Browsing Category

Aqidah

Nabi Adam
Aqidah,

Sebenarnya bukan Hawa pujuk Nabi Adam AS makan buah terlarang, itu cerita mitos

SELAMA ini, kita sering mendengar kisah Nabi Adam AS makan buah terlarang di dalam syurga gara-gara pujukan isterinya, Hawa.

Dek kerana permintaan insan kesayangannya, maka akhirnya nabi pertama itu akhirnya ‘tunduk’ dan menunaikannya.

Ketahuilah bahawa versi cerita sebegitu sebenarnya adalah mitos semata-mata! Bukan Hawa yang memujuk Nabi Adam memakan buah terlarang yang dipanggil buah khuldi yang akhirnya perbuatan itu menyebabkan kedua-duanya terkeluar dari syurga.

Menjelaskan tentang hal itu, pendakwah Ustaz Adnin Roslan mengupas panjang mengenainya menerusi bebenang di Twitter miliknya.

Jelas beliau, mitos sejak zaman-berzaman itu wujud daripada Bible yang telah diseleweng.

USTAZ ADNIN

“Orang Barat yang kononnya mengaku mengangkat martabat wanita, memperjuangkan hak asasi mereka, namun mereka sendirilah yang menyeleweng Bible dan mendiskriminasi wanita dengan menuduh bahawa Hawa yang menggoda Nabi Adam untuk memakan buah khuldi,” katanya.

Baca juga Benarkah wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki, berikut perinciannya

Antara petikan Bible yang dimaksudkan berbunyi: “Perempuan itu melihat, bahawa buah pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagi pula pohon itu menarik hati kerana memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminya pun memakannya. Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu, bahawa mereka telanjang, lalu mereka menyemat daun pohon ara dan membuat cawat. Ketika mereka mendengar bunyi langkah Tuhan ALLAH, yang berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap Tuhan ALLAH di antara pohon-pohonan dalam taman…” (Bible. Kejadian 3. 6-8)

Melihat kepada pernyataan itu, ujar Ustaz Adnin, Bible yang terseleweng itu dengan jelas mengatakan, punca kepada malapetaka ialah Hawa yang kononnya beliau telah menipu suaminya dengan memberi buah dari pohon terlarang tersebut tanpa memberitahu bahawa ia dilarang.

Hakikatnya, jelas pendakwah itu, iblis merupakan punca kepada malapetaka berkenaan.

Nabi Adam

AL-QURAN sangat jelas menerangkan bahawa iblis menipu daya dan menggoda Nabi Adam dan Hawa hingga kedua-duanya tertipu dengan kelicikannya. -Foto: Canva

Godaan iblis

Jelas beliau, al-Quran sangat jelas memberitahu bahawa iblis menipu daya dan menggoda Adam serta Hawa. Malah, kedua-dua mereka tertipu dengan kelicikan makhluk ALLAH yang terkutuk itu.

Baca juga ENAM cara syaitan sesatkan manusia

ALLAH SWT berfirman: “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana IA tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).”

“Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka berdua memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah AKU telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan AKU katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.” (Surah al-A’raf, ayat 20)

Berdasarkan ayat itu, Ustaz Adnin berkata, ALLAH menyatakan jelas bahawa iblis yang menghasut Nabi Adam AS dan Hawa sehingga terjatuh dalam tipu dayanya.

“Malah, iblis juga yang menggoda dengan bersumpah kepada kedua-dua mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Adnin mengingatkan agar umat Islam tidak menyalahkan manusia pertama itu dan isteri baginda AS.

Ketahuilah bahawa sangat jijik tuduhan yang mengatakan Nabi Adam dan Hawa sebagai punca bagi segala masalah, sedangkan apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang mereka tidak menduganya, ungkapnya.

Baca juga Mengapa iblis tidak mendapat pengampunan daripada ALLAH YANG MAHA ESA? Ini punca-puncanya…

“Para ulama mengatakan, Adam dan Hawa ialah manusia pertama yang digoda oleh iblis dan ia sangatlah licik sehinggakan mereka tidak sedar terhadap tipu daya tersebut.

Nabi Adam

IBLIS menamakan pohon terlarang dengan nama ‘Syajaratul Khuld’ yang bermaksud pohon keabadian, sedangkan ALLAH SWT langsung tidak pernah membubuh nama pada pokok berkenaan. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

“Antara lain, makhluk ALLAH yang terkutuk itu menggoda Adam dan Hawa dengan sesuatu yang ALLAH tidak sebutkan kepada mereka iaitu tentang hidup abadi di dalam syurga jika makan buah dari pohon terlarang.

“Dalam Surah Taha, ayat 118 hingga 120 jelas memperlihatkan, iblis menggoda Adam dan Hawa dengan tiga janji palsu iaitu kehidupan yang kekal, kerajaan syurga yang kekal dan menjadi penguasa, raja serta pemilik syurga,” ungkapnya.

Bukan itu sahaja, jelas penulis buku kerohanian itu, iblis turut menamakan pohon terlarang dengan nama ‘Syajaratul khuld’ yang bermaksud ‘pohon keabadian’.

“Ini satu pendustaan! ALLAH tidak pernah namakan pohon tersebut sebagai pokok khuldi dan satu lagi DIA juga tidak pernah menyatakan andai makan buah dari pohon berkenaan, mereka akan hidup kekal. Bahkan jikalau buah tersebut dimakan, ia tidaklah mendatangkan keabadian.

“Seperkara lagi, iblis ‘menghias’ tipu dayanya dengan bersumpah kononnya berniat baik kepada Adam dan Hawa. Namun, sebagaimana yang disebut oleh sebahagian ulama, Nabi Adam dan Hawa bersangka baik pada iblis dan akhirnya terikut hasutannya.

“Ini kerana Adam ialah manusia pertama yang menghadapi godaan iblis yang membinasakan. Baginda bukan digoda oleh syaitan biasa, tetapi dihasut oleh raja sang penggoda iaitu iblis laknatullah,” ujarnya.

Disebabkan peristiwa itu, kedua-dua pasangan suami isteri itu akhirnya telah diturunkan ke dunia dan memohon taubat kepada-NYA.

ALLAH SWT yang MAHA PENGAMPUN telah mengampunkan segala dosa mereka.

Nabi Adam

-Foto: Freepik

Ujian buat Nabi Adam dan Hawa

Apabila diteliti pada ayat 30, Surah al-Baqarah, bait kalam suci itu ALLAH SWT berfirman tentang penciptaan Adam di muka bumi sebagai khalifah.

Menurut laman web tanwir.id, proses penciptaan nabi pertama itu telah diatur cantik aturannya oleh Sang Pencipta.

Malah, ia menjadi bukti bahawa Adam bukanlah al-Basyar purba, tetapi al-Basyar yang telah disempurnakan menjadi manusia.

