Browsing Tag

sinar ahad

pexels-fariz-hermawan-3812943
Hukum,

Batalkan puasa dengan makan atau minum bertujuan jimak elak kafarah. Boleh ke?

“BETULKAH sekiranya kita membatalkan puasa dengan makan dan minum dahulu bagi tujuan berjimak (persetubuhan suami isteri) pada bulan Ramadan ini, tidak perlu membayar kafarah? Adakah dibolehkan seperti itu?”

Mari kita ikuti perkongsian pendakwah, Ustazah Asma’ Harun ini.

“Dari sudut bahasa kafarah bermaksud menutup manakala dari sudut istilah ialah perbuatan menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak.

“Terdapat banyak jenis kafarah yang telah ditetapkan syarak seperti kafarah sumpah, kafarah nazar dan sebagainya.

“Namun, kali ini kita menyentuh kepada kafarah bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan, iaitu membebaskan hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan 60 orang miskin,” tulisnya di Facebook.

Kata Ustazah Asma’, berbuka puasa dengan sengaja pada bulan Ramadan adalah dosa yang amat besar.

“Perlu diingati bahawa berbuka puasa dengan sengaja di siang hari pada bulan Ramadan adalah haram dan merupakan dosa yang amat besar.

“Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada Ramadan tanpa sebarang rukhsah (keringanan) yang diizinkan Allah, nescaya tidak memadai sekali pun dia qada’ puasa tersebut walaupun selama-lamanya.” (HR Abu Daud)

“Imam Ibnu Hajar al-Haithami juga menyebutkan bahawa betapa besarnya kesalahan meninggalkan puasa dengan sengaja terutamanya di bulan Ramadan.

Baca juga Awas, suami isteri bermesra siang hari bulan Ramadan boleh jatuh makruh, batalkan puasa

“Hal ini jelas seperti yang disebutkan beliau yang bermaksud “Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah satu hari daripada hari-hari dalam bulan Ramadan, dan berbuka puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau bermusafir.”

“Dan di dalam kitab Fiqh Manhaji juga menyebutkan “Puasa Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam dan perkara fardu dalam agama yang mesti diketahui. Oleh itu, sesiapa yang mengingkari kewajipan, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad,” jelas beliau.

Menurut Ustazah Asma’, perbuatan membatalkan puasa dengan makan dan minum menjadi perbincangan ulama dan telah menghasilkan dua pendapat.

1. Pendapat pertama: Tidak dikenakan kafarah

Pendapat ini adalah pendapat mazhab Syafiah dan merupakan pendapat yang masyhur dalam kalangan masyarakat kita.

Hal ini adalah bersumberkan daripada Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu yang menyatakan, sekiranya membatalkan puasa dengan makan, kemudian melakukan jimak maka tidak ada kafarah baginya.

Beliau juga menyatakan di dalam kitabnya yang lain, kitab al-Muktamad Fi al-Fiqh al-Syafie, bagi orang yang sengaja berbuka puasa dengan makan dan minum terdahulu sebelum berjimak adalah tidak dikenakan kafarah sebaliknya hanya diwajibkan qada puasa sahaja.

Tidak dikenakan kafarah kerana berdasarkan kepada beberapa keadaan seperti berikut;

  1. Membatalkan puasa kerana berada dalam keadaan uzur.
  2. Terlupa bahawa ia sedang berpuasa kemudian melakukan jimak.
  3. Jahil tentang pengharamannya (bersetubuh di siang Ramadan).
  4. Membatalkan puasa dengan makan dan minum kemudian melakukan jimak.
  5. Bermusafir kemudian melakukan jimak.
  6. Membatalkan puasa bukan di bulan Ramadan.

Namun, perlu diingati bahawa perbuatan ini tetap berdosa besar seperti yang disebutkan oleh Imam al-Baijuri di dalam kitab Hasyiah juga menyatakan:

“Dikecualikan (kafarah) dengan melakukan jimak (bersetubuh) apabila membatalkan puasanya dengan makan dan minum. Helah ini hanya menghilangkan kafarahnya sahaja bukan menghilangkan dosanya.”

2. Pendapat kedua: Wajib dikenakan kafarah

Mazhab Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad menyatakan wajib dikenakan kafarah sekiranya membatalkan puasa dengan makan dan minum terdahulu sebelum melakukan jimak (bersetubuh).

Imam Ibnu Qayyim meletakkan ia perlulah melihat kepada maqasid dan tujuan perbuatannya iaitu sengaja berbuka puasa dengan makan dan minum untuk melakukan jimak (bersetubuh).

Inilah disebutkan sebagai helah daripada dikenakan kafarah.

