Browsing Category

Istimewa Panggilan Baitullah

JEMAAH HAJI
Istimewa Panggilan Baitullah,

Aura ibadah haji – Seruan jihad ke jalan ALLAH

Aura ibadah haji – Seruan jihad ke jalan ALLAH..

BOLEH dikatakan kita baru sahaja merayakan Aidilfitri bagi menandakan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa Ramadan. Kini, seluruh umat Islam mengalih perhatian pula kepada ibadah haji.

Meskipun bukan semua daripada kita berpeluang ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu, tetapi aura bulan haji tetap dirasakan semua masyarakat Islam di seluruh dunia.

Panggilan Kaabah atau seruan haji begitu sinonim dengan setiap umat Islam dan boleh dikatakan semua daripada kita akan memasang niat untuk melaksanakan rukun Islam berkenaan.

Ibadah haji adalah ibadah wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan.

Baca Juga 22,000 pekerja baharu diambil bantu lancar ibadah haji tahun ini

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, di antaranya Makam Nabi Ibrahim). Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan ALLAH mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah haji itu), sesungguhnya ALLAH MAHA KAYA (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Surah Ali-Imran ayat 96-97)

panggilan haji

 IBADAH haji adalah suatu bentuk ibadah yang memerlukan seseorang itu bersedia dalam pelbagai aspek sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Tidak seperti ibadah fardu yang lain seperti solat umpamanya, haji adalah suatu bentuk ibadah yang memerlukan seseorang itu bersedia dalam pelbagai aspek sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ia juga dianggap sebagai salah satu jihad di jalan ALLAH SWT. Ya, ibadah haji adalah jihad di jalan ALLAH. Perkara ini sebagaimana dikongsi oleh Pensyarah Kanan Politeknik Muadzam, Mohd Shah Rizal Azman Rifin.

Turut Disyorkan Diuji hingga jatuh berkali-kali, kembali kepada ALLAH, pasti ada solusi menanti

Baca Juga Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

Ujarnya, perkara ini dapat difahami selepas kita meneliti kisah berikut seperti yang terdapat dalam dua hadis.

“Yang pertama, dikatakan bahawa seorang lelaki datang bertemu Baginda SAW lalu mengadu, “Sesungguhnya saya ini seorang yang penakut. Saya juga lemah. Lalu Baginda SAW menasihati lelaki terbabit dengan bersabda, marilah melaksanakan jihad yang tidak terdapat sebarang kesukaran padanya iaitu mengerjakan haji.” (Hadis Riwayat al-Haithami)

“Satu lagi kisah ialah yang diambil daripada Abu Hurairah yang katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Jihad orang tua, orang yang lemah dan wanita ialah menunaikan ibadah haji dan umrah.” (Hadis Riwayat An-Nasai’)

jemaah wanita mahram

BAGI sesiapa antara kita yang masih belum bergelar Haji atau Hajah hendaklah kita memasang azam yang teguh untuk melaksanakan perintah ALLAH itu Foto: Pexels

“Manakala dalam satu kisah lain, dikatakan isteri Baginda SAW, Aisyah ada bertanya suaminya, “Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan, apakah kami boleh turut serta berjihad? Baginda SAW menjawab, Untuk kamu sekalian kaum wanita, ada jihad yang lebih afdal iaitu mengerjakan haji yang mabrur.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

“Demikian serba ringkas ibadah haji yang dilihat dari sudut pengertian jihad. Justeru, bagi sesiapa antara kita yang masih belum bergelar Haji atau Hajah hendaknya kita memasang azam yang teguh untuk melaksanakan perintah ALLAH itu,” kongsinya.

Baca Juga Pusat Rawatan TH Madinah miliki fasiliti lengkap sedia berkhidmat untuk jemaah

Tambahnya lagi, bagi yang belum mencukupi dari segi kewangan, hendaklah sentiasa menyimpan secara beransur-ansur dengan satu niat iaitu mencukupkan wang bagi keperluan berangkat ke Tanah Suci.

“Kita yang belum ditakdirkan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sama ada bagi menunaikan ibadah umrah, apatah lagi ibadah haji perlu menaruh azam dan berusaha keras bagi mencapai cita-cita murni itu,” titip beliau.

RAWATAN HAJI MADINAH
Istimewa Panggilan Baitullah,

Pusat Rawatan TH Madinah miliki fasiliti lengkap sedia berkhidmat untuk jemaah

PUSAT Rawatan Tabung Haji (TH) Madinah yang menjadi premis pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi, dilengkapi pelbagai kemudahan dan doktor pakar.

Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Abdul Jalil Ahmad berkata pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi, ambulans dan makmal perubatan.

Beliau berkata pusat rawatan yang beroperasi 24 jam melibatkan keseluruhan 59 petugas itu turut menempatkan doktor pakar kecemasan, bius, perubatan keluarga dan kesihatan awam.

Baca Juga Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

“Pusat Rawatan Madinah ini boleh dikategorikan sebagai sebuah hospital rujukan daripada klinik-klinik yang terdapat di zon (hotel penginapan jemaah haji Malaysia) kerana kita mempunyai kepakaran tertentu,” katanya kepada BERNAMA.

Menurutnya, jika jemaah haji yang dibawa ke pusat rawatan berkenaan tidak dapat distabilkan, memerlukan pemeriksaan lanjut atau pembedahan, pihaknya akan merujuk pesakit berkenaan ke hospital Arab Saudi.

PUSAT rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi, ambulans dan makmal perubatan.

Selain itu, Dr Abdul Jalil berkata pihaknya juga mempunyai pasukan perubatan terminal haji yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini.

