Browsing Tag

sulawesi

99 kubah5
Antarabangsa,

Diinspirasikan Asmaa ul-Husna, masjid di Sulawesi ini ada 99 kubah indah

Diinspirasikan Asmaa ul-Husna, masjid di Sulawesi ini ada 99 kubah indah

DI Sulawesi Selatan, Indonesia, ada satu masjid unik sering dikunjungi orang ramai kerana keindahan serta reka bentuk bangunannya yang luar biasa.

Memetik portal rileklah.com, Masjid 99 Kubah yang terletak di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia, mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri bagi menarik umat Islam mengimarahkan rumah ibadat itu.

MASJID itu merupakan ikon dan salah satu destinasi tarikan pelancong di Makassar, Indonesia. Foto: Arnas Padda/Antara Foto

Baca juga 6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya

Turut disyorkan Pelajar kurang pendengaran di Indonesia hafal al-Quran guna bahasa isyarat

Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, Masjid 99 Kubah turut dikenali sebagai ikon Kota Makassar dan salah satu destinasi tarikan pelancong.

Rata-rata pengunjung yang hadir ke masjid pasti tidak akan melepaskan peluang merakam gambar kenangan apatah lagi ketika senja yang mana suasana sekitarnya menjadi sangat indah.

masjid 99 kubah

MASJID unik itu terletak di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Foto: Kuas Cahaya/merdeka.com

ARTIKEL BERKAITAN:

Berikut 8 fakta menarik tentang Masjid 99 Kubah:

1. Masjid 99 Kubah mula dibina pada Mac 2018 dan telah dirasmikan pada awal tahun 2022.

2. Reka bentuk masjid telah direka oleh Ridwan Kamil yang ketika ini memegang jawatan Gabenor Jawa Barat.

3. Masjid ini sebenarnya terletak di lokasi yang mempunyai pemandangan indah menghala Pantai Losari atau lebih dikenali Centre Point of Indonesia.

MASJID itu mempunyai 99 kubah yang dihiasi dengan warna jingga dan putih sebagai lambang 99 nama-nama ALLAH. Foto: Sulsel

Baca juga Imam di Masjidil Haram, makmum ikut dari bilik hotel, sah atau tidak solatnya?

Turut disyorkan Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

4. Bangunan masjid pula berkeluasan 3,240 meter persegi meliputi tiga kawasan utama serta dihiasi dengan warna seperti merah, jingga dan kuning.

5. Masjid ini mampu menampung sehingga 10 ribu orang, iaitu 5 ribu jemaah di bahagian dalam manakala 5 ribu makmum lagi di pekarangan luar.

MASJID 99 Kubah turut mampu memuatkan hampir 10 ribu jemaah. Foto: Google

Baca juga Peragakan baju dengan kalimah ALLAH di acara fesyen, jenama pakaian Australia dikritik

6. Sesuai dengan namanya, masjid ini memiliki 99 kubah pada bahagian atap dan angka 99 juga menepati jumlah Asmaul Husna iaitu nama-nama Allah. Penggunaan 99 kubah itu bertujuan supaya umat Islam selalu beringat tentang keagungan nama-nama ALLAH SWT.

7. Masjid 99 Kubah memiliki konsep ruang terbuka dan pengaliran udara semulajadi. Disebabkan itu, masjid ini tidak memerlukan penyaman udara atau aircond.

8. Setelah solat Maghrib sehingga menjelang waktu Isyak, terdapat sebuah tarikan pertunjukan air pancut berwarna-warni di pekarangan Masjid 99 Kubah.

Jadi, jika anda berkunjung ke Sulawesi, Indonesia, jangan lupa untuk melawat dan mengimarahkan Masjid 99 Kubah yang unik ini.

Sumber: rileklah.com

Foto: Kuas Cahaya/merdeka.com, Sulsel & Google