Browsing Category

Aqidah

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-25T174147.318
Aqidah,

Waspada, jaga aqidah anda, ini hukum makan ‘sajian sembahan berhala’

Waspada, jaga aqidah anda, ini hukum makan ‘sajian sembahan berhala’…

“WAH sedapnya kuih dan buah-buahan dekat tokong tu”

“Agaknya kalau ambil untuk makan ni, boleh ke tidak ye?” bisik Ahmad dalam hatinya.

Situasi di atas pasti pernah berlaku kepada sesiapa sahaja. Manakan tidak, tiap kali melalui tempat ibadah agama lain, pasti akan ada makanan dan buah-buahan yang lazat sebagai simbol kepada sembahan berhala tersebut.

Sebagai seorang Muslim sememangnya kita diharamkan untuk memakan sembelihan penganut agama lain yang terdiri daripada penyembah berhala, penganut agama majusi, dan seumpamanya.

Baca Juga ‘Tiket konsert mahar nikah’, Muslimin perlu elak syubhah

Maka pada keadaan di atas, adakah hukumnya sama seperti hukum memakan makanan yang disembelih oleh orang bukan Islam juga?

Berdasarkan persoalan itu, Sinar Islam Plus telah merujuk Mufti Wilayah di laman Al-Afkar #103: Hukum Muslim Memakan Makanan Dan Buah-Buahan Sembahan Bagi Berhala.

WALAUPUN dibolehkan, namun sebaiknya dijauhkan daripada melakukan perbuatan tersebut sebagai keluar daripada khilaf. – Foto: Twitter@Awang

Kata al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah di dalam tafsirnya: Telah berkata Abu Umar: dan tidak mengapa dengan memakan makanan golongan penyembah berhala, orang Majusi dan sekalian yang tiada kitab (bukan ahli kitab) dari kalangan kufar selama mana ia (makanan) bukan dari sembelihan mereka.

Ini menunjukkan bahawa memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan tetapi semestinya makanan tersebut bukan daripada haiwan sembelihan mereka.

Baca Juga DJ / MC, jagalah 3 batas ini supaya tugasan tidak jatuh haram

Namun begitu, terdapat juga sebahagian ulama yang melarang umat Islam untuk memakan buah-buahan dan seumpamanya sepertimana hukum yang sama bagi haiwan sembelihan bukan Islam.

Ini adalah adalah perbuatan syirik, kerana makanan tersebut adalah makanan yang disembah kepada dewa atau berhala sebagai tanda untuk mendapat sesuatu ganjaran yang baik di dalam urusan hidup.

MAKAN makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan tetapi semestinya makanan tersebut bukan daripada haiwan sembelihan mereka. – Foto: Malaysianow.com

Kata al-Habib Abdur Rahman bin Muhammad di dalam penulisannya: Jika sekiranya tujuaannya penyembahannya kepada selain daripada ALLAH SWT sepertimana dengan mengagungkannya sama seperti ALLAH SWT, seperti sembelihan yang dipersembah sebagai penghargaan dan menjadi sesuatu tanda mendekatkan diri dan sebagai penghapusan dosa, maka perbuatan ini mengakibatkan kekafiran dan binatang sembelihan yang disembahkan itu menjadi bangkai.

Turut Disyorkan 3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya

Mufti berpandangan bahawa memakan makanan yang disembelih oleh orang bukan Islam (bukan ahli kitab) yang dipersembahkan kepada berhala adalah haram.

Adapun begitu, memakan buah-buahan atau sejenis yang dipersembahkan kepada berhala adalah dibolehkan. Tetapi haram jika diambil dengan cara mencuri.

Namun sebaiknya dijauhkan daripada melakukan perbuatan tersebut sebagai keluar daripada khilaf. Begitu juga, sekiranya seseorang itu atas dasar waraknya dia dalam menjaga keperibadian diri, dinasihatkan agar dielakkan untuk memakannya tetapi tidak melarang orang lain berbuat begitu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

NABI SAW mengajar umatnya menjauhi perkara syubhah kerana dibimbangi akan terjebak ke dalam perkara-perkara yang haram.

Halal dan haram itu jelas

Firman ALLAH SWT “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…” (Surah al-Baqarah ayat 172)

Ayat tersebut merupakan suruhan ALLAH SWT kepada hambanya untuk mencari rezeki daripada sumber yang terbaik lagi halal. Tuntutan supaya berwaspada dan berhati-hati dalam mencari rezeki adalah amat penting kerana ia adalah zat yang akan bersatu menjadi darah daging manusia itu.

Artikel berkaitan [VIDEO] Elakkan hantar makanan tak halal, ini yang wajib kita tahu…

Kerana sesungguhnya seorang hamba yang memakan daripada sesuap rezeki yang haram ke dalam perutnya. Nescaya ALLAH SWT tidak akan memakbulkan doanya selama 40 hari dan setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram dan riba, maka api nerakalah yang layak baginya.

Bukan itu sahaja, Nabi SAW mengajar umatnya menjauhi perkara syubhah kerana dibimbangi akan terjebak ke dalam perkara-perkara yang haram.