“Akal dan ilmu yang dimiliki oleh Adam membuktikan bahawa Baginda seorang manusia moden yang bertamadun,” katanya dipetik menerusi laman web berkenaan.

Artikel berkenaan turut menyebut, ALLAH SWT sebenarnya menguji Nabi Adam dan Hawa saat mereka diperintahkan untuk tinggal di syurga dengan segala macam kemudahan.

“Ia sama ada kesenangan itu akan membuatkan mereka berdua lupa atau tidak dengan salah satu larangan ALLAH tersebut. Boleh dikatakan pohon yang diharamkan itu sebenarnya adalah ujian ketaatan mereka.

“Pohon berkenaan menjadi ujian untuk Adam bahawa Baginda ialah manusia moden dan beradab, bukan lagi al-Basyar kuno. Meskipun Baginda AS diperdaya oleh syaitan, namun ia sebenarnya membuktikan bahawa Nabi Adam seorang insan yang bertakwa.

“Masakan tidak, apabila melakukan dosa, Baginda segera mengingati ALLAH SWT. Malah, Nabi Adam AS mengakui kesilapannya, menyesal dan memohon ampun kepada ALLAH SWT dan berjanji untuk tidak mengulanginya,” katanya.

Berdasarkan kisah benar bersumberkan al-Quran itu, tanwir.id menjelaskan, dapat disimpulkan Nabi Adam dan Hawa serta keturunan mereka mendiami bumi itu bukan disebabkan kedua-duanya makan buah dari pohon terlarang.

Sebaliknya, ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang. DIALAH yang merancang manusia untuk mendiami planet itu.

“Lantaran itu, buah khuldi bukanlah penyebab pengusiran Adam dan Hawa, tetapi sebahagian daripada proses kematangan Baginda dan khalifah di muka bumi ini,” terangnya.

***Foto: Freepik

AJARAN SI HULK
Aqidah,

Selamatkan akidah umat Islam, banteras segera ajaran sesat ‘Si Hulk’

BARU-BARU ini telah muncul beberapa video yang dikongsi oleh warganet mengenai pengakuan atau dakyah yang disebarkan oleh pengikut ajaran sesat ‘si hulk’ mengatakan bahawa ALLAH itu Nabi Muhammad dan Nabi Muhammad itu adalah ALLAH.

Ketuanya iaitu Suhaini Mohammad telah berkali-kali mengucapkan secara terbuka bahawa ALLAH adalah Muhammad dan giat mengajarkan kepada pengikutnya.

Menurut kenyataan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada tahun 2021 ajaran ‘si Hulk’ ini telah diharamkan dan diwartakan sesat namun hari ini ia kembali aktif.

Mereka menyebarkan ajaran ini melalui produk air Sihulk yang dilatari dengan propaganda membesar-besarkan pencipta produk dan teori-teori konspirasi dooms day.

Baca Juga Sudah difatwakan sesat, ajaran ‘Si Hulk’ kembali dikesan JAINJ, PDRM

Kini Suhaini telah lari ke New Zealand dan murid-muridnya pula semakin aktif dan berani menyebarkan penyelewengan yang tidak masuk dek akal ini.

Rentetan isu ini, ramai agamawan yang lantang bersuara kerana ia melibatkan akidah umat Islam dan menyeru pihak berkuasa membanteras ajaran ini sehabisnya.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed menerusi satu hantaran video di laman media sosial miliknya berharap kepada pihak berkuasa agar dapat mencari pengasas dan pengikutnya untuk diperbaiki kembali akidah mereka.

ANTARA fahaman dan ajaran Suhaini Mohammad yang bertentangan dengan akidah, syariah dan Islam ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan.

“Kepada pengasas ‘si hulk’ jangan sampai rakyat Malaysia yang Muslim ini mencari sendiri mereka untuk diberikan hukuman kerana di negara kita sudah tertakluk undang-undang mengenai ajaran sesat ini.

“Mereka berani membuat satu dakwaan sesat dan boleh membawa mereka kepada murtad!! Ini isu akidah dan mereka sedang sebarkan dalam sosial media.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersama-sama kita mencari pengasas ini dan maklumkan kepada pihak berkuasa dan jika pihak sepatutnya lambat bertindak maka perkara ini perlukan umat Islam untuk ke hadapan,” kongsi Pu Syed.

ARTIKEL BERKAITAN 

Ini isu akidah

Fahaman ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan memahami ayat al-Quran sewenang-wenangnya, bahkan ia berkait dengan akidah.

Sikap “tak apa” dan tidak cakna terhadap isu ini bakal mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada umat Islam, sebagaimana ditegaskan oleh Ustazah Asma’ Harun.

Ujarnya, di media sosial hari ini, serangan terhadap agama Islam berlaku sangat hebat. Kebatilan dan kebenaran seakan bercampur aduk dan menyebabkan masyarakat menghadapi kekeliruan yang sangat besar.

“Maka, sebelum bibit ini berakar umbi dan meracuni generasi kita akan datang, umat Islam perlu lebih cakna dan berilmu untuk menghalang daripada berlaku pertembungan serta salah faham tentang agama Islam dan Rasulullah SAW yang mulia.

JAWATANKUASA Fatwa Negeri Johor pada tahun 2021 ajaran ‘si Hulk’ ini telah diharamkan dan diwartakan sesat namun hari ini ia kembali aktif. 

“Kita perlu tahu tentang kewujudan ideologi sesat ini dan perlu sentiasa berwaspada. Hari ini kita melihat segelintir yang terlibat mempromosikan ajaran ini ada dalam kalangan anak muda, ia sangatlah bahaya.

“Jika ada terlihat anak-anak terlibat banteraslah segera. Perhatikanlah sekeliling kita dan apa yang anak-anak kita ikuti terutamanya di media sosial.

“Adakah kita menjamin anak-anak kita selamat? Orang sekeliling kita selamat? Sedangkan siapa sangka mereka boleh sahaja terlibat dan terpengaruh tanpa pengetahuan kita.

“Saya bukan ingin menakutkan, ini juga peringatan keras untuk diri saya sendiri. Kita perlu bangkitkan kesedaran Islam yang sebenar buat anak-anak dan orang sekeliling.

Turut Disyorkan Ajaran Sesat Berselindung Di Sebalik Nama Agama

“Semoga ALLAH SWT sentiasa membimbing dan memelihara kita semua agar sentiasa terhindar daripada dosa-dosa maksiat dan kemungkaran yang berleluasa,” katanya.

Ustazah Asma’ turut menitipkan satu doa untuk diamalkan agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan.

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Maksudnya: “Ya ALLAH, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-MU.” (Hadis Riwayat Muslim)

Syaitan takut dengar azan
Aqidah,

Syaitan takut bila dengar azan?