Walau bagaimanapun, melakukan helah untuk melakukan jimak ini tidak menggugurkan kewajipan membayar kafarah kerana melihat kepada tujuan asalnya.

Banyakkan puasa, rebut amalan bulan Syaaban

Selain itu, orang yang telah membatalkan puasa perlu imsak atau tidak?

Imsak bermaksud menahan diri daripada melakukan perbuatan makan, minum dan berjimak pada siang hari bulan Ramadan.

1. Pendapat pertama: Perlu imsak

Pendapat ini menyatakan perlu imsak (menahan diri) daripada melakukan jimak (persetubuhan) sekalipun telah membatalkan puasa. Ini adalah berdasarkan dalil yang disebutkan di dalam al-Quran:

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa untuk bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.” (Surah al-Baqarah : 187)

Dalil ini adalah berlafaz umum tentang keharusan berjimak (bersetubuh) di malam hari bulan Ramadan. Daripada dalil ini juga, telah menghasilkan satu hukum disebaliknya iaitu pengharaman berjimak (bersetubuh) di siang hari bulan Ramadan.

Maka, sekalipun seseorang itu telah membatalkan puasanya, dia tetap perlu menahan dirinya daripada melakukan jimak di siang hari Ramadan berdasarkan dalil di atas. Hal ini kerana, bagi menjaga kesucian bulan Ramadan yang tidak membenarkan melakukan jimak di siang hari.

2. Pendapat kedua: Tidak perlu imsak

Pendapat ini berpegang kepada tidak perlu imsak (menahan diri) daripada melakukan jimak (persetubuhan) kerana melihat kepada puasanya yang telah batal. Sekiranya dia menahan dirinya daripada melakukan perbuatan tersebut, ia tetap tidak memberi kesan kerana puasanya telah terbatal.

Walau bagaimanapun, seseorang itu tetap perlu menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan tersebut di hadapan khalayak ramai termasuklah perbuatan makan dan minum.

Baca juga Status puasa orang pengsan akibat dibius

Justeru, kesimpulannya, ya betul, tidak dikenakan kafarah jika membatalkan puasa dengan makan dan minum terlebih dahulu kerana ingin melakukan jimak (persetubuhan) di siang hari pada bulan Ramadan mengikut pandangan Syafieah.

Namun, terdapat lagi satu pandangan ulama yang menyatakan tetap wajib dikenakan kafarah bagi orang yang sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum bagi tujuan melakukan jimak.

Orang yang telah berbuka puasa dengan makan dan minum di siang hari bulan Ramadan perlulah imsak iaitu menahan dirinya daripada melakukan perbuatan jimak (bersetubuh) sepertimana orang berpuasa sehinggalah masuknya waktu azan Maghrib sebagai menghormati kesucian di bulan Ramadan.

Berdosa besar bagi mereka yang sengaja membatalkan puasa di siang hari bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

Semoga bermanfaat.

Foto: Pexels

rachid-oucharia--5KiYzyuqV8-unsplash
Panduan,

Ustaz Ebit senaraikan 6 perkara perlu pelihara jaminan Muslim ke syurga

SEMUA orang Muslim berkeinginan untuk masuk syurga dan tiada sesiapa yang sanggup untuk menjadi penghuni neraka walaupun sesaat sekali pun.

Namun, tujuan Allah menjadikan syurga dan neraka itu ada sebab-sebabnya.

Syurga itu mempunyai nikmat yang tidak terperi hebatnya bagi mereka yang soleh.

Syurga turut digambarkan yang cukup indah, penghuninya boleh bersenang-lenang dengan pelbagai jenis buah-buahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri daripada seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang yang berjihad pada jalanNya.” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Dalam surah ar-Rahman, ayat 52 Allah berfirman yang maksudnya; “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).”

Seperti yang dikongsi pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.

Daripada ‘Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: “Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian.” (HR Ahmad No: 21695) Status: Hadis Hasan.

Bulan Rejab

Menurut beliau, Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk syurga jika memelihara enam perkara:

1. Jujur jika berbicara

Ibnu Qayyim berkata: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran akan membezakan antara munafik dan beriman.

2. Menepati janji

Tidak memenuhi janji adalah di antara sifat munafik.

3. Menunaikan amanah

Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan.

4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)

5. Menundukkan pandangan

Ibnu Qayyim berkata: Menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran.

Baca juga Jiwa kacau, cuba ubati dengan pendekatan dianjurkan oleh agama

6. Menahan tangan

Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, maupun tetangganya baik dengan lisan ataupun tangannya.

Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya.

Ayuh kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan.

