Bolehkah makmum wanita menyebut ‘aamiin’ dengan kuat ketika solat berjemaah?
ADA sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA yang menyebut: “Apabila imam mengucapkan ‘amiin’, maka ucapkanlah ‘amiin’. Kerana barangsiapa yang ucapan amiinnya bersamaan dengan amiinnya malaikat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat an-Nasaie)
Melalui dalil ini, dapat kita faham bahawa ucapan ‘amiin’ adalah sunat. Ia sunat disebut oleh makmum usai sahaja imam menyebut ‘amiin’ pada penghujung bacaan al Fatihah.
Baca juga Sebut ‘amin’ selepas imam baca al-Fatihah, akan berguguranlah dosa yang telah lalu
Turut disyorkan Jangan sesekali tinggal subuh berjemaah di masjid, itu tanda orang beriman
Selalunya, dalam solat berjemaah, makmum lelaki akan mengeraskan suara ketika menyebut ‘amiin.’ Jumhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat (dibaca selepas imam) kerana pada waktu ini, para malaikat yang mendengarnya juga turut mengaminkan bersama.
Namun, adakah makmum perempuan juga dibolehkan untuk mengeraskan sebutan ‘amiin’ semasa solat berjemaah dengan imam lelaki atau imam perempuan?
Baca juga [Video] Perlukah buka tabir tempat muslimat ketika solat berjemaah?
Turut disyorkan Boleh sujud atas belakang makmum hadapan kerana ruang sempit, begini kaedahnya
Dalam hal ini, kita akan melihat kepada dua situasi;
1. Makmum perempuan yang berimamkan lelaki.
Tidak disunatkan mengeraskan bacaan ‘amiin’ ketika ia menunaikan solat berjemaah di tempat awam dan wujud ajnabi yang tidak dikenali (bukan dari kalangan ahli keluarga mereka).
Jumhur ulama berpendapat demikian bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan menghilangkan kekhusyukan jemaah lain.
Hal ini juga disebabkan hukum asal bagi perempuan adalah dengan mengecilkan suaranya dalam solat terutamanya jika dikhuatiri menimbulkan fitnah.
Ibnu Hajar menyebut, “Wanita tidak diperkenankan mengucapkan ‘subhanallah’ ketika ingin mengingatkan imam. Wanita diperintahkan untuk memperlahankan suaranya dalam solat. Hal ini kerana dibimbangi boleh menimbulkan godaan.” (Fath Al-Bari, 3:77)
Turut disyorkan Kuwait larang imam baca al-Quran guna telefon bimbit semasa solat berjemaah, ini tatacara sebenar melihat mushaf ketika solat
2. Makmum perempuan yang berimamkan perempuan.
Adapun, jika wanita itu menunaikan solat berjemaah bersama dengan imam perempuan atau imam lelaki yang mahram dengannya (seperti adik beradik, bapa atau suami), maka dia boleh mengeraskan bacaannya. Sama juga jika wanita tersebut menunaikan solat secara bersendirian.
Hal ini adalah berdasarkan pendapat daripada kebanyakan ulama Syafi’e yang telah dinukilkan oleh Imam Nawawi.
Kesimpulannya, dibolehkan untuk wanita mengeraskan sebutan ‘amiin’ jika terhindarnya daripada fitnah seperti menunaikan solat berjemaah bersama ahli keluarga atau bersendirian.
Namun, jika menunaikan solat di tempat umum seperti masjid, maka ia tidak digalakkan.
Baca juga Susulan insiden kucing lompat ke atas imam ketika solat, sahkah solat itu?
Turut disyorkan Telefon berbunyi ketika solat, boleh ke matikannya?
Sumber: Tzkrh
Foto: 123RF & BERNAMA
Bolehkah makmum wanita menyebut ‘aamiin’ dengan kuat ketika solat berjemaah?