Browsing Tag

tauliah

Asma' Harun tauliah
Berita Semasa,

Demi sebar dakwah, ustazah Asma’ Harun gigih dapatkan tauliah setiap negeri

Demi sebar dakwah, ustazah Asma’  Harun gigih dapatkan tauliah setiap negeri

SEBELUM ini pernah kecoh tentang isu tauliah yang diperlukan ahli agamawan memberikan ceramah. Malah ada beberapa kes majlis ilmu oleh pendakwah-pendakwah terpaksa dibatalkan selepas didapati tidak mempunyai tauliah daripada kerajaan negeri.

Susulan daripada itu, pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah berkongsi usahanya yang giat belajar demi mendapatkan tauliah daripada pihak kerajaan negeri demi meneruskan kerja dakwah.

Baca juga Tiada tauliah mengajar, JAIS batalkan kuliah Ustaz Azhar Idrus

Asma' Harun tauliah

USTAZAH Asma Harun gigih mendapatkan tauliah daripada setiap negeri untuk memudahkan proses dakwah. Foto: Facebook Ustazah Asma’ Harun

ARTIKEL BERKAITAN:

Gigih dapatkan tauliah di setiap negeri

Menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook, Ustazah Asma’ mengaku berdebar untuk menghadiri temuduga pentauliahan di Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Ujarnya lagi, sebelum ini dia baru sahaja pulang dari Perlis untuk memohon tauliah sebelum menerima tawaran mengadakan ceramah di negeri tersebut.

“Esok pagi dalam jam 4.30am perlu bergerak ke Pahang untuk temuduga Tauliah di Jabatan Mufti Pahang pula. Benar, tadi saya ke Jabatan Mufti Perlis untuk permohonan tauliah. Saya hadir dengan tujuan dan cara yang baik,” tulisnya.

Asma' Harun tauliah

Status tauliah setiap negeri

Dalam pada itu, pendakwah berkenaan turut menyenaraikan beberapa negeri yang telah memberikannya tauliah serta yang masih dalam proses mendapatkannya.

Ujarnya, beliau telah memiliki empat tauliah sejak lebih tiga tahun lalu dari negeri Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala, usaha sedang dijalankan untuk memperoleh sijil tauliah dari negeri-negeri selebihnya.

Ucapnya, “Alhamdulillah, saya telah memiliki empat Tauliah Negeri sejak lebih 3 tahun lepas. Doakan semoga urusan untuk mendapat kesemua tauliah Negeri di Malaysia berjalan lancar.”

Baca juga Ancaman berpakaian syuhrah untuk tampil berbeza atau mencari populariti

SENARAI status tauliah yang dimiliki oleh Ustazah Asma’ Harun. Foto: Facebook

Turut disyorkan Hati-hati ketika berdakwah, jangan sampai merosakkan pahala

Mudahkan perjuangan dakwah

Menurut Asma’ lagi, walaupun ada banyak proses perlu dilalui namun langkah itu diambil untuk memudahkan usaha dakwahnya.

“Mudahan dengan adanya tauliah, maka ia memudahkan banyak pihak dan saya sendiri akan lebih amanah dengan penyampaian ilmu. Terima kasih atas doa dan sokongan semua,” kongsinya menerusi media sosial.
Usaha yang dilakukan Ustazah Asma’ telah mendapat pujian ramai dan rata-rata mendoakan agar urusan pendakwah itu dipermudahkan.

Mereka juga kagum dengan semangat pendakwah itu dalam menyebarkan agama Islam ke setiap negeri walaupun perlu mengikuti banyak prosedur yang ditetapkan supaya ceramah yang disampaikan fokus kepada dakwah ke jalan ALLAH SWT.

Foto & Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun & ohmymedia