Browsing Tag

stranger at the gate

stranger at the gate
Antarabangsa,

Niat letupkan masjid, lelaki ini akhirnya peluk Islam – Dokumentari dicalonkan anugerah Oscar

KALI pertama warga Amerika Syarikat (AS), Richard ‘Mac’ McKinney menjejakkan kaki ke dalam masjid, niatnya hanya satu iaitu untuk meletupkan rumah ibadat itu.

Namun, segala jangkaan bekas tentera laut tersebut ternyata meleset apabila kedatangannya disambut dengan senyuman oleh ahli-ahli Pusat Islam Muncie di situ.

Malah, siapa sangka hanya dua bulan selepas itu, Richard memilih untuk menjadi saudara baru.

Baca juga Masyarakat dunia bantu mangsa gempa Turkiye-Syria, ada sinar di sebalik bencana

stranger at the gate

RICHARD setelah memeluk Islam. Foto: About Islam

Baca juga Pengarah Jordan hasilkan filem, berdakwah menggunakan VR

Kisah menakjubkan itu diangkat menjadi subjek utama dalam sebuah dokumentari berbahasa Inggeris arahan Joshua Seftel bertajuk, Stranger at the Gate.

Menariknya, dokumentari berdurasi 30 minit berkenaan telah dicalonkan berentap dalam anugerah Oscar ke-25 tahun ini menerusi kategori Filem Pendek Dokumentari.

stranger at the gate

JOSHUA Seftel

“Ia (dokumentari) adalah tentang perpecahan dan kebencian yang sedang berleluasa di seluruh dunia sekarang. Serta bagaimana perubahan itu tidak mustahil, ” kata Joshua kepada portal Religion News Service.

Turut disyorkan 5 kisah meruntun hati di sebalik gempa bumi Turkiye-Syria

PUSAT Islam Muncie di Indiana, Amerika Syarikat. Foto: About Islam

Baca juga Peluk Islam ketika dalam penjara, bekas banduan kini jadi pendakwah

Menyentuh tentang kisahnya memeluk Islam, Richard berkata, beliau tersentuh dengan layanan baik masyarakat Islam di situ.

Ujar veteran AS itu, “Saya tidak jangka akan dilayan begitu baik. Saya ingat saya akan dipandang rendah kerana saya tidak mengikuti ajaran Islam (ketika itu).

“Sebaliknya, mereka layan saya seperti saudara sendiri. Ini semua aturan ALLAH.”

SABER (kiri) dan Bibi (kanan) Bahrami, pengasas Pusat Islam Muncie. Foto: About Islam

Turut disyorkan Ketahui sejarah Islamofobia dan serangan halus untuk burukkan Islam

Manakala, salah seorang pengasas Pusat Islam Muncie, Bibi Bahrami memberitahu, dokumentari tersebut membuka peluang memperlihatkan sisi baik manusia, terutamanya umat Islam yang sering disalah erti.

“Saya dan keluarga sangat berbesar hati dapat turut serta dalam filem penuh makna tentang bagaimana kasih sayang dan kefahaman boleh mengatasi kebencian, ” katanya seperti dipetik melalui artikel The Star Press.

Sumber: About Islam 

Foto: About Islam & Google