Browsing Tag

syria

Malaysia for Syria
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Misteri Siapa Serang Hospital Afrin Syria Masih Belum Dijawab

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

AFRIN, Syria: Ketegangan masih dirasai sejak beberapa hari lalu di Afrin, bandar utara Syria, apabila dua serangan artileri berasingan Sabtu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan lebih ramai lagi.

Namun siapa  bertanggung jawab terhadap serangan ke atas hospital dan kediaman itu masih menjadi tanda soal.

Kedua-dua Turki dan seterunya Pasukan Demokrat Syria (SDF), pemberontak yang disokong Amerika Syarikat,  saling tuduh menuduh berhubung siapa yang bertanggung jawab.

Afrin adalah di bawah kawalan Tentera Kebangsaan Syria (SNA) yang disokong Turki.

Serangan tersebut telah menyasarkan sebuah hospital awam dan pusat. kediaman dengan menyerang mengunakan roket melalui ruang darat dan udara di Syria.- Kredit : Malaysia for Syria

Serangan roket ke atas Afrin itu dilancarkan dari kawasan yang sebahagiannya dikuasai SDF dan tentera Rejim Syria.

Namun, Turki cepat menuduh SDF sebagai bertanggung jawab, kenyataan yang turut disokong sekutunya SNA.

SDF pula menuduh SNA dan rejim Bashar al-Assad yang menurutnya mahukan wilayah itu sentiasa bergolak.

Pengarah Rangkaian Hak Asasi Syria (SNHR) Fadel Abdul Ghani, berkata hanya rejim Assad mempunyai keupayaan untuk melakukan serangan dengan ketepatan yang disaksikan di Afrin itu.

“Sebelum ini pernah ada serangan ke atas hospital di bandar itu dan kami lihat rejim sentiasa cuba memastikan ketepatan serangan mereka sentiasa diperbaiki berbanding serangan sebelumnya,” kata Fadel.

Ramai orang awam terbunuh dan beberapa tercedera dalam dua serangan bom berasingan di bandar Afrin di Syria.-Kredit foto : Malaysia for Syria

Sementara itu Badan Bukan Kerajaan (NGO), Malaysia for Syria (MFS) mengutuk keras serangan terhadap Hospital di Afrin itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFS, Syahir Azfar Saleh berkata antara yang terkorban dalam serangan itu ialah pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan.

Selain berpuluh lain yang cedera, beberapa fasiliti di dalam hospital turut musnah.

 

Sementara itu Badan Bukan Kerajaan (NGO), Malaysia for Syria (MFS) mengutuk keras serangan terhadap Hospital di Afrin itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFS, Syahir Azfar Saleh berkata antara yang terkorban dalam serangan itu ialah pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan.

Selain berpuluh lain yang cedera, beberapa fasiliti di dalam hospital turut musnah.

Dalam kenyataan medianya, MFS berkata serangan itu adalah jenayah kemanusiaan kerana melanggar hak asasi  dengan menyerang hospital iaitu kawasan  yang sama sekali dilarang dan dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.

 

 

Ekoran dari serangan yang berlaku, 13 orang awam termasuk pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan telah terkoban.-Kredit foto : Malaysia for Syria

MFS menegaskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh berdiam diri dan perlu melakukan siasatan terperinci agar dapat dibawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggung jawab secepat mungkin.

Justeru itu, MFS mendesak serangan yang berlaku di Syria dihentikan segera bagi mengelakkan lebih ramai orang awam menjadi mangsa.

NGO itu merayu semua pihak mematuhi resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB 2254 (2015) dan mengharapkan agar pihak yang terlibat dapat memperbaharui komitmen dengan menghentikan permusuhan sekaligus mewujudkan mekanisme kerbertaggung jawaban dan berjanji bahawa insiden seperti ini tidak akan berulang.

Sumber : Reuters/ Al Jazeera / Malaysia For Syria/Syriadirect.org

 

Malaysia for Syria (MFS) mengutuk sekeras-kerasnya serangan biadap serta mengecam tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus ia merupakan jenayah kemanusiaan kerana melanggar hak asasi kemanusiaan dengan menyerang hospital iaitu kawasan  yang sama sekali di larang dan di lindungi di bawah undang-undang antarabangsa.
.- Kredit : Malaysia for Syria.