Semoga bermanfaat!

Foto: Facebook

pexels-monstera-5996995
Gaya Hidup, Panduan,

Banyakkan puasa, rebut amalan bulan Syaaban

UMAT Islam digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dalam bulan Syaaban.

Ia juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Bulan Rejab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan darjatnya daripada segala bulan seperti halnya kelebihan-Ku atas segala makhluknya, Syaaban itu bulanku dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihan-Ku atas segala nabi-nabi, dan Ramadan pula adalah bulan umatKu dan Allah melebihkan atas segala umat”.

Hadis ini menjelaskan tentang tiga bulan termasuk bulan Syaaban. Oleh itu, masyarakat Islam memperbanyakkan amalan pada bulan ini dengan membuat pelbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti puasa, solat, membaca al-Quran, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.

Mereka yang sudah sebati dengan amalan tersebut melakukannya kerana mereka melihat kepada pengisian ibadah pada bulan atau hari tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara contoh amalan yang dilakukan mereka yang dianggap Sunnah Rasulullah SAW:

1. Puasa sunat

Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW membanyakkan puasa di bulan Syaaban.

2. Membaca surah Yasin

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran.

Waswas

SEBELUM menunaikan solat, amalkan baca doa daripada Surah al-Mukminun, ayat 87 dan 98 untuk mengelakkan diri daripada diganggu syaitan ketika sedang menghadap ALLAH SWT.

3. Berdoa

Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hambaNya berdoa nescaya Allah SWT memperkenankan doa mereka.

4. Mengadakan majlis kenduri

Nabi Muhammad SAW menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.

5. Bertahlil

Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir Lailaha illallah, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Namun, amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukan pada bulan Syaaban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.

Al-Hafiz bni Rejab (r.a) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini setelah membincangkan secara panjang lebar, Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan tabi’in di kalangan penduduk Syam antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut.

Pada malam Nisfu Syaaban mereka membaca surah Yasin (3 kali). Sama ada secara individu atau berjemaah diikuti dengan doa selepasnya.

  • Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.
  • Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.
  • Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.

Baca juga 4 qul, perisai ampuh hindari hasutan syaitan, iblis

Jadi, sempena bulan Syaaban ini, marilah kita mengamalkan amalan-amalan yang baik bagi melatih diri menuju Ramadan.

Apa pun, semua itu terpulang kepada kemampuan masing-masing. Andai kata kita tidak mampu berpuasa, tidak perlu puasa.

Sebaliknya, jika mampu, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga di rumah.

Ambillah peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan untuk melatih anak-anak kita berpuasa.

Sumber: Datuk Haji Abd Majid Omar

Foto: Pexels

towfiqu-barbhuiya-Yw9Vgr6i_-0-unsplash
Gaya Hidup,

Allah memberi ujian sakit sesuai daya tahan – Ustaz Ebit

SEBAGAI muslim, kita mesti yakin bahawa Allah bukan sengaja menguji dan membuat hambanya menanggung kesusahan.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri sama ada diketahui oleh hambanya atau tidak.

Dalam satu riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan, setiap kepenatan, sakit, dukacita, runsing, kesusahan walaupun sekadar tercucuk duri yang menimpa orang muslim, maka Allah akan menghapuskan dengan sebabnya akan dosa-dosanya.

Seperti yang dikongsi pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambanya dan banyak hikmahnya serta bukti seperti;

1) Sakit itu zikrullah.

Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu istighfar.

Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga muhasabah.

Bukti: Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu jihad.

Bukti: Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu ilmu.

Bukti: Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga nasihat.

Bukti: Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu silaturrahim.

Bukti: Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

Allah memberi ujian sakit sesuai daya tahan - Ustaz Ebit

8) Sakit itu gugur dosa.

Bukti: Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu mustajab doa.

Bukti: Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

Baca juga Ikhlaskan hati, usah mengeluh menjaga orang sakit kerana ganjaran besar menanti

10) Sakit itu menyusahkan syaitan.

Bukti: Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.

Bukti: Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.

Bukti: Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.

Bukti: Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan mati dan membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Jom sama-sama berzikir, berfikir, syukur, sabar dan redha.

Foto: Unsplash

linkedin-sales-solutions-UK1N66KUkMk-unsplash
Berita Semasa,

Kemusykilan mengenai PKP akhirnya terjawab, dan 7 soalan netizen berjaya dihurai

BARU-BARU ini SinarPlus menyambut ulang tahun pertama mereka bersiaran yang mana pada 1 Mac lalu genap sudah usia penerbitannya selama satu tahun.

