Browsing Tag

Siling menara masjid runtuh

Siling menara masjid runtuh
Antarabangsa,

14 jemaah cedera ketika sedang solat Isyak, siling menara masjid di Indonesia runtuh

14 jemaah cedera ketika sedang solat Isyak, siling menara masjid di Indonesia runtuh

MENGGEMPARKAN. Itulah yang dirasakan oleh para jemaah apabila siling menara Masjid Tifatul Jamaah di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh malam tadi.

Insiden malang itu menyebabkan 14 jemaah dilaporkan cedera ringan dan parah, sebelum dikejarkan di tiga hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Ia termasuklah Hospital Jala Ammari, Hospital Akademik Jaury Jusuf dan PKM Pattingalloang.

Ketika kejadian, portal berita berpengaruh Indonesia, Republika melaporkan, para jemaah sedang menunaikan solat Isyak.

Salah seorang jemaah yang dikenali sebagai Nurdin berkata, Masjid Tifatul Jamaah yang mempunyai ketinggian dua tingkat runtuh di atas bumbung atau siling di tengah-tengah masjid ketika para jemaah menunaikan solat fardu berkenaan.

Siling menara masjid runtuh

DANNY mengarahkan Masjid Tifatul Jamaah ditutup sementara dan meminta Pejabat Kerja Raya Makassar untuk menjalankan ujian pembinaan bangunannya.

“Kejadian itu benar-benar tidak dijangka kerana tiada tanda-tanda siling runtuh,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Republika.com.

Sementara itu, Datuk Bandar Makassar, Muhammad Ramdhan Pomanto yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat perkhabaran duka tersebut mengarahkan Pejabat Kerja Raya Makassar untuk menjalankan ujian pembinaan bangunan masjid berkenaan.

“Demi keselamatan masyarakat, masjid akan ditutup sementara. Esok (hari ini) pasukan struktur akan datang untuk meneliti kelayakan bangunan tersebut,” tegas beliau sepertimana dilaporkan portal klikkiri.co.

Baca juga Pelajar kurang pendengaran di Indonesia hafal al-Quran guna bahasa isyarat

Meskipun masjid itu ditutup sementara, namun tambah Muhammad Ramdhan yang mesra disapa Danny Pomanto, penduduk tempatan masih boleh menunaikan solat tarawih dengan meminta pihak berkaitan segera memasang khemah kecemasan sementara.

“Kami akan memindahkan aktiviti ibadah ke jalan raya dengan khemah. Malam ini (tadi) mereka mempersiapkannya. Jadi ibadah tetap jalan,” ungkapnya.

Siling menara masjid runtuh

SEKITAR runtuhan siling menara Masjid Tifatul Jamaah dan jemaah yang mendapat rawatan selepas mengalami kecederaan.

Ketua Polis Pelabuhan Makassar, AKBP Yudi Frianto pula berkata, polis akan menyelidik penyebab robohnya siling Masjid Tifatul Jamaah.

“Kita akan selidiki penyebabnya. (Setakat artikel ditulis) Belum diketahui (penyebabnya) kerana ia berlaku serta-merta,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal liputan6.com.

Baca juga Gempa bumi Cianjur: 2 pelajar khatam al-Quran, guru yang dihempap kubah masjid terselamat

Jelas Yudi, pihaknya akan bekerjasama dengan saksi untuk mencari punca kejadian.

***Foto: klikkiri.com, liputan6.com & Era.id