Browsing Tag

The 1975

1975
Berita Semasa,

Mufti seru penonton The 1975 di Good Vibes Festival bertaubat, mohon keampunan ALLAH

MUFTI Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan umat Islam yang melihat persembahan band British, The 1975 di Good Vibes Festival 2023 untuk memohon keampunan daripada ALLAH SWT.

Memetik laporan NST, Wan Salim berkata penonton yang hadir ke konsert pada Jumaat lalu itu perlu bertaubat walaupun tidak melakukan dosa.

Jelasnya lagi, walaupun penonton tidak menyangka untuk melihat perbuatan maksiat tersebut, mereka tetap perlu memohon ampun kepada ALLAH.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Islam tidak menentang hiburan termasuk konsert, drama, filem dan seumpamanya.

Baca Juga Solat tidak jejaskan urusan, prestasi seseorang – Mufti Pulau Pinang

Yang dilarang ialah hiburan dan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan minda dan tingkah laku penonton atau peminat

Oleh itu, Wan Salim menasihati umat Islam yang hadir ke konsert itu supaya memohon keampunan kepada ALLAH, walaupun perbuatan maksiat itu dilakukan tanpa diduga di hadapan mereka.

MUFTI Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan Konsert kumpulan rock Britain, The 1975 di Sepang dihentikan serta merta selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Healy, penyanyi utama di Festival Good Vibes itu juga mengutuk undang-undang berkaitan hubungan sejenis dan mencium anggota kumpulannya di atas pentas.

Teguran buat penganjur

Dikhabarkan kumpulan tersebut pernah melakukan konsert di Dubai sekitar tahun 2019 dan disekat dari negara tersebut kerana perbuatan jijik yang sama sewaktu konsert berlangsung.

Berkaitan isu ini, Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun di laman media sosialnya tampil membut teguran terutama kepada penganjur, adakah perkara ini tidak diteliti sebaiknya sebelum diluluskan?

ARTIKEL BERKAITAN 

“Bahkan, banyak bukti yang menunjukkan kumpulan ini penyokong tegar LGBT, jika tidak mengapa dengan berani mereka mengulangi adegan jijik ini di Malaysia pula walaupun sudah dimaklumkan tentang garis panduan sebelum konsert dimulai?

“Menurut Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam Garis Panduan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara menyebut tentang larangan mempamerkan perlakuan atau tutur kata yang berunsur lucah dengan aksi yang menghairahkan seperti berkucupan, mencium penonton atau melakukan perbuatan seumpamanya sesama sendiri.

“Di luar sana, ada banyak negara Umat Islam yang boleh mengawal dan menghalang konsert sebegini daripada dilaksanakan, bahkan ada negara bukan Islam juga mengawalnya.

KUMPULAN rock Britain, The 1975. 

“Kita tidak sepatutnya berbangga sedikit pun dengan apa jua rekod hebat yang boleh dicapai dalam konsert sebegini, melainkan rasa takut Murka ALLAH yang akan turun satu demi satu ke atas kelemahan banyak pihak yang sepatutnya bertanggungjawab,” katanya.

Menurut beliau lagi, adakah penganjur sengaja butakan mata dan pekakkan telinga atas suara umat Islam Malaysia sebelum ini? Adakah kerana meraikan kepelbagaian agama dan bangsa?

“Sedangkan semua agama melarang perbuatan jijik dan tidak bermaruah yang berani ditayangkan apatah menyokong perbuatan mereka. Semua ni hanya demi memenuhi keinginan hawa nafsu dan ketamakan semata-mata.

Baca Juga Ancaman berpakaian syuhrah untuk tampil berbeza atau mencari populariti

“Jika dibiarkan berterusan begini maka suburlah budaya hedonisme. Kesannya akan lahir generasi hamba hiburan, maka bertambah kaya pihak penganjur yang tamak dan generasi muda kita semakin rosak.

“Ingatlah bahawa normalisasi sengaja buat maksiat selepas itu taubat telah menjadi tipu daya yang sangat berjaya oleh hawa nafsu dan syaitan.

“Istilah terlambat bila berlaku sesuatu yang mudharat akan cuba dicantikkan juga dengan ayat “adalah hikmah disebalik semua ni”, walaupun hakikatnya musibah itu sendiri dicari bukan diberi. Lagi-lagi jika diperingkat atasan lagi tidak diteliti.

“Ia bukan kali pertama penyanyi tersebut melakukan aksi sedemikian di negara Islam. Pada 2019, dia mencium seorang peminat lelaki di atas pentas sewaktu konsert di Dubai,” tegasnya.