Browsing Tag

tip istiqamah selepas Ramadan

tip selepas Ramadan
Ibadah,

Tip dan trik istiqamah beribadah selepas Ramadan

Tip dan trik istiqamah beribadah selepas Ramadan

RAMADAN yang berlalu boleh diibaratkan sebagai madrasah memupuk keimanan melalui tarbiah fizikal dan spiritual

Namun, hakikatnya apa yang sering berlaku apabila perginya Ramadan adalah segala rutin ibadah yang pernah sebati dalam diri bertukar kembali seolah-olah bulan teragung itu tidak pernah kunjung tiba.

Kini solat berjemaah menjadi asing pada diri, al-Quran mula ditinggalkan, manakala fakir miskin serta anak yatim pula tidak dipeduli dan disantuni lagi.

Berlalunya bulan mulia itu bukan sebagai suatu tiket untuk kita kembali ke arah kemaksiatan yang dilakukan sebelum ini. Bahkan kita harus kekal beristiqamah melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT.

Baca juga Hati hatilah andai tiada rasa sayu dalam hati saat Ramadan akan pergi

tip selepas Ramadan

Baca juga Ada yang malas bekerja dan lesu bila beribadah? Nabi SAW sarankan doa ini dibaca setiap hari

Doa hidupkan jiwa yang lesu

Mungkin ada sesetengah insan yang mula diselubungi rasa lesu setelah sebulan lamanya mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

Tidak dinafikan, fenomena itu sememangnya sesuatu yang lazim dalam tabiat jiwa manusia. Apa jua perkara yang dilakukan berulang kali tanpa henti untuk suatu tempoh yang lama lambat-laun pasti akan menimbulkan perasaan lemah dan lesu dalam diri.

DR AHMAD SANUSI AZMI

Justeru, pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menitipkan suatu doa yang boleh diamalkan untuk kembali menyegarkan jiwa yang lesu tersebut, iaitu

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU pesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya ENGKAU jualah TUHAN Yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Surah Ali Imran, ayat 8)

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

tip selepas Ramadan

JANGAN biarkan hari anda berlalu tanpa menyelak walau sehelai muka surat kitab suci ALLAH. Foto: Pexels

Selain itu, beliau turut menitipkan beberapa tip kekalkan semangat beribadah selepas Ramadan:

1. Baca al-Quran satu muka sehari.
Andai dalam bulan Ramadan kita berjaya selesaikan satu juzuk sehari, apa kata dalam hari-hari selepas ini, kita berusaha konsisten untuk membaca satu muka surat al-Quran sehari.

Sabda Rasulullah SAW: “Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca. ”(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)

2. Berpuasa tiga hari dalam sebulan.
Saidatina Muazah pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah RA: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.” (Hadis riwayat Muslim)

Baca juga Jangan lepaskan peluang berpuasa pada hari putih pada setiap bulan. Banyak kelebihan yang boleh kita raih

LAZIMI solat witir kerana ada fadilat di sebalik melaksanakan ibadah itu. Foto: Pexels

3. Gantikan tarawih dengan witir.
Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Abu Hurairah agar tidak meninggalkan tiga perkara dan salah satunya adalah agar dia tidak meninggalkan solat witir.

Kata Abu Hurairah: “Kekasih aku (Rasulullah SAW) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, solat duha dan solat witir sebelum tidur.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Baca juga 3 Golongan Umat Islam Selepas Tamat Ramadan

Istiqamah dan jangan bermalasan

Selain itu, ulama juga memberikan lima panduan untuk kita istiqamah dalam beramal soleh, iaitu

Pertama, sentiasa memperbaharui niat dengan ikhlas dalam setiap amalan dilakukan.

Kedua, perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melakukan amal soleh dan dijauhkan godaan iblis dan syaitan. Rasulullah SAW sering berdoa “Wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamamu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

tip selepas Ramadan

SENTIASALAH berdoa kepada ALLAH SWT memohon diberikan kekuatan untuk terus istiqamah beribadah kepada-NYA. Foto: 123RF

Baca juga Puasa bulan Muharam, puasa terbaik selepas Ramadan

Ketiga, berusaha mencari sahabat yang suka melakukan kebaikan.

Keempat, hayatilah sirah Nabi SAW dan kehidupan sahabat Baginda. Walaupun ada kalangan mereka dijamin syurga, anugerah itu tidak menjadikan mereka bermalas-malasan atau berehat di rumah bahkan tetap bersungguh-sungguh beramal serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Dan kelima, mulakan amal soleh secara berperingkat-peringkat, tetapi berterusan. Bermula dengan jumlah sedikit atau peringkat yang rendah secara perlahan-lahan dan berterusan (istimrar).

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi Azmi & Berita Harian

Foto: 123RF & Pexels

Tip dan trik istiqamah beribadah selepas Ramadan