Beliau berkata pasukan tersebut akan melakukan saringan kesihatan secara cepat terhadap jemaah haji yang tiba dari Malaysia sebelum mereka menaiki bas ke hotel penginapan masing-masing.

Baca Juga 22,000 pekerja baharu diambil bantu lancar ibadah haji tahun ini

Turut Disyorkan Buat jemaah haji, ini pengumuman miqat haji yang wajib diambil tahu

“Pasukan ini berada di lapangan terbang sebab mereka boleh tengok keadaan jemaah haji bila keluar daripada pesawat kita boleh nampak jemaah haji itu sedang sakit dada, atau sesak nafas atau berjalan terhuyung-hayang sebab ada jemaah haji tertinggal makan ubat,” katanya menambah pasukan tersebut akan memberikan rawatan segera jika berlaku situasi berkenaan.

Malaysia negara pertama peroleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan

Sementara itu, dalam makluman lain, bagi dua tahun berturut-turut, Malaysia menjadi negara pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi.

DATUK Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pusat kesihatan Tabung Haji (TH) di Madinah lulus saringan dan pemeriksaan ketat Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada 25 Mei lepas.

“Ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada perkhidmatan kesihatan dan juga menunjukkan persediaan kita serta fasiliti yang ada telah mencapai satu tahap tinggi yang membolehkan kepada kebenaran beroperasi ini,” ujarnya.

Baca Juga Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru

Jelasnya lagi, saringan pada tahun ini lebih ketat berbanding tahun lepas dengan negara perlu memenuhi kriteria dari segi fasiliti, peralatan, ruang beroperasi, jumlah pakar perubatan dan pengurusan sisa klinikal.

Syed Saleh berkata amalan dan prosedur operasi standard (SOP) sektor kesihatan Malaysia membantu kelulusan berkenaan, selain hubungan baik Malaysia-Arab Saudi khususnya rombongan haji negara dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Dari segi nisbah kemudahan yang disediakan seperti katil dan doktor dengan jumlah jemaah haji, saya rasa kita tidak dapat menafikan bahawa kita yang terbaik dan tertinggi berbanding dengan pihak lain,” katanya.

SESI sidang media dihadiri BERNAMA di Abraz Janadriyah.

Sementara itu, Syed Saleh memaklumkan seramai 9,078 jemaah haji telah tiba di Tanah Suci menaiki 30 penerbangan dengan 6,112 kini berada di Madinah dan 2,966 di Mekah.

Beliau berkata setakat ini, enam jemaah haji dimasukkan ke wad pusat kesihatan TH di Madinah manakala dua di Hospital Arab Saudi di Mekah akibat masalah kesihatan.

Baca Juga Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?

Menurutnya seorang daripada jemaah cedera di kaki akibat terjatuh manakala yang lain mengalami jangkitan paru-paru dengan kesemua mereka yang berumur 60 tahun ke atas berada dalam keadaan stabil.

Katanya, ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai situasi jemaah haji berkenaan.

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-31T155914.320
Istimewa Panggilan Baitullah,

Amaran hujan lebat, ribut petir tidak jejas aktiviti jemaah haji

AMARAN hujan lebat dan ribut petir di kebanyakan wilayah di Arab Saudi termasuk Kota Mekah tidak menjejaskan aktiviti ibadah yang diatur untuk jemaah haji Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata keadaan cuaca berkenaan berlaku hanya seketika dan tidak dikategorikan sebagai bencana.

“Kita telah mengadakan perancangan dan jadual untuk segala aktiviti mengikut ketibaan penerbangan (jemaah haji), dalam masa sama kita mengambil maklum tentang suasana (cuaca) dari semasa ke semasa”.

Baca Juga Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru

“Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) jika berlaku bencana, bagaimanapun setakat ini apa yang berlaku tidaklah ditakrifkan sebagai bencana, ia hanya gangguan biasa yang mudah diubah suai waktu dan ketikanya untuk kita menganjurkan aktiviti tersebut,” katanya dalam sidang media semalam.

KEADAAN cuaca berkenaan berlaku hanya seketika dan tidak dikategorikan sebagai bencana. -Foto: The Holy Mosques

Media sebelum ini melaporkan, Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat berterusan selama lima hari selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai Jumaat hingga esok.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) itu melaporkan Kota Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram akan turut terkesan berikutan fenomena itu.

Baca Juga Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

Baca Juga 22,000 pekerja baharu diambil bantu lancar ibadah haji tahun ini

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata amaran hujan lebat dan ribut petir itu telah dikongsi dalam kumpulan WhatsApp serta dimuat naik di aplikasi THhujjaj yang membekalkan maklumat penting dan panduan ibadat haji kepada para jemaah.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya berhati-hati dan kekal berada di tempat penginapan atau masjid sekiranya berlaku hujan lebat, ribut petir atau angin kencang berdebu.

dd

Terdahulu, hujan lebat kira-kira 10 minit membasahi bumi Mekah pada 5 pagi tadi waktu tempatan dan menyejukkan sedikit suhu di Tanah Suci yang ketika ini mengalami cuaca panas mencecah hingga 40 darjah Celsius.

Seorang penduduk, Ahmad Amin, 47, melahirkan rasa syukur dan seronok kerana kali terakhir hujan pada ingatannya ialah awal bulan ini, namun hanya hujan renyai.

Turut Disyorkan Buat jemaah haji, ini pengumuman miqat haji yang wajib diambil tahu

“Alhamdulillah, ini rahmat untuk dhuyufurrahman (tetamu ALLAH),” katanya yang lahir di sini tetapi keluarganya berasal dari Sumatera, Indonesia.

amalan ke mekah
Istimewa Panggilan Baitullah,

Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

BOLEH dikatakan bahawa rata-rata umat Islam memasang niat untuk menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hayat mereka.

