Browsing Tag

semut

semut
Isu,

‘Jadilah seperti semut, tahu menjaga bangsa sendiri’ – Habib Ali Zaenal Abidin

‘Jadilah seperti semut, tahu menjaga bangsa sendiri’ – Ini kata Habib Ali Zaenal Abidin

AL-QURAN diturunkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW sebagai panduan melayari kehidupan di atas muka bumi.

Kitab suci itu sarat dengan ayat-ayat ALLAH SWT yang menyebut tentang pelbagai kisah berbeza untuk dijadikan ibrah dalam urusan seharian kita.

Kata pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, ceritera yang dinukilkan menerusi al-Quran bukan sahaja menyentuh tentang manusia, bahkan ALLAH juga menceritakan perihal haiwan.

Baca juga Kisah Qitmir, si anjing peneman pemuda-pemuda hebat Ashabul Kahfi

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

Baca juga Tak boleh bunuh semut, tetapi bagaimana jika serangga itu bawa mudarat?

Beliau memberi contoh Surah an-Naml yang sangat istimewa kerana ia dinamakan sempena salah satu binatang terkecil di dunia iaitu semut.

“Surah (an-Naml) itu dinamakan surah semut. Ia adalah tentang Nabi Sulaiman AS. Namun, kisah yang ditonjolkan oleh ALLAH sehingga surah tersebut dinamakan ‘semut’ adalah kerana serangga berkenaan,” katanya.

Namun, apakah keistimewaan semut sehingga kisah dan namanya diabadikan dalam al-Quran sebagai salah satu judul surah?

Walhal daripada 93 ayat dalam Surah an-Naml, hanya dua ayat yang menyebut tentang semut.

Turut disyorkan Inilah doa Nabi Sulaiman untuk rezeki yang melimpah

ADA sebab mengapa Surah an-Naml dinamakan Surah Semut meskipun hanya dua ayat sahaja yang menyebut tentang serangga berkenaan. Foto: Pexels

Baca juga Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

Seperti yang dirakamkan dalam kalamullah, Nabi Sulaiman AS pernah bertembung dengan semut ketika dalam perjalanan ke suatu tempat.

Firman ALLAH: “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. (Surah al-Naml, ayat 18)

Dalam tafsir al-Jalalayn karya al-Mahalli dan al-Suyuti, kisah tersebut berlaku ketika Nabi Sulaiman tiba di suatu lembah semut berkemungkinan terletak sama ada di kota Taif atau di negeri Syam.

Menurut kitab itu, apabila terlihat bala tentera baginda, ratu semut telah menyuruh serangga kecil itu untuk kembali ke sarang supaya tidak dipijak.

Turut disyorkan Kucing bukan haiwan kesayangan Nabi SAW? Ini sebabnya

semut

SETIAP kisah yang diceritakan ALLAH SWT dalam kitab suci al-Quran mempunyai manfaat dan ibrah yang boleh diteladani manusia. Foto: Unsplash

Baca juga Haram Makan Daging Korban Kerana Kasihan Pada Haiwan Yang Disembelih?

Perkaitan kisah semut dan manusia

Lantas, apa kaitannya cerita tersebut dengan kita manusia?

Ujar Habib Ali Zaenal Abidin, tiada satu pun tindakan ALLAH SWT yang tidak bermakna. Justeru, setiap kisah yang diceritakan oleh-NYA mempunyai hikmah besar di sebaliknya.

“Kisah itu diceritakan oleh ALLAH sendiri dalam al-Quran. ALLAH pula adalah TUHAN dan tidak ada kisah disebutkan ALLAH melainkan ada manfaat,” titipnya dalam sebuah tausiyah singkat sewaktu majlis pelancaran program terbaru daripada aplikasi Nurflix.

Turut disyorkan Orang yang bergaduh, amal tidak diangkat ALLAH sehingga berdamai

JIKA haiwan tidak berakal seperti semut pun mampu bantu-membantu sesama mereka, apatah lagi manusia yang sememangnya dituntut oleh agama untuk mengeratkan tali ukhuwah. Foto: Unsplash

Baca juga 4 Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat

Meskipun semut merupakan serangga tidak berakal mahupun mukalaf, ada satu ciri semut yang wajar diteladani manusia.

Ketahuilah bahawa haiwan kecil tersebut diberikan fitrah oleh ALLAH SWT untuk menyelamatkan bangsanya, ungkap agamawan tersohor asal Indonesia itu.

Penceramah itu menjelaskan, semut ialah binatang yang saling membantu sesama mereka.

“Semut berjasa kepada bangsa sendiri, menyelamatkan bangsa semut dan menjadi makhluk bermanfaat kepada bangsanya.

“Justeru, Surah an-Naml menjadi iktibar kepada manusia agar kita berusaha menjadi insan yang bermanfaat kepada masyarakat dengan membantu satu sama lain.

“Walaupun semut bukan bangsa mukalaf, tetapi (mereka) bermanfaat. Itulah Surah an-Naml dinamakan surah semut agar manusia berfikir untuk menjadi orang yang bermanfaat, ” pesannya.

Turut disyorkan 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

SEGALA kisah yang disebutkan ALLAH dalam kitab suci al-Quran bertujuan untuk dijadikan iktibar oleh kita manusia bagi diterapkan dalam kehidupan seharian. Foto: 123RF

Baca juga Al-Quran bermotif corak tempatan bukti mukjizat ALLAH untuk semua

Dalam pada itu, Habib Ali Zaenal Abidin mengingatkan kisah-kisah yang diceritakan ALLAH menerusi kitab suci al-Quran bukan atas dasar hiburan semata-mata, tetapi ada teladan di sebaliknya untuk diikuti manusia.

“Kisah dalam al-Quran itu ada beberapa hikmah, antaranya untuk memberi kemantapan hati dan keyakinan seseorang, untuk menghibur serta memberi ibrah kepada orang yang mahu mendengar.

“Kisah itu juga bukan sekadar untuk berseronok tetapi untuk membina identiti dan jati diri,” jelasnya mengakhiri perkongsian ilmunya.

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash