Browsing Tag

Yala

replika al-Quran
Antarabangsa,

Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

REPLIKA al-Quran ‘gergasi’ memaparkan ayat al-Israa yang terletak di Kampung Pak Pungoh, Yala menjadi tumpuan orang ramai sejak ia tular di laman sosial pada Ramadan baru-baru ini, lapor agensi berita BERNAMA.

Pencetus idea pembinaannya, Imam Mat Rokey Wan Kechik, 57, berkata dia sendiri tidak menyangka replika setinggi 3.6 meter dan lebar 5.2 meter itu akan menjadi terkenal.

Jelasnya, sehingga kini lebih 100,000 orang telah berkunjung ke kampung itu dan melahirkan kekaguman mereka selepas melihat serta mengambil kesempatan bergambar di hadapan replika berkenaan.

Baca juga Sikap pemurah lekat makanan di kenderaan, raih pujian warganet

replika al-Quran

PARA pengunjung bergambar dekat replika al-Quran gergasi di Yala, Thailand.

Baca juga Al-Quran terkecil di dunia ini pernah melalui perang dan peristiwa bersejarah

Ada pengunjung yang datang dari Arab Saudi, Singapura, Brunei, Indonesia dan tidak terkecuali dari Malaysia.

“Setiap hari dianggarkan 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke sini, ia masih berterusan hingga kini,” katanya ketika ditemui BERNAMA.

 

Tambah Mat Rokey, kos bagi membina replika itu hanya kira-kira 6,000 baht (RM789) dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan, manakala lapan hari lagi bagi menghasilkan tulisan khat ayat al-Quran itu.

Turut disyorkan Unik dan eksklusif, Royal Mint keluarkan bar emas Ramadan berukiran Kaabah

replika al-Quran

IMAM Kampung Pak Pungoh, Yala Mat Rokey Wan Kechik (kanan) bersama Penghulu Kampung Pak Pungoh, Tolib Mustofa menunjukkan replika al-Quran yang kini tular di media sosial. Foto: BERNAMA

Baca juga 6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya

Katanya lagi, kerja-kerja pembinaannya dilakukan oleh 30 pemuda kampung secara bergotong-royong iaitu pada sebelah malam selepas solat terawih.

“Sebelum ini semua kampung di kawasan ini membuat pintu gerbang sebagai tradisi menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi saya inginkan kelainan dan memberi idea untuk membina replika al-Quran yang dibuat menggunakan batu, simen serta papan lapis.

“Alhamdulillah, idea ini diterima penduduk dan tidak disangka ia tular di seluruh dunia,” ucap warga Thailand itu yang turut bersyukur kerana tempias pembinaan replika itu juga dirasai penduduk setempat.

KAMPUNG Pak Pungoh di Yala, Thailand meraih perhatian masyarakat disebabkan binaan replika al-Quran yang ada di situ. Foto: BERNAMA

Baca juga Kongsi perjalanan di bumi Tareem, Luqman Hafiz luah rasa syukur berpeluang ziarah bumi berkah itu

Ujarnya, bagi melengkapkan lagi kehadiran replika al-Quran itu, penduduk turut membina replika Gua Hira dan Bukit Uhud sebagai mengenang pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan Islam.

Sementara itu, Penghulu Kampung Pak Pungoh, Tolib Mustofa, 59, berkata kedatangan pengunjung ke kampung itu membawa rezeki kepada penduduk yang mengambil kesempatan berniaga makanan dan minuman.

Katanya, setiap hari ada sahaja pengunjung yang datang, terutamanya dari Malaysia yang ingin merakamkan gambar kenangan.

Foto & Sumber: BERNAMA