Bersempena dengan itu SinarPlus juga memeriahkan lagi sambutan dengan bersiaran secara langsung di laman Facebook melalui satu program yang dikenali sebagai Yass Satu Tahun Yang Awesome-SinarPlus Versary yang berjaya dilangsungkan selama 15 jam berturut-turut.

Durasi yang panjang itu bagi menghargai sokongan dan memenuhi permintaan pembaca SinarPlus yang mahu terlibat secara langsung terutama dalam segmen Happy Hour!-SinarPrise dan $inarPulu$.

Apa yang menarik, seawal pagi lagi, pelayar Facebook SinarPlus sudah membanjiri halaman maya untuk mendengar jawapan bertanya mengenai kemyuskilan agama melalui salah satu program yang ditawarkan khas buat pelayan iaitu Soal Jawab Netizen edisi agama.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang musykil dengan beberapa perkara terutama mengenai ilmu agama, namun tidak mendapat jawapan yang pasti atau masih lagi ragu-ragu.

Oleh demikian, bagi menjawab soalan netizen ini, SinarPlus telah membuka peluang kepada pelayar untuk bertanyakan soalan kepada Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan suami Ustaz Muhidin Mokter untuk menjawab kemusykilan mereka.

Jom kita ikuti perkongsian beliau :

1.Saya sudah tiga bulan tidak berjumpa ibu dan bapa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagai seorang anak yang rindukan ibu dan ayah bolehkan saya ingkari arahan PKP, apakah hukumnya?

USTAZAH ISFADIAH : Bila menyentuh soal PKP, ia tidak akan dilaksankan jika tiada perkara yang memudaratkan. Pihak kerajaan menetapkan arahan tersebut ia pasti mempunyai asbabnya yang tersendiri dan saya percaya ia adalah bertujuan untuk kesejahteraan semua pihak.

Sekiranya PKP ditamatkan, ini 5 strategi yang mungkin boleh diguna pakai untuk melandaikan kes Covid-19Soal rindukan ibu dan ayah pula sebenarnya ia melibatkan perasaan normal seorang anak. Namun hakikatnya mendengar arahan pemimpin atau pihak berkuasa lebih utama daripada melayan perasaan sendiri kerana jika kita ingkar, perbuatan kita itu mampu memudaratkan ibu dan ayah kita.

Allah s.w.t. berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Uli al-Amri” (orang-orang yang memimpin) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (al-Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (al-Nisa’, 4: 59).

2. Saya dalam proses menghabiskan puasa ganti Ramadan tahun lepas. Jika saya sengaja membatalkan puasa gantik itu, perlu atau tidak saya ganti semula puasa berkenaan sebanyak dua kali iaitu puasa ganti Ramadan dan puasa ganti yang saya batalkan tersebut?

USTAZ MUHIDIN MOKTER : Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.

Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa terutama golongan wanita untuk mengganti semula puasa tersebut sebelum kembalinya bulan Ramadan berikutnya.

Bagi menjawab persolan sama ada perlu ganti dua kali jika seseorang itu sekali lagi membatalkan puasa gantinya jawapannya adalah tidak.

Yang wajib diganti adalah puasa yang ditinggalkan ketika dalam bulan Ramadan sahaja manakala yang terbatal ketika seseorang itu cuba berpuasa ganti itu tidak wajib diganti. Cukup ganti satu puasa sahaja.

3. Saya bekerja di salah sebuah syarikat kurier. Barang yang diterima daripada pelanggan terlalu banyak sehingga ada masanya kami terlangkah barang-barang tersebut.

Paling menyedihkan jika barangan itu terdiri daripada al Quran dan kitab-kitab agama tanpa kami perasan.

“Aduan marhaen” Terlalu ramai ‘shopping online’ masa PKP, syarikat kurier hadapi masalahAdakah perbuatan kami dikira tidak memuliakan al Quran dan bagaimanakah cara untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku?

USTAZAH ISFADIAH : Tidak memuliakan al Quran jika kita tahu dalam parcel atau bungkusan itu terdapatnya al Quran. Kalau tidak tahu atau tidak sengaja, ia dimaafkan kerana kerana Islam itu sangat mudah.

Perkara atau cara yang paling elok untuk nak elakkan situasi itu berlaku adalah jangan biasakan melangkah barang-barang walaupun kita tahu ia bukan al Quran. Cuba elak dan biasakan untuk menghormati sesuatu barang atau bungkusan tersebut kerana ia sebenarnya adalah hak orang lain.

4. Baru-baru ini saya ada membeli umah sub-sales. Pemilik asalnya adalah bukan muslim, perlukah saya samak rumah tersebut dan bagaimanakah caranya dijika ia perlu dilaksanakan serta kawasan manakah yang perlu diberi perhatian?