SUMBER: MUFTI WILAYAH

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-24T171039.778
Aqidah, Berita Semasa,

“Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

“Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

MINGGU lalu, satu isu berkaitan doa kepada malaikat hangat diperkatakan oleh warganet. Ada yang mengecam dan ada juga menyokong tindakan yang dilakukan itu.

Namun baru-baru ini, ushawan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Masitah Mohd Affandy atau dikenali dengan Masyi telah tampil memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya meminta malaikat menyampaikan doa kepada ALLAH SWT.

Sejak tularnya video tersebut, timbul persoalan adakah boleh kita berdoa kepada malaikat untuk sesuatu hajat yang kita perlukan?

Pendakwah bebas, Dai Fuad Mokhtar menerusi satu perkongsian di TikTok yang kini telah mencecah dua juta tontonan tampil menjelaskan konteks pertolongan doa yang disampaikan Masitah.

Menurut Dai Fuad, memang wujud malaikat hafazah yang mengawasi setiap hamba ALLAH jadi itu tak ada masalah.

DAI FUAD

Beliau memberi contoh situasi menghantar anak ke tadika, ibu bapa meminta guru untuk menjaga anak, takkan lah pula situasi itu dikatakan syirik kerana cikgu memang wujud dan anak juga wujud.

“Saya petik perkataan (kata-kata) Mashy, “Malaikat malaikat tolong bagitahu kepada malaikat yang jaga Puan Hidayah”. Ini namanya malaikat hafazah.

Beliau juga menceritakan satu riwayat yang sahih iaitu Imam Ahmad yang tersesat sewaktu menunaikan haji. Imam Ahmad meminta malaikat menunjukkan jalan yang benar.

Baca Juga Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatatnya “Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan….”

Dalam perkongsian itu, Dai Fuad memohon pendakwah supaya bersangka baik dengan orang lain apatah lagi Mashy baru sahaja hilang mata.

Menurutnya, pendakwah seharusnya memberikan kata-kata semangat dan bukannya terus menjatuhkan hukum sesat. Kata Dai, video itu tidak salah secara keseluruhannya, mungkin ada kelengkapan ayat yang boleh dimasukkan.

Kenali malaikat hafazah

Malaikat merupakan hamba ALLAH yang mulia, memiliki kekuatan untuk beribadah, taat kepada perintah-NYA dan diciptakan daripada cahaya. Percaya kepada kewujudan malaikat adalah merupakan salah satu daripada enam Rukun Iman yang telah diwajibkan ke atas kita.

DAI Fuad menjelaskan memang wujud malaikat hafazah yang mengawasi setiap hamba ALLAH jadi itu tak ada masalah.

Menerusi portal tzkirah.com, sememangnya kita diajar untuk mengenal sepuluh nama dan tugas malaikat. Tetapi hakikatnya, terdapat hampir dua puluh malaikat yang telah diperintahkan oleh ALLAH untuk memikul tugas-tugas tertentu. Antaranya ialah malaikat pembawa Arasy, Harut dan Marut, malaikat penjaga pintu langit dan pelbagai lagi.

Dan daripada dua puluh itu, terdapat tiga tugasan yang telah diperintahkan oleh ALLAH kepada lima malaikat untuk berada di sisi setiap anak-anak Adam AS.

Baca Juga Malaikat mendoakan orang yang menunggu waktu solat

Dua antaranya adalah Malaikat Hafazah bermaksud malaikat penjaga. Ada dua malaikat yang menjaga pada sebelah siang dan dua lagi menjaga pada sebelah malam. Para malaikat ini sama saling bertemu pada solat Subuh dan Asar.

Menurut Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda “Maka apabila ALLAH bertanyakan tentang perihal hamba-NYA kepada malaikat Hafazah ini, maka jawapan mereka ialah: “Kami datang kepada mereka melihat mereka bersolat dan kami tinggalkan mereka pun dalam keadaan mereka bersolat.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

HAKIKATNYA, terdapat hampir dua puluh malaikat yang telah diperintahkan oleh ALLAH untuk memikul tugas-tugas tertentu.

Alangkah indahnya jawapan yang diberikan oleh malaikat Hafazah tatkala mengadap ALLAH selepas bersilih ganti menjaga kita. Bayangkan jika kita melewat-lewatkan solat fardu contohnya Subuh dan Asar. Bagaimana agaknya jawapan malaikat Hafazah ini terhadap perlakuan kita?

“Si Fulanah masih tidur, tidak solat Subuh lagi.”

“Si Fulan masih minum di kedai kopi. Masih tidak solat Asar lagi.”

Turut Disyorkan 5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat wustha (Solat Asar), dan berdirilah kerana ALLAH (dalam solat kamu) dengan taat dan kusyuk.” (Surah Al-Baqarah ayat 238)

Muka sama
Aqidah,

Ada 7 orang muka sama di dunia, apa kata Islam?

Ada 7 orang muka sama di dunia, apa kata Islam?

“EH, muka awak sama dengan jiran saya di rumah lama dulu. Betullah, memang ada tujuh orang muka sama dengan kita di dunia ni.”

Demikian tegur seseorang kepada insan yang baru ditemuinya. Suratan atau kebetulan? Barangkali ramai berfikiran sebegitu apabila melihat seseorang individu ada iras atau persis kenalannya.

