beberapa hari setelah perjalanan Berlin itu. Ketika dia meninggal dunia hampir satu abad kemudian pada tahun 1992, dia adalah seorang cendekiawan yang dikenali di seluruh dunia Islam sebagai Muhammad Asad.
Dari Arab Saudi ke Pakistan dan Amerika Syarikat, Asad telah meninggalkan kesan yang membantu ribuan orang menemukan Islam sebagai pegangan hidup. Memoirnya yang bertajuk “The Road to Mecca”, yang terkenal, telah membantu memperkenalkan Islam kepada ramai orang dan terjemahan Al-Quran beliau dalam bahasa Inggeris berada di kedudukan yang sama dengan Marmuduke Pickthall dan Abdullah Yusuf Ali.
“Mungkin tidak ada buku lain selain Al-Qur’an yang menyebabkan lebih banyak orang masuk Islam,” tulis Murad Hofmann, seorang diplomat Jerman, juga seorang mualaf yang memeluk Islam dengan penulisan Muhammad Asad.
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, yang menjalani kehidupan glamor sebagai pemain kriket, pernah menyebutkan Asad merupakan sumber motivasi yang membantunya berada di landasan agama Islam.
Sayyid Qutb, tokoh terlemula dalam Ikhwanul Muslimin, mendapat ilham daripada karya Asad untuk membentuk pamdangan ya sendiri mengenai Islam dan politik. Margaret Marcus, seorang wanita muda Yahudi, meninggalkan hidupnya di New York untuk tinggal di Lahore setelah membaca The Road to Mecca. Dia menukar nama kepada Maryam Jameelah kemudian menjadi cendekiawan Islam yang terkenal.
Mencari cahaya dalam keadaan huru-hara
Asad dibesarkan di Lwow, sebuah kota yang pada awal abad ke-20 adalah sebahagian dari Austria, di rumah keluarga bapanya yang kaya, dan seorang peguam yang baik.
Masa kecilnya dihabiskan untuk bercuti di Pergunungan Alpen dan di ladang milik keluarganya.
Walaupun ibu bapanya tidak begitu beragama, seorang guru khas melatihnya dalam kitab suci Yahudi dan pada waktu yang muda dia dengan yakin dapat membincangkan tafsiran kitab-kitab agama yahudi termasuklah Taurat dan Injil.
Setelah beliau memeluk Islam, pendidikan ini akan sangat membantu pemahamannya tentang Al-Quran.
“Oleh itu, pada usia 13 tahun, saya tidak hanya dapat membaca bahasa Ibrani dengan lancar tetapi juga dapat berbicara dengan bebas dan, di samping itu, saya telah berkenalan dengan Aramiac,” tulisnya.
Agama adalah perkara terakhir dalam fikirannya ketika memasuki Universiti Vienna pada tahun 1920 untuk mempelajari sejarah seni. Hari-hari beliau dihabiskan untuk belajar falsafah, manakala malam di kelab bersama teman-teman.
Dia dengan cepat membenamkan dirinya di kalangan bilangan peminat sastera, yang berkumpul di sebuah kafe Vienna untuk membincangkan penemuan Sigmund Freud dalam bidang psikoanalisis.
Seperti orang muda yang lain, Asad banyak muhasabah diri setelah berakhirnya Perang dunia I yang berdarah, yang menghancurkan Eropah di antara tahun 1914 dan 1918.
“Eropah berada dalam krisis moral. Tamadun Barat hampir menghancurkan dirinya sendiri semasa perang. Seluruh generasi pemuda hancur. Tetapi itu juga masa yang dinamik. Orang ramai tidak dibatasi oleh dogma lama dan mereka mencari sumber kerohanian baru, “Kata Martin Kramer, sejarawan Israel, yang menulis mengenai Asad.
“Itu salah satu cara untuk memahami Asad. Dia tidak muncul daripada orde politik dan budaya yang hanya puas dengan kewujudan sendiri. Dia muncul dari orde yang baru berdepan dengan keruntuhan yang mutlak.”
Setelah tewas dalam perang, ekonomi Jerman terbeban dengan usaha pemulihan. Inflasi menjadi tinggi sehingga orang kelas menengah menjual segala tinggalan keluarga dan perabot untuk meneruskan kehidupan.
Gelisah dan tidak dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran, Asad berhenti dari universiti untuk meneruskan kerjaya sebagai penulis. Kematian ayahnya adalah mengapa keputusan itu terpaksa ditanggung beliau.
Asad pergi ke Berlin di mana dia berjinak-jinak dengan dunia seni untuk beberapa waktu, menulis skrip filem dan menghabiskan apa sahaja yang diperolehi sepanjang malam yang melibatkan minuman keras dan wanita. Kerana gaya hidup yang leka, selalunya, dia masih kekurangan wang.
Dia pernah bekerja untuk sebuah agensi berita dan melonjak namanya ketika dia menemu ramah Madame Gorky, isteri penulis terkenal Rusia, Maxim Gorky.
Asad tidak pernah puas. Eropah tidak lagi menjadi tempat tinggalnya. Sesuatu yang lain memanggilnya – seruan kepada Islam, dan jalannya melintasi Baitulmaqdis.
Jatuh cinta terhadap bangsa Arab.
“Asad jatuh cinta dengan bangsa Arab, sebelum beliau jatuh cinta pada agama Islam,” menurut Shalom Goldman, seorang profesor di Duke Univeristy, yang sedang menulis buku mengenai orang-orang Yahudi yang memeluk agama Islam.
“Islam adalah cara untuk menjadi orang Arab. Itulah sebabnya daripada pergi ke sekolah agama, dia tinggal bersama orang Badwi selama enam tahun di Arab Saudi. Baginya itulah budaya asli yang sebenar; bukan Universiti Al-Azhar Mesir atau belajar di Pakistan ”
Asad pertama kali menemui dunia Islam pada tahun 1922 ketika dia pergi ke Palestin atas undangan bapa saudaranya, Dorian, seorang pakar psikiatri dan salah seorang pengikut Freud.
Ketika itu merupakan waktu pergolakan politik dan perselisihan di Palestin. Zionis menjemput puluhan ribu orang Yahudi berhijrah ke Palestin dan mengubah demografi negara tersebut.
Tetapi bagi Asad, berbanding seorang Yahudi Eropah moden, sikap orang Arab Muslim yang jujur dan hidup dalam serba kesederhanaan, dengan unta dan khemahnya adalah lebih dekat dengan watak-watak Ibrani yang pernah dipelajarinya dalam Perjanjian Lama.
Dalam beberapa kesempatan, Asad pernah berhadapan dengan pemimpin Zionis seperti Dr Chaim Weizmann, beliau mempersoalkan mereka untuk menjelaskan bagaimana orang Yahudi boleh mengaku memiliki lebih banyak hak daripada orang Arab Palestin yang telah tinggal di wilayah itu selama dua ribu tahun.
“ pandangan Anti-Zionisme Asad sangat berasas. Bukan hanya pandangan digunakan untuk menjadi lebih diterima oleh umat Islam” kata Kramer.
Dalam beberapa kesempatan, Asad pernah berhadapan dengan pemimpin Zionis seperti Dr Chaim Weizmann, beliau mempersoalkan mereka untuk menjelaskan bagaimana orang Yahudi boleh mengaku memiliki lebih banyak hak daripada orang Arab Palestin yang telah tinggal di wilayah itu selama dua ribu tahun.
“ pandangan Anti-Zionisme Asad sangat berasas. Bukan hanya pandangan digunakan untuk menjadi lebih diterima oleh umat Islam” kata Kramer.
Salah seorang sahabat terdekat Asad di Palestin, Jacob de Haan, seorang wartawan Belanda Yahudi, dibunuh oleh pelampau Zionis kerana penentangannya yang berterusan terhadap bagaimana orang Arab diperlakukan.
Bertahun-tahun kemudian ketika Israel berusaha menuntut seluruh Baitulmaqdis, Asad terus mempertahankan hak-hak rakyat Palestin.
“Zionis ingin menjadikan Baitulmaqdis, sebagai ibu kota Israel untuk selama-lamanya”, Asad menulis dalam sebuah artikel The Vision of Jerusalem yang diterbitkan pada tahun 1982.
Tetapi “kekekalan adalah sifat Tuhan sahaja.”
Beliau turut berbicara dan menulis tentang bagaimana Islam memandang Baitulmaqdis, sebagai “Kota Suci” untuk semua agama dan bukan harta tanah yang diberikan sebagai warisan kepada orang-orang Yahudi sahaja.
“Asad mungkin orang pertama yang mengartikulasikan idea penjajahan Zionis sebelum para pemikir Marxis pada tahun 1960-an dan 70-an,” kata Goldman.
Semasa menetap di Palestin dan sering berulang-alik ke Jordan, Mesir dan wilayah-wilayah Muslim lain Asad mula memilih gaya hidup dan cara orang Arab dalam hidupnya.
Kisah hidupnya yang diterbitkan dalam Frankfurter Zeitung, merupakan jurnal Jerman yang paling dihormati, berbicara tentang orang Arab menjalankan hidup yang sangat sederhana yang sering mengingati kematian sebagai bangsa yang “diberkati”.
Artikel-artikelnya kemudian disusun sebagai buku pertamanya, “The Unromantic Orient.”
Kemudian ketika dia diminta untuk berbicara mengenai terjemahan Al-Qurannya, Asad malah mendedikasikan sebahagian besar pidatonya mengenai mengapa dia menganggap Tuhan memilih untuk menghantar utusan terakhir-Nya ke tanah Arab. Kehidupan yang sukar di padang pasir membuat orang Badwi tidak pentingkan diri sendiri.
Selepas menimba pengalaman di Palestin, dia melakukan perjalanan lebih jauh ke semenanjung tanah
(kini Arab Saudi) menimba pengalaman bersama orang-orang Arab dalam masa yang sama menguasai lebih mendalam bahasa Arab.
Enam tahun, dia tinggal bersama suku Badwi di Arab Saudi, menunggang unta, memakai pakaian mereka, dan belajar dialek mereka.
Namun bagaimana seorang Eropah berkulit putih dapat melakukan perjalanan dengan begitu bebas dan tinggal di sebuah negara, yang ketika itu penuh dengan masalah politik, campur tangan asing dan tidakkah dia dicurigai?
Kawan dan musuh
Arab Saudi berada di tengah-tengah pemberontakan ketika Asad, yang baru masuk Islam, tiba di Arab Saudi tahun 1927 untuk melakukan ibadah haji,
Ibn Saud, pengasas Arab Saudi moden, sedang berjuang untuk mengawal puak-puak pemberontak yang banyak di kawasan-kawasan padang pasir.
Pada ketika itu, Saud tidak mempercayai Inggeris yang menggunakan kekuatan ketenteraan mereka sebagai pengaruh terhadap pemimpin Arab.
“Sudah tentu karya jurnalistik Asad dan hubungannya dengan akhbar antarabangsa membentuk komponen penting dalam hubungannya dengan Raja,” kata Günther Windhager, seorang antropologi Austria, yang sedang menulis sebuah buku mengenai masa Asad di Arab Saudi.
Asad terus menulis untuk surat khabar Eropah. Sebilangan kisahnya diterjemahkan dan dicetak semula dalam bahasa Belanda di Indonesia. Perkara Ini memberikan pengaruh besar terhadap Asad terutamanya di istana raja Saud ketika itu.
“Dilengkapi dengan pengetahuan “orang dalam” dan pena yang mengkritik imperialisme, dia memperlihatkan helah British di Timur Tengah – menjadikan beliau terus diawasi setiap masa dan ketika” kata Windhager.
Dengan izin raja Saud, Asad melakukan perjalanan jauh ke Semenanjung tanah Arab pada saat kebanyakan orang bukan Islam dilarang untuk menjelajah di luar bandar pelabuhan Jeddah.
Bagaimana cara Asad dapat mendapatkan restu dan izin Ibn Saud dengan begitu pantas setelah kedatangannya menjadi titik perdebatan yang cukup besar dalam sejarah.
Namun ketika itu Arab Saudi masih satu dekad kebelakang sebelum penemuan telaga minyak pertamanya, yang membawa berbilion “petrodolar” pada tahun-tahun berikutnya. Tembok-tembok yang tinggi dan protokol yang ketat tbelum wujud lagi di sekitar istana pada ketika itu.
Sebelum menunaikan haji pertama, dia berkahwin dengan Elsa, seorang pelukis yang berumur 15 tahun dan yang sangat dia cintai.
Mereka pergi menunaikan haji bersama, kemudian Elsa diserang penyakit dan meninggal dunia sembilan hari setelah menunaikan ibadah haji. Peristiwa itu sangat mengecewakan Asad dan kematian isterinya diketahui oleh Raja dan beliau dijemput raja Saud untuk bertemu.
Sejak kematian isterinya hubungan beliau dan Raja Saud menjadi sangat rapat.
Asad pernah menulis dalam biografinya – Dia akhirnya menjadi semacam penasihat raja – bahkan pernah sekali bermusafir melintasi padang pasir ke Kuwait untuk mengetahui siapakah pembekal senjata dan peluru kepada pemberontak yang memerangi pemerintahan Saud.
Walaupun Asad telah mempelajari Al-Qur’an dan memeluk Islam, pada masa inilah dia mula meneroka aspek agama yang kompleks – seperti fikih Islam dan peranannya dalam politik.
Secara umumnya, pelajar Muslim menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mempelajari teks-teks Islam di bawah bimbingan para sarjana berpengalaman di beberapa sekolah agama. Dalam kes Asad, masih belum jelas siapa yang menjadi bahan rujukannya untuk mendapatkan penjelasan terhadap masalah agama.
Pengkritiknya sering menggunakan ini terhadapnya.
“Kami benar-benar tidak tahu apa-apa tentang hubungannya dalam kalangan agamawan semasa dia tinggal di sana,” Dr. Muzaffar Iqbal, pengasas Pusat Sains Islam di Kanada.
Namun, menurut pengalaman orang ramai Asad telah bertemu dengan ramai cendekiwawan Muslim yang mengunjungi kota-kota suci Islam(Makkah & Madinah) daripada India dan Indonesia.
“Dia mempelajari ilmu hadis bersama seorang sarjana di Madinah, ayah saya pernah memberitahu saya ketika saya masih kecil, beliau telah belajar dengan seorang alim yang terkenal dari Tumbucktoo”
kata Talal kepada TRT World melalui email.
Talal, kini berusia 88 tahun, adalah satu-satunya anak lelaki Asad. Dia dilahirkan di Arab Saudi daripada perkahwinan ketiga Asad dengan Munira, seorang gadis dari suku Shammar. Setahun setelah kematian Elsa, Asad pernah berkahwin dengan seorang wanita dari Riyadh, dan kemudian dia bercerai.
Setelah enam tahun di Arab Saudi, Asad ingin menetap di sana – dia juga menghubungi beberapa penerbit untuk sebuah buku yang ingin ditulisnya mengenai suku Arab.
Namun urusan penukaran namanya yang mengambil masa yang lama menjadi penghalang proses penulisannya. Nama Loepold Weiss sering menimbulkan stigma dan salah faham yang beliau bukan beragama Islam, menurut Windhager.
Antara halangan lain ialah Harry John Philby, peniaga Britain yang berpengaruh yang memeluk Islam pada tahun 1930, dan mempunyai cita-cita untuk melakukan ekspedisi sendiri di Arabia seperti Asad.
“Pada saat ini hubungan Asad dengan Ibn Saud mula lemah, di mana Asad turut mencurigai kedatangan Philby, di semenanjung Arab” kata Windhager.
Walaupun hubungan Asad dengan Ibn Saud agak dingin, namun dia masih rapat dengan keluarga dan kerabat diraja Saud. Ahmad Zaki Yamani, salah seorang kerabat dan juga bekas menteri minyak Arab Saudi merupakan sahabat beliau dan antara yang menyokong Asad dari segi kewangan terutamanya ketika dia tinggal di Sepanyol dan Maghribi.
Mekah dan Madinah banyak memberi kesan mendalam terhadap pemahaman Asad tentang agama Islam. Pada masa itulah dia mulai berjinak dengan ulama-ulama mazhab dan ahli-ahli Hadith , yang membuka lembaran penafsiran baru mengenai ayat-ayat Al-Quran dan sabda Nabi.
“Ini merupakan masa dan ruang di mana transformasi daripada Weiss ke Asad terjadi secara besar-besaran dan hubungannya semakin beralih daripada orang Eropah ke Islam,” kata Windhager.
Namun sumbangan terbesarnya dalam membantu mengubah Islam menjadi kekuatan politik datang dari negara yang tidak ada dalam peta ketika itu.
Pemegang Pasport Pertama Pakistan?
Tiba di India bersama anak dan isterinya Munira pada tahun 1932,
buku keduanya “Islam at the Cross Roads”, diterbitkan dua tahun kemudian.
Buku tersebut menjadi antara yang mendapat sambutan yang luar biasa. Melihat seorang warga Eropah mengkritik barat dan mempertahankan Islam dan Sunnah dan Asad turut menyatakan bahawa Islam sahaja yang dapat membimbing dunia keluar dari kegelapan, ” kata Muhammad Arshad, seorang sejarawan di University Punjab di Lahore.
“Buku itu membuat ombak begitu menghantam rak. Sungguh luar biasa melihat seorang warganegara Eropah mengkritik masyarakat barat, mempertahankan Islam dan Sunnah dan mengatakan bahawa hanya Islam yang dapat membimbing dunia keluar dari kegelapan, ”kata Muhammad Arshad, seorang sejarawan di Univeristy Punjab di Lahore.
Menjelang pertengahan tahun 1930-an, Asad secara aktif mengambil bahagian dalam berbagai projek yang bertujuan untuk meningkatkan cara pendidikan agama dan mencari jalan untuk memperkenalkan mata pelajaran sains di samping kitab-kitab kuning di institusi pengajian Islam.
Sekitar waktu ini, dia mengambil tugas besar untuk menerjemahkan kitab Sahih Bukhari . Ini adalah pekerjaan yang sukar, yang melibatkan pembacaan yang teliti dan menyaring ribuan catatan sejarah dengan begitu mendalam.
Tiada siapa pada ketika itu yang cuba menterjemahkan sahih Bukhari dalam bahasa Inggeris.
“Tidak ada seorang pun yang berusaha menerjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Itu adalah usaha yang luar biasa, ”kata Arshad.
Namun, Asad tidak dapat menyelesaikan terjemahan itu dan banyak naskhah yang hilang semasa pembahagian antara India dan Pakistan pada tahun 1947.
Asad terus berada di radar perisik Inggeris. Dia dilihat mencurigakan bahkan sebelum kedatangannya ke “benua” India.
“Apakah ada hubungan antara von Weiss dan konsulat Bolshevik di Jeddah? Ini adalah misteri yang sukar untuk mengetahui kebenarannya, ”tulis seorang pemberi maklumat Britain ketika Asad masih berada di Arab Saudi.
Tercetusnya Perang Dunia II pada tahun 1939 memberikan British alasan untuk mengejar Asad yang ketika itu masih memegang kewarganegaraan Austria yang di bawah jajahan Jerman pada ketika itu menjadikan beliau musuh negara bagi Negara India.
Selama enam tahun berikutnya, Asad tinggal di kem tahanan. Semasa dia dipindahkan dari satu pusat tahanan ke pusat tahanan lain di India, pihak Nazi telah menghantar ayah dan adiknya ke kem penahanan di Jerman. Dia berusaha mengatur dokumen perjalanan agar keluarganya keluar dari kekejaman Nazi pada ketika itu.
Ia adalah masa penderitaan baginya. Talal, anaknya, mengatakan bahawa itulah pertama kali dia melihat Asad menangis.
Setelah dibebaskan pada tahun 1946,
Asad menumpukan seluruh waktunya untuk menggarap konteks tentang masa depan negara Islam dan perlembagaannya. Pada waktu dan ketika itu orang-orang Islam tidak mempunyai contoh bagi sebuah negara Islam moden kebanyakkan buku dan penulisan yang ditulis sebelum 1940an memfokuskan tentang kekalifahan Islamiah.
Asad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan pandangan tentang bagaimana sistem pemerintahan patut dilaksanakan di negara Islam di zaman moden.
Setelah kemerdekaan Pakistan pada tahun 1947, dia telah mengetuai Jabatan Pembangunan Islam, yang bertujuan untuk memastikan bahawa dasar pemerintahan negara mematuhi prinsip agama Islam.
Perdana Menteri pertama Pakistan, Liaquat Ali Khan menggunakan pengaruh Asad dalam kementerian bagi menjalin hubungan dengan negara-negara Islam yang lain. Oleh itu, dia ditugaskan ke Timur Tengah.
Ketika tiba waktunya Asad ingin memulakan perjalanan, dia menuntut agar perjalanannya menggunakan pasport Pakistan. Undang-undang kewarganegaraan yang masih dalam proses ketika itu menjadikan Asad pemegang pasport Pakistan pertama dalam sejarah penubuhan negara Pakistan.
Setelah mengundurkan diri dari misi PBB Pakistan di New York pada pertengahan 1950-an, Asad tinggal dan berpindah-pindah di pelbagai negara, menghabiskan masa di Tangiers di Maghribi, Sepanyol dan negara-negara Islam lain.
Sebelum menghembus nafasnya, Asad terus menulis dan memberi ucapan di universiti-universiti dan persidangan. Sepanjang hidupnya, dia telah menyumbang banyak untuk Islam dengan menterjemahkan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris yang banyak digunakan di negara seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Sumber TRT World