Tidak menghairankan kerana ibadah itu merupakan pelengkap bagi lima rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat serta melaksanakan haji.

Pun begitu, ibadah haji adalah sedikit berbeza daripada amalan lain kerana ia bukan sahaja memerlukan kesediaan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan harta dan rohani.

Baca juga Wanita tolak panggilan haji, alasan diberi cukup mengharukan

Turut disyorkan Memang perlu ada kemampuan untuk kerjakan haji, tetapi kita tak diwajibkan simpan wang untuk tujuan itu

Atas sebab itu, ALLAH SWT hanya mewajibkan haji ke atas orang yang benar-benar mampu dan bersedia, terutamanya dari segi kewangan dan mental.

Menyentuh tentang persediaan menunaikan haji, dalam kitab Ihya Ulumiddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pernah menitipkan beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh para jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Baca juga Cabaran umat Islam era pra-merdeka menunaikan ibadah haji.

amalan ke mekah

RATA-rata umat Islam memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Foto: 123RF

Baca juga Bukan sahaja pendosa yang perlu bertaubat, ini yang perlu kita tahu

1. Taubat.
Amalan pertama yang dianjurkan kepada jemaah haji ialah bertaubat kepada ALLAH dengan memohon agar diampunkan segala dosa.

Sebelum berangkat untuk menunaikan haji, jemaah juga seharusnya mengembalikan semua hak orang lain yang pernah diperoleh, seperti membayar hutang, memulangkan barang yang dipinjam, selain memberi nafkah kepada setiap orang di bawah tanggungannya, membawa harta yang halal serta bersedekah.

Turut disyorkan Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

2. Solat sunat dua rakaat dan doa.
Amalan kedua yang dianjurkan ialah solat dua rakaat ketika hendak keluar rumah untuk berangkat ke Tanah Suci. Tatacaranya adalah seperti solat sunat secara umum, iaitu membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Cumanya, ketika solat selesai, bacalah doa ini:

اللهم أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَأَنْتَ الْخَلِيْفَةُ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالْأَصْحَابِ اِحْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ كُلِّ آفَةٍ وَعَاهَةٍ اللهم إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي مَسِيْرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهم إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوَى لَنَا الْأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا سَلَامَةَ الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةَ قَبْرِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya ALLAH, Engkau adalah kawan dalam perjalanan dan Engkau adalah penjaga keluarga, harta, anak, dan teman, selamatkan kami dan mereka dari bencana dan penyakit. Ya ALLAH, dalam perjalanan ini kami memohon kepada-MU kebaikan, ketakwaan, dan amal yang Engkau redhai. Ya ALLAH, dekatkan dan mudahkanlah perjalanan ini untuk kami. Anugerahkan pada kami dalam perjalanan ini keselamatan badan, agama, harta, serta sampaikanlah kami untuk menunaikan haji ke rumah-MU dan menziarahi makam Nabi-MU Muhammad SAW.

Selain itu, sebelum melangkah keluar dari pintu rumah, dianjurkan membaca doa berikut:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضِلَّ أَوْ أَذِلَّ أَوْ أُذِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزِلَّ أَوْ أَظْلَمَ أَوْ أُظْلِمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ اللهم إِنِّي لَمْ أَخْرُجْ أَشِرًا وَلاَ بَطَرًا وَلاَ رِيَاءً وَلاَ سُمْعَةً بَلْ خَرَجْتُ اتِّقَاءَ سَخَطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ وَقَضَاء فَرْضِكَ وَاتِّبَاعَ سُنَّةِ نَبِيِّكَ وَشَوْقًا إِلَى لِقَائِكَ

Maksudnya: “Dengan menyebut nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, tidak ada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan ALLAH. Tuhanku, aku berlindung kepada-MU dari kesesatan dan yang menyesatkan, dari hina dan dihinakan, dari tergelincir dan yang digelincirkan, dari perbuatan zalim dan dizalimi, atau dari kebodohan dan memperbodoh. Ya ALLAH, aku keluar bukan untuk keburukan, tidak pula terburu-buru, tidak kerana ingin dipuji dan pamer, tapi aku keluar untuk menjauhi amarah-MU dan mengharap reda-MU, dan untuk menunaikan kewajiban-MU, mengikuti sunah Nabi-MU, dan kerana kerinduan ingin bertemu dengan-MU.”

Baca juga 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

amalan ke mekah

SUNAT mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum dan selepas tiba di Tanah Suci. Foto: Unsplash

Kemudian, apabila sudah melangkah keluar dari rumah, bacalah doa ini pula:

للهم بِكَ انْتَشَرْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَبِكَ اعْتَصَمْتُ وَإِلَيْكَ تَوَجَّهْتُ اللهم أَنْتَ ثِقَتِي وَأَنْتَ رَجَائِيْ فَاكْفِنِيْ مَا أَهَمَّنِيْ وَمَا لاَ أَهْتَمُ بِهِ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ عَزَّ جَارُكَ وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ اللهم زَوِّدْنِيْ التَّقْوَى وَاغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَوَجَّهْنِيْ لِلْخَيْرِ أَيْنَمَا تَوَجَّهْتُ

Maksudnya: “Ya ALLAH, bersama-MU aku pergi, kepada-MU aku berserah diri, kepada-MU aku berpegang teguh, dan untuk-MU aku mengarahkan diriku. Ya ALLAH, Engkau adalah kepercayaanku, dan Engkau adalah harapanku, cukuplah apa yang penting bagiku, dan (juga) apa yang tidak aku angap penting, dan Engkau lebih mengetahui daripada aku tentang hal ini. Sungguh mulia perlindungan-MU, dan agung pujian kepada-MU, tiada Tuhan selain Engkau. Ya ALLAH, tambahkanlah ketakwaan padaku, ampunilah dosaku, dan arahkan aku ke jalan kebaikan, ke mana pun aku menuju.”