384
Berita Semasa, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

10 Puasa

no comment

Bukan persitiwa 18 Puasa seperti dikisahkan dalam komedi Barkoba perlu diceritakan, namun kemenangan Perang 10 Ramadan yang perlu ditonjolkan semula kerana mungkin tidak ramai yang masih ingat.

Ia berlaku ketika umat Islam seluruh dunia sedang melakukan ibadah hari ke-10 puasa pada 1973.

Peristiwa membabitkan Pakatan Mesir-Syria-Jordan dan Iraq mengusir Israel dari tanah Sinai Mesir tidak akan dilupakan masyarakat Islam khususnya di negara Timur Tengah kerana ia adalah kejayaan besar tentera negara Arab mengusir tentera zionis daripada meneruskan agendanya untuk merampas tanah hak milik mereka.

Selain dikenali Perang 10 Ramadan, sesetengah masyarakat menggelarnya Perang 6 Oktober, Perang Arab-Israel 1973 atau Perang Yom Kippur di mana kebanyakkan institusi pengajian di Mesir akan bercuti pada tarikh berkenaan sempena memperingati kemenangan peristiwa perang yang menjadi kemenangan mutlak negara Arab.

Tentera Islam Mesir mengawal ketat di Terusan Suez

Pasukan tentera Mesir memaksa Israel ‘angkat kaki’ dari Sinai. Manakala tentera Syria, Libya dan Mesir menyerbu kem tentera Israel secara tiba-tiba di dataran tinggi Golan. Tentera Israel ketika itu hanyalah berjumlah 180 orang, manakala Syria memiliki kekuatan tentera seramai 1,400 orang. Pada masa yang sama, Israel dengan 500 tenteranya terpaksa berhadapan dengan 80,000 angkatan tentera Mesir ketika pentempuran yang berlaku di Terusan Suez.

Seperti yang dilaporkan oleh Skynews, Jurucakap Ketenteraan Mesir, Kolonel Tamer al-Rifai, berkata perang itu tercetus bertepatan dengan hari raya Yahudi Yom Kippur dan bulan Ramadan bagi umat Islam sehingga dinamakan “Perang Ramadan 1973”.

“Banyak laporan disiarkan dari seluruh dunia mengenai perang berkenaan, antaranya momen paling penting adalah ucapan Presiden Mesir, Anwar Sadat yang mengumumkan bahawa beliau telah berjaya menawan kembali Terusan Suez daripada tentera Israel.

Tentera pejuang Islam meraikan kemanangan merampas kembali Terusan Suez dari taklukan Israel.

“Manakala, Major General Arkan Harb yang juga salah seorang pahlawan Perang 6 Oktober dan seorang pakar ketenteraan mengatakan bahawa ada tiga perkara yang tidak boleh dilakukan sesiapa terhadap rakyat Mesir, iaitu penindasan terhadap agama di Mesir, penghinaan terhadap kehormatan warga Mesir serta perebutan wilayah Mesir. Sesiapa yang cuba melakukan tiga perkara itu terhadap rakyat Mesir, maka mereka akan bangkit dan melawan habis-habisan,” katanya.

Dalam sebuah program Misr Innahardah, Arkan Harb menjelaskan bahawa persiapan perang Oktober tidak terjadi sejak 1971 namun sejak pemerintahan Presiden Mesir, Allahyarham Gamal Abdel Nasser mengatakan bahawa apa yang direbut Israel dengan paksa tidak akan dapat kembali direbut kecuali dengan paksa.

Menurut keterangannya, Israel ketika itu berupaya mengubah identiti Sinai dan berhasrat memisahkannya dari Mesir yang telah dirancangnya sejak 1956 hingga 1967.

“Israel menghasut rakyat Sinai untuk berpisah dari Mesir, tetapi mereka dengan tegas menolak pujukan itu. Salah satu pegangan rakyat Sinai mengatakan di muka prajurit Israel, Sinai adalah Mesir. Kamu (Israel) tak lebih dari penjajah, kami tak sudi Sinai jatuh ke tangan kamu,” katanya.