DENGAR sahaja azan berkumandang, secara automatik kita akan ‘kaku’ di tempat sendiri. Niat untuk qada hajat terus sahaja terbantut.

Bukan apa, bimbang ‘bertembung’ dengan syaitan yang bertempiaran lari ke dalam tandas pada waktu itu.

Lebih-lebih lagi pada waktu Maghrib kerana detik itulah bermulanya ‘hari’ mereka.

Baca juga Larangan berkeliaran waktu Maghrib bukan mitos

Boleh dikatakan ramai yang bersikap sedemikian. Malah, ada yang mengalunkan azan apabila mencari orang hilang atau memagar rumah.

Memang benarkah syaitan takut bila dengar azan?

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, syaitan apabila mendengar azan, dia lari terkentut-kentut, hingga tidak terdengar lagi olehnya. Tetapi apabila azan telah selesai dia kembali lagi untuk mengganggu. Kemudian, apabila dia mendengar iqamat, dia pergi pula sehingga tidak terdengar lagi olehnya. Apabila iqamat telah selesai pula, dia kembali lagi dan mengganggu pula.” (Sahih Muslim)

Syaitan takut dengar azan

SYAITAN takut dengar azan sehinggakan ia dikatakan lari sambil terkentut. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Dalam satu lagi riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Jika azan dikumandangkan, syaitan akan lari sambil kentut hingga tidak mendengar suara azan. Apabila azan selesai, syaitan akan kembali. Dan apabila dibacakan iqamat, syaitan berlari lagi dan apabila telah dilafazkan iqamat, dia kembali lagi, lalu menyelinap ke dalam hati seseorang dan berkata, ‘Ingatlah ini dan itu’. Dan dia terus melakukan godaan ini sehingga seseorang tidak menyedari berapa banyak rakaat yang telah dia lakukan dalam solatnya.” (Muttafaqun Alaih)

Baca juga Gagal bersyahadah saat meninggal kerana bercakap ketika azan? Berikut penjelasannya

Melihat ungkapan berkenaan, portal Kalam Sindonews menjelaskan, sebahagian para ilmuan menyebut selain dilaungkan ketika waktu solat, terdapat sebab yang menunjukkan bahawa azan mengusir syaitan di luar waktu solat.

Ia sebagaimana dijelaskan oleh Imam al-Haitami dalam Kitab at-Tuhfah bahawa: “Azan itu dilakukan pada waktu-waktu selain daripada solat seperti azan untuk bayi, orang yang bersedih, orang yang kerasukan, orang yang beremosi, orang yang buruk akhlak dan azan di tengah-tengah tentera (ketika berlaku pergolakan), apabila ada kebakaran.” (Fatawa Islamweb)

Sememangnya, terdapat nas yang menyatakan, azan dilaungkan ketika diganggu jin dan syaitan.

Jabir bin Abdullah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya al-ghilaan (jin dan syaitan) mengganggu (dengan bertukar rupa bentuk) maka laungkanlan azan.” (Hadis Riwayat an-Nasai dalam al-Sunan al-Kubra)

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Maktabah Albakri menjelaskan, walaupun terdapat kritikan dalam hadis berkenaan, namun terdapat keadaan-keadaan lain yang disebutkan oleh para fuqaha tentang perihal melaungkan seruan mulia itu selain daripada waktu solat.

Baca juga Tak boleh Masuk Tandas Ketika Sedang Azan?

Selain pandangan yang dikemukan oleh al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah tadi, terdapat juga hasyiah-hasyiah kitab fiqh seperti Hasyiah al-Syabramallisi dan Hasyiah al-Qalyubi yang menyebut tentangnya.

Syaitan lari dengar azan

MESKIPUN syaitan takut dengar azan, jangan lupa berdoa untuk berdoa memohon kepada ALLAH SWT agar melindungi kita daripada sebarang gangguan makhluk terkutuk tersebut. -Foto: 123f

“Meskipun tiada dalil didatangkan bersama, namun setakat pemerhatian kami, mungkin sebab daripada azan yang dapat menjauhkan syaitan, ia dikiaskan pada keadaan-keadaan yang lain selain daripada solat sepertimana yang disebutkan oleh ulama berkenaan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel #393: Azan Ketika Berlaku Huru-Hara.

Meskipun ada yang menolak kias hadis berkaitan syaitan terkentut dengan kuat ketika laungan azan agar tidak didengari dengan hanya melibatkan azan khas waktu solat dan bukan selainnya, Dr Zulkifli berpandangan, al-Syabramallisi mempunyai hujahnya tersendiri dalam hasyiahnya.

“Beliau mengatakan, tidak ternafi juga syaitan akan melarikan diri sekiranya mendengar azan dan tidak semestinya hanya azan untuk solat,” ungkapnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Kekacauan 13 September
Aqidah,

Seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin, benarkah begitu?

Seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin, benarkah begitu?

MANUSIA dan jin adalah dua jenis makhluk yang sering disebut dalam al-Quran. Walaupun memiliki sifat berbeza, namun apa yang pasti kedua-duanya akan ditaklifkan dan dipertanggungjawabkan dengan amanah melalui proses hisab di akhirat kelak.

Lantas, mempercayai bahawa adanya perkara-perkara ghaib seperti jin dan malaikat adalah tanda keimanan.

Sungguhpun begitu, tidak banyak yang kita ketahui tentang dunia jin, melainkan melalui pengkhabaran yang disebutkan dalam al-Quran serta riwayat-riwayat yang sahih daripada Nabi SAW.

Baca juga Syaitan dan jin boleh melihat aurat kita. Ini cara untuk elak dari dipandang

Antaranya, kita mengetahui bahawa golongan jin dicipta daripada api dan mampu melihat manusia sedangkan manusia tidak dapat melihat mereka.

Firman ALLAH SWT, “Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah Al-A’raf, ayat 27)

Tambahan, ada satu ungkapan yang begitu terkenal dalam masyarakat kita iaitu ‘seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin’. Maka, tanggapan biasa oleh orang-orang kita adalah jin yang paling baik adalah seperti manusia paling buruk.

Turut disyorkan Kisah masyhur Nabi SAW memberi makan kepada Yahudi buta adalah palsu, jangan sebar sembarangan

manusia jin

ADA satu ungkapan dalam masyarakat kita yang berbunyi, ‘Seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin’. Foto: 123RF

ARTIKEL BERKAITAN:

Jin dan manusia dapat balasan sama
Sebenarnya bangsa jin diberi taklifan dan tanggungjawab mengikut syariat sama seperti manusia, iaitu beribadah kepada ALLAH serta mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-NYA.