Baca juga Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali

Turut disyorkan LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

3. Membaca doa ketika menaiki kenderaan.
Amalan yang dianjurkan selanjutnya adalah berdoa ketika hendak menaiki kenderaan. Dalam hal ini, orang-orang yang hendak menunaikan ibadah haji dianjurkan untuk membaca doa berikut:

بِسْمِ اللَّهِ وَبِاللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ، وَمَا لم يشاء لَمْ يَكُنْ، سُبْحَانَ اللَّهِ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ. اللهم إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيْ إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ كُلَّهُ إِلَيْكَ وَتَوَكَّلْتُ فِي جَمِيْعِ أُمُوْرِيْ عَلَيْكَ أَنْتَ حَسْبِيْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل

Maksudnya: “Dengan menyebut nama ALLAH, dengan (pertolongan) ALLAH, dan ALLAH Maha Besar. Aku berserah diri kepada ALLAH, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH Yang Maha Mulia, dan Maha Agung. Apa yang ALLAH kehendaki, maka ia akan ada, dan apa yang tidak DIA kehendaki, maka tidak ada. Maha Suci ALLAH, yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya ALLAH, sungguh aku menghadapkan wajahku kepada-MU, dan memasrahkan semua urusanku kepada-MU, aku berserah kepada-Mu dalam semua urusanku, Engkau yang mencukupiku dan dan sebaik-baik pelindung.”

IMAM al-Ghazali pernah sarankan beberapa adab untuk diamalkan oleh para jemaah haji bagi meraih haji mabrur. Foto: 123RF

Baca juga Bersendirian di saf belakang atau berada lebih tinggi dari imam, antara posisi makruh makmum perlu elak ketika solat berjemaah

Manakala, setelah menaiki kenderaan, jemaah dianjurkan pula untuk membaca tasbih dan doa berikut:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maksudnya: “Maha Suci ALLAH, segala puji bagi ALLAH, tiada Tuhan selain ALLAH, dan ALLAH Maha Besar.”

Bacaan tasbih tersebut dilafazkan sebanyak tiga kali, kemudian baca doa berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ اللهم أَنْتَ الْحَامِلُ عَلَى الظَّهْرِ وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ عَلىَ الْأُمُوْرِ

Maksudnya: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya ALLAH tidak menunjukkan kami. Ya ALLAH, Engkau adalah Zat yang menanggung punggung, dan Engkaulah yang diminta pertolongan atas semua urusan.”

Baca juga Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan

Turut disyorkan Ramai salah faham waktu mustajab doa pada Hari Arafah

4. Solat dua rakaat dan membaca doa ketika sampai.
Jemaah haji turut dianjurkan mendirikan solat sunat dua rakaat setelah tiba di Tanah Suci dan membaca doa berikut:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِى لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ، وَلاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna, yang tidak dapat dijangkau orang yang baik dan yang jahat dari keburukan semua makhluk.”

Demikian beberapa amalan yang dianjurkan kepada bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci, bermula dari rumah hinggalah sampai ke tanah haram Makkah.

Sumber: NU Online

Foto: 123RF & Unsplash

Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

simpan wang haji
Istimewa Panggilan Baitullah,

22,000 pekerja baharu diambil bantu lancar ibadah haji tahun ini

SERAMAI 22,000 pekerja telah diupah oleh Majlis Perbandaran Mekah bagi membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji musim ini.

Memetik laporan Arab News, pengambilan 22,000 pekerja itu dibuat meliputi semua bidang.

Jurucakapnya, Osama Zaituni berkata, pihak berkuasa juga telah menggerakkan semua keupayaan tenaga kerja dan kapasiti mekanikal serta sokongan pasukan bantuan termasuk keselamatan awam dan petugas kesihatan sementara.

Baca Juga Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?

Tidak ketinggalan sejumlah besar peralatan dan jentera juga dipersiapkan untuk menyediakan perkhidmatan tahap tertinggi kepada jemaah haji.

Tambah Zaituni, pihak majlis bandaraya turut menyediakan 13 sub-perbandaran dan tiga perbandaran anak syarikatnya serta 28 pusat perkhidmatan di kota Mekah yang terletak secara geografi untuk meliputi seluruh kawasan tempat-tempat suci dan menyediakan semua peralatan serta tenaga kerja yang diperlukan.

haji mabrur

SETIAP jemaah haji pastinya ingin menggapai haji mabrur iaitu ibadahnya diterima oleh ALLAH sehingga dihapuskan segala dosa. Foto: 123RF

Sementara itu, Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada hari Sabtu telah menerima kumpulan pertama jemaah haji dari Nigeria.

Sementara jemaah haji dari Iran pula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di Madinah.

Jabatan Imigresen Arab Saudi memaklumkan, kesediaan untuk mengurus dengan efektif prosedur bagi jemaah semasa musim hajin di semua lapangan terbang, sempadan darat, dan pelabuhan laut.

