Browsing Tag

syahir sulaiman

adik Syahril
Berita Semasa,

Adik Syahril, bukti jasa sang anak hingga akhir nafas seorang ibu

“YA ALLAH, ampunkanlah ibuku dan jumpakan kami di syurga-MU,” doa adik Syahril yang menjadi imam untuk solat jenazah ibunya.

Pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi mengimamkan solat jenazah ibunya Tuan Faridah Tuan Ismail yang meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

Anak bongsu daripada enam beradik itu bagaimanapun berlapang dada menerima berita duka selepas tiga hari menyambut kegembiraan hasil kecemerlangan yang diraih pada keputusan SPM yang diduduki.

Baca Juga Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menziarahi kediaman keluarga itu di Kampung Kandis, Bachok berkongsi tentang perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Hantaran berkenaan memaparkan beberapa keping foto remaja berusia 18 tahun itu mengimamkan solat jenazah bersama ratusan jemaah lain di sebuah masjid di Kandis pagi Sabtu.

Kini bergelar yatim piatu, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada Syahril di atas pemergian ibu tercinta selain mendoakan dia tabah menerima dugaan tersebut.

AHLI Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menziarahi kediaman keluarga itu di Kampung Kandis. -Foto: Syahir Sulaiman

“Moga adik Syahril terus tabah dan cemerlang dalam mendepani cabaran hidup tanpa kedua ibu-bapanya.

“Darjat anak soleh diangkat oleh ALLAH di dunia lagi.. Semoga diampunkan dosa ibu adik Syahril dan diberi syurga.. Aamin.

“ALLAHUAKHBAR, darjat anak soleh, ALLAH angkat di dunia lagi,” demikian antara komen yang ditulis oleh warga maya.

Baca Juga Jemaah elakkan kerap ‘selfie’, beri fokus kepada ibadah

Turut Disyorkan 7 bulan khatam hafalan al-Quran, Ustazah Asma’ kongsi saat bahagia bersama anak

Terdahulu, kisah pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman itu mendapat perhatian warganet selepas tidak hadir ke sekolah untuk menerima keputusan SPM disebabkan perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Pihak sekolah kemudian hadir ke rumahnya bagi menyerahkan keputusan cemerlang yang diperolehinya sekali gus menerima kunjungan orang ramai tanpa henti.

DARJAT anak soleh diangkat oleh ALLAH di dunia lagi.. Semoga diampunkan dosa ibu adik Syahril dan diberi syurga.. Aamin. -Foto: Syahir Sulaiman

Contoh tauladan anak soleh

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Yuhanis Azam berkongsi agar kisah ini menjadi iktibar terutama kepada anak-anak remaja sentiasa memuliakan ibu ayah.

Ujarnya, saya kagum… betul-betul kagum. Bila ayahnya meninggal dunia, dia ambil alih menjaga ibu yang sakit.

“Di saat dia menerima berita gembira berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, ALLAH menjemput ibunya pulang.

“Malahan, dia menjadi imam menyempurnakan solat jenazah ibunya sendiri.

Baca Juga Bila hafiz Quran jadi polis, negara pasti lebih sejahtera

“Masya-ALLAH, di saat ramai anak-anak remaja kita kehilangan arah tuju, ALLAH hadirkan satu susuk untuk dijadikan contoh tauladan.

“Di saat kita merasa kitalah yang paling berat diuji, ALLAH hadirkan anak ini menempelak diri.
Adakah kita ini hamba-NYA yang bersyukur, atau hanya pandai menyalahkan takdir Ilahi,” tulisnya.