Browsing Tag

wanita haid pegang al-Quran

pexels-rodnae-productions-7249178
Ibadah,

Bolehkah wanita haid memegang al-Quran dengan kain pelapik?

Bolehkah wanita haid memegang al-Quran dengan kain pelapik?

AL-Quran adalah kalam ALLAH SWT diturunkan kepada seluruh umat bagi menerangi kegelapan hati dan memacu manusia ke jalan kebenaran.

Maka tidak hairanlah mengapa ada perasaan tenang yang pasti terbit di jiwa setiap kali mengalunkan ayat-ayat suci ALLAH tersebut.

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Islam sememangnya menuntut umatnya melazimi bacaan al-Quran kerana ada seribu dan satu fadilat di sebalik amalan itu.

Oleh itu, kita disarankan membaca al-Quran walau sekadar sehelai muka surat sehari agar dibendung daripada kemungkaran di samping mendekatkan diri dengan amalan baik.

Baca juga 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

wanita haid al-quran

WALAU apa pun surah yang dibaca, jangan biarkan hari anda berlalu tanpa menyelak kitab suci al-Quran. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Terkentut ketika baca al-Quran, perlu ke berhentikan bacaan?

Menyentuh tentang perkara tersebut, semua sedia tahu bahawa wanita yang sedang mengalami haid tidak dibenarkan membaca mahupun menyentuh kitab suci al-Quran.

Firman ALLAH SWT, “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.” (Surah al-Waqiah, ayat 78-79)

Justeru, ada segelintir yang menggunakan kain pelapik untuk mengelak daripada menyentuh al-Quran secara langsung ketika haid.

Baca juga [VIDEO] Wanita berhadas besar tak boleh masuk ke masjid walaupun untuk menimba ilmu dalam majlis agama

WANITA berhadas besar jangan sewenang-wenangnya memegang al-Quran meskipun dalam keadaan berlapik. Foto: Pexels

Turut disyorkan Rupanya sudah 15 tahun ibadah tidak sah gara-gara tidak sempurna mandi wajib

Walau bagaimanapun, portal Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukum wanita haid memegang mushaf tetap haram meskipun dalam keadaan berlapik.

Pendapat itu disepakati para ulama mazhab Syafie: “Haram wanita haid memegang mushaf walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.” (Rujuk Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib Dar al-Fikr)

Baca juga Al-Quran bermotif corak tempatan bukti mukjizat ALLAH untuk semua

Wanita haid al-Quran

AL-Quran yang merupakan kalam suci ALLAH SWT ditujukan buat seluruh manusia perlu dimuliakan. Foto: Unsplash

Baca juga [Video] Benarkah perempuan berusia tidak diwajibkan memakai tudung?

Begitu juga, haram menyentuh al-Quran secara berlapik dengan kain perca:

“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain.” (Rujuk Al-Ibanah wa Ifadah fi Ahkam al-Haid wa Nifas wa istihadah)

Kesimpulannya, al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang sedang berhadas besar dilarang membawa mahupun memegangnya walaupun secara berlapik dengan kain.

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Pexels & Unsplash