Baca Juga Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru

Turut Disyorkan Ikut 8 tip ini, anda takkan tersesat sepanjang tunaikan haji

Jabatan itu juga mengulangi komitmen untuk menggunakan semua sumber yang sedia ada selain memudahkan proses masuk bagi kemasukan jemaah haji, termasuk penggunaan peranti terkini di pelabuhan untuk mempercepatkan operasi.

Satu juta umat Islam bakal menunaikan ibadah haji pada 2023

Sementara itu, seperti dilaporkan akhbar Saudi Gazette, tahun ini dianggarkan satu juta umat Islam bakal menunaikan ibadah haji dari seluruh negara tanpa sebarang pengecualian.

Ibadah dilakukan diterima

TAHUN ini (2023) dianggarkan satu juta umat Islam bakal menunaikan ibadah haji dari seluruh negara tanpa sebarang pengecualian. -Foto: Pexels

Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Saed berkata, kerajaan Arab Saudi menyatakan peratusan terbesar jemaah haji bakal terdiri daripada umat Islam dari luar negara.

Menurut beliau, selepas dua tahun tidak dapat menunaikan ibadah haji disebabkan oleh pandemik Covid-19, keputusan itu dilakukan bagi memberi peluang kepada jemaah luar negara untuk menunaikan rukun Islam kelima.

“Kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan umat Islam dari seluruh dunia dan tiada satu pun negara dikecualikan daripada kebenaran untuk menunaikan ibadah haji.

Baca Juga Buat jemaah haji, ini pengumuman miqat haji yang wajib diambil tahu

“Terdapat kuota yang diperuntukkan bagi setiap negara dari segi jumlah jemaah dengan ratio satu kepada seribu jemaah. Ia akan dilaksanakan pada tahun ini berdasarkan keadaan kesihatan mereka.

“Kementerian sedang berusaha untuk menentukan kuota haji ini bagi setiap negara berdasarkan fakta bahawa Tanah Suci Mekah mempunyai undang-undang dan tempoh waktu yang memerlukan ibadah haji dilakukan pada waktu dan lokasi tertentu,” ujarnya.

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-30T114828.862
Istimewa Panggilan Baitullah,

Buat jemaah haji, ini pengumuman miqat haji yang wajib diambil tahu

MIQAT dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermakna ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah.

Secara amnya, berniat ihram di miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. Oleh itu, ia amat penting untuk diambil tahu khususnya kepada umat Islam yang bakal mengerjakan rukum Islam kelimaa itu.

Rentetan musimnya yang bakal tiba ini, seorang pramugara Malaysia Airlines, Hafiz albukhary telah berkongsi contoh pengumuman miqat haji di atas pesawat sebagai panduan buat bakal jemaah haji.

Ujarnya, bersempena dengan operasi Haji 2023 yang akan bermula minggu hadapan. Saya berkongsi sekali lagi pengumuman miqat haji. Mungkin boleh dikongsikan pada ahli keluarga anda yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

Baca Juga Duit sudah ada, tapi dilema antara tunaikan haji atau berkahwin dulu

“Pengumuman miqat haji akan dibuat di dalam setiap penerbangan membawa jemaah haji yang memasuki Jeddah. Ini kerana pesawat akan melintasi kawasan miqat sebelum mendarat di airport King Abdul Aziz Jeddah.

“Selalunya jemaah yang memasuki Jeddah akan terus ke Makkah. Jadi penting bagi kami untuk memaklumkan pada waktu bila pesawat akan melintasi miqat untuk para jemaah bersiap meninggalkan pantang larang ihram dan berniat.

PENGUMUMAN miqat haji akan dibuat di dalam setiap penerbangan membawa jemaah haji yang memasuki Jeddah. 

 

“Bagi pesawat yang memasuki Madinah pula, tiada pengumuman miqat akan dibuat.

“Semoga operasi haji pada tahun ini berjalan lancar dan para jemaah mendapat haji yang mabrur,” titipnya.

Berikut merupakan contoh pengumuman miqat haji yang dikongsi oleh Hafiz albukhary menerusi satu hantaran video di laman media sosialnya.

“Assalamualaikum, tetamu-tetamu ALLAH yang dimuliakan, insha-ALLAH kita akan sampai di Miqat Qarnul Manzil dalam masa setengah jam, jemaah haji perlu berniat sekarang.

Baca Juga Wanita tolak panggilan haji, alasan diberi cukup mengharukan

Turut Disyorkan Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali

“Bagi jemaah haji yang melaksanakan HAJI TAMATTUK dan terus memasuki Mekah, mereka perlu berniat ihram umrah, manakala bagi mereka yang melaksanakan HAJI IFRAD, anda perlu berniat dengan ihram haji, dan bagi mereka yang menunaikan HAJI QIRAN, anda perlu berniat ihram umrah dan haji serentak.

“Bagi jemaah yang akan ke Madinah selepas tiba di Jeddah, anda tidak perlu berniat ihram haji atau umrah, sebaliknya mereka akan berniat haji atau umrah setelah berangkat dari Madinah ke Mekah di Bir Ali.

“Bagi jemaah yang hendak berniat ihram tidak disyaratkan berwuduk atau bersuci. Jemaah haji wanita yang berada dalam haid juga boleh berniat ihram sekarang. Terima kasih.

BERNIAT ihram di Miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. – FOTO: FACEBOOK SHAUQI HASAN

Kenali dua jenis miqat

Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).

Miqat Zamani (Masa)
Dalam ibadah Umrah, Miqat Zamani ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa seseorang berihram haji. Manakala, untuk ibadah haji pula, Miqat Zamani bermula dari hari pertama bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh ini juga dikenali sebagai bulan-bulan haji.