Tidak hanya itu, Israel juga menggunakan cara lain untuk mengambil alih Sinai. Pada 1990-an mereka menawarkan pemuda Sinai untuk menikahi gadis-gadis Israel, tujuannya tak lain agar anak-anak mereka kelak mendukung Israel, namun masyarakat Sinai lebih mengenali tipu daya mereka.

Menurut BBC, pada tahun 1970 yang juga merupakan tahun di mana Perang Dingin sedang memuncak, Amerika Syarikat mendukung Israel dan Soviet Union mendukung Mesir dan Syria. Amerika Syarikat membekalkan senjata terbaik kepada Israel agar Tel Aviv dapat membendung pasukan Mesir dan Syria.

Soviet Union dalam diam juga juga tidak tinggal membantu pasukan tentera Mesir dan Syria. Perkara itu sampai ke pengetahuan Amerika Syarikat, lalu mereka segera mempersiapkan kekuatannya. Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi mengumumkan pemberhentian pengeluaran minyak. Krisis tenaga muncul dan negara-negara industri akibat pengumuman itu lalu harga minyak dunia melonjak naik pada paras yang tinggi.

Dua minggu selepas perang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi 339 serta gencatan senjata.

Tentera Islam Mesir mengawal ketat tahanan Israel.

Secara keseluruhan 2,688 tentara Israel mati dan lebih kurang 7,000 anggota cedera, Manakala seramai 314 tentara Israel juga dijadikan tawanan perang dan puluhan lainnya hilang. 17 orang antaranya sampai tahun 2003 masih belum ditemukan.

Israel kehilangan 102 pesawat tempur dan kurang lebih 800 tank. Di sisi Mesir dan Syiria pula, seramai 35,000 tentara gugur dan lebih dari 15,000 cedera serta 8,300 tentara ditawan. Angkatan Udara Mesir kehilangan 235 pesawat tempur dan Syiria 135 buah. Israel lalu mengundurkan diri dari seluruh daerah Sinai setelah Mesir sepakat akan membuat ‘bufferzones’.

Setelah perang berakhir, banyak terjadi protes di Israel bahkan Perdana Menteri Golda Meir dan Menteri Pertahanan Moshe Dayan serta Panglima Angkatan Bersenjata Israel, David Eliazar harus mengundurkan diri.

Negara-negara Pro-Arab mengiktiraf Mesir dan dunia Arab memenangi peperangan itu dengan alasan pada hari pertama perang, pasukan Arab berhasil menembusi pertahanan Israel.

Pada tahun 1978 di Camp David, Amerika Syarikat satu majlis menandatangani perjanjian yang dikenal dengan Perjanjian Camp David diadakan. Israel berjanji akan mengundurkan diri sampai ke sempadan Antarabangsa dan di mana seluruh Semenanjung Sinai menjadi kawasan demiliterisasi dan diserahkan kepada Mesir.


Bukit Golan menjadi rebutan bagi menakluk Sinai, kini milik tentera Islam.

Fakta Perang 10 Ramadan
———————————–

1) Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan juga dinamakan Perang Ramadan kerana berlaku dalam bulan kebesaran Islam iaitu Ramadan. Ia berlaku pada 10 Ramadan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

2) Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada Jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.

3) Dalam Perang Enam Hari ini, Israel berjaya menduduki Bukit Golan Syiria dan Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160 kilometer.

4) Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.

5) Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

6) Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk.

Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

7) Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air.

Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

8) Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka.

Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

9) Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

10) 6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh hari kebangsaan kedua-dua negara. 6 Oktober juga dipilih sebagai Hari Angkatan Tentera Mesir.

11) Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun Perang Oktober, Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat mati ditembak kerana tindakannya yang berdamai dengan Israel.

 

Syria Care 3
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Lubnan Semakin Tenat

no comment

Oleh RAZALI AWANG

Lebih separuh daripada keluarga di Lubnan jatuh di paras kemiskinan sejak 18 bulan lalu, memaksa sebahagian besar berhempas pulas untuk menyediakan bekalan makanan bagi berbuka puasa.

Apa yang memeritkan lagi, harga makanan – walaupun yang asas – sudah melonjak hampir 400 peratus berikutan matawang Lubnan – Lebanese pound- susut nilai sebanyak 90 peratus berbanding 2019.