Sekiranya golongan jin mentaati apa yang disuruh, maka ALLAH juga akan reda kepada mereka. Sekiranya mereka melakukan dosa dan kemaksiatan kepada ALLAH, maka balasan hukuman dan azab menanti mereka.

Penilaian ALLAH itu adil dan saksama, sesuai dengan apa yang dilakukan.

Firman ALLAH, “…sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan…” (Surah al-Jinn, ayat 12)

manusia jin

BAIK manusia mahupun jin akan dihisab dan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka semasa di bumi. Foto: 123RF

Baca juga Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

Benarkah seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin?
Jelas portal Mufti Wilayah Persekutuan, jin juga seperti manusia iaitu ada segolongan yang baik dan ada juga sebahagian yang jahat.

Maka, baik manusia mahupun jin, kedua-dua golongan itu adalah hamba ALLAH SWT. Malah, tidak boleh dibezakan dalam hal balasan dan ganjaran kerana di sisi ALLAH, tingkatan ibadah hamba-hamba-NYA adalah sama sahaja.

Lantaran itu, pihak Mufti berpandangan bahawa kenyataan ‘seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin’ adalah tidak benar kerana golongan jin yang beriman, soleh dan taat kepada perintah ALLAH SWT sudah tentu lebih baik daripada manusia yang kufur serta melakukan maksiat dan ingkar kepada-NYA.

Selain itu, untuk pengetahuan, ungkapan ‘seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin’ juga tidak ditemui dalam mana-mana dalil atau hadis, baik sahih mahupun da‘if.

Sumber: Tzkrh & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF

Qantharah
Aqidah,

Selesaikan segala sengketa dan dendam dunia di Qantharah, sebelum masuk ke syurga

KITA semua pasti pernah mendengar tentang titian sirat yang akan dilalui oleh manusia di akhirat kelak. Tetapi, tahukah anda mengenai Qantharah?

Ada beberapa tempat yang akan dilalui oleh manusia di akhirat kelak antaranya adalah padang Mahsyar, Mizan, Titian Sirat, dan Qantharah adalah yang terakhir. Qantharah adalah tempat di mana manusia akan menyelesaikan segala perkara yang masih tidak selesai lagi dengan manusia lain di dunia.

Baca juga Tiga tempat ini Rasulullah SAW akan menunggu kita pada hari akhirat nanti

Turut disyorkan ‘Kedudukan kita di akhirat berdasarkan ayat al-Quran terakhir yang dibaca’- hadis Nabi

Ulama berbeza pandangan dalam menerangkan tentang Qantharah ini, sama ada ia adalah bahagian hujung sirat atau jambatan lain sesudah jambatan sirat.

Menurut hadis, sirat adalah jambatan yang terbentang di atas neraka, manakala Qantharah pula terletak selepas itu antara neraka dan syurga. Seseorang itu perlu melalui Qantharah terlebih dahulu sebelum dapat memasuki syurga.

Qantharah

TAHUKAH anda tentang Qantharah di akhirat nanti? Foto: 123RF

Baca juga Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

Apa yang berlaku di Qantharah?
Di Qantharah, akan diadakan semula perhitungan (hisab) bagi menyelesaikan segala permasalahan yang masih tergantung di kalangan manusia. Di sini, mereka akan saling menebus kesalahan dan kezaliman yang pernah berlaku hatta sekecil-kecil perkara sehingga tidak ada lagi tersisa sebarang rasa dendam dan kebencian.

ALLAH berfirman dalam Surah Al-‘Araf, ayat 43, yang bermaksud, “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka, mereka masuk ke dalam syurga yang mengalir di bawah mereka sungai-sungai.”

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda tentang peristiwa yang terjadi di Qantharah:

Orang-orang beriman yang telah selamat dari neraka (setelah melalui al-Sirat) akan tertahan di Qantharah (sebuah jambatan) di antara syurga dan neraka. Kemudian ditegakkanlah qisas terhadap sebahagian mereka akibat kezaliman yang terjadi di antara mereka di dunia. Setelah dibersihkan dan dibebaskan (daripada kezaliman), barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-NYA, sungguh salah seorang di antara mereka lebih faham terhadap tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Turut disyorkan Malaikat Munkar dan Nakir bersoal jawab dengan mayat di alam barzakh dalam bahasa apa?

Qantharah

BAGI golongan yang berjaya melepasi titian sirat, akan ada qisas berupa Qantharah yang menanti mereka. Foto: 123RF

Apa yang digunakan untuk menebus kezaliman?
Jika seseorang itu berhutang, maka bayarannya adalah dengan wang atau suatu yang berharga. Namun jika hutangnya adalah kezaliman yang telah dilakukan kepada manusia lain, maka pahala lah yang akan digunakan untuk melangsaikannya. Itulah yang akan terjadi di Qantharah kelak.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mungkinkah dicampak ke Neraka?
Walaupun pahala digunakan untuk menebus kesalahan pada waktu itu, tetapi ia tidaklah sampai individu yang terlibat itu dicampak ke neraka. Sebaliknya, kesalahan yang diqisaskan di Qantharah adalah kesalahan yang kecil.

Bahkan para ulama berpandangan bahawa pemasalahan yang akan diselesaikan di sana bukan seperti di padang Mahsyar. Persidangan di situ adalah lebih khusus dan halus yang bertujuan mengikis segala kedengkian, dendam dan kebencian yang masih tersisa dalam hati manusia.

Dalam kata mudah, qisas di Qantharah diibaratkan seperti fasa penjernihan jiwa yang terakhir sebelum memasuki syurga.

Sumber: Tzkrh & Konsultasi Syariah

Foto: 123RF

Dosa kecil
Aqidah,

Awas, dosa kecil yang boleh berubah jadi dosa besar

RAMAI yang memandang dosa kecil sebagai suatu yang remeh. Pada kelompok tersebut, tidak mengapalah jika ‘terkehel’ sana sini, asalkan kemudian memohon ampun dan bertaubat.

Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang sentiasa berdoa memohon keampunan dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh?

Meskipun ada yang berbuat demikian, namun masih ramai yang culas sebenarnya. Itulah yang paling kita bimbangkan.

Bukan apa, khuatir jika kita terus-menerus melakukan dosa kecil yang dianggap enteng seperti berbohong, bergosip dan seumpamanya, lama-kelamaan ia akan memakan diri.

Ketahuilah bahawa dosa-dosa kecil yang kita pandang ‘biasa’ tadi boleh berubah menjadi dosa besar!

Perkara itu ada disebutkan dengan jelas dalam Kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin yang dinukilkan oleh al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah.

Sinar Islam Plus kongsikan enam penyebab dosa kecil boleh berubah menjadi dosa besar sebagaimana dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @Muzuzxck dan portal berita berpengaruh Indonesia, Republika.

