Browsing Tag

soaljawabagamaedisiramadan

Orang tua tak boleh puasa
Video,

[Video] Benarkah orang tua tak boleh puasa cukup sekadar bayar fidyah saja?

Benarkah orang tua tak boleh puasa cukup sekadar bayar fidyah saja?

KEWAJIPAN berpuasa sememangnya difardukan ke atas setiap umat Islam. Namun begitu, ada golongan tertentu yang dibenarkan untuk tidak berpuasa.

Antaranya orang tua yang sudah uzur, sakit ataupun tidak larat berpuasa.

Baca juga Adakah anda tergolong dalam golongan wajib membayar fidyah puasa?

Benarkah golongan terebut memadai hanya dengan bayar fidyah semata-mata?

Bersama Pensyarah Akademi Pengjian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah merungkaikan jawapannya.

Nafkah suami kepada isteri
Video,

[Video] Berdosakah jika lambat berbuka puasa?

Berdosakah jika lambat berbuka puasa?

AZAN Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Malangnya tiada sebutir makanan mahupun minuman untuk dijadikan hidangan berbuka lagi.

Sedangkan, kita pula masih tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Hati mula dilanda rasa resah gelisah kerana bimbang dikatakan melewat-lewatkan berbuka.

Dalam situasi ini, bukannya kita sengaja pun. Kesesakan luar biasa pula hari ini. Selalunya, elok sahaja sampai di rumah dan berbuka.

Adakah melewat-lewatkan berbuka mendatangkan dosa kepada orang yang berpuasa?

Baca juga Ini sebabnya kenapa Rasulullah SAW berbuka puasa dengan kurma 

Jom ikuti penjelasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

Suami berbuka di masjid
Video,

[Video] Isteri ‘menderita’ suami berbuka di masjid

Isteri ‘menderita’ suami berbuka di masjid

SUDAHLAH sakit akibat alahan mengandung, suami pula setiap hari berbuka puasa di masjid dan pulang selepas jam 10 malam.

Alangkah sedihnya si isteri apabila menghadapi situasi sama pada setiap hari. Ironinya pula, mereka ialah pasangan pengantin baharu.

Dalam situasi seperti itu, mana satukah yang paling utama bagi seorang lelaki sama ada berbuka puasa di masjid atau rumah?

Ayuh dengarkan penjelasan daripada Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.

Jual makanan basi
Video,

[Video] Hukum jual makanan basi di bazar Ramadan tanpa sedar

Hukum jual makanan basi di bazar Ramadan tanpa sedar

KETIKA mahu menikmati juadah berbuka yang dibeli dari bazar Ramadan, tiba-tiba sahaja terasa makanan itu sudah masam. Sah, memang basi!

Barangkali ada yang pernah mengalami situasi itu. Hanya mereka yang pernah menghadapinya tahu perasaan tersebut.

Sudahlah seharian menahan lapar dan dahaga, tetapi apabila berbuka, tidak dapat menjamah makanan yang dibeli pula. Kecewa sungguh.

Begitupun, adakalanya peniaga berkenaan langsung tidak sedar dia telah menjual makanan yang sudah rosak. Apakah hukumnya dalam Islam?

Baca juga Jual barang ‘indah khabar daripada rupa’, hasil pendapatan boleh ‘jatuh’ haram

Dengarkan kupasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.

***Foto: Freepik

Puasa tapi tak solat
Video,

[Video] Puasa, tapi tak solat?

Puasa, tapi tak solat? Macam mana tu?

SEGELINTIR orang begitu bersemangat ketika berpuasa. Barangkali ibadah berkenaan hanya diwajibkan selama sebulan setiap tahun. Mungkin juga juadah yang disajikan ketika berbuka menjadi antara daya penariknya.

Namun begitu, apabila tibanya waktu solat, ada sahaja alasan individu berkenaan untuk tidak menunaikan kewajipan yang satu itu.

Nampak pelik, tetapi itulah realitinya dalam kehidupan segelintir orang. Dari segi hukum pula bagaimana? Adakah puasanya diterima?

Baca juga Puasa, tapi tak solat

Jom dengarkan penjelasan pendakwah Ustaz Muhidin Mokter dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.