Badan amal terpaksa melipat-gandakan usaha masing-masing untuk meliputi lebih ramai penerima bantuan, apabila kadar pengangguran di negara lima juta orang penduduk itu meningkat.

Di beberapa kawasan seperti di Lembah Bekaa, sebahagian daripada penduduknya begitu terdesak sehingga mereka terpaksa merayu bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas.

Jika pada tahun sebelum ini, Sawa For Development and Aid menyediakan makanan kepada 4,000 keluarga di lembah itu, tetapi pada Ramadan 1442 Hijrah, ia meningkat kepada 7,000 keluarga dan dibuat tanpa henti bagi menampung keperluan termasuk pelarian dari Syria.

Menurut The Lebanon Crisis Observatory , kejatuhan matawang dan kenaikan harga barang-barang menyebabkan pendapatan sebahagian besar rakyatnya tidak lagi dapat menampung keperluan.

Sebahagian besar keluarga pelarian Syria di Lubnan hidup di bawah kemiskinan melampau dengan pendapatan sekitar USD25 sebulan dan dengan jumlah itu mereka tidak mampu untuk membeli sekilo ayam yang dijual dengan harga LP23,000 atau USD60 sekilo.

Itu kisah penduduk tempatan. Bagaimana pula nasib lebih 1.5 juta pelarian Syria yang berlindung di negara itu?

Hasil kaji selidik yang dibuat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati sebahagian besar keluarga pelarian Syria kini hidup di bawah kemiskinan melampau dengan pendapatan sekitar USD25 sebulan.

Hasil kaji selidik yang dibuat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati sebahagian besar keluarga pelarian Syria kini hidup di bawah kemiskinan melampau dengan pendapatan sekitar USD25 sebulan.

Berdasarkan harga semasa, pendapatan itu hanya cukup untuk membeli minyak masak yang dijual dengan harga LP31,000 atau USD20.3 bagi 1.5 liter yang mana pada tahun ini ia mencatatkan kenaikan 16 kali ganda berbanding sebelumnya.

Pendapatan itu jauh daripada kemampuan untuk membeli ayam yang dijual, LP23,000 atau USD60 sekilo.

Ia adalah realiti yang perlu dihadapi bukan sahaja oleh pelarian Syria, tetapi penduduk Lubnan itu sendiri dan juga pelarian Palestin di negara berkongsi sempadan dengan Palestin dan Syria itu.

Lubnan meskipun pernah tersohor satu ketika dahulu sebagai negara ciptaan dan model Barat di Asia Barat, sehingga Beirut dikenali sebagai “Paris of The Middle East”, tetapi perang saudara pada 1975 hingga 1990 menjadikannya miskin dan antara yang tidak stabil di rantau berkenaan.

Insiden letupan gudang penyimpanan ammonium nitrat pada 4 April tahun lalu di pelabuhan Beirut yang mengorban lebih 200 nyawa memburukkan lagi krisis ekonomi sedia ada.

Dalam tempoh lebih 18 bulan, lebih separuh dari penduduknya berada di bawah paras kemiskinan dan ia semakin kritikal.

Razali Awang
Media Syria Care.

Hasil sumbangan Syria Care yang telah diagihkan.

mariam
Personaliti, Pilihan Editor, Video,

[Video] Wanita Hebat Pelopor GPS : Mariam al-Astrulabi

no comment

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sains di sebalik teknologi GPS pada hari ini, diasaskan oleh Mariam Al-ijliyy Al-Asturlabi. Wanita hebat ini dilahirkan pada abad ke 10 Masihi di Aleppo, Syria, anak kepada ahli astrologi terkenal di Baghdad Al-Ijliyy Al-Asturlabi, Mariam merupakan pakar ilmu sains yang ternama dengan menemukan ilmu perkiraan menggunakan astrolab, sebuah alat pengiraan yang fungsinya sama seperti GPS pada masa kini.

Klik video yang disediakan untuk mengetahui kehebatan beliau #mariam #astronomi #astrolabe #sejarah #wanita #Islam #Muslim #syria #Malaysia #SinarIslamPlus #SinarHarian #kompas