Bukannya mahu dijadikan sebagai modal memulakan bicara, tetapi hakikatnya memang itu yang dirasakan. Sudah tentulah kita menunjukkan ekspresi teruja dan penuh minat kerana terjumpa orang yang berwajah sama dengan kita atau rakan masing-masing.

Persoalannya, benarkah memang ada tujuh orang muka sama dengan kita? Apakah pandangan Islam mengenainya?

Baca juga Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

Memetik infografik yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, pernyataan tersebut tidak tsabit dari sudut saintifik, syariah mahupun al-Quran dan as-Sunnah.

“Tidak tahu dari mana datangnya pernyataan ini. Oleh itu, jangan sibukkan diri dengan soalan-soalan sedemikian kerana tidak memberi manfaat kepada kita.

Muka sama

ALLAH SWT menciptakan setiap orang berbeza walaupun mempunyai iras atau paras rupa yang hampir sama. -Foto: 123rf

“Ketahuilah bahawa ALLAH SWT menciptakan kita berbeza, insya-ALLAH. Mungkin ada yang nampak seperti sama, tetapi sudah tentu berlainan antara satu sama lain,” katanya dipetik menerusi infografik berkenaan.

Baca juga Manusia ciptaan ALLAH yang unik, sama-sama kita sayangi diri

Sementara itu, memetik artikel kemusykilan agama yang disiarkan menerusi laman web al-ahkam.net, walaupun tiada nas sahih yang memerihalkan Rasulullah SAW pernah bersabda sedemikian, tetapi kita boleh mempercayainya.

“Contohnya, kepercayaan bahawa makan Tongkat Ali boleh menyebabkan seseorang kuat, percaya sesiapa yang memiliki ‘lesen terbang’ kelak akan ditangkap oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan seumpamanya.

“Begitu juga dengan kepercayaan yang tidak pernah disebut langsung oleh Rasulullah SAW. Misalnya, bapa lebih tua daripada anak dan setiap benda atau jisim sudah tentu memenuhi sesuatu ruang. Begitu jugalah halnya dengan masalah tujuh orang berwajah sama,” katanya.

Portal Al-Ahkam turut memetik pandangan ahli Biologi yang menyatakan, terdapat tujuh orang yang mempunyai wajah sama atau hampir sama (sama, tetapi tidak serupa).

“Tidak mustahil daripada teori inilah tercetusnya idea untuk mengkaji konsep dan kaedah pengklonan manusia. Itulah kata mereka.

“Terpulang kepada kita sama ada hendak percaya ataupun tidak,” katanya.

Muka sama

MESKIPUN seseorang percaya kepada teori yang menyatakan, terdapat tujuh orang muka sama dengan kita di dunia, ia tidaklah sampai merosakkan iman. Jika tidak percaya juga tidak menyebabkan seseorang itu berdosa. -Foto: 123rf

Artikel itu turut menyebut, andai kita percaya kepada teori tersebut, ia tidaklah merosakkan iman kita dan jika tidak percaya juga tidaklah menyebabkan seseorang itu akan berdosa.

“Ia kecuali jika kita percaya bahawa ALLAH tidak berkuasa mencipta tujuh orang yang berwajah sama, bahkan seiras. Maha Suci ALLAH daripada kata-kata ini.

“Kalau teori itu memang benar, maka ia lebih menambah keyakinan kita kepada kehebatan dan kekuasaan ALLAH SWT untuk berbuat apa sahaja.

“Andai teori itu salah, kita tetap yakin bahawa ALLAH SWT itu MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA dalam mengatur perjalanan alam maya,” titipnya.

***Foto: Canva

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Ibu Nabi Musa
Aqidah,

Teladani sirah bonda Nabi Musa AS yang tawakal sepenuh jiwa kepada ALLAH SWT meskipun anaknya diancam bunuh

Teladani sirah bonda Nabi Musa AS yang tawakal sepenuh jiwa kepada ALLAH SWT meskipun anaknya diancam bunuh

BERBICARA tentang Hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei semalam, dalam sejarah Islam sendiri, ada begitu banyak wanita hebat yang berjaya memperjuangkan syiar ALLAH di luar tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu di rumah.

Kisah-kisah para penghulu wanita ahli syurga seperti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid serta Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW pula menjadi ibrah membuktikan kaum Hawa memiliki kelebihan tersendiri meskipun tidak serupa dengan golongan Adam.

Namun, di sebalik tokoh-tokoh Muslimah yang biasa didengari, ada seorang ibu yang jarang didendangkan walaupun kisahnya pernah difirmankan ALLAH SWT dalam kitab suci al-Quran.

Baca juga Hibanya Nabi Musa tatkala bertemu Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj, ini sebabnya

Ibu Nabi Musa

Baca juga Kenali dua wirawati Muslimah zaman Rasulullah, rela bermandi darah demi Daulah Islamiyah

Wanita yang dimaksudkan itu adalah ibu kepada Nabi Musa AS.

Walaupun pernah disebutkan sebanyak dua kali dalam al-Quran, tetapi tidak dinyatakan secara khusus dalam kitab itu mahupun dalam mana-mana teks hadis mengenai nama sebenar ibu Nabi Musa AS.

Memetik portal bincangsyariah.com, para ulama berbeza pendapat tentang nama ibu Nabi Musa. Lantas, beliau digelar dengan beberapa nama seperti Yukabad, Mihyanah dan Yarikha.

