Masjid-e-Taqwa hasil restorasi dan renovasi gereja yang telah 150 tahun terbiar…
SEBUAH bangunan gereja binaan batu satu tingkat yang dibina sekitar 1870 diubah menjadi masjid berikutan pengubahsuaian besar-besaran selepas beberapa dekad terbiar.
Menerusi portal About Islam, Masjid-e-Taqwa yang baharu diubahsuai di Pleckgate Road itu menganjurkan solat jemaah buat pertama kali di bangunan yang sebelum ini menempatkan Gereja St Chad.
Jurucakap masjid e-Taqwa itu berkata, kami cuba mengekalkan ciri asal bangunan itu dan cuba memasukkannya ke dalam reka bentuk baharu.
“Paling ketara di dalam dewan solat, terdapat rasuk kayu (kayu dipasang antara tiang-tiang rumah) yang menjadi ciri yang paling jelas.
“Ini dipuji sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi masjid, sama ada Islam dan bukan Islam.
“Pintu dan pintu gerbang juga merupakan sesuatu yang membantu memberikan ciri unik kepada masjid.
“Kami menjemput orang ramai yang tinggal di kawasan itu untuk melihat sendiri perubahan itu dan kami gembira mendengar komen mereka,” katanya.
Masjid baharu itu juga boleh menempatkan 180 jemaah, termasuk ruang solat di atas (tingkat dua) dan kawasan wuduk.
Baca Juga Anak lelaki kepada gipsi terkaya UK peluk Islam selepas temui ketenangan di masjid
Manakala, di luar masjid, tempat letak kereta baharu, lampu dan ciri landskap menghidupkan semula bangunan itu.
“Ini adalah bangunan yang benar-benar berkualiti tinggi sekarang dan mereka telah benar-benar menambah baik ini daripada apa yang ada,” kata seorang penduduk tempatan, Brian, yang melawat masjid itu.
“Ia cantik. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu,” kata Brian.
Ketua Blackburn bersama Darwen Council, Cllr Phil Riley memuji pengubahsuaian masjid yang mengagumkan itu semasa melawat masjid tersebut baru-baru ini.
“Betapa hebatnya bangunan itu dan satu penghormatan kepada usaha dilakukan semua orang.
Baca Juga Meski teruja dengan kemunculan AI, perhati juga kedudukan hukum dalam penciptaan imej manusia
“Ini adalah bangunan separuh terbiar untuk satu tempoh masa lama dan ia kini menjadi bangunan yang sangat cantik.
“Kerja telah dilakukan ke tahap yang tinggi dan ia benar-benar merupakan satu penambahan yang mengagumkan kepada masyarakat tempatan,” katanya.