ISTILAH ulama merujuk kepada seseorang yang arif dalam bidang ilmu agama, berakhlak baik, menjadi teladan hidup bagi masyarakat dan sifat-sifat mulia lainya.
Setiap negara yang mempunyai penduduk islam pasti akan memiliki sekumpulan ulama sebagai sumber rujukan utama dalam perihal hukum hakam dan fatwa semasa.
Apa yang menarik bagi masyarakat muslim Australia adalah buat julung kalinya, beberapa ulama terkemuka dan lembaga imam di seluruh dunia barat telah memperkenalkan satu piagam untuk menggalakkan perpaduan di kalangan imam dan ulamak.
Lembaga Imam dan Imam British, Majlis Imam Kebangsaan Australia, Majlis Imam Eropah, Majlis Imam Kanada, Persekutuan Imam Amerika Utara, Majlis Ulama Bersatu Afrika Selatan dan Majlis Ulama New Zealend antara organisasi yang terlibat dalam menjayakan pigam tersebut.
Kerjasama itu dijalankan untuk berkongsi pengetahuan dan mempromosikan prinsip sunnah nabi, serta memelihara identiti Islam bagi umat islam yang tinggal di barat.
Menurut ahli Lembaga ulamak dan imam, mereka mewujudkan piagam ini kerana setiap umat Islam seantero dunia akan menghadapi cabaran yang sama dalam menjalani kehidupan seharian.
Baca juga Kenali 21 ciri-ciri kepimpinan Islam menurut Imam al-Nawawi
Walaupun Majlis dan Lembaga Ilmiah setiap negara mempunyai cara yang tersendiri dan berbeza dalam menangani setiap isu mengikut konteks tempatan, namun mereka mempunyai prinsip pandangan tersendiri.
Tambahannya lagi, perlembagaan piagam yang sedia ada kini adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan semasa.
Terdapat beberapa prinsip sebagai garis panduan yang diketengahkan bagi menggalakan imam dan ulama lain menggunakanya.
Antara prinsip yang ada di dalam piagam tersebut adalah;
1) Elakkan perbincangan dan interaksi polemik (perbahasan) yang memecah-belahkan dalam memupuk dan menggalakkan penghormatan kepada semua ulama dan kumpulan gabungan Muslim.
2) Memudahkan dialog Intra-Muslim untuk mengurangkan perbezaan metodologi dan teologi (ilmu bukan ketuhanan).
3) Mewujudkan budaya ‘ruang selamat’ untuk para sarjana dan ilmuan mengemukakan penyelidikan dan pandangan dalam menangani beberapa cabaran kompleks yang dihadapi oleh umat Islam di barat.
Kesimpulannya, piagam yang dibentuk ini mampu menjadi medan efektif kepada setiap imam dan ulama di seluruh dunia dalam mengembangkan lagi prinsip islam.