MASJID Nabawi telah menerima lebih 4,252,000 jemaah dan pengunjung sepanjang tempoh dari tujuh sehingga 14 Zulhijah, bersamaan 25 Jun hingga dua Julai.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Agensi Presiden Masjid Nabawi di mana ia telah meningkatkan penyelarasan bersama-sama agensi keselamatan, perkhidmatan, kesihatan, kecemasan dan sukarela, aktiviti untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat jemaah, pelawat dan jemaah Masjid Nabawi dalam tempoh berkenaan.
Pihak agensi berkenaan juga menganjur dan memudahkan kemasukan lebih 271,173 pengunjung untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, selain 75,529 jemaah yang dibenarkan melawat Rawdah Sharif, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Baca Juga Ibadah Haji tidak hanya sekadar mendapatkan pangkat ‘Haji’ dan ‘Hajah’
“Lebih 6,782 warga emas telah mendapat manfaat daripada ruang yang ditetapkan untuk mereka dan 14,766 pengunjung mengambil kesempatan daripada ceramah agama yang disampaikan di Masjid Nabawi.
“Lebih 4,703 telah mendapat manfaat daripada program kesedaran turun padang manakala penerima perkhidmatan bimbingan agama berjumlah 11,534,” ujar kenyataan agensi berkenaan sambil menyatakan bahawa sejumlah 46,138 hadiah telah diagihkan kepada jemaah haji dan jemaah, selain pengagihan 203,294 botol air Zamzam dan 426,457 juadah iftar buat mereka yang berpuasa.
Laporan agensi berkenaan juga menunjukkan bahawa 4,279 pelawat dan jemaah menggunakan nombor ‘unified identity’ (UID) dan saluran komunikasi, selain mengunjungi 17,650 pameran.
“Terdapat 3,001 pengguna perkhidmatan komunikasi bahasa, dan 10,158 pengguna perkhidmatan perpustakaan, manakala 115,090 menggunakan pelbagai alat pengangkutan, dan 8,296 mendapat manfaat daripada perkhidmatan bimbingan,” kata agensi tersebut.
Artikel Berkaitan
- Kenangan terindah di Baitillah terpahat selamanya, baca doa ini sebaik sahaja selamat pulang dari menunaikan haji
- Rehlah haji terjemahkan makna syukur dan sabar yang paling maksimum
- Kembali ke Rahmatullah di Mina ketika sampaikan tazkirah, sebuah kematian yang menghidupkan jiwa Mukmin
- Terlalu ghairah beribadah ketika haji hingga abaikan peraturan, ini pandangan Islam
- Kad pintar, robot AI dan 2.2 juta botol air Zamzam, antara kemudahan untuk jemaah haji
Keistimewaan masjid Nabawi
Mengikut sejarah seperti dikongsi oleh DaurahHaramaian.com, Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan tempat kedua paling suci umat Islam. Di sini juga juga terdapat makam Rasullullah SAW.
Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri. Bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Rasullah SAW membangunkan masjid ini atas asas takwa.
Masjid Nabawi ini terletak kira-kira 597m dari aras laut. Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar.
Sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam. Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl).
Rasulullah SAW kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhan-runtuhan lama. Ia kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid.
Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Ketika Rasulullah SAW keluar dari Quba’ menuju ke kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengheret tali unta Rasulullah SAW. Ia adalah untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing.
Turut Disyorkan Demi ibadah haji sanggup berjalan kaki ke Mekah, 2 kisah ini wajar dijadikan inspirasi
Namun demikian, Rasulullah SAW menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu.
Sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas berhenti, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ” Insha-ALLAH, di sinilah tempatnya”.