Berikut perinciannya:

1. Berterusan melakukan dosa tersebut.

Dosa kecil

DOSA kecil boleh berubah jadi dosa besar apabila ia berterusan dilakukan. -Foto: Freepik

Firman ALLAH SWT: “Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat ALLAH, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan sesiapa (lagi) yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain daripada ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 135)

Baca juga [VIDEO] Berkali-kali buat dosa kecil, boleh jadi dosa besarkah?

Ibn Qayyim pernah menyatakan, dosa besar yang hanya dilakukan sekali sudah dapat diharapkan diampunkan lebih banyak daripada dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berterusan.

2. Meremehkan dosa.

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Mukmin melihat dosanya seperti gunung yang akan menimpanya, sedangkan orang yang berdosa menganggap dosanya seperti lalat yang keluar dari hidungnya, cukup untuk dihalau dengan tangannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sementara itu, Bilal bin Sa’ad Rahimahullah pernah berkata: “Jangan melihat kepada kecilnya dosa, tetapi lihat kepada siapa kamu melakukan dosa.”

Melihat kepada ungkapan berkenaan, jelaslah bahawa setiap kali seseorang hamba menganggap dosa itu besar, sebenarnya ia kecil di sisi ALLAH, tetapi apabila setiap kali seseorang memandang remeh dosanya, nescaya ia menjadi besar di sisi-NYA.

3. Melakukan dosa dengan rasa bangga.

Dosa kecil

USAH melakukan dosa dengan bangga dan kemudian tanpa segan silu menayangkannya di media sosial. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

Kadangkala ada segelintir orang tanpa segan silu melakukan dosa, malah berasa bangga pula. Lebih teruk lagi, ada yang mahukan pujian.

Sebagai contoh, seseorang mengatakan ‘Lihat, betapa hebatnya saya memalukan orang itu di khalayak ramai’.

Baca juga Jangan bangga berbuat maksiat dan tayang pada orang… Buruk natijahnya nanti

Contoh lain pula apabila seorang jurujual mengatakan ‘Lihat bagaimana saya menipu pelanggan itu’.

Dua perilaku itu begitu jelik meskipun kita memandangkan sebagai ringan, namun ia memberikan implikasi yang tidak baik.

4. Merasakan bahawa seolah-olah rahmat ALLAH tidak sampai kepadanya.

Berhati-hatilah dengan perasaan sebegitu kerana ia lebih berbahaya daripada dosa yang telah dilakukannya. Ketahuilah bahawa berputus asa daripada rahmat ALLAH adalah perbuatan yang termasuk dalam dosa besar.

5. Menceritakan dosa kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan di antara perbuatan dosa yang terang-terangan adalah jika seseorang melakukan dosa di malam hari, sedangkan ALLAH telah menutupi aibnya, tetapi di pagi hari, dia merobek tirainya sambil berkata, ‘Hai fulan, malam tadi saya melakukan ini dan itu’.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Dosa yang dilakukan oleh panutan dan ikutan orang.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “…Dan sesiapa yang menunjukkan dosa perbuatan itu dan juga dosa orang yang mencontohinya selepas itu tanpa dikurangi sedikit pun dosa pelakunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga ‘Saham’ dosa diwarisi ke kalau ajar orang lain buat maksiat?

Meskipun demikian, portal berita Republika mengingatkan bahawa, sekalipun kita pernah melakukan perkara yang dinyatakan tadi, segeralah bertaubat.

“Ini kerana walaupun perkara itu berlaku, ia tetap dianggap baik sekiranya pelakunya bertaubat, mengakhiri semua perbuatan zalimnya dan bersumpah tidak akan mengulanginya,” ungkapnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

PERKAHWINAN
Aqidah,

Pasangan meninggal sebelum sempat bernikah, ada peluangkah bersatu di syurga?

Pasangan meninggal sebelum sempat bernikah, ada peluangkah bersatu di syurga?

DAN mereka merancang, ALLAH juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik perancang.”

Sesungguhnya benar apa yang difirmankan di dalam surah al-Imran ayat 54 itu. Walau sehebat mana seseorang itu merancang, andai takdir tidak menyebelahinya, usah gusar. Yakinlah, perancangan ALLAH SWT lebih hebat lagi. Semestinya terselit hikmah disebalik setiap yang berlaku itu.

Begitu juga dengan perhubungan cinta. Fitrah manusia apabila sudah menemui pasangan hidup pastinya akan merancang ke arah gerbang perkahwinan.

Baca Juga Ada 7 orang muka sama di dunia, apa kata Islam?

Akan tetapi ada juga yang tidak dapat meneruskan perancangan untuk berkahwin kerana pasangan telah dijemput Ilahi sehingga sukar untuk melupakan atau ‘move on’, lalu berharap agar dipertemukan dan bernikah di syurga kelak.

Perkara ini ditanya sendiri oleh seorang individu kepada agamawan terkemuka, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang sesorang lelaki yang melamar untuk menikah dengan seorang wanita ketika masih hidup dan tidak lama selepas itu dia terus meninggal dunia dan tidak sempat untuk menikah.

DR ZULKIFLI

Oleh kerana terlalu sayang kepadanya, wanita tersebut memperbanyakkan amalan kepada tuhan dengan harapan dapat bernikah dengan dia di syurga kelak.

Lantas, beliau menjelaskan perkara tersebut di laman maktabah albakri siri #1752: Berharap Untuk Berkahwin Dengan Tunang Di Syurga Kelak.

Baca Juga “Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

Jelas agamawan itu, pada asasnya, wanita yang menjadi ahli syurga dan tidak pernah berkahwin di dunia, atau dia berkahwin tetapi suaminya bukan daripada penduduk syurga, atau dia menikah tetapi bercerai dengan talak bain dan kemudian meninggal dunia, maka hukum bagi mereka adalah sama, iaitu ALLAH SWT akan mengahwinkan mereka di syurga dengan penduduk syurga itu.

“Sesungguhnya di dalam syurga nanti, setiap penghuninya akan memperolehi apa yang dia kehendaki maka begitu juga dengan pasangan. Setiap orang tidak berkahwin sehingga dia meninggal dunia, kemudian dia masuk syurga, dia akan berkahwin dengan pasangannya yang dia suka di dalam syurga.

SETIAP orang tidak berkahwin sehingga dia meninggal dunia, kemudian dia masuk syurga, dia akan berkahwin dengan pasangannya yang dia suka di dalam syurga. -Foto: Canva

“Firman ALLAH SWT “Segala kebun-kebun syurga ‘Adnin itu semua orang beriman akan memasukinya. Syurga yang berlalu air di bawahnya dan di dalam syurga itu semua penghuninya memperolehi apa yang mereka kehendaki. Seperti inilah ALLAH membalas akan orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Nahl ayat 31)

“Ibn Jarir al-Tabari berkata: “Bagi mereka yang berbuat baik di dunia ini, mereka akan memiliki syurga ‘Adnin di mana mereka dapat memperoleh apa pun yang diinginkan oleh jiwa mereka dan kesenangan yang menyenangkan mata mereka. ALLAH berfirman: “Demikianlah ALLAH memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa.”