USTAZ MUHIDIN MOKTER : Kebersihan adalah suatu perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Allah SWT telah memerintahkan hamba-Nya untuk bersuci dan menjaga kebersihan.

Antara kaedah untuk membersihkan sesuatu adalah dengan kaedah samak atau sertu. Kedua-dua perkataan ini perlu difahami sebaiknya melalui pengertian dari segi bahasa dan juga segi istilah.

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, suka untuk saya terangkan berkaitan dengan isu penggunaan bahasa terlebih dahulu. Ini kerana, terdapat perbezaan maksud di antara perkataan samak dan juga sertu.

Samak ialah satu perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya. Samak ini kebiasaannya digunakan untuk samak kulit bagi mengeluarkan daging, lemak, tulang, lendir dan tisu yang terlekat pada kulit haiwan yang ingin digunakan.

Manakala istilah sertu pula membawa maksud, menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah iaitu anjing dan babi dengan basuhan sebanyak tujuh kali dan sekali air tanah.

Sekalipun tidak perlu berbalah dalam istilah, namun dengan mengetahui penggunaan kalimah yang tepat dapat membantu kita dengan lebih lanjut dalam memahami sesebuah permasalahan yang berlaku.

Dengan kata mudahnya jika kita lihat rumah yang bakal kita duduki itu bersih ia sudah memadai dengan hanya basuh sehingga kita yakin ia bersih.

Cara yang mudah, selamat dan betul untuk samak rumah anda adalah seperti :

  • Ambil tanah secukupnya. Sebaiknya tanah merah atau tanah liat.
  • Bancuh tanah tersebut di dalam bekas tong yang besar dan bersih.
  • Biarkan seketika tanah itu mendap. Kita hanya perlukan air yang kat atas saja.
  • Gunakan mop dan celupkan ke dalam air tanah tersebut dan mop di sekitar lantai rumah anda untuk bilasan pertama.
  • Boleh juga di siram air tanah tersebut menggunakan gayung dan ratakan di atas lantai.
  • Bilas air tanah tersebut dengan air bersih sebanyak 6 bilasan dengan cara menyemburkan lantai tersebut menggunakan paip.
  • Ratakan air bilasan tersebut ke semua ruang lantai anda atau boleh juga menggunakan mop.

5. Kalau wanita tidak tutup aurat dengan sempurna tapi dia rajin sedekah dan tolong orang lain. Adalah amalan solehnya diterima?

USTAZAH ISFADIAH : Amal soleh dan menutup aurat adalah satu amalan yang berbeza. Menutup aurat itu adalah perkara fardu yang diwajibkan untuk semua umat Islam sementara sedekah pula merupakan antara amalan yang terpuji dalam Islam.

Hakikatnya untuk melakukan kebaikan atau amalan kita sebenarnya perlu mengetahui apakah amalan yang disukai oleh Allah. Jelas membuktikan amalan yang disukai oleh Allah adalah melakukan amalan-malan yang wajib dan dengan kata mudahnya menutup aurat itu adalah satu amalan yang wajib.

Jadi, sebelum kita lakukan amalan-amalan terpuji, jauh lebih baik kita sempurnakan dulu amalan yang wajib seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

6. Suami saya baru-baru ini kena buang kerja akibat penularan Covid-19. Sejak dari itu suami bergantung penuh pada pendapatan saya terutamanya perbelanjaan rumah. Apakah pendapat ustaz dan ustazah?

USTAZ MUHIDIN MOKTER : Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu.

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Nafkah dan hutang

NAFKAH merupakan tanggungjawab ketua keluarga dan hutang juga wajib dilunaskan.

Merujuk kepada soalan, suaminya hilang punca pendapatan bukan atas kerelaanya. Bila suami susah, orang yang layak membantu adalah isterinya yang merupakan individu terdekat.

Harus bagi suami untuk menggunakan harta isteri bagi tujuan perbelanjaan harian. Dengan kata mudah isteri boleh hadiahkan pendapatannya bagi tujuan membantu suami atau meminjam sementara waktu bagi tempoh-tempoh tertentu dan yang penting kerelaan.

Jangan susahkan perkara yang mudah. Bantu membantu dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam urusan rumah tangga juga dituntut dalam Islam.

7. Sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, adakah kita perlu membantu menggantikan solat yang pernah ditinggalkan oleh arwah?