Apa yang pasti, ibu Nabi Musa dilahir serta dibesarkan di Mesir. Beliau juga dikatakan seorang wanita memiliki nasab yang elok serta baik budi pekertinya.

Tulis portal berkenaan, Nabi Musa AS dilahirkan setelah ibunya berkahwin dengan Imran bin Qahat bin Lawi bin Yaakub AS.

Turut disyorkan Agungnya mukjizat Rasulullah SAW, pohon kurma menangis dengar khutbah Baginda

MENARIKNYA, ibu Nabi Musa AS disebutkan oleh ALLAH SWT sebanyak dua kali dalam kitab suci al-Quran. Foto: Unsplash

Baca juga Musa AS, Nabi yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran

Ibu Musa AS disebutkan dalam al-Quran
Musa AS adalah nabi yang paling banyak dikisahkan dalam al-Quran. Bahkan nama baginda dipetik oleh kitab suci itu sebanyak 136 kali menceritakan pelbagai peringkat kehidupannya.

Bagi ibu Nabi Musa AS, beliau telah disebutkan oleh ALLAH sebanyak dua kali, iaitu dalam Surah Taha dan Surah al-Qasas.

Firman ALLAH, “Ketika KAMI ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-KU dan musuhnya; dan AKU telah tanamkan dari kemurahan-KU perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-KU.

Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu KAMI mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu KAMI selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan KAMI telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan…” (Surah Taha, ayat 38 hingga 40)

Baca juga Semak semula kisah Hindun makan hati Hamzah RA, popular tetapi tidak sahih

Ibu Nabi Musa

KISAH Nabi Musa AS yang dihanyutkan dalam sebuah peti di Sungai Nil oleh ibunya diketahui ramai orang. Foto: Pexels

Baca juga Masjid Namirah, khutbah terakhir Nabi SAW kepada umatnya di sini

Manakala, ALLAH juga berfirman,

Dan KAMI ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan KAMI akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul KAMI.

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah; Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: “(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah KAMI kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).” (Surah al-Qasas, ayat 7 hingga 10)

Baca juga Memuliakan ibu, akhlak sebenar Islam

ATAS kuasa takdir ALLAH SWT, Nabi Musa dikembalikan kepada ibunya sebagai anak susuan. Foto: Pexels

Baca juga Kisah masyhur Nabi SAW memberi makan kepada Yahudi buta adalah palsu, jangan sebar sembarangan

Tawakal kepada ALLAH SWT
Berdasarkan ayat tersebut, ALLAH telah menggambarkan bagaimana ibu Nabi Musa AS sangat sayang sekali kepada puteranya. Wanita itu begitu bimbang anaknya akan dibunuh oleh Firaun dan bala tentera.

Kisah ibu Nabi Musa itu memberikan pelajaran kepada kita tentang seorang ibu yang solehah. Walaupun gelisah dengan keselamatan anaknya, namun beliau tidak terlepas daripada menjalankan perintah ALLAH dan bertawakal kepada-NYA. Imannya sangat kuat kerana beliau yakin ALLAH pasti akan menepati janji-NYA dengan menjaga Nabi Musa AS.

Sumber: Bincang Syariah

Foto: Pexels & Unsplash

fitnah Dajjal
Aqidah,

Fahamkah anda erti ‘terlindung dari fitnah Dajjal’, hadam dahulu penjelasan ini.

Fahamkah anda erti ‘terlindung dari fitnah Dajjal’, hadam dahulu penjelasan ini.

APABILA tibanya hari Jumaat, rata-rata daripada kita akan dipesan untuk melafazkan bacaan surah Al-Kahfi. Bahkan, ia diibaratkan seperti ‘bonus’ bagi sesiapa yang berupaya menghafal 10 ayat awal dan akhir surah tersebut.

Surahnya mungkin sedikit panjang bagi golongan bukan penghafaz al-Quran, namun terdapat pelbagai tip yang boleh diamalkan untuk memudahkan penghafalan Surah al-Kahfi seperti membahagikan bacaannya kepada jumlah waktu solat.

Namun, apa keistimewaan yang ada pada surah ini sehinggakan ia turut dijadikan amalan para salafussoleh?

Baca juga Kisah Qitmir, si anjing peneman pemuda-pemuda hebat Ashabul Kahfi

fitnah Dajjal

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Dikatakan, apabila membaca surah al-Kahfi apatah lagi menghafalnya, ia boleh membantu anda untuk terlindung daripada fitnah Dajjal.

Hal ini pernah disabdakan Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan dengan terlindung dari fitnah Dajjal?

SEKURANG-kurangnya hafallah 10 ayat pertama dan terakhir Surah al-Kahfi jika tidak mampu mengingati keseluruhan surah. Foto: Unsplash

Turut disyorka Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

Maksud fitnah Dajjal

Pertama sekali kita perlu faham bahawa fitnah Dajjal adalah segala bentuk penipuan yang boleh membutakan mata kita dengan pesona yang menarik.