Baca Juga Bapa pakai kostum dinosaur demi pupuk anak minat mengaji al-Quran

Turut Disyorkan Waspada, jaga aqidah anda, ini hukum makan ‘sajian sembahan berhala’

“Ini bererti bahawa sebagaimana ALLAH memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik di dunia ini dengan apa yang telah digambarkan kepada kalian wahai manusia, bahawa DIA memberi balasan kepada mereka di dunia dan di akhirat, begitu pula DIA memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa-NYA yang menunaikan kewajiban-kewajiban mereka dan menjauhi perbuatan dosa.

“Dalam ayat ini, ALLAH memberitahu bahawa apa sahaja yang disukai oleh penghuni syurga akan mereka dapat termasuklah isteri atau suami. Setiap orang lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan bujang akan berkahwin di dalam syurga,” ujarnya.

BAGI mereka yang berbuat baik di dunia ini, mereka akan memiliki syurga ‘Adnin di mana mereka dapat memperoleh apa pun yang diinginkan oleh jiwa mereka dan kesenangan yang menyenangkan mata mereka.

Tambah beliau lagi, bagi menjawab persoalan di atas, jika seorang wanita tidak berkahwin sehingga dia meninggal dunia, ALLAH akan mengahwinkannya dengan seseorang daripada penduduk syurga. Boleh jadi orang itu adalah seseorang yang bertunang dengannya di dunia dan meninggal dunia sebelum sempat dia berkahwin dengannya.

Baca Juga Perpustakaan Taiwan berjaya pulihkan al-Quran berusia 500 tahun

“Namun begitu, seorang wanita seharusnya tidak meninggalkan perkahwinan disebabkan hal ini. Rasulullah SAW pernah memerintahkan berdasarkan riwayat daripada Abu Hatim al-Muzani RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kamu reda akan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, maka akan timbullah fitnah di atas muka bumi dan juga kerosakan”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan al-Baihaqi)

”Oleh itu, janganlah disebabkan hal ini menyebabkan seseorang itu tidak berkahwin kerana masih ramai lagi orang soleh yang boleh dia kahwini dan ALLAH pasti akan memberikan kepadanya seorang suami yang lebih baik daripada lelaki tersebut, yang akan menjadi suaminya di dunia dan akhirat kelak,” katanya.

kedudukan akhirat al-Quran
Aqidah,

‘Kedudukan kita di akhirat berdasarkan ayat al-Quran terakhir yang dibaca’- hadis Nabi

‘Kedudukan kita di akhirat berdasarkan ayat al-Quran terakhir yang dibaca’- hadis Nabi

KITAB suci al-Quran adalah panduan terulung buat seluruh umat Islam serata dunia. Kitab suci itu mempunyai kedudukan begitu mulia di sisi agama kerana mengandungi kalam-kalam yang diturunkan oleh ALLAH SWT sendiri.

Justeru, Rasulullah SAW mengingatkan umatnya untuk mendampingi al-Quran setiap hari walaupun sekadar melafazkan satu muka surat.

Bahkan, dalam sebuah hadis, baginda turut memberi gambaran bahawa kedudukan kita di akhirat kelak akan dilihat kepada ayat terakhir yang dibaca daripada al-Quran.

Sabda Nabi SAW, “Bacalah al-Quran dan naiklah (ke syurga atau kedudukanmu) serta bacalah secara tartil sebagaimana kamu membacanya di dunia ini. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang kamu baca.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Rahsia Safwa, hafizah al-Quran cemerlang ACCA

Turut disyorkan Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

kedudukan akhirat al-Quran

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Nabi SAW baca al-Quran di mana sahaja

Rasulullah SAW dikatakan sering memperdengarkan al-Quran dalam pelbagai keadaan. Sebagaimana pernah diceritakan oleh Saidina Ali: “Rasulullah membacakan kepada kami al-Quran dalam setiap keadaan melainkan keadaan berjunub.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Selain itu, Saidina Abdullah ibn Mughaffal turut pernah melihat Nabi SAW membaca surah al-Fath di atas kenderaan (tunggangan) baginda.

Kata Abdullah: “Aku melihat Rasulullah pada hari Fath Mekah membaca Surah al-Fath di atas untanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Manakala, al-Bukhari pula merekodkan hadis yang menggambarkan bagaimana Rasulullah membaca al-Quran dalam keadaan bersandar di pangkuan Aisyah. Kisah ini diceritakan oleh Aisyah sendiri.

Kata Aisyah RA, “Sesungguhnya Nabi bersandar di pangkuanku sambil membaca al-Quran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis berkenaan, ulama terkemuka, Imam al-Nawawi berkata, umat Islam diharuskan membaca al-Quran dalam apa jua keadaan sekalipun sama ada berjalan, duduk atau berbaring.

Turut disyorkan Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

kedudukan akhirat al-quran

KITA diharuskan membaca al-Quran dalam apa jua keadaan sekalipun sama ada berjalan, duduk atau berbaring. Foto: Pexels

Baca juga Lakukan tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia

Turut disyorkan Fahami satu ayat al-Quran lebih baik daripada dibaca sehingga khatam? Berikut penjelasannya

Janji ALLAH kepada pencinta al-Quran

Ketahuilah bukan calang-calang imbalan yang dijanjikan oleh ALLAH SWT kepada mereka yang mendampingi al-Quran. Antaranya:

1. Menjadi syafaat kepada pembacanya.
Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Diangkat martabat dan darjatnya.
Daripada Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH SWT akan mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)

ALLAH SWT akan mengangkat martabat hamba-hambaNYA yang setia mendampingi kalam-NYA. Foto: 123RF

Baca juga 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

Turut disyorkan Al-Quran terkecil di dunia ini pernah melalui perang dan peristiwa bersejarah

3. Penawar bagi orang beriman.
Firman ALLAH SWT: “Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran iaitu al-Quran daripada Tuhanmu dan ia adalah penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57)

4. Mendapat ketenangan.
Daripada al-Bara’ RA, beliau berkata: Ada seorang lelaki membaca Surah al-Kahfi, sementara di sampingnya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali ikatan. Tiba-tiba ia dinaungi oleh gumpalan awan. Awan tersebut kemudian berputar-putar dan mendekat sehingga kuda itu pun lari. Ketika pagi, lelaki itu mendatangi Nabi Muhammad SAW dan memberitahu perkara itu kepada baginda, maka baginda pun bersabda: “Itulah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bagi (pembaca) al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)

5. 10 ganjaran pahala bagi setiap satu huruf yang dibaca.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran, maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi 10 kebaikan yang sama dengannya. Aku tidak mengatakan alim lam mim satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sumber: Instagram My #HadithTime

Foto: 123RF & Pexels

rachid-oucharia--5KiYzyuqV8-unsplash
Aqidah,

Diuji hingga jatuh berkali-kali, kembali kepada ALLAH, pasti ada solusi menanti

Diuji hingga jatuh berkali-kali, terus bertahan, jangan patah hati. Kembalilah kepada ALLAH, pasti ada solusi menanti

 

HIDUP manusia tidak akan sunyi dari ujian. Kata orang, dugaan yang hadir mematangkan diri. Ada orang mungkin diduga dari segi kewangan, kehilangan orang tersayang, perkahwinan yang tidak bahagia dan sebagainya.