USTAZAH ISFADIAH : Solat itu adalah adalah ibadah yang bersifat badani (ibadat yang yang dilaksanakan dengan tubuh badan). Sebahagian ulamak mengatakan tidak memadai atau tidak cukup untuk seseorang itu menggantikan solat yang ditinggalkan orang lain. Mereka beranggapan perbuatan itu adalah perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa hasil dan juga boleh dianggap sia-sia bagi sesetengah ulamak.

Tidak ada asas mahupun dalil yang merujuk kepada perlakuan tersebut tetapi apa yang boleh dilakukan oleh waris adalah berdoa mintak Allah ampunkan arwah dengan segala salah dan silap yang telah dilakukan ketika hidup termasuk solat yang telah ditinggalkan.

Selain itu, sebagai waris atau ahli keluarga juga bolehlah bersedekah bagi pihak arwah dan uruskan perkara-perkara wajib berkenaan harga yang ditinggalkan arwah termasuk zakat dan badal haji.

Foto: Unsplash

gr-stocks-nAmQxyPsheM-unsplash
Panduan,

9 Kelebihan membaca surah Al-Waqiah, rezeki yang tak dijangka adalah sebahagiannya

BAGI meredakan sedikit ketegangan dan kekusutan orang ramai dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang mana kita diuji dengan pelbagai ujian, salah seorang pengguna Twitter menyarankan agar orang ramai mengamalkan surah Al-Waqiah.

Dalam postingnya, dia menyeru orang ramai untuk membaca surat tersebut setiap malam sebelum tidur kerana terlalu banyak kebaikan dan keistimewaan surah tersebut termasuk rezeki yang akan datang tanpa dijangka.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam al-Quran dan salah satunya adalah surah Al-Waqiah.

Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan seluruh manusia sejagat.

Bagi anda yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut anda tahu.

InsyaAllah dengan mengamalkan surah Al-Waqiah ini, kehidupan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita. Antaranya adalah seperti :

  1. Beroleh pelbagai kesenangan

Khasiat surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari.

Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.

Apabila anda kerap kali membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.

Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa anda sedari.

Kebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana maksud rezeki itu luas.

Ramai yang tidak menyedari bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki anda.

  1. Dijauhkan dari kemiskinan

Apabila seorang muslim itu mula mengamalkan surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya.

Tahukah anda, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

  1. Dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah

Dengan mengamalkan surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, InsyaAllah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.

Walaupun begitu, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaAllah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

  1. Ditunaikan segala hajatnya

 

Sesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Sebahagian ulamak pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

  1. Menjadi seorang yang lebih bersyukur

Percaya tak, sekiranya anda sering mengamalkan membaca surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa.

Untuk terus menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur, anda harus mempraktikkan surah Al-Waqiah untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga.

Amalkan membacanya sebanyak tiga kali selepas solat Subuh dan tiga kali selepas solat Isyak, InsyaAllah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi serta bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.

  1. Menjauhkan diri dari sifat riak dan bongkak

Kelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak.

Kita akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, kita juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.

Apabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.

  1. Menjadikan raut wajah lebih berseri-seri

Berwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang.

Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah surah Al-Fatihah sekali dengan surah Qursi dan juga surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut.

Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, InsyaAllah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

  1. Menjadi mukmin yang sejati, lebih sufi dan lebih mendekatkan diri kepada Allah

Untuk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten.

Petua Syeikh Abi’l Abbas, untuk surah Al-Waqiah, terlebih dahulu anda perlu berpuasa selama tujuh hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.

Dalam 7 hari itu, setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaitu pada malam Jumaat, bacalah surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak 1000 kali.

Dengan melaksanakan amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung anda dapat mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan anda mukmin yang lebih sejati dan bersifat sufi. Anda boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt.

  1. Permudahkan orang sakit atau bersalin

Surah Al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita.

Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya.

Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.

Itulah dia kelebihan surah Al-Waqiah menjemput rezeki dan memudahkan urusan.

Jelaslah bahawa surah Al-Waqiah mempunyai pelbagai khasiat dan fadhilat yang ramai tidak tahu.

Jika ada masa, bukalah al-Quran dan hayatilah maksudnya.

Jika anda baca dari hati, perasaan sayu pasti timbul selain dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita dan memudahkan urusan kita.

Sumber : karteldakwah.com

Foto: Unsplash

sihir
Panduan,

Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?

PERBUATAN menggunakan sihir dalam kalangan masyarakat hari ini masih lagi berlaku walaupun kita kini hidup dalam dunia serba moden.

Sihir bertujuan agar individu yang disihir mengasihi seseorang sama ada tukang sihir sendiri atau orang yang mengupahnya. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia juga popular dipanggil ilmu guna-guna.

