Browsing Tag

sujud terakhir

doa sujud terakhir
Ibadah,

Jika rasa berat atau penat untuk beribadah di bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir

Jika rasa berat atau penat untuk beribadah di bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir

BULAN Ramadan sememangnya bulan ditetapkan ALLAH SWT untuk menguji keimanan setiap hamba-NYA.

Mana tidaknya, ALLAH menjanjikan pahala berlipat kali ganda dalam bulan ini, pastilah usaha untuk meraihnya bukan mudah. Kita pula bakal teruji dengan banyak perkara seperti timbul rasa lelah saat beribadah atau rasa berat hendak menghulurkan sedekah dan sebagainya.

Disebabkan itu, ada satu doa diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Mu’adz bin Jabal agar ALLAH mengurniakan kekuatan serta keringanan untuk beribadah.

Baca juga Jangan terus makan ketika berbuka puasa, sebaliknya amalkan doa terbaik sewaktu iftar

doa sujud terakhir

Baca juga Kenalpasti dan waspada dengan lapan kategori pencuri di bulan Ramadan!

Seperti dikongsikan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun di laman sosial miliknya, baginda berpesan kepada Mu’adz agar membaca doa tersebut setiap kali di akhir dan ketika sujud terakhir sebelum salam.

Daripada Mu’adz bin Jabal RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW memegang tangannya dan berkata, “Wahai Mu’adz, demi ALLAH, aku mencintaimu.” Kemudian beliau berkata, “Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan setiap selesai solat untuk mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
(Ya ALLAH, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepada-MU serta beribadah kepada-MU dengan baik.)” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Turut disyorkan Belanja kawan berbuka puasa, nampak biasa tetapi pahalanya luar biasa

doa sujud terakhir

TIDAK dinafikan keletihan dan kelesuan boleh hadir setelah berhari-hari beribadah tanpa henti. Justeru, anda boleh amalkan doa tersebut. Foto: Unsplash

Baca juga Perhatikan enam golongan yang tetap tidak boleh makan, minum walaupun puasa Ramadannya telah batal

Sahabat disayangi Nabi SAW
Siapakah Saidina Mu’adz bin Jabal ini sehinggakan Rasulullah SAW sangat mencintainya?

Beliaulah antara sahabat yang banyak berdamping dengan Nabi SAW dan mendapat nasihat secara terus daripada Baginda.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau menceritakan: “Bahawa Rasulullah SAW ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda berpesan kepadanya: “Sesungguhnya engkau akan mendatangi sekelompok kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali ALLAH , dan bersaksi bahwa aku adalah utusan ALLAH. Jika sekiranya mereka mentaatimu akan hal tersebut, maka beritahulah mereka sesungguhnya ALLAH telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu setiap harinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Turut disyorkan Tak semestinya kena berjaga malam berjam-jam, pendakwah titip cara mudah mengejar lailatulqadar

RAMADAN membuka jalan kepada umat Islam untuk menghapuskan dosa dan berubah menjadi insan yang lebih baik. Foto: Pexels

Selain itu, Baginda SAW juga pernah mengiktiraf ketokohan Muadz bin Jabal di dalam sebuah sabdanya: “Ambillah al-Qur’an daripada empat orang iaitu Ibnu Ummi Abdin (Abdullah bin Mas’ud), Mu’adz bin Jabal, dan Ubai bin Ka’ab serta Salim bekas hamba kepada Abu Hudzaifah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, marilah sama-sama kita amalkan doa yang diajarkan Rasulullah kepada sahabatnya Mu’adz, agar ALLAH SWT sentiasa kurniakan rasa ringan dan rindu dalam diri kita untuk beribadah kepada-NYA terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Foto: Pexels & Unsplash