Hakikatnya, ujian bukan sekadar perkara yang nampak negatif sahaja, bahkan perkara yang elok pun adalah ujian buat Muslimin. Contohnya anda dikurniakan kerjaya yang stabil, rumahtangga yang sangat harmoni atau anak – anak yang meningkat usia dewasa namun sangat mengambil berat kepada orang tua. Ujiannya ialah agar sentiasa istiqamah menjaga amanah yang ALLAH berikan itu.

Firman ALLAH yang bermaksud,“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘Berangkatlah untuk berperang di jalan ALLAH’, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Adakah kamu lebih menyukai kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini hanyalah sedikit dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya ALLAH akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikanmu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan ALLAH sedikit pun. Dan ALLAH MAHA BERKUASA atas segala sesuatu.” (Surah At-Taubah, ayat 38-39)

Ujian seringkali menuntut pengorbanan. Keikhlasan hati tatkala mendepani tribulasi dan cekalnya anda mengharungi segenap onak ranjau itu pasti akan membuahkan hasil yang tidak terkira hebatnya.

empat kisah rasulullah menangis

ADAT kehidupan, diduga dengan ujian, masalah dan segala pancaroba Sabar adalah kuncinya. Kembalilah kepada ALLAH, semoga ditunjukkan jalan keluar

 

Baca juga:

Ubati segera penyakit hati, jangan dibiarkan melarat kelak menyusahkan emosi dan fizikal

Tanda taubat diterima akhlak berubah baik, mudah lakukan ibadat

Sahabat Nabi sanggup tebus nyawa..

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga telah melalui mehnah yang serupa tatkala hidayah menyapa diri mereka.

Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan Penerbitan al-Quran Karya Bestari, menceritakan betapa tingginya nilai pengorbanan yang dicurahkan oleh salah seorang sahabat Nabi.

Ustaz Mohamad Amiro Safwan

Satu peristiwa ketika berlangsungnya peperangan Uhud menjadi bukti semangat pengorbanan itu. “Anas bin Malik menceritakan kehebatan peribadi bapa tirinya Abu Talhah al-Ansari, salah seorang sahabat Nabi. Ketika umat Islam dibadai Perang Uhud, ada tentera Muslimin bertempiaran lari. Namun salah seorang perajurit Muslim bernama Abu Talhah dengan penuh berani menerpa tempat perlindungan Rasulullah SAW.

“Kalimah pertama yang beliau ungkapkan ialah: “Ya Rasulullah, aku tebus nyawamu dengan nyawa ayah dan ibuku (bermaksud: aku lebih rela ayah dan ibuku mati di depanku tapi aku tak sanggup tengok kamu mati). “Ayuh Nabi ALLAH, kamu kekal di belakangku, jangan angkat kepalamu yang menyebabkan musuh melihatmu. Tidak mengapa kalau aku dipanah musuh kerana kematianku tidak meninggalkan kesan apa-apa kepada agama, tetapi kalau kamu mati Islam akan rugi.

“Begitu teguh sekali iltizam para sahabat. Mereka bukan beretorik dengan jejeran ungkapan pengorbanan bahkan sanggup ke depan demi membuktikan kecintaan kepada Rasulullah,“ ungkapnya lagi.

Pengorbanan hanya kerap diingati ketika Hari Raya Haji dan Hari Kebangsaan, bagaimana pula cara untuk Muslimin mengekalkan aura, momentum pengorbanan serta pengabdian terhadap Islam dalam jiwa?

Berkongsi pandangannya berhubung isu ini, Ustaz Amiro berkata, “ALLAH SWT telah mengajarkan, kalau kita letakkan sepenuhnya pergantungan serta bertawakkal kepada-NYA, maka insya-ALLAH, DIA akan sediakan solusi dalam setiap musibah yang dilalui,“ jelasnya.

Beliau memetik firman ALLAH dalam surah at-Talaaq, ayat 2 dan 3 yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-NYA. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

 

Hanya kalimah ALLAH bersemadi

“Ayat ini menerangkan bahawa ALLAH ingin mendidik kita bahawa rezeki bukan di tangan manusia. Bahkan ALLAH yang mengizinkan rezeki sampai sama ada melalui ikhtiar kita dan perantaraan orang lain,“ jelas beliau lagi.

Apabila momentum dan jiwa rela berkorban meresap di dalam diri, hanya kalimah ALLAH kekal bersemadi. Melanjutkan bicara, Ustaz Amiro menyelak sebuah lagi kisah tentang Asmai‘e, seorang sasterawan Arab yang hidup pada era tabiin (generasi selepas sahabat nabi).

“Asmai‘e ketika itu dalam permusafiran dan di pertengahan jalan bertemu seorang Arab Badwi. Seketika mereka bertanya khabar, Asmai‘e menjelaskan, beliau berasal dari daerah yang dibacakan ayat-ayat ar-Rahman (ayat al Quran).

Orang Badwi itu meminta Asmai‘e membacakan ayat al-Quran kepadanya, lalu Asmai‘e memilih untuk membaca ayat 1 hingga 22, daripada surah az-Dzariyat iaitu ayat-ayat tentang rezeki. “Usai mendengar kalamullah, si Arab Badwi terus turun dari untanya lantas menyembelih haiwan itu.

“Dia mengajak Asmai‘e membantu mengagihkan daging unta kepada orang ramai, sehingga pedang dan senjata miliknya ditumpulkan untuk dihadiahkan kepada sesiapa sahaja yang ditemui.

 

Lazimkan membaca al-Quran, rujuk terjemahan dan tafsir, ia akan memberi kemanisan kepada jiwa. Yakinlah, apabila kebergantungan kepada ALLAH semakin kuat. ALLAH akan sediakan jalan keluar. Seterusnya didikan ALLAH akan sampai kepada kita

 

“Asmai‘e sangat takjub dengan ketakwaan lelaki itu. Detik hatinya, “si Arab Badwi itu baru sahaja mendengar ayat tersebut buat pertama kali tetapi begitu beriman dengannya. Sedangkan aku sudah membacanya ratusan kali tetapi tidak berbekas sedikit pun dihati. Demi ALLAH aku bersaksi, apabila ALLAH menyebut, ‘apabila dibaca ayat-ayat-MU maka bertambahlah keimanan,“ ceritanya panjang lebar.