Seorang isteri atau suami yang terdesak sanggup mengambil langkah mudah dengan berjumpa bomoh bagi memastikan pasangannya sentiasa mengasihinya antara satu sama lain.

Walaupun pada zahirnya tujuan ikhtiar tersebut kelihatan baik tetapi ia tetap termasuk dalam sihir kerana kaedah fiqah yang memberi maksud “Matlamat tidak menghalalkan sesuatu cara melainkan dengan dalil”

Mengeratkan hubungan suami isteri merupakan tujuan yang baik. Namun begitu tujuan tersebut tidak menghalalkan ikhtiar melalui sihir.

Memetik satu penulisan yang ditulis oleh Pengarah Urusan Ikhtiar Sdn Bhd, Ustaz Abdul Hadi Jusoh melalui laman Facebook, pelbagai kaedah digunakan pakai oleh tukang sihir dalam menjayakan sihir seumpama ini.

Antaranya dengan menggunakan bahan-bahan tertentu seperti minyak yang dikenali sebagai minyak cenduai, minyak senyonyong, minyak dagu orang yang mati dibunuh dan minyak dagu perempuan mati beranak sulung.

Selain dicalit pada orang yang disihir ia juga diletakkan di tempat-tempat laluannya.

Ada yang menggunakan pakaian pasangan yang hendak disihir untuk dijampi. Ada yang menggunakan bahan-bahan tertentu yang telah dijampi dan dimasukkan dalam makanan mahu pun minuman.

Tambah Ustaz Abdul hadi lagi, ada juga yang menggunakan kaedah simpulan, patung atau gambar yang dipuja agar mangsa menjadi tidak keruan dan tergila-gilakan orang yang menyihirnya.

Orang yang disihir akan menjadi ‘obsess’ kepada yang menyihirnya sehingga boleh membawa kepada keinginan untuk bertemu dan melakukan perbuatan yang terkutuk.

Jin yang menjadi pengantara sihir akan dipanggil melalui jampi mantera yang dibaca oleh tukang sihir dan akan menjelma dalam mimpi mangsa melalui rupa bentuk lelaki yang memujanya.

Dia muncul dengan wajah yang mengasyikkan sehingga mangsa menjadi asyik dan ghairah.

Mangsa akan terus teringatkan wajah lelaki berkenaan ketika sedar secara terus menerus. Jin tidak akan merasuk otak mangsa menyebabkan ia tidak berupaya untuk berfikir dengan waras dan lupa segala-galanya.

Sekiranya mangsa seorang isteri orang, dia akan berubah sikap terhadap suami dan anak-anak. Sekiranya dia seorang anak dara, dia tidak akan mempedulikan nasihat ibu bapanya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayidatina Safiyyah RA yang memberi maksud, “Sesungguhnya jampi mantera (yang bukan Islam) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik.”

Tanda-tanda seseorang yang terkena sihir pengasih adalah seperti perubahan sikap yang amat drastik, contohnya daripada tidak suka menjadi suka secara tiba-tiba.

Begitu juga timbul perasaan sayang, cinta dan rindu yang tidak tertahan-tahan sehingga mengganggu emosi.

Apa yang lebih dikhuatiri ialah lahir keinginan seksual yang meluap-luap seolah-olah tidak dapat dikawal sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang dicintai walaupun perkara tersebut bertentangan dengan adat dan hukum syarak.

Menurut Imam Nawawi, ilmu sihir bukanlah satu ilmu yang boleh mendinding diri daripada kebinasaan, tetapi ilmu itu sebenarnya boleh merosakkan akidah umat Islam sehingga membawa kepada syirik dan murtad.

Sebagai umat Islam, beramal dengan cara Islam jauh lebih baik untuk memelihara kesihatan atau pendinding diri.

Caranya, beramal dengan ayat al-Quran, doa rukyah yang diajar Baginda Nabi SAW, menjaga pemakanan yang sihat, beramal dengan zikir yang warid. Cari penawar atau penyakit mesti ikut hukum syarak!

Semoga bermanfaat!

Berita Semasa,

Sebelum lelapkan mata, bacalah doa ini untuk limpahan rezeki tanpa diduga

TIADA siapa pun yang mahu hidup susah. Dalam hidup, kita perlulah serahkan segalanya kepada Allah SWT yang Maha Pemberi Rezeki.

Kita hanya perlu usaha, doa, tawakal dan paling penting yakin dengan Allah.

Mari kita sama-sama hadam perkongsian daripada mohdherman ini sebagai panduan untuk memohon Allah melimpahi rezeki yang banyak dan tidak diduga kepada kita.

