SEORANG pemuda Muslim Perancis, Neil Dauxois, 26, telah berjaya dalam pengembaraannya berjalan kaki sejauh 3,900 kilometer untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
Lelaki berketurunan Algeria itu, berangkat dengan berjalan kaki dari Perancis 10 bulan lalu untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa semasa bulan suci Ramadan.
Neil Dauxois disambut mesra oleh ramai penduduk Palestin di Baitulmaqdis sejurus berita tentang pengembaraannya tersebar di media.
Baca Juga Pengembaraan epik ikut laluan hijrah Nabi, lelaki ini berjalan 500km dari Mekah Ke Madinah
“Semasa saya di Turkiye, orang ramai sangat baik dan peramah. Jika bukan kerana bantuan mereka, saya pasti berputus asa”.
“Saya menghadapi lebih banyak kesukaran di tempat di mana orang tidak mesra,” katanya.
Dauxois mengembara melalui Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Greece, Cyprus dan Jordan.
Dia memberitahu agensi media Anadolu bahawa pengembaraannya, kadang-kadang bagus, tetapi kadang-kadang sangat sukar.
Bercakap tentang ketika sukar yang dihadapinya berjalan melalui kawasan beriklim sejuk.
“Sendirian, saya berjaya melalui banyak tempat dengan selamat, terima kasih kepada penduduk tempatan yang baik hati. Saya tidak boleh melakukannya tanpa mereka.”
Baca Juga Warga Indonesia berbasikal 5000 km untuk tunaikan haji
“Ramai rakyat Palestin di sini menjemput saya ke rumah mereka; Saya sangat terkejut, namun sangat gembira.”
“Ibu saya bimbang, tetapi selepas melihat saya dalam video di media sosial, dia memberitahu saya dia bangga dengan saya,” kata pemuda itu, sambil menambah bahawa matlamat seterusnya adalah untuk berjalan kaki menunaikan haji di Mekah dalam masa sebulan setengah.
280,000 jemaah Palestin penuhi Masjid Al-Aqsa
Sementara itu, dalam kenyataan lain, kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin mencatat kedatangan 280,000 jemaah terutama pada malam yang sinonim dengan malam Lailatul Qadar bagi umat Islam.
Agensi Berita Jordan (Petra) yang memetik kenyataan Jabatan Waqaf Islamiah Palestin melaporkan sejumlah 280,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya untuk menunaikan solat Isya dan tarawih, di tengah-tengah perhatian ketat yang dikenakan pihak berkuasa penjajah Israel ke atas kota suci itu.
Baca Juga Telusuri sejarah Aidilfitri dirasmikan menjadi perayaan Muslimin
Menurut kenyataan itu, umat Islam datang daripada pelbagai pelusuk Palestin termasuk Tebing Barat, kota Baitulmaqdis dan wilayah-wilayah lain yang diduduki sejak tahun 1948, walaupun terdapat sekatan dan halangan tentera penjajah.