ANTARA kumpulan nasyid yang popular suatu ketika dahulu adalah Raihan dan Rabbani. Lagu-lagu mereka ternyata menarik minat ramai orang untuk mendengarnya.
Malah, sehingga hari ini alunan nyanyian mereka masih menjadi pilihan di corong-corong radio dan menjadi kesukaan ramai apabila sampai pada pilihan lagu nasyid.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda India yang dengan selamba menyanyikan salah sebuah lagu nasyid telah mendapat perhatian ramai.
Baca Juga Komposer, Penulis Lirik Disaran Hasilkan Lagu Patuh Syariah. Elak Umat Islam Lalai Dan Alpa
Lelaki yang dikenali sebagai Jay Thirackumar, 30, itu fasih menyanyikan lagu nasyid daripada kumpulan Rabbani iaitu Pergi Tak Kembali.
“Motif saya muat naik video nyanyi tu secara suka-suka sahaja tapi tak sangka pula tular sebab lagu nasyid tu memang daripada dulu lagi saya sering nyanyi.
“Saya minat nasyid ni sebab muziknya dan lagu nasyid paling saya gemari adalah lagu Rabbani Pergi Tak Kembali sebab lagu tu saya pernah dengar semasa saya darjah enam dan dengar balik pada usia 17 tahun.
“Ramai juga yang minta saya nyanyikan lagu nasyid dan sekarang ini pun dekat senarai dalam Youtube boleh dikatakan semua lagu berkonsepkan ketuhanan iaitu nasyid,” katanya dipetik melalui laman portal berita tempatan.
Jay memberitahu lagi, dia amat terkejut apabila salah satu video nyanyiannya itu mendapat komen daripada penyanyi asal kumpulan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN
- Contohi kekuatan jiwa rasul hadapi cabaran ketika hijrah peribadi
- Umur anugerah dan rahsia ALLAH, jangan alpa dengan nikmat kurniaan-NYA
- Terlupa basuh anggota tertentu ketika berwuduk, adakah wajib ulang semula?
- Pencuri solat, awas.. jangan jadi begitu
- Buat kebaikan tak semestinya dengan sesuatu yang ‘grand’
”Paling saya tak sangka apabila kumpulan asal iaitu Rabbani komen dekat video nyanyian saya dan saya terharu dan ucapkan terima kasih kepada mereka kerana hasilkan lagu terbaik sepanjang zaman.
Apa yang menarik, dia menyatakan yang lagu tersebut adalah lagu pertama yang dihafalnya iaitu pada 2006.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji nyanyian pemuda terbabit kerana berjaya menghafal lagu-lagu yang sinonim dengan agama Islam.
Selain itu, Jay juga pernah membuat ‘cover’ lagu nasyid Rasulullah.
Rata-rata warga maya mengakui sebak mendengar nyanyian tersebut kerana terkenangkan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Nak nangis, sebab teringat perjuangan Rasulullah SAW”
“Terbaik mybro, semoga ALLAH kurniakan hidayah”
“Moga ada sinar hidayah buat u adik”
“Abang punya menghayati ini memang win”
“Best kan, vibe dia buat kita bersemangat. Bangkit segar, lagu kegemaran saya juga,” demikian antara komen netizen di akaun TikTok peribadi miliknya.