Browsing Tag

times square

Times Square
Antarabangsa,

Solat Tarawih Perdana di Times Square, New York kali ke-2 lebih meriah

RIBUAN umat Islam memenuhi jalan Broadway, Seventh Avenue dan 42nd Street di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) untuk berbuka puasa dan melakukan solat tarawih pada Sabtu lalu.

Ini merupakan kali ke-2 solat tarawih berjemaah di Times Square, New York diadakan selepas pertama kali diadakan April tahun lalu.

Lokasi Times Square dipilih kerana ia adalah lambang kepada bandar New York, bandar yang sama menjadi titik permulaan bagi Islamofobia apabila berlakunya serangan 9/11 pada 2001.

Tambahan pula, pusat komersial dan pelancongan itu merupakan antara kawasan paling sibuk di New York dan dilawati hampir 50 juta pengunjung setahun.

Baca juga Ribuan Muslim berjemaah tarawih di depan Times Square, New York

Times Square

INI kali kedua solat tarawih perdana itu diadakan di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS). Foto: Twitter/@Alhamdhulillaah

Baca juga Jangan tinggal solat witir lepas tarawih dengan imam, rugi lepaskan peluang itu

Walaupun masih berbaki beberapa jam lagi sebelum Maghrib, kawasan ikonik itu telah dibanjiri warga muslim AS yang bersemangat untuk mengambil bahagian dalam berbuka puasa bersama secara berjemaah.

Pihak penganjur dilaporkan telah menyediakan 2,000 makanan dan minuman percuma untuk umat Islam yang berpuasa. Pelawat yang lalu lalang dan gelandangan di kawasan itu turut diberikan makanan percuma.

Acara ini secara tidak langsung dapat mempamerkan perpaduan yang wujud dalam masyarakat di New York sekaligus mempromosikan Islam dengan lebih meluas.


Pengisian dakwah turut diselitkan dengan kuliah, tilawah Al-Quran ,solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Tahun lalu, beberapa pengguna media sosial melahirkan kebimbangan bahawa persekitaran yang sibuk dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia itu tidak sesuai untuk diadakan tarawih.

Namun setakat ini, acara tersebut berjalan dengan lancar setelah dua kali ia dianjurkan.

Sumber: UmmahToday

Foto: Twitter/@alhamdhulillaah