Diceritakan dalam beberapa hadis sahih menyebut bahawa Dajjal akan membawa kenikmatan yang boleh mengaburi mata manusia sedangkan ia hanyalah tipu daya. Inilah yang dinamakan sebagai fitnah.

fitnah Dajjal

PELBAGAI tipu daya yang akan dibawa oleh Dajjal untuk mengaburi manusia kelak. Foto: 123RF

Baca juga Bila padang pasir mulai subur, tanda kiamat semakin dekat? 

Nabi SAW bersabda: “Akulah yang paling mengetahui tentang Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan antara tipu daya yang mampu dibawa oleh Dajjal. Tiada siapa yang terpedaya melainkan orang jahil yang sudah ditakdirkan mendapat kecelakaan.

Justeru, salah satu cara untuk menguatkan akidah dan iman agar terlindung dari fitnah Dajjal adalah dengan memperbanyakkan bacaan al-Kahfi kerana ia adalah salah satu bentuk perisai yang boleh melindungi kita.

Sumber: Tzkrh

Foto: 123RF & Unsplash

Muslim berdoa bersama bukan Islam
Aqidah,

Tanda-tanda amalan anda diterima ALLAH sepanjang Ramadan yang lalu

Tanda-tanda amalan anda diterima ALLAH sepanjang Ramadan yang lalu.

RAMADAN yang penuh kemuliaan sudah pun meninggalkan kita. Secara umum, mustahil untuk kita benar-benar tahu sekiranya amal ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT, apalagi yang dilakukan di bulan Ramadan.

Pun begitu, para ulama berpendapat bahawa ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan dalam diri seseorang sebagai petunjuk bahawa ALLAH menerima amal ibadahnya.

Baca juga Sudah lama berdoa, tapi tidak dimakbulkan? Ketahui cara ALLAH terima doa kita

amalan diterima Ramadan

Baca juga Tip dan trik istiqamah beribadah selepas Ramadan

Sebagaimana dijelaskan melalui portal pihak Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda-tanda amalan puasa kita diterima oleh YANG MAHA ESA adalah:

1. Berterusan melakukan ketaatan kepada ALLAH.
Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, sesiapa yang melakukan ketaatan kepada ALLAH dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterima amalan itu, seseorang akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu.

Akan tetapi, antara tanda tertolaknya suatu amalan adalah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat.

Ketahuilah bahawa apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan akan menghapuskan kejahatan tersebut dan sudah pasti yang terbaik adalah melakukan kebaikan selepas membuat kebaikan yang lain.

Turut disyorkan Kenali jenis wanita yang layak masuk syurga kerana istiqamah dengan amalan ringan ini

amalan diterima Ramadan

RAMADAN antara hadiah teristimewa dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada manusia. Foto: 123RF

Baca juga Hati hatilah andai tiada rasa sayu dalam hati saat Ramadan akan pergi

2. Melazimi puasa.
Kata Ibnu Rajab lagi, mereka yang diterima amalan puasanya akan melazimi dirinya untuk berpuasa walaupun selepas bulan Ramadan.

“Sesungguhnya ALLAH SWT jika menerima suatu amalan daripada seorang hamba, maka ALLAH SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh setelahnya.” (Lihat Lata’if al-Ma’arif, hlm. 244)

Bahkan, Nabi Muhammad SAW pernah menyebut bahawa amalan yang baik paling adalah yang berterusan sebagaimana sabda baginda: “Amalan yang paling dicintai oleh ALLAH adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.” (Hadis Riwayat Muslim)

SENTIASA memperbaiki diri antara tanda ibadahnya diterima ALLAH SWT. Foto: 123RF

Baca juga Alangkah indah dapat masuk syurga tanpa dihisab, tapi bagaimana caranya?

3. Menjadi lebih baik.
Orang yang diterima amalannya juga akan menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa merasakan amal soleh yang dilakukannya masih belum sempurna.

Manakala, Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya Madarij al-Salikin berkata, tanda diterimanya amalan seseorang ialah apabila dia merasa bahawa amalan yang dilakukannya masih hina dan kecil.

Oleh itu, orang yang benar-benar mengenal ALLAH akan sentiasa beristighfar selepas selesai melakukan ibadah. Malah perkara ini dilakukan oleh Nabi SAW sendiri yang beristighfar sebanyak tiga kali selepas memberi salam di akhir solat.

Justeru, kekallah kuat dan beristiqamah dalam melaksanakan segala perintah ALLAH dan bermujahadah melawan nafsu daripada melakukan perkara yang ditegah-NYA agar amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh-NYA.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: 123RF

GAMBAR PORTAL FB (4)
Aqidah,

Ketahui 2 gambaran suasana penuh keberkatan malam al-Qadar

Ketahui 2 gambaran suasana penuh keberkatan malam al-Qadar…

TERASA begitu pantas Ramadan kali ini. Lumrah manusia yang kadang tewas juga untuk istiqamah. Awalnya bersemangat memenuhi saf di masjid, pertengahannya semakin berkurang dan akhir Ramadan lebih ramai yang berbaris di bazar Aidilfitri berbanding beriktikaf di masjid.

Bagi yang masih berjaya kekalkan momentum ibadah, akhirilah ia dengan sebaik-baiknya untuk meraih pahala sebanyaknya, namun bagi yang tergapai-gapai masih ada ruang untuk terus melakukan pecutan amalan di 10 malam terakhir ini.

