Zionisme adalah pergerakan politik dan nasional ditubuhkan bagi mewujudkan dan mengekalkan negara Yahudi di timur tengah. Menurut kebanyakkan ajaran agama Yahudi tradisional dan ortodoks, orang-orang Yahudi dilarang oleh Tuhan untuk memiliki tanah dan negara mereka sendiri sehingga al-Masih mereka muncul pada akhir zaman.
Perkara ini tidak menghalang gerakan Zionis untuk meneruskan usaha ini.
Di manakah semua ini bermula?
Kita kembali ke tahun 1897, seorang lelaki bernama Theodor Herzl telah membentuk Pertubuhan Zionis dunia. Dia telah mencadangkan untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin, dan perkara ini disebutkan dalam Deklarasi Kemerdekaan Negara Haram Israel.
Sukar untuk menjadi Yahudi di Eropah pada ketika itu, di mana sentimen anti-semitik meningkat dan merisaukan. Herzl merasakan satu-satunya cara untuk “kaumnya” hidup dengan damai adalah dengan memiliki sebuah negara sendiri.
Palestin merupakan antara plilihan mereka dan slogan “Tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah” mula tersebar di seluruh dunia.
“Tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah” mula tersebar di seluruh dunia.
Masalahnya tanah yang dipilih adalah Palestin Dan ia bukanlah tanah tanpa rakyat dan penduduk. Sebilangan besar orang Islam dan Kristian bersama dengan sebilangan kecil orang Yahudi, telah tinggal bersama di Palestin dengan aman untuk sekian lamanya. Tetapi bagi kebanyakkan Zionis Kristian yang tinggal di barat dan Zionis Yahudi yang tinggal di Eropah, perkara itu tidak membawa perbezaan, yang mana mereka setuju untuk mengambil alih “bumi yang dijanjikan” tuhan kepada mereka.
Masalahnya tanah yang dipilih adalah Palestin Dan ia bukanlah tanah tanpa rakyat dan penduduk. Sebilangan besar orang Islam dan Kristian bersama dengan sebilangan kecil orang Yahudi, telah tinggal bersama di Palestin dengan aman untuk sekian lamanya. Tetapi bagi kebanyakkan Zionis Kristian yang tinggal di barat dan Zionis Yahudi yang tinggal di Eropah, perkara itu tidak membawa perbezaan, yang mana mereka setuju untuk mengambil alih “bumi yang dijanjikan” tuhan kepada mereka.
Berikutan kejatuhan Kerajaan Turki Othmaniyyah pada akhir Perang Dunia Pertama, dan dengan sokongan British, “penghijrahan” orang-orang Yahudi ke Palestin yang baru “dijajah“ Britain bermula pada awal abad ke-20.
Kemudian Perang Dunia Kedua tercetus menjadikan titik permulaan gerakan Zionis, setelah peristiwa “Holocaust” – pembunuhan orang Yahudi Eropah beramai-ramai oleh nazi Jerman.
Susulan peristiwa itu, kemasukan orang Yahudi Eropah ke Palestin semakin rancak dan banyak negara barat mula menyokong idea sebuah negara Yahudi diwujudkan di Palestin.
Walaupun Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan ditubuhkan kedua-dua Negara Arab dan Yahudi yang bebas di rantau itu, Israel terus “mengisytihar dan menyatakan kemerdekaan” negara Haram itu pada tahun 1948.
Apa yang lebih parah pada hari yang sama presiden Amerika Syarikat ketika itu Harry Truman turut mengiktiraf “kemerdekaan” negara haram Israel.
Bagi mereka gerakan Zionis telah mencapai kemenangan.
Setelah penubuhan Negara Haram Israel, mereka telah menyerang negara-negara jiran dan pada akhir Perang Enam Hari 1967, Israel memperluas penguasaannya di wilayah tersebut, yang mana telah menghalau dan mengusir kebanyakkan orang Kristian dan Muslim Palestin dari tanah mereka sendiri. Setahun kemudian, Kongres Zionis/Yahudi Dunia ke-28 telah meluluskan “The Jerusalem Program” dan menyenaraikan lima matlamat untuk membentuk gerakan Zionisme moden:
1. Perpaduan umat Yahudi dan peri pentingnya Israel dalam kehidupan bangsa Yahudi.
2. Mengumpulkan orang-orang Yahudi di tanah yang dijanjikan, Eretz Israel, melalui Aliyah dari semua negara.
3. Pengukuhan penubuhan negara Israel yang berdasarkan visi kenabian seperti menegakkan keadilan dan kedamaian.
4. Pemeliharaan identiti orang Yahudi melalui pendidikan Yahudi dan Ibrani serta memahami nilai spritual dan budaya Yahudi.
5. Perlindungan untuk orang Yahudi di mana sahaja mereka berada.
Secara praktiknya, tujuan mereka untuk mengekalkan “keadilan dan kedamaian” tidak membawa sebarang makna kepada mereka yang bukan berketurunan Yahudi yang telah lama tinggal di wilayah itu.
Tentera Israel secara zalim dan tidak sah telah mengawal dan menduduki sebahagian besar tanah Palestin dan membina penempatan haram baru di tanah Palestin yang rata-rata dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.
Apa pendapat anda mengenai Zionisme?