RAMAI yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah akibat runtuhnya sebuah Kerajaan Islam yang berpusat di Turkiye. Slogan ‘di mana adanya laungan azan, maka di situlah tanah air kami’ akhirnya hanya tinggal monumen pilu.
Menelusuri sejarah kejatuhan khilafah Uthmaniah, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohamad Nor menceritakan kembali akan kisah kejatuhan khilafah Uthmaniah pada tanggal 3 Mac 1924 di laman HarakahDaily.
Turkiye mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar umat Islam. Khilafah Uthmaniah Turkiye diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinopel daripada Byzantin.
Kehebatan Kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan).
Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Turkiye. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi Antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal.
Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan Kerajaan Uthmaniah Turkiye terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turkiye, telah ditubuhkan ‘The Young Turks’ pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.
Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap Kerajaan Turkiye sebagai penjajah. Negara barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turkiye mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia.
Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa lalu mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman.
Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz sebagaimana berikut:
1. Tidak mengambil al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95 peratus adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar lima peratus sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di sebuah bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad SAW juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turkiye moden.
BACA JUGA Nama Turki ditukar kepada Turkiye, ini puncanya
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut Undang-undang Sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ia akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendukung syariat serta menjadi pembenteng kepada agama ALLAH sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.