Baca Juga Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru

Baca Juga Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah

Miqat Maqani (Tempat)
Miqat Maqani pula merupakan sempadan tempat terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah untuk berniat ihram umrah atau haji. Lokasi ini biasanya ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah.

Ghairah beribadah ketika haji
Istimewa Panggilan Baitullah,

Enam tiang, enam kisah di Raudhah

RAUDHAH dikenali taman syurga di dunia. Ia merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketika menjadi tetamu di taman syurga ini, kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa di kawasan Raudhah kerana terdapat banyak keistimewaan disebaliknya yang pasti menjadi saksi kepada perjuangan Baginda SAW.

Kembara Haramain di laman Facebooknya berkongsi mengenai enam tiang-tiang penting dan satu Mihrab yang ada di dalam Raudhah, Masjid An-Nabawi asy-Syarif. Bukan sekadar tiang biasa namun tersirat kisah-kisah hebat di sebaliknya.

Antara tiang tersebut ialah:

1. Tiang Sarir

Ketika satu masa dahulu, tiang ini merupakan tiang di mana tempat Nabi Muhammad SAW berehat dan di sini juga Saidatina Aishah binti Abu Bakar RA menyikat dan menyisir rambut Baginda Nabi.

2. Tiang Ali / Tiang Pengawal

Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai tempat untuk mengawal rumah Nabi Muhammad SAW, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA.

3. Tiang Wufud (Deligasi)

Suatu masa dahulu, ruang di sekitar tiang ini sering digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah al-Munawwarah.

4. Tiang Aishah

Tiang ni sangat istimewa, di mana tiang inilah Nabi Muhammad SAW selalu mengerjakan solat tahajud, munajat dan solat taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Ibn al-Khattab RA. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni dan berdoalah sebanyaknya kepada ALLAH SWT.

5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)

Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan iaitu berbohong kepada Nabi Muhammad SAW. Akibat rasa bersalah pada baginda, Lubabah mengikat dirinya di tiang ini selama tiga hari sehingga tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

6. Tiang Muhallaqah

Tiang ini dahulunya adalah sebatang pokok kurma yang selalu dipegang Baginda semasa berkhutbah. Batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan Mimbar yang baru.

Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada pokok tu, “Engkau akan kekal dengan aku di dalam syurga dalam keadaan seperti batang pokok macam ni” barulah pokok kurma tersebut diam. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

7. Mihrab Nabi

Di mihrab inilah Nabi Muhammad SAW menggunakannya untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat Baginda. Kisah di sebalik mihrab ini juga berkait rapat dengan Saidina Umar Ibn al-Khattab ketika ditikam oleh Abu lu’lu’ah al-Majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Baqca juga Berjumpa dengan jemaah sesat di Tanah Suci, ini tindakan yang perlu dilakukan

Baca juga Cinta Rasulullah tumpah di bukit Uhud, inilah sirah yang patut diketahui seluruh Muslim

SUMBER : KEMBARA HARAMAIN

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus

Untittled Image (17)
Istimewa Panggilan Baitullah,

Berjumpa dengan jemaah sesat di Tanah Suci, ini tindakan yang perlu dilakukan

STIGMA masyarakat apabila terjadi sahaja perkara di luar jangka terutama apabila melibatkan kejadian-kejadian di Tanah Suci pasti akan mengaitkan dengan andaian yang negatif.

Kata sesetengah orang, ini merupakan kifarah kerana dosa yang dilakukan sebelum sampai di Tanah Suci itu. Namun siapalah kita ingin mempertikaikan segala ujian dan kebesaran ALLAH SWT terhadap hambanya.

Usahlah kita menjadi penghakim di dunia sementara ini. Perkara yang sering berlaku apabila melibatkan Jemaah haji atau umrah adalah sesat dan tidak berjumpa jalan pulang untuk bertemu agensi. Apa tindakan sewajarnya jika berhadapan dengan situasi sebegini.

Raihanah Abdullah, Petugas di Irna Yakin Travel & Tours mengatakan sesat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana. Jangan ingat kita tidak boleh sesat di tanah air sendiri, terutama jika kita kurang mahir atau tidak pernah berkunjung ke tempat berkenaan.

“Justeru, sesat bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan setiap insan tetapi ramai yang sering membuat pelbagai andaian dan tanggapan negatif apabila seseorang jemaah umrah atau haji sesat di Tanah Suci.

UJIAN yang diberikan ALLAH SWT tanpa mengira tempat dan siapa orangnya. Yang pasti setiap ujian itu membawa seribu satu hikmah. – FOTO: FACEBOOK SHAUQI HASAN

“Pelbagai cerita yang pernah kita dengar dan kadangkala sedikit sebanyak turut mempengaruhi mereka yang bakal menjadi tetamu ALLAH SWT untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji.

“Jika anda sesat, bertenang dan elakkan perasaan panik atau kelam kabut kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan,” Katanya

Jelas Raihanah lagi, di Tanah Suci, ketika dalam kesusahan atau tersesat, banyakkan istighfar, selain melakukan solat sunat taubat serta solat hajat. Itu yang sering dinasihatkan kepada jemaah agar mereka mendapat petunjuk daripada MAHA ESA.

“Lazimnya, jemaah yang sesat gagal menghubungi mutawif, ketua rombongan atau petugas agensi pelancongan masing-masing. Mereka panik dan hampir menangis setelah mendapati semua rakan jemaah lain tiada setelah puas mencari.