Sebelum lelapkan mata, bacalah doa ini untuk limpahan rezeki tanpa diduga

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan
rasa kaya dengan pemberianNya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.

Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak
menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu
Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan
segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.

Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al- Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.

Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Baca juga Rasulullah SAW sentiasa berada di tempat terunggul, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi baginda

11 . Menjalin silaturrahim

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari).

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa
perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW
bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan
baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi
sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti
harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan
melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dariNya.

Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintaiNya dan yang tidak dicintaiNya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintaiNya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. FirmanNya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3).

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam erti kata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

Sumber: mohdherman

Berita Semasa,

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

BERDOA dan mintalah hajat kepada ALLAH SWT. Semoga anak-anak kita dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaaan dengan tenang dan mendapat keputusan terbaik.

Buat ibu bapa, boleh amalkan bacaaan ini ketika anak menghadapi peperiksaan atau ujian bulanan di sekolah mahupun universiti.

Moga amalan berzikir dan berdoa yang berterusan ini, Allah memakbulkan doa kita untuk anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Apabila tiba musim peperiksaan anak, pasti ibu bapa pun mula rasa gementar dan ada juga yang berikhtiar dengan membacakan doa anak menghadapi peperiksaan.

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak bukan?

Oleh itu marilah amalkan doa ini ketika anak-anak sedang berjuang dalam peperiksaan.

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

1. Surah Al-Fatihah – 7 kali

Surah Al Fatihah sememangnya terbukti mempunyai hikmah kelebihan, fadilat dan khasiat yang tersendiri dan sering diamalkan oleh mereka yang mendalaminya. Ia juga sering dibaca di dalam solat dan doa malah sering dibacakan setiap hari dalam kehidupan seharian ramai orang selain dijadikan penawar dan penyembuh berbagai jenis penyakit.

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

2. Selawat – 7 kali

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

Artikel berkaitan: Berkali-kali doa minta kaya, tapi tak dimakbulkan. Rupanya ALLAH gantikan dengan…

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

3. Subhanallah – 44 kali

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun
dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

4. Alhamdulillah – 44 kali

Seseorang hamba yang bersyukur kepada Allah maka Allah telah berjanji akan menambah rezekinya. Bersyukur disini juga boleh dilakukan dengan mengucapkan Alhamdulillah.

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

5. Allahuakbar – 44 kali

Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

6. Ya Hayyu Ya Qayyum – 21 kali

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.

Semoga amalan kita diterima Allah dan anak-anak berjaya dalam pelajaran.

 

 

Berita Semasa,

Doa ‘first class’ yang mudah diterima

APABILA sebut berkenaan doa, semua orang berdoa. Semua orang meminta.

Tapi sejauh mana doa itu terkesan dan diterima Allah, hanya Allah yang tahu.

Tapi kita sebagai hamba Allah mesti berusaha supaya doa kita itu diterima. Inilah yang disampaikan di dalam kelas ini.

Kita berdoa kerana terdesak. Terdesak untuk Allah bantu kita.

Sebab memang tak ada orang yang boleh bantu kita selain Allah SWT. Betul tak?

Dan tak setiap orang berada dalam keadaan terdesak kerana tak semua dapat peluang macam tu.

Doa ‘first class’ tu macam mana?

1. Doa yang diambil dari Al-Quran dan Hadith

2. Doa yang datang bersama syarat dan adab

3. Doa tak perlu fancy.

4. Doa tak perlu bermeditasi dan visualisasi.

5. Doa yang datang dengan kefahaman.

6. Doa yang datang dari lubuk hati yang paling dalam

Berdoalah dengan rasa terdesak dan keinginan yang  mendalam.

Berdoalah dengan rasa penyesalan dan kehambaan.

Bukan KEAKUAN.

Bukan KESOMBONGAN.

Doa dengan rasa rendah hati untuk Allah bantu kita.

Artikel berkaitan: Tinggalkan atau tak solat langsung, ramai yang tak pandang ini sebagai jenayah, padahal….

Mari kita renungkan Doa Mohon Kesembuhan yang dimohon oleh Nabi Ayub yang sangat santun, adab dan merendah diri.

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (83)

Maksudnya: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit (keburukan) SEDANG ENGKAULAH SAHAJA YANG LEBIH MENGASIHANI DARIPADA SEGALA (YANG LAIN) yang mengasihani.

-Surah Al Anbiya’ ayat 83.

Sahabat…
JANGANLAH TINGGAL AL QURAN.

Peruntukan walau sedikit masamu dalam sehari untuk membaca dan mentadabburnya.

Inilah hadiah teragung yang Allah berikan kepada kita.

Sumber: Ashikin Hashim