Sebagaimana kita sedia maklum, kelebihan 10 malam terakhir ini sukar digambarkan. Bahkan Rasulullah SAW sendiri sangat bersungguh-sungguh menggunakan peluang di 10 malam terakhir Ramadan dengan sebaiknya.

Dari Aisyah RA, beliau berkata: “Nabi SAW apabila masuknya 10 terakhir Ramadan, baginda akan mengetatkan kain (bersungguh-sungguh beribadah dan tidak melakukan hubungan suami isteri), menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut berqiam)” [Hadis Riwayat al-Bukhari]

Walaupun malam al-Qadar menjadi rahsia ALLAH tentang waktu dan ketikanya, namun terdapat beberapa petanda yang boleh dijadikan petunjuk untuk peroleh malam barakah itu.

RASULULLAH SAW sendiri sangat bersungguh-sungguh menggunakan peluang di 10 malam terakhir Ramadan dengan sebaiknya. Foto: Canva

Seperti dikongsi penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah, Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi), terdapat dua keadaan seperti yang digambarkan oleh Nabi SAW pada malam tersebut seperti yang diriwayatkan dalam beberapa hadis. Antaranya:

1) Matahari terbit tidak terlalu panas

Tanda-tanda hadirnya malam al-Qadar adalah matahari yang terbit di pagi hari, sinarnya tidak terlalu panas dan mendung. Langit menghampar putih tanpa disinggahi hujan dan petir namun suasananya tidak panas. Penduduk bumi merasakan keindahan hari tersebut dengan nyamannya cuaca, tenang dan sejuk.

Baca Juga Memburu Lailatul Qadar, 3 amalan Rasulullah 10 malam terakhir Ramadan

Perkara ini digambarkan dalam hadis Nabi SAW, Maksudnya: “Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke-27 (dari bulan Ramadan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang memancar” [Hadis Riwayat Muslim]

2) Malamnya sunyi dan terang

Pada malam tersebut langit tidak pula berawan dan tidak hujan, bahkan bintang-bintang di langit tidak dapat disaksikan oleh penduduk bumi.

HIDUPKANLAH malam-malam terakhir Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada ALLAH SWT. Foto: Canva

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tanda malam al-Qadar adalah malam cerah, terang seolah ada bulan. Malam tersebut tenang dan tenteram tidak dingin tidak pula panas. Pada malam itu tidak adanya bintang sehingga pagi harinya. Dan sesungguhnya, tanda lailatulqadar adalah, matahari di pagi harinya terbit dengan indah, tidak bersinar kuat, seperti bulan purnama.” [Hadis Riwayat Ahmad]

Berdasarkan dua keadaan diatas, beliau mengigatkan agar umat Islam terus memburu malam al-Qadar dengan memperkemaskan ibadah rutin.

Baca Juga Tak memadai bertarawih, jom tingkatkan qiamullail dan amalan-amalan sunat untuk memperoleh keutamaan lailatulqadar

“Misalnya, memastikan solat fardu didirikan dengan iringan sunat-sunat rawatib, membaca al-Quran dengan makhraj, tajwid, tadabbur, menggandakan sedekah jariah, mendekati anak-anak yatim dan membantu fakir miskin pada 10 malam terakhir.

“Hidupkanlah malam-malam terakhir Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada ALLAH SWT seperti mana yang dilakukan Rasulullah SAW dengan menghidupkan sepanjang malam serta mengejutkan seluruh isi rumah untuk menghidupkan malam ini.

“Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat peluang beribadah di malam al-Qadar,” titipnya.

Ikuti kami juga di telegram 

meninggal dunia Ramadan
Aqidah,

Meninggal dunia di bulan Ramadan akan terlepas azab kubur, benarkah?

Meninggal dunia di bulan Ramadan akan terlepas azab kubur, benarkah?

ADA begitu banyak sekali keistimewaan bulan Ramadan yang pernah diceritakan kepada kita sebagai umat Islam menerusi al-Quran dan as-Sunnah.

Antaranya seperti setiap amalan kita akan dilipatgandakan oleh-NYA sepanjang 30 hari penuh keberkatan itu. Malah, disebutkan juga bahawa wujud satu malam yang mana kebaikannya menyamai 1000 bulan dalam 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam pada itu, ada satu kefahaman yang berleluasa dalam masyarakat bahawa seseorang yang meninggal di bulan Ramadan akan dikurniakan kelebihan sama ada terlepas atau ditangguhkan daripada seksaan azab kubur sepanjang bulan mulia tersebut.

Baca juga Haram menjirus air mawar atas kubur selain untuk sebab-sebab ini.

meninggal dunia Ramadan

Baca juga Ada nikmat kubur buat orang beriman

Benarkah meninggal di bulan Ramadan terlepas daripada azab kubur?
Sebagaimana dijelaskan dalam portal Mufti Wilayah Persekutuan, sememangnya antara kelebihan bulan Ramadan termasuklah pintu syurga dibuka sementara pintu neraka ditutup.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Namun, menurut ulama Syeikh al-Izz Abd al-Salam, apa yang dimaksudkan dengan pintu syurga dibuka adalah disebabkan banyaknya amalan ketaatan dilakukan pada malam Ramadan. Manakala, pintu neraka ditutup merujuk kepada kurangnya orang-orang yang melakukan maksiat sepanjang bulan suci tersebut. (Rujuk Maqasid al-Saum)

Baca juga Mengapa masih lakukan tabiat tidak baik walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadan?