USAH mengeluh kerana ALLAH SWT tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan mereka. Foto: Google

Baca juga: Al-Quran Mukjizat Teragung dan Abadi

Nyata di sini, kata Ustaz Amiro, al-Quran adalah kaedah mendidik hati kerana saban hari kita melihat peristiwa dalam al-Quran, apa yang berlaku, yang tersirat daripada maksud ayat-ayat al-Quran, justeru inilah perkara yang perlu diambil manfaat.

“Demi mengekalkan vibe dan jiwa pengorbanan terhadap agama, sentiasalah melazimi (membaca) al-Quran, rujuk kepada terjemahan dan tafsir, ia akan memberi kemanisan kepada jiwa. Yakinlah, apabila kebergantungan kepada ALLAH semakin kuat. ALLAH akan sediakan jalan keluar. Seterusnya didikan ALLAH akan sampai kepada kita,“ ujarnya mengakhiri bicara.

AI tak mencabar Tuhan
Aqidah,

AI tiada roh, tak boleh dianggap mencabar Tuhan

AI tiada roh, tak boleh dianggap mencabar Tuhan

KEBIMBANGAN terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) ada asasnya. Bukan sekadar output dikhuatiri tidak asli tetapi berkaitan isu salah guna hingga mendatangkan natijah buruk.

Paling menggusarkan apabila Al dianggap mencabar kuasa ALLAH SWT. Masakan tidak, kemudahan tersebut persis otak manusia yang mampu memahami dan menjawab segala pertanyaan.

Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpandangan, kehadiran AI sama sekali tidak bertentangan dengan akidah Islam yang mengajar tentang ALLAH sebagai Tuhan Maha Pencipta dan tiada sekutu bagi-NYA.

Baca juga Teknologi AI sempurnakan fardu kifayah

Malah, katanya, manusia mesti bersyukur kepada-NYA kerana memberi petunjuk sehingga mampu mencipta akal tiruan yang boleh diprogram untuk membuat kerja sebagaimana dikehendaki.

“Secara mudah, AI adalah sistem komputer yang dibina untuk menjalankan tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia dalam pelbagai bidang.

“Ia termasuklah teknologi maklumat, transaksi kewangan, media, bisnes, pembelajaran, perubatan dan lain-lain,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

DR WAN SALIM

Melihat kepada definisi dan peranannya, jelas agamawan itu, penciptaan AI tidak boleh sama sekali dianggap mencabar Tuhan.

“Bahkan, ia sekadar alat yang direka untuk meniru perbuatan manusia.

“AI tidak mempunyai roh dan sifat makhluk hidup,” tegas beliau.

Baca juga Jangan buat kerja Tuhan

Meskipun ada pihak tertentu mencanang bahawa tiada unsur keaslian bagi mereka yang menggunakan AI untuk memudahkan diri dan urusan kerjanya, Dr Wan Salim tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian.

Menurutnya, keaslian masih wujud kerana hak cipta dimiliki sepenuhnya oleh individu yang memprogramkan AI untuk menyempurnakan tugasan.

“Ia jelas menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya buat masa ini, AI masih tidak dapat menandingi kecerdikan akal manusia yang dianugerahkan ALLAH.

“Sebaliknya, alat itu hanya mampu melakukan apa yang diprogramkan oleh manusia tetapi tidak mampu melakukannya sendiri. Alat yang ketiadaan roh tentunya tidak berkuasa melakukan kehendak sendiri,” terangnya.

Wujudkan garis panduan

Bagaimana pula pandangan Islam tentang kemudahan AI yang senang ‘diceroboh‘ untuk memudahkan kerja-kerja kreatif seperti penulisan, merekayasa gambar atau atur letak, memplagiat dan sebagainya?

Menjawab tanda tanya itu, Dr Wan Salim menjelaskan, apa juga rekayasa boleh disalah guna oleh orang yang tidak amanah dan integriti.

“Segalanya bergantung kepada hati nurani. Di sinilah letaknya kepentingan pendidikan rohani yang berperanan menyucikan hati dengan iman dan takwa.

AI tak mencabar Tuhan

PENCIPTAAN AI tidak boleh sama sekali dianggap mencabar Tuhan. Bahkan, ia sekadar alat yang direka untuk meniru perbuatan manusia. -Foto: 123rf

“Ingatlah, keunggulan dan keanggunan peribadi seseorang terbentuk sebagai hasil daripada keakraban hubungannya dengan Tuhan menerusi ibadah serta akhlak yang baik.

“Kombinasi iman, takwa, ibadah dan akhlak mampu membentuk keperibadian yang baik serta amanah kepada Tuhannya dan sesama manusia,” ungkapnya.

Dalam pada itu, tokoh agama itu turut sependapat dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri supaya diwujudkan garis panduan tentang AI agar tidak disalah guna.

Jelas beliau, ia penting agar perkara itu tidak membawa natijah yang merosakkan manusia dan makhluk-makhluk lain.

Baca juga Pasak nilai kemanusiaan dalam diri, jangan sampai bersifat seumpama haiwan

“Ini adalah tanggungjawab pihak kerajaan. Sebagaimana diketahui, agama Islam mewajibkan mereka yang diberikan kuasa pemerintahan supaya melakukan yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran.

“Ia sepertimana kita memerlukan peraturan dalam bidang-bidang lain yang tidak boleh dicerobohi, maka begitu jugalah dalam AI.

“Perlu ada undang-undang tertentu yang bertujuan mengawal bidang ini supaya tidak dicerobohi sehingga boleh memesongkan matlamatnya yang baik iaitu untuk kesejahteraan hidup manusia,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan agar pihak kerajaan menerusi Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Komunikasi dan Digital boleh menggubal undang-undang dan peraturan untuk mencegah pencerobohan hak cipta serta plagiarisme dalam teknologi AI.

AI tak mencabar Tuhan

UMAT Islam disarankan untuk menerima AI dan menggunakannya demi menyeru (dakwah) manusia kepada pembinaan masyarakat yang sejahtera. -Foto: Pexels

“Ia sebagaimana yang lazim dilakukan untuk melindungi hak cipta dalam pencetakan dan penerbitan hasil kreatif buku, filem dan sebagainya.

Sebelum mengakhiri bicara, Dr Wan Salim menitipkan pesan agar umat Islam menerima AI dan menggunakannya untuk menyeru (dakwah) manusia kepada pembinaan masyarakat yang sejahtera.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.