Browsing Tag

suami curang

Isteri curang di Tanah Suci
Berita Semasa,

Terpadam maruah, bila serakah merasuk jiwa hatta di Tanah Suci pun sanggup berzina

Terpadam maruah, bila serakah merasuk jiwa hatta di Tanah Suci pun sanggup berzina…

BARU-BARU ini, tular beberapa tangkap layar dan foto memaparkan kecurangan seorang wanita berstatus isteri dengan suami orang. Lebih celaka lagi kekejian itu bermula ketika kedua-duanya mula menggatal sewaktu bertugas di Tanah Suci Madinah!

Mereka berdua merupakan doktor perubatan yang ditugaskan dibawah Tabung Haji ketika musim haji tahun lalu. Difahamkan, perbuatan cemar itu terbongkar selepas suami wanita berkenaan yang berasal dari Sabah mendedahkan sendiri di platform Facebooknya pada 9 Julai lepas.

Apa yang lebih membuat hati si suami remuk adalah isterinya dikatakan telah melakukan persetubuhan haram ketika berada di Madinah dimana mereka telah mendaftar masuk ke sebuah hotel mewah di Madinah.

Baca Juga Umur pendek, hati gelap bila tonton video lucah

Kedua-duanya juga telah menginap di hotel berkenaan selama tiga hari dua malam tanpa pengetahuan pihak Tabung Haji. Sehingga kini pasangan pendosa itu masih lepas bebas dan belum dicekup. Malah wanita itu pun khabarnya masih belum diceraikan dan si lelaki penyondol itu pula tidak dapat dikesan.

Baca sahaja kisah di atas, pasti hati sesiapa sahaja geram dan meluat, apatah lagi perbuatan mungkar itu dilakukan di Tanah Suci.

PERBUATAN cemar itu terbongkar selepas suami wanita berkenaan yang berasal dari Sabah mendedahkan sendiri di platform Facebooknya pada 9 Julai lepas.

Sungguh, gelora nafsu serakah tidak kenal tempat dan masa. Sekali ‘dah terjerumus, mata dan hati akan buta, diri akan jatuh sehinanya, demikian antara komentar seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Azlan Noor.

Menerusi satu hantaran, Azlan berkongsi tiga perkara mengenai perkara ini sebagai tatapan dan nasihat terutama kepada mereka yang bergelar suami dan isteri.

Jelasnya yang pertama, kehancuran ni bermula dengan hanya satu whatsapp atau sms/mesej.

Artikel Berkaitan 

“Dari kisah ni, kita tahu yang kemaksiatan ini bermula dengan mesej personal yang bertanya hal remeh-temeh. Yang tak ada kaitan dengan kerja pun. Namun dari mesej yang biasa ini membawa hingga ke kemaksiatan yang besar. Nauzubillah.

“Peringatan kepada semua wanita, jika anda sudah bersuami, jangan layan mesej dari lelaki lain bertanyakan hal yang remeh. Cukup sekali balas dan usah dilayan lagi.

“Ketahuilah, lelaki ni ada 1001 cara untuk tarik perhatian dan curi kasih sayang dari seorang wanita. Jangan sesekali terpedaya dengan janji manis lelaki yang bertuhankan nafsu.

“Kedua, hidup di dunia ini ALLAH beri kita akal untuk fikir buruk atau baik satu perkara.

Rumah tangga

SENTIASA berwaspada tidak kira lelaki atau wanita. Terutama yang dah bersuami atau beristeri kerana kehancuran rumah tangga itu adalah satu musibah besar kepada umat.

“Dah terlanjur sampai tahap ‘check in’ bersama, jangan sesekali guna alasan takdir. ALLAH bagi akal, untuk fikir sesuatu perbuatan kita tu ALLAH suka atau ALLAH murka.

“Dah terang lagi nyata berhubungan dengan isteri orang itu haram, namun dek kerana nafsu serakah kau teruskan juga, kemudian nak salahkan takdir? Tak sempat taubat, mampu kah kau nak jawab depan ALLAH nanti yang semua dosa itu kerana takdir?

“Sebelum buat sesuatu, fikir dahulu baik buruk. Sebelum bertindak, ingat dulu niat sebenar dalam hati. Benar, segalanya dalam ketentuan takdir ALLAH, namun jangan guna alasan tu untuk halalkan dosa kau.

“Ketiga, syaitan paling suka hasut manusia supaya terjerumus dalam lembah zina ni.

Turut Disyorkan Sumbang mahram adalah haram dan zina terkeji

“Syaitan tahu yang zina ini antara dosa besar yang akan hancurkan umat Islam. Sentiasa berwaspada tidak kira lelaki atau wanita. Terutama yang dah bersuami atau beristeri. Kehancuran rumah tangga itu adalah satu musibah besar kepada umat.

“Keluarga yang hancur, akan lahirkan anak-anak yang kacau bilau mental dan emosinya. Parut dan luka akibat kehancuran keluarga ini akan kekal sampai mati.

“Semoga ALLAH lindungi kita semua dari dosa maksiat dan zina. Supaya terhindar keluarga kita dari kehancuran,” kongsinya.