LEBIH 10 juta umat Islam dijangka hadir pada musim umrah baharu di Arab Saudi, lapor media tempatan.
TV al-Arabiya melaporkan, kerajaan Arab Saudi kini sedang bersiap sedia dari segala kemudahan untuk menerima kunjungan jemaah umrah musim ini.
Laporan itu menambah, kira-kira 300 syarikat yang menyediakan perkhidmatan umrah telah memohon dan memperoleh lesen berkaitan ibadah umat Islam itu.
Baca Juga Selepas dapat ‘title’ haji dan hajah, apa para hujjaj patut buat setelah balik haji?
Setiap tahun, umat Islam dari seluruh dunia akan berpusu-pusu ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah.
Ibadah umrah dipanggil haji kecil kerana ia tidak wajib seperti ibadah haji, lapor Gulf News.
Walaupun kedua-dua ibadah itu berkongsi upacara kebiasaan, namun umrah boleh dilakukan dalam beberapa jam dan melibatkan hanya beberapa upacara.
Pengeluaran e-visa umrah
Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut mengumumkan pihaknya mula mengeluarkan e-visa umrah (visa elektronik) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.
Kementerian menerusi kenyataan yang dipetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) berkata, langkah itu seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.
Baca Juga Pernah digelar ‘Jeddah’ kedua, Galeri Haji Pulau Pinang diiktiraf Malaysia Book of Records
Turut Disyorkan Ibadah Haji tidak hanya sekadar mendapatkan pangkat ‘Haji’ dan ‘Hajah’
Permohonan e-visa umrah boleh dikemukakan melalui platform Nusuk www.nusuk.sa, supaya jemaah dapat tiba di negara itu seawal 19 Julai.
Menurut laporan itu, Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam dari seluruh dunia untuk mengunjungi Mekah dan Madinah, selain menyediakan pilihan penginapan dan perkhidmatan pengangkutan menerusi peta interaktif dalam beberapa bahasa.
Kementerian sebelum ini mengumumkan dengan kerjasama pihak berkuasa itu, pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusk.
Menurut kementerian, fasiliti yang diberikan kepada para jemaah adalah sebahagian daripada perundangan baharu kementerian, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63% sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.
Baca Juga Masjid Nabawi di Madinah terima 4.25 juta pengunjung seminggu, ketahui keistimewaan al haramain ini
Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.
Prosedur umrah yang dikemas kini itu juga membenarkan wanita menunaikan umrah tanpa pengiring lelaki (mahram).
Peraturan baharu itu turut membenarkan jemaah atau pengunjung melawat lokasi unik di Arab Saudi untuk mempelajari kepelbagaian budaya dan agama.