SETIAP makhluk ALLAH SWT tidak akan terlepas daripada kematian. Foto: Unsplash

Baca juga Malaikat Munkar dan Nakir bersoal jawab dengan mayat di alam barzakh dalam bahasa apa?

Jelas pihak Mufti, sebenarnya tiada hadis sahih yang mengkhususkan kelebihan bagi mereka yang meninggal dunia pada bulan Ramadan. Apalagi yang menyebut tentang seseorang terlepas atau ditangguhkan seksaan kubur kerana meninggal di bulan mulia itu.

Namun, wujud satu hadis berkaitan meninggal dunia ketika berpuasa yang sahih, iaitu:

Sabda Nabi SAW, “Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan ALLAH, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Laman web itu bagaimanapun menegaskan, tidak kira meninggal sewaktu Ramadan atau tidak, seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga berdasarkan amalan kebaikan yang dilakukannya ketika di dunia dahulu.

Turut disyorkan Antara bertarawih di rumah dan masjid, mana satu paling terbaik untuk wanita?

meninggal dunia Ramadan

ALLAH SWT menjanjikan syurga kepada sesiapa sahaja yang beramal soleh dan mati dalam kepercayaan penuh terhadap-NYA. Foto: 123RF

Baca juga 10 tanda kematian yang baik

Mati di bulan Ramadan tanda husnul khatimah

Pun begitu, pihaknya tidak menafikan bahawa meninggal dalam bulan Ramadan atau pada waktu mulia lain seperti hari Jumaat, atau di tempat suci seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husnul al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

Justeru, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa beristiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu ALLAH SWT pada bila-bila masa sahaja.

Baca juga Inginkan rumah di syurga, amalkan tujuh perkara ini

Hakikatnya, sifat rahmat dan keampunan ALLAH SWT amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu.

Oleh itu, kelebihan dimasukkan ke syurga dijanjikan untuk sesiapa sahaja yang beramal soleh dan mengakhiri hidupnya dengan kebaikan. Bukan semata-mata meninggal dunia pada bulan Ramadan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Unsplash & 123RF

Kekacauan 13 September
Aqidah,

Ini kelebihan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab yang lain

Ini kelebihan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab yang lain

SEBUT sahaja Nuzul Quran, ingatan kebanyakan kita pasti terarah kepada sejarah penurunan kitabullah itu sendiri.

Masakan tidak, jika ditelusuri historiografinya, proses penurunan kitab suci itu kepada Nabi Muhammad SAW berlaku dalam tiga peringkat.

Menurut Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Izzat Husman, peringkat pertama adalah daripada ALLAH SWT ke Lohmahfuz, diikuti Lohmahfuz ke Baitul Izzah (langit kedua) dan seterusnya daripada Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW selama lebih kurang 23 tahun.

Begitu agungnya kalam ALLAH itu sehingga mengambil masa lebih dua dekad untuk diturunkan dan melalui peringkat-peringkat tertentu.

Baca juga Antara 17 Ramadan Dan Malam Lailatulqadar, Ini Penjelasan Tentang Tarikh Nuzul Al-Quran

Sesungguhnya, al-Quran sememangnya terlalu istimewa. Bukan sekadar untuk dibaca, sebaliknya ia menjadi manual kehidupan umat Islam dalam apa jua masalah.

Kelebihan al-Quran

AL-QURAN bukan sekadar dibaca bahkan diambil pengajaran daripadanya. -Foto: 123rf

Sempena Nuzul Quran yang bakal disambut pada 17 Ramadan iaitu hari Sabtu ini, Sinar Islam Plus kongsikan lapan keistimewaan al-Quran berbanding kitab-kitab samawi lain yang dipetik daripada laman sosial Facebook Pusat Pengajian Iqra’ dan bekalislam.firanda.com.

Berikut perinciannya:

1. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur, manakala kitab samawi lain diturunkan secara serentak.

2. Syariat yang ada dalam kitab suci itu memansuhkan apa yang ada dalam kitab-kitab yang lain.

3. Bahkan, syariat al-Quran meliputi sekalian manusia dan jin. Sedangkan kitab samawi yang lain pula hanya dikhususkan pada sesuatu umat sahaja.

4. Suatu perkara menarik tentang kitabullah itu, al-Quran terpelihara hingga hari kiamat daripada sebarang perubahan. Jika dibandingkan dengan kitab-kitab lain, ia telah diubah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Baca juga Mukjizat Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW Paling Agung Berbanding Kitab-Kitab Samawi Lain

5. Mereka yang membaca al-Furqan akan diberikan ganjaran pahala dan sebaliknya pada kitab-kitab samawi.

Kelebihan al-Quran

Al-Furqan mudah untuk dihafal dan tidak boleh ditiru. -Foto: Unsplash

6. Berbanding dengan yang lain, al-Quran mudah untuk dihafal, selain diambil pengajaran daripadanya.

7. Al-Quran juga merupakan satu mukjizat. Selain laras bahasanya yang teratur dan tidak boleh ditiru, kalam ALLAH itu mengandungi banyak perkara yang menakjubkan seperti informasi sanis yang hanya diketahui oleh manusia selepas ratusan tahun kemudian dan kisah-kisah umat terdahulu.

8. Al-Quran menjadi Muhaimin iaitu sebagai kepercayaan, saksi dan hakim bagi kitab-kitab suci terdahulu. Mudah kata, kitabullah itu menjadi saksi kebenaran kepada kitab-kitab samawi sebelum ini.

Melihat kepada kelebihan-kelebihan itu, sesungguhnya kita umat yang beruntung kerana dikurniakan kitab suci berkenaan melalui Nabi Muhammad SAW.

Alangkah ruginya andai kita membiarkan al-Quran itu ‘suci dalam debu’. Hanya dilihat dan jadi bahan pameran, tetapi langsung tidak terusik untuk dibaca.

Kepada mereka yang masih merangkak-rangkak membaca kalamullah itu, masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri. Semoga berkat Ramadan kali ini membawa kita menjadi insan yang dekat dengan-NYA.

GLOSARI

Al-Furqan: nama lain bagi al-Quran.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus

Takdir
Aqidah,

Bukan semua takdir mampu diubah dengan doa

Bukan semua takdir mampu diubah dengan doa

“DOA mampu ubah takdir kita. Berdoalah banyak-banyak.”

Demikian pernyataan yang sering kali diungkapkan insan di sekeliling. Bunyinya seperti mudah, takdir hidup boleh berubah hanya dengan doa.

Namun, jika difikirkan semula, tidak mungkin sesenang itu. Lebih-lebih lagi apabila setiap daripada kita sudah ditulis takdirnya oleh ALLAH SWT.

Takdir

TETAPLAH berdoa walaupun apa yang dipohon mungkin tidak akan dimakbulkan-NYA. -Foto: Google

DIA telah menetapkan qada dan qadar hamba-hamba-NYA. Begitupun, itu bukanlah alasan untuk kita terus meminggirkan doa kerana ia merupakan manifestasi kebergantungan kita kepada Sang Pencipta.

Baca juga Sudah lama berdoa, tapi tidak dimakbulkan? Ketahui cara ALLAH terima doa kita

Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan yang begitu sinonim sebagai bulan maghfirah (pengampunan).

Malah, doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh ALLAH SWT.

Perkara itu ada disebut jelas dalam hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak; imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Maka rugi besarlah andai kita yang sedang berpuasa dalam bulan penuh berakah itu tidak berdoa.

Berbalik kepada tanda tanya sama ada berdoa boleh mengubah takdir, Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa menjelaskan, perkara itu perlu difahami dengan sebaiknya.

USTAZ AHMAD SYAMIL

Memperincikan lanjut, andai apa yang dimaksudkan adalah takdir dari sudut ketetapan sunnatullah dalam bab asbab musabab, maka memang benarlah doa mampu mengubah takdir, ungkapnya.

“Bahkan, ia antara yang paling kuat merubah takdir. Ini kerana ia menggunakna talian hayat meminta secara terus kepada ALLAH SWT.

Baca juga Sebab musabab doa kita kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH YANG MAHA ESA. Ini yang selalu kita tak perasan

“(Konsepnya) sama seperti kita menolak takdir kebodohan diri dengan pergi belajar. (Begitu juga) kita menangkal takdir kelaparan dengan pergi makan.

“Inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar RA dalam kes wabak taun iaitu ‘kita menolak takdir dengan takdir’,” ujarnya sebagaimana dipetik menerusi laman web MUIS.

Bagaimanapun, andai takdir yang dimaksudkan itu adalah yang tersimpan dalam ilmu ALLAH SWT terhadap nasib dan masa depan seseorang manusia, pendakwah itu menjelaskan, ia adalah sesuatu kemustahilan.

Takdir

ANDAI takdir yang dimaksudkan itu adalah yang tersimpan dalam ilmu ALLAH SWT terhadap nasib dan masa depan seseorang manusia, ia adalah sesuatu kemustahilan. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

“Hal ini kerana mustahil ilmu ALLAH SWT akan berubah-ubah kerana ilmu-NYA azali, tidak dipengaruhi sesiapa dan tidak pula terikat dengan masa dan tempat.

“Tiada sesiapa pun yang mengetahuinya melainkan ALLAH SWT Yang MAHA MENGETAHUI. Hatta para rasul dan malaikat pun tidak memaklumi ilmu berkenaan,” terangnya panjang lebar.

Baca juga Sakit boleh jadi penghapus dosa. Tapi jangan sesekali mengeluh atau persoalkan takdir ALLAH

Justeru, Ustaz Ahmad Syamil menasihatkan umat Islam agar membezakan maksud takdir dan ilmu ALLAH yang azali.

“Jika melibatkan takrifan pertama (sunnatullah dalam bab asbab musabab), kita boleh bicarakannya dan membahaskan sejauh mana kes doa kepada hidup kita.

“Andai kata ia mengenai maksud kedua, itu adalah perbahahasan yang dilarang sama sekali kerana ia adalah rahsia dan ilmu ALLAH SWT. Ketahuilah, berbicara mengenainya adalah sia-sia dan boleh merosakkan akal dan akidah,” terangnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Canva