BERIBU-RIBU rakyat Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka di tengah-tengah operasi ganas ketenteraan Israel yang berlangsung selama 48 jam di bandar itu.
Menurut Datuk Bandar Jenin, Nidal al-Obaidi, tidak kurang daripada 4,000 rakyat Palestin telah dipindahkan dari rumah mereka sejak semalam,” katanya seperti dilapor Agensi berita Anadolu pada Selasa.
Beliau berkata, kira-kira 13,000 rakyat Palestin terperangkap di dalam rumah mereka di kem pelarian Jenin sejak Isnin, tanpa air atau makanan.
Baca Juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel
Tentera rejim Israel melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun pada Isnin, membunuh 12 umat Islam Palestin dan mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
“Situasi kemanusiaan di Jenin merupakan bencana besar. Apa yang berlaku ibarat gempa bumi. Ia mengingatkan kita kepada hari Nakba,” kata al-Obaidi.
Rakyat Palestin menggunakan istilah ‘Nakba’ atau Malapetaka untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948 selepas penubuhan Israel.
Al-Obaidi berkata, Mesir menjadi orang tengah untuk menghentikan serangan tentera Israel di Jenin, tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.
Baca Juga Ceroboh dan serang hospital, Israel terus mengganas pada hari pertama Ramadan di Palestin
Turut Disyorkan Israel rancang bina 18,000 penempatan baharu di Tebing Barat? Tindakan itu beri ancaman besar pada Palestin
Tentera Israel bergerak melintasi kem pelarian Jenin dengan merosakkan rumah-rumah di kem pelarian itu.
“Berpuluh-puluh rumah dan bangunan dimusnahkan atau dirosakkan oleh tentera Israel. Kami masih tidak dapat mengira jumlah sebenar rumah yang musnah di kem itu,” kata Datuk Bandar.
Hampir 190 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan.
Kesan kemusnahan yang teruk
Sehingga kini di kem pelarian Jenin, Alan Fisher dari Al Jazeera melaporkan, berlaku kemusnahan yang teruk selepas tentera rejim Israel membuat keputusan untuk berundur.
“Kemusnahan ada di sekeliling. Jalan-jalan telah dirobek. Kereta telah ditolak ke tepi oleh jentolak dan semuanya musnah,” kata Fisher.
“Perkara yang perlu dilihat di sini ialah berapa banyak kerosakan yang telah dilakukan sehingga banyak rumah yang telah musnah.
Baca Juga Klinik sumbangan rakyat Malaysia antara yang terjejas akibat keganasan zionis Israel
“Ada rumah dan kedai yang tidak dimusnahkan secara menyeluruh dan kemungkinan mereka boleh membina semula tetapi seluruh kawasan dalam keadaan kucar-kacir sekarang.
“Banyak kerja yang perlu dilakukan di sini dan orang ramai sangat marah dengan apa yang mereka lihat dan terpaksa hadapi sepanjang 48 jam yang lalu,” katanya.
Sumber: ALJAZEERA
Sumber : UmmahToday