TERLETAK pada ketinggian melebihi 3,650 meter atas paras laut, Masjid Besar Lhasa yang terletak di Wilayah Autonomi Tibet, China merupakan salah satu masjid tertinggi di dunia.
Memetik portal About Islam, rumah ALLAH yang juga dikenali sebagai Masjid Hebalin itu dibina pada tahun 1716. Namun, rupa bentuk masjid yang dapat dilihat kini adalah hasil daripada suatu pengubahsuaian pada tahun 1959.
Baca juga 6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya
Baca juga Sembahyang di masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah
Dari segi susun atur binaan, masjid Hebalin mempunyai sebuah halaman seluas 2,600 m2 yang boleh diakses melalui tiga pintu masuk berbeza. Manakala, bangunan masjid itu sendiri terdiri daripada dewan solat, kawasan bunker, ruang wuduk, bilik air serta beberapa kemudahan lain.
Dalam pada itu, dewan solat terletak di sebelah barat masjid meliputi kawasan seluas 285 m2 dan terbahagi kepada ruang dalam, ruang luar dan pelantar utama.
Turut disyorkan Letupan bom di masjid Peshawar ketika Muslimin sedang solat Zuhur, ini fakta-fakta yang perlu diketahui
Baca juga Aidiladha di China disambut berbeza di setiap wilayah
Gabungan seni bina Cina-Islam
Menariknya, seni bina Masjid Hebalin menggabungkan ciri-ciri keagamaan bersama corak tempatan.
Bahagian luar masjid menggunakan gaya tradisional Tibet dikenali sebagai Zang, manakala ruang dalam bangunan dihiasi seni Islam bermotifkan bunga dan tumbuhan.
Di China, dianggarkan hanya satu hingga tiga peratus daripada penduduk tempatan yang beragama Islam.
Baca juga Inilah 10 Muslim hebat yang mengubah dunia
Baca juga Muslimin dilarang menghadiri dan menyertai upacara perayaan bukan Islam, fatwa baru dikeluarkan
Di samping itu, kumpulan Muslim terbesar di negara tersebut adalah orang Hui. Menurut bancian yang dijalankan kerajaan China pada tahun 2000, ada kira-kira 9.8 juta penduduk Hui diikuti dengan golongan Dongxiang yang terdiri daripada 514 ribu orang. Seterusnya, etnik Salar membentuk kira-kira 105 ribu orang, manakala kaum Bonan mempunyai 17 ribu penduduk.
Komuniti-komuniti Cina Muslim berkenaan berbeza dengan masyarakat Uighur di wilayah Xinjiang yang dijadikan sebahagian daripada China berikutan perang saudara China pada tahun 1949.
Sumber & Foto: About Islam