Browsing Tag

tumbuhan

hukum tumbuhan mati
Hukum,

Jagalah tanaman dengan baik, ini hukumnya membiarkan tumbuhan mati atau rosak

Jagalah tanaman dengan baik, ini hukumnya membiarkan tumbuhan mati atau rosak

LIHATLAH pada tanaman pokok-pokok hijau yang ada di sekeliling kita, baik yang tersemat rapi di kaki lima jalan raya mahupun yang menghiasi laman rumah sendiri. Ia bukan sahaja cantik sedap mata memandang, malah tumbuhan tersebut melindungi kita daripada panas matahari.

Ada yang memilih menanam pokok sebagai hobi. Manakala, tidak kurang juga menceburi bidang pertanian yang katanya lebih menguntungkan kerana boleh dituai dan dimakan sendiri.

Baca juga Antara pekerjaan terbaik menurut Rasulullah SAW

tanaman

 

Baca juga Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

Apa pun, aktiviti bercucuk tanam sangat digalakkan sehingga diabadikan dalam hadis. Antaranya, Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tiada seorang Muslim yang menanam pokok atau menghidupkan tanah dengan tanaman, lalu burung, manusia atau binatang makan daripada hasil tanamannya, melainkan ia dikira sebagai sedekah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menggambarkan, hatta jika buah dari tanaman dimakan oleh burung, ia dikira sedekah. Pahala sedekah tersebut pula akan berterusan selagi tanaman itu hidup, walaupun pemiliknya telah mati atau tumbuhan sudah bertukar milik.

“DIA-lah (ALLAH SWT) yang telah menjadikan kamu daripada bahan-bahan dari bumi, dan Menghendaki kamu untuk memakmurkannya…” (Surah Hud, ayat 61)

Baca juga Perburuan dibenarkan Islam tetapi ada syaratnya, ini perincian haiwan buruan boleh dimakan umat Islam

Hukum mengabaikan tanaman sehingga mati atau rosak
Tetapi ada juga orang yang malas atau bermudah-mudahan menjaga tanaman seperti malas menyiram dan membaja sehingga tanamannya mati. Kononnya tumbuhan tidak seperti haiwan yang mampu rasa sakit dan ada perasaan.

Jika sebelum ini, kita kerap mendengar tentang sikap ihsan terhadap binatang peliharaan, perlakuan ini bahkan perlu dilakukan terhadap semua makhluk ALLAH SWT termasuk tumbuh-tumbuhan.

DIA-lah (ALLAH SWT) yang telah menjadikan kamu daripada bahan-bahan dari bumi, dan Menghendaki kamu untuk memakmurkannya…” (Surah Hud, ayat 61)

Jadi, usahlah pandang remeh terhadap penjagaan tanaman kerana ilmuwan Islam, Imam al-Nawawi berkata, hukumnya makruh jika seseorang tidak menyiram tanaman sedangkan dia mampu melakukannya, kerana ia dikira mensia-siakan harta.

Oleh itu, jika anda sudah membuat keputusan untuk menanam pokok walau hanya tumbuh-tumbuhan hiasan sahaja, jagalah ia sehingga ia berkembang baik. Sebagaimana setiap makhluk mempunyai hak, tanaman juga makhluk ALLAH yang mempunyai hak dan perlu ditunaikan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Pexels