“Apa yang perlu dilakukan jika anda bertemu jemaah sesat? Minta tag nama mereka dan hubungi nama yang tertera pada tag itu atau hantar jemaah berkenaan pulang ke hotel didiami kerana kadangkala jemaah turut dibekalkan dengan kad bisnes hotel terbabit,” Ungkapnya.

JIKA tersesat di Tanah Suci, bertenang dan elakkan perasaan panik atau kelam kabut kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan. – FOTO: FACEBOOK SHAUQI HASAN

10 hari hilang di Mekah, Pak Ibrahim akhirnya ditemui

Tular baru-baru ini apabila seorang jemaah umrah warga Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Makkah, Ibrahim Omar atau Pak Ibrahim, 67, akan dihantar pulang ke Malaysia pada 14 Disember (Rabu).

Kehilangan Pak Ibrahim hampir 10 hari itu sebelum ini ditemui oleh seorang mutawif Syed Nabil Athrash Syed Ahmad, di kawasan Misfalah, Makkah.

Katanya, berita kehilangan Pak Ibrahim telah diketahui ramai warga Malaysia di sini yang dikongsi menerusi media sosial.

Baca juga Cinta Rasulullah tumpah di bukit Uhud, inilah sirah yang patut diketahui seluruh Muslim

“Masing-masing sudah tahu, sudah saling berpesan, manalah tahu jika yang ternampak atau terserempak dengannya.

“Tetapi sekarang ini ‘peak season’, tidak jangka juga dalam ramai-ramai, saya akan bertemu dengannya,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

“UMUR Pak Ibrahim 67 tahun (tak nyayuk lagi dia cakap). Asal dari langkawi. Terima kasih semua yang tak berhenti henti mendoakan beliau. Setiap langkah pak ibrahim akan di kira pahala insyaAllah,” – Nabil Alkhred 

Syed Nabil berkata, pertemuannya dengan Pak Ibrahim berlaku secara kebetulan semasa dia sedang menguruskan jemaah menaiki bas di lokasi berdekatan Misfalah, Mekah.

Ujarnya, Pak Ibrahim dalam keadaan baik semasa ditemui dan sepanjang kehilangannya dia dibantu dari segi makan dan minum walaupun terpaksa tidur di tepi lorong berlapikkan tilam dan selimut yang diberi orang awam.

“Dia tidak berada dalam keadaan lapar, cuma katanya dia menangis, sedih memikirkan keberadaannya, keluarga juga sudah pulang ke Malaysia.

Baca juga Ketahui kelebihan amalan tawaf di hadapan Baitullah ketika musim umrah atau haji

“Kami beri dia makan dan minum, tetapi dia nampak tak kisah sangat tentang nak makan. Mungkin terlalu gembira kerana akhirnya dia ditemui dan dibantu,” katanya.

Difahamkan Pak Ibrahim telah bertolak ke Mekah pada 26 November lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air pada Jumaat lalu namun gagal dikesan selepas enam hari tiba di Tanah Suci.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus

Tunai umrah
Istimewa Panggilan Baitullah,

Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan

ANTARA sunnah Rasulullah SAW yang jarang sekali dipraktikkan oleh masyarakat adalah perbuatan menyambut orang yang baru balik daripada melaksanakan ibadah haji.

Bermula semalam, jemaah haji Malaysia sudah mula beransur pulang ke tanah air setelah selesai mengerjakan Rukun Islam kelima itu di Arab Saudi.

Setelah berminggu-minggu lamanya berpisah, pastinya kepulangan ini dinantikan oleh sanak-saudara dan sahabat handai yang berada di Malaysia dengan penuh rasa syukur serta gembira.

sambut orang balik haji

DATUK BADLI SHAH ALAUDDIN

Bagi jemaah haji yang pulang ke tanah air, penceramah bebas, Ustaz Datuk Badli Shah Alauddin mengingatkan bahawa disunatkan singgah ke masjid terlebih dahulu untuk menunaikan solat sunat serta membaca doa sebelum menjejakkan kaki ke rumah.

Baca juga Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air

Sementara itu, kepada mereka yang bakal menyambut kepulangan jemaah haji pula, agamawan itu mengajak kita merenungkan kembali adab-adab pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

Apabila kamu bertemu orang haji (yang baru pulang haji), maka bersalamlah dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan ALLAH SWT (doanya dikabulkan).

Doa yang dibacakan seperti berikut: ‘Allahumagfir lilhajji Walimanistagfaralahulhaj’. Maksudnya, “Ya ALLAH berikanlah keampunan kepada orang yang mengerjakan haji dan kepada mereka yang dimohonkan ampun oleh orang yang haji.” (Hadis riwayat Ahmad)

sambut orang balik haji

BEGITU syumulnya agama ALLAH sehingga adab menyambut orang yang baru pulang daripada mengerjakan haji juga ada diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan hadis berkenaan, ujar Ustaz Badli Shah, jelaslah bahawa terdapat tiga perkara yang disunatkan untuk dilakukan ketika menyambut kepulangan jemaah haji.

Pertama sekali, kita digalakkan memberi salam, berjabat tangan serta bertanyakan khabar kepada jemaah haji tersebut.

Baca juga LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

Kedua, meminta kesudian jemaah haji untuk mendoakan agar dosa-dosa kita diampunkan. Ini kerana doa orang yang baru kembali daripada melaksanakan haji adalah mustajab, ungkapnya.

“(Orang yang baru pulang dari haji) bagaikan bayi yang baru lahir. Belum ada dosa, masih bersih lagi.

