Browsing Tag

solat berjemaah

makmum baca al-fatihah
Hukum,

Solat tak sah jika makmum baca al-Fatihah bersama-sama imam?

BOLEHKAH makmum ikut sama baca surah al-Fatihah ketika imam juga sedang membacanya dalam solat berjemaah?

Memetik artikel daripada portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam mazhab Syafie, makmum sememangnya wajib membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat solat, sama ada dibaca nyaring atau perlahan, kecuali bagi makmum yang masbuk.

Pun demikian, mungkin timbul persoalan, bilakah sebenarnya waktu yang sesuai untuk membacakan surah Fatihah bagi makmum? Dan adakah solat yang dilakukan masih sah jika makmum membaca al-Fatihah seiring dengan imam yang sedang membacanya?

makmum baca al-fatihah

SELAIN makmum jenis masbuk, jemaah sememangnya wajib membaca surah al-Fatihah dalam ketika solat berjemaah.

Baca juga Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

Perihal makmum membaca Fatihah semasa imam juga sedang membacakannya, sebahagian para ulama Syafie berpendapat hukumnya adalah makruh.

Sebaliknya, sebaik-baiknya makmum berdiam sahaja ketika imam sedang membacakan surah al-Fatihah. Perkara ini bersandarkan hadis Ibnu Abbas yang berkata pernah suatu ketika Baginda menjadi imam dan ada orang yang membaca di belakang Baginda.

Lalu ALLAH menegur perbuatan tersebut dengan menurunkan ayat ke-204 surah al-A’raaf: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya).” (Surah al-A’raaf, ayat 204)

makmum baca al-fatihah

ISLAM adalah agama yang memudahkan lantas kelonggaran diberikan dalam situasi tertentu.

Baca juga Bolehkah membaca surah yang sama dalam solat?

Oleh itu, masa yang lebih afdal bagi makmum membacakan surah Fatihah adalah ketika saktah imam (iaitu ketika imam berdiam sejenak selepas membaca al-Fatihah) atau sewaktu imam sedang membaca surah.

Pun begitu, jika makmum itu mengetahui yang imamnya tidak akan membaca surah lain selepas al-Fatihah, atau membaca surah yang pendek sehingga makmum itu tidak mungkin dapat menyempurnakan bacaan al-Fatihah, maka dia dibolehkan membacanya bersama ketika imam juga membacanya.

Baca juga Jangan biarkan telekung, serban dan kopiah menutup dahi ketika sujud. Dikhuatiri tidak sah solat itu

Dalam apa jua situasi pun, sama ada makmum membaca surah al-Fatihah bersama-sama bacaan imam ataupun ketika imam sedang membacakan surah, status solat yang dilaksanakan tetap dikira sah.

Semoga perkongsian kali ini dapat menjawab persoalan berhubung bacaan al-Fatihah bagi makmum dalam solat berjemaah.

Solat tak sah jika makmum baca al-Fatihah bersama-sama imam?

Foto: Unsplash & Pexels

Hukum,

Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

BERBEZA dengan dua tahun sebelumnya, suasana di masjid dan surau pada Ramadan kali ini lebih gamat daripada biasa.

Ramadan hanya menjengah sekali setahun. Justeru umat Islam berlumba-lumba mengambil peluang menggandakan pahala di bulan suci ini. Kesibukan menguruskan urusan dunia ditinggalkan seketika. Tumpuan dialihkan kepada aktiviti ibadah.

Sering berlaku, kadangkala gara-gara terperangkap di jalan raya atau sedikit kekalutan tatkala mencari tapak parkir, menyebabkan mungkin terlewat tiba ke dalam saf, sehingga imam sudah pun mengangkat takbiratul ihram.

TERDAPAT dua keadaan bagi makmum, iaitu muafik dan masbuk.

Dalam keadaan sebegini, ada yang tertanya, perlukah ‘mengejar’ imam? Bukan sahaja untuk solat fardu lima waktu, situasi ini terpakai juga untuk solat tarawih.

Bagi menjawab persoalan ini, seseorang makmum perlu mengetahui keadaan dirinya sama ada berada dalam keadaan makmum masbuk atau muafik terlebih dahulu.

Sempat habiskan al-Fatihah

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, makmum muafik adalah mereka yang berjemaah bersama imam dan sempat menghabiskan bacaan surah al-Fatihah di dalam qiam imamnya.

Kadar bacaan al-Fatihah makmum itu tidak diukur berdasarkan bacaan dirinya atau imam, namun berdasarkan kadar bacaan bagi kebanyakan orang ramai iaitu tidak terlalu cepat atau lambat.

USTAZ Wadi Annuar

Menerusi video bertajuk Makmum Baca Lambat yang disiarkan di media sosial, Ustaz Wadi Annuar turut mengupas isu makmum muafik yang mengangkat takbiratul ihram bersama imam namun tidak sempat menyelesaikan bacaan surah al-Fatihah sedangkan imam sudah rukuk.

Berpandukan kitab al-Minhaj, Ustaz Wadi menjelaskan terdapat dua keadaan bagi senario ini:

1. Makmum yang mampu menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam rukuk namun sengaja memperlahankan bacaan atas tujuan tartil.

2. Makmum yang membaca lambat secara semulajadi.

Dalam kedua-dua keadaan ini, makmum tersebut perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah.

“Dan apabila selesai ia (makmum) daripada membaca al- Fatihah, hendaklah ia rukuk dengan sendirinya dan iktidal dan sujud hingga ia mendapat imam di mana sahaja ada ia (imam).” (Kitab al-Minhaj)

Mengulas tentang petikan ini, Ustaz Wadi Annuar berkata makmum berkenaan dibenarkan melambatkan rukunnya untuk menghabiskan bacaan al-Fatihah sehingga dapat ‘mengejar’ semula imam.

Penting untuk makmum muafik mengetahui, dia dimaafkan sekiranya ketinggalan di belakang imam sehingga lima rukun yang panjang iaitu rukuk, sujud dan berdiri ketika al-Fatihah dibaca.

Manakala, iktidal serta duduk di antara dua sujud dikira rukun pendek.

MAKMUM muafik yang tiada pasti sama ada sudah baca atau belum surah al-Fatihah juga hendaklah menghabiskan bacaannya dahulu.

Lewat berjemaah

Lain pula hukumnya bagi makmum masbuk, seseorang yang lewat berjemaah dan tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah bersama imam.

Contohnya, seorang makmum lewat berjemaah sedangkan imam sudah hampir selesai membaca surah al-Ikhlas dan makmum berkenaan tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, maka itu dinamakan makmum masbuk.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, terdapat dua keadaan yang boleh dilakukan jika situasi ini berlaku:

1. Sekiranya imam sedang rukuk, makmum hendaklah terus bertakbir serta niat dan setelah berdiri sebentar (lamanya dalam kadar bacaan Subhanallah), terus rukuk bersama imam.

Jika dia rukuk bersama imam pada kadar tamakninah di dalam rukuknya, maka dia dikira mendapat rakaat berkenaan walaupun tidak membaca surah Al-Fatihah kerana bacaan Al-Fatihahnya ditanggung oleh imam.

2. Jika berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, makmum hendaklah membaca surah Al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama dalam rukuk itu.

Oleh itu, pastikan anda tahu anda berada dalam keadaan makmum yang mana sebelum mengambil keputusan untuk ‘mengejar imam’.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto: Pexels & Unsplash