Satu lagi adalah mendoakan jemaah haji. Rasulullah SAW suka mendoakan orang yang baru kembali menunaikan ibadah haji sebagai tanda cinta terhadap umat Islam yang telah menjadi tetamu ALLAH serta mendapatkan limpah kurnia-NYA dalam melaksanakan Rukun Islam,” jelas beliau.

Baca juga Cabaran umat Islam era pra-merdeka menunaikan ibadah haji.

Memetik portal Shafiqolbu, antara doa menyambut kepulangan jemaah haji adalah seperti berikut:

Said bin Mansur menyatakan, bahawa apabila orang yang baru pulang daripada menunaikan haji bertemu dengan Abdullah bin Umar, dan beliau mengucapkan kepada orang yang kembali dari haji:

sambut orang balik haji

Selain itu, dalam kitab, al-Mausu’ah Fiqhiyyah, ulama Syafie berpendapat dianjurkan ucapan berikut kepada orang yang berhaji atau umrah:

sambut orang balik haji

Oleh itu, tiada masalah jika kaum keluarga ingin meraikan kepulangan sanak-saudara yang baru selesai menunaikan ibadah haji namun sambutan yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan.

Foto & Sumber: Shafiqolbu & Freepik

jemaah haji malaysia
Istimewa Panggilan Baitullah,

Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air

JEMAAH haji Malaysia telah mula pulang ke tanah air bermula semalam dan pastinya kenangan melaksanakan ibadah itu akan terus kekal dalam ingatan.

Memetik laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata penerbangan terakhir dijangka pada 12 Ogos iaitu selepas kumpulan jemaah terbabit selesai menziarahi Madinah.

“Seramai 14,305 jemaah negara telah mengerjakan haji dan mereka terdiri daripada 85 peratus di bawah pakej muassasah dan 15 peratus di bawah pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).

Bagi petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah dan Madinah, operasi menyantuni tetamu ALLAH masih belum berakhir sehingga semua jemaah selamat sampai ke tanah air.

Baca juga Cabaran umat Islam era pra-merdeka menunaikan ibadah haji.

Sepanjang musim haji 1443 Hijrah ini, petugas TH diibaratkan sebagai tulang belakang kepada jemaah haji, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik malah ada ketikanya melebihi bidang tugas mereka.

Bersama matlamat memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu, semua petugas termasuk bahagian pentadbiran, operasi, media serta perubatan akan berganding bahu agar setiap perancangan dapat dilaksanakan.

Mengimbau perjalanan membawa kesemua jemaah ke Arafah, petugas perubatan pastinya antara yang tidak menang tangan, apatah lagi ada antaranya perlu diuruskan dengan teliti kerana tidak berupaya bergerak.

jemaah haji

PELBAGAI perkhidmatan yang disediakan oleh pihak TH kepada jemaah haji Malaysia termasuk rawatan pergigian dan penjagaan spiritual.

Petugas Perubatan, Luqman Chong Abdullah Chong berkata pada 8 Zulhijjah, beliau telah mula bertugas seawal 4 pagi dan mengejutkan pesakit lelaki supaya bersiap dan memakai ihram.

Beliau yang berpeluang bertugas sebanyak tiga kali pada musim haji berkata momen memakaikan ihram pada pesakit sentiasa menyentuh perasan kerana rata-rata akan menangis dan meluahkan perasaan mengenai musibah yang menimpa sedangkan mereka datang ke Tanah Suci dalam keadaan sihat.

Baca juga LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

“Tahun ini di wad saya bertugas ada sembilan pesakit iaitu lima lelaki dan empat wanita yang perlu menaiki bas atau Safari Wukuf.

“Majoriti pesakit mengalami masalah jantung, ada juga yang mengalami masalah buah pinggang, jangkitan kuman serta sakit belakang yang kronik sehingga tidak boleh bergerak sendiri dan hanya terlentang di katil. Pesakit ini memang perlu bantuan sepenuhnya untuk berjalan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Luqman Chong berkata pengorbanan dilakukan terlalu kecil berbanding ketabahan yang perlu ditanggung pesakit apatah lagi apabila mendengar doa, rintihan kesakitan dan kesedihan mereka sejurus tiba di Arafah.

jemaah haji malaysia

PENERBANGAN terakhir bagi jemaah pulang ke Malaysia dijangka pada 12 Ogos.

Seorang jemaah, Ahmad Ainullutfi Azzman, 29, berkata petugas TH terutama di tempat penginapannya iaitu Maktab 46 sentiasa memberi yang terbaik hingga ada terlupa bahawa mereka sendiri sedang sakit.

“Ada yang sampai demam. Ada juga yang sampai hilang suara… ada hari tertentu dah tak boleh nak bangun. Semua untuk memastikan jemaah haji sentiasa selesa. Ketika di Muzdalifah, saya yang jadi sukarelawan Sahabat Maktab berkawal bersama petugas dari tengah malam sampai subuh.

Baca juga Pusat rawatan Malaysia di Arab Saudi bertaraf antarabangsa

“Selepas selesai subuh di Muzdalifah, bergerak pula ke Mina, nak kena uruskan perkhemahan. Awalnya ada yang berebut tempat tetapi lepas disusun dengan kerjasama jemaah haji, banyak kosong lagi rupanya. Itulah pentingnya peranan petugas dan elak macam-macam masalah,” katanya yang bersendirian ke Tanah Suci menerusi penerbangan KT1.

Ahmad Ainullutfi yang berangkat ke tanah air semalam berkata kenangan beribadah akan terus terpahat di ingatan dan peluang membantu warga emas akan menjadi pendorongnya untuk terus berbuat kebaikan pada masa akan datang.

Sumber: Bernama

